Surah Al Baqarah

Author Topic: Surah Al Baqarah  (Read 9532 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

alhaudhie

  • *
  • Posts: 2056
    • View Profile
08 October, 2007, 03:30:53 PM
  • Publish Di FB
  • Tafsir: Al-Baqarah:121

    Allah berfirman: “Orang-orang yang telah Kami berikan Alkitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya. Dan barang siapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi”.(Al-Baqarah:121)

    Ayat ini mengandung hal-hal sebagai berikut:

    1. Sifat sahabat-sahabat Nabi dalam mengikuti Alquran dan mengamalkannya.

    Abdullah bin Abbas berkata: “Mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya.” Ia berkata, “Maksudnya adalah mengikuti Alquran dengan yang sebenar-benarnya, menghalalkan apa yang telah dihalalkan, dan mengharamkan apa yang telah diharamkan serta tidak menyelewengkannya dari tempat-tempatnya.”

    Qatadah berkata: “Mereka itulah sahabat-sahabat Muhammad saw. yang telah beriman kepada kitab Allah dan membenarkannya, menghalalkan yang telah dihalalkan dan mengharamkan yang telah diharamkan, serta mengamalkan apa yang ada di dalamnya.”

    2. Alquran diturunkan untuk direnungkan dan diamalkan.

    3. Menganjurkan seorang muslim agar meneladani para pendahulunya, yaitu para sahabat Rasul dan tabiin dalam merenungkan kitab Allah, mempelajarinya dan mengamalkan apa yang ada di dalamnya.

    Tafsir Thabari, jilid 1, halaman 518-520

    http://dakwah.info/?p=66
    « Last Edit: 19 June, 2009, 05:40:06 AM by Munaliza Ismail »
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #1 25 May, 2009, 10:45:01 PM
  • Publish Di FB

  • 8. Surah Al Anfaal - ayat 594-595


    2. Sesungguhnya orang-orang yang beriman[594] ialah mereka yang bila disebut nama Allah[595] gemetarlah hati mereka,
    dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.
    « Last Edit: 19 June, 2009, 05:41:10 AM by Munaliza Ismail »
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    muaz

    • *
    • Posts: 91
    • "DoA SeOrAnG UlAmA"
      • View Profile
    Jawab #2 31 May, 2009, 10:23:16 AM
  • Publish Di FB
  • Surah Al-Baqarah, Ayat 183

    (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
    Surah Al-Baqarah, Ayat 183
    « Last Edit: 14 June, 2009, 06:15:02 PM by Munaliza Ismail »

    muaz

    • *
    • Posts: 91
    • "DoA SeOrAnG UlAmA"
      • View Profile
    Jawab #3 31 May, 2009, 10:24:07 AM
  • Publish Di FB
  • (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
    Surah Al-Baqarah, Ayat 184

    muaz

    • *
    • Posts: 91
    • "DoA SeOrAnG UlAmA"
      • View Profile
    Jawab #4 31 May, 2009, 10:25:35 AM
  • Publish Di FB
  • Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.
    Surah Al-Baqarah, Ayat 186

    muaz

    • *
    • Posts: 91
    • "DoA SeOrAnG UlAmA"
      • View Profile
    Jawab #5 31 May, 2009, 10:26:54 AM
  • Publish Di FB
  • Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).
    Surah Al-Baqarah, Ayat 187

    muaz

    • *
    • Posts: 91
    • "DoA SeOrAnG UlAmA"
      • View Profile
    Jawab #6 31 May, 2009, 10:28:38 AM
  • Publish Di FB
  • Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: “(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya”.
    Surah Al-Baqarah, Ayat 188

    muaz

    • *
    • Posts: 91
    • "DoA SeOrAnG UlAmA"
      • View Profile
    Jawab #7 31 May, 2009, 10:29:02 AM
  • Publish Di FB
  • Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.
    Surah Al-Baqarah, Ayat 189

    muaz

    • *
    • Posts: 91
    • "DoA SeOrAnG UlAmA"
      • View Profile
    Jawab #8 31 May, 2009, 10:29:42 AM
  • Publish Di FB
  • Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.
    Surah Al-Baqarah, Ayat 190

    muaz

    • *
    • Posts: 91
    • "DoA SeOrAnG UlAmA"
      • View Profile
    Jawab #9 31 May, 2009, 10:30:12 AM
  • Publish Di FB
  • Kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu); kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
    Surah Al-Baqarah, Ayat 191

