Mandi Wajib

*

Author Topic: Mandi Wajib  (Read 56164 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

alhaudhie

  • *
  • Posts: 2086
    • View Profile
31 October, 2007, 03:33:13 PM
  • Publish
  •      PENGERTIAN MANDI

        * Dari segi bahasa, mandi bererti mengalirkan air ke seluruh badan.
        * Dari segi syara‘, mandi bermaksud mengalirkan air ke seluruh badan dengan niat yang tertentu.

        PERKARA YANG MEWAJIBKAN MANDI


        1. Bertemu dua khitan iaitu apabila masuknya hasyafah zakar atau sekadar yang ada bagi zakar yang kudung ke dalam farj perempuan yang masih hidup dengan sempurna walaupun tidak keluar mani.

        2. Keluar mani walaupun sedikit dengan sengaja atau pun bermimpi.

        3. Keluar haidh, iaitu darah semulajadi yang keluar dari pangkal rahim ketika wanita dalam keadaan sihat pada waktu yang tertentu.

        4. Melahirkan anak atau bersalin (wiladah).

        5. Keluar nifas, iaitu darah yang keluar selepas bersalin.

        6. Mati, kecuali mati syahid.

        FARDU MANDI

        1. Berniat pada permulaan kena air pada badan.

        Bagi orang yang berjunub niatnya ialah mengangkat janabah atau hadath besar. Niatnya seperti berikut:
       
        Maksudnya:
        “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Ta`ala”.

        atau
       
        Maksudnya:
        “Sahaja aku mengangkat hadath besar kerana Allah Ta`ala”.

        Bagi orang yang datang haidh atau nifas niatnya ialah mengangkat hadath haidh atau nifas. Niatnya adalah seperti berikut:
       
        Maksudnya:
        “Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Ta`ala”.

        atau

       
        Maksudnya:
        “Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Ta`ala”.

        2. Menghilangkan najis yang terdapat pada tubuh badan.

        3. Meratakan air ke seluruh badan terutama kulit, rambut dan bulu.


        PERKARA SUNAT SEMASA MANDI

        * Terdapat banyak perkara sunat semasa mandi, antaranya:

        1. Membaca “basmalah” iaitu lafaz

        2. Berwudhu’ sebelum mandi.

        3. Membasuh dua tapak tangan.

        4. Menggosok seluruh bahagian badan.

        5. Mendahulukan anggota tubuh yang kanan daripada yang kiri.

        6. Mengulangi membasuh anggota tubuh sebanyak tiga kali.

        7. Berturut-turut iaitu tidak berlaku perceraian yang lama di antara membasuh sesuatu anggota dengan anggota yang lain.

        MANDI-MANDI SUNAT

        * Mandi-mandi yang disunatkan adalah seperti berikut:

        1. Mandi hari Juma‘at bagi orang yang hendak pergi sembahyang Juma‘at. Waktunya dari naik fajar sadiq.

        2. Mandi hari raya fitrah dan hari raya adhha. Waktunya adalah mulai dari tengah malam pada hari raya itu.

        3. Mandi kerana minta hujan (istisqa’).

        4. Mandi kerana gerhana bulan.

        5. Mandi kerana gerhana matahari.

        6. Mandi kerana memandikan mayat.

        7. Mandi kerana masuk agama Islam.

        8. Mandi orang gila selepas pulih ingatannya.

        9. Mandi orang yang pitam selepas sedar dari pitamnya.

        10. Mandi ketika hendak ihram.

        11. Mandi kerana masuk Makkah.

        12. Mandi kerana wuquf di ‘Arafah.

        13. Mandi kerana bermalam di Muzdalifah.

        14. Mandi kerana melontar jumrah-jumrah yang tiga di Mina.

        15. Mandi kerana tawaf iaitu tawaf qudum, tawaf ifadhah dan tawaf wida‘.

        16. Mandi kerana sa‘i.

        17. Mandi kerana masuk ke Madinah.

    http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/mandi.htm
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    peluru

    • *
    • Posts: 369
    • Mujahidin
      • View Profile
    Reply #1 26 April, 2009, 11:17:26 AM
  • Publish
  • Soalan:

    Saya sering ragu-ragu sama ada mandi hadas saya sah atau tidak sekalipun saya telah pastikan semua rukun dan syaratnya saya patuhi. Bagaimana saya boleh menghilangkan keraguan ini? Muna, Batu Kikir, Negeri Sembilan.

