Amalan ziarah kubur

*

Author Topic: Amalan ziarah kubur  (Read 19469 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

kanjeng sunan

  • *
  • Posts: 2192
  • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
    • View Profile
24 October, 2007, 03:40:13 PM
  • Publish
  • Amalan ziarah kubur bukan bidaah
    Oleh Mohd. Shauki Abd. Majid
     
    SEMEMANGNYA amalan menziarah tanah perkuburan merupakan suatu amalan yang lazim dan menjadi tradisi turun- temurun masyarakat kita.
     
    Terutama di musim perayaan Aidilfitri mereka menziarahi tanah perkuburan bagi tujuan berdoa dan menyedekahkan ayat-ayat suci al-Quran kepada mereka yang pergi lebih awal meninggalkan dunia ini.
     
    Sesetengah kelompok tertentu mengecam keras perbuatan atau tradisi membaca al-Quran atau surah Yasin di kalangan umat Islam ketika menziarah tanah perkuburan. Malahan dikatakan bahawa membaca al-Quran atau bertahlil di kuburan merupakan perbuatan bidaah dan sesat.
     
    Menurut mereka perbuatan tersebut tidak dianjurkan oleh agama, tidak pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w. Perbuatan ini boleh membawa kepada perbuatan syirik yang sangat berbahaya kepada keutuhan tauhid umat Islam.
     
    Sedangkan pada hakikatnya dari segi adab menziarahi kuburan kita disunatkan membaca al-Quran seperti surah al-Fatihah, al- Ikhlas, al-Mauzatain atau membaca surah Yasin dan pahala bacaan itu dihadiahkan kepada ahli kubur kata Imam Ahmad r.a.
     
    Pahala bacaan tersebut akan sampai kepada ahli kubur. Semakin ramai ahli keluarga yang membaca surah Yasin sudah tentu akan semakin banyak cucuran rahmat yang diberikan kepada orang yang diziarahi.
     
    Mereka dianjurkan membaca surah Yasin seperti dikatakan Nabi s.a.w. bermaksud: Barang siapa berziarah ke kuburan kedua-dua orang tua atau salah satu di antara mereka pada hari Jumaat dan membacakannya surah Yasin, maka dia akan diampuni dosanya dan dihitung sebagai kebaikan.
     
    Satu-satunya amalan yang sangat baik ketika menziarah kubur ialah membaca (sebahagian) al-Quran dan berzikir kepada Allah s.w.t. Banyak ulama yang menegaskan bahawa pembacaan al-Quran itu dapat sampai kepada arwah orang yang telah meninggal dunia.
     
    Dalam fadilat surah Yasin, diterangkan hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hambal dalam masnadnya oleh Abu Daud, An-Nasai dan disahkan oleh Ibnu Hiban, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Bacalah Yasin bagi orang-orang yang (akan atau) telah wafat di antara kamu (Muslimin).
     
    Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, Barang siapa yang berziarah di kuburan, kemudian ia membaca al-Fatihah, Qul Huwa llahu Ahad dan Alhakumut takasur, lalu ia berdoa “Ya Allah, kuhadiahkan pahala pembacaan firman-Mu pada kaum Mukminin penghuni kubur ini, maka mereka akan menjadi penolong baginya (pemberi syafaat) pada hari kiamat. Hadis-hadis inilah dijadikan dalil oleh ulama mengenai dibolehkan membaca al-Quran bagi orang yang telah wafat.
     
    Keafiatan
     
    Ziarah kubur juga bertujuan berlaku ihsan terhadap penghuni kubur, lebih-lebih lagi kepada roh kedua-dua ibu bapa kita dan menggembirakan mereka dengan memberi salam, memohon doa agar dilimpahi dengan rahmat, pengampunan dan keafiatan dari Allah s.w.t.
     
    Bahawa permohonan doa anak yang soleh itu, yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapa mereka yang telah meninggal dunia akan diterima serta ditulis oleh Allah s.w.t. sebagai anak yang taat kepada ibu bapanya.
     
    Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Iman Muslim yang bermaksud: Apabila seseorang manusia itu mati, akan terputuslah daripadanya segala amalan melainkan tiga perkara: Sedekah yang berterusan manfaatnya, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.
     
