Fadilat : Kelebihan Bersugi atau Menggosok Gigi

*

Author Topic: Fadilat : Kelebihan Bersugi atau Menggosok Gigi  (Read 11959 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

alhaudhie

  • *
  • Posts: 2095
    • View Profile
31 October, 2007, 03:24:43 PM
  • Publish
  •  1. Bersugi atau bersiwak adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.

    2. Bersugi hukumnya adalah sunat dan masanya ialah bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan sembahyang , ketika hendak membaca Al-Quraan dan ketika berubah bau mulut.

    3. Dihukumkan makruh bersugi apabila telah gelincir matahari ( masuk waktu Zohor ) bagi orang yang berpuasa , sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

        “ Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu disisi Allah s.w.t. itu lebih harum daripada kasturi “.
        ( Riwayat Muslim )

        - Pada pendapat Imam Nawawi r.a.h bahawa tidak makruh bersugi bagi orang yang berpuasa sama ada telah gelincir matahari atau belum gelincir matahari.

    4. Alat untuk bersugi ialah tiap-tiap sesuatu yang suci dan kesat seperti berus gigi , kayu arak ( siwak ) , rotan manggar kelapa dan lain-lain.

    5. Hadith Rasulullah s.a.w. tentang bersugi :

        1) Dari Aisyah r.a.h. “ Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya “.
        ( Riwayat Baihaqi )

        2) Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. telah bersabda :
        “ Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh
        mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk “.
        ( Riwayat Ahmad )

    6. Cara perlaksanaan bersugi hendaklah dengan tangan kanan dan dimulakan dengan sebelah kanan mulut dan terus dilakukan atas langit-langit mulut dengan perlahan-lahan serta ke atas gusi dan gigi.

        7. Di antara kelebihan bersugi ialah :

        1) Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

        “ Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih
        baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang
        dengan tidak bersugi “.
        ( Riwayat Muslim )

        2) Dapat menambahkan akal.
        3) Dapat mencerahkan mata.
        4) Melambatkan tumbuh uban .
        5) Dapat menggandakan pahala.
        6) Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal .

    7. Sekiranya tidak dapat bersugi pada tiap-tiap waktu yang dituntuti hendaklah ia bersugi sekali dalam sehari.

    8. Di antara sebab-sebab sembahyang orang yang bersugi itu lebih afdhal dan lebih besar fadhilatnya kerana ia akan mendatangkan lebih khusyuk sembahyangnya serta dapat memelihara pergaulan yang baik di dalam jemaahnya semasa sembahyang dengan bau mulut yang bersih dan harum serta cahaya gigi yang segar .


    ( Rujukan Kitab - Kitab Matla’al Badraian – Syeikh Daud Fattani )

    http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/bersugi.htm
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    sabariah

    • *
    • Posts: 15
      • View Profile
    Reply #1 09 January, 2009, 06:59:41 PM
  • Publish
  • ana guna ubat gigi najwa
    best..try la ye kwn2 sekalian
    sejak kecil lg guna tp byk thn tkr guna colgate n darlie tp rasanya tak sm dgn najwa..
    skrg kembali pada najwa jgk
    halal dan suci

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4590
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #2 20 June, 2009, 12:36:45 PM
  • Publish
  • Bersugi.. Ianya satu sunnah.. Moga2 kita sama2 amalkannya untuk mendapat redha dari nya..~
    Tiada satu pun dapat memberi manfaat melainkan dengan IzinNya~
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    Sejadah_Usang

    • *
    • Posts: 725
      • View Profile
    Reply #3 20 June, 2009, 01:16:59 PM
  • Publish
  • Salam

    Bersugi banyak fadhilatnya, antaranya mencerdikkan akal dan ketika sakaratul maut mudah utk mengucap...InsyaALLAH. sama2lah kita hidupkan sunnah Rasulullah ketika akhlak manusia makin teruk....

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1281
      • View Profile
    Reply #4 30 August, 2009, 11:33:06 AM
  • Publish
  • Penulis : Ustaz Nazrul Nasir



    Soalan


    Adakah penggunaan berus gigi pada zaman sekarang menyamai fadhilat menggunakan siwak?Harap penjelasan daripada ustaz.

    Jawapan

    Terima kasih kepada yang bertanya.Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Hurairah radhiyallahu anhu:

    Quote
    لو لا أن أشق على أمتي لأمرتكم بالسواك عند كل الصلاة

    Maksudnya: Kalaulah tidak menjadi keberatan kepada ummatku, maka aku akan mewajibkan bagi mereka bersiwak setiap kali ingin menunaikan solat.


    (hadis riwayat Bukhari no.847, Muslim no.252, Abu Daud 1/11, al-Baihaqi 1/35)

    Berdasarkan hadis ini, penggunaan siwak adalah merupakan perkara sunnah. Ini kerana syarak sangat-sangat menekankan perkara ini. Siwak merupakan perkara yang dituntut di dalam semua keadaan. Lima keadaan yang sangat-sangat dituntut kepada seorang Muslim untuk bersiwak ialah :

    1. Ketika ingin menunaikan solat

    2. Ketika sedang berwudhuk

    3. Ketika gigi berubah menjadi kekuningan

    4. Ketika ingin membaca al-Quran (sebagai adab yang dituntut)

    5. Ketika berubah bau mulut disebabkan bangun daripada tidur ,meninggalkan makan, terlalu lama berdiam diri,atau memakan sesuatu yang mengubah bau mulut seperti petai, jering, bawang dan lain-lain yang berbau.

    Waktu yang makruh untuk seseorang berpuasa (samaada sunat atau wajib) untuk bersiwak menurut Mazhab al-Imam Syafie ialah selepas tergelincir matahari. Tetapi menurut al-Imam Nawawi rahimahullah, tidaklah menjadi makruh kepada seseorang yang berpuasa untuk bersiwak walaupun setelah matahari tergelincir.

    Saya masih belum menjawab persoalan yang ditanyakan. Baiklah sebelum itu sama-sama kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan siwak.

    SIWAK DAN MAKSUDNYA

    Siwak
    menurut istilah syarak ialah penggunaan kayu siwak atau yang seumpama (seperti berus gigi pada zaman sekarang)dengannya bagi membersihkan gigi dan apa-apa yang berada disekitarnya seperti lidah dan gusi bagi menghilangkan kesan , bau makanan dan sebagainya yang mengubah bau mulut.

    Jika kita perhatikan dengan baik maksud siwak menurut syarak, maka secara langsungnya berus gigi yang digunakan pada zaman sekarang juga termasuk di dalam penggunaan siwak.

    Hatta para ulama Islam membahaskan adakah boleh seseorang tersebut menggunakan hujung kain yang kesat bagi bersiwak. Para ulama mazhab Syafie menyebutkan bahawa perkara ini juga boleh dianggap bersiwak.

