Anemia

*

Author Topic: Anemia  (Read 6047 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

izza

  • *
  • Posts: 172
  • Keredhaan Allah lebih indah daripada permata
    • View Profile
22 October, 2007, 11:03:38 AM
  • Publish
  • ANEMIA

    Definisi

    Anemia ialah kekurangan keupayaan sel darah merah untuk membekalkan oksigen yang mencukupi kepada tisu badan. Ia mungkin disebabkan kekurangan jumlah sel darah merah, pengurangan komponen-komponen tertentu dalam sel darah merah yang bertugas mengangkut oksigen (hemoglobin) atau kekurangan isipadu sel darah merah.

    Anemia disebabkan kekurangan vitamin B12K

    Pengurangan bilangan sel darah merah disebabkan kekurangan vitamin.

    Vitamin B12 sangat diperlukan untuk fungsi sistem saraf dan sel darah yang normal, penghasilan sel darah putih dan platelet.

    Gejala

    Hilang selera makan.

    Cirit-birit.

    Kaki dan tangan terasa kebas dan berdenyut-denyut.

    Pucat.

    Sesak nafas.

    Keletihan yang teruk.

    Lemah badan.

    Mulut dan lidah terasa sakit.


    Faktor Risiko
    Kekurangan vitamin B12 untuk tempoh yang lama.


    Pencegahan

    Boleh dielakkan melalui pemakanan yang seimbang.

    Penggunaan suntikan vitamin B12 selepas pembedahan.


    Penjagaan sendiri

    Makan makanan yang seimbang setiap hari dengan mengambil telur, susu dan sumber-sumber vitamin B12 yang lain dari hasil haiwan.

    Makanlah makanan yang kaya ferum seperti hati, daging, roti gandum tulen, bijirin dan buah-buahan kering.

    Makan makanan yang kaya asid folik seperti bijirin gandum, kekacang, mentega kacang tanah, oat, cendawan, brokoli, hati lembu dan asparagus.

    Makan makanan yang kaya vitamin C seperti buah-buahan sitrus, sayuran mentah dan segar. Vitamin C membantu penyerapan zat besi supaya lebih berkesan.

    Hadkan penggunaan teh kerana ia mengandungi tanin yang boleh merencat penyerapan ferum. Namun meminum teh herba adalah digalakkan.

    Berehat dan tidur secukupnya.


    Rawatan

    Melalui suntikan vitamin B12.

    Mengambil vitamin B12 secara oral digabungkan dengan pemakanan yang lebih seimbang.

    Anemia disebabkan penyakit kronik

    Anemia terjadi akibat penyakit atau jangkitan kuman yang terlalu lama.

    Penyakit menyebabkan beberapa perubahan berlaku dalam sistem pembentukan darah (haematopoiesis) seperti memendekkan jangka hayat sel darah merah, menurunkan jumlah ferum yang terdapat dalam bahagian cecair darah dan mengurangkan aktiviti sumsum tulang.

    Gejala

    Kehadiran penyakit kronik atau jangkitan kuman.

    Pucat.

    Keletihan yang teruk

    Keletihan.

    Sakit kepala.

    Tidak bermaya.

    Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal.

    Pening kepala.


    Faktor Risiko

    Endokarditis bakterial.

    Osteomielitis.

    Reumatoid Juvena.

    Artritis.

    Demam reumatik.

    Penyakit Krohns.

    Ulseratif kolitis.


    Pencegahan
    Rawatan terhadap penyakit yang menjadi puncanya dapat mencegah atau memulihkan anemia yang terjadi.

    Penjagaan sendiri

    Makan makanan yang seimbang setiap hari bersama-sama makanan yang kaya ferum, asid folik dan vitamin C.

    Jangan merokok dan meminum alkohol.

    Bersenam setiap hari.

    Menjaga kesihatan diri.


    Rawatan
    Anemia jenis ini bertindak balas terhadap rawatan penyakit yang menjadi puncanya.

    Anemia disebabkan kekurangan folat.

