Cara Menyambut Kelahiran Anak dalam Islam. - Page 1

*

Author Topic: Cara Menyambut Kelahiran Anak dalam Islam.  (Read 23826 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

19 October, 2007, 03:17:37 PM
  • Publish
  • HAK ANAK-ANAK MENURUT ISLAM

    SOALAN:

    [box title=hak seorang anak]Apakah hak anak-anak?[/box]

    JAWAPAN :

    Allah telah memberikan anak-anak hak atas ibu-bapa mereka seperti  ibu-bapa mempunyai hak keatas anak-anak mereka.

    Telah diriwayatkan bahawa Ibn 'Umar berkata: "Allah telah memanggil  mereka abraar (orang yang baik) kerana mereka
    menghormati (barru) bapa-bapa  mereka.

    Seperti ayah anda ada hak atas anda, begitu juga anak-anak anda ada hak  atas anda.

    Al-Adab al-Mufrad, 94.

    Rasulullah (SAW) bersabda, mengikut satu hadith yang diriwayatkan  Abdullah ibn 'Umar, ". dan anak-anak anda ada hak
    atas anda." Muslim, 1159.

    Hak anak atas ibu-bapa mereka termasuk beberapa yang datang walaupun  sebelum anak-anak itu dilahirkan, contohnya:

    1 - Memilih isteri yang baik untuk menjadi ibu yang baik.

    Adalah diriwayatkan dari Abu Hurayrah (RA) yang Nabi (SAW) bersabda: "Seorang perempuan dikahwini untuk empat sebab:
    hartanya, keturunannya, kecantikannya dan ketaatan agamanya. Berkahwinlah dengan seseorang yang  taat agamanya,
    semoga tangan anda di seliputi debu (iaitu semoga anda  makmur)."
    (Riwayat al-Bukhaari, 4802; Muslim, 1466).

    Shaykh 'Abd al-Ghani al-Dahlawi berkata: Pilihlah dari kalangan wanita  yang taat beragama dan baik, dan yang berketurunan baik,
    kerana perempuan  yang berketurunan tidak baik, sifat buruknya mungkin di turunkan kepada   anak-anak nya.
    Allah berfirman (yang bermaksud):

    "Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang  berzina, atau perempuan yang musyrik;
    dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik,"
    [al-Nur 24:3]

    Bahkan Islam menasihatkan keserasian dengan tujuan harmoni dan untuk mengelakkan seorang menjadi malu
    jika dia berkahwin ke dalam keluarga   yang tidak sesuai.

    Sharh Sunan Ibn Maajah, 1/141

    Hak selepas anak-anak dilahirkan:

    1 - Adalah Sunnah untuk membuat tahneek kepada anak-anak selepas dia dilahirkan:
    Telah diriwayatkan Anas ibn Maalik (RA) berkata: Anak Abu Talhah sakit.  Abu Talhah keluar dan anak itu mati,
    dan apabila Abu Talhah kembali dia  berkata, "Apa khabar anakku?" Umm Sulaym (isterinya) berkata, 'Dia lebih diam
    dari biasa." Maka isterinya membawa makanan dan dia makan, kemudian dia mengadakan persetubuhan dengan isterinya,
    dan apabila selesai isterinya berkata, "Mereka telah kebumikan anak itu." Pagi esoknya, Abu Talhah  pergi kepada
    Rasulullah (SAW) dan memberitahunya apa yang telah terjadi. Dia berkata, "Adakah kamu mengadakan
    persetubuhan malam tadi?" Dia berkata, "Ya." Baginda bersabda, "Ya Allah, rahmatilah mereka." Isterinya  kemudian
    melahirkan seorang bayi lelaki. Abu Talhah berkata kepada ku, "Jaga lah  dia sehingga aku membawanya ke Rasulullah (SAW)."
    Dia membawa bayi itu  kepada Rasulullah (SAW) dan aku mengirimkan sedikit kurma dengan dia.  Rasulullah (SAW) mengambil
    bayi dan bersabda, "Ada apa-apa bersamanya?" Mereka  berkata, "Ya, sedikit kurma." Rasulullah (SAW) mengambil beberapa
    kurma dan mengunyahnya, kemudian baginda ambil sedikit dari mulut baginda dan  letak kurma itu dalam mulut anak itu (tahneek),
    dan menamakan anak itu  'Abdullah.

    Riwayat al-Bukhaari, 5153; Muslim, 2144

    Al-Nawawi berkata: Ulama bersepakat yang adalah mustahabb( digalakkan) untuk membuat  tahneek dengan kurma untukanak
    selepas anak itu dilahirkan; jika tiada kurma  maka gunakan sebarang yang manis. Kurma itu harus dikunyah sehingga ia
    menjadi cukup lembut untuk ditelan, maka mulut anak itu dibuka dan sedikit  kurma diletakkan dalam mulutnya.