    BERSIWAK MENGGUNAKAN JARI

    Menggunakan jari sendiri untuk bersiwak tidak dianggap sebagai siwak menurut syarak.Menurut al-Imam Ibn Hajar al-Haitami rahimahullah, menggunakan jari sendiri dan jari orang lain yang terputus(dengan syarat jari tersebut kesat) untuk bersiwak adalah dikira bersiwak menurut syarak. Tetapi menurut al-Imam Ramli rahimahullah, menggunakan jari sendiri dan jari orang lain yang tidak terputus juga boleh dianggap bersiwak(dengan syarat jari tersebut kesat).

    KESIMPULAN


    Jelaslah bagi kita segala perkara yang kesat maka ianya boleh digunakan untuk bersiwak. Sebaiknya kita mengambil cara baginda sallallahu alaihi wasallam bersiwak iaitu dengan menggunakan kayu uud yang banyak terdapat di pasaran sekarang. Tetapi penggunaan berus gigi pada zaman sekarang juga fadhilatnya sama.

    Perlu diambil perhatian, siwak memerlukan niat ketika kita menggunakannya. Jika kita tidak berniat untuk mengikut sunnah maka perkara tersebut tidak akan beroleh fadhilat dan pahala.Menurut al-Imam Syamsuddin al-Ramli rahimahullah, jika siwak dilakukan bersama perkara ibadah yang lain seperti ketika berwudhuk dan ingin mendirikan solat, maka tidak lagi perlu berniat ketika itu.

    Wallahu a’lam

    Rujukan:


    1. Hasyiyah al-Imam Baijuri jilid 1 cetakan Darul Kutub Islamiyah

    2. Mu’tamad fi fiqh al-Syafie oleh Syeikh Dr.Muhammad al-Zuhaily cetakan Darul Qalam jilid 1

    3. Al-Taqrirat al-Sadidah fi Masa’il Mufidah oleh Syeikh Hassan bin Ahmad bin Muhammad al-Kaf ,cetakan ke-4 ,2006/1427.

    Mohd Nazrul Abd Nasir,
    Rumah Kedah Hayyu 10,
    Kaherah, Mesir

    Sumber : Http://NazrulNasir.Blogspot.Com

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1281
      • View Profile
    Reply #5 04 September, 2009, 09:16:08 AM
  • Publish
  • Fadilat bersugi / mengosok gigi

               Setengah fadilat bersugi iaitu dua rakaa’d sembahayang dengan mengosok gigi terlebih baik daripada tujuh puluh rakaa’d tampa mengosok gigi, orang yang bersugi mendapat keredaan tuhan, mensucikan mulut, mengelokkan bau mulut, menambah kercerdikan, mencerahkan mata, melambatkan tumbuh uban, mengelok tulang belakang, menggandakan pahala dan mengingatkan kalimah sahadah ketika hendak mati.

    Masa disunatkan bersugi


              Sunat bersugi pada tiap-tiap keadan dan yang terlebih kuat dituntut pada ketika hendak membaca al-Quran, ketika hendak sembahyang kerana sabda nabi
     
    Quote
    لو لا أن أشق علي أمتى لأمرتهم بالسواك عند كل صلاة وفي رواية عند كل وضؤ

     Ertinya jikalau tidak menyusahkan umat ku sesunguhnya aku hendak memperwajibkan mereka itu bersugi pada tiap-tiap kali hendak sembahyang dan pada satu riwayat pada tiap-tiap kali mengambil wuduk.


     Sunat bersugi ketika berubah bau mulut, ketika bangun daripada tidur, ketika kuning gigi, dan sunat pula ketika hendak tidur, ketika mengambil wuduk, ketika membaca hadihs, ketika hendak mati kerana bersugi memudahkan keluar roh dan banyak lagi masa disunatkan bersugi, lihatlah pada kitab-kitab yang beser.

    Waktu makruh bersugi

    Orang yang berpuasa dimakruhkan bersugi kemudian daripada gelincir matahari samaada puasa fardu atau sunat. Berkekalan makruhnya sehinga terbenam matahari. Imam Nawawi telah memilih akan ketiadan makruh samaada sebelum gelincir matahari atau sesudahnya.

    Cara bersugi

     Disunatkan bersugi dengan tangan kanan dan dimulakan mengosuk pada gigi garaham pehak kanan mulut sebelah atas. bawah, luar dan dalam. Hendaklah dilalukan berus gigi atau kayu sugi di atas langit-langit dan gusi dengan perlahan-lahan supaya tidak bedarah. Hendaklah dilalukan pada gigi dan lidah. Sunat mengosuk melintang gigi. Makruh mengosuk membujur gigi kerana merosakkan gusi dan berdarahnya.

    Alat- alat bersugi


     Kayu terlebih utama dibuat bersugi daripada lainnya. Kayu yang mempunyi bau yang harum terlebih utama daripada kayu yang tidak mempunyi bau. Kayu arak terlebih utama daripada yang lain kerana ia mempunyi bau yang harum,  mempunyi bulu seperti berus dan kerana nabi النبي صلى اللّه عليه وسلم mengunanya; mengiringinya pelepah kurma kerana alat sugi terakhir nabi; mengiringinya kayu zaitun kerana sabda nabi النبي صلى اللّه عليه وسلم
    Quote
    نعم السواك الزيتون من شجرة مباركة تطيب الفم وتذهب بالحفر وهو سواكى
     وسواك الأنبياء من قبلى

     Ertinya sebaik-baik berus gigi kayu zaitun ia adalah kayu yang diberi berkat. Ia mengelokkan bau mulut dan menghilang penyakit gigi. Kayu zaitun adalah berus gigi aku dan berus gigi nabi-nabi sebelum aku.


    Tambahan moderator : Ini bukan bermaksud berus gigi yang digunakan kini tidak dinamakan menggosok gigi dan tidak mendapat fadhilat sebagaimana kayu siwak. Tetapi fadhilat menggunakan kayu zaitun adalah lebih lagi dibandingkan dengan berus gigi biasa. WaLlahua'lam

    Sumber : Ustaz Mohammad Elias
    « Last Edit: 04 September, 2009, 09:18:08 AM by IbnuNafis »

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1281
      • View Profile
    Reply #6 04 September, 2009, 09:27:33 AM
  • Publish
  • Soalan

    Adakah penggunaan berus gigi pada zaman sekarang menyamai fadhilat menggunakan siwak?Harap penjelasan daripada ustaz.

    Jawapan

    Terima kasih kepada yang bertanya.Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Hurairah radhiyallahu anhu:
    Quote
    لو لا أن أشق على أمتي لأمرتكم بالسواك عند كل الصلاة

    Maksudnya: Kalaulah tidak menjadi keberatan kepada ummatku, maka aku akan mewajibkan bagi mereka bersiwak setiap kali ingin menunaikan solat.


