Bab 2: Pembahagian Jenis Air

*

Author Topic: Bab 2: Pembahagian Jenis Air  (Read 6934 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

alhaudhie

  • *
  • Posts: 2094
    • View Profile
31 October, 2007, 03:24:05 PM
  • Publish
  • Air dari segi hukum terbahagi kepada tiga jenis, Iaitu:

    1. Air yang suci dan boleh menyucikan benda lain. Ia terbahagi kepada dua:

        a) Air Mutlaq:

            * Air yang suci lagi menyucikan ialah air mutlaq yang kekal dengan sifat asal kejadiannya yang telah dijadikan oleh Allah s.w.t.

            * Air tersebut masih dikatakan air mutlaq walaupun ia sudah berubah disebabkan lama terbiar , disebabkan tanah, lumut dan tempat bertakung atau tempat mengalirnya mengandungi belerang . Hal ini kerana air itu sukar untuk dielakkan daripada perkara tersebut .

            * Dalil yang menunjukkan kesucian air mutlaq, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

              "Daripada Abu Hurairah r.a.h. katanya , seorang Badwi berdiri lalu terkencing di dalam masjid, kemudian para sahabat pergi mencegahnya . Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, biarkan dia dan curahkanlah di atas air kencingnya setimba air . Sesungguhnya kamu disuruh untuk mempermudahkan bukan menyusahkan" .

            * Perintah Rasulullah s.a.w. supaya menjiruskan air ke tempat air kencing tersebut adalah dalil yang menunjukkan bahawa air tersebut mempunyai sifat menyucikan.

        b) Air Musyammas:

            * iaitu air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh menggunakannya.
            * Air yang suci lagi menyucikan yang lain tetapi makruh digunakan pada tubuh badan tidak pada pakaian.
            * Air Musyammas bermaksud air yang panas yang terdedah kepada cahaya matahari iaitu pada negeri-negeri yang beriklim panas yang mana ia boleh mendatangkan karat seperti besi, tin dan lain-lain yang mana ia memberi mudharat apabila terkena kulit atau tubuih badan menyebabkan ianya sopak, kusta dan sebagainya. Sebagaimana Sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud :-

              "Dari Aisyah sesungguhnya ia telah memanaskan air pada cahaya matahari maka telah bersabda Rasullah s.a.w kepadanya janganlah engkau berbuat demikian wahai Aisyah sesungguhnya air yang dijemur itu dapat menimbulkan penyakit sopak." (Riwayat Baihaqi)

    2. Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan benda lain. Ia terbahagi kepada dua:

        a) Air Musta'amal:

            Iaitu air yang suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan yang lain yang mana maksudnya dengan perkataan air itu boleh diminum tetapi tidak sah dipakai untuk menyucikan sesuatu.

            * Yang dikatakan air Musta'amal pada mengangkatkan hadas ialah basuh kali yang pertama pada mandi atau wudhu' yang wajib dan sudah bercerai daripada anggota.
            * Yang dikatakan air Musta'amal pada menghilangkan najis iaitu jika air itu tidak berubah dan tidak bertambah.
            * Air daripada pokok-pokok dan air buah-buahan seperti daripada pucuk kelapa yang dibuat nira atau akar-akar kayu.

        Air yang berubah ada dua cara :-

            * Berubah dengan Taqdiri - Air yang berubah dengan Taqdiri iaitu air yang berubah hanya pada Taqdir sahaja yang tidak dapat dilihat akan perubahannya.
            * Berubah dengan Hissi - Air yang berubah pada Hissi iaitu berubah air itu dengan sesuatu yang dapat dilihat akan perubahannya.

        - Cara mentaqdirkan hukum air yang bercampur dengan sesuatu yang sama rupanya dengan seperti air mawar yang telah hilang bau, rasa dan warnanya.

            - pada bau hendaklah ditaqdirkan dengan bau kemenyan Arab.
            - pada rasa hendaklah ditaqdirkan dengan rasa delima.
            - pada warna hendaklah ditaqdirkan dengan warna anggur.

        Jika berubah dengan taqdir ini maka hukumnya air musta'amal dan jika tidak berubah dengan taqdir ini maka hukumnya air mutlak.