    Jawapan:

    Jika telah dipatuhi semua rukun dan syaratnya, maka mandi hadas itu adalah sah tanpa ragu. Ia hanya terbatal jika berlaku sesuatu secara jelas lagi nyata, seperti keluarnya darah haid atau bersetubuh dengan suami.

    Perasaan ragu-ragu lazimnya datang daripada syaitan, maka perangilah ia dengan membaca “A’uzubillahi minash syaithanir rajim”. Kemudian usah dilayan perasaan ragu itu, sebaliknya teruskan kehidupan dengan penuh keyakinan.

     
    -hOLla-

    ...seorng hamba ALLAH...tnpa pinjaman dariNYA siapalah aku...
    [img width=610 height=70]http://i87.servimg.com/u/f87/12/77/43/73/selang10.jpg[/img]

    eja

    • *
    • Posts: 114
    • asalamulaikum..khaifahalukum?salam ukhwah..
      • View Profile
    Reply #2 09 June, 2009, 12:22:12 PM
  • Publish
  •  :)bgs bg pendedahan pada semua utk tajuk ni..:senyum:
    wanita bkn dcipta dr kepala utk disanjungi bkn juga dicpta dr tapak kaki utk dijdkn alas,tp wanita dicipta dr tulang rusuk sblh kiri lelaki utk dilindungi..fikir2 kan lah..

    http://eja-hasnizaeja.blogspot.com

    hairilnua

    • *
    • Posts: 1054
    • Allahuakbar....!!
      • View Profile
    Reply #3 09 June, 2009, 02:23:42 PM
  • Publish
  • ana sebenarnye de confius sket bab mandi wajib ni,,, tp segan nk ckp,,, nnt yg pempuan pun baca,, :sedihnya:,,,, nk pm pn nk tanye kat sape,, tu dah ade blog pun,, ana takut nk menanya... :sedihnya:,,, no komen,,, hehehehhe,,,,,
    Aku insan yg agak selambe..
    X pndai jaga hati orang..
    Suke cari pasal..

    Jangan call @ sms :  0193587327(hehehhe)
    http://hairilnua.blogspot.com
    Ada Brani?

    hakim114

    • *
    • Posts: 248
      • View Profile
    Reply #4 09 June, 2009, 05:34:24 PM
  • Publish
  • jangan la malu sbb takut benda yg malu ditanyai itu blh mendatangkn dosa lagi truk...baik dijelaskn malu tue letak tepi(org ckp malu kene ade tempatnye kalo bab2 hukum nie susah la kalo malu bertanye
    tiade nyata hanye Allah, aku umat rasulullah

    hairilnua

    • *
    • Posts: 1054
    • Allahuakbar....!!
      • View Profile
    Reply #5 07 July, 2009, 01:12:10 PM
  • Publish
  • [bgcolor=#BBFFAA]erm........ sebenarnye,,, ana xphm sgt mandi wajib ni,, kene terangkan depan2,, bkn lalu telefon, lalu forum ke,, kene wt demo.. tp xyah r smpai kene buka baju,, cme dpn2,, tunjuk cmne caranya.. sbb rasenye,,,, em,,, tu lah klu blh ana minta.. cz ana ni bkn r mualaf,, tp islam sepenuhnye dr kecil,, byk yg allah larang tp ana buat jgk (zaman umo 18 - 22),, jd ble nk bertaubat tu kene r bersihkan diri,, tp klu sendiri pn xyakin yg diri ni dah bersih ke blum.. walaupn ikut syarat,, kene gk tau,, sbb setan dah lepak lame sgt dlm ati ni,, keraguan tu mmg terserlah lah...,,, [/bgcolor]

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14526
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #6 07 July, 2009, 02:05:24 PM
  • Publish


  • Mandi wajib ataupun mandi junub adalah mandi yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada Hadas Besar dan melibatkan perbuatan mandi dengan membasahi seluruh anggota badan.

