Tafsir An-Nisa’ (4:58)

Author Topic: Tafsir An-Nisa’ (4:58)  (Read 7191 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

alhaudhie

  • *
  • Posts: 2056
    • View Profile
08 October, 2007, 03:30:10 PM
  • Publish Di FB

  • Tafsir An-Nisa’ (4:58)

    Allah berfirman: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat” (An-Nisa’: 58).

    Keterangan dan kandungan ayat:

    Amanat yaitu; segala sesuatu yang dipercayakan kepada manusia dan diperintahkan untuk dikerjakan. Dalam ayat ini Allah memerintahkan hambanya untuk menyampaikan amanat secara sempurna, utuh tanpa mengulur-ulur/menunda-nundanya kepada yang berhak. Amanat itu mencakup perwalian, harta benda, rahasia, dan perintah yang hanya diketahui oleh Allah.

    2. Firman Allah: “Dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan hukum dengan adil”, mencakup menetapkan hukum dalam masalah pertumpahan darah, harta, dan kehormatan. Baik sedikit atau banyak, terhadap karib kerabat atau orang lain (yang tidak memiliki hubungan kerabat), orang yang fasik atau orang yang saleh dan musuh sekalipun. Allah berfirman: “Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. (Al Maidah:8).

    Maksud “Adil” di sini adalah, memberikan sanksi-sanksi dan hukuman sesuai dengan yang telah disyariatkan oleh Allah melalui rasul-Nya.

    3. “Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”, Yang demikian ini adalah pujian Allah atas perintah-perintah dan larangan-larangan-Nya, yang mencakup maslahat dunia dan akhirat menghindarkan mereka dari berbagai macam mudarat kepadanya. Karena (perintah dan larangan tersebut) berasal dari yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat, Yang Maha Mengetahui kemaslahatan hamba-hambanya yang tidak mereka ketahui.

    Lihat, Tafsir Ibnu Sa’di, halaman 148 (cetakan Luwaihiq)

    http://dakwah.info/?p=65
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    Seharum Jannah

    • *
    • Posts: 224
      • View Profile
    Jawab #1 23 October, 2009, 08:06:24 PM
  • Publish Di FB

  • Tunjang kepada kewujudan ummah terbilang diasaskan kepada penerapan nilai akhlak mulia iaitu amanah. Setiap umat islam dianjurkan supaya beramanah,kerana insan yang cemerlang ialah yang paling baik menjaga dan melaksanakan amanah.

    Sifat amanah adalah sangat dituntut dalam islam. Amanah ialah sifat yang tidak memungkiri. Ia juga menunjukkan kejujuran dan sikap tidak menyimpang daripada arahan atau amanat yang diterima. Seseorang yang amanah ialah yang dapat menjalankan tugas tanpa mengutamakan kepentingan diri sendiri. Disamping itu, tugas dan tanggungjawab dilaksanakan dengan terbaik walaupun tanpa ketua disisinya.Untuk memastkan pelaksanaan tugas tersebut. Seseorang itu didiwakilkan oleh ketuanya untuk menerajui jabatan atau agensi semasa berada diluar pejabat dalam waktu yang panjang dan orang yang berkenaan mengambil kesempatan melakukan sesuatu yang biasanya tidak diluluskan oleh ketuanya, maka orang tersebut telah berlaku tidak amanah.

     Firman allah s.w.t :

     "Sesungguhnya kami telah mengemukakan tanggungjawab amanah ini kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya). Maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya), dan (pada ketika itu) manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya tabiat kebanyakkan manusia itu suka melakukan kezaliman dan suka pula berbuat perkara-perkara yang tidak patut dilakukan".

     (Al-Ahzab ayat 72)

    Amanah ialah satu nilai yang dapat dilihat melalui tindakan, seperti menggunakan masa dengan sebaik-baiknya, membelanjakan harta awam mengikut peraturan yang ditentukan dan jauh sekali daripada melakukan pembaziran,rasuah,penyelewengan dan salah guna kuasa.Tegasnya sifat amanah adalah merupakan satu daripada faktor penting dalam membantu kejayaan seseorang untuk mengajar kebahagiaan hidup didunia dan diakhirat.Kejayaan dalam melaksanakan amanah didunia akan membawa kebaikan hidup diakhirat. Maka sebab itu islam sangat mengambol berat mengenai amanah dikalangan umatnya.

