Tanda-tanda Kematian

*

Author Topic: Tanda-tanda Kematian  (Read 72859 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

diya

  • *
  • Posts: 378
  • aku masih mencari CINTA yang HAKIKI..
    • View Profile
26 May, 2007, 01:37:09 PM
  • Publish


  • Firman Allah SWT bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati
    maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"

    (Surah Al-Baqarah : Ayat 28)


    Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

    Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada  keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.


    Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka iniakan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

    Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

    Tanda 100 hari sebelum hari mati.

    Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.

    Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

    Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

    Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

    Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

    Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

    Tanda 40 hari sebelum hari mati

    Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

    Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

    Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

    Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

    Tanda 7 hari

    Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

    Tanda 3 hari

    Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

    Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

    Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

    Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.

    Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

    Tanda 1 hari

    Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

    Tanda Akhir

    Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

    Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

    PENUTUP

    Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

    Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

    Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.  Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencarikeredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
    Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

    --------------------

    petikan yg sy peroleh di e-mail. Terfikir juga akan kebenarannya. Benar atau tidak? Semester lepas, saya menerima satu slide show mengenai e-mail ini daripada seorang rakan, katanya slide show itu di buat oleh seorang pensyarah di Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden.

    Apa pun sekadar berkongsi dengan semua... mungkin ada yg tahu ttg ini, justeru persoalan sy akan punya jawapannya.
    « Last Edit: 14 August, 2009, 07:05:31 AM by ummi Munaliza »
    "Say your prayers before prayers for you are said"
    "Blessed are they who have the gift of making friends, for it is one of God's best gifts. It involves many things, but above all, the power of going out of one's self, and appreciating whatever is noble and loving in another."
    [/center

    nor

    • *
    • Posts: 140
      • View Profile
    Reply #1 31 May, 2007, 04:34:31 PM
  • Publish
  • setiap umatnya perlu igt tentang mati....
    JANA PENDAPATAN MEWAH HANYA DENGAN HANDPHONE ANDA!!Sila lawati http://Prepaid4U.Net/?id=eyla07

    tanpanama

    • *
    • Posts: 409
      • View Profile
    Reply #2 31 May, 2007, 04:38:47 PM
  • Publish
  • jawapan kepada artikel pada posting pertama benar atau tidak???
    sudah tentu saya mengatakan ia BOHONG.
    sejak bila al-Imam al-Ghazali jadi adik kepada Imam Ahmad??
    lagi pun, tanda2 tersebut tidak bersandarkan kepada sumber2 yg sahih.
    bagai mana kalo ada org yg ada penyakit semulajadi seperti simptom2 di atas???
    sesungguhnya inilah riwayat yang BATIL

    kesimpulannya, berhati-hati apa yg anda sebarkan. kerana anda
    akan dipertanggungjawabkan apa bila dibangkitkan kelak.


    Wassalam.
    Kajian Hingga Akhir Hayat...

    diya

    • *
    • Posts: 378
    • aku masih mencari CINTA yang HAKIKI..
      • View Profile
    Reply #3 31 May, 2007, 04:48:31 PM
  • Publish
  • petikan yg sy peroleh di e-mail. Terfikir juga akan kebenarannya. Benar atau tidak?

    Apa pun sekadar berkongsi dengan semua... mungkin ada yg tahu ttg ini, justeru persoalan sy akan punya jawapannya.

    Kerana itu sy bertanya.. benar atau x. Mungkin ada siapa² di sini yg tahu ttg hal ini. Justeru sekurang²nya satu ilmu baru utk sy..

