Pelbagai Resepi dari Daging

*

Author Topic: Pelbagai Resepi dari Daging  (Read 14636 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

faseh

  • *
  • Posts: 999
  • Cahaya Cinta Allah..Guru d PPK(knk2 pekak)
    • View Profile
09 October, 2007, 09:09:32 AM
  • Publish
  • DAGING BLACKPEPPER

     

    INGREDIENTS:

    500 gm daging lembu [potong kecil dan nipis]
    2 s/b kicap pekat
    2 s/b tepung jagung ] bancuh
    1 cawan air ]
    2 s/b lada hitam [tumbuk]
    3 s/b minyak untuk menumis
    garam secukup rasa...

    BAHAN TUMIS (MAYANG / HIRISKAN):

    5 ulas bawang merah/kecil
    2 ulas bawang putih
    1 inci halia
    1 labu bawang besar

    BAHAN HIASAN:

    2 tangkai daun sup
    2 tangkai daun bawang (potong 1 inci)
    1 biji tomato (belah 6)
    2 biji cili merah
    2 biji cili hijau

    INGREDIENTS:
    1.   Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
    2.   Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut.
    3.   Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kicap pekat.
    4.   Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
    5.   Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.


    Sumber : email dr sahabat
     
    « Last Edit: 31 May, 2009, 07:43:47 PM by Munaliza Ismail »
    *Image Removed*
    Ya ALLAH, jadikan aku wanita yang solehah...yang baik di antara yang terbaik...dan kurniakan aku pendamping yang baik...
    dlm mendapatkan sesuatu yang terbaik dariMu...
    Amin...

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 31 May, 2009, 04:28:57 PM
  • Publish
  • Daging Masak Hitam Istimewa



    Bahan-bahan
    Daging 1 kilo
    Bawang Besar 6 biji
    Serai 3 batang(titik)
    Kulit Kayu Manis 2cm
    Bunga Lawang 1 kumtum
    Bunga Cengkih 4 biji
    Minyak 5 sudu besar
    Kicap Pekat 6 sudu besar
    Garam ,Gula ,½ sudu air asam jawa

    Bahan B untuk dikisar   
    Bawang besar 3 biji
    Halia 6cm (panjang)
    Bawang Putih 7 ulas
    Cabai Kering 10 biji
    ¼ sudu besar Serbuk Jintan Manis
    ¼ sudu besar serbuk Jintan Putih


    Cara:
    1.Daging dipotong sederhana kecil basuh dan toskan .
    2.Kupas Bawang , basuh dan potong membulat nipis, (3biji bawang besar)
    3.Kisar semua bahan B hingga halus.
    4.Masukan Daging kedalam periuk masukan  bawang,serai,bunga cengkih,lawang ,kulit kayu manis dan bahan B yang dikisar .
    5.Masukkan kicap pekat,gula ,garam,air asam jawa dan sedikit air dan minyak gaul hingga sebati.
    6.Angkat periuk letak atas dapur masak dengan api kecil selama 1-2 jam atau sehingga daging empuk dan pekat kuahnya.
      Masak dengan api yang kecil dalam periuk atau kuali yang ditutup.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 31 May, 2009, 04:35:12 PM
  • Publish
  •  

    DAGING BEEFSTEAK





        * 1/2 kg daging batang pinang, dihiris nipis
        * 3 biji kentang, dipotong wedges
        * 2 batang karot, dipotong ikut suka
        * 2 biji tomato, dipotong empat
        * 3 sudu makan rempah kari daging
        * 3/4 cawan sos tomato
        * 3/4 cawan kicap
        * 4 cawan air

        * sedikit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
        * garam secukup rasa
        * serbuk perasa jika suka
        * minyak untuk menumis

          Bahan untuk kisar:

        * 2 biji bawang besar
        * 1 ulas bawang putih
        * 1/2 inci halia
        * 5 batang lada merah
        * 10 batang cili padi thailand


    Cara membuat:

       1. Panaskan minyak, kentang yang telah dipotong wedges dan karot digoreng setengah masak, angkat, toskan. Ketepikan.
       2. Panaskan minyak, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang. Kemudian masukkan
           rempah yang telah dikisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari dagiing kacau hingga sebati dan
           tuang sedikit air. Biar ia mendidih sekejap.
       3. Masukkan sos tomato, garam, serbuk perasa dan juga kicap. Gaul rata. Masukkan pula air dan daging yang telah
          dihiris nipis. Gaul rata dan biarkan ia reneh pada api yang sederhana selama 10 minit.
       4. Bila daging telah setengah masak, masukkan pula kentang dan karot yang telah digoreng tadi. Biarkan ia reneh lagi
           selama 10 - 15 minit sehingga semua kuah dan bahan-bahan sebati. Kalau airnya kurang boleh tambah sedikit.
       5. Rasakan kuahnya jika kurang perasa, tambah apa yang patut. Masukkan tomato dan tutup api. Biarkan sebentar dan
          sedia untuk dihidang.


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #3 31 May, 2009, 04:40:31 PM
  • Publish


  •    
    DAGING BLACK PEPPER KAK ROSSYA
           Sumber: Rossyabakes



         Bahan-bahannya:

        * 500g daging batang pinang (dihiris tipis)( rebus daging ni kejap sbb nakkan air daging tu)
        * 1 sudu kecil bawang putih dicincang
        * 1 sudu besar sweet sauce (boleh guna kicap manis saja)
        * 1 sudu makan oyster sauce
        * 1 sudu makan lada hitam ditumbuk kasar
        * 1/4 cawan air
        * Minyak untuk menumis

          Bahan B:

        * 1 cawan capsicum (campur semua warna) dihiris
        * 1 biji bawang bangla di potong enam
        * 1 ikat daun bawang dipotong sepanjang 3 inci
        * 2 biji tomato besar potong enam
        * 3 inci halia di hiris halus seperti batang mancis

        Cara membuat:

       1. Panaskan sedikit minyak dikuali. Masukkan bawang putih, daging dan serbuk lada hitam. Tumis sehingga daging empuk.
       2. Akhir sekali masukkan sos manis, sos tiram, dan kesemua bahan B. Setelah sebati.. masukkan sedikit air.
          Bubuh garam dan gula jika perlu.


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #4 31 May, 2009, 04:43:52 PM
  • Publish
  •    DAGING KICAP BEREMPAH
            Sumber: Rozzan Shared Recipes

          

         Bahan-bahannya:

        * 1 kg daging lembu/kambing (potong ikut suka)
          (Rebus hingga 3/4 empuk. Biar lebihkan airnya utk digunakan nanti)
        * 12 tangkai cili kering (rendam)
        * 3 sudu teh lada hitam
        * 2 sudu teh jintan halus
        * 1 sudu teh jintan kasar
        * 2 biji pelaga (gunakan isinya saja)
        * 2 biji bawang besar
        * 5 ulas bawang putih
        * 1 inci halia
        * 1/2 biji buah pala
        * Kisar semua bahan di atas hingga halus)

        * 2 biji bawang besar (potong gegelang (rings) dan goreng sebentar)
        * 6 sudu besar sos tomato
        * 5-6 sudu besar kicap lemak manis
        * 3 biji kentang (dipotong wedges)
        * 3 biji tomato buah (setiap biji potong 2 atau 4)
        * 1 btg lobak merah (dipotong kecil2)
        * 3 sudu besar bawang goreng (optional)
        * sedikit daun ketumbar
        * secubit garam,
        * sedikit gula
        * minyak utk menumis

        Cara membuat:

       1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga garing.
       2. Masukkan daging bersama air rebusannya, lobak merah, sos tomato, kicap manis, garam dan gula. Sesuaikan rasanya.
          Bila daging sudah empuk, masukkan bawang goreng, gegelang bawang & kentang wedges dan kacau sebentar.
       3. Akhir sekali masukkan tomato buah dan daun ketumbar. Kacau sebentar dan kemudian matikan api. Hidangkan dgn nasi atau roti.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    6 Replies
    2567 Views
    Last post 27 August, 2009, 02:20:50 PM
    by Ummi Munaliza
    1 Replies
    1624 Views
    Last post 24 October, 2009, 09:23:32 PM
    by Annalthafunnisa
    5 Replies
    1168 Views
    Last post 24 August, 2011, 11:25:20 AM
    by chantek taaj