    Sharh al-Nawawi 'ala Muslim, 14/122-123

    2 - Anak-anak itu mesti diberikan nama yang baik, seperti 'Abdullah  atau 'Abdul Raman.
    Adalah diriwayatkan dari Naafi' yang Ibn 'Umar berkata: Rasulullah  (SAW) bersabda : "Nama-nama kamu yang disukai Allah
    ialah 'Abdullah dan  'Abdul Raman."  (Riwayat Muslim, 2132)

    Adalah mustahabb (digalakkan) untuk memberi anak-anak itu nama Nabi: Telah diriwayatkan Anas ibn Maalik bersabda:
    Rasulullah (SAW) bersabda: "Seorang anak telah dilahirkan kepada ku malam tadi dan aku  memanggilnya dengan nama bapa ku Ibrahim."
    Riwayat Muslim, 2315

    Adalah mustahabb (digalakkan) untuk menamakan anak itu pada hari ke  tujuh,tetapi tiada salah untuk menamakan nya pada
    hari kelahiran nya, sebab  hadith yang dipetik diatas.

    Telah diriwayatkan dari Samurah ibn Jundub yang Rasulullah (SAW)  bersabda:"Setiap anak berada dalam tuntutan untuk
    'aqiqah nya yang sepatutnya disembelih untuknya pada hari ke tujuh, kepala nya harus dicukur dan  dia diberi nama.

    Diriwayatkan oleh Abu Daud, 2838; disahihkan oleh Shaykh al-Albaani  dalam Saheeh al-Jaami', 4541

    Ibn al-Qayyim berkata: Tujuan memberi nama adalah untuk mengenal-pasti sesuatu itu, kerana  jika sesuatu yang tiada
    nama maka susah untuk merujuk nya. Jadi dibenarkan  untuk menamakan anak pada hari kelahirannya, dan dibenarkan untuk
     menangguhkan memberi nama hingga hari ketiga, atau sehingga hari 'aqiqah, atau  sebelum atau selepas itu.
    Hal ini adalah besar ruangnya"

    Tuhfat al-Mawlud, halaman 111

    3 - Adalah Sunnah untuk mencukur kepala anak-anak pada hari ketujuh dan untuk memberi sedekah dengan perak
    seberat rambut itu .

    Telah diriwayatkan yang 'Ali ibn Abi Taalib berkata: Rasulullah (SAW) menyembelih seekor biri-biri untuk'aqiqah
    bagi al-Hasan, dan baginda bersabda, "Wahai Faatimah, cukur kepalanya dan beri sedekah dengan  perak seberat rambutnya.
    " Jadi Fatimah menimbang rambut itu dan beratnya  adalah satu dirham atau sebahagian dari satu dirham.
    .
    Riwayat al-Tirmidhi, 1519; di kelaskan hasan oleh Shaykh al-Albaani  dalam Saheeh al-Tirmidhi, 1226.

    4 - Adalah mustahabb (digalakkan) untuk si bapa untuk membuat 'aqiqah, seperti dinyatakan dalam hadith yang dipetik
    diatas, "Setiap anak  berada dalam tuntutan untuk'aqiqah nya."

    Dua biri-biri dikorbankan untuk lelaki dan satu untuk perempuan. Telah diriwayatkan daripada 'Aishah yang Rasulullah (SAW)
    mengarahkan  mereka (untuk mengorbankan) dua ekor biri-biri yang sama untuk lelaki dan  seekor untuk perempuan.

    Riwayat oleh al-Tirmidhi, 1513; Saheeh al-Tirmidhi, 1221; Abu Daud,  2834;al-Nasaa'i, 4212; Ibn Maajah, 3163

    5 - Khatan Telah diriwayatkan Abu Hurayrah berkata: Rasulullah (SAW) bersabda: " Fitrah ada dalam lima perkara,
    atau lima perkara ialah sebahagian daripada  fitrah: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak,
    memotong kuku  dan mencukur misai."

    Riwayat oleh al-Bukhaari, 5550; Muslim, 257

    Hak anak-anak dalam pendidikan dan asuhan:

    Telah diriwayatkan daripada 'Abdullah (RA) yang Rasulullah (SAW)
     bersabda:
    "Setiap dari kamu adalah pengembala dan bertanggung-jawab untuk
     biri-biri
    nya. Pemimpin yang memimpin manusia adalah pengembala dan
     bertanggung-jawab
    atas mereka. Lelaki adalah pengembala untuk ahli rumahnya dan
    bertanggung-jawab atas mereka. Perempuan adalah pengembala atas rumah
     dan
    anak-anak suaminya dan bertanggung-jawab atas mereka. Hamba adalah
    pengembala atas harta tuannya dan bertanggung-jawab atas harta itu.
     Setiap
    kamu adalah pengembala dan setiap kamu adalah bertanggung-jawab atas
    biri-biri kamu."