    Dr dulu tertanya² apakah ianya adalah benar.. Apa pun, syukran utk penerangan itu

    zaitihamdan

    • *
    • Posts: 559
    • Suffering from TRUTH decay?Brush up on your Quran!
      • View Profile
    Reply #4 31 May, 2007, 06:36:35 PM
  • Publish
  • kalau dah tahu tanda2 tu senang le nak prepare ye tak?

    aku berpendapat maut adalah satu benda ghaib yang aku perlu prepare setiap masa, bukan berdasarkan tanda2 kerana kalau aku tahu bila aku nak mati, senang la aku tau bila nak settledown nak buat amal ibadah..bila nak stop buat dosa etc..

    apakah menda ghaib?
    ghaib tu adalah rahsia Allah, yakni benda yang kena diyakini tapi dirasai dalam jiwa dan menda tu aku yakini 100& tanpa ragu..such as kiamat, azab kubur, kematian, etc..

    so pendapat aku tentang posting pertama aku tak percaya kepada tanda2 tu semua, tapi aku hanya percaya aku akan mati..tu aje..bila? wallahu ta'ala 'alam bissawab..

    saje nak share satu vidoe kematian yang pernah aku saksikan..


        YouTube
            - sakaratul maut..
     
    I believe in Islam like the sun rising, not because I can see it, but because by it I see everything else.

    wardah_asywak

    • *
    • Posts: 54
    • mujahadah itu pahit kerana jannah itu manis..
      • View Profile
    Reply #5 26 March, 2009, 12:04:56 AM
  • Publish
  • [bgcolor=#FFEA99]
    PETANDA-PETANDA AKHIR SEBELUM MENINGGAL..

    Tanda 40 hari
    Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

    Tanda 7 hari
    Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

    Tanda 3 hari
    Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian
    hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

    Tanda 1 hari
    Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
    Tanda akhir
    Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
    :msya:
    « Last Edit: 26 March, 2009, 08:19:26 AM by Munaliza Ismail »
    "ktenangan dn kbahagian adlh hembusn dr langt..dturunkn ke lubuk ati org yg beriman..mrk akan ttap tguh dkala org lain dlm kgoncangan..-Syed Qutb-"

    acapklcc9

    • *
    • Posts: 335
    • Perjuangan Belum Selesai
      • View Profile
    Reply #6 26 March, 2009, 12:21:20 AM
  • Publish
  • info yg berguna.......
    terima kasih........

    habibati

    • *
    • Posts: 84
    • salam ukhwah buat semua teman-teman
      • View Profile
    Reply #7 26 March, 2009, 12:42:23 AM
  • Publish
  • ish ....ish.....moga kita dalam rahmat allah
    [img]

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #8 26 March, 2009, 08:22:48 AM
  • Publish




  • [box title=Mati Dalam Husnol Khatimah]Semoga semua kita mati dalam iman dan islam yang sempurna,
     Akhlak terpuji dan pekerti Mulia
    [/box]




    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Dr.Vol_vox

    • *
    • Posts: 7
      • View Profile
    Reply #9 26 March, 2009, 08:47:52 AM
  • Publish
  • what comes up.... must come down...so..
    mati pun sme.. pe yg hdup pasti kan temui ajalnya..
    mudahan2 kte t'golong dlm golongan2 yg abid...

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4590
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #10 26 March, 2009, 11:38:11 AM
  • Publish
  • jika allah berkhendak kita tau kita mati bila..
    maka pasti kita akan tau..
    tapi sebaik2nya bersedia la..
    kerana ni smua rahsia dalam ilmu allah..
    berbakti dan berkhidmatlah pada allah..
    sentiasa amalkan taubat stiap masa..
    kita tatau bila kita wat dosa ke x..
    amal kita dtrime ke x...
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    zawq

    • *
    • Posts: 362
      • View Profile
    Reply #11 26 March, 2009, 02:10:53 PM
  • Publish
  • tiada siapa yang tahu bila dia akan mati, boleh jadi tanda-tanda ini benar, boleh jadi tidak.
    persoalannya:
    adakah rasulullah mengalami tanda-tanda ini?
    ada sesiapa boleh rujuk 100 hari terakhir kehidupan rasullullah?
    selalu aku lihat, kaum keluarga ku yang sudah menjadi arwah, mereka tidak menunjukkan tanda-tanda menggandakan ibadah, atau berpuasa.
    tiba-tiba sahaja MATI, oh!


