Imam Mahdi

Author Topic: Imam Mahdi  (Read 11354 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Fakir Billah

  • *
  • Posts: 851
    • View Profile
Jawab #80 26 January, 2013, 10:18:28 AM
  • Publish Di FB
  •           Salam Abang Ngoh,
    Izinkan saya bertanya dan sudi untuk pencerahan hendaknya,

    soalan saya,
    Apa hubungan Al Mahdi dengan Al Masih.
    Penyerahan panji panji dari Al Mahdi kepada Al Masih  ( Isa ibni Maryam )

    Setelah datangnya Nabi Isa baharulah dapat dibunuh Dajjal.
    Apakah senjata yang digunakan?

     Kias apakah yang sebenar benar saranan Qadim kepada umat Muhamad untuk diamalkan?

            Terima kasih.
    « Last Edit: 26 January, 2013, 10:20:11 AM by Fakir Billah »

    Fakir Billah

    • *
    • Posts: 851
      • View Profile
    Jawab #81 26 January, 2013, 10:35:52 AM
  • Publish Di FB
  •        Terima kasih di atas huraian dan pencerahan ilmu yang menjadi pedoman bagi yang mahu menggunakan akal dan nas .

           Izinkan  saya bertanya, saya sememangnya suka sangat bertanya,

      Didalam huraian abang Ngoh banyak menggunakan perkataan 'tidak' pada  setiap carasebutan dan gantinama, pada matan yang bersanad dan bayan. 
      Saya ingin tahu apakah  kaedah yang kemuncaknya  Al huda yang  telah abang ngoh nyatakan, maksud saya dari kaedah apa yang abang ngoh gunakan.

      Saya rasa tentu ada nama kaedah itu.  Janganlah berrahsia dengan saya, saya pun nak tahu juga. Dari sanad mana abang ngoh menerimanya. 

      Harapan saya ada jawapan mengenainya.
    « Last Edit: 26 January, 2013, 10:37:24 AM by Fakir Billah »

    Al-anan

    • *
    • Posts: 1
    • yang jahil itu saya
      • View Profile
    Jawab #82 26 January, 2013, 12:16:09 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

    (Yunus 10:62 )

     :ins:

    Abg Ngoh

    • *
    • Posts: 1088
      • View Profile
    Jawab #83 27 January, 2013, 08:00:22 AM
  • Publish Di FB
  • UTAMAKAN KEPADA MENERIMA PETUNJUK
    DIERA KEBANGKITAN SESEORANG YANG DIBERIKAN PETUNJUK.

    Tidak rugi jika kita cuba berpaling seketika kepada apa yang ditunjuk.
    Kerana yang menunjuk itu bukan semestinya mengajar atau mendakwah,
    tetapi hanya menunjukkan sesuatu yang mungkin kita tidak perasan atau nampak, walau ada dihadapan mata sendiri.

    Terpulang kepada diri sendiri untuk menilai apa yang ditunjuk.
    Ilmu, mata, telinga, akal, iman dan sebagainya untuk bertindak ke atas apa yang ditunjukkan adalah milik sendiri,
    Suatu ilmu yang telah ada dan siap untuk menilainya.

    Umpamanya jika seseorang menunjukkan Ular berbisa dikaki anda.
    Sedangkan sejak kecil ibu anda telah mengajar anda bahawa 'Ular adalah merbahaya'.

    Begitu juga al-Qoran dan sunnah sering mengajar Umatnya,
    Contohnya Bahawa yahudi dan Iblis amat merbahaya untuk Umat manusia...........
    Sedangkan mereka telah berbelit-belit dan berlingkar dalam kehidupan Umat islam.

    Fitnah akhir zaman itu telah termaktub kedahsyatannya......
    hanya orang yang diberi petunjuk yang akan membela Umat islam.

    "bayangkan jika kita cuba ignore atau tidak mempedulikan apa yang ditunjuknya, sedangkan petunjuk itu benar?
    - setelah kita selidiki dan hayati sendiri?"


    Atau mungkin di masa itu telah terlambat.

    Atau mungkin hanya didedahkan oleh 'Malik Zabaniah' (si penjaga Neraka) dipintu Neraka dengan solan ' Apakah tidak sampai berita (pengetahuan) kepada kamu?"



