Bab 9 : WUDHU' - Page 1

*

Author Topic: Bab 9 : WUDHU'  (Read 12153 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

31 October, 2007, 03:28:59 PM
  • Publish
  •      PENGERTIAN WUDHU’,

        Dari segi bahasa, wudhu’ ialah nama bagi sesuatu perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu.

        Dari segi syara‘, wudhu’ bermaksud membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan niat, iaitu membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang tertentu.


        HUKUM WUDHU’

        Hukum wudhu’ adalah seperti berikut:

        1. Wajib atau fardhu, iaitu ketika hendak menunaikan ibadah seperti sembahyang, sama ada sembahyang fardhu atau sembahyang sunat, ketika hendak melakukan tawaf Ka‘bah sama ada tawaf fardhu atau sunat, ketika hendak menyentuh Al-Qur’an dan sebagainya.

        2. Sunat. Banyak perkara yang disunatkan berwudhu’, antaranya ialah untuk membaca atau mendengar bacaan Al-Qur’an, membaca atau mendengar bacaan hadith, membawa kitab tafsir, kitab hadith atau kitab fiqh, melakukan azan, duduk di dalam masjid, melakukan tawaf di ‘Arafah, melakukan sa‘i, menziarahi makam Rasulullah, ketika hendak tidur, mengusung jenazah, malah disunatkan sentiasa berada dalam keadaan berwudhu’ dan memperbaharui wudhu’.

        HIKMAH WUDHU’

        Hikmah berwudhu’ ialah kerana anggota-anggota tersebut terdedah kepada kekotoran yang zahir seperti habuk, debu dan lain-lain serta banyak terdedah dengan dosa dan maksiat sama ada zahir atau batin.

        FARDHU WUDHU’

        1. Berniat ketika meratakan air ke seluruh muka. Niat wudu’ adalah seperti berikut:

        Maksudnya:
        “Sahaja aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta‘ala”.

        atau

        Maksudnya:
        “Sahaja aku berwudhu’ kerana Allah Ta‘ala”.

        2. Membasuh muka. Had atau batasan muka yang wajib dibasuh adalah dari tempat tumbuh rambut di sebelah atas sehingga sampai kedua tulang dagu sebelah bawah dan lintangannya adalah dari anak telinga hingga ke anak telinga.

        3. Membasuh dua tangan hingga dua siku. Bagi orang yang tiada siku disunatkan membasuh hujung anggota yang ada.

        4. Menyapu sedikit kepala. Boleh disapu di ubun-ubun atau lain-lain bahagian rambut yang ada di dalam had atau kawasan kepala, tetapi yang utamanya adalah menyapu seluruh kepala.

        5. Membasuh dua kaki hingga dua buku lali.

        6. Tertib, iaitu melakukan perbuatan itu daripada yang pertama hingga akhir dengan teratur.

        SYARAT-SYARAT WUDHU’

        Terdapat dua syarat dalam wudhu’ iaitu syarat wajib dan syarat sah.

        Syarat Wajib Wudhu’

        1. Islam.

        2. Baligh.

        3. Berakal.

        4. Mampu menggunakan air yang suci dan mencukupi.

        5. Berlakunya hadath.

        6. Suci daripada haidh dan nifas.

        7. Kesempitan waktu. Wudhu’ tidak diwajibkan ketika waktu yang panjang tetapi diwajibkan ketika kesempitan waktu.

        Syarat Sah Wudhu’

        1. Meratakan air yang suci ke atas kulit, iaitu perbuatan meratakan air pada seluruh anggota yang dibasuh hingga tiada bahagian yang tertinggal.

        2. Menghilangkan apa sahaja yang menghalang sampainya air ke anggota wudhu’.

        3. Tidak terdapat perkara-perkara yang boleh membatalkan wudhu’ seperti darah haidh, nifas, air kencing dan seumpamanya.

        4. Masuk waktu sembahyang bagi orang yang berterusan dalam keadaan hadath seperti orang yang menghidap kencing tidak lawas.