    Riwayat oleh al-Bukhaari, 2416; Muslim, 1829.

    Jadi ibu-bapa mesti berhati-hati dalam mengajar anak-anak mereka
     tugas-tugas
    dalam Islam dan kebaikan lain yang di syaratkan dalam shariah, dan
     hal-ehwal
    dunia yang mereka perlu dengan tujuan untuk hidup secara sopan dalam
     dunia
    ini.

    Manusia sepatutnya mula dengan mengajar mereka benda-benda paling
     penting,
    kemudian benda lebih penting. Jadi dia mula mengajar mereka 'aqidah
     yang
    betul, bebas dari syirik dan bid'ah. Kemudian dia mengajar mereka
     tatacara
    ibadah, terutamanya solat. Kemudian dia mengajarkan mereka dan melatih
    mereka adab dan sifat mulia, dan semua yang baik-baik.

    Allaah berfirman (yang bermaksud):

    "Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu dia
     memberi
    pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah,
    sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang
    besar.""
    [Luqmaan 31:13]

    Adalah diriwayatkan daripada 'Abd al-Malik ibn al-Rabee' ibn Sabrah
     dari
    bapa nya yang datuknya berkata: Rasulullah (SAW) bersabda: "Ajarlah
    anak-anak bersolat bila dia berumur tujuh tahun, dan pukul dia jika dia
    tidak solat bila dia berumur sepuluh tahun."

    Riwayat oleh al-Tirmidhi, 407; Abu Daud, 494. Di kelaskan sahih oleh
     Shaykh
    al-Albaani dalam Saheeh al-Jaami', 4025

    Telah diriwayatkan al-Rubayyi' bint Mu'awwidh berkata: Rasulullah (SAW)
    menghantar pesanan pada pagi Hari Asyura' ke kawasan yang orang Ansaar
    tinggal (di pinggir Madinah), dengan bersabda: Sesiapa yang tidak
     berpuasa
    pada pagi ini, biarkan dia tidak makan sepanjang hari, dan sesiapa yang
    mulai berpuasa pagi ini, biarkan dia menyempurnakan puasanya. Dia
     berkata:
    Kami selalu melakukan puasa
    <http://www.al-ahkam.net/home/index.php?module=htmlp&func=display&pid=6>
    ini selepas itu, dan kami selalu mengajak anak-anak kami puasa dan
     membuat
    untuk mereka mainan dari kapas; jika seorang dari mereka menangis untuk
    makanan kami akan beri dia mainan itu sehingga sampai masa untuk buka
     puasa.

    Riwayat oleh al-Bukhaari, 1859; Muslim, 1136

    Telah diriwayatkan al-Saa'ib ibn Yazeed berkata: Saya di bawa untuk
    menunaikan Haji dengan Rasulullah (SAW) apabila saya berumur tujuh
     tahun.

    Riwayat oleh al-Bukhaari, 1759

    Mengajar Adab dan Sifat Mulia:

    Setiap ibu-bapa mesti melatih anak-anak mereka dengan sifat mulia dan
     adab
    sopan, sama ada kepada Allah, Nabi Nya Rasulullah (SAW), kearah Qur'aan
     dan
    ummah mereka , dan dengan sesiapa yang mereka kenal dan ada hak atas
     mereka.
    Mereka tidak sepatutnya berperangai buruk dengan siapa yang mereka
     bergaul,
    jiran mereka atau kawan mereka.

    Al-Nawawi berkata:

    Si ayah mesti mendisiplinkan anak-anak nya dan mengajar mereka apa yang
     dia
    perlu tahu akan tanggung-jawab agama. Pendidikan ini adalah wajib
     kepada si
    ayah dan semua mereka yang menjaga anak-anak sebelum anak-anak itu
     mencapai
    usia remaja. Ini dinyatakan oleh al-Shaaf'i dan sahabatnya. Al-Shaafa'i
     dan
    sahabatnya berkata : Pedidikan ini wajib atas si ibu, jika tiada si
     ayah,
    kerana ia adalah sebahagian dari asuhan anak-anak dan mereka ada hak
     dalam
    hal itu dan perbelanjaan untuk pendidikan itu bolehlah diambil daripada
    harta si anak itu sendiri. Jika si anak tiada harta maka orang yang
     wajib
    menanggung dia hendaklah menanggung pendidikannya, kerana itu adalah
     salah
    satu perkara yang dia perlukan. Wallahualam.

    Sharh al-Nawawi 'ala Saheeh Muslim, 8/44

    Si ayah mesti membesarkan mereka dengan adab mulia dalam semua perkara,
    makan, minum, berpakaian, tidur, keluar dari rumah, masuk ke rumah,
     memandu
    kenderaan, dan sebagainnya, dan dalam semua hal-ehwal mereka. Dia mesti
    mengasuh mereka dengan sifat manusia baik, seperti suka berkorban,
    mengutamakan yang lain, menolong orang, adab mulia dan sifat dermawan.
     Dia
    mesti menjauhkan mereka dari sifat buruk seperti sifat penakut,
     kedekut,
    adab buruk, kurang cita-cita, dan sebagainya.