    Hukum mandi Wajib

    Mandi wajib ataupun mandi junub adalah diwajibkan ke atas orang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar.

    Rukun Mandi Wajib

    Rukun Mandi ada tiga perkara meliputi

        * Niat dengan tujuan membezakan ibadat dan adat. Niat ini sekadar dilafazkan di dalam hati dan tidak perlu dilafazkan secara zahir (secara lisan)
        * Menghilangkan kotoran dan najis pada badan.
        * Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk segala lipatan-lipatan badan. (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah)

    Niat Mandi Wajib

    Niat mandi wajib secara ringkasnya adalah "Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala." Niat itu hendaklah disertakan ketika air sampai ke bahagian anggota badan.

    Untuk wanita yang mandi wajib kerana hadas haid, niat mandi wajib adalah "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." manakala bagi wanita yang habis nifas, niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

    Niat mandi wajib hendaklah dilafazkan apabila mula terkena air kepada mana-mana bahagian anggota mandi. Sekiranya niat dilafazkan selepas dia telah membasuh anggota badannya, mandi wajibnya tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya.

    Orang yang tidak berniat mandi wajib tidak memenuhi rukun mandi wajib dan dengan itu tidak boleh dikatakan telah mengerjakan mandi wajib. Dia hanya sekadar mengerjakan mandi biasa (mandi adat), dan masih terikat dengan larangan yang dikenakan ke atas orang yang berhadas besar.


    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14526
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #7 07 July, 2009, 02:07:20 PM
  • Publish
  • Cara Mandi Wajib

    Mandi wajib hendaklah dikerjakan menggunakan menggunakan air mutlak iaitu air yang suci lagi menyucikan, dan tidak sah jika menggunakan air yang bukannya air mutlak.

    Cara mandi wajib paling afdal sekiranya mengikut sunnah Rasulullah SAW. Berdasarkan hadis dari Aisyah ra.,


    [box title=(HR. Al Bukhari dan Muslim)]“Dahulu, jika Rasulullah SAW hendak mandi janabah (junub), beliau membasuh kedua tangannya. Kemudian menuangkan air dari tangan kanan ke tangan kirinya lalu membasuh kemaluannya. Lantas berwuduk sebagaimana berwuduk untuk solat. Lalu beliau mengambil air dan memasukkan jari-jemarinya ke pangkal rambut. Hingga beliau menganggap telah cukup, beliau tuangkan ke atas kepalanya sebanyak 3 kali tuangan. Setelah itu beliau guyur seluruh badannya. Kemudian beliau basuh kedua kakinya”[/box]


    Cara mandi wajib yang paling baik adalah mengikut cara yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi.

       1. Membaca bismillah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar .
       2. Membasuh tangan sebanyak 3 kali.
       3. Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.
       4. Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. Kaki dibasuh selepas mandi nanti.
       5. Membasuh keseluruhan rambut di kepala.
       6. Membasuh kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali menimba air.
       7. Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan dari atas sampai ke bawah.
       8. Menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah.
       9. Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air.
      10. Membasuh kaki.

    Jika dia mandi dengan menggunakan “shower”, tidak perlu tiga kali, memadai telah yakin air telah meratai seluruh badan dari kepala ke hujung jari.

    Untuk wanita pula, oleh kerana rambut wanita lebih panjang, maka disunatkan diuraikan rambut. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul hendaklah dibuka untuk membolehkan air sampai.

    Seseorang itu elok memakai kain hingga ke lutut seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14526
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #8 07 July, 2009, 02:09:49 PM
  • Publish
  • Najis Di Badan

    Jika ada najis dibadan, najis itu boleh dibasuh serentak dgn mandi wajib iaitu membasuh najis dgn mandi wajib itu boleh disekalikan (Imam Nawawi) untuk memenuhi rukun kedua mandi wajib.

    Keperluan Mengambil Wuduk

    Seseorang yang telah mengerjakan mandi wajib tidak perlu mengambil wuduk semula untuk mengerjakan solat dengan syarat dia tidak melakukan perkara yang membatalkan wuduk selepas dia mengerjakan mandi wajib. Jika terbatal, dia perlu hanya mengambil semula wuduknya sahaja.


