Pendidikan di dalam Islam- Peranan Masjid - Page 1

*

Author Topic: Pendidikan di dalam Islam- Peranan Masjid  (Read 8988 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

09 October, 2007, 04:59:29 AM
  • Publish

  • Pendidikan di dalam Islam- Peranan Masjid

    Terjemahan Oleh: Fatiyah Abdul Hadi

    Al-Quran telah berulang-ulang kali menyeru seluruh mukminin untuk memikirkan, mereflek dan belajar tentang ilmu-ilmu yang boleh membawa mereka lebih dekat kepada Allah s.w.t dan makhluk ciptaan-Nya.

    Al Quran menggunakan perkataan yang berulang-ulang untuk menekankan beberapa kata kunci untuk membangkitkan kesedaran kepada pendengar-pendengarnya. Allah telah diulang sebanyak 2,800 kali dan Rab telah diulang sebanyak 950 kali di dalam Al Quran, manakala perkataan Ilmu telah di ulang sebanyak 750 kali. 

    Nabi Muhammad s.a.w.  memerintahkan umat Islam untuk menuntu ilmu selagi mana termampu dan mencarinya (Ilmu) sepanjang masa.

    Atas dasar mengikuti suruhan Rasulullah s.a.w., pemimpin Muslim menekankan agar setiap kanak-kanak Muslim menuntut ilmu dan  mereka sendiri telah memberi sokongan padu epada institusi pendidikan dan pembelajaran secaraa keseluruhannya. Maka dengan ini, pendidikan awal telah menjadi satu kepentingan yang lazim bagi  umat Islam. Wilds mengatakan bahawa ‘pendidikan adalah satu aspek yang diberi fokus oleh umat Islam yang membolehkan mereka mencipta dan membangunkan tamadun yang mantap. Pendidikan adalah satu nilai yang sangat dititik beratkan dalam hidup dan pembangunan individu Muslim hinggakan jarang sekali dapat dijumpai seorang Muslim yang tidak boleh membaca atau menulis.’Scott mengatakan bahwa ‘ketika Islam memerintah Sepanyol, tiada satu kawasan kampung pun yang tidak dilengkapkan dengan sistem pendidikan yang boleh dihadiri oleh setiap kanak-kanak dari setiap keluarga. Di Cordova, terdapat 800 buah sekolah umum yangm dihadiri oleh Muslim, Kristian dan Yahudi di mana pembelajaran melalui cara syarahan dilakukan. Orang-orang Islam di Sepanyol  menerima ilmu pada masa yang sama dan keadaan yang sama seperti yang diterima oleh orang yang melakukan haji dari Asia Minor ( kawasan semenanjung barat Asia di antara  laut Hitam dan Laut Mediterranian) dan Arab, dari German, Perancis dn
    Britain. Di dalam Universiti Islam yang hebat di Cordova, orang Yahudi dan Kristian juga di nobatkan sebagai professor. Insitutusi pendidikan ini sangatlah disanjungi sehinggakan para guru dan pelajar d tempat ini dipandang tinggi oleh masyarakat sekeliling. Malahan, perpustakaan-perpustakaan  besar yang dimiliki oleh para pedagang dan hartawan seperti yang terdapat di zaman Renaissance 600 tahun selepas itu, melambangkan bahaa mereka adalah golongan atasan. ‘Jarang sekali dijumpai dalam budaya-budaya lain’ Pedersen mengatakan bahawa pencarian ilmu mempunyai peranan yang penting seperti yang diletakan kedudukannya oleh Islam dalam hayat setiap umatnya. Ilmu,yang mana merupakan satu komponen penting dalam hidup para intelek, turut menjadi agenda penting oleh setiap Muslim. Hidup mereka yang berkisar di dalam masjid telah tersebar keluar dan mempengaruhi masyarakat sekeliling’. Setiap tempat, dari masjid hinggalah ke hospital, observatori dan madrasah adalah tempat belajar. Para ilmuan juga menyampaikan ilmu kepada orang ramai di rumah mereka sendiri. Al-Ghazali, Al-Farabi dan Ibnu Sinna yang mengajar di sekolah-sekolah awam, akan menyambung pengajaran mereka di bilik-bilik belajar dan perpustakaan kepada mereka- mereka yang dijemput.Sumber: http://www.1001inventions.com/index.cfm?fuseaction=main.viewBlogEntry&intMTEntry

    http://dakwah.info/?p=94
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    Reply #1 09 October, 2007, 05:00:27 AM
  • Publish