        Air yang bercampur itu ada dua cara :-

            * Majawir
              Bercampur dengan cara Mujawir iaitu air yang berubah dengan sebab termasuk di dalamnya dengan sesuatu yang dapat dipisahkan daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air termasuk di dalamnya sebatang kayu cendana dan kayu itu boleh dipisahkan daripada air tersebut, maka hukum air itu ialah air mutlak.
            * Mukhalit
              Bercampur dengan cara Mukhalit iaitu benda yang masuk ke dalam air itu tidak dapat dipisahkan daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air maka termasuk ke dalamnya nila maka dihukumnya air Musta'amal.

    b) Air Muqayyad:

            * Air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya (warna, rasa dan bau) menyebabkan ia tidak dipanggil air mutlaq lagi seperti air yang dicampur dengan madu, sirap dan lain-lain.

    3. Air yang najis atau mutanajjis, iaitu air yang terkena benda najis. Ia terbahagi kepada dua:


    a) Air yang sukatannya kurang dari dua kolah dan terkena benda najis kecuali yang dimaafkan, sama ada berubah sifat (warna, rasa dan bau) atau tidak.

    b) Air yang sukatannya lebih dari dua kolah dan berubah sifat (warna, rasa dan bau) sama ada perubahan itu sedikit atau banyak.

        * Ukuran air dua kolah itu ialah sebagai berikut :-
             1. Kalau dikira dengan tin minyak tanah, maka air dua kolah itu adalah sebanyak 9 2/3 tin
             2. Kalau dikira dengan timbangan, maka berat air dua kolah itu adalah seberat 162.72 kg.
             3. Kalau dikira dengan ukuran tempat empat persegi, maka air dua kolah itu memerlukan tempat yang berukuran 60 x 60 cm.

    http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/air.htm
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    halawah

    • *
    • Posts: 2606
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #1 23 December, 2008, 01:25:50 AM
  • Publish

  • Air yang suci lagi menyucikan;

    Semoga bahagian air ini menjadi sebahagian panduan kita mencuci diri/hati dan dikasihi Allah swt.bila wudhu dan minuman selalu dijaga terjamin dari pencemaran.
    Dengan itu maka amalan dan doa ditghmlm selalu diperhatikan Allah swt dan diaminkan oleh para Malaikat,maka dimakbulkan amalan dan doa malah  dibersihkan seluruh anggota diri ,setiap negeri dan negara maju elakkan mundur.
    Wassalam
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 07 July, 2009, 10:24:02 AM
  • Publish
  •       Jenis air yang ke 4 adalah  Air Mutanajjis:

        * Air Mutanajis ialah air yang Bercampur dengan cara Mujawir iaitu air yang berubah dengan sebab termasuk di dalamnya dengan
           sesuatu yang dapat dipisahkan daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air termasuk di dalamnya sebatang kayu
           cendana dan kayu itu boleh dipisahkan daripada air tersebut, maka hukum air itu ialah air mutlak.

        * Terkena najis, sedangkan ia kurang dari dua kulah, atau air yang lebih daripada dua kulah tetapi terkena najis sehingga berubah
           warna, rasa atau baunya. Air ini tidak boleh digunakan untuk bersuci karena ia tidak suci dan tidak mensucikan.

        *   Ukuran air dua kulah itu ialah sebagai berikut :-
             1. Kalau dikira dengan tin minyak tanah, maka air dua kolah itu adalah sebanyak 9 2/3 tin
             2. Kalau dikira dengan timbangan, maka berat air dua kolah itu adalah seberat 162.72 kg.
             3. Kalau dikira dengan ukuran tempat empat persegi, maka air dua kulah itu memerlukan tempat yang berukuran 60 x 60 cm.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Rahimah Sakinah

    • *
    • Posts: 152
      • View Profile
    Reply #3 15 December, 2010, 02:02:40 AM
  • Publish
  • AIR MUTLAK

    Air mutlak (ﻤﻄﻠﻖ) adalah air yang suci dan boleh menyucikan. Air tersebut dikatakan mutlak disebabkan air itu adalah dalam bentuk keasliannya. Air tersebut masih dikatakan air mutlak walaupun ia sudah berubah disebabkan sudah lama terbiar, dimasuki tanah, lumut dan bertakung atau tempat mengalirnya mengandungi belerang.