    (hadis riwayat Bukhari no.847, Muslim no.252, Abu Daud 1/11, al-Baihaqi 1/35)

    Berdasarkan hadis ini, penggunaan siwak adalah merupakan perkara sunnah. Ini kerana syarak sangat-sangat menekankan perkara ini. Siwak merupakan perkara yang dituntut di dalam semua keadaan. Lima keadaan yang sangat-sangat dituntut kepada seorang Muslim untuk bersiwak ialah :


    1. Ketika ingin menunaikan solat

    2. Ketika sedang berwudhuk

    3. Ketika gigi berubah menjadi kekuningan

    4. Ketika ingin membaca al-Quran (sebagai adab yang dituntut)

    5. Ketika berubah bau mulut disebabkan bangun daripada tidur ,meninggalkan makan, terlalu lama berdiam diri,atau memakan sesuatu yang mengubah bau mulut seperti petai, jering, bawang dan lain-lain yang berbau.

    Waktu yang makruh untuk seseorang berpuasa (samaada sunat atau wajib) untuk bersiwak menurut Mazhab al-Imam Syafie ialah selepas tergelincir matahari. Tetapi menurut al-Imam Nawawi rahimahullah, tidaklah menjadi makruh kepada seseorang yang berpuasa untuk bersiwak walaupun setelah matahari tergelincir.

    Saya masih belum menjawab persoalan yang ditanyakan. Baiklah sebelum itu sama-sama kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan siwak.

    SIWAK DAN MAKSUDNYA


    Siwak menurut istilah syarak ialah penggunaan kayu siwak atau yang seumpama (seperti berus gigi pada zaman sekarang)dengannya bagi membersihkan gigi dan apa-apa yang berada disekitarnya seperti lidah dan gusi bagi menghilangkan kesan , bau makanan dan sebagainya yang mengubah bau mulut.

    Jika kita perhatikan dengan baik maksud siwak menurut syarak, maka secara langsungnya berus gigi yang digunakan pada zaman sekarang juga termasuk di dalam penggunaan siwak.
    Hatta para ulama Islam membahaskan adakah boleh seseorang tersebut menggunakan hujung kain yang kesat bagi bersiwak. Para ulama mazhab Syafie menyebutkan bahawa perkara ini juga boleh dianggap bersiwak.

    BERSIWAK MENGGUNAKAN JARI


    Menggunakan jari sendiri untuk bersiwak tidak dianggap sebagai siwak menurut syarak.Menurut al-Imam Ibn Hajar al-Haitami rahimahullah, menggunakan jari sendiri dan jari orang lain yang terputus(dengan syarat jari tersebut kesat) untuk bersiwak adalah dikira bersiwak menurut syarak. Tetapi menurut al-Imam Ramli rahimahullah, menggunakan jari sendiri dan jari orang lain yang tidak terputus juga boleh dianggap bersiwak(dengan syarat jari tersebut kesat).

    KESIMPULAN


    Jelaslah bagi kita segala perkara yang kesat maka ianya boleh digunakan untuk bersiwak. Sebaiknya kita mengambil cara baginda sallallahu alaihi wasallam bersiwak iaitu dengan menggunakan kayu uud yang banyak terdapat di pasaran sekarang. Tetapi penggunaan berus gigi pada zaman sekarang juga fadhilatnya sama.

    Perlu diambil perhatian, siwak memerlukan niat ketika kita menggunakannya. Jika kita tidak berniat untuk mengikut sunnah maka perkara tersebut tidak akan beroleh fadhilat dan pahala.Menurut al-Imam Syamsuddin al-Ramli rahimahullah, jika siwak dilakukan bersama perkara ibadah yang lain seperti ketika berwudhuk dan ingin mendirikan solat, maka tidak lagi perlu berniat ketika itu.

    Wallahu a’lam

    Rujukan:


    1. Hasyiyah al-Imam Baijuri jilid 1 cetakan Darul Kutub Islamiyah

    2. Mu’tamad fi fiqh al-Syafie oleh Syeikh Dr.Muhammad al-Zuhaily cetakan Darul Qalam jilid 1

    3. Al-Taqrirat al-Sadidah fi Masa’il Mufidah oleh Syeikh Hassan bin Ahmad bin Muhammad al-Kaf ,cetakan ke-4 ,2006/1427.

    Mohd Nazrul Abd Nasir,
    Rumah Kedah Hayyu 10,
    Kaherah, Mesir

    Sumber  :
      http://Http://nazrulnasir.blogspot.com

    hakim114

    • *
    • Posts: 248
      • View Profile
    Reply #7 04 September, 2009, 10:59:24 AM
  • Publish
  • BACALAH DAN DAH DAPAT ILMU MARILAH KITE AMALKAN BERSAMA

    Siwak Membawa Keridhoan Allah

    Quote

    قال رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
    السِّوَاكُ مَطْهَرَةٌ لِلْفَمِ مَرْضَاةٌ لِلرَّبِّ (صحيح البخاري

    Sabda Rasulullah saw :

    “Siwak adalah menyucikan mulut dan membawa keridhoan Allah” (Shahih Bukhari)

    Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    Limpahan Puji Kehadirat Allah yang seluruh alam semesta tiada berhenti bergemuruh memuji Allah, yang langit dan bumi tiada berhenti mensucikan dan mengagungkan Allah. Maha Raja Tunggal dan Abadi, Maha Memiliki segala yang ada, Maha Menjadikan semua yang di alam semesta berkaitan satu sama lain di dalam rantai kehidupan antara hewan, tumbuhan dan lautan dan lainnya. Yang kesemuanya itu merupakan rantaian kehidupan yang berada di dalam satu genggaman Yang Maha Tunggal dan Maha Abadi. Kehidupan dan kematian silih berganti memenuhi permukaan bumi. Berjuta – juta nama diizinkan hidup di atas bumi dan kemudian wafat. Demikian dari generasi ke generasi, permukaan bumi dihamparkan oleh Allah untuk keturunan Adam mencapai tujuannya kembali kehadirat Rabbul Alamin. Kembali kepada tujuannya berjuang mencapai keridhoan Allah. Inilah tujuan penciptaan manusia, demikianlah Allah Swt membuat aku dan kalian hidup di muka bumi dengan satu tujuan agar kita mendekat Kehadirat-Nya agar memahami Keluhuran-Nya yg tersimpan di dalam Keridhoan-Nya, yang Keridhoan Allah berpadu pada tuntunan Sayyidina Muhammad Saw. Beruntunglah mereka yang memahami samudera tuntunan Illahi yang dibawa oleh Sang Nabi saw. Beruntunglah jiwa yang mencintai Rasulullah saw.