        Selain itu, terdapat beberapa syarat wudhu’ mengikut ulama’ mazhab Syafi‘i, iaitu:

        1. Islam.

        2. Mumayyiz.

        3. Suci daripada haidh dan nifas.

        4. Bersih daripada apa sahaja yang boleh menghalang sampainya air ke kulit.

        5. Mengetahui kefardhuan wudhu’.

        6. Tidak menganggap sesuatu yang fardhu di dalam wudhu’ sebagai sunat.

        7. Menghilangkan najis ‘aini yang terdapat pada badan dan pakaian orang yang berwudhu’.

        8. Tidak terdapat pada anggota wudhu’ bahan yang mengubahkan air.

        9. Tidak mengaitkan (ta‘liq) niat berwudhu’ dengan sesuatu.

        10. Mengalirkan air ke atas anggota wudhu’.

        11. Masuk waktu sembahyang bagi orang yang berhadath berterusan.

        12. Muwalat, iaitu berturutan.

        SUNAT WUDHU’

        Perkara sunat ketika berwudhu’ adalah sangat banyak, di antaranya ialah:

        1. Membaca “basmalah” iaitu lafaz

        2. Membasuh dua tapak tangan hingga pergelangan tangan.
        3. Berkumur-kumur.

        4. Memasukkan air ke dalam hidung.

        5. Menyapu seluruh kepala.

        6. Menyapu dua telinga.

        7. Menyelati janggut yang tebal.

        8. Mendahulukan anggota yang kanan daripada yang kiri.

        9. Menyelati celah-celah anak jari tangan dan kaki.

        10. Melebihkan basuhan tangan dan kaki dari had yang wajib.

        11. Mengulangi perbuatan itu sebanyak tiga kali.

        12. Berturut-turut iaitu tidak berselang dengan perceraian yang lama di antara satu anggota dengan anggota yang lain yang menyebabkan anggota itu kering.

        13. Menggosok anggota wudhu’ supaya lebih bersih.

        14. Bersugi dengan sesuatu yang kesat.

        15. Menghadap qiblat.

        16. Membaca doa selepas berwudhu’, iaitu:
        Maksudnya:
        “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya dan RasulNya. Wahai Tuhanku, jadikan aku dari golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikan aku dari golongan orang-orang yang bersih.”

        PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHU’

        1. Keluar sesuatu daripada lubang dubur atau qubul sama ada tahi, kencing, darah, nanah, cacing, angin, air mazi atau air wadi dan sebagainya melainkan air mani sendiri kerana apabila keluar mani diwajibkan mandi.

        2. Tidur yang tidak tetap punggungnya, kecuali tidur dalam keadaan rapat kedua-dua papan punggung ke tempat duduk.

        3. Hilang akal dengan sebab mabuk, gila, sakit, pengsan atau pitam kerana apabila hilang akal, seseorang itu tidak mengetahui keadaan dirinya.

        4. Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang halal nikah atau ajnabiyyah (bukan mahram) walaupun telah mati.

        5. Menyentuh kemaluan (qubul dan dubur manusia) dengan perut tapak tangan walaupun kemaluan sendiri.

        6. Murtad iaitu keluar dari agama Islam.

    http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/wudhu.htm
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    Reply #1 19 February, 2008, 01:24:45 PM
  • Publish
  • Terima kasih,Ustadz alhaudhie atas bimbingan yg cukup jelas dan padat...
    mari kita menfaatkan ilmunya agar Hadiahnya amalan kita menjadi amal jariah dr ilmunya .Amin.
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    Reply #2 19 February, 2008, 02:39:02 PM
  • Publish
  • Quote
    7. Kesempitan waktu. Wudhu’ tidak diwajibkan ketika waktu yang panjang tetapi diwajibkan ketika kesempitan waktu.

    boleh tolong jelaskan?
    Live as a real Khalifa..

    NoZaBiZz

    Reply #3 19 February, 2008, 02:46:12 PM
  • Publish
  •     2. Tidur yang tidak tetap punggungnya, kecuali tidur dalam keadaan rapat kedua-dua papan punggung ke tempat duduk.

    boleh ker wat kesimpulan... tidur camnie tidur duduk & kalau tidur baring tue kira terus batal wudhu'...

    Reply #4 19 February, 2008, 04:02:12 PM
  • Publish
  • yer ukhtie..

    Tidur macam tidur atas kerusi...
    Kalau tidur baring ianya telah dikira papan punggunya tidak tetap sebab boleh berubah-rubah.