    "AKU akan membelimu; masamu; nafasmu; hartamu; dan hidupmu. Habiskan semua itu kepada-KU. Palingkan semua itu kepada-KU. dan Ku-bayar dengan kebebasan, keagungan dan kearifan Ilahiah. Inilah hargamu di mata-KU.

    zawq

    • *
    • Posts: 362
      • View Profile
    Reply #12 26 March, 2009, 02:13:55 PM
  • Publish
  • oh ye, cuma arwah pak cik gua pernah cerita, waktu dia sakit, arwah ibu saudara ku datang menjemputnya.  ibu saudaraku ketika itu sudah meninggal lebih kurang 2 minggu. dua-tiga hari selepas itu pakcik aku pula menjadi arwah.

    innalillah.

    intizhar

    • *
    • Posts: 621
      • View Profile
    Reply #13 30 March, 2009, 12:42:08 PM
  • Publish
  • Pandangan saya, Allah SWT merahsiakan atas perkara hidup ajal maut, rezeki, jodoh pertemuan dan dengan Izin-Nya juga bisa terjadi pertanda-pertanda akhir sebelum meninggal pada kematian yang biasa, iho bagaimana pula orang-orang yang meninggal dunia secara trajis contohnya mati dalam kebakaran, kena tikam, hukum gantung dsbnya? Apakah petanda-petanda diatas itu ada?
    Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

    NuRul IsLam

    • *
    • Posts: 764
      • View Profile
    Reply #14 30 March, 2009, 03:10:26 PM
  • Publish
  • salam..
    info yg berguna...
    yang paling hampir dgn kita di dunia ni adalah mati..
    I lOVE ISLAM

    sterc91

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #15 30 March, 2009, 03:27:41 PM
  • Publish
  • salam.....good info........

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #16 30 March, 2009, 03:46:18 PM
  • Publish

  • Pengalaman  4  kali bersama dengan orang sakit, rohnya dijemput dihadapannku cukup menginsafkan diri ini.

    Kali pertama, ketika di hospital menjaga anak sakit, tiba-tiba seorang wanita di sebelah
    merayu di berikan air, ummi yang tiada pengalaman apa, tidak berani memberikan apa-apa,
    takut memudaratkan pesakit. Sekadar duduk disebelah dan memicit tangan sahaja, sambil
    mulut perempuan itu berkata  " cuba lihat di atas tu, ramainya orang datang" sambil jarinya menunjuk ke atas.
    Ummi turut memandang tempat yang ditunjukannya, tapi tiada apa yang ummi lihat.
    Bila datang seorang sister( ketua jururawat) dia terus bertanya ummi, "dia ada minta apa?"
    "Dia minta air".
    "Berikan sahaja" kata sister. "Ajar dia mengucap." sambung sister itu lagi.
    Ummi pun memberikan air minuman ( air biasa) , setelah itu terus mengajar dia mengucap.
    Selepas dia minum air, mulutnya terus senyap dan hanya gerak matanya sahaja yang mengikuti
    ucapan syahadah yang ummi bacakan. Beberapa kali ummi ulang hingga akhirnya nafas terhenti
    dan matanya kaku.

    Subhanallah...kali pertama aku berhadapan dengan orang yang rohnya di cabut di depan ku.




    NuRul IsLam

    • *
    • Posts: 764
      • View Profile
    Reply #17 30 March, 2009, 04:10:37 PM
  • Publish

  • Pengalaman  4  kali bersama dengan orang sakit, rohnya dijemput dihadapannku cukup menginsafkan diri ini.