  • Kesan Pendidikan Muslim ke atas Barat

    Terjemahan Oleh: Fatiyah Abdul Hadi

    Tahukah anda ketika agama mendominasi budaya Eropah antara kurun ke-7 dan kurun ke-12, sistem pendidikan Islam telahpun mendahului zamannya? Sistem pendidikan umat Islam yang progresif mencakupi pelbagai bidang dari perubatan hingga sejarah, mencetuskan pembaharuan dalam sistem pendidikan di Eropah.

    Islam menekankan kepentingan mencari ilmu kepad umatnya. Lantas, umat Islam telah mencipta satu sistem pembelajaran yang sistematik dengan membina bangunan khas untuk pendidikan. Pada mulanya, masjid-masjid telah menjadi tempat untuk tujuan ibadah dan menuntut ilmu. Pada kurun ke-10, Seljuks (yang memerintah antara kurun ke-11 dan awal kurun ke-14) telah memperkenalkan Madrasah pertama, iaitu sekolahyng dibina berasingan dari masjid.

    Di bawah pemerintahan Turki Uthmaniyah (memerintah dari kurun ke-15 hingga kurun ke-20), pendidikan telah diberi dimensi baru ketika Bandar Bursa dan Erdine menjadi pusat utama pendidikan. Sistem Kulliye Ottoman, iaitu satu bangunan yang mempunyai sebuah masjid, sebuah hospital, sebuah madrasah, dapur awam dan ruang makan, adalah satu pembaharuan yang membolehkan pendidikan diakses oleh semua masyarakat melalui makanan percuma, penjagaan kesihatan dan penempatan.Universiti pertama juga telah dibangunkan daripada masjid, di lokasi-lokasi utama dan mempunyai kepentingan yang utama. Masjid-masjid universiti yang hebat dan terkenal adalah  seperti Al-Qarawiyyin (859 masihi, Fez), Al-Azhar (956 Masihi, Cairo) dan Cordova (kurun ke-8) adalah seperti Oxford dan
    Cambridge sekarang.Sumber: http://www.1001inventions.com/index.cfm?fuseaction=main.viewBlogEntry&intMTEntry

    http://dakwah.info/?p=93

    Reply #2 02 November, 2008, 11:16:11 PM
  • Publish
  • Alhamdulillah kebanyakan masjid  di Kota Singa majoriti sudah pun mentadbirkan tarbiyah ini,perkembangannya pemangkin ummah,hasil menjuruskan matlamat asasi yang dikehendaki selaras dan seiras perkembangan di zaman Fatimiyyah.Apa yang mesti diperkuatkan pertanggongjawab dan kerjasama masyarakat setempat dapat membendung dari unsur kebaratan dan memperkukohkan teras Keimanan kpd anak didik dalam kekeluargaan tsb
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    Reply #3 03 August, 2010, 10:11:53 AM
  • Publish
  • Masjid pemangkin ummah...
    jam sudah menunjukkan angka 10.00pagi..saat mahu kemasjid juga ni..disana ada satu Amanah yang mahu dilaksanakan..
    Mohon Minta diri...Doalah dalam Pengabdian Diri kepada Allahurabbi..
    Dengan izinNya saja kita akan selalu bertemu-mesra lagi..(Ilallliqa')
    'Afwan...Wajazakallahu khairan khaira jaza..

    Fia Amanillah
    Wassalam..