    Contoh lain macam tidur di kusyen kereta.

    Reply #5 10 September, 2008, 05:02:12 PM
  • Publish
  • wuduk '



    1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 'Ya
    Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'.
    Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap
    benda-benda yang tak berfaedah.


    2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
    dengan, 'Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
    kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'.
    Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih
    berseri-seri.

    3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
    kamu dengan, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
    ku ditangan kanan ku ini'.
    Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-
    hisabnya di tangan kanan .

    4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
    dengan, 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
    hisab ku di tangan kiri ku ini'.
    Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-
    hisabnya di tangan kiri .

    5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
    dengan,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
    matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'.
    Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar
    macam matahari sejengkal di atas kepala.

    6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
    dengan,'Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini'
    Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang
    mengumpat, memfitnah dll.

    7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
    dengan.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
    titian Siratul Mustaqqim'.
    Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
    dengan pantas sekali..

    8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
    dengan,'Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
    masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
    tempat maksiat'
    Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di
    tangan Allah.

    Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat
    bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
    mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

    Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil
    wuduk sedemikian rupa?
    Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
    perolehi dalam menghayati Islam?

    Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
    sebagai umat Islam?
    TuhAN cInTa aGuNg..

    Reply #6 13 September, 2008, 05:54:07 AM
  • Publish
  • terima kasih dengan peingatan doa ini.. semoga kawan2 yang mendapat serba sedikit ilmu mengenainya
    Nur itu cahaya, yang menyinari.. dalam kegelapan..

    Reply #7 17 November, 2008, 01:22:04 PM
  • Publish
  • syukran di atas penerangan ini....semoga dapat dipraktikkan di dalam amalan kiter
    " INGATLAH ALLAH WALAU DI MANA ANDA BERADA "

    Reply #8 11 April, 2009, 09:35:56 PM
  • Publish
  • mana lagi baik, doa dlm bahasa arab ka melayu? tgk dlm buku, doa utk setiap basuhan tu dlm bahasa arab...

    meow

    Reply #9 11 April, 2009, 09:43:20 PM
  • Publish
  • mana lagi baik, doa dlm bahasa arab ka melayu? tgk dlm buku, doa utk setiap basuhan tu dlm bahasa arab...

    Kalau Azali faham berbahasa Arab, moleklah bunyinya berdoa di dalam bahasa Arab, tetapi kalau Azali sukar untuk mengingat makna doa, eloklah berbahasa Melayu.. apa pun doa tu biar terasa dlm hati..


    Reply #10 11 April, 2009, 11:11:33 PM
  • Publish
  • muka..."ya Allah putihkan lah wajahku ketika bertemu mu seperti putihnya wajah para wali2mu dan jnganlah kau hitamkan wajahku ketika bertemu mu seperti hitamnya wajah para musuh2 mu" 
    hidung..."ya Allah jangan lah kau halang hidungku dari bau nikmat dan syurga mu"
    maaf ya...bkn apa...cuma nak bagi lbih cantik lagi...

    Reply #11 13 May, 2010, 10:17:45 AM
  • Publish
  • pertanyaan dipanjang kan ke sini dari :

    [10:11:22 AM] nurul hidayah: asif, ana nak buka topik di ruangan bawah ini tapi ana tak reti nak paparkan. bagaiman ya?

    saudari boleh berusul jawab disni persoalah yang berkaitan was-was dalam berwudhuk, mungkin disini pergincangan agak tersusun dan dapat dibaca dengan tengang dari nasihat sahabat kita yg lain memberi

    Reply #12 13 May, 2010, 10:37:12 AM
  • Publish
  • mana lagi baik, doa dlm bahasa arab ka melayu? tgk dlm buku, doa utk setiap basuhan tu dlm bahasa arab...

    dua2 pon bole..anta boleh rujuk kitab sairus salikin jilid 1-2 ms 40 lebih kalo tak silap ana (yang kitab jawi punya la, yang rumi ana tak pasti)
    Menuntut ilmu lebih mulia daripada ibadah sunat
    Siapa yang inginkan dunia maka hendaklah dia berilmu,
    Dan siapa yang inginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu
    Ibadah yang paling hampir kepada Allah selepas perkara wajib ialah menuntut ilmu.