    Sunat-Sunat Mandi Wajib

    Pada masa mandi kita disunatkan menghadap kiblat, membaca bismillah, membasuh tangan, mengambil wuduk, mengosok-gosok seluruh badan, tertib dan muwalat, iaitu berturut tanpa putus.

    Bagi wanita yang mandi disebabkan haid dan nifas, disunatkan menggunakan perfume selepas mandi (afterbath perfume) supaya harum dari bau darahnya.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14526
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #9 07 July, 2009, 02:13:01 PM
  • Publish
  • Melewatkan Mandi Wajib

    Mandi wajib boleh ditunda dari malam sehingga siang. Dengan itu, pasangan yang berjimak boleh melewatkan untuk mandi wajib sehingga pagi dan mengerjakan mandi wajib sejurus sebelum mengerjakan solat subuh, tetapi pasangan itu disunatkan berwuduk sebelum tidur jika ingin melewatkan mandi wajib mereka hingga ke pagi.

    Orang yang melewatkan mandi wajibnya juga tidak membatalkan puasa dan boleh terus berpuasa, dan puasanya tetap sah selagi mana dia tidak membatalkan puasanya.

    Seseorang itu boleh melewatkan mandi wajib sebelum solat. Setelah masuk waktu solat, ia wajib mandi sebelum boleh menunaikan solat.


    Ragu-ragu

    Jika seorang yang mengerjakan solat tetapi ragu-ragu apakah sama ada ia sudah mandi wajib atau belum, maka seluruh solat yang telah dikerjakannya (selama itu) adalah sah, dan untuk solat-solat berikutnya ia harus mandi wajib dahulu.


    Dan Jika Tiada Air (Atau Mudarat Tidak Boleh Terkena Air)


    Menurut Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah rh. (Majmu' Fatawa, 21/396) jika terdapat sebab untuk melakukan tayammum, seperti ketiadaan air, atau tidak dapat menggunakannya akibat sakit, maka tayammum akan menggantikan wuduk dan mandi wajib. Maka seseorang yang junub hendaklah bertayammum lalu bersolat, kemudian apabila ada air (diperbolehkan menggunakan air untuk yang mduarat), maka hendaklah mandi menghilangkan janabahnya tersebut.

    Dariapda Imraan ibn Hussain ra. "bahawa Rasulullah saw melihat seorang lelaki yang menjauhkan diri dan tidak bersolat dengan kaumnya, maka baginda berkata : Ya siFulan, apa yang menghalang kamu dari tidak bersolat dengan kaummu? Dia menjawab : Ya Rasulullah, saya dalam keadaan junub, dan tiada air. Baginda berkata : Kamu hendaklah menggunakan tanah yang bersih, kerana ia mencukupi untukmu..... di dalam riwayat lain Nabi saw menjumpai air dan memberinya kepada orang yang telah menjadi junub tersebut, dan berkata : pergilah siram ini keatas dirimu." [Hadith riwayat al-Bukhari #344 dan #348].

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14526
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #10 07 July, 2009, 02:26:46 PM
  • Publish
  • Perbincangan

    1. Mandi wajib

    Soalan:

    Saya ingin bertanya.jika saya mimpi pada waktu malam lepas tu saya keluar air mani kena mandi wajib ke?

    Jawapan :

    Ya. Tidak kira disebabkan apa sekalipun, sekiranya anda keluar air mani, anda diwajibkan berhadas besar (mandi wajib).

    2. Belajar mandi wajip

    Soalan pertama
    Saya sekolah di asrama. bagaimana saya mahu lakukan jika saya terkeluar air mani setelah bangun dari tidur. Kebetulan waktu itu, masa tidak mencukupi kerana saya perlu bergegas ke sekolah?

    Jawapan

    1) Anda masih dalam keadaan berhadas besar. Dan jika anda solat Subuh tanpa mandi wajib,solat anda tidak sah.

    Soalan yg kedua.
    Saya tinggal di asrama, di sana hanya terdapat tandas sahaja tempat yang paling selamat untuk mandi wajib.. bagaimana cara untuk saya mandi wajib?