    Berlaku apabila paras asid folik menjadi rendah, lazimnya disebabkan pengambilan dari diet yang tidak mencukupi atau penyerapan tidak sempurna (semasa hamil).

    Folat atau asid folik adalah perlu untuk pembentukan sel darah merah dan tumbesaran.

    Anemia jenis ini akan menyebabkan saiz sel darah merah luar biasa besarnya dan dirujuk sebagai megalosit. Dalam sumsum tulang ia dikenali sebagai megaloblas.

    Gejala

    Keletihan.

    Sakit kepala.

    Mulut dan lidah terasa sakit.

    Pucat atau Jaundis.


    Faktor Risiko

    Pemakanan yang buruk.

    Memasak makanan terlalu lama.

    Penagih alkohol.

    Mempunyai sejarah masalah penyerapan zat makanan.

    Hamil.

    Pencegahan

    Pengambilan asid folik dari diet yang mencukupi pada individu berisiko tinggi dan pengambilan asid folik tambahan semasa hamil boleh mencegah bermulanya anemia jenis ini.  

    Penjagaan sendiri

    Makan sumber makanan yang kaya asid folik setiap hari:

    Ini termasuk sayur-sayuran seperti asparagus, kubis Brussels, bayam, salad Romaine dan brokoli.

    Kacang pis hitam, kantalup (sejenis tembikai), jus oren, oat, bijirin tulen, germa (bahagian tengah) gandum dan bahagian organ dalam haiwan ternakan juga merupakan sumber-sumber yang kaya dengan asid folik.

    Kerap memakan sayur-sayuran dan buah-buahan mentah yang segar. Jangan terlalu lama memasak makanan kerana haba boleh memusnahkan asid folik.

    Ambil tambahan multivitamin setiap hari yang mengandungi 100% saranan pengambilan harian (RDA) asid folik.

    Jangan merokok kerana merokok boleh meningkatkan keperluan vitamin.

    Jangan meminum minuman beralkohol.

    Rawatan

    Merawat dengan pengambilan asid folik secara oral atau suntikan.

    Rawatan melalui pengubahsuaian diet iaitu dengan meningkatkan pengambilan sayur-sayuran berdaun hijau dan buah-buahan sitrus.

    Anemia Hemolisis Imun cetusan ubat-ubatan

    Anemia jenis ini terjadi apabila sesetengah ubat saling bertindak dengan selaput sel darah merah, menyebabkan sel darah merah ini menjadi antigenik (boleh merangsang pembentukan antibodi atau berupaya bertindak balas dengan antibodi). Antibodi kemudiannya akan terbentuk untuk melawan sel darah merah ini. Ia akan bergabung dengan sel darah merah yang terjejas dan mengakibatkan kemusnahan awal sel.

    Gejala

    Keletihan yang teruk

    Pucat

    Jaundis

    Sesak nafas

    Kadar degupan jantung yang cepat

    Air kencing berwarna pekat dan gelap.


    Faktor Risiko

    Menggunakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan Anemia Hemolisis Imun sekunder seperti,

    Penisilin
     Quinidine
     Isoniazid
     
    Cephalosporins
     Thiozida
     Streptomycin
     
    Levodopa
     Diuretik
     Motrin
     
    Methyldopa
     Antazoline
     Asid salisilik
     
    Asid mefenamik
     Chlorpromazine
     Sulfonamida
     


    Pencegahan

    Jika gangguan berlaku, seseorang haruslah mengelakkan ubat-ubat yang mengganggu dan analognya (ubat yang serupa) di masa akan datang.

    Penjagaan sendiri

    Dapatkan nasihat dari pegawai farmasi atau doktor sebelum menggunakan apa-apa ubat.

    Berhenti menggunakan ubat yang menyebabkan anemia dan gunakan ubat lain yang tidak memburukkan lagi keadaan anemia yang dihidapi.

    Ambil tambahan ferum.

    Dapatkan nasihat doktor untuk dos yang sesuai.
    Walaupun ferum diserap dengan baik jika diambil ketika perut kosong, ia boleh menyebabkan sakit perut. Mengambil ferum selepas makan adalah lebih baik untuk perut.