    Abi Naim

    • *
    • Posts: 276
    • Kejayaan kita hanyalah dalam agama Islam
      • View Profile
    Jawab #10 14 June, 2009, 06:03:25 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 214
    Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

    Abi Naim

    • *
    • Posts: 276
    • Kejayaan kita hanyalah dalam agama Islam
      • View Profile
    Jawab #11 14 June, 2009, 06:05:16 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 247
    Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya dan dia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan? Nabi mereka berkata: Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.

    Abi Naim

    • *
    • Posts: 276
    • Kejayaan kita hanyalah dalam agama Islam
      • View Profile
    Jawab #12 14 June, 2009, 06:07:28 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Permulaan kejadian makhluk

    Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 19
    Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.

    Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 20
    Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

    Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 22
    Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
    « Last Edit: 14 June, 2009, 06:14:09 PM by Munaliza Ismail »

    mardhiyyah

    • *
    • Posts: 220
    • iNNi AkhOfuLLah
      • View Profile
    Jawab #13 14 June, 2009, 06:10:50 PM
  • Publish Di FB
  • Menuntut ilmu adalah taqwa,
    menyampaikan ilmu adalah ibadah,
    mengulang2 ilmu adalah zikir,
    mencari ilmu adalah jihad,
    (Al-Ghazali)

     

    Sesungguhnya mati jasad kerana roh,
    Mati roh kerana tiada ilmu,
    Mati ilmu kerana tiada amal
    Dan mati amal kerana tiada istiqomah.


    gurutajwid

    • *
    • Posts: 167
      • View Profile
    Jawab #14 31 August, 2009, 12:46:23 PM
  • Publish Di FB


  • Mengapa manusia sanggup kufur dengan nikmat Allah

    Allah berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 28, yang bermaksud:

    " Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan). "

    Ayat di atas Allah memperingatkan kembali kepada manusia bahawa mereka dahulu asalnya tiada, kemudian diadakan oleh Allah. Dan bila telah diadakan manusia itu berserta dengan segala keperluannya, mengapa manusia sanggup kufur kepada perintah Allah.
    RAHSIA MENGUASAI ILMU TAJWID!!!
    http://abdullahidris.com

    nadirah87

    • *
    • Posts: 123
      • View Profile
    Jawab #15 17 November, 2009, 05:18:11 PM
  • Publish Di FB
  • ayat 138 :
    ciri2 orang beriman itu ialah berpegang teguh tali allah. di awal ayat allah telah menjelaskan hakikat agama yang sebenar, manakala di akhirnya menyentuh perihal orang yang beriman.

    ayat 139 :
    menunjukkan penegasan bahawa tiada ruang bagi golongan kafir untuk mempertikaikan keesaan allah. org2 beriman hanya menumpukan ketaatan kepda allah dan tidak mempersekutukannya.

    ayat 140 :
    islam adalah agama yg benar. akan tetapi kaum yahudi dan nasrani telah menyelewengkannya.
    " INGATLAH ALLAH WALAU DI MANA ANDA BERADA "

    bint_yusuf

    • *
    • Posts: 94
      • View Profile
    Jawab #16 19 March, 2010, 02:32:31 PM
  • Publish Di FB
  • Tafsir: Al-Baqarah:284

    Allah Maha Mengetahui semua perbuatanmu sama ada yang zahir, batin, jelas atau tersembunyi.

    Maksud ayat:
    284. Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu menzahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. kemudian Dia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyiksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah), Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. (al-Baqarah, 2: 284).

    Ketika ayat ini turun terasa berat terhadap sahabat Nabi s.a.w. dan mereka khuatir (takut) jika dihitung atas semua perasaan dan gejolak dalam hati yang tidak mampu ditahan. Itulah contoh iman dan keyakinan para sahabat Nabi s.a.w itu.