    Al-Manaawi berkata:

    "Seperti ibu-bapa anda mempunyai hak atas anda, begitu juga anak anda
     ada
    hak atas anda, bahkan banyak hak, seperti mengajar mereka
     tanggung-jawab
    individu, mengajar mereka adab Islam, memberikan mereka pemberian yang
     sama
    , sama ada itu hadiah, wakaf, atau hadiah lain. Jika keutamaan di
     tunjukkan
    tanpa alasan, itu dianggap tidak sah oleh sesetengah ulama dan makruh
     oleh
    yang lain.

    Fayd al-Qadeer, 2/574

    Si ayah mesti melindungi anak-anak lelaki dan perempuan nya dari
     perkara
    yang boleh membawa mereka dekat kepada Neraka. Allaah berfirman (yang
    bermaksud)

    "Hai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api
     neraka
    yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya
     malaikat-malaikat
    yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang
    diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang
    diperintahkan."
    [al-Tahreem 66:6]

    al-Qurtubi berkata

    al-Hasan mentafsirkan ayat ini dengan berkata, Suruhlah mereka dan
     larang
    mereka. Seorang ulama berkata: (Frasa) peliharalah (atau lindungilah)
     dirimu
    termasuk anak-anak, kerana anak-anak sebahagian dari diri nya, seperti
     dalam
    ayat (yang bermakna): ".Tidak ada halangan bagi kamu makan bersama-sama
    mereka atau sendirian ." [al-Nur 24:61], di mana saudara-mara tidak
    dinyatakan secara individu. Jadi si ayah sepatutnya mengajarkan
     anak-anak
    perkara yang halaal dan perkara yang haram, dan mengajarkan anak-anak
    menjauhi dosa, dan mengajarkan anak-anak hukum lain.

    Tafseer al-Qurtubi, 18/194-195.

    Perbelanjaan:

    Ini ialah satu tugas si bapa terhadap anak-anaknya; maka dilarang si
     bapa
    dari mengabaikan atau cuai dalam hal ini, bahkan dia diwajibkan untuk
    melaksanakan tugas ini dengan sepenuh hati.

    Telah diriwayatkan 'Abdullaah ibn 'Amr (RA) berkata: Rasulullah (SAW)
    bersabda: "Cukup berdosa bagi seseorang jika dia mengabaikan mereka
     yang dia
    diwajibkan menanggung."

    Riwayat Abu Daud, 1692; di anggap hasan oleh Shaykh al-Albaani dalam
     Saheeh
    al-Jaami', 4481.

    Hak utama yang lain ialah memberikan anak itu asuhan baik dan
     menjaganya
    dengan cermat - terutamanya jika anak-anak itu perempuan. Rasulullah
     (SAW)
    menggalakkan amalan mulia ini.

    Telah diriwayatkan 'Aishah isteri kepada Rasulullah (SAW) berkata:
     Seorang
    perempuan datang kepada ku dengan dua orang anak perempuan dan meminta
    makanan dari ku, dan aku tidak menjumpai sesuatu kecuali satu biji
     tamar
    yang aku berikan kepada nya. Dia berkongsi tamar itu dengan dua anak
    perempuannya, kemudian dia bangun dan pergi. Rasulullah (SAW) masuk dan
     aku
    memberitahunya apa yang telah berlaku. Baginda bersabda: "Sesiapa yang
    menjaga anak-anak perempuan itu dan menjaga mereka dengan baik, mereka
     akan
    jadi pelindung untuk dia dari Neraka."

    Riwayat al-Bukhaari, 5649; Muslim, 2629

    Satu perkara penting lain yang merupakan hak anak-anak yang mesti
     diberi
    perhatian ialah melayan anak-anak dengan adil . Hak ini ditegaskan oleh
    Rasulullah (SAW) dalam hadith sahih: "Takutilah Allah dan layan
     anak-anak
    kamu dengan adil." (Riwayat al-Bukhaari, 2447; Muslim, 1623).

    Tidak dibenarkan untuk menunjukkan keutamaan kepada perempuan atas
     lelaki,
    sebagaimana tidak dibenarkan untuk menunjukkan keutamaan kepada lelaki
     atas
    perempuan. Jika si bapa membuat kesalahan ini dan menunjukkan keutamaan
    kepada sesetengah anak-anak nya atas yang lain, dan tidak melayan
     mereka
    dengan adil, ini akan mendorong kepada banyak keburukan, seperti:

    Bahaya itu akan menimpa si bapa itu sendiri, kerana anak-anak itu yang
    dinafikan atau ditekan akan membesar dengan membencinya. Rasulullah
     (SAW)
    memaklumlan hal ini dalam hadith yag diriwayatkan Muslim (1623) apabila
     dia
    berkata kepada Abu al-Nu'maan, "Adakah kamu mahu mereka menghormati
     kamu
    dengan adil?" Dia berkata, "Ya." Dalam perkataan lain, jika anda mahu
     mereka
    semua menghormati anda dengan adil, maka jadilah adil dalam memberikan
    mereka hadiah.