    Elakkan antasid, fosfat (terdapat dalam minuman ringan, bir, ais krim, halwa dan sebagainya) dan bahan tambah makanan EDTA. Kesemua ini akan menghalang penyerapan ferum.

    Meningkatkan pengambilan serat dalam diet untuk mengelakkan sembelit.

    Elakkan aspirin dan produk yang mengandungi aspirin.

    Anemia Hemolisis

    Berlaku apabila sumsum tulang tidak dapat menampung pemusnahan awal sel darah merah dengan meningkatkan penghasilannya.

    Terdapat banyak jenis Anemia Hemolisis berdasarkan kedudukan kecacatan. Kecacatan ini mungkin berlaku dalam sel darah merah itu sendiri (faktor dalaman) atau di luar sel darah merah (faktor luaran).

    Gejala

    Hidung berdarah.

    Gusi berdarah.

    Kesejukan.

    Jaundis.

    Limpa membesar.

    Keletihan yang teruk.

    Pucat.

    Sesak nafas.

    Kadar degupan jantung yang cepat.

    Air kencing yang pekat dan gelap.


    Faktor Risiko

    Jangkitan kuman.

    Penggunaan ubat-ubatan tertentu.

    Gangguan autoimunisasi.

    Gangguan keturunan yang diwarisi.


    Pencegahan

    Setakat ini tiada langkah pencegahan yang diketahui untuk Anemia Hemolisis.


    Penjagaan sendiri

    Makan lebih banyak makanan yang kaya dengan ferum.

    Pertingkatkan penyerapan ferum dengan mengambil makanan yang kaya vitamin C seperti buah-buahan sitrus, tomato dan lemon.

    Makanlah makanan berkhasiat dan seimbang dan ambil tambahan zat makanan yang disarankan. Tingkatkan pengambilan serat dan cecair untuk mengelakkan sembelit.


    Rawatan

    Rawatan bergantung kepada jenis dan penyebab Anemia Hemolisis.

    Asid folik, gantian ferum dan kortikosteroid boleh digunakan.

    Anemia Hemolisis disebabkan kekurangan G-6PD

    Kekurangan G-6PD merupakan gangguan genetik rantaian resesif-x yang boleh diwarisi. Kesan utamanya ialah pengurangan kandungan G-6PD dalam sel darah merah yang membawa kepada pemecahan sel darah merah.

    Gejala

    Keletihan yang teruk.

    Pucat.

    Sesak nafas.

    Limpa membengkak.

    Kadar degupan jantung yang cepat.

    Jaundis.

    Air kencing yang pekat dan gelap.


    Faktor Risiko

    Bangsa kulit hitam.

    Jantina lelaki.

    Mempunyai sejarah keluarga mengalami kekurangan G-6PD.


    Pencegahan

    Mereka yang menghidap G-6PD ini mesti menjauhi faktor-faktor yang boleh menyegerakan timbulnya kesan kekurangan enzim ini, terutama ubat yang diketahui boleh menyebabkan tindak balas pengoksidaan.

    Kaunseling atau maklumat mengenai genetik mungkin menarik perhatian wanita heterozigus dan lelaki yang mengalami kekurangan enzim ini.


    Penjagaan sendiri

    Jangan mengambil sebarang ubat yang disenaraikan di atas (di bawah tajuk Anemia Hemolisis Imun cetusan ubat-ubatan) tanpa nasihat doktor atau pegawai farmasi.

    Elakkan memakan sebarang kacang kuda.

    Beritahu doktor atau pegawai farmasi yang anda temui bahawa anda mengalami kekurangan G-6PD bagi mengelakkan sebarang tindak balas yang tidak diingini terhadap rawatan yang diberikan.

    Makan makanan seimbang dan berkhasiat dan ambil tambahan zat makanan yang disarankan. Tingkatkan pengambilan serat dan cecair untuk mengelakkan sembelit.


    Rawatan

    Rawatan akan diberi sekiranya penyebab Anemia merupakan jangkitan kuman.