    Sesuatu pentadbiran kerajaan tidak boleh diuruskan jika tidak ada amanah,pengurusan dan pentadbiran tidak akan dapat dilaksanakan,malah boleh menyebabkan haru-biru dan keruntuhan kuasa kerajaan. Contohnya, jika pegawai-pegawai yang diamanahkan untuk menutip hasil mahsul negara tidak beramanah, sudah tentu khazanah negara akan susut. Ini bermakna pemerintah (kerajaan) tidak dapat memperuntukkan kewangan yang cukup bagi membiayai urusan pentadbiran dan projek-projek pembangunan insan dan negara.

     Dari segi amanah dalam perniagaan pula,pekerjaan yang tidak amanah dalam menjaga harta benda dan kewangan majikannya lambat laun boleh menyebabkan perniagaan itu muflis dan dengan ramai pekerjaan dan peniaga sesebuah negara tidak beramanah dalam urusan dengan pedagang lain, maka dagangan dalam dan luar negara tidak akan berjalan dengan baik dan berkembang. Dengan itu ekonomi negara tidak akan tumbuh.


    Sifat amanah yang menjadi salah satu daripada sifat yang  wajib bagi rasul kita junjungan besar nabi muhammad s.a.w bermaksud,kepercayaan,boleh dipercayai,jujur atau orang yang boleh dipercayai.Maksudnya seseorang itu boleh melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya tanpa melakukan sebarang unsur-unsur penyelewengan.

    Pri-perlunya amanah kepada umat islam bolehlah diperhatikan kepada maksud hadis berikut, dari Ali r.a katanya, kami duduk bersama rasulullah s.a.w , lalu muncul seorang daripada keluarga al-aliyah dan bertanya kepada rasulullah : wahai rasulullah !, beritahulah kepadaku apakah sesuatu yang palling berat dalam agama dan apakah yang ringan?. Maka jawab rasulullah s.a.w: yang paling ringan dan mudah adalah mengucap dua kalimah shahadat,dan yang paling berat ialah amanah.Sesungguhnya tidak ada agama bagi orang yang tidak amanah. Sembahyang baginya dan tiada zakat.
    (Riwayat al-bazar at-tabrani)

    Hadis tersebut menunjukkan betapa beratnya tanggungjawab untuk melaksanakan amanah,hingga baginda menyatakan tidak ada agama bagi orang yang tiada amanah.Tanggungjawab amanah itu menjadi serangkai atau bergandingan dengan agama.Seterusnya dari insan r.a katanya: rasulullah s.a.w bersabda:

    "Tidak sempurna iman bagi sesiapa yang tiada amanah pada dirinya dan tiada agama bagi orang yang tidak dipercayai janjinya".
    (Riwayat imam ahmad,al-bazar at-tabrani)


    Kalau diperhatikan daripada kedua-dua hadis yang dibacakan tadi,tentulah dapat dibuat kesimpulan berhubung dengan keadaan yang berlaku ditengah-tengah masyarakat kita hari ini.Bagaimana dengan kedudukan orang yang terlibat dengan kes rasuah,kes pecah amanah yang melibatkan wang berjuta-juta ringgit sebagaimana yang dipaparkan oleh media cetak,dituntut dan didengar melalui media elektronik.Tidakkah menunjukkan mereka tidak amanah,sedangkan amanah itu sendiri sangat dituntut dalam ajaran islam?. Di samping itu, marilah kita perhatikan pula kepada insiden-insiden tidak amanah yang dalam masyarakat kita, apakah tindak-tanduk kepada mereka yang diamanahkan kuasa benar-benar melaksanakan amanahnya dengan penuh tanggungjawab?.