    Selain itu, kita juga disunatkan untuk berdoa dengan cara berpaling ke arah kiblat serta mengangkat kedua-dua belah tangan dan mohon ke hadrat Allah s.w.t. semoga roh ahli kubur dilimpahi dengan rahmat, keselamatan, keafiatan dan sebagainya Inilah yang dilakukan Rasulullah s.a.w. ke atas kubur anaknya Ibrahim.
     
    Ziarah kubur sememangnya disyariatkan bahkan disunahkan. Nabi s.a.w. sering berziarah ke kuburan kaum Muslim dan beristighfar memohon ampun bagi para penderhaka yang menjadi ahli kubur, sebagai bukti bahawa kedatangan Nabi adalah satu rahmat.
     
    Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari menyebut: Rasulullah s.a.w. melewati dua kuburan. Lalu beliau berkata. Kedua-dua ahli kubur ini sedang diazab Tuhan, meskipun bukan kerana dosa besar.
     
    Rasulullah s.a.w. lalu meletakan di atas kedua-dua kuburan itu pelepah kurma yang masih hijau sambil berdoa, Sesungguhnya kedua-dua pelepah kurma itu, insya-Allah, akan meringinkan azab mereka sehingga pelepah itu kering. Dengan berkat kehadiran Rasulullah ke kuburan itu, Tuhan meringankan azabnya.
     
    Ziarah juga adalah cara kita untuk mendoakan orang yang telah mendahului kita. Al-Quran mencontohkan doa itu: Tuhanku ampunilah orang-orang yang telah mendahului kami dalam keimanan. (Maksud al-Quran surah Al-Hasyr:10) .
     
    Itulah perintah al-Quran agar kita mendoakan orang-orang yang telah lebih dahulu meninggal dunia. Doa itu kita baca ketika berziarah kubur.
     
    Menziarahi kubur berserta membaca ayat suci al-Quran sebenarnya dapat melembutkan hati yang keras kerana ketika seseorang menziarahi kubur ia sudah tentu akan teringat dengan firman Allah yang bermaksud: Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. (al-Anbiyaa ayat 35)
     
    Begitu juga dalam firman Allah yang lain bermaksud: Setiap makhluk yang ada (di muka bumi ini) pastilah akan binasa dan kekallah zat Tuhanmu yang memiliki keagungan dan kemuliaan. (Surah al-Rahman ayat 26-27).
     
    Jika manusia sudah teringat dan menghayati ayat-ayat Allah ini sudah tentu dia akan merasa takut dan akan meninggalkan perbuatan jahat.
     
    Sesungguhnya Islam menggalakkan umatnya supaya saling hormat-menghormati sesama manusia, dan tidak terkecuali dengan orang yang telah meninggal dunia.
     
    Kerana itulah Islam menganjurkan umatnya supaya menghormati ahli kubur serta menjaga kehormatan persekitaran perkuburan.
     
    Amat dikesali sekiranya amalan membaca al-Quran di kuburan yang diamalkan Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya ini dikata bidaah (sesat) dan sebagainya.
     
    Umat Islam yang pulang kampung hanya sekali setahun sempena perayaan, maka amat digalakkan merebut peluang tersebut untuk menziarahi kuburan ibu bapanya dan secara tidak langsung juga mendidik kepada anak-anaknya (cucunya) dengan amalan kebaikan ketika berziarah kuburan.
     
     
    * Mohd. Shauki Abd. Majid ialah Pengurus Penyelidikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).
    « Last Edit: 06 October, 2010, 04:02:54 AM by Ummi Munaliza »
    TuhAN cInTa aGuNg..

    husnulkhatimah

    • *
    • Posts: 899
    • hitam putih kehidpan..sendiri yg menentukan....
      • View Profile
    Reply #1 24 October, 2007, 03:45:07 PM
  • Publish
  • tapi ramai yg ke kuburan hanya pd bulan ramadhan dan masa nk raya saja...

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Reply #2 24 October, 2007, 03:48:41 PM
  • Publish
  • tapi ramai yg ke kuburan hanya pd bulan ramadhan dan masa nk raya saja...

    itu dah jadi adat..jer....

    BDK_SEMPOI85

    • *
    • Posts: 105
      • View Profile
    Reply #3 24 October, 2007, 03:49:39 PM
  • Publish
  • bgus..nice info...time raya tue sy b'pluang jumpa spupu sy yg bru blik dr mesir..skrg tgh smbung amik tahfiz...die da gak crite psal amalan membaca surah yassin n melawat kubur...smala mcm info nie...maknanyer mmg x msuk dlm p'kara yg bida'ah la ek...kalo da org yg msih mngatakan ianya bida'ah mcm maner plak???ape kiter nak ckp??shabat2 yg lain da pndangan??

