Login  |  Daftar

Author Topik: CARA /PETUA BAGI QADHA SOLAT YANG PRAKTIKAL  (Dibaca 1311 kali)

0 Halaqian dan 1 Tetamu sedang melihat topik ini.

Maliki

  • Newbie
  • *
  • Posts: 13
    • View Profile

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bagi kebanyakan mereka yang telah meninggalkan solat fardhu yang banyak, yang sudah bertahun tahun lama nya akan menjadi kemusykilan yang besar untuk menggantikan nya.

ASAS hukum nya setiap fardhu solat yang tertinggal / sengaja tinggal adalah WAJIB di ganti segera.  Kerana ianya hutang dengan Allah Ta'ala.

Untuk memudahkan qadha solat ikuti panduan mudah ini..

Cara yang terbaik.

Iringi setiap fardhu solat dengan DUA qadha solat, iaitu sebelum solat tunai dan selepas solat tunai.

1⃣ Sebelum kerjakan Fardhu  Zohor harian,  ganti satu fardhu zohor.   dan Selepas  itu ganti satu lagi fardhu zohor..

Ini bermakna sudah ganti DUA fardhu zohor pada setiap hari.

2⃣Demikian juga pada waktu Asar harian qadha lah solat asar, sebelum dan selepas Fardhu asar tadi.

3⃣Demikian juga pada waktu CARA /PETUA BAGI QADHA SOLAT YANG PRAKTIKAL
aghrib harian, qadha lah solat Maghrib sebelum dan selepas Fardhu Maghrib tsb.

4⃣ Demikian juga pada waktu Isya harian, qadha lah solat Isya, sebelum dan selepas Fardhu Isya tsb.

5⃣Demikian juga pada waktu Subuh harian, qadha lah solat Subuh, sebelum dan selepas Fardhu Subuh itu.

Catitan Elak kekeliruan:
Qadha Solat boleh dikerjakan bila2 waktu pun tanpa larangan.  Termasuk selepas asar dan subuh.  Tiada larangan.


Apabila di lakukan seperti contoh di atas, maka   bermakna dalam satu hari, boleh qadha dua fardhu solat.
 
Dalam setahun boleh ganti 2 tahun solat.

Jadi mengikut contih diatas, dalam masa 5 tahun, seseorang boleh ganti 10 tahun solat yg tertinggal.

In Shaa Allah
 
Cara ini lebih praktikal dan tidak terasa terberat untuk menggantikannya.

Bagi sesiapa ada kelapangan lagi, gantikan lah lebih banyak pada waktu2 lain seperti waktu dhuha dan tahajjud.

Dengan tambahan2 ini, kesemua qadha boleh selesai dalam waktu yang lebih singkat.

Sebahagian Ulama kita telah berfatwa tidak sah solat sunnat sebelum selesai kerjakan qadha.

Jadi ingat2 lah kewajipan solat ini suatu hal yang sangat berat. 

JANGAN sesekali pandang  ringan.   Sudah kita maklum, solat ibadah pertama di hitung.  Jika di terima solat, baru amal lain di hitung.  Jika solat di tolak, seluruh amal lain akan di tolak.  Dengan demikian segera lah sempurnakan solat zahir dan batin
 
Moga kita semua memperoleh kemenangan.

_______________________________
Pesanan:
       
           Shaikh Sayyid Aboo Tohir
     Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah
          MAJLIS TAZKIRAH JILANI
            🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