    Jika ubat merupakan penyebabnya, maka penggunaannya perlu dihentikan.

    Anemia Aplastik Idiopatik

    Berlaku apabila sum sum tulang gagal untuk membentuk semua jenis sel darah dengan sempurna.

    Mungkin disebabkan oleh proses autoimunisasi (apabila badan bertindak balas terhadap selnya sendiri).

    Gejala

    Keletihan yang teruk.

    Pucat.

    Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal.

    Kadar degupan jantung yang cepat.

    Degupan jantung tidak sekata.

    Ruam.

    Mudah lebam.

    Hidung berdarah.

    Gusi berdarah.

    Pendarahan berpanjangan.

    Nodus limfa mungkin membesar (jarang berlaku).


    Faktor Risiko

    Tiada faktor risiko yang diketahui mengenai Anemia Idioplastik.

    Pencegahan

    Tiada langkah pencegahan yang diketahui untuk Anemia Idioplastik.

    Penjagaan sendiri

    Jangan mengambil sebarang ubat-ubatan tanpa nasihat doktor atau pegawai farmasi.

    Tingkatkan pengetahuan mengenai penyakit anda dan bagaimana mengendalikannya. Ini akan menolong anda membuat keputusan mengenai cara terbaik menguruskan diri sendiri dengan sempurna.

    Makan makanan yang seimbang dan kaya dengan ferum, asid folik dan vitamin C.

    Berehat dan tidur secukupnya.


    Rawatan

    Pemindahan darah dan platlet digunakan untuk merawat kes Anemia Aplastik yang ringan.

    Pemindahan sumsum tulang kepada pesakit yang berumur 30 tahun ke bawah dillakukan untuk kes Anemia Aplastik yang teruk.

    bersambung......

    petikan dari http://www.infosihat.gov.my/Penyakit_alahan_kulit_p02.html
    "LA ILLAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULLULLAH"

    izza

    • *
    • Posts: 172
    • Keredhaan Allah lebih indah daripada permata
      • View Profile
    Reply #1 22 October, 2007, 11:06:50 AM
  • Publish
  • sambungan....

    Anemia Hemolisis Imun

    Berlaku apabila antibodi dalam badan melawan sel darah sendiri.

    Antibodi ini mungkin diperolehi melalui pemindahan darah, kehamilan, (jika jenis kumpulan darah bayi berbeza daripada ibu), sebagai komplikasi dari penyakit lain atau reaksi sel darah terhadap ubat-ubatan.


    Gejala

    Keletihan yang teruk.

    Pucat.

    Sesak nafas.

    Kadar degupan jantung yang cepat.

    Jaundis.

    Air kencing pekat dan gelap.

    Limpa membengkak.

    Sendi membengkak.

    Sendi tegang/kaku.

    Sakit sendi.


    Faktor Risiko Berhubung kait dengan penyebab Anemia jenis ini.

    Pencegahan Melalui penyaringan antibodi dalam darah yang didermakan dan darah penerima.

    Penjagaan sendiri

    Jangan mengambil sebarang ubat tanpa nasihat doktor atau pegawai farmasi.

    Tingkatkan pengetahuan tentang penyakit anda dan cara mengendalikannya. Ini akan menolong anda membuat keputusan mengenai cara terbaik menguruskan diri sendiri dengan sempurna.

    Makan makanan yang seimbang dan kaya dengan ferum, asid folik dan vitamin C.

    Berehat dan tidur secukupnya.


    Rawatan

    Rawatan dengan menggunakan Prednisone adalah terapi pertama yang digunakan. Jika Prednisone tidak memberi kesan, kaedah splenektomi (pembuangan limpa) boleh digunakan.

    Terapi Imunosupresif akan diberikan jika pesakit tidak bertindak balas dengan Prednisone dan Splenektomi.

    Pemindahan darah dilakukan dengan berhati-hati jika diperlukan untuk merawat Anemia yang teruk. Ini kerana darah berkenaan mungkin tidak bersesuaian dan memulakan tindak balas yang tidak diingini.