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Reply #4 24 October, 2007, 03:51:44 PM
  • Publish
  • bgus..nice info...time raya tue sy b'pluang jumpa spupu sy yg bru blik dr mesir..skrg tgh smbung amik tahfiz...die da gak crite psal amalan membaca surah yassin n melawat kubur...smala mcm info nie...maknanyer mmg x msuk dlm p'kara yg bida'ah la ek...kalo da org yg msih mngatakan ianya bida'ah mcm maner plak???ape kiter nak ckp??shabat2 yg lain da pndangan??

    yang menolak tu kebanyakkannya...berfahaman wahabi...
    tu aje...yang kita ikut imam syafei...tak jadi hal...
    nak jawap ngan orang nie...payah skit...coz dah jadi pegangan diorang..

    BDK_SEMPOI85

    • *
    • Posts: 105
      • View Profile
    Reply #5 24 October, 2007, 04:14:23 PM
  • Publish
  • bgus..nice info...time raya tue sy b'pluang jumpa spupu sy yg bru blik dr mesir..skrg tgh smbung amik tahfiz...die da gak crite psal amalan membaca surah yassin n melawat kubur...smala mcm info nie...maknanyer mmg x msuk dlm p'kara yg bida'ah la ek...kalo da org yg msih mngatakan ianya bida'ah mcm maner plak???ape kiter nak ckp??shabat2 yg lain da pndangan??

    yang menolak tu kebanyakkannya...berfahaman wahabi...
    tu aje...yang kita ikut imam syafei...tak jadi hal...
    nak jawap ngan orang nie...payah skit...coz dah jadi pegangan diorang..


    mcm tue ker...ptutla deme nie pyah benor nak dbri tnjuk ajar...makin kiter ckp mkin melenting plak...kire melenting deme jer...susa gak mcm nie ek pak kanjeng...aper2 pun thanks a lot for that's info..

    Reply #6 05 October, 2010, 03:12:58 PM
  • Publish
  • assalamualaikum...
    sy ade beberapa kemusykilan mengenai menziarahi kubur pd pagi syawal yang byk diamalkan oleh sesetengah org..
     1-benarkah roh si mati akan berada di atas kubur pada bulan ramadhan dan akan kembali ke alamnya ketika takbir raya iaitu pd pagi 1 syawal?
     2- apakah hukumnye jika sesorang itu mempercayai keadaan tersebut dan menziarahinye sblm takbir?
     3-adakah roh juga akan kembali pada tiap2 malam jumaat?
    harap bantuan dari kalian..terima kasih

    liefi

    • *
    • Posts: 36
      • View Profile
    Reply #7 06 October, 2010, 01:57:40 AM
  • Publish
  • assalamualaikum..
    sy pom nk tahu jgk...btol ke roh akn balik setiap malam jmaat?

    wan_sgmt

    • *
    • Posts: 620
    • Salam ukhuwwah semua..
      • View Profile
    Reply #8 06 October, 2010, 08:47:44 AM
  • Publish
  • assalamualaikum...
    sy ade beberapa kemusykilan mengenai menziarahi kubur pd pagi syawal yang byk diamalkan oleh sesetengah org..
     1-benarkah roh si mati akan berada di atas kubur pada bulan ramadhan dan akan kembali ke alamnya ketika takbir raya iaitu pd pagi 1 syawal?
     2- apakah hukumnye jika sesorang itu mempercayai keadaan tersebut dan menziarahinye sblm takbir?
     3-adakah roh juga akan kembali pada tiap2 malam jumaat?
    harap bantuan dari kalian..terima kasih




    persoalan 1 di atas boleh di rujuk pada artikel yang sedia ada . ROh Di Bulan Ramadhan .
    persoalan 2 itu, wallahualam.. tiada masalah untuk menziarah kubur sebelum takbir ataupun selepas takbir..
    persoalan 3 tu khilaf ulama' sama ada balik atau tidak..
    Bersama menyumbang ke Tabung Sehati Sejiwa..