    Hadirin – hadirat yang dimuliakan Allah,

    Ketika Allah menciptakan langit dan bumi lalu Allah juga menjadikan surga yang jauh lebih indah dari dunia dengan segala kemewahannya dan segala keindahannya sebagai lambang Kasih Sayang-Nya. “falaa ta’lamu nafsun ma ukhfiya lahum min qurrati a’yunin jazaa’an bimaa kaanu ya’maluun” QS. Assajdah : 17 “manusia itu tidak mengetahui apa yang disembunyikan Allah untuknya, untuk membalas apa – apa yang ia perbuat”. Alangkah indahnya Allah karena Allah sebenarnya tidak perlu membalas setiap ketaatan. Karena ketaatan sudah jelas tidak mampu membayar segala kenikmatan oleh Maha Raja Yang Berhutang Jasa kepada-Nya seluruh makhluk-Nya, tiada akan pernah terbayar dengan ketaatan sepanjang waktu dan zaman.

    Namun Sang Maha Indah menjadikan ketaatan itu ada padanya balasan demi mengundang hamba-Nya untuk lebih ingin dekat Kehadirat-Nya. Untuk apa Allah menciptakan pahala? Untuk apa Allah mengingatkan manusia dengan neraka?, agar mereka mendekat kehadirat Allah. Padahal Allah Maha Tidak Membutuhkan kita. Demikian samudera keindahan Ilahi yang tiada akan pernah kita temukan pada makhluk-Nya terkecuali Maha Tunggal Rabbul Alamin Swt. Bahkan melipatgandakan pembalasan amal pahala 10X lipat hingga 700X lipat. Padahal tidak perlu ada yang disebut pembalasan pahala karena setiap manusia sudah berhutang jasa yang tidak akan pernah terbayar dengan kenikmatan yang Allah berikan dan Dia menamakan Dirinya “ADDAYYAAN”, Yang Maha Berhutang Jasa kepada-Nya seluruh makhluk. Agar setiap makhluk mamahami bahwa setiap kehidupan mereka terikat kepada jasa Rabbul Alamin Yang Maha Abadi.

    Semakin seseorang memahami syaria’tul muthahharah dan mendalami ilmu mulia ini, ia akan semakin paham betapa agungnya Sang Pemilik dirinya yang menawarkan padanya setiap nafas untuk bisa dekat kehadirat Allah. Setiap nafas kita itu, ditawarkan kepada kita untuk dekat kepada Allah Jalla Wa Alla. Inilah Nama Yang Terindah untuk dijawab panggilan dan seruan-Nya. Seruan Kasih Sayang Ilahi memanggil kita. Adakah kita menjawabnya dengan ibadah kita?

    Kebangkitan Muhammad Rasulullah Saw membawa Rahmat-Nya Allah. Rahmat-Nya Allah yang bersifat Kekal dan Abadi. Maka di malam ini kita melihat 1 hadits yang membuka gerbang keluhuran tertinggi dari semua gerbang anugerah. Kita memahami anugerah Allah itu Surga dan Keabadiannya, dan surga itu Kita tahu itu anugerah besar tetapi diriwayatkan didalam Shahih Bukhari bahwa Rasul saw bersabda bahwa Allah berfirman didalam hadits qudsiy “ketika semua penduduk surga sudah masuk surga, sudah tahu dan merasakan kenikmatannya, sudah tinggal di istana – istana kemewahan yang selalu semakin indah berubah semakin indah dan semakin indah sepanjang waktu dan saat, Allah memanggil hamba – hambaNya dan berfirman : “maukah kalian Ku-beri yang lebih dari ini..?”, kata Allah. Hamba-Nya bertanya “Rabbiy..apa lagi anugerah yang lebih dari ini? Ini sudah surga dengan segala kemewahannya..??”.

    (*hb munzir menghentikan sesaat kelanjutan hadits qudsiy ini dan mengalihkan pembahasan sesaat demi memperkuat pemahaman hadirin)

    Dari hadits yang kita dengar riwayat Shahih Bukhari, beberapa waktu yang pernah saya sebutkan bahwa “derajat terendah bagi orang yang terakhir masuk ke dalam surga adalah mendapatkan istana yang luasnya 10X lebih besar dari dunia”. “wadzalika adhnal maqam fil jannah” itulah derajat yang paling rendah di surga, kata Rasul saw. Demikian riwayat Shahih Bukhari. Sang Maha Kaya dan Maha Melimpahkan kemuliaan ini, yang derajatnya paling rendah hamba-Nya yang masuk surga itu 10X lebih luas dari dunia ini, menawarkan anugerah yang lebih dari itu. Bagaimana kalau yang paling rendah derajatnya lalu bagaimana yang paling tinggi? Bagaimana megah dan mewahnya istana Sayyidina Muhammad Saw di yaumal qiyamah. Allah berkata : Maukah kalian kuberi lebih dari surga ini? hamba – hamba Nya bertanya “apa wahai Allah yang lebih dari ini?” “Uhilla alaikum ridwani falaa askhat alaikum ba’dahu abadaa” Aku halalkan ridho dan cinta-Ku untuk kalian dan aku jadikan itu abadi untuk kalian..!”.

    Cinta dan restunya Allah. Ternyata cinta dan restunya Allah itu lebih mahal dan lebih agung dari surga dan segala isinya. Bagaimana mendapatkannya? Gerbang tuntunan Nabi Muhammad Saw terbuka bagi kita..!.

    Hadits yang kita baca, satu batang kayu kecil yang tidak seberapa harganya. “Assiwak muthahharatun lilfami mardhaatun lirrabb” siwak adalah pensuci mulut kita dan pembawa keridhoan bagi Allah. Al Imam Ibn Hajar didalam Fathul Baari bisyarah Shahih Bukhari menjelaskan bahwa “Rasul saw berkali – kali, belasan bahkan puluhan bahkan ratusan riwayat yang menyebutkan tentang kemuliaan siwak. Didalam hadits lainnya riwayat Shahih Bukhari Rasul saw bersabda “lawla an asyuqqa alaa ummatiy La amartuhum bissiwaaki ma’a kulli sholaatin” kalau tidak karena risau akan memberatkan umatku niscaya kuwajibkan siwak itu pada setiap akan melakukan sholat.

    Ada apa dibelakang siwak? Didalam riwayat Shahih Bukhari lainnya Rasul saw bersabda “aktsartu ‘alaikum fissiwaak” aku sarankan dan aku himbau kalian dengan memperbanyak bersiwak. Didalam riwayat tsigah lainnya Rasul saw bersabda “sholat bissiwak tafdhulu min sab’iin sholat bilaa siwak” shalat dengan memakai siwak spahalanya 70X lebih besar dari shalat tanpa memakai siwak.