    Anemia disebabkan kekurangan zat besi

    Merupakan bentuk Anemia yang paling lazim terjadi.

    Berlaku apabila kandungan ferum dalam badan terlalu sedikit yang menyebabkan pengurangan sel darah merah dalam darah.

    Ferum merupakan komponen penting hemoglobin, iaitu pigmen pembawa oksigen dalam darah.

    Ferum biasanya diperolehi daripada makanan dan kitaran semula ferum daripada sel darah merah lama.

    Penyebab kekurangan ferum adalah seperti kandungan ferum yang terlalu sedikit dalam diet, kurang penyerapan ferum oleh badan, kehilangan darah dan keracunan plumbum pada kanak-kanak.


    Gejala

    Pucat.

    Keletihan yang teruk.

    Mudah marah.

    Lemah.

    Sesak nafas.

    Hipotensi Ortostatik.

    Sakit tekak.

    Kuku rapuh.

    Keinginan luar biasa terhadap makanan

    Selera makan berkurangan.

    Sakit kepala (di bahagian hadapan).


    Faktor Risiko

    Menghidap penyakit Ulser Peptik.

    Penggunaan asipirin untuk jangka waktu yang lama.

    Menghidap Kanser Kolon.

    Menghidap Kanser Rahim.

    Kerap menderma darah.


    Penjagaan sendiri

    Makan makanan yang kaya dengan ferum.

    Tumpukan kepada sayuran berdaun hijau, daging merah pejal, hati lembu, ikan, ayam itik, tiram, germa gandum, buah-buahan kering dan bijirin diperkaya ferum.

    Gandakan penyerapan ferum.

    Makan makanan yang kaya vitamin C seperti buah-buahan sitrus, tomato dan strawberi untuk membantu badan menyerap ferum daripada makanan dengan lebih berkesan.

    Daging merah bukan sahaja membekalkan ferum yang banyak, tetapi juga meningkatkan penyerapan ferum daripada sumber makanan lain.

    Hadkan meminum teh kerana ia mengandungi tanin iaitu bahan yang boleh merencat penyerapan ferum. Namun teh herba adalah baik untuk diminum.

    Mengambil tambahan ferum:

    Dapatkan nasihat doktor untuk dos yang sesuai.

    Walaupun ferum diserap dengan baik jika diambil ketika perut kosong, ia boleh menyebabkan sakit perut. Mengambil ferum selepas makan adalah lebih baik untuk perut.

    Elakkan antasid, fosfat (terdapat dalam minuman ringan, bir, ais krim, halwa dan sebagainya) dan makanan yang mengandungi bahan tambah EDTA. Semua bahan-bahan ini menghalang penyerapan ferum.

    Tingkatkan pengambilan serat untuk mengelakkan sembelit.

    Elakkan aspirin dan bahan yang mengandungi aspirin.


    Pencegahan

    Sumber makanan yang mengandungi ferum ialah daging merah, hati dan kuning telur. Tepung, roti dan sesetengah bijirin diperkaya dengan ferum.

    Sewaktu keperluan ferum meningkat seperti ketika hamil dan menyusukan bayi, tingkatkan pengambilan ferum dari diet atau mengambil tambahan ferum.


    Rawatan

    Mengambil tambahan ferum seperti ferus sulfat secara oral. Vitamin C boleh meningkatkan penyerapan ferum dan diperlukan dalam penghasilan hemoglobin.

    Pengambilan ferum tambahan semasa hamil dan menyusukan bayi amat perlu kerana pengambilan biasa dari diet tidak mencukupi.

    Memberikan ferum melalui intravena atau lapisan otot kepada pesakit yang tidak dapat menerima zat besi secara oral.

    Anemia Megaloblastik.

    Ia merupakan satu bentuk gangguan dalam darah di mana saiz sel darah merah lebih besar daripada biasa, bilangan sel darah putih dan platlet yang rendah.

    Gejala

    Hilang selera makan.

    Cirit-birit.

    Kaki dan tangan rasa kebas dan sengal-sengal.

    Mulut dan lidah terasa sakit.