    Ingatlah!,orang-orang yang tekah melakukan perbuatan khianat atau tidak amanah akan diisyaratkan dihadapan semua makhluk pada hari pembalasan,seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a dari nabi s.a.w sabdanya yang bermaksud : setelah allah mengumpulkan semua makhluk dari awal hingga akhirnya, akan dikibarkan bendera hati setiap pengkhianat lalu dikatakan : inilah pengkhianatan sipulan bin sipulan.(Riwayat muslim)

    Justeru, mahukah kita kalau dihari pembalasan nanti diisyaratkan sebagai pengkhianat sebagaimana yang disebutkan dalam maksud hadis tadi? atau kita bersedia untuk menghindarkan diri daripada terjerumus kedalam golongan yang dimaksudkan itu?.Bagi menghindarkan diri seseorang daripada diisyaratkan sedemikian rupa dihari pembalasan kelak,maka tunaikanlah apa yang diamanahkan selagi ia tidak bertentangan dengan hukum dan syariat serta janganlah mengkhianatinya.Lihatlah pada firman allah:

    "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum diantara manusia (allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya allah dengan (suruhannya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu, Sesungguhnya allah sentiasa mendengar,lagi sentiasa melihat".(An-Nisa' ayat 58)

    Setiap umat islam dianjurkan berpegang teguh dengan kemuliaan sifat amanah hinggakan terhadap orang yang mengkhianatinya sekalipun, kita dinasihatkan suoaya tidak bertindak balas dengan cara khianat.Tegasnya sifat amanah adalah menjadi tunggak kepada kemuliaan akhlak umat islam.


    Setiap yang wajib dipelihara dan ditunaikan kepada ahlinya merupakan amanah.Ikhlas dalam ibadat kepada allah adalah amanah.Membuat ikhsan kepada orang perseorangan atau masyarakat adalah amanah.Memberikan hak kepada yang berhak adalah amanah.Demikianlah luasnya pengertian amanah yang perlu kita tunaikan.


    Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab melaksanakan amanah umpamanya sebagai kakitangan awam atau swasta mempunyai tanggungjawab terhadap kerja-kerjanya,bertanggungjawab terhadap ketua,majikan,malah harta benda dan segala peralatan ditempat kita bekerja.Begitu jugalah sebagai suami mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap isterinya malah sebagai ketua dalam keluarga tersebut, sudah tentu mempunyai tanggungjawab yang berat untuk melaksanakan amanah terhadap isteri-isteri,anak-anak,ahli-ahli dibawah peliharaan dan jagaan kita.

    Demikian juga bagi seorang isteri ada tanggungjawab berat terhadap suami dan mengekalkan hubungan akrab dengan ibu bapa dan keluarga suami. Apabila telah menjadi ibu, tanggungjawabnya pula semakin bertambah untuk melaksanakan amanah allah yang telah mengurniakan anak kepadanya.

    Jelaslah bahawa amanah merupakan tanggungjawab besar yang mesti dipelihara,samada berbentuk fizikal atau kebendaan seperti barangan,wang dan sebagainya atau moral seperti bekerja dengan amanah juga menuntut pelaksanaan kerja yang cekap,layanan yang ramah dan mesra,menepati masa dan janji ditunaikan.

    Sifat amanah yang menampilkan kemuliaan akhlak serta kesempurnaan peribadi seseorang.Dari Ubadat bin As-Samir meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

    "Berikanlah padaku enam jaminan dari diri kamu,aku menjamin syurga untuk kamu:

    Pertama : Benar bila berkata

    Kedua : Menepati janji

    Ketiga : Menunaikan amanah

    Keempat : Pejamkanlah mata kamu daripada yang ditegah

    Kelima : Peliharalah faraj (kemaluan) kamu

    Keenam : Tahanlah tangan kamu

    (Riwayat Imam Ahmad,Ibnu Hibban Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

    Justeru , bagi sesiapa yang ada tanggungjawab melaksanakan tuntutan terhadap amanah, maka tunaikanlah amanah itu dengan adil dan sempurna kepada yang berhak. Sekiranya tidak dapat dilaksanakan sebagaimana sepatutnya, balasan yang menanti diakhirat kelak amatlah pedih. Sebaliknya jika dapat dilaksanakan dengan sempurna dan ikhlas,ganjaran yang menanti kelak sangatlah besar. Firman allah s.w.t :

    "Wahai orang-orang yang beriman !, janganlah kamu mengkhianati (amanah) allah dan rasulnya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)".