    Jawapan.
    2)Anda perlu berniat 'Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah S.W.T', saya mencadangkan kamu duduk secara mencangkung(pengalaman).Pastikan semua air diratakan diseluruh badan. Lebih baik ditanggalkan segala perhiasan. Jika terdapat tatu atau cat, mandi wajib anda tidak sah.

    Solan ke 3.
    Bolehkah kita mandi wajib dengan memakai seluar?

    Jawapan.

    Memakai seluar sama dengan memakai kain basahan. Sekiranya yakin, air boleh sampai dan meratai seluruh bahagian yang bertutup dengan kain, maka sah mandinya. Dan pastikan seluar itu bersih dari najis.

    Rujukan : Fiqah Islam



    « Last Edit: 07 July, 2009, 02:28:32 PM by Munaliza Ismail »

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #11 07 July, 2009, 02:30:39 PM
  • Publish
  • [box title=Soalan:]
    Mazi, Wadi, Mani ?
    Assalamualaikum Ustaz,

    Nak tanya skit pasal mazi, wadi & mani nie. Mengikut apa yg saya faham :

    Mazi :: Keluar dlm keadaan ghairah
    Wadi :: Keluar bila dh letih / kerja kuat
    Mani :: Keluar dlm keadaan tidur / mimpi best

    Apa yg saya faham, bila keluar mazi dan wadi nie tidak perlu mandi tetapi hanya perlu bersihkan dengan air sahaja dan ia najis.

    Manakala mani tidak najis tetapi perlu mandi. Jadi pakaian yg terkena mani boleh di bawa sembahyang tetapi setelah kita mandi wajib. Betul ke Ustaz?

    Soalan :

    1- Adakah mazi & wadi nie sifat dia sama macam air kencing? Maknanya bila keluar mazi atau wadi hukum menyucikannya sama seperti najis mutawassitah?

    2- Mazi,wadi & mani nie berlaku kepada orng lelaki sahaja atau wanita juga terlibat?

    3- Kitab rujukn yg dicadangkan Ustaz utk memahami hukum mazi,wadi & mani nie utk orng biasa macam saya nie?

    wassalam & terima kasih[/box]

    [box title=Jawapan:]
    1. Mazi ialah air jernih yg keluar ketika datang syahwat.

    2. Mani pula ialah air yg keruh dan pekat yg keluar ketika klimak syahwat atau sebab bermimpi.

    3. Wadi ialah air keruh yg kadang2 keluar ketika kencing atau mengangkat beban berat.

    Apabila keluar mazi atau wadi maka jadi batal wuduk dan wajib dibasuh kemaluan dan apa yang terkena.

    Manakala apabila keluar mani maka wajib mandi hadas dan keadaannya tidak najis. Maka sunat dibasuh apa yang terkenanya.

    Hampir kesemua kitab atau buku2 fardhu ain ada menceritakan berkenaan ketiga2nya seperti Buku Fiqh Taharah.[/box]

    [box title=Soalan:]
    Yang soalan 1 & 2 tu sy kurang jelas skit Ustaz..Boleh detailkan x?[/box]

    [box title=Jawapan:]
    kedua2nya najis mutawassithah.
    wadi kebayankkan berlaku pd kaum lelaki.
    mazi pula sama antara lelaki dan perempuan.[/box]

    Sumber http://forum.digitalmukmin.org/viewtopic.php?f=15&t=1253
    « Last Edit: 07 July, 2009, 02:32:42 PM by assiddiq »
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #12 07 July, 2009, 02:38:30 PM
  • Publish
  • Beza Mandi junub dan mandi wajib

    [box title=Soalan:]
    Assalamualaikum w.b.t Ustaz....

    Apakah perbezaan antara mandi junub dengan mandi wajib [/box]

    [box title=Jawapan:]
    Mandi junub adalah sama dengan mandi wajib.

    Di sebut mandi junub adalah disebabkan yang mandi itu kerana ia telah junub samada sebab keluar mani atau sebab jimak.

    Di sebut juga sebagai mandi wajib kerana mandi tersebut wajib dikerjakan.