       Abu Hurairah r.a. berkata; ketika turun ayat ini, terasa berat atas sahabat Nabi s.a.w. lalu mereka datang melutut di hadapan Nabi s.a.w. dan berkata: “Ya Rasulullah, kami diwajibkan beberapa amal perbuatan yang dapat kami laksanakan iaitu solat, puasa, sedekah dan jihad, kini telah turun pula ayat ini yang tidak mampu kami laksanakannya.”  Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya): “Apakah kalian akan berkata sepertimana ahli kitab sebelum kamu  ‘سمعنا وعصينا’ (kami dengar tetapi kami mengingkarinya), sebaliknya kalian seharusnya berkata ] سمعنا وأطعنا غفرانك ربنا واليك المصير [ (kami dengar dan kami taat mohon ampun dariMu dan kepadaMu kami akan kembali), maka ketika mereka mengucapkan kalimah itu  berulang-ulang,  Allah  menurunkan  sambungan firmanNya;  ] آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بالله وَمَلائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ  [ (Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang pun  Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali". Setelah melaksanakan tuntutan Nabi s.a.w. itu, maka Allah menurunkan sambungan ayatnya yang memansukhkan ayat  ] لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا [ (Allah tidak membebani seseorang dengan tanggungjawab melainkan apa yang terdaya olehnya, dia mendapat pahala terhadap kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa terhadap kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengambil kira terhadap kami jika kami lupa atau kami tersalah). Maka Allah menyambut setiap doa dalam akhir ayat ini dengan: Na‘am (Ya) yakni pasti diterima oleh Allah.

    [
    رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا] قَالَ نَعَمْ  [رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا] قَالَ نَعَمْ [رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ] قَالَ نَعَمْ [وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ] قَالَ نَعَمْ

    Ibn Jarir meriwayatkan dari Sa ‘id ibn Marjanah berkata: Ketika dia duduk bersama Abdullah ibn Umar, beliau tiba-tiba membaca ayat ini lalu Abdullah ibn Umar berkata: “Demi Allah, andai Allah menuntut kami dengan ini pasti kami binasa, kemudian dia menangis sehingga terdengar sesak nafasnya. Ibn Marjanah berkata; “Maka aku bangun ke tempat Abdullah ibn Abbas dan aku ceritakan kepadanya apa yang dikatakan dan dilakukan oleh Ibn Umar, maka berkata Ibn Abbas: Semoga Allah mengampunkan Abu Abd al-Rahman, sesungguhnya kaum muslimin dahulu merasa sedih sebagaimana sedihnya ketika ayat ini baru diturunkan sehingga Allah menurunkan ayat yang berikutnya ] لا يُكَلِّفُ الله نَفْسًا إِلا وُسْعَهَا [ hingga akhir surah.”

       Berkata Ibn ‘Abbas; sebenarnya bisikan hatilah yang tidak dapat dielakkan oleh kaum muslimin, sehinggalah Allah menjelaskan bahawa dosa yang diambilkira apabila seseorang itu telah menzahirkan apa yang ada dalam hatinya melalui perbuatan atau pertuturan.

    Abu Hurairah r.a berkata; Rasulullah s.a.w bersabda:

    إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي مَا حَدَّثَتْ بِهِ أَنْفُسَهَا مَا لَمْ تَعْمَلْ أَوْ تَتَكَلَّمْ

    Maksudnya:
    Sesungguhnya Allah memaafkan untukku dan bagi umatku apa-apa yang tergerak di hati selama mana ia belum dilakukan atau diucapkan

    Abu Hurairah r.a berkata; Rasulullah s.a.w bersabda:

    قَالَ الله عَزَّ وَجَلَّ إِذَا هَمَّ عَبْدِي بِسَيِّئَةٍ فَلَا تَكْتُبُوهَا عَلَيْهِ فَإِنْ عَمِلَهَا فَاكْتُبُوهَا سَيِّئَةً وَإِذَا هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا فَاكْتُبُوهَا حَسَنَةً فَإِنْ عَمِلَهَا فَاكْتُبُوهَا عَشْرًا

       Maksudnya:
    Jika hambaku berniat akan melakukan kejahatan maka janganlah dicatat lagi dosanya (disebabkan niat tersebut), sekiranya dia melakukan apa yang diniatkan itu maka catatlah baginya satu dosa, dan jika dia berniat untuk melakukan kebaikan tetapi tidak dituruti dengan perlakuannya maka catatlah untuknya satu kebaikan, sekiranya dia melakukan apa yang diniatkan itu maka catatlah baginya sepuluh kebaikan (hasanat).