    Kulit menjadi pucat.

    Keletihan.

    Sakit kepala.

    Jaundis.


    Faktor Risiko

    Kekurangan vitamin B12 dan asid folik

    Menghidap Leukemia.

    Menghidap Mielofibrosis.

    Menghidap Mieloma Berganda

    Gangguan keturunan tertentu yang diwarisi

    Ubat yang mengganggu metabolisme Asid Nukleik.


    Pencegahan

    Mengambil vitamin B12 dan asid folik yang mencukupi dapat membantu mencegah penyakit ini.

    Penjagaan sendiri

    Makan makanan yang seimbang setiap hari dengan mengambil telur, hasil tenusu dan sumber-sumber vitamin B12 yang lain dari hasil haiwan.

    Makan makanan kaya ferum seperti hati, daging, roti gandum tulen, bijirin dan buah-buahan kering.

    Makan makanan yang kaya asid folik seperti germa gandum, kekacang, mentega kacang tanah, oat, cendawan, brokoli, hati lembu, dan asparagus.

    Makan makanan kaya vitamin C seperti buah-buahan sitrus dan sayur-sayuran mentah yang segar. Penyerapan ferum lebih berkesan dengan kehadiran vitamin C.

    Hadkan meminum teh kerana ia mengandungi tanin iaitu bahan yang boleh merencat penyerapan ferum. Namun meminum teh herba adalah elok diamalkan.

    Berehat dan tidur yang mencukupi.

    Jangan mengambil sebarang ubat tanpa nasihat doktor atau pegawai farmasi.


    Rawatan

    Tujuan rawatan adalah untuk menentukan penyebab anemia dan rawatan bergantung kepada penyebab ini.

    Anemia Pernisius

    Disebabkan kekurangan faktor dalaman iaitu sejenis bahan yang diperlukan untuk menyerap vitamin B12 dari saluran gastrousus (penghadaman).

    Boleh disebabkan oleh faktor keturunan.


    Gejala

    Sesak nafas.

    Keletihan yang teruk.

    Pucat.

    Kadar degupan jantung yang cepat.

    Hilang selera makan.

    Cirit-birit.

    Daya ingatan yang lemah.

    Sengal-sengal dan kebas.

    Mulut terasa sakit.

    Gaya berjalan tidak stabil (masalah koordinasi tangan dan kaki) terutama dalam keadaan gelap.

    Proses pemikiran menjadi lambat.


    Faktor Risiko

    Mempunyai sejarah mengalami gangguan Autoimunisasi Endokrin.

    Mempunyai sejarah keluarga menghidap Anemia Pernisius dan berketurunan Scandinavia atau Eropah Utara.

    Penghidap Diabetes Melitus.

    Diet yang tidak seimbang terutama diet vegetarian yang kekurangan vitamin B12 dan tidak mengambil tambahan vitamin.

    Menghidap penyakit Tiroid.

    Pernah menjalani pembedahan perut, mendapat Kanser Perut atau Gastritis.

    Menghidap Bulimia atau Anoreksia Nervosa.


    Pencegahan

    Tidak dapat dicegah.

    Penjagaan sendiri

    Makan makanan kaya ferum seperti hati, daging, roti gandum tulen, bijirin, telur dan buah-buahan kering.

    Makan makanan kaya asid folik seperti germa gandum, kekacang, mentega kacang tanah, oat, cendawan, brokoli, hati lembu dan asparagus.

    Makan makanan kaya vitamin C seperti buah-buahan sitrus dan sayur-sayuran mentah dan segar. Vitamin C meningkatkan penyerapan ferum dengan berkesan.


    Rawatan

    Suntikan vitamin B12 adalah rawatan yang sesuai untuk mengatasi gangguan ini.

    Anemia Aplastik Sekunder

    Berlaku apabila sel stem cedera dan menyebabkan pengurangan semua jenis sel darah.

    Boleh disebabkan oleh kemoterapi, terapi ubat untuk menekan sistem imun (sistem pertahanan tubuh), terapi radiasi, racun seperti benzena atau arsenik, dadah, kehamilan, masalah kongenital, Hepatitis berjangkit dan Eritematosus Lupus Sistemik.