    Kali pertama, ketika di hospital menjaga anak sakit, tiba-tiba seorang wanita di sebelah
    merayu di berikan air, ummi yang tiada pengalaman apa, tidak berani memberikan apa-apa,
    takut memudaratkan pesakit. Sekadar duduk disebelah dan memicit tangan sahaja, sambil
    mulut perempuan itu berkata  " cuba lihat di atas tu, ramainya orang datang" sambil jarinya menunjuk ke atas.
    Ummi turut memandang tempat yang ditunjukannya, tapi tiada apa yang ummi lihat.
    Bila datang seorang sister( ketua jururawat) dia terus bertanya ummi, "dia ada minta apa?"
    "Dia minta air".
    "Berikan sahaja" kata sister. "Ajar dia mengucap." sambung sister itu lagi.
    Ummi pun memberikan air minuman ( air biasa) , setelah itu terus mengajar dia mengucap.
    Selepas dia minum air, mulutnya terus senyap dan hanya gerak matanya sahaja yang mengikuti
    ucapan syahadah yang ummi bacakan. Beberapa kali ummi ulang hingga akhirnya nafas terhenti
    dan matanya kaku.

    Subhanallah...kali pertama aku berhadapan dengan orang yang rohnya di cabut di depan ku.






    moga mereka ditempatkan bersama para solehin....
    amin..

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #18 30 March, 2009, 05:22:34 PM
  • Publish

  • Kali ke2, berhadapan kematian dengan ibu sendiri.
    Bila ummi sampai di hospital Ipoh, ummi mengambil giliran untuk menjaga ibu yang terkena angin ahmar(stroke).
    Pergi ke sana dari JB, dengan segala kelengkapan untuk menjaga ibu dalam jangka masa yang panjang.
    Tiba di katil ibu, jam 12 tengah malam, bersalam sengan ibu dan berbisik di telinganya,
    " mak, kalau mak dengar dan faham apa yang muna cakap, mak gengam ya,tangan muna."
    IBu memberi respon dan mengengam tangan yang masih boleh bergerak itu. Seluruh badan di sebelah kanan
    telah tidak bergerak lagi.(mati sebelah). Mata ibu sentiasa terpejam, jadi tidak pasti adakah ibu tidur.
    Sepanjang setengah malam itu, ibu gengam tangan ummi, hingga masuk waktu subuh. Bila terdengar azan,
    ummi berbisik ke telinga ibu, "mak, solat subuh dah masuk". Tujuan ummi beritahu agar, ibu mengerjakan solat
    di dalam hati sahaja kerana dia masih boleh memahami dan mendengar suara ummi melalui respon gengaman tangan.
    Selepas solat subuh, ummi kembali ketepi katil, tiba-tiba ummi terdenagr seperti bunyi orang tidur berdengur
    sebanyak 3 kali. Ummi ingat ibu btidur. Ummi pun teruskan membaca surah  Yasin berseorangan diri.

    Kebetulan lalu seorang doktor, dan menyapa, sudah lamakah perempuan ini berkeadaan begini?
    Ummi jawap,"baru sekitar 10 minit". Terus doktor memanggil petugas lain memberitahu bahawa ibu tenat dan
    perlukan bantuan pernafasan. Mereka berusaha selama satu jam, kemudian doktor memanggil ummi dan
    memaklumkan bahawa keadaan ibu sangat lemah, mereka mahu memasang mesin pernafasan bagi membantu
    meyambung hayat ibu, tetapi ummi bertanya doktor, berapa lama mesin itu boleh membantu memanjangkan
    hayat? Doktor pun menjawap  "tidak pasti".
    "Oh...jika doktor sendiri kata tidak pasti,tak payah lah doktor, beri masa yang ada ini,
    untuk saya berdua dengan mak saya.". kata ummi.
    Monitor masih menujukkan hayat ibu masih ada, yang lemah cuma dengupan jantung sahaja.
    Doktor pun membenarkan, tanpa gangguan sesiapa, ummi gengam tangan ibu (masa ini ibu masih
    memberi respon pada gengaman tangan ummi ) dan sambil berbisik  di telinganya, menyebut khalimah syahadah.
    ummi dapat mengulangi beberapa kali sehingga badan ummi dipegang oleh doktor, "kakak, ibu kakak telah tiada".

    Ummi pandang pada monitor dan skrin....semuanya telah berhenti dan garisan lurus yang terpapar.
    Ummi hanya terdiam. Sedari mula ummi tidak menitiskan setitik airmata. Semua situasi saat itu ummi
    hadapi sendirian sahaja. Hati ummi berbisik, mudahnya ibu ku pergi. Tanpa menyusahkan kami, walaupun
    sedikit. Kiranya ibu meninggal dalam tempoh 24 jam serangan angin ahmar.

