Apa yang Ada di Dalam Kaabah?

Author Topic: Apa yang Ada di Dalam Kaabah?  (Read 15622 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

alhaudhie

  • *
  • Posts: 2054
    • View Profile
29 September, 2007, 03:50:34 AM
  • Publish Di FB

  • Pengalaman Masuk Dalam Kaabah

    "Pengalaman Ustaz Haron Din Masuk Dalam Kaabah
    Bahagian Pertama (Kuliah Subuh di Mekah pada 18 April 2005)


    Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah Taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokeh yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.


    Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.

    Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.

    Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.

    Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.

    Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)

    Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”

    Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.

    Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.

    Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.

    Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.



    Bahagian Kedua (Kuliah Pengubatan pada 12-Feb-2007)


    Saya membantu salah seorang yang terkaya di Saudi Arabia, multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat. Dia ada masalah keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa masalah yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun tak boleh selesai.

    Dia tunggu saya di airport Jeddah dengan jet peribadi. Saya tak pergi imigresen dia terus ambil saya dari tangga kapal terbang terus masuk ke jet dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya tanya passport saya bagaimana, tak ada masalah dia dah uruskan. Naik jet dia pergi ke Madinah. Saya selesaikan masalah dia dengan izin Allah SWT. Lepas itu biasalah adat orang Arab nak bagi itu nak bagi ini sebagai balasan.

    Saya kata kepada dia, “Kalau kamu nak masalah itu selesai selama-lamanya dan tak berulang semula, jangan bagi pada aku apa-apa, kalau kamu bagi, aku boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik.”

    Dia mintak maaf tetapi dia kata “Aku nak buat sesuatu untuk kamu apa yang kamu nak?”. Saya kata “Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong bawak aku masuk ke dalam Kaabah.” Dia kata “Itu mudah sangat, esok pun aku boleh arah buka”. Saya kata “Tak apalah kamu arahlah”. Dia kata “Tak apa itu perkara kecil, mintak yang lain.” Saya kata “Tidak, itu paling besar pada saya. Kalau kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu sudah lebih daripada cukup.”

    Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam Kaabah, itulah kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini.

    http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=1800
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Jawab #1 29 September, 2007, 04:25:16 AM
  • Publish Di FB

  • nie plan dalam kaabah dari atas..
    TuhAN cInTa aGuNg..

    peluru

    • *
    • Posts: 369
    • Mujahidin
      • View Profile
    Jawab #2 24 May, 2009, 12:38:50 AM
  • Publish Di FB
  • Zaman Nabi Muhammad s.a.w., di dalam Kaabah ada terdapat enam tiang yang dibina oleh Kaum Quraisy, tiang itu diguna untuk menyokong bumbungnya. Dua tiang sebelah kiri, satu tiang di sebelah kanan dan tiga tiang di sebelah belakang. Tiang-tiang itu adalah tiang kayu.

    Selepas pembinaan yang dilakukan Sultan Murad, cuma terdapat tiga batang tiang kayu. Tiang-tiang itu terletak di bahagian tengah Kaabah, setiap satu batang bergaris pusat lebih kurang 1.5 meter. Berwarna merah kekuningan. Satu daripada tiang itu berbentuk bulat dan dua lagi berbentuk empat persegi.

    Sekitar tahun 1304 Hijrah (tahun 1884) tiang-tiang dalam Kaabah itu menjadi reput, dalam tahun 1314 Hijrah (tahun 1894) ia telah diperkuatkan dengan dibuat lengkungan kayu seperti bola di bahagian bawah setiap tiang itu yang terletak lebih kurang 1.5 meter dari lantai Kaabah. Antara tiga tiang dalam Kaabah itu jarak di antara satu sama lain ialah 2.35 meter.




    Terdapat sebuah tangga kayu yang dibina di dalam Kaabah untuk menuju ke bumbung Kaabah. Di tangga itu telah dipasang dengan tirai kain sutera hitam yang dihiasi emas dan perak. Lantai dalam Kaabah dipasang marmah putih dan marmar merah. Dinding Kaabah juga dipasang marmar berwarna dan dihiasi dengan tulisan khat.

    Dalam Kaabah juga terdapat tirai sutera merah putih yang tertulis kalimah syahadah. Terdapat banyak lagi perkataan yang ditulis, tirai itu digunakan untuk menutup bahagian dalam bumbung Kaabah dan empat penjuru bahagian dalam dinding Kaabah.