    Ada apa dengan 1 batang kayu yang terbuat dari pohon siwak ini? Hadirin, ketika Rasul saw berkata “muthahharatun lilfam” pembersih mulut. Kita berkata kalau pembersih mulut pasta gigi zaman sekarang bisa lebih membersihkan mulut. Tapi kita bertanya maksudnya, maksudnya ini membersihkan mulut yang bagaimana? (jawabannya adalah) Membersihkan mulut dari dosa – dosa. Adakah 1000 pasta gigi di muka bumi ini bisa mensucikannya? Siwak mensucikan kotoran – kotoran dosa – dosa yang ada di mulut kita. Mana buktinya? kalimat selanjutnya “mardhotun lirrabb” membawa keridhoan bagi Allah Swt. Jadi yang memakai siwak itu membuka keridhoan Allah.

    Para ilmuwan kita membuktikan pada kayu siwak itu banyak zat – zat yang bermanfaat bagi manusia. Diantaranya ada zat yang ketika terserap oleh syaraf di gigi dan mulut kita mempengaruhi syaraf pada otak kita dan menenangkan syaraf otak. Syaraf – syaraf otak itu menjadi tenang apabila terkena dan terangsang oleh zat yang ada pada kayu siwak. Turun emosinya. Kalau seseorang sudah turun emosinya, terjaga bibirnya, terjaga mulutnya dari mencaci, terjaga mulutnya dari membicarakan aib orang lain, terjaga mulutnya dari memfitnah orang karena emosi dan hatinya tenang. Demikian hebatnya tuntunan Sayyidina Muhammad Saw yang super modern. Oleh sebab itu beliau bersabda aktsartu a’laikum fissiwak” aku sunnahkan, aku ajarkan, aku wasiatkan pada kalian untuk banyak memakai siwak. Demikian karena semakin banyak seseorang memakai siwak, makin tenang pikirannya, makin rendah emosinya, dan “muthahharatun lilfam” mensucikan mulutnya dari dosa – dosa. Kalau mulut itu bersih dari dosa – dosa, doanya lebih cepat diijabah oleh Allah.

    Bersambung
    tiade nyata hanye Allah, aku umat rasulullah

    hakim114

    • *
    • Posts: 248
      • View Profile
    Reply #8 04 September, 2009, 10:59:36 AM
  • Publish
  • sambungan

    Hadirin – hadirat yang dimuliakan Allah,

    Sehingga diriwayatkan didalam Shahih Bukhari ketika Rasul saw disaat beliau wafat pun, beliau sedang di pangkuan Sayyidatuna Aisyah radiyallahu anha. Berkata Sayyidatuna Aisyah Rasulullah saw yuhibbu siwak” Rasul saw itu cinta sekali dengan siwak, selalu bersiwak dalam keadaan apapun. Maka saat beliau sudah di sakaratul maut, dahi beliau sudah terus keluar keringat dan beliau dalam demam berhari – hari seraya melirik siwak di tangan Abdurrahman bin Abi Bakar Ashshiddiq radiyallahu anhum. Siwak dipegang oleh saudara kandungnya Sayyidatuna Aisyah yaitu Abdurrahman bin Abi Bakar Ashshiddiq. Ada siwak ditangannya, Rasul melirik siwak itu. Rasul sudah lemah menanti detik detik kemangkatan. Maka Sayyidatuna Aisyah yang terus menangis berkata “aturiidussiwaak ya Rasulallah?” kau ingin siwak wahai Rasul? karena Rasul melirik siwak ditangan Abdurrahman bin Abi Bakar Ashshiddiq, Rasul mengangguk. Maka Sayyidatuna Aisyah mengambilnya dan membersihkan siwak itu, setelah bersih diberikan kepada Rasul dan beliau bersiwak. Setelah beliau bersiwak, beliau mengambil air di bejana dan membasuh wajahnya lalu berkata “Laa ilaaha illallah…., inna lilmauti sakaraat” beliau berkata “lailahailallah, sungguh dalam kematian itu sakarat yang memedihkan, kata Rasul saw lalu beliau mengangkat telunjuknya ke langit dan berkata beliau : “lirrafiiqil a’la” aku memilih untuk bersama Yang Maha Tinggi. Dan jatuhlah tangan beliau dan saat itulah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Diriwayatkan didalam Shahih Bukhari, hal tadi yang saya sebut.

    Didalam riwayat lainnya dijelaskan Rasul saw berdoa kepada Allah “wahai Allah pedihkan sakaratul mautku ini dan ringankan untuk ummatku”. Aku saja, pedihkan untukku (Rasul saw) sakaratul maut sepedih – pedihnya dan ringankan untuk ummatku. Maka beliau berkata “inna lil mauti sakarat” sungguh pada kematian itu kepedihan, kata Rasul saw. Lalu mengangkat tangannya dan berkata “firrafiiqil a’laa” aku memilih untuk bersama Yang Maha Tinggi. Dan jatuhlah tangannya, berkata Aisyah ra nafas terakhir beliau kurasakan menghembus di pipiku dan wafatlah beliau saw.

    Beliau wafat dengan mengamalkan sunnah hingga berkata para muhadditsin, sunnah terakhir yang diamalkan oleh Rasul saw adalah siwak sampai saat beliau ingin menghadap Allah pun masih beradab dengan bersiwak dulu baru menghadap Allah Swt. “Wa innaka la’alaa khuluqin adzim” dan akhlak agung beliau terlihat dari beliau belum memangku beban risalah sampai menjadi Rasul walaupun beliau menjadi Rasul sebelum beliau lahir ke muka bumi tapi pembawa tugas risalah mulai usia 40 tahun. Tapi beliau mulai dari lahir sudah digelari “Al Amin” akhlak yang agung. Lahir dalam keadaan sujud, demikian riwayat tsigah pada sirah Ibn Hisyam. Lalu beliau mempunyai akhlak yang sangat sempurna dan indah bahkan diakui oleh musuh – musuhnya sampai mengemban risalah, sampai wafat pun beliau dalam akhlak yang agung. Dalam akhlak yang agung bersiwak dulu sebelum menghadap Allah. Demikian Nabiku dan Nabi kalian, junjunganku dan junjungan kalian Sayyidina Muhammad Saw.