    Abu Hurairah r.a berkata; Rasulullah s.a.w bersabda:

    إِذَا أَحْسَنَ أَحَدُكُمْ إِسْلَامَهُ فَكُلُّ حَسَنَةٍ يَعْمَلُهَا تُكْتَبُ لَهُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ وَكُلُّ سَيِّئَةٍ يَعْمَلُهَا تُكْتَبُ لَهُ بِمِثْلِهَا

    Maksudnya:
     Abu Hurairah berkata; Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya): Jika sesorang dari kamu melakukan kebaikan dalam Islamnya, maka setiap kebaikan yang dilakukannya itu dicatat baginya sepuluh kali ganda pahalanya dan digandakan pula sehingga tujuh ratus gandaan, manakala setiap kejahatan yang dilakukannya dicatat baginya hanya satu dosa

    Abu Hurairah r.a berkata: Datang beberapa sahabat kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya: “Sesungguhnya kami kini merasa dalam hati apa-apa yang kami anggap berdosa jika kami tuturkan (bicarakan)?” Nabi s.a.w bertanya: “Apakah kalian telah merasakan demikian?” Jawab mereka: “Ya.” Maka sabda Nabi s.a.w (bermaksud): “Itulah tanda kemurnian iman.”

    Sofwan ibn Muhriz berkata; ketika kami melawat bersama ‘Abdullah ibn ‘Umar r.a tiba-tiba ada seseorang menegurnya dan bertanya; “Ya Ibn ‘Umar apakah yang anda dengar dari Rasulullah s.a.w tentang perbuatan berbisik-bisik?” Jawab Ibn ‘Umar: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

    يَدْنُو الْمُؤْمِنُ مِنْ رَبِّهِ حَتَّى يَضَعَ عَلَيْهِ كَنَفَهُ فَيُقَرِّرُهُ بِذُنُوبِهِ تَعْرِفُ ذَنْبَ كَذَا يَقُولُ أَعْرِفُ يَقُولُ رَبِّ أَعْرِفُ مَرَّتَيْنِ فَيَقُولُ سَتَرْتُهَا فِي الدُّنْيَا وَأَغْفِرُهَا لَكَ الْيَوْمَ ثُمَّ تُطْوَى صَحِيفَةُ حَسَنَاتِهِ وَأَمَّا الْآخَرُونَ أَوْ الْكُفَّارُ فَيُنَادَى عَلَى رُءُوسِ الْأَشْهَادِ { هَؤُلَاءِ الَّذِينَ كَذَبُوا عَلَى رَبِّهِمْ أَلَا لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ }

    Maksudnya:
    Seseorang mukmin akan semakin dekat dengan Tuhannya, sehingga ditutupi oleh Tuhan lalu diingatkan tentang dosa-dosanya; “Ingatkan kamu pada dosa ini?” Jawab hambanya: “Aku akui wahai Tuhan” lalu peringatkan lagi dengan beberapa dosa, seterusnya Allah berfirman: “Aku telah menutupi semua itu untukmu semasa di dunia dan kini pada hari ini aku ampunkan untukmu” lalu diserahkan kepadanya lembaran catatan amalan kebaikannya (hasanat) dengan tangan kanannya, manakala orang-orang kafir dan munafiq mereka dipanggil di khalayak umum dan diseru; “Merekalah orang-orang yang mendustakan Tuhan, ingatlah bahawa kutukan Allah itu akan terkena pada orang-orang yang zalim”





    [/size]
    Cukuplah ALLAH bagiku, tiada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'arasy yang agung.

    bint_yusuf

    • *
    • Posts: 94
      • View Profile
    Jawab #17 19 March, 2010, 02:46:37 PM
  • Publish Di FB
  • Tafsir: Al-Baqarah:285-286

    285. Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain di kalangan Rasul-rasulnya". mereka berkata lagi: Kami dengar dan Kami taat (Kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat kembali".