    Cuma mandi wajib adalah umum berbanding mandi junub dari kerana mandi junub adalah sebab kelaur mani atau jimak sahaja manakala mandi wajib adakalanya sebab kelauar mani atau jimak atau berhenti darah haidh atau nifas atau kerana melahirkan anak.

    wallahua'lam  [/box]

    Sumber http://ustazazhar.com/v1/ibadah/mandi-junub-mandi-wajib.html

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #13 07 July, 2009, 02:40:20 PM
  • Publish
  • Mandi Wajib Tanpa Wuduk

    [box title=Soalan:]
    Assalamualaikum ustaz..saya ingin bertanya care mandi wajib dengan betul..adekah tanpa wudhuk mandi wajib itu tidak sah? [/box]

    [box title=Jawapan:]
    w.salam

    Melakukan mandi berarti mengankat hadas besar yang ada pada seseorang manakala mengambil wuduk berarti mengankat hadas kecil. Sesiapa yang berhadas besar maka wajiblah atasnya melakukan mandi hadas supaya terangkat hadas besar tersebut daripadanya dan sunat pula ia mengambil wuduk. Hukum mengambil wuduk baginya tidak wajib disebabkan apabila meniatkan mengankat hadas besar ketika mandi itu jadilah hadas kecilnya terangkat sama.

    Hasilnya seorang yang melakukan mandi yang wajib tidak lagi wajib mengambil wuduk untuk mengerjakan sembahyang melainkan berlakukanya perkara yg membatalkan wuduk selepas mandi tersebut.

    wallahua'lam [/box]

    Sumber http://ustazazhar.com/v1/ibadah/mandi-wajib-tanpa-wuduk.html

    ok

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Reply #14 14 September, 2009, 01:39:30 AM
  • Publish
  • salam aq seorang pelajar yang xdapat tgk bnda seksi
    1)klau aq tgk keluar air dari zakar aq
    adkah ia air mani?atau wazi?dan perlkah mndi wjb?
    2)adkh perlu mandi wajib jika kita tgk bnda lucah
    zakar kita keluarkan air mani
    atau wazi?
    3)bagaimana nk kenl wazi dan mani?leh bgthu sifatnya

    ok

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Reply #15 14 September, 2009, 01:41:04 AM
  • Publish
  • harap cepat ckit bg jwpan 2

    tolong ar jwb
    aq dah lama pendam
    « Last Edit: 14 September, 2009, 03:10:35 AM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14526
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #16 14 September, 2009, 03:11:35 AM
  • Publish
  • salam aq seorang pelajar yang xdapat tgk bnda seksi
    1)klau aq tgk keluar air dari zakar aq
    adkah ia air mani?atau wazi?dan perlkah mndi wjb?
    2)adkh perlu mandi wajib jika kita tgk bnda lucah
    zakar kita keluarkan air mani
    atau wazi?
    3)bagaimana nk kenl wazi dan mani?leh bgthu sifatnya


    Sila rujuk jawapan di sini :  Re: Mandi Wajib

    napek

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #17 14 September, 2009, 07:42:53 AM
  • Publish
  • ape topik yg menarik utk d bincangkan??

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14526
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #18 14 September, 2009, 09:16:22 AM
  • Publish
  • ape topik yg menarik utk d bincangkan??

    Ada soalan , ada lah perbincangan.Topik ini berkaitan mandi wajib, jika ada masalah berkaitan ,bolehlah bertanya.

    ok

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Reply #19 14 September, 2009, 03:20:24 PM
  • Publish
  • salam aq seorang pelajar yang xdapat tgk bnda seksi
    1)klau aq tgk keluar air dari zakar aq
    adkah ia air mani?atau wazi?dan perlkah mndi wjb?
    2)adkh perlu mandi wajib jika kita tgk bnda lucah
    zakar kita keluarkan air mani
    atau wazi?
    3)bagaimana nk kenl wazi dan mani?leh bgthu sifatnya

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    2 Replies
    9753 Views
    Last post 18 March, 2012, 11:16:47 PM
    by nazri0070
    4 Replies
    4206 Views
    Last post 21 March, 2012, 10:03:47 AM
    by Atie Azhar
    3 Replies
    813 Views
    Last post 14 December, 2013, 12:48:56 PM
    by al_ahibbatu