    Akibat buruk lain ialah anak-anak membenci satu sama lain, dan
     menyalakan
    api kebencian dan permusuhan antara mereka.

    Wallahualam

    Terjemahan dari: Rights of children
    Sumber:  <http://www.islamonline.com/> http://www.islamonline.com/
    « Last Edit: 07 January, 2013, 04:06:22 PM by PenaHalaqah »
    Kembara MencariNYA

    Reply #1 25 November, 2007, 04:58:55 PM
  • Publish
  • syukran jazilan..
    kadangkala...ALLAH hilangkan mentari...kemudian DIA dtgkan guruh..puas kita menangis..mencari di mana mentari kita..rupa-rupanya ALLAH nk hadiahkan kita pelangi yg indah..

    Reply #2 26 April, 2009, 04:08:15 PM
  • Publish
  •  :)
     : Cara menyambut kelahiran anak dlm Islam

    > Kaedah ini bertujuan memberitahu kepada suami akan
    > beratnya kesakitan
    > yang dihadapi oleh isteri ketika hendak melahirkan
    > anak dan menuntut
    > suami supaya sentiasa berada disamping isterinya
    > agar beban kesakitan
    > dapat dikurangkan.
    >
    > Kaedah ini juga bagi membimbing suami supaya dapat
    > menyambut kelahiran
    > anak mengikut cara yang digarispandukan oleh Islam.
    >
    >
    > Aktiviti :
    >
    > 1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat
    > Isteri Hendak Bersalin.
    > Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak
    > lebih-lebih lagi bagi ibu yang pertama kalinya akan melahirkan anak.
    > Suami perlu memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan
    > sabar, di samping suami harus banyak berdoa kepada Allah serta banyak
    > beristighfar dan berselawat disamping membanyakkan bacaan surah
    > Al-Insyiqa' dan surah Al-Hasyr.
    >
    > Firman Allah Taal dalam surah Luqman ayat 14 :
    >
    > Maksudnya : "Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu
    > bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi
    > kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh
    > menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian)
    > bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah),
    > kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
    >
    > 2. Azan Di Telinga Kanan Dan Iqamah Di Telinga Kiri.
    > Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru
    > lahir dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi
    > anaknya dari gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat
    > didengar oleh bayi ialah kalimah Allah. Dalam sebuah hadis yang
    > diriwayatkan dari Rafi' r.a. Rasulullah bersabda :
    > Maksudnya : "Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan
    > Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh
    > Fatimah r.a."
    > Riwayat Abu Daud dan Tirmizi
    >
    > 3. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas.
    > Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah
    > Al-Qadar di telinga
    > kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi
    > tujuan memohon kepada
    > Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari
    > melakukan perzinaan
    > dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari
    > menyeleweng fahaman
    > akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
    >
    > 4. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan.
    > Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian
    > mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan
    > (ditahnikkan) di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36,
    > surah Ali-Imran :
    > Maksudnya : "Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai
    > Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan
    > (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang
    > mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama
    > anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah
    > menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu,
    > demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam
    > (yang dikutuk dan disingkirkan) ".
    > Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak
    > yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari
    > menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat
    > walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa
    > kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana
    > hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling
    > mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya".
    >
    > 5. Melaksanakan Tuntutan Sempena Hari Ketujuh.
    > Memberikan nama yang baik.
    > Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada
    > hari ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya.
    > Rasulullah s.a.w. bersabda :
    > Maksudnya : "Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari>
    > kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka
    > indahkanlah nama kamu".
    > Riwayat Abu Daud
    >
    > Membaca Doa ketika memberikan nama anak.
    > Maksudnya : "Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan
    > ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah
    > keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan
    > hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami,
    > lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan
    > jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan
    > ia pemimpin di waktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para
    > nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal
    > dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada
    > kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih.
    >
    > Mengaqiqahkan anak.
    > Bapa hendaklah mengaqiqahkan anaknya kerana hukumnya adalah sunat
    > mu'akad iaitu dengan mengadakna kenduri kesyukuran.
    > Menyembelih 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi
    > anak perempuan.
    > Sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh.
    > Rasulullah s.a.w. bersabda :
    > Maksudnya : "Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya
    > yang disembelih pada hari ke tujuh kelahirannya,
    > diberikan nama dan dicukur rambutnya".
    > Riwayat abu Daud.