    286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (al-Baqarah, 2: 285-286).


    Hadith-hadith yang menyebut tentang fadhilat dua ayat ini:

    1.  Al-Bukhari meriwayatkan, Ibn Mas‘ud r.a berkata, sabda Nabi s.a.w:

    مَنْ قَرَأَ بِالْآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ

    Maksudnya:
    Sesiapa yang membaca dua ayat terakhir dari Surah al-Baqarah pada waktu malam maka telah mencukupi baginya.  (iaitu keperluannya untuk keselamatan dunia dan akhirat telah dipenuhi).

    2.  Al-Imam Ahmad meriwayatkan, Abu Dhar r.a berkata; Rasulullah s.a.w bersabda:

    أُعْطِيتُ خَوَاتِيمَ سُورَةِ الْبَقَرَةِ مِنْ بَيْتِ كَنْزٍ مِنْ تَحْتِ الْعَرْشِ لَمْ يُعْطَهُنَّ نَبِيٌّ قَبْلِي

    Maksudnya:
    Aku telah diberi penutup Surah al-Baqarah dari perbendaharaan di bawah ‘Arasyh, tidak pernah diberikan kepada nabi sebelumku

    3.  Muslim meriwayatkan, Abdullah r.a berkata; ketika Rasulullah s.a.w diisra’kan ke langit di bawa ke Sidrah al-Muntaha di langit yang ke tujuh, di sanalah puncak segala yang naik dari bumi dan tempat turun segala yang turun dari atasnya. Nabi s.a.w membaca: “] إِذْ يَغْشَى السِّدْرَةَ مَا يَغْشَى [ (ketika Sidrah al-Muntaha dilitupi oleh apa yang meliputinya), dan bersabda: Hamparan dari emas.” Kemudian Nabi s.a.w dianugerahi tiga perkara iaitu solat lima waktu, penutup Surah al-Baqarah dan pengampunan bagi umatnya dari dosa-dosa besar selagi ia tidak melakukan syirik

    4.  Ahmad meriwayatkan, ‘Uqbah ibn ‘Amir al-Juhani r.a berkata; Rasulullah s.a.w bersabda:

    اقْرَأْ الْآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فَإِنِّي أُعْطِيتُهُمَا مِنْ تَحْتِ الْعَرْشِ

    Maksudnya:
    Bacalah dua ayat terakhir dari Surah al-Baqarah kerana aku diberi keduanya dari perbendaharaan di bawah ‘Arasyh.

    5.  Ibn Mardawaih meriwayatkan, Huzaifah r.a berkata; Rasulullah s.a.w bersabda:

    فُضِّلنا على الناس بثلاث : جعلت صفوفنا كصفوف الملائكة وجعلت لنا الارض كلها مسجدا ، وجعلت لنا تربتها إذا لم نجد الماء طهورا ، وأوتيت هذه الآيات من بيت كنز تحت العرش من آخر سورة البقرة ، لم يعط منهن أحد قبلي ، ولا يعطينه أحد بعدي

    Maksudnya:
    Kami mendapat kelebihan berbanding umat lain dengan tiga perkara; aku diberi ayat-ayat terakhir dalam Surah al-Baqarah adalah dari simpanan di bawah ‘Arasyh, tidak pernah diberikan kepada seorang pun sebelumku dan tidak akan diberikan kepada seorang pun sesudahku.

    6.  Ibn Mardawaih meriwayatkan, Ali r.a berkata; Aku tidak melihat seorang yang mengerti Islam tidur melainkan terlebih dahulu dia membaca ayat al-Kursi dan penutup Surah al-Baqarah, kerana ayat tersebut adalah perbendaharaan kekayaan yang diberikan kepada Nabi s.a.w dari bawah ‘Arasyh.