    PARA NABI TELAH KHATAM (TAMAT),
    RASUL (UTUSAN) JUGA TELAH SELESAI DENGAN SEMPURNANYA APA YANG PERLU DIUTUSKAN KEPADA MANUSIA,
    IAITU SEMPURNANYA WAHYU DAN ISLAM.
    TIADA LAGI WAHYU YANG AKAN DITURUNKAN......, TIADA LAGI RASUL YANG AKAN DIUTUSKAN,

    Yang tinggal dan akan dikembali ialah,
    SESUATU YANG TELAH HILANG ATAU TENGGELAM ATAU DITARIK BALIK OLEH ALLAH, ANGKARA ILMU AQAL CUBA MENCABAR WAHYU,
    (yang bagaikan menjadikan Al-Qoran Hanya Tinggal ayat-ayatnya sahaja, Mereka memburu Ilmu-Ilmu Takwil Manusia bagi pegangan Agama semata-mata)


    KEMUDIAN APABILA SAMPAI MASA JANJINYA, PINTU HIDAYAH AKAN KEMBALI DIBUKA,
    IAITU 'KLU' ATAU PETUNJUK YANG MENJADI KUNCI UNTUK MENGEMBALIKAN ISLAM KEPADA ASALNYA.

    Seolah-olah malan atau aturcara pada  zaman Rasulullah s.a.w.

    kerana,

    Sekali lagi Umat akan bersenjatakan Wahyu Al-Qoran yang Mutlak (menggunakan semua Isinya secara Mutlak tanpa takwil). (kerana Al-Qoran telah datang).
    Sunnah Nabi dihidupkan kembali, bagaikan Sunnah tersebut itulah 'wakil'  kepada diri Rasulullah. (kerana Sunnah Juga telah Datang).
    (sebelum ianya ditenggelamkan oleh Bid'ah Umat Islam serta Fitnah-Fitnah yang berlaku).

    Seolah-olah pada Zaman Al-Qoran Sedang diturunkan Serta Muhammad S.aw masih Hidup.

    UMAT AWAL BANGKIT DAN HEBAT SUATU MASA DULU JUGA ADALAH KERANA DATANGNYA RASUL (MUHAMMAD S.A.W). BAGINDA RASULULLAH SERTA UMATNYA HEBAT ADALAH KERANA DITURUNKAN WAHYU AL-QORAN.
    Dengan wujudnya 2 Perkara Ini, mereka bangkit menggegarkan Seluruh Bumi.



    Umat Islam akan kembali mempunyai DUA perkara Utama iaitu :
    AL-QORANUL KARIM   DAN JUGA MUHAMMAD S.A.W (SUNNAHNYA).

    Semua Bid'ah serta pencemaran atau persaingan kepada dua perkara ini akan dihapuskan oleh 'orang yang diberi Hidayah'. (Al-Mahdi).

    AL-MAHDI HANYA SEORANG PEMUDA YANG HANYA BERUMUR 40 TAHUN TATKALA DIBAI'AHKAN.
    Dia bukannya penghafal melebihi 200 Ribu Hadith,
    Dia bukannya akan mempunyai 100, 000 Kitab agama yang menjadi rujukannya.
    Dia bukan berguru dan bersanad dengan melebihi 1000 Ulamak.
    Dia hanyalah seorang keturunan Ahlul bait yang sentiasa diburu sepanjang.
    Kurun inilah diramalkan oleh hampir kesemua sumber Agama.
    Namun harus diingat bahawa, kurun Al-mahdi adalah kurun islam hanya tinggal nama sahaja.
    Manusia yang mengaku islam sedang menganuti Agama yang mirip islam.
    Kerana Agama dajal adalah suatu agama yang sangat mirip kepada islam. Sehingga Dajal dianggap Ulamak.

    Bilakah masa tersebut? Apakah mungkin 1 Ribu tahun lagi?, sedangkan pendapat mengatakan Umat Muhammad tidak akan melebihi 1500 tahun. hanya berapa tahunkah lagi untuk mencapainya? Sedangkan jika direnungkan sekalipun, sememangnya praktik islam pada hari ini adalah tidak menyamai sunnah yang asal. melainkan hidup atas hukum baru yang diharuskan oleh fatwa-fatwa akhir zaman yang menjadi alternatif baru bagi Islam. Pelajar atau calon peperiksaan mencipta penilaian markah sendiri? Mencipta format jawapan sendiri?