    sari_madu

    • *
    • Posts: 98
      • View Profile
    Reply #9 06 October, 2010, 09:21:59 AM
  • Publish
  • Pada hari raya yang lepas, saya menziarahi kubur arwah ibu bapa mertua saya, saya nampak banyak pasu bunga (bunga kekwa, bunga ros & macam2 lagi) yang diletakkan di atas kubur oleh saudara mara yang menziarah.  Adakah ini dibenarkan?  Bagaimana dengan adat menyiram air ke atas kubuan?

    fatimahazzara

    • *
    • Posts: 87
      • View Profile
    Reply #10 06 October, 2010, 11:04:03 AM
  • Publish
  • saya pun nak tanya....pada siapa yang dapat menjawab soalan nya adakah di benarkan kaum wanita menziarahi
    tanah perkuburan?saya confuse....setengah kata tak bolih dan ada kata haram terus.......

    Reply #11 06 October, 2010, 11:09:39 AM
  • Publish
  • thanx for all the info...byk jugak yg dapat dipelajari..

    hafizul_84

    • *
    • Posts: 322
      • View Profile
    Reply #12 06 October, 2010, 11:19:53 AM
  • Publish
  • Pada hari raya yang lepas, saya menziarahi kubur arwah ibu bapa mertua saya, saya nampak banyak pasu bunga (bunga kekwa, bunga ros & macam2 lagi) yang diletakkan di atas kubur oleh saudara mara yang menziarah.  Adakah ini dibenarkan?  Bagaimana dengan adat menyiram air ke atas kubuan?

    Assalamualaikum..
    sedikit penjelasan, kalau diletakkan pasu bunga perhiasan ini dikatakan membazir dan tiada mendatangkan faedah. Akan tetapi jika ditanam pokok di kuburan, ini dibolehkan dengan harapan zikir-zikir dari pepohon kayu itu akan meringankan beban di alam kubur..wallahuallam.
    Berkenaan dengan menyiram air pula, saya menegaskan perkara ini tiada faedahnya dan tidak boleh diikuti, kerana tiada bersebab. ini adalah ikutan adat. Cuba tanya kepada yang menyiram di kuburan selepas melawat kubur, apa sebabnya menyiram kubur?.saya percaya tiada jawapan daripadanya. menyiram kubur hanya boleh dilakukan pada waktu awal jenazah dikebumikan sahaja, ini bertujuan untuk memadatkan tanah selepas dikebumikan..
    wallahuallam..

    hafizul_84

    • *
    • Posts: 322
      • View Profile
    Reply #13 06 October, 2010, 11:21:20 AM
  • Publish
  • saya pun nak tanya....pada siapa yang dapat menjawab soalan nya adakah di benarkan kaum wanita menziarahi
    tanah perkuburan?saya confuse....setengah kata tak bolih dan ada kata haram terus.......

    Salam..
    tiada salahnya wanita menziarahi kubur walaupun sedang didatangi haid..wallahuallam..

    Reply #14 06 October, 2010, 11:40:52 AM
  • Publish
  • Pada hari raya yang lepas, saya menziarahi kubur arwah ibu bapa mertua saya, saya nampak banyak pasu bunga (bunga kekwa, bunga ros & macam2 lagi) yang diletakkan di atas kubur oleh saudara mara yang menziarah.  Adakah ini dibenarkan?  Bagaimana dengan adat menyiram air ke atas kubuan?

    Assalamualaikum..
    sedikit penjelasan, kalau diletakkan pasu bunga perhiasan ini dikatakan membazir dan tiada mendatangkan faedah. Akan tetapi jika ditanam pokok di kuburan, ini dibolehkan dengan harapan zikir-zikir dari pepohon kayu itu akan meringankan beban di alam kubur..wallahuallam.
    Berkenaan dengan menyiram air pula, saya menegaskan perkara ini tiada faedahnya dan tidak boleh diikuti, kerana tiada bersebab. ini adalah ikutan adat. Cuba tanya kepada yang menyiram di kuburan selepas melawat kubur, apa sebabnya menyiram kubur?.saya percaya tiada jawapan daripadanya. menyiram kubur hanya boleh dilakukan pada waktu awal jenazah dikebumikan sahaja, ini bertujuan untuk memadatkan tanah selepas dikebumikan..
    wallahuallam..


    betul tu..membina perhiasan di tanah perkuburan seperti marmar juga mendatangkan pembaziran..

    wan_sgmt

    • *
    • Posts: 620
    • Salam ukhuwwah semua..
      • View Profile
    Reply #15 06 October, 2010, 11:49:40 AM
  • Publish
  • betul tu..membina perhiasan di tanah perkuburan seperti marmar juga mendatangkan pembaziran..