    Reply #13 13 May, 2010, 11:04:30 AM
  • Publish
  • dikatakan seafdal-afdal niat adalah dalam bahasa arab,
    kalau tak pandai arab, bahasa lain pun boleh... (perngkat permulaan arr, kalau dah lama belajar la sikit-skit bahasa arab) jangan 10 tahun asyik guna bahasa sendiri ke, (inilah dikatakan peningkatan amal) - mala termasuklah kita dalam saranan dimana ' amal ari ini lebih baik dari amal semalam'

     :aamiin:

    Reply #14 13 May, 2010, 12:44:43 PM
  • Publish
  • dalam apa bahasa pun.. dia memahamiNya...
    dia maha mengetahui dan maha esa..Amin.(ALLAH)
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    Reply #15 13 May, 2010, 03:51:54 PM
  • Publish
  • saya setuju dengan 5zul,apa pun doa yang paling baik kita memahami maknanya,baru la meresap dalam hati.saya selalu doa dengan doa yang sama selepas solat.dengan menghadirkan maknanya.apa guna doa panjang2 tapi kita kurang fahami dan hayati doa tersebut.

    Reply #16 13 May, 2010, 04:24:48 PM
  • Publish
  • mana lagi baik, doa dlm bahasa arab ka melayu? tgk dlm buku, doa utk setiap basuhan tu dlm bahasa arab...

    dua2 pon bole..anta boleh rujuk kitab sairus salikin jilid 1-2 ms 40 lebih kalo tak silap ana (yang kitab jawi punya la, yang rumi ana tak pasti)

    lebih afdhal dalam bahasa arab sekali dengan memahami maknanya...
    jika membacanya dalam bahasa Arab,, ianya lebih terkesan kepada hati ini...
    cubalah kerana ana selalu mengalaminya...

    Reply #17 13 May, 2010, 04:31:42 PM
  • Publish
  • Quote
    1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 'Ya
    Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini'.
    Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap
    benda-benda yang tak berfaedah.


    2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
    dengan, 'Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
    kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'.
    Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih
    berseri-seri.

    3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
    kamu dengan, 'Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
    ku ditangan kanan ku ini'.
    Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-
    hisabnya di tangan kanan .

    4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
    dengan, 'Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
    hisab ku di tangan kiri ku ini'.
    Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-
    hisabnya di tangan kiri .

    5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
    dengan,'Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
    matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'.
    Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar
    macam matahari sejengkal di atas kepala.

    6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
    dengan,'Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini'
    Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang
    mengumpat, memfitnah dll.

    7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
    dengan.'Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
    titian Siratul Mustaqqim'.
    Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
    dengan pantas sekali..

    8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
    dengan,'Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
    masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
    tempat maksiat'
    Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di
    tangan Allah.

    Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat
    bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
    mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

    Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil
    wuduk sedemikian rupa?
    Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
    perolehi dalam menghayati Islam?

    Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
    sebagai umat Islam?

    betapa indahnya doa itu tetapi diharap agar saudara Kanjeng mengeluarkan nas daripada manakah doa ini dinyatakan agar tidak berasa was-was hati ini utk mengamalkannya...

    memang benar ianya nampak baik dan bagus sekali teapi walau ape sekalipun,, bukankah kita memerlukan dalil tuk beramal dengannya? agar benar amalan itu diterima Allah kerana doa juga merupakan Ibadah bukan?
    lagipun kita tidak boleh menunaikan solat sunat dhuha secara berjemaah walaupun berjemaah itu lebih afdhal...

    Reply #18 13 May, 2010, 04:35:45 PM
  • Publish
  • alhamdulillah.

    Andai ada masa, elok d practice .

    walaupun sedikit tp berterusan.

    Reply #19 13 May, 2010, 04:40:41 PM
  • Publish
  • salam..terima ksih untuk ilmu yang disampaikan..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    35 Replies
    29383 Views
    Last post 14 February, 2011, 05:09:55 PM
    by Ummi Munaliza
    0 Replies
    1710 Views
    Last post 21 July, 2008, 02:44:12 PM
    by ria_firdaus
    13 Replies
    6070 Views
    Last post 16 May, 2010, 09:06:36 PM
    by msa