    7.  Al-Tirmidhi meriwayatkan, al-Nu‘man ibn Basyir r.a berkata; Rasulullah s.a.w bersabda:

    إِنَّ الله كَتَبَ كِتَابًا قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ  والمفصل نافلةالسَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ بِأَلْفَيْ عَامٍ أَنْزَلَ مِنْهُ آيَتَيْنِ خَتَمَ بِهِمَا سُورَةَ الْبَقَرَةِ وَلَا يُقْرَأَانِ فِي دَارٍ ثَلَاثَ لَيَالٍ فَيَقْرَبُهَا شَيْطَانٌ

    Maksudnya:
    Sesungguhnya Allah telah menulis sebuah kitab sebelum mencipta langit dan bumi sekitar dua ribu tahun, diturunkan daripadanya dua ayat penutup Surah al-Baqarah jika ia dibacakan di rumah sehingga tiga malam, maka rumah itu tidak akan didekati syaitan.

    8.  Ibn Mardawaih meriwayatkan, Ibn Abbas r.a berkata; Adalah Nabi s.a.w ketika membaca akhir Surah al-Baqarah dan ayat kursi beliau tertawa, lalu bersabda (bermaksud): “Sesungguhnya kedua-duanya dari perbendaharaan Tuhan al-Rahman di bawah ’Arasyh. Manakala apabila beliau membaca ] مَنْ يَعْمَلْ سُوءًا يُجْزَ بِهِ وَلا يَجِدْ لَهُ مِنْ دُونِ الله وَلِيًّا وَلا نَصِيرًا [ (sesiapa yang melakukan kejahatan akan dibalas, dan tiada bagi manusia melainkan dibalas segala perbuatannya, usahanya akan diperlihatkan kemudian dibalas dengan balasan yang tepat) Nabi s.a.w lantas beristirja‘ (membaca ] إِنَّا لله وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ [ ) dan terdiam.

    9.  Ibn Mardawaih meriwayatkan, Ma‘qil ibn Yassar r.a berkata; Nabi s.a.w bersabda:

    اعطيت فاتحة الكتاب وخواتم سورة البقرة من تحت العرش

    Maksudnya:
    Aku telah diberi Surah al-Fatihah dan penutup Surah al-Baqarah dari bawah Arasyh dan tambahan surah-surah al-Mufassal.

    10.   Ibn Abbas berkata: Ketika Rasulullah s.a.w duduk dan di sisinya ada Jibril a.s, tiba-tiba terdengar bunyi pintu dibuka, lalu Jibril a.s memandang ke langit dan berkata: “Itu pintu langit telah dibuka dan belum pernah sekalipun dibuka.” Maka turun daripadanya malaikat dan mengadap Rasulullah s.a.w sambil berkata: “Terimalah khabar gembira, dua cahaya diberikan kepadamu, belum pernah diberikan kepada seorang nabi pun sebelummu, iaitu Surah al-Fatihah dan penutup Surah al-Baqarah, tidaklah engkau membaca satu huruf dari kedua-dua surah ini dan ayat itu, melainkan pasti engkau akan diberinya.”  Hadis ini juga telah disebut ketika menerangkan fadilat Surah al-Fatihah.       

       Anas ibn Malik r.a berkata; “Ketika turun ayat ini ] آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ [ Rasulullah s.a.w menyambut ayat ini dengan sabdanya: (حق له أن يؤمن) (selayaknya dia beriman).”

    Ibn Jarir meriwayatkan dari Jabir r.a berkata; ketika turun ayat ini kepada Rasulullah s.a.w; ] آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ [ berkata Jibril a.s kepada Nabi s.a.w; “Allah memujimu dan umatmu maka pintalah dariNya pasti akan diberi”. Maka Nabi s.a.w langsung meminta dariNya: ] لا يُكَلِّفُ الله نَفْسًا إِلا وُسْعَهَا [ sehingga akhir ayat (Allah tidak akan membebankan seseorang melebihi kemampuannya) kerana Allah sangat pengasih kepada hamba-hambaNya.

       Ayat inilah yang memansukhkan ayat yang diberatkan oleh para sahabat;  ] وَإِنْ تُبْدُوا مَا فِي أَنْفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُمْ بِهِ الله [ Maka Allah jika menghitung (hisab) hanya dalam batas apa yang dapat dikerjakan oleh diri manusia itu. Ada pun terhadap bisikan syaitan dan gerak hati yang tidak dapat dielakkan maka Allah tidak akan memaksa manusia di luar kemampuannya untuk mengawal perkara itu. Dia akan menerima pahala amal kebaikan dan akan menanggung siksa hukuman dari perbuatan jahatnya sendiri, kemudian menuntun berdoa; Ya Tuhan, jangan berkira dengan kami jika kami melanggar batasan kerana terlupa atau tersalah dan tidak sengaja. Langsung dijawab oleh Allah; Ya, atau sudah aku laksanakan.