    Reply #3 29 April, 2009, 07:23:47 AM
  • Publish
  • mana boleh nk terus azan bila lahir... kan nurse nk timbang la.. cuci la..
    walau macam mana pun, azan bukanlah ayat pertama yang dia dengar..

    Reply #4 19 May, 2009, 03:56:50 PM
  • Publish
  • Alhamdulillah info yang bermakna
    semakin banyak yang aye teroka diruangan ini
    semakin banyak yang tidak diketahui
    ilmu itu pelengkap hidup
    ilmu di cari bukan mencari

    Reply #5 22 May, 2009, 05:58:48 PM
  • Publish
  • mana boleh nk terus azan bila lahir... kan nurse nk timbang la.. cuci la..
    walau macam mana pun, azan bukanlah ayat pertama yang dia dengar..

    Btl gak kata anta tu. Logik gak. Bila ada waktu dan sesudah urusan barulah buat.
    Bila Faiz Bicara : http://akhi-faiz.com
    Forum Jannah United : http://jannahunited.com

    meow

    Reply #6 22 May, 2009, 06:01:22 PM
  • Publish
  • mana boleh nk terus azan bila lahir... kan nurse nk timbang la.. cuci la..
    walau macam mana pun, azan bukanlah ayat pertama yang dia dengar..

    Sebab tu la bila jadi ayah tu kena tegas.. cakap je pd nurse "sy nak azankan anak sy depan mak dia skrg..".. insyaAllah dibenarkan.. ade je yg azan sebaik saja dilahirkan.. kena minta kebenaran dari doktor juga la.. tak jadi masalah..

    Reply #7 22 May, 2009, 08:11:55 PM
  • Publish
  • ada kisah yg diceritakan oleh ustaz sy....

    ada seorg bilal ni...baru sambut kelahiran anak dia...anak sulung...then, mungkin die terlalu hepi atau excited sgt,

    dia pn letak bibir kat telingan anak dia n azan la kat telinga anak dia...tapi dengan suara yg terlalu kuat...akibatnya, anak dia pekak.....

    the moral of the story...x payah la azan kuat sgt.. =)
    ~bErSuJuD KpD ALLAH ~

    meow

    Reply #8 22 May, 2009, 08:41:01 PM
  • Publish
  • ada kisah yg diceritakan oleh ustaz sy....

    ada seorg bilal ni...baru sambut kelahiran anak dia...anak sulung...then, mungkin die terlalu hepi atau excited sgt,

    dia pn letak bibir kat telingan anak dia n azan la kat telinga anak dia...tapi dengan suara yg terlalu kuat...akibatnya, anak dia pekak.....

    the moral of the story...x payah la azan kuat sgt.. =)

    nasib baik tak guna mikrofon.. azan sekadarnya sudah memadai.. bukan nak menandakan masuk waktu solat, tapi nak menyampaikan seruan Allah kepada hati anak tu..

    Pesan Ustaz teman, lepas azan tu bacalah al-Fatihah, surah al-Insyirah dan 3 Qul.. hembuskan pada ubun-ubun anak tu.. insyaAllah mudah-mudahan anak tu membesar dgn kemudahan dlm hidup dan disayangi org ramai..


    Reply #9 18 July, 2009, 09:14:25 AM
  • Publish
  •  :)

    :sedihnya:..berdebar rasanya menunggu kelahiran sulung bayi aku dan suami ke dunia ini. Adakah benar jantinanya perempuan seperti yang discan oleh doktor atau adakah jantinanya lelaki seperti yang diramalkan oleh orang-orang yang sudah berpengalaman. Tinggal satu kali lagi jumaat (7hari) dari tarikh post ini untuk aku mengetahuinya. Apa pun aku masih lagi bekerja macam biasa. Ala, lagi 3 hari aje lagi aku perlu bekerja.

    Berikut adalah amalan-amalan sunat yang bakal aku dan suami lakukan sebagai tanda kesyukuran kami menyambut kelahiran sulung ini:


       1. Azan dan iqamat
          -Anak lelaki di azan pada telinga kanan dan iqamat pada telinga kiri.
          -Anak perempuan di iqamat hanya pada telinga kiri.
          Sabda Rasulullah diriwayat oleh Baihaqi dan Ibnu Sunni dari Hasan bin Ali: “Sesiapa yang melahirkan anak maka hendaklah ia melakukan azan di telinga anaknya yang kanan serta iqamat pada telinga kiri, nescaya anak tidak dicabuli oleh Ummu Sibyan (jin perempuan yang mengganggu kanak-kanak)”
       2. Membaca ayat Qulhuwallah (surah al-Ikhlas) dan ayat 36 surah al-Imran.
          -Rahsia dan kelebihannya adalah agar anak dihindari daripada gangguan dan tipu daya syaitan, menandakan kehebatan alam semesta ciptaan Allah, mengajar syariat Islam (melalui kalimah syahadah) dan menanamkan kalimah mulia dalam hati.
       3. Memberi nama yang baik
          -Nama yang baik adalah nama-nama yang ada hubung kait dengan Islam atau pengertian yang indah.
          Tegas Rasulullah diriwayat oleh Muslim: “Nama-nama kamu yang kamu paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman”
       4. Tahnik (Belah Mulut)
          -Menggunakan buah tamar yang dimamah lumat dan disuapkan sedikit kepada bayi dan gerakan ke kanan dan ke kiri.
          -Ini bertujuan untuk mendidik bayi agar mudah menyusu dan menjana sifat taqwa, kesejahteraan dan kefasihan lidah.
       5. Cukur rambut
          -Sunat mencukur rambut bayi ketika bayi berusia 7 hari.
          -Berat rambut ditimbang sama dengan nilai emas atau perak dan disedekah dengan nilainya kepada fakir miskin.
          -Bercukur boleh melebatkan rambut, menguatkan kulit kepala, menyuburkan pancaindera (mata, penglihatan, pendengaran dan deria bau).
          -Adalah dilarang membuat jambul.
          Rasululah s.a.w menegaskan dari Abdilah bin Omar r.a berkata (hadis riwayat al-Sahihain): “Rasululah s.a.w telah melarang meninggalkan rambut bertompok-tompok”
       6. Aqiqah
          -Sunat melakukan aqiqah ketika bayi berusia 7 hari.
          Dari Samrah bin Jundub r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (hadis riwayat Abu Daud): “Tiap-tiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya. Disembelih kambing atau biri di hari yang ketujuh dan dicukurkan rambut serta diberi nama ke atasnya”

          -Anak lelaki disunatkan sembelih dua ekor kambing atau biri-biri dan satu ekor bagi anak perempuan (kambing atau biri sampai umur seperti untuk korban).
          Dari Habibah binti Maisarah (hadis riwayat Abu Daud):”Ia pernah mendengar Rasululah s.a.w berkata untuk lelaki dua ekor kambing yang sama besar dan untuk perempuan seekor kambing”

          -Daging aqiqah digalakkan di masak gulai manis dan tulangnya tidak dipatahkan.
          Sabda Rasululah (hadis riwayat al-Baihaqi): “Dari Aisyah r.a yang sunat dua ekor kambing yang sekupu (sama besar) untuk bayi lelaki dan bayi perempuan seekor dimasakkan secara berangkai-rangkai dan jangan dipatah-patahkan”


    SUMBER : http://isteri.blogmas.com/

    BACA IKLAN DAPAT WANG : http://bux.to/?r=mazlan65

    Reply #10 14 September, 2009, 02:43:48 PM
  • Publish

  • Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak
    =================================

    1. Menanam uri - Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan didermakan kepada syarikat swasta. Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuangkannya dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam, Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu.

    2. Mengazan dan mengqamatkan bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.

    3. Mendoakan anak - Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Doa Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah.

    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #11 14 September, 2009, 02:45:04 PM
  • Publish

  • Panduan menamakan anak
    ====================

    Sunat memilih nama yang baik. Memberikan nama merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang memberikannya.

    Syariat Islam menganjurkan supaya nama yang baik kerana nama tersebut akan dipanggil Allah pada hari Qiamat. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya:

    "Namakan denagn nama para nabi, dan nama yang paling Allah suka ialah nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama yang paling benar ialah Harits dan Humaam dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah. " (HR. Abi Wahab Al-Jasyimi).

    Para ulama sepakat mengharamkan semua nama yang mengabdikan selain dari Allah SWT seperti Abdul Uzza, Abdul Ka'abah dan lain-lain. Nama yang makrikh yang perlu dihindari iaitu Yasar, Rabah, Najah, Aflah dan Barakah. Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak dengan nama-nama tersebut.

    Nama seperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya. Ada 2 pendapat ulama, sebahagiannya membolehkan manakala sebahagian lagi melarang. Tidak boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk yang akan menggambarkan corak kehidupan yang tidak dapat diterima oleh fitrah manusia.

    Tidak boleh menamakan dengan nama daripada surah dalam Al-Quran seperti Thaha, Yasin dan sebagainya. Ibnul Qayyim menjelaskan, nama Yasin dan Thaha adalah salah satu nama nabi adalah tidak benar. Imam Malik mengatakan bahawa nama-nama tersebut makruh dipakai untuk nama anak.

    Rasulullah menganjurkan kepada seseorang yang mempunyai cita-cita yang baik untuk diharapkan melalui nama anak-anak. Memberi gelaran kepada anak Adalah sangat terpuji memberi gelaran yang baik kepada bayi semenjak kecil lagi bagi memberikan motivasi anak. Namun begitu, biarlah gelaran yang baik dan jauhi gelaran yang boleh memalukannya.