    Oleh kerana tirai itu dibuat semasa pemerintahan Sultan Abdul Aziz Khan iaitu dalam tahun 1209 H (tahun 1789) maka dalam usia yang terlalu lama itu, warnanya menjadi seperti hijau dan kelabu.

    Ada pelbagai jenis lampu berwarna-warni yang diletakkan di antara tiga tiang Kaabah. Lampu-lampu itu adalah hadiah-hadiah yang diberikan orang untuk Kaabah semenjak berkurun-kurun lagi. Terdapat sepasang kayu papan yang diletakkan pada dinding Kaabah, kayu itu berasal dari bahtera Nabi Noh. Terdapat sekeping marmar merah empat segi di sebelah sudut utara dalam Kaabah.

    Antara barangan lain yang terdapat dalam Kaabah ialah barang tinggalan sejarah yang diletakkan di penjuru Iraqi, antara barangan itu termasuklah sepasang subang dipercayai kepunyaan Siti Maryam dan satu tanduk kibas.

    Menurut kata Dr Muzammil Siddiqi [1] yang berpeluang masuk ke dalam Kaabah pada tahun 1998; Di dalam Kaabah ada: 3 tiang, antara tiga tiang dalam Kaabah itu jarak di antara satu sama lain ialah 2.35 meter. Terdapat sebuah meja di tepi untuk letak benda seperti minyak wangi; ada 2 lampu seperti pelita tergantung dari siling; ruangnya boleh memuatkan lebih kurang 50 orang, tiada lampu elektrik iaitu tidak ada system pencahayaan elektrik, dinding dan lantainya daripada marmar kecuali ada sebuah bahagian yang dinamai “Rukhamat Humra”, tiada tingkap, satu pintu, dinding sebelah atas diliputi kain yang ada kalimah di atasnya. Bahagian atas dinding ditutup dengan kain warna hijau dihiasi dengan tulisan ayat al-Quran dengan tinta emas.

    Perigi Harta Dalam Kaabah

    Mengikut kajian dari Muhammad al-Azraqi, ada terdapat sebuah perigi tersangat dalam di dalam Kaabah yang digali oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. Perigi itu terletak di sebelah kanan Kaabah. Di dalam perigi itu telah dimasukkan emas, perak dan permata yang dihadiahkan orang kepada Kaabah dalam jumlah yang agak banyak. Perigi tersebut kini berada di bawah lantai marmar bahagian dalam Kaabah.

    [1] Beliau adalah bekas presiden Islamic Society of North America (ISNA) dan merupakan sahabat penulis buku ini. Sekarang menjadi ahli majlis shura ISNA dan majlis fiqh Amerika Utara.
    -hOLla-

    ...seorng hamba ALLAH...tnpa pinjaman dariNYA siapalah aku...
    [img width=610 height=70]http://i87.servimg.com/u/f87/12/77/43/73/selang10.jpg[/img]

    Habibullah

    • *
    • Posts: 45
      • View Profile
    Jawab #3 24 May, 2009, 12:45:34 AM
  • Publish Di FB
  • السلام عليكم...
    كل أنتم بالخير....
    sprti yg sy tahu..apa yg trdapt dlm kaabah x boleh di ceritakn pd yg lain...
    hanya dia shaja yg prnah lihat tahu mcm mana kdaan kt dalm..

    والله أعلم..........
    " wHerEvEr aNd In wHaTeVer CiRcUsTaNcEs yoU Are, fEaR AlLaH; Do a gOoD DeEd aFtEr eVeRy sIn, fOr iT WiLl aNnUl iT; AnD Be kInD aNd cOrDiAl iN CoNdUcT ToWoRdS tHe SerVaNtS oF yOuR LORd."          


                                    "" Ahmad, Ad-Darimi & At-Tirmidhi ""

    Monte Carlo

    • *
    • Posts: 62
    • Islam Untuk Semua
      • View Profile
    Jawab #4 12 July, 2009, 01:01:51 AM
  • Publish Di FB

  • Assalamualaikum......saya pernah membaca buku mengenai kaabah ni....ada di sertakan juga gambar di dalam kaabah.....inilah gambarnya......

    <a href="http://www.coklatminda.com/?ref=purnamanila" target="_blank">coklatminda.com[/url]
    <a href="http://www.macaplaza.com/?ref=purnamanila" target="_blank">macaplaza.com[/url]

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #5 27 July, 2009, 10:55:14 PM
  • Publish Di FB
  • Pemandangan di dalam Kaabah~A look Inside The Kaabah
    Gambar di bawah ni aku dapat melalui email yang dikirimkan oleh saudara 'Bujang Senang' (nick name). Terasa beruntung pula kerana dalam berjuta-juta umat manusia mengerjakan ibadah haji, bukan semua dapat melihat apa yang ada dalam Kaabah.



