Login  |  Daftar

Author Topik: Rukun Sholat  (Dibaca 259 kali)

0 Halaqian dan 1 Tetamu sedang melihat topik ini.

Halaqah

  • Global Moderator
  • *****
  • Posts: 77
    • View Profile
Rukun Sholat
2 minggu lalu
Makna Rukun

a. Rukun menurut Bahasa : Sudut yang kuat bagi sesuatu.

b. Menurut Syara' : Iaitu apa yang tertakluk atasnya kewujudan hukum dan ia menjadi bahagian daripadanya, seperti ruku' dan sujud bagi sholat, maka rukun sama seperti syarat yang tertakluk atasnya kewujudan hukum, apabila hilang syarat atau rukun maka hukum itu batal atau rosak, namun rukun berbeza dengan syarat kerana syarat bukan bahagian daripada hukum itu, dan ia mendahului sholat dan wajib berterusan wujudnya seperti thoharah (bersuci) dan menutup aurat.

Adapun rukun maka ia adalah bahagian daripada hukum (sholat) itu, dan ia berada di dalamnya, maka ia meliputi sholat seperti ruku' dan sujud, dan keseluruhan rukun dan syarat adalah fardhu-fardhu bagi sholat itu, kerana syara' menuntut melakukannya dengan tuntutan putus, diberi pahala atas pelakunya dan diseksa orang yang meninggalkannya, dan sholat batal dengan kehilangan salah satu daripadanya.

bersambung...

Halaqah

  • Global Moderator
  • *****
  • Posts: 77
    • View Profile
Re: Rukun Sholat
Jawab #1 2 minggu lalu
1. NIAT
   Pengertian Niat:
   Niat pada bahasa:Menyengaja.
   Niat pada Syara':Menyengaja sesuatu, ia disertakan dengan permulaan bahagian-bahagian perbuatannya, dan di sini dimaksudkan perbuatan sholat, dan kehadhiran yang demikian dalam fikirannya.

1. Hukum Niat

   Hukumnya wajib pada awal sholat, maka ia adalah rukun sama seperti takbir dan ruku', dan ia dii'tibarkan rukun pertama kerana sholat tidak sah melainkan dengan niat, maka ia salah satu fardhu sholat.

bersambung...