    Sedangkan dari awal berita mneyatakan ibu sakit, ummi telah tekad untuk menjaga ibu, sebagai bakti
    seorang anak. Namun Allah telah memudahkan segala urusan. Disaat ibu di bawa balik ke rumah, hanya
    ummi berdua di dalam kereta jenazah.

    Sampai di rumah, adik-adik telah mneyiapkan semua peralatan memandikan jenazah, ummi bersama adik
    adik memandikan ibu, kemudian mengapan, seterus selesai di sembahyangkan. Selepas jenazah di bawa
    ke tanah perkuburan, barulah ummi menangis sendiri mengenangkan anugerah Allah kepada ummi.
    Ummi seorang sahaja anaknya yang tinggal jauh dari rumahnya, ummi selalu bermonolog pada Allah,
    "aku tinggal jauh dari rumah ibu, adakah saat akhir hayat ibu, aku dapat bersama dengannya?"
    Rupanya Allah mengetahui isi hati ku, dikurniakan kenangan indah aku bersama ibu di kala rohnya
    dijemput Ilahi.

    Saat  dan kenangan itu masih tergambar hingga hari ini, seeolah baru semalam berlaku sedangkan
    peristiwa ini 4 tahun telah berlalu.

    Selepas ibu meninggal, baru adik-adik bercerita,bersama ummi. Kami menyinkap apa yang ibu pernah kata
    sebaik dia balik dari mengerjakan umrah, ibu ada berkata, " kumpul lah duit , pergi Makkah, seronok
    di sana, mak dah tak mahu pergi lagi."
    Sebulan sebelum itu , ummi buatkan kad ATM ibu, supaya mudah mahu keluarkan duit, ibu kata "dah tak payah
    muna masukkan duit lagi, beri pada ibu selepas ni". Masa ini ummi balik kampung, ummi tidur berdua dengan ibu.
    Mana pernah sejak ummi berkahwin, ummi nak tidur berdua dengan ibu selama 3 malam berturut.
    Seminggu sebelum itu ibu ada berkata pada adik,"tanamlah poko sawit ini, mak tak sempat makan hasilnya"
    3 hari sebelum itu, datang seorang perempuan menziarahi ibu, bertanya bagaimana penyakit kulit boleh
    sembuh dan kuli ibu sangat licin dan bersih. ibu jawap "muna, yang tolong belikan ubatnya, tapi ubatnya
    dah habis, ini penghabisan stok nak makan."
    Sehari sebelum meninggal ibu berkata pada tetamu yang datang menziarahi ibu pada hari raya korban,
    "jemputlah makan tengah hari, ini penghabisan makan nasi tau, lepas ni dah tak makan lagi."
    Pagi esoknya ibu terkena serangan angin ahmar dan terus meninggal dunia.

    Itu sahaja tanda-tanda ibu mahu meninggal dunia yang kami sedari tentang ucap-ucapannya.
    Tentang pengabdiannya pada Allah, dia maikn kerap bangun malam dan sentiasa lidah berzikir
    dan membaca Al-Quran.

    Semoga roh ibu ku sentiasa di dalam rahmat Allah.


    marlisa_syazana

    • *
    • Posts: 23
      • View Profile
    Reply #19 30 March, 2009, 05:27:25 PM
  • Publish
  • insafnya...bila baca artikel nie...ya allah ya tuhan ku amalku belum mencukupi lagi takutnya aku tuk menghadapi siksaan mu ya allah...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    8 Replies
    4979 Views
    Last post 28 December, 2009, 03:12:29 AM
    by PAK ARAB
    2 Replies
    4978 Views
    Last post 12 May, 2010, 05:48:22 PM
    by Salamon King
    4 Replies
    4716 Views
    Last post 11 September, 2012, 07:59:09 PM
    by al_ahibbatu