    Ya-Allah engkaulah tuhan yang maha berkuasa, kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat,sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan negara umat islam khususnya negeri selangor,sebagai negeri yang maju dan sejahtera,Justeru kami pohon kehadratmu ya-allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami,kukuhkanlah perpaduan kami,murahkanlah jiwa kami dengan budipekerti yang mulia , kembalikanlah generasi muda kami kejalan yang engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar,kemarau panjang, wabak penyakit,persengketaan,kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #2 23 October, 2009, 08:20:06 PM
  • Publish Di FB


  • :: Hilangnya Sifat Amanah Sedikit Demi Sedikit ::

    Hadith :

    Huzaifah Ibnu Yaman r.a berkata : “Rasulullah SAW menceritakan kepada kami dua buah hadis, aku telah melihat salah satunya dan aku menunggu yang satu lagi. Nabi menceritakan kepada kami bahawasanya amanah itu turun ke dalam pangkal (akar) jiwa (hati) manusia, kemudian mereka pun mengetahui sebahagian al-Quran, sesudah itu mereka mengetahui sebahagian sunah. Dan nabi menceritakan kepada kami tentang pencabutan amanah. Sabdanya yang bermaksud : “Seorang lelaki tidur lalu dalam keadaan tidur, dicabut amanah dalam hatinya, maka tinggal bekas amanah seperti kesan sesuatu warna yang menyalahi warna asal, warna yang agak hitam. Kemudian ia tidur lagi lalu dicabut lagi amanah, maka tinggallah bekasannya yang merupakan kembung-kembung di tangan lantaran banyak bekerja dengan menggunakan kapak seperti bara api yang engkau guling-gulingkan di atas kaki mu lalu kembunglah kaki itu dan engkau pun melihatnya sudah bengkak dan penuh dengan air, padahal tidak ada apa-apa di dalamnya. Kerana manusia berjual beli tetapi hampir-hampir tidak ada seorang pun yang amanah lalu seseorang pun berkata” Sesungguhnya dalam golongan bani fulan ada seorang yang boleh dipercayai dan dikatakan kepada orang itu : “Alangkah tinggi akalnya, alangkah bijak bestarinya dan alangkah hebat ketabahannya. Padahal tidak ada di dalam hatinya sedikit pun keimanan walaupun seberat biji sawi. Dan sesungguhnya telah datang kepada ku suatu masa (telah berlalu suatu masa). Aku yang pada masa itu tidak peduli siapakah di antara kamu aku berjual beli dengannya. Demi Allah sungguh jika ia Muslim, nescaya keislamannya akan menolaknya kepada ku dan jika ia Nasrani, nescaya pengurus urusannya akan kembalikan kepadanya. Sedangkan pada hari ini aku tidak lagi berjual beli melainkan dengan si anu dan si anu.” (al-Bukhari 81:35 ; Muslim 1:62)


    Huraian:
    Amanah hilang dari hati manusia sedikit demi sedikit. Pada awalnya ia hanya meninggalkan titik hitam dan semakin lama titik hitam tersebut menjadi semakin jelas hingga menggelapkan hati sekali gus menghilangkan sirnanya. Malah dikatakan amanah itu adalah nilai keimanan itu sendiri. Dahulu, jika dalam melakukan urusan jual beli seseorang yang Muslim bersifat amanah kerana agamanya yang menuntut ia bersifat demikian. Seorang Nasrani pula bersifat amanah kerana pengurusnya menyuruh ia bersifat demikian. Namun pada masa kini, amanah seakan hilang. Tidak ada sesiapapun yang layak diberi kepercayaan penuh sama ada Muslim mahupun kafir. Semua ini disebabkan keimanan manusia yang semakin rapuh dan luntur, mudah digoda dan tergoda oleh habuan dunia. Hilang amanah hingga sanggup menerima rasuah, menipu dan menyelewengkan harta. Justeru sebagai manusia yang beriman hendaklah kita sentiasa memohon kepada Allah SWT agar dikekalkan dengan sifat amanah dan mempunyai keimanan yang teguh dan mantap.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #3 23 October, 2009, 08:50:31 PM
  • Publish Di FB
  • Surah An-Nisa`(Wanita)

    41. MAKA bagaimanakah (hebatnya nanti) apabila KAMI datangkan seorang saksi bagi tiap ummat dan KAMI datangkan engkau(Muhammad) sebagai saksi bagi mereka(ummatmu).