    Ketika jenazah sudah ditutupkan. Para sahabat, yang memandikan beliau adalah Sayyidina Ali bin Abi Thalib kw, Sayyidina Abbas bin Abdul Mutholib radiyallahu anhum dan beberapa kerabat beliau. Selesai dimandikan, jenazah ditutup dengan kain hibaraan dan saat itu hadirin – hadirat para sahabat yang mendengar kabar, datang satu – persatu. Lantas Rasul saw sudah berwasiat kepada Sayyidina Ali bin Abi Tholib “jika aku wafat nanti jangan langsung di shalatkan karena beri kesempatan Jibril dan para malaikat menyolatkan aku setelah itu baru kalian menyolatkan aku saw”.
    Hadirin – hadirat yang dimuliakan Allah,

    Dihadapan kita bulan Maulid Nabi Muhammad Saw. Insya Allah dari tahun ke tahun kita lihat maulid ini dari tahun ke tahun semakin makmur. Semoga semakin makmur para pecinta Nabiyyuna Muhammad Saw.
    Hadirin – hadirat yang dimuliakan Allah,

    Inilah kemuliaan siwak dan bagi kita yang ingin mendapatkan pecahan dari keridhoan Allah. Ini bukan pecahan berlian, bukan pecahan emas. Kalau pecahan berlian dan emas saja bias diperebutkan oleh manusia, bagaimana pecahan keridhoan Allah yang ada di sebatang siwak yang tidak seberapa harganya. Ini disampaikan oleh Nabiyyuna Muhammad Saw “Assiwak muthahhartun lilfami mardhotun lirrabb”. Benahi hari – hari kita dengan sunnah Nabi Muhammad Saw dan ternyata hal itu membawa manfaat besar bagi kehidupan kita, jasad kita, kesehatan kita dan kebahagiaan kita yang akan datang. Insya Allah semoga aku dan kalian berkumpul bersama Nabiyyuna Muhammad Saw di yaumal qiyamah.
    Tadi KH. Abdurrahman Alwi mengatakan Rasul saw hadir di majelis seperti ini. Ini pertanyaan sering dipertanyakan, apa iya Rasulullah hadir di majelis – majelis? Tentunya ini kalau mau bicara dalil. Diriwayatkan didalam Shahih Muslim saat Rasul saw bermi’raj beliau bertemu dengan Nabiyullah Musa as “ra'aytu musa qaaimun fii qabrihi yushalliy” kulihat Musa berdiri diatas kuburnya dan melakukan shalat. Lalu aku ke Masjidil Aqsa jumpa lagi dengan Nabi Musa as disitu lalu aku naik kelangit jumpa lagi dengan Nabi Musa as disana. Ini arwah Para Anbiya bias disana, sebentar diatas kuburnya, sebentar di Masjidil Aqsa, sebentar di langit. Jadi tidak ada satu batas pun bagi mereka yang telah wafat dari para syuhada, dari para awlia dan para anbiya. Oleh sebab itu tentunya tidak ada satu dalil yang shahih dan tsigah mengatakan Rasul saw hadir di majelis maulid. Akan tetapi tentunya dalil yang menguatkan ini bahwa ruh Para Nabi bisa saja ada dimana pun sebagaimana hadits riwayat Shahih Muslim. Jangankan di bumi, bahkan di langit pun Rasul saw bertemu dengam mereka. Bertemu Nabi IBrahim as di langit ke 7, bertemu dengan para Nabi di langit, bertemu lagi di Masjidil Aqsa.

    Demikian hadirin – hadirat, hal ini tentunya sangat tidak mustahil bahwa didalam kemuliaan – kemuliaan majelis dzikir yang dihadiri para malaikat muqarrabin agar tentunya kita semua yang mencintai Nabi Muhammad Saw selalu berkeinginan untuk bisa jumpa dengan beliau dan perkumpulan seperti ini sangat dirindukan oleh Nabi Muhammad Saw. Sebagaimana riwayat Shahih Muslim ketika Rasul saw berkata “aku rindu pada saudara – saudaraku, mereka itu orang – orang yang ingin jumpa, melihat wajahku dan mereka itu meninggalkan keluarganya dan hartanya demi ingin melihat aku dan mereka itu hidup setelah aku wafat, aku rindu kepada mereka”. Di malam ini kita meninggalkan rumah kita, meninggalkan keluarga, pekerjaan kita, duduk disini padahal disini kita tidak melihat Rasul saw lebih – lebih lagi kalau seandainya kita melihat Rasulullah Saw. Oleh sebab itu majelis – majelis seperti inilah, tentunya majelis – majelis lain banyak bukan hanya majelis kita. Majelis – majelis kerinduan terhadap Nabi saw inilah yang dirindukan oleh Rasulullah Saw yang mengalirkan airmata beliau saw.

    Hadirin – hadirat, diriwayatkan didalam Shahih Bukhari tentang salah satu rahasia, ini pembahasan saya yang terakhir. Tentang salah satu rahasia kemuliaan kesehatan kita. Ketika para ilmuwan kita menemukan bahwa ternyata satu cara yang paling efektif untuk menyembuhkan penyakit penyumbatan darah, penggumpalan darah seperti stroke dan lain sebagainya. Ternyata caranya itu adalah posisi bersujud. Posisi sujud itu 7 anggota sujud yaitu 2 telapak tangan, dahi, 2 lutut, kedua kaki. Itu 7 anggota sujud ternyata yang paling banyak dan sensitif urat syaraf di tubuh kita. Ketujuh – tujuhnya disentuhkan ke bumi dan bumi adalah grafitasi yang terbesar yang ada dari semua magnet. Kita sekarang dengar pengobatan pakai magnet. Ternyata magnet terbesar itu adalah grafitasi bumi tentunya, lebih dari semua magnet karena bumi adalah magnet terbesar. Ketika 7 anggota tubuh itu disentuhkan ke bumi bagaikan charger yang melancarkan aliran darah di pusat – pusat syaraf. 2 telapak tangan, 2 kaki, 2 lutut dan di dahi. Lebih dari itu posisi kepala yang berada dibawah jantung membuat jantung memompa darah. Terpompa dengan derasnya ke seluruh urat syaraf otak dan itu membuat terbukanya penyumbatan – penyumbatan yang ada di otak manusia. Jadi posisi sujud itu sangat efektif. Makin lama sujud seseorang, makin sehat wal afiah ia dari penyakit – penyakit berupa penyumbatan darah.

    Kita lihat riwayat Shahih Bukhari, dijelaskan bahwa Rasul saw itu kalau shalat malam sujudnya seperti membaca 50 ayat. 50 ayat itu kira – kira 10 sampai 15 menit. Posisi itulah yang barangkali kita terberat tapi ternyata justru posisi itu membawa kesehatan bagi tubuh kita, membawa manfaat bagi kita. Inilah ajaran yang paling modern tuntunan Sayyidina Muhammad Saw. Semakin dalam ilmuwan mempelajari biologi dan ilmu – ilmu ini makin ia semakin membuktikan betapa sempurnanya sunnah Sayyidina Muhammad Saw.