    Gejala

    Keletihan yang teruk.

    Pucat.

    Sesak nafas ketika melakukan aktiviti fizikal.

    Kadar degupan jantung yang cepat.

    Degupan jantung yang tidak sekata.

    Ruam.

    Mudah lebam.

    Hidung berdarah.

    Gusi berdarah.

    Pendarahan berpanjangan.


    Faktor Risiko

    Faktor risiko untuk Anemia jenis ini tidak diketahui.

    Pencegahan

    Ia mungkin merupakan kesan rawatan yang tidak dapat dielakkan seperti kesan kemoterapi.

    Jika boleh elakkan bahan beracun seperti Benzena atau Arsenik.


    Penjagaan sendiri

    Jangan mengambil sebarang ubat tanpa nasihat doktor atau pegawai farmasi.

    Beritahu doktor bahawa anda menghidap Anemia Aplastik.


    Rawatan

    Pemindahan darah dan platlet dilakukan untuk kes yang ringan.

    Pemindahan sumsum tulang untuk mereka yang berusia 40 tahun ke bawah bagi kes-kes yang teruk.

    Anemia sel sabit

    Ia disebabkan oleh sejenis hemoglobin yang abnormal iaitu hemoglobin S yang diwarisi sebagai ciri autosomal resesif yang khusus.

    Ia berlaku di kalangan mereka yang mewarisi hemoglobin S dari kedua-dua ibu bapanya.


    Gejala

    Sejarah keluarga mengalami anemia sel sabit.

    Keletihan yang teruk.

    Termengah-mengah.

    Kadar degupan jantung yang cepat.

    Tumbesaran dan mencapai umur baligh yang lambat.

    Mudah terkena jangkitan.

    Ulser di bahagian kaki bawah (pada remaja dan orang dewasa).

    Jaundis

    Sakit tulang

    Sakit di bahagian abdomen.

    Lemah badan.

    Sakit sendi.

    Demam.

    Muntah.


    Gejala tambahan

    Air kencing mengandungi darah (hematuria)

    Pembuangan air kencing yang sangat banyak (isispadu air kencing berlebihan)

    Teramat dahaga.

    Sakit di bahagian penis.

    Priapisme.

    Sakit dada.

    Kesuburan menurun.


    Pencegahan

    Pembawa ciri penyakit ini digalakkan menghadiri sesi kaunseling genetik.

    Rawatan yang segera untuk jangkitan kuman yang berlaku, pengoksigenan yang mencukupi dan mengekalkan tahap penghidratan yang normal dapat mengelakkan sel darah merah menjadi bentuk sabit.

    Diagnosis pranatal kini boleh dijalankan untuk pasangan yang berisiko melahirkan bayi yang mengalami Anemia Sel Sabit.


    Penjagaan sendiri

    Cara yang terbaik ialah meningkatkan pengetahuan mengenai penyakit tersebut dan mempastikan anda mendapat penjagaan kesihatan yang terbaik.

    Mengambil vitamin asid folik (folat) setiap hari bagi membantu pembentukan sel darah merah yang baru.

    Mengambil penisilin setiap hari sehingga berumur 6 tahun untuk mengelakkan jangkitan kuman yang serius.

    Meminum air yang banyak setiap hari (8-10 gelas air untuk orang dewasa).

    Elakkan suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk.

    Elakkan tekanan dan melakukan aktiviti fizikal berlebihan.

    Banyakkan berehat.

    Dapatkan rawatan berkala dari pakar kesihatan.


    Rawatan

    Objektif terapi adalah pengurusan yang menyeluruh dan pengawalan gejala yang berkait dengan krisis penyakit.

    Pengambilan asid folik tambahan diamalkan sebagai terapi yang berterusan.