    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    Shohib Mirbat

    • *
    • Posts: 364
    • MurkaNya adalah Rahman, CintaNya adalah Rahim
      • View Profile
    Jawab #6 28 July, 2009, 10:18:32 AM
  • Publish Di FB
  • Like I said, there's nothing inside Ka'abah...we only worship Allah and Ka'abah is His Holy House...
    "Hitori no kamisama shika hoka ni kami ha nai, Muhanmado ha kamisama no shito"

    great_teacher

    • *
    • Posts: 68
    • "Maha Suci Allah-Tuhan Sekalian Makhluk"
      • View Profile
    Jawab #7 28 July, 2009, 12:00:29 PM
  • Publish Di FB
  • Like I said, there's nothing inside Ka'abah...we only worship Allah and Ka'abah is His Holy House...

    kalau ada non-muslim kata kita sembah kaabah...apa erk yang bleh kita jawab balik...
    sape ada idea bleh share....
    *kalaubukankitasiapalagi,kalaubukansekarangbilalagi,kalaubukandisinidimanalagi*

    Shohib Mirbat

    • *
    • Posts: 364
    • MurkaNya adalah Rahman, CintaNya adalah Rahim
      • View Profile
    Jawab #8 28 July, 2009, 12:07:05 PM
  • Publish Di FB
  • Kita menghadap Ka'abah bukan meminta pertolongan darinya bahkan sebagai titik fokus kita menghadap Allah. Berbeza dengan orang kafir yang menganggap sembahan mereka boleh membawa manfaat mahupun mudharat kepada mereka. Ini kerana mereka menyembah sembahan, bukannya Tuhan yang sebenarnya. Itulah perlu dibezakan antara Ka'abah dan sembahan orang kafir.

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #9 28 July, 2009, 12:08:13 PM
  • Publish Di FB
  • Kita bukan sembah kaabah.. tp kita ikut perintah.. PerintahNya.. Seperti kisah Iblis diperintah sujud pada Nabi Adam a.s. Bukan sebab sembah Nabi Adam tapi mengikut perintahNya. Iblis derhaka sebab tak ikut perintahNya. Tiadalah tuhan yg layak diikuti,disembah,disandar melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad Itu pesuruh ALLAH.

    great_teacher

    • *
    • Posts: 68
    • "Maha Suci Allah-Tuhan Sekalian Makhluk"
      • View Profile
    Jawab #10 28 July, 2009, 01:30:23 PM
  • Publish Di FB
  • Kita bukan sembah kaabah.. tp kita ikut perintah.. PerintahNya.. Seperti kisah Iblis diperintah sujud pada Nabi Adam a.s. Bukan sebab sembah Nabi Adam tapi mengikut perintahNya. Iblis derhaka sebab tak ikut perintahNya. Tiadalah tuhan yg layak diikuti,disembah,disandar melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad Itu pesuruh ALLAH.

    erm...baik jawapan...sesuai utk muslim yang seakidah dengan kita...
    tapi, camane plak kalau non-muslim yang tidak faham mengenai asas islam...yang tidak faham keperluan iblis untuk mengikuti perintah Allah sujud kepada Adam a.s....dengan kata lain, jawapan yang lebih kepada rasional akal mereka sahaja...

    asma_husna

    • *
    • Posts: 13
    • teman hakiki diredhai ALLAH
      • View Profile
    Jawab #11 28 July, 2009, 03:21:50 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    hanya org2 yang tertentu shj ker yang dapat msuk??

    saguputeh

    • *
    • Posts: 28
      • View Profile
    Jawab #12 28 July, 2009, 05:33:32 PM
  • Publish Di FB
  •    salam sayang buat semua... maaf saya ahli baru dalam foram ini/