    42. Pada hari itu mereka yg kafir dan derhaka terhadap Rasul suka kalau mereka disamakan dengan bumi(tanah),karena tidak dpt menyembunyikan terhadap ALLAH sekalipun satu perkataan.

    Pemandangan akan hebat sekali,bila nanti semua orang-orang yg kafir dan mendustakan akan Rasul-RasulNya yg diutus kepada mereka,dikumpulkan lalu didatangkan masing2 Rasul yg telah di utus ALLAH itu sebagai saksi bagi mereka. Begitu juga Nabi Muhammad sendiri juga di hadapkan kepada orang-orang yg mendustakannya.

    Disaat itu sebagai juga dalam surah an-Naba`,Semua orang-orang derhaka itu ingin kalau mereka mejadi tanah saja,kerana tanah itu tidak dihisab dan tidak dibalasi atau diseksa.

    Rujukan Hidup Sesudah Mati
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    Rahimah Sakinah

    • *
    • Posts: 152
      • View Profile
    Jawab #4 20 December, 2010, 06:58:57 PM
  • Publish Di FB
  • Surah An-Nisaa' - (Perempuan) سورة النساء - mengandungi 176 ayat itu merupakan surah Madaniyyah yang terpanjang selepas surah Al Baqarah. Dinamakan An Nisaa' kerana dalam surah ini banyak dibicarakan hal-hal yang berhubung wanita serta merupakan surah yang paling banyak membicarakan mengenainya jika dibanding dengan surah-surah yang lain. Surah yang lain banyak juga membicarakan tentang hal wanita seperti surah At Thalaq. Dalam hubungan ini, kebiasaannya disebut surah An Nisaa' dengan sebutan: Surah An Nisaa' Al Kubraa (surah An Nisaa' yang besar), sedangkan surah Ath Thalaq disebut dengan sebutan: Surah An Nisaa' Ash Shughraa (surah An Nisaa' yang kecil).

    Isi Kandungan:

    1. Keimanan: Syirik (dosa yang paling besar); akibat kekafiran pada masa hadapan.

    2. Hukum-hukum: Kewajipan para wali; hukum poligami; mas kahwin; memakan harta anak yatim dan orang-orang yang tak dapat mengurus hartanya; hukum warisan; perbuatan-perbuatan keji dan hukumannya, wanita-wanita yang haram dikahwini; hukum-hukum mengahwini budak perempuan; larangan memakan harta secara batil; hukum syiqaq dan nusyuq; kesucian lahir batin dalam sembahyang; hukum suaka; hukum membunuh seorang Islam; solat khauf; larangan melontarkan ucapan-ucapan buruk; masalah pusaka kalalah.

    3. Kisah-kisah: Kisah-kisah tentang Nabi Musa a.s. dan pengikut-pengikutnya.

    4. Dan lain-lain: Asal manusia adalah satu; keharusan menjauhi adb-adab pada zaman jahiliyah dalam perlakuan mereka terhadap wanita; adab bergaul dengan isteri; hak seseorang sesuai dengan kewajipannya; perlakuan ahli kitab terhadap kitab-kitab yang diturunkan kepadanya; dasar-dasar pemerintahan; cara mengadili perkara; keharusan membuat penyiapan terhadap musuh; sikap-sikap orang munafik dalam menghadapi peperangan; berperang di jalan Alllah adalah kewajipan setiap mukallaf; adab dalam peperangan; cara menghadapi orang-orang munafik; darjat orang-orang yang berjihad.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    11 Replies
    12329 Views
    Last post 21 December, 2010, 01:20:12 AM
    by Rahimah Sakinah
    4 Replies
    1871 Views
    Last post 26 August, 2009, 05:47:26 AM
    by Ummi Munaliza
    5 Replies
    1481 Views
    Last post 10 October, 2011, 02:36:45 PM
    by al_ahibbatu