        Ibn Abbas r.a berkata; Rasulullah s.a.w bersabda:

    إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأَ وَالنِّسْيَانَ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ

    Maksudnya:
    Sesungguhnya Allah membebaskan dari umatku kekeliruan dan lupa dan yang dipaksakan keatasnya.

    Ummu Darda’ r.a berkata: Nabi s.a.w bersabda:

    إن الله تجاوز لأمتي عن ثلاث ، عن الخطأ والنسيان والاستكراه


    Maksudnya:
    Sesungguhnya Allah memaafkan untuk umatku tiga perkara: Kekeliruan (tidak sengaja), keterlupaan dan yang dipaksakan keatasnya. Abu Bakr berkata; maka aku ceritakan hadith ini kepada al-Hasan, lalu beliau berkata; benar, apakah engkau tidak membaca ayat ] رَبَّنَا لا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا [

    Allah berfirman: ] وَلا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا [ (Ya Tuhan jangan dibebankan ke atas kami bebanan-bebanan sebagaimana yang Engkau bebankan ke atas umat-umat sebelum kami). Nabi bersabda: (بُعِثْتُ بِالْحَنِيفِيَّةِ السَّمْحَةِ ) maksudnya (Aku telah diutus dengan agama yang ringan dan mudah).

    Firman Allah: ] رَبَّنَا وَلا تُحَمِّلْنَا مَا لا طَاقَةَ لَنَا بِهِ [ (Wahai Tuhan jangan dipertanggung ke atas kami kewajipan dan ujian-ujian yang kami tidak sanggup (kuat) untuk menanggungnya). Lalu Allah pun menerima.

       Firman Allah: ] وَاعْفُ عَنَّا [ Maafkan kekurangan dan kesalahan kami. ] [ وَاغْفِرْ لَنَا Dan ampunkan semua dosa kami serta semua perbuatan-perbuatan keji. ] وَارْحَمْنَا [ Kasihanilah kami dengan selalu memberi taufiq dalam pimpinanMu ya Tuhan jangan sampai kami terjerumus dalam penderhakaan dan dosa.

    Sesungguhnya seseorang yang telah melakukan dosa memerlukan tiga perkara: Kemaafan dan pengampunan dari Allah, ditutupi dosa tersebut agar tidak diketahui oleh orang lain, diperlihara pada masa akan datang agar tidak terjerumus untuk mengulangi dosa tersebut.

    Firman Allah: ] أَنْتَ مَوْلانَا [ Engkau ya Tuhan! pelindung, pemimpin kami, hanya kepadaMu tempat berharap dan berserah diri, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolonganMu.] فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ [ Bantulah kami dalam menghadapi kaum yang menentang agamaMu dan mempersekutukan Engkau. Tolonglah kami dalam menghadapi mereka semua ini.

       Berkata Ibn Jarir dari Ibn Ishaq; sesungguhnya Mu‘adh ibn Jabal biasanya jika selesai membaca surah ayat ini akan membacakan Amin.


    Rujukan: Tafsir Ibn Kathir







    Rahimah Sakinah

    • *
    • Posts: 152
      • View Profile
    Jawab #18 16 December, 2010, 01:07:26 AM
  • Publish Di FB
  • Surah Al-Baqarah

    Surah Al Baqarah (Arab: سورة البقرة‎ ​ "Lembu") Merupakan surah kedua dan terpanjang yang mengandungi 286 ayat. Surah ini turun di Madinah yang sebahagian besar diturunkan pada permulaan tahun Hijrah, kecuali ayat 281 diturunkan di Mina pada Haji wada' (haji Nabi Muhammad s.a.w. yang terakhir). Seluruh ayat dari surat ini merupakan ayat Madaniyyah yang di dalamnya juga mempunyai ayat yang terpanjang (ayat 282). Surat ini dinamai Al Baqarah kerana terdapat kisah di dalamnya yang berkaitan perbalahan kaum Bani Israil dengan Nabi Musa a.s. tentang penyembelihan lembu betina untuk mengetahui siapa yang kemudiannya menjelaskan sifat kaum Yahudi yang keras hatinya. Surah ini juga dinamakan Fusthaatul-Quran (puncak Al Quran) kerana memuatkan beberapa hukum yang tidak disebutkan dalam surah yang lain. Ia juga digelar juga surah alif-laam-miim kerana surah ini dimulai dengan Alif-laam-miim.