    Disenaraikan berikut adalah tujuh jenis air mutlak:
    •   air hujan
    •   air laut
    •   air sungai
    •   air telaga atau perigi
    •   air mata air
    •   air yang dicairkan dari salji
    •   air embun

    Apabila cukup sukatan atau timbangan air sebanyak dua kolah, maka air tersebut tidak dikira najis yang disebabkan oleh benda lain melainkan beubah dari segi warna, bau dan rasa. Air yang kurang dari sukatan tersebut akan dikira najis apabila jatuh najis ke dalamnya tidak kira berubah sama ada bau, warna ataupun rasa.

    UKURAN DUA KOLAH
    •   Beratnya anggaran 230 liter atau 52 gelen.
    •   Lebih kurang sebanyak 13 tin minyak tanah.
    •   Bekas Empat Segi ialah 23 inci lebar dan 23 inci dalam
    •   Bekas yang bulat lebarnya 19 inci dalam 46 inci.

    AIR MUSTA'MAL

    Air musta'mal (ﻣﺴﺘﻌﻤﻞ) adalah air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan yang lain. Boleh dikatakan juga air ini boleh diminum tetapi tidak sah untuk menyucikan sesuatu.
    Air musta'amal yang diperolehi dari mengangkatkan hadas adalah air basuhan kali yang pertama pada mandi atau wudhu' yang wajib dan sudah jatuh dari anggota badan. Air musta'amal dari konsep najis pula ialah jika air itu tidak berubah dan tidak bertambah. Air tumbuhan dan buah-buahan seperti pucuk kelapa yang dibuat nira atau akar-akar kayu, air dari batang tebu dan yang dihasilkan dari buahan seperti kopi dan koko.

    AIR YANG BERUBAH DAN BERCAMPUR

    Air yang berubah dalam konsep tidak boleh menyucikan ialah yang berubah disebabkan oleh benda asing yang suci yang bercampur ke dalam air seperti kayu gahara sehingga tidak berubah sehingga jelas digelar "air gahara".

    Berikut adalah cara air yang berubah:
    •   Berubah dengan Taqdiri - Air yang berubah dengan Taqdiri iaitu air yang berubah hanya pada Taqdir sahaja yang tidak dapat dilihat akan perubahannya.
    •   Berubah dengan Hissi - Air yang berubah pada Hissi iaitu berubah air itu dengan sesuatu yang dapat dilihat akan perubahannya.

    Contoh cara menentukan hukum air yang bercampur dengan sesuatu yang sama rupanya dengan seperti air mawar yang telah hilang bau, rasa dan warnanya.
    •   pada bau hendaklah ditentukan dengan bau gahara.
    •   pada rasa hendaklah ditentukan dengan rasa delima.
    •   pada warna hendaklah ditentukan dengan warna anggur.

    Jika berubah dengan cara ini, maka hukumnya air musta'amal dan jika tidak, hukumnya adalah air mutlak.

    Bagi air yang bercampur pula, terdapat dua cara air bercampur iaitu:
    •   Majawir - cara Mujawir ialah apabila air yang berubah disebabkan termasuk ke dalamnya suatu yang dapat dipisahkan daripada air, contohnya air yang dimasuki sebatang kayu cendana dan kayu itu boleh dipisahkan daripada air tersebut, maka hukum air itu adalah air mutlak.
    •   Mukhalit - cara Mukhalit pula ialah apabila suatu benda yang masuk ke dalam air itu tidak dapat dipisahkan, contohnya air dimasuki nila, maka dihukumnya air Musta'amal.

    AIR MUQAYYAD

    Air muqayyad (ﻣﻘﻴﺪ) pula ialah air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya sama ada dari segi warna, bau atau rasa yang menyebabkan air tersebut tidak dipanggil air mutlak lagi.