    Namun jangan hairan kiranya dia bukan menuntut, menghafal atau mengambil semuanya, tetapi beliau akan menghapuskan semuanya.
    Melainkan Al-Qoran dan Sunnah. Harus difahami bahawa Sunnah bukan semata-mata Hadith. Kerana sunnah adalah cara (amalan) atau Praktikal yang dilaksanakan oleh Baginda Rasulullah. Manakala hadith itu adalah terlalu Umum serta banyak mempunyai Fitnahnya (jika Tanpa Usul yang hak),

    Sunnah bukannya bermakna Sunat. "Sunnah adalah kearah Wajib, ia berbeza dengan Sunat.
    SUNNAH ADALAH CARA! Yang perlu dicontohi .
    « Last Edit: 27 January, 2013, 01:28:13 PM by Abg Ngoh »

    Abg Ngoh

    • *
    • Posts: 1088
      • View Profile
    Jawab #84 01 February, 2013, 12:28:35 PM
  • Publish Di FB
  • “Dia telah mensyari’atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya.” (As-Syuura: 13)

    sabda:
    “Aku telah diperintahkan untuk memerangi manusia hingga mereka bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah, dan bahwa Muhammad adalah utusan Allah, dan mereka menegakkan sholat dan membayar zakat. Jika mereka melakukan yang demikian, darah dan harta mereka terlindungi dariku, selamat oleh hak-hak Islam. Perhitungan mereka terserah kepada Allah”. Dan sabdanya shalalahu ‘alaihi wa salam: “Aku telah bawakan kepada kalian agama ini dengan terang benderang, malamnya seperti siangnya, tidak ada yang menyimpang darinya kecuali mereka yang celaka”.

    Dan Imam Malik rahimahullah berkata:

     “Urusan dari ummat kemudian tidak akan pernah lurus kecuali dengan mengoreksi urusan dari generasi ummat terdahulu”.

    Ini bukan sebuah skala rahsia lagi tentang penderitaan yang diderita oleh ummat Muslim kita, dan yang terburuk adalah membekukan Syari’at Islam, yang Allah telah mengaruniakannya kepada kita, dan diganti dengan hukum buatan manusia yang diambil dari orang-orang Yahudi, Kristen, dan pengikut-pengikut mereka, yang menghasilkan penindasan, agresi, amoralitas, kedurhakaan, kemiskinan, kerugian dan apa yang hanya Allah ketahui, juga ummat Islam terbagi-bagi dan menyebarkan dawah kejahilan dan rasis, yang Nabi shalallahu ‘alaihi wa salam bersabda tentang ini: “Apakah kalian menyerukan kepada dakwah jahiliyah sementara aku masih hidup ditengah-tengah kalian, tinggalkan itu, itu adalah busuk”.
    « Last Edit: 01 February, 2013, 12:30:29 PM by Abg Ngoh »

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4918
      • View Profile
    Jawab #85 01 February, 2013, 02:49:49 PM
  • Publish Di FB
  • al mahdi adalah pembawa kebenaran

    kebenaran adalah Al Quran serta sunnah rasulullah dan 4 sahabatnya

    Ahli sunnah wal Jamaah ialah Rasulullah muhammad SAW dan sesiapa sahaja yang menyertai Jalannya

    sebagaimana kata ibnu mas'ud
    hendaklah kamu kekal dalam kebenran, menyampaikan kebenaran, menegakkan kebenran, biarpun hanya kamu sendirian

    inshallah ya, silakan

    masakini

    siapa yang lebih baik?

    ialah sesiapa sahaja yang beriman dan menegakkan sunnah dalam kehidupannya, subhanallah

    telitikan ya

    inshallah

    Abg Ngoh

    • *
    • Posts: 1088
      • View Profile
    Jawab #86 05 February, 2013, 02:08:18 PM
  • Publish Di FB
  • AL-MAHDI

    Beliau adalah hanya SATU ORANG,
    Beliau bukan daripada seruan Kepuakan atau Firqah tertentu,
    Beliau juga digelarkan 'Al-Ghuraba' ( Orang yang asing dan tersendiri),

    Jadi,
    Siapa pula mereka yang yang sedang berada didalam Firqah-firqah tertentu pada abad ini?

    Oleh itu,
    Berhati-hatilah dengan sebarang Firqah yang ada pada hari ini.
    Cukuplah kita untuk hanya berjemaah sebagaimana Tuntutan agama atau bersendiri juga atas tuntutan agama yang sama dengan sunnah sahaja.

    Ukurlah antara Ambang Al-Mahdi, bahawa saat itu Islam hanya tinggal Nama sahaja.

    Tetapkanlah diri diatas Sunnah Muhammad s.aw, Serta beramal dengan seluruh Isi Al-Qoran secara Muhkamat tanpa takwil.
    Sebagaimana praktikal atau contoh perbuatan yang dilakukan oleh Umat Awal islam
    « Last Edit: 05 February, 2013, 02:10:22 PM by Abg Ngoh »

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    3 Replies
    2188 Views
    Last post 29 January, 2010, 12:19:19 AM
    by nkarul
    4 Replies
    1445 Views
    Last post 04 May, 2010, 12:07:26 PM
    by malekredzuan
    2 Replies
    805 Views
    Last post 13 March, 2012, 01:47:40 PM
    by Ace Abbas