    Isi kandungan

    Surah ini banyak mengisahkan hukum-hakam dan syariat seperti perintah mengerjakan solat; menunaikan zakat; hukum puasa; hukum haji dan umrah; hukum qisas; hal-hal yang halal dan yang haram; bernafkah di jalan Allah; hukum arak dan judi; cara menyantuni anak yatim, larangan riba; hutang piutang; nafkah dan yang berhak menerimanya; wasiat kepada dua orang ibu-bapa dan kaum kerabat; hukum sumpah; kewajiban menyampaikan amanat; sihir; hukum merosakkan masjid; hukum meubah kitab-kitab Allah; hukum haidh, 'iddah, thalak, khulu', ilaa' dan hukum susuan; hukum melamar, mahar, larangan mengawini wanita musyrik dan sebaliknya; hukum perang.

    Surah ini juga ada menceritakan kisah Nabi Adam a.s., Nabi Musa a.s. dan Nabi Ibrahim a.s. serta larangan akan bulan haram. Perkara utamanya adalah berdakwah kepada kaum musyrik dan Yahudi Madinahserta memberi amaran kepada mereka serta kepada kaum munafik akan ketentuan Allah kepada mereka yang tidak beriman kepada-Nya.

    Ayat lazim

    5 ayat pertama sering dijadikan bacaan malah dijadikan hafalan pelajar sekolah. Ayat ini menceritakan akan sifat orang yang beriman:

       1. Alif, Laam, Miim.
       2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa;
       3. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
       4. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
       5. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya.

    Surah ini juga mengandungi ayat kursi iaitu ayat yang teragung dan sering dihafal oleh masyarakat Muslim. Malah, ayat ini dijadikan bacaan untuk mendapat perlindungan dan keredhaan Allah SWT.



    imanhilmi

    • *
    • Posts: 490
    • LA DIINA LIMAN LA AQLA LAH
      • View Profile
    Jawab #19 03 February, 2011, 01:14:54 PM
  • Publish Di FB
  • Al Baqarah ayat 256..257 Maksudnya:

    "ALLAH  PELINDUNG  ORANG ORANG YANG BERIMAN
    DARI KEGELAPAN [KEKAFIRAN] KEPADA CAHAYA (IMAN),
    DAN ORANG ORANG KAFIR ITU, PELINDUNG  MEREKA ADALAH SYAITAN,
    YANG MENGELUARKAN MEREKA DARI CAHAYA (IMAN) KEPADA KEGELAPAN (KEKAFIRAN)
    MEREKA ITU ADALAH PENGHUNI NERAKA DAN KEKAL DI DALAMNYA'"


    Surah ini sering saya jadikan motivasi untuk diri sendiri setiap kali saya merasa lemah dan
    kurang keyakinan terhadap kebesaran dan kasih sayang ALLAH SWT.

    Sesungguhnya hanya kasih sayang dan rahmat dari ALLAH SWT akan membawa kita ke syurgaNYA.
    Biar sering kali tersilap saya sentiasa cuba untuk membaiki diri...kerana ALLAH SWT akan sentiasa
    melindungi orang orang yang beriman...waallahu'alam..
    aku tak takut nerakaNYA..aku tak cari syurgaNYA..yang ku rindu adalah cintaNYA

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    14 Replies
    23540 Views
    Last post 21 October, 2009, 02:24:24 PM
    by nilabiru
    4 Replies
    1365 Views
    Last post 16 January, 2012, 10:33:55 PM
    by Munzir khan
    2 Replies
    597 Views
    Last post 05 April, 2012, 01:43:44 PM
    by abuzulfiqar