    Walau bagaimanapun, qayyad pada air terbahagi dua:
    •   Qayyad Lazim - iaitu qayyad yang tidak bercerai sehingga menjadikannya berbeza langsung dari air mutlak seperti air kopi, air madu, air mawar.
    •   Qayyad Musfaq - iaitu qayyad yang bercerai iaitu yang tidak lazim bagi air seperti air hujan, air perigi. Maka, ia masih lagi hukumnya air mutlak.

    Qayyad Lazim juga turut dinamakan sebagai air mutaghayyir ( المياه متغير ) "almiahu Mutaghayyir" yang membawa pengertian air bervariasi.

    AIR MUSYAMMAS

    Air musyammas (ﻣﺸﻤﺲ) adalah air yang terjemur di bawah panas matahari bagi negeri-negeri beriklim panas. Hukum air tersebut hanya pada air yang diisi ke dalam bekas yang bukan emas dan perak.
    Air tersebut hanya makruh ketika panas untuk digunakan pada badan dan makanan serta minuman. Walau bagaimanapun, air yang masih panas tersebut boleh digunakan untuk membasuh pakaian. Air yang sudah menyejuk tidak lagi makruh digunakan.

    AIR MUTANAJJIS

    Air mutanajjis (ﻣﺘﻨﺠﺲ) adalah air yang telah terjatuh najis ke dalamnya sehingga berubah warna, bau atau rasa walaupun jika dicampur hingga kadar dua kolah. Air tersebut tetap dikira mutanajjis sekiranya air tidak berubah sifat bau, warna atau rasa tetapi tidak mencukupi dua kolah.
    Air tersebut tidak dikira bernajis apabila jatuh ke dalamnya haiwan ataupun bangkai haiwan yang memang tidak berdarah seperti semut.

    CONTOH BERIKUT TIDAK TERMASUK AIR MUTANAJIS
    1.   Termasuk bangkai (lihat perkara di bawah) najis yang dimaafkan dengan syarat tidak sengaja dicampakkan.
    2.   Air atau bahan cecair yang lain termasuk najis yang halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar melampau daripada najis mughalazah.
    3.   Air yang lebih daripada dua kolah dengan syarat tidak berubah sifat air itu.

    CONTOH BANGKAI BINATANG YANG NAJIS TETAPI DIMAAFKAN
    1.   Lalat
    2.   Kumbang
    3.   Kala
    4.   Lipas
    5.   Cicak
    6.   Binatang-binatang yang tidak mengalir darahnya jika dibelah atau dikoyakkannya.

    AIR QAID LAZIM

    Air yang ada kaitan dengan jenama-jenama lain untuk memperkenalkannya. Kalau tidak disebut orang tidak akan faham.
    •   Contohnya:
    a. Air Kelapa
    b. Air Tebu
    c. Air Mawar
    d. Air Kopi

    HUKUM AIR QAID LAZIM

    Suci hanya pada dirinya sahaja tetapi tidak sah digunakan untuk menyucikan yang lain.

    5zul

    • *
    • Posts: 3023
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #4 26 November, 2012, 12:52:44 PM
  • Publish
  • hadits riwayat Ibnu Abbas Radhiyallahu’anhu , ia berkata: Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam pernah melewati dua buah kuburan, lalu beliau bersabda: Ingat, sesungguhnya dua mayit ini sedang disiksa, namun bukan karena dosa besar. Yang satu disiksa karena ia dahulu suka mengadu domba, sedang yang lainnya disiksa karena tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya. Kemudian beliau meminta pelepah daun kurma dan dipotongnya menjadi dua. Setelah itu beliau menancapkan salah satunya pada sebuah kuburan dan yang satunya lagi pada kuburan yang lain seraya bersabda: Semoga pelepah itu dapat meringankan siksanya, selama belum kering
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    11 Replies
    2155 Views
    Last post 07 December, 2010, 10:08:41 AM
    by nazri0070
    7 Replies
    3862 Views
    Last post 19 November, 2011, 12:02:45 PM
    by al_ahibbatu
    0 Replies
    2461 Views
    Last post 14 May, 2011, 09:55:08 PM
    by faa zahra