    Pengambilan ubat Analgesik dan penghidratan yang mencukupi diberikan sebagai rawatan untuk serangan Anemia yang akut dan menyakitkan. Pemindahan darah dilakukan untuk krisis Anemia Aplastik atau Hemolisis.

    dipetik dari:
    http://www.infosihat.gov.my/Penyakit_alahan_kulit_p02.html

    Nurul Nawar

    • *
    • Posts: 1379
    • Forgive me. May Allah bless you -)
      • View Profile
    Reply #2 24 June, 2012, 07:01:42 PM
  • Publish
  •  :)

    Sumber iron (zat besi)

    Dietary iron

    Dietary iron is available in 2 forms: heme and nonheme. Heme iron is found in animal muscle and blood, whereas nonheme iron is found both in animal products and in a variety of plant-based foods.

    Heme iron in the diet is absorbed at a relatively constant rate of about 23%, independent of other dietary factors. On the other hand, nonheme iron absorption varies, depending on other dietary factors, as described below. As body stores of iron decrease, the percentage of nonheme iron absorbed increases significantly.

    Best iron sources-mainly from animals

    Daging,daging merah,paru,hati limpa
    Ikan tuna, sardin, salmon
    Kerang-kerangan,tiram
    Buah2 yang dikeringkan (kismis,prune, apricot)
    Kacang yang dikeringkan (dried beans)
    Whole grain

    Tumbuhan

    Bayam
    Brokoli
    Asparagus
    Kentang
    beras perang
    oat,gandum

    ~Pencegahan anemia daripada diet ialah dengan memakan makanan yang kaya dengan iron.
    ~Sumber iron yang lebih baik adalah yang berasaskan haiwan kerana lebih mudah diserap.
    ~Vitamin C meningkatkan penyerapan iron.
    ~Minuman seperti teh,kopi mengurangkan penyerapan iron.


    sumber
    http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/002422.htm
    http://www.nutritionmd.org/health_care_providers/hematology/ironanemia_nutrition.html

    azrinkun

    • *
    • Posts: 1648
    • -keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-
      • View Profile
    Reply #3 25 June, 2012, 11:21:25 AM
  • Publish
  • Anemia = Madu = Al-Quran

    Dari Dr Muhammad Nizar ad-Daq
    Dari Prof Abdur Razzaq Naufal

    Madu berupa eksperimen atau pengubatan,sepakat bahawa madu lebah termasuk bahan efektif yang sangat URGEN untuk pengubatan berbagai macam keluhan kekurangan darah(Anemia).yang mana lepas buat pembedahan bila makan madu..ia bantu mempercepatkan perapatan dan hilangkan kesan bedah tu. Para ahli kecantikan pula makan madu menghilangkan kerut dan cacat pada kulit.

    (Dr.Coulumb/Dr.Azuries/Dr Miss Guttenberg/Dr Hasan Muhammad Allam/Dr.Muhammad adh Dhawahiri)
    [Para Ilmuan Kedoktoran Islam)

    Kurma

    kurma ni melembabkan mata(sentiasa nampak basah) dan pelbagai di bahagian mata.melenutrkan pembuluh darah,sembelit,mendatangkan ketenangan,ketenteraman bagi hati yang resah gelisah tu.
    (Dr Muhammad hasyim).

    Anggur(lebih sepuluh kali dalam al-quran di sebut)

    zat glukosa,zat garam.vitamin D,H,A,C

    Daun anggur zat garam(oralit) dan vitamin. setiap seratu gram daun anggur mengandungi cairan,protein,minyak,jiram ramad,karbohidrat,kalsium,fostor,zat besi,vitamin A,B1,B2,C.
    (Dr Ali Mahmus Uwaidhah)

    Buah Tin

    menetralisir ginjal dan saluran kencing,mengubati luka,sembelit, penghasilan hemoglobin darah(anemia).zat glukosa,kalori.

    Perbanyakkan makan buah...


    Para-para ilmuan islam ramai yang buat kajian.. mana semua hasil kajian mereka buat itu pergi?..
    hiks.


    Syahadah no.1 ..  Ikut Rasulullah saw..
    jalan islam itu tauhid. jalan mukmin itu syahadat

    divider3
    halaqahforum4