    Reply #4 08 June, 2011, 10:44:36 AM
  • Publish
  • Orang alim bagitahu,Nabi saw bsersabda dgn para sahabat (lebih kurang) “akan datang satu zaman tidaklah tinggal islam sekadar nama, Al-Quran sekadar tulisan dan masjid2 tersergam indah tp sepi dr hidayah Allah”. Abu Bakar r.a bertanya,”Jika perkara itu berlaku,apa yg perlu dibuat oleh umat akhir zaman masa itu?” Nabi mengulang jawapannya sebanyak 3 kali,”hendaklah mereka keluar dari masjid dan mengajak orang ke masjid”.

    Hari ini, kita lihat Masjid2 dibina indah, ber’air-cond’, berlantaikan permaidani tetapi sepi dari jemaah. Masjid dan surau kosong. Subhanallah…

    Reply #5 08 June, 2011, 10:51:35 AM
  • Publish
  • Alhamdulillah, hari ni masjid2 dan surau dah ada beberapa program seperti tazkirah dan ceramah2 agama. Namun, ia hanya utk org2 yg memang ‘kaki masjid’,selalu ke masjid, bagaimana pula dengan org2 yg berada di luar? Perlu ada ‘orang utk mengajak mereka utk sama2 datang ke masjid sebab itu adalah HAK mereka utk diberi peringatan.
    Kat sini kita boleh baca peranan jemaah yg sebenar maksud Quran dan Hadith...ku copy dari khutbah jumaat JAIS..

    "Masjid itu rumah untuk orang yang bertakwa, Allah s.w.t menjamin kepada orang yang menjadikan masjid itu sebagai rumahnya (sebagai tempat kunjungan utama).Dengan roh yang damai, rahmat dari Allah yang melimpah ruah dan melepasi titian siratulmustakim untuk menuju keredhaan Allah s.w.t didalam syurga".(Riwayat At-Tabrani)

    Rasulullah s.a.w menjadikan masjid sebagai PUSAT AKTIVITI DAKWAH dan perhimpunan bagi umat islam.Masjid juga mempunyai peranan yang sangat penting dalam membentuk peribadi seseorang muslim, supaya menjadi hamba yang taat kepada Allah s.w.t dan mempunyai hati yang suci bersih.


    Melalui sinar islam,maka negara arab yang gelap gelita bertukar menjadi bumi yang dilimpahi rahmat dan hadiah Allah s.w.t. Mereka melaksanakan tugas-tugas selaku pengimarahan masjid, dengan ibadat solat lima waktu,bertepatan dengan firman Allah s.w.t:

    "Hanyasanya yang layak memakmurkan menghidupkan masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, dengan adanya sifat-sifat yang tersebut, maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan orang-orang yang mendapat petunjuk".
    (At-Taubat ayat 18)

    Orang yang kasih kepada masjid dan selalu makmurkannya dengan solat-solat berjamaah,disamping zikir dan istigfar,doa dan munajat,iktikaf dan membaca al-quran, mereka adalah orang yang mempunyai tanda iman. Dari abu said al-hadari r.a rasullullah s.a.w bersabda:

    "Apabila kamu melihat seorang lelaki sentiasa mengunjungi masjid,maka saksikanlah yang ia adalah seorang yang beriman".
    (Riwayat Imam Ahmad Wa Ibnu Majah)

    Mereka seperti inilah termasuk golongan orang yang bahagia diakhirat.Mereka dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan kemuliaan yang amat besar,seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w:

    "Ada tujuh golongan manusia yang diteduhi Allah s.w.t dibawah teduhannya, pada hari yang tidak ada teduhan walau sedikitpun kecuali teduhan Allah s.w.t sahaja. Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang memenuhi sepanjang hidupnya dengan beribadat kepada Allah s.w.t, seorang lelaki yang hatinya bergantung kepada masjid (sentiasa ingat dan sayang kepada Allah)...........".
    (Riwayat Al-Bahari)

    Hadis ini memberi erti bahawa mereka sentiasa merasa sayang dan kasih kepada masjid, hatinya selalu ingat dan cints untuk mengimarahkan masjid dengan ibadat yang disyariatkan oleh Allah s.w.t.