    Hadirin – hadirat yang dimuliakan Allah,

    Kita mengingat Nabi Saw yang hanya seseorang tidak punya apa – apa, tidak punya harta, tidak punya pasukan, tidak punya kedudukan dan tidak punya sesuatu. Akan tetapi punya kekuatan Allah yang hanya seorang ini diutus oleh Allah di permukaan bumi seorang diri, seorang muslim dan yang lainnya adalah orang yang menyembah selain Allah. Maka Rasul saw disaat itu berdakwah dengan segala keterbatasannya, akan tetapi Allah jadikan beliau saw orang yang paling sukses dari semua orang yang pernah hidup di muka bumi Allah Swt. Siapa yang paling sukses? Sayyidina Muhammad Saw. Karena apa? karena dakwah beliau itu bagaikan batu yang dilemparkan ke dalam genangan air, jatuh, gelombangnya kecil tapi semakin jauh gelombang makin besar dan makin besar. Demikian gelombang dakwah Nabiyyuna Muhammad Saw. Beliau yang terjebak hanya di Makkah, Madinah dan sekitarnya wilayah yang paling jauh adalah hanya sampai di Tabuk, beliau tidak sampai ke Barat dan Timur. Apalagi tidak pula sampai ke Indonesia di masa itu. Akan tetapi gelombang dakwah beliau yang menyampaikan risalah itu sampai disini. Sampai ratusan ribu, jutaan manusia masih mengikuti tuntunan Islam. Inilah semua berkat salah satu doa beliau sebagaimana riwayat Musnad Ahmad bin Hambal beliau mengangkat tangannya lantas menghadap ke Timur, menghadap ke Barat, menghadap ke semua penjuru dengan satu doa “Allahumma aqbil biquluubihim” wahai Allah datangkan hati mereka, menghadap ke kanan, ke kiri, kata Rasul. Orang – orang yang melihat Rasul “mau apa ini? di depannya tidak ada orang – orang, kiri kanan, depan belakang, semua penjuru beliau berdoa “Ya Allah datangkan hati mereka datangkan hati mereka”. Ternyata munajat itu tentunya di dengar oleh Rabbul Alamin, disampaikan dengan gelombang kemuliaan yang Allah munculkan lewat para muhajirin dan anshar, tabi’in, tabiut tabi’in, aslafunnasshalihin sampai malam hari ini ummat Nabi Muhammad Saw. Beliau adalah orang yang paling banyak pengikutnya di dunia dan di akhirat dari salah satu keberkahan doa beliau “Allahumma aqbil biquluubihim”
    Kita bermunajat kepada Allah Swt demi kesempurnaan doa Nabi Muhammad Saw, kita berdoa untuk saudara kita yang terjebak dalam perzinahan, dalam perjudian, dalam kemaksiatan, dalam narkotika, dalam kerusakan aqidah, dalam kehancuran aqidah, dalam penyelewengan aqidah atau segala dosa besar atau yang durhaka kepada ayah ibunya atau dosa besar lainnya. “Allahumma aqbil biquluubihim” wahai Allah datangkan hati mereka pada keluhuran, datangkan hati mereka kepada taubat, datangkan jiwa mereka kepada hidayah, datangkan jiwa mereka kepada kemuliaan syari’ah.
    Ya Rahman Ya Rahim Ya Dzaljalali wal ikram Ya Dzaththauli wal in’am Ya Rahman Ya Rahim tak lupa kami berdoa untuk diri kami Ya Rahman Ya Rahim dan semua yang mendengarkan acara ini di wilayah – wilayah lainnya. Rabbiy Rabbiy benahi jiwa kami, benahi sanubari kami, tumbuhkan sifat – sifat mulia pada kami. Barangkali ada banyak sifat – sifat hina yang belum bisa tercabut dari hati kami maka benahilah, maka cabutlah dan gantikan dengan kemuliaan. Segala musibah atau penyakit atau kesulitan yang belum terselesaikan pada kehidupan kami, cabut dan ganti dengan kesembuhan, ganti dengan kemudahan dan penyelesaian. Ya Rahman Ya Rahim Wahai Yang Maha Tunggal dan Abadi

    Faquuluuu jamii’an (ucapkanlah bersama sama) Ya Allah, Ya Allah..Ya Allah..Ya Allah..
    Faquuluuu jamii’an (ucapkanlah bersama sama) Laillahailallah Laillahailallah Laillahailallah Muhammadurrasulullah…
    Washallallahu ala Sayyidina Muhammad Nabiyyil Ummiy wa Shohbihi wa Sallam
    Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

    http://www.majelisrasulullah.org/index.php?option=com_content&task=view&id=195&Itemid=1

    Abg Am

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Reply #9 27 April, 2010, 07:30:23 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum,
    Saya ingin bertanya mengenai tempat bersugi.
    Baru2 ini saya ada mendengar sekiranya kita bersugi hendaklah di luar bilik air. adalah tidak baik & tidak digalakkan jika kita bersugi di dalam bilik air. adakah ini terdapat dalam Islam atau hanya adat2 atau petua orang dulu2.
    maaf sekiranya soalan ini mengarut pada anda di Halaqian.
    Sekali lagi maaf
    sekian.
    abg am.

    Anak_tawau

    • *
    • Posts: 9
      • View Profile
    Reply #10 27 April, 2010, 07:52:24 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum,
    Saya ingin bertanya mengenai tempat bersugi.
    Baru2 ini saya ada mendengar sekiranya kita bersugi hendaklah di luar bilik air. adalah tidak baik & tidak digalakkan jika kita bersugi di dalam bilik air. adakah ini terdapat dalam Islam atau hanya adat2 atau petua orang dulu2.
    maaf sekiranya soalan ini mengarut pada anda di Halaqian.
    Sekali lagi maaf
    sekian.
    abg am.
    Waalakumussalam warahmatullah...
    menurut apa yang saya faham..
    Dalil yang ada ialah dalil bersugi sahaja..
    tiada dalil mengenai tempat bersugi...maka tiada larangan...
    "Nabi berkata : Jika tidak nanti menyusahkan ke atas umat
    saya, pasti saya menyuruh mereka bersiwak ketika setiap wudhu’"(Sunan Abi Dawud-sahih)
     :jaz:

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2154
      • View Profile
    Reply #11 25 October, 2010, 10:13:45 PM
  • Publish
  • Kalau tak silap saya (maaf kalau silap) ia adalah berkaitan dengan soal adab. Tandas tempat yang kotor, sebaiknya dikhas untuk buang air sahaja. Manakala mandi, sugi dan berwudhu' ditempat yang berasingan pula. Wallahua'lam..
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    Rahimah Sakinah

    • *
    • Posts: 152
      • View Profile
    Reply #12 15 December, 2010, 02:19:45 AM
  • Publish
  • BERSUGI

    Bersugi atau miswaak atau siwak (Arab: سواك‎) adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.   

    HUKUM BERSUGI

       Sunat - hukumnya adalah sunat dan masanya ialah bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan solat, ketika hendak membaca Al-Quran dan ketika berubah bau mulut.
       Makruh - Orang yang berpuasa tak kira sama ada puasa fardu (Ramadan) atau puasa sunat selepas gelincir matahari, iaitu selepas masuk waktu zuhur.