    Masa memberikan nama dan orang yang berhak memberikan nama.
    =================================================

    Berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah SAW, maka memberikan nama bagi bayi dapat dilakukan pada hari lahirnya ataupun 3 hari sesudah kelahiran. Jika belum, boleh ditunda hingga sampai perlaksanaan aqiqah.

    Siapa yang berhak, ayah atau ibu?

    Sebenarnya ianya boleh dibincang antara suami dan isteri ketika ingin memberi nama. Menurut Nasya'at Al-Masri, hak memberi nama diberikan pada ayah, kerana adalam Al-Quran menjelaskan supaya anak dinasabkan kepada ayah bukan ibu.




    Reply #12 14 September, 2009, 02:45:28 PM
  • Publish

  • Penyembelihan aqiqah
    ================

    Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran. Menyembelihkan kambing bagi anak lelaki, 2 ekor dan seekor bagi anak perempuan. Acara tersebut sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari.  Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama, hukumnya adalah "Sunat Muakkad".  Dengan aqiqah akan menjadikan anak dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat.

    Hikmah aqiqah.

    a. Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk menjalankan syariat Islam serta dianugerah anak, serta mempunyai harapan agar anak tersebut akan mengabdikan dirinya kepada Allah.

    b. Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak yang baru lahir.

    c. Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada orang tua mereka kelak.

    d. melindungi daripada syaitan sehingga setiap anggota tubuh aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi.

    e. Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan seperti pada waktu memotong korban iaitu membaca Bismillah.

    f. Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam keadaan mentah. Untuk memudahkan para fakir miskin untuk menikmatinya dan ini lebih terpuji.

    g. Umur binatang aqiqah yang disembelih adalah sesuai dengan yang diperintahkan, sihat dan tidak cacat.

    h. Tidak sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh beberapa orang dengan seekor kambing.

    i. Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang menyembelih seekor unta, lembu atau kerbau.

    j. Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah SAW bersabda, "Sembelihlah atas namanya". Ertinya diniatkan atas nama bayi dengan mengucapkan nama Allah.

    k. Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit.

    l. Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah adalam sama terpuji pada pemotong qorban iaitu, dagingnya disedekahkan. Yang baik ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak sendiri, sebahagian dihadiahkan dan sebahagian lagi disedekahkan.

    m. Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan bayaran penyembelihan. Harus disedekahkan atau diambil untuk keperluan orang yang mengadakan aqiqah.

    n. Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya belum melakukan aqiqah untuknya, maka dianjurkan untuknya melakukan aqiqah, seperti Nabi telah melakukan aqiqah untuk dirinya setelah diangkat menjadi Rasul.

    o. Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu melakukan pencukuran rambut bayi. Kemudian rambut ditimbang dan nilai rambut disedekahkan pada fakir miskin.


    Reply #13 16 August, 2010, 09:47:25 AM
  • Publish

  • Kepada super MOD, sapa rajin, tolong edit semua kiriman di thread ini agar mudah dibaca. Susunan ayat, tanda bacaan,huruf besar dan ejaan.

    Reply #14 16 August, 2010, 02:15:43 PM
  • Publish

  • Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak
    =================================

    1. Menanam uri - Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan didermakan kepada syarikat swasta. Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuangkannya dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam, Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu.

    2. Mengazan dan mengqamatkan bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.

    3. Mendoakan anak - Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Doa Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah.


    betul 2 uri jangan dibuang merata2.,,

    Reply #15 17 August, 2010, 01:24:48 AM
  • Publish
  • uri itu adalah kembar / sahabat - ( Senyum )
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    Reply #16 17 October, 2010, 01:06:09 AM
  • Publish
  • Sy pn nk tny mcm azali.. Mmg sy fhm kna azankn sbaik dilahirkan, tp dlm keadaan masih bdarah tu ke? Sy keliru, sbb ada pndpt kt, ms bsalin tu, ckuplah si ibu sebut Allah, Allahu Akbar, azan lepas cuci pun xpe? Betulke pndpt ni?
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    Reply #17 05 January, 2013, 01:42:59 PM
  • Publish
  • 10 fakta tentang kelahiran yang anda patut tahu



    1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

    2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

    3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

    4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

    5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

    6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

    7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

    8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

    9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

    10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

    Reply #18 05 January, 2013, 07:23:21 PM
  • Publish
  • Insya Allah banyakkan istighfar bila masuk labour room, mohon reda suami akan dipermudahkan bersalin. Azan iqamah al-qadr dan al-ikhlas di bacakan di telinga baby yang baru lahir oleh ayahnya. Banyak manfaatnya.

    Sent from my GT-N7000 using Tapatalk 2

    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    3 Replies
    3885 Views
    Last post 14 August, 2013, 09:05:02 AM
    by al_ahibbatu
    34 Replies
    19698 Views
    Last post 25 March, 2012, 10:01:42 AM
    by Ummi Munaliza
    21 Replies
    2553 Views
    Last post 25 September, 2012, 05:14:07 PM
    by seekerslight