    Boleh dikatakan membazir.. siapa berkemampuan boleh la buat. Ia juga dapat elak kubur bersemak jika lama tak melawat..

    Reply #16 06 October, 2010, 12:32:17 PM
  • Publish
  • betul tu..membina perhiasan di tanah perkuburan seperti marmar juga mendatangkan pembaziran..

    Boleh dikatakan membazir.. siapa berkemampuan boleh la buat. Ia juga dapat elak kubur bersemak jika lama tak melawat..

    Hukum Menghias Kubur (Fatwa Ulama Mazhab Syafie)
    Apa hukumnya menghias kubur, membuat batas (kepungan), meninggikan tanah di atas kubur, memayungkan, mendirikan kubbah dan mengecat (mengapur) kubur? JAWAPAN (7): Telah diharamkan oleh syara menghias, membuat batas, meninggikan tanah di atas kubur, memayungkan, mendirikan kubbah, bangunan, menulis apa pun tulisan dan mengecat kubur berdasarkan hujjah syara dan fatwa Imam as-Syafie rahimahullah: Dari Abdullah bin Hasanah berkata: Aku lihat Uthman bin Affan radhiallahu anhu memerintahkan agar diratakan kubur. Maka dikatakan kepadanya: Ini kubur Ummu Amr binti Uthman, maka beliau menyuruh agar diratakan (tanah di atas kubur tersebut). (Diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam (المصنف) 4/138. Abu Zarah dalam (تاريخه) 2/66, 2/121. Sanadnya sahih dari Abdullah. Dan telah diwaridkan oleh Ibn Abi Hatim dalam (الجرح والتعديل) 3/81-82.) Dari Abi al-Hayyah al-Asadi berkata: Berkata kepadaku Ali bin Abi Talib: Tidakkah aku mengutus engkau atas apa yang telah Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam mengutusku? Janganlah dibiarkan satupun berhala kecuali engkau menghancurkannya dan tidak dibiarkan sebuah kuburpun kecuali engkau meratakannya.

    Serikandi_88

    • *
    • Posts: 315
    • ISLAM ITU INDAH JIKA DINIKMATI .. ALLAHUAKBAR
      • View Profile
    Reply #17 06 October, 2010, 12:37:20 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum....besinar kembali..
    sekadar perkongsian ilmu....bila melalui pekuburan..walaupun kita tak singah..berilah salam & doakan kesejahteraan mereka disana....


    5zul

    • *
    • Posts: 3023
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #18 06 October, 2010, 12:41:30 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum....besinar kembali..
    sekadar perkongsian ilmu....bila melalui pekuburan..walaupun kita tak singah..berilah salam & doakan kesejahteraan mereka disana....


    benar... walaupun hanya 100 meter pun dari kubur .... kalau kita beri salam di dalam hati sekali pun dibalas...
    senyum-Ikhlaskan diri menemuiNya... lafazkan diri kerana HalNya...
    silakan... (senyum)
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    Serikandi_88

    • *
    • Posts: 315
    • ISLAM ITU INDAH JIKA DINIKMATI .. ALLAHUAKBAR
      • View Profile
    Reply #19 06 October, 2010, 12:45:57 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum....besinar kembali..
    sekadar perkongsian ilmu....bila melalui pekuburan..walaupun kita tak singah..berilah salam & doakan kesejahteraan mereka disana....

    emm betul tu ayahnde....moga kita saling ingat mengingati antara yg hidup & mati...


    benar... walaupun hanya 100 meter pun dari kubur .... kalau kita beri salam di dalam hati sekali pun dibalas...
    senyum-Ikhlaskan diri menemuiNya... lafazkan diri kerana HalNya...
    silakan... (senyum)

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    4 Replies
    2804 Views
    Last post 26 May, 2010, 08:46:36 AM
    by mohdazri
    1 Replies
    1462 Views
    Last post 04 June, 2009, 01:19:51 AM
    by alfaiz95
    7 Replies
    4448 Views
    Last post 25 December, 2009, 10:22:59 AM
    by Ummi Munaliza