    HADIS TENTANG BERSUGI

    Hadis Rasulullah s.a.w. tentang bersugi :
       Dari Aisyah r.a. " Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda : Bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya ". ( Hadis Riwayat Al Baihaqi )   ”
       Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w. telah bersabda : " Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk ". ( Riwayat Ahmad )   ”

    ALAT UNTUK BERSUGI

    Alat untuk bersugi ialah tiap-tiap sesuatu yang suci dan kesat seperti :-
    1.   berus gigi
    2.   kayu arak (siwak)
    3.   rotan
    4.   manggar kelapa
    5.   dan lain-lain.

    Nur^ Iman

    • *
    • Posts: 689
    • I am proud to be a MUSLIM
      • View Profile
    Reply #13 15 December, 2010, 08:13:14 AM
  • Publish
  • 1) Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

        “ Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih
        baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang
        dengan tidak bersugi “.
        ( Riwayat Muslim )

    oh sampai gitu sekali..syukran..

    ada 1 out of topik..kita di sunatkan wuduk sebelum mandi..tapi agak kemusykilan..sebab kita ,mandi kan mencuci kemaluan..kan batal wuduk tu..?? kan? aku selalu amik balik wuduk selepas mandi..takut batal..tak tahu hukumnya..
    I am proud to be a MUSLIM

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2154
      • View Profile
    Reply #14 15 December, 2010, 08:19:23 AM
  • Publish
  • Tak apa ambil wudhu' selepas mandi ya Iman. Sama ada tujuannya nak bersolat selepas mandi, atau nak sentiasa memelihara wudhu' (agar diri sentiasa berada dalam keadaan berwudhu')

    mine

    • *
    • Posts: 339
      • View Profile
    Reply #15 15 December, 2010, 08:42:47 AM
  • Publish
  • Tak apa ambil wudhu' selepas mandi ya Iman. Sama ada tujuannya nak bersolat selepas mandi, atau nak sentiasa memelihara wudhu' (agar diri sentiasa berada dalam keadaan berwudhu')

     :)
    kiranya tak salah la ambik wuduk lepas mandi....tapi kalau tak ambik wuduk tak berdosa kan???

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2154
      • View Profile
    Reply #16 15 December, 2010, 08:48:53 AM
  • Publish
  • Memang tak berdosa.. Tak wajib pun. Tak masuk juga dalam syarat sah mandi. :senyum:

    mine

    • *
    • Posts: 339
      • View Profile
    Reply #17 15 December, 2010, 09:05:10 AM
  • Publish
  • Memang tak berdosa.. Tak wajib pun. Tak masuk juga dalam syarat sah mandi. :senyum:


    terima kasih kak ummu fatimah....

    ana_muna141

    • *
    • Posts: 238
      • View Profile
    Reply #18 15 December, 2010, 10:57:14 AM
  • Publish
  • sedikit info kebaikan bersugi kepada "ummat moden" (kitalah tu..)

    bersugi menggunakan kayu sugi byk kebaikannye sbb geseran kayu sugi dgn gigi menghasilkanelektron2 yang menyebabkan gigi menjadi bersih. sbb itulah.. walaupun gosokan itu tdak sampai keseluruhan bahagian gigi, ion2 ini bertindak antara satu sama lain dan membawa gelombangnye keseluruh gigi.

    gigi akan lebih kuat dan sihat + lebih bersih.

    "Satu satunya cara untuk membersihkan pencemaran pada gigi ialah dengan mengalirkan perturakan caj elektron. Elektrostatik boleh dijana melalui cara gosokan.

    Kayu sugi yang biasa digunakan untuk mengosok gigi didapati mempunyai penjanaan elektron yang banyak apabila digosokkan.
    Liang kayu sugi mempunyai geometri yang seragam. Ia dipenui dengan elektron apabila digetarkan melalui gosokan. Elektron ini sungguh bertenaga sehingga memustahilkan bakteria boleh berada di dalamnya.

    Elektron terhasil melalui ruang jisim yang bergeometri yang digetarkan melalui gosokan atau tekanan


    Gigi yang menerima elektron akan mempunyai getaran asal yang tidak menerima benda asing melekat kepadanya. Ia juga berkeupayaan untuk mengawal aktiviti biotik dan mengelak daripada jangkitan kuman. Oleh itu, gigi yang disosok dengan kayu sugi mempunyai keupayaan untuk menanggalkan plak lebih baik daripada kaedah cungkil atau memberus.

    Walaupun anda hanya menggosakkan beberapa batang gigi sahaja, elektron boleh tesebar ke gigi lain yang bersebelahan sekiranya gigi tersebut bersentuhan atau rapat.

    Plak di bahagian belakang gigi juga akan tertanggal walaupun tidak dicapai oleh kayu sugi. Dengan hanya menggosok di bahagian hadapan gigi, bahagian belakangnya juga turut mendapat elektron yang membantu menggalkan plak dengan sendiri, insya Allah.

    Oleh itu, menggosok tidak perlu sehingga mencapai ke seluruh permukaan gigi termasuk belakang dan garham belakang. Kecuali jika terdapat renggangan gigi, maka gigi yang renggang dan tersebut perlu digosok kerana elektron tidak mengalir dengan sempurna daripada gigi hadapan. "


    sumber: attitude therapy       http://rawatankesihatan.com/2008/10/rahsia-saintifik-kayu-sugi.html

    saya masa mula dgr info ni.. rasa terharu sgt.. Rasulullah itu bersifat "FATONAH"
    Kalo zaman sekarang selepas kajian demi kajian saintifik baru kita tahu kebaikan bersugi guna kayu sugi. tapi Rasulullah dh nmpak kabaikan ni berkurun lama.

    cume kite yg tak berapa nk ikut sunnah Nabi (nasihat kpd diri saya juga)
    tapi kita sekarang ni.. kalo doktor cakap, kalo saintis cakap, kita baru dtg yakin n terbuka minda. tapi kalo Nabi cakap.. xde mcm xde mende jer...

    tulah hakikat iman kita. tak mcm sahabat dulu2.. ape Nabi kata, tak banyak soal dah. taat saja dAN BUAT.
    tak perlu bukti2 saintifik n kajian2..

    ape yg Nabi buat tu semua baik n utk kbaikan kita.
    tidak perlu kita persoal.

    wallahua'lam
    « Last Edit: 15 December, 2010, 11:11:23 AM by ana_muna141 »

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2154
      • View Profile
    Reply #19 15 December, 2010, 11:31:25 AM
  • Publish
  • :-) info yang sangat bermanfaat dari ana_muna, jazakillah.. Bertukarlah kepada kayu sugi, cuma rm2 sebatang. Wangi dan macam-macam perisa,  ada. Halalan toyyiba. 

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    2 Replies
    1760 Views
    Last post 20 December, 2010, 07:34:54 PM
    by Rahimah Sakinah
    1 Replies
    970 Views
    Last post 11 September, 2010, 09:14:54 PM
    by che may
    5 Replies
    2315 Views
    Last post 13 December, 2011, 10:26:31 AM
    by khairunnisak87