    Reply #6 08 June, 2011, 10:55:06 AM
  • Publish
  • masjid sebenarnya adalah lebih daripada sekadar tempat kita menunaikan solat, sebenarnya banyak lagi aktiviti yang kita boleh jalankan dimasjid termasuklah perkara yang jarang dilakukan seperti mesyuarat keluarga

    Reply #7 08 June, 2011, 10:58:18 AM
  • Publish
  • Sekarang ini, kedudukan masjid kita kebanyakkannya tersergam dengan binaan yang indah, dilengkapi dengan hamparan permaidani yang cantik,perekitaran dindingnya dihiasi dengan permaidani yang cantik,persekitaran dindingnya dihiasi dengan ukiran ayat quran dan hadis.Tetapi sayangnya,sebilangan besar daripadanya hanya dimakmurkan seminggu sekali sahaja. Hal ini seolah-olah membayangkan status kedudukan agama islam, hanya mengutamakan dari segi pengisian dan penghayatan, sedangkan kedua-duanya adalah menjadi matlamat utama pembinaanya.saya malu apabila malaysia dijadikan negara islam contoh sedangkan negara islam yang sebenar adalah apabila waktu solat tiba maka penuh 1 masjid dengan orang lelaki yang datang bersolat.

    "Akan datang suatu zaman keatas manusia tidak kekal dalam agama islam kecuali namanya sahaja, dan tidak kekal didalam al-quran (tidak dihayati dan tidak dilaksanakan ajarannya) melainkan tinggal tulisannya sahaja, masjidnya yang besar dan indah dibangunkan disana sini, tetapi manusia tidak mengambil petunjuk daripadanya".
    (Riwayat Muslim)

    Reply #8 08 June, 2011, 11:00:48 AM
  • Publish
  • masjid sebenarnya adalah lebih daripada sekadar tempat kita menunaikan solat, sebenarnya banyak lagi aktiviti yang kita boleh jalankan dimasjid termasuklah perkara yang jarang dilakukan seperti mesyuarat keluarga
    mesyuarat keluarga seelok eloknya kat rumah takpe,semua ahli keluarga ambik bahagian.jauh dari pengetahuan orang luar

    Reply #9 08 June, 2011, 11:03:24 AM
  • Publish
  • Kita juga bimbang, seandainya generasi akan datang memandang masjid hanya sebagai tempat solat jumaat seminggu sekali sahaja atau tempat orang-orang tua dan orang pencen beribadat. Mereka hanya bersemangat untuk mngimarahkan surau,sedangkan masjid diletakkan dibawah tanggungjawab pihak yang lain.

    Masjid adalah tempat sebenarnya untuk lelaki menunaikan solat-solat fardhu dan lain-lain aktiviti yang diharuskan. Banyak fadhilat beramal ibadat dimasjid, selain daripada Masjidil haram di Mekah, masjid Nabawi di Madinah dan masjid al-Aksho di Baitulmakdis yang sangat-sangatdiberkati allah s.w.t. Tempat-tempat lain seperti surau adalah kurang fadhilat jika dibandingkan dengan masjid yang didirikan solat jumaat terutama sunat beriktikaf didalamnya.

    Reply #10 08 June, 2011, 11:08:16 AM
  • Publish
  • Solat berjemaah dimasjid dituntut,kerana ganjaran terlalu besar,sehingga Rasulullah s.a.w tidak memberi kelonggaran walaupun kepada orang yang buta. Malah Rasulullah s.a.w pernah dalam ucapannya dengan memberi ancaman untuk membakar rumah orang yang tidak pergi berjemaah ke masjid . Solat berjemaah di masjid akan menghasilkan natijah yang berguna untuk diri dan ummah.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    3 Replies
    2833 Views
    Last post 02 December, 2008, 12:09:24 PM
    by Walid
    3 Replies
    2132 Views
    Last post 13 June, 2009, 04:28:37 PM
    by naaz93
    0 Replies
    1805 Views
    Last post 08 June, 2009, 12:54:16 PM
    by muslim4life