         Kaabah yang ada itu adalah hanya panduan bagi sharat rukun sembahyang serta melengkapkan rukun Islam
         oleh itu cuba2 .....dimanakah yang penting nya .....keadaan yang di restui oleh Allah di atas satiap perbuatan
         sembahyang itu . Jangan di pertikai kan isi nya Kaabah itu. cuba cari Kaabah yang sabenar nya ... maaf ya

    saguputeh

    • *
    • Posts: 28
      • View Profile
    Jawab #13 28 July, 2009, 05:42:33 PM
  • Publish Di FB
  •   :)  maaf saya ahli baru di foram ini

                      mohon maaf di dalam perbincangan ini.
                      Apa yang hendak di pertikaikan isi di dalam Kaabah itu?
                      cuma kita tahu pada rukun2 serta sharat kedudukan Kaabah itu didalam Rukun Islam.
                      Tumpuan atau hala tuju hadap kan sembahyang kita . Itu saja.
                      Tetapi cubha2 lah cari ....Rahsia2 di sebalik Keagongan Kaabah itu pada Hakikat Nya .
                                               maaf dari saya. :syukur:

    saguputeh

    • *
    • Posts: 28
      • View Profile
    Jawab #14 28 July, 2009, 05:49:49 PM
  • Publish Di FB
  • :)

    hanya org2 yang tertentu shj ker yang dapat msuk??
    Kita bukan sembah kaabah.. tp kita ikut perintah.. PerintahNya.. Seperti kisah Iblis diperintah sujud pada Nabi Adam a.s. Bukan sebab sembah Nabi Adam tapi mengikut perintahNya. Iblis derhaka sebab tak ikut perintahNya. Tiadalah tuhan yg layak diikuti,disembah,disandar melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad Itu pesuruh ALLAH.

    erm...baik jawapan...sesuai utk muslim yang seakidah dengan kita...
    tapi, camane plak kalau non-muslim yang tidak faham mengenai asas islam...yang tidak faham keperluan iblis untuk mengikuti perintah Allah sujud kepada Adam a.s....dengan kata lain, jawapan yang lebih kepada rasional akal mereka sahaja...


            Apa nak di hairankan orang nan Muslim. Kita perlukan hairan untuk kita kenapa kita tidak mencukupi Ilmu2
            serta sharat2 dan rukun2 yang bermennafaad untuk menjadi pegangan serta panduan hidup kita untuk
            di bawa kesinun nanti?

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #15 28 July, 2009, 06:03:58 PM
  • Publish Di FB
  • erm...baik jawapan...sesuai utk muslim yang seakidah dengan kita...
    tapi, camane plak kalau non-muslim yang tidak faham mengenai asas islam...yang tidak faham keperluan iblis untuk mengikuti perintah Allah sujud kepada Adam a.s....dengan kata lain, jawapan yang lebih kepada rasional akal mereka sahaja...


    Salam kasih sayang Islam kepada semua...Memandangkan sebelum ini, ada rakan2 saya dari agama Kristian bertanyakan tentang Kaabah~"Kenapa umat Islam sembah kaabah?", "Kenapa orang keliling kaabah?" dan sebagainya, maka dengan izin Allah saya akan menerangkan kepada semua pengunjung khususnya rakan2 saya yang bukan beragama Islam berkaitan kaabah...Mudah2han, segala persoalan tentang kaabah ini terjawab dengan izin Allah...^_^

    Bagi umat Islam, kita semua sedia maklum bahawa kaabah adalah kiblat iaitu arah yang dihadap apabila orang Islam menunaikan solat. Penting untuk dinyatakan, sungguhpun orang Islam menghadap Kaabah semasa solat, mereka tidak menyembah Kaabah. Orang Islam menyembah dan tunduk hanya kepada Allah.
    Surah Al-Baqarah 2:144 ada menyebut :

    “Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil-Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya.”

    1) Islam menganjurkan perpaduan.

    Contohnya, jika orang Islam ingin menunaikan solat, berkemungkinan ada orang yang ingin menghadap utara, ada yang ingin menghadap selatan. Untuk menyatukan umat Islam dalam penyembahan kepada Tuhan Yang Satu, di mana sahaja mereka berada, umat Islam disyaratkan menghadap hanya satu arah, iaitu Kaabah. Jika ada umat Islam yang tinggal di sebelah barat Kaabah, mereka menghadap ke timur. Begitu juga, jika mereka tinggal di sebelah timur Kaabah, mereka menghadap ke barat.

    2) Kaabah terletak di Tengah Peta Dunia.

    Orang Islam merupakan orang pertama melukis peta dunia. Mereka melukis peta dengan bahagian selatan menghala ke atas dan utara menghala ke bawah. Kaabah terletak di tengah-tengah. Kemudian, ahli kartografi barat pula melukisnya terbalik, utara menghala ke atas dan selatan pula menghala ke bawah. Walaubagaimanapun, AlhamdulilLah, Kaabah terletak di tengah-tengah peta dunia.

    http://renung2fikir2.blogspot.com/2008/12/adakah-orang-islam-menyembah-kaabah.html

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #16 28 July, 2009, 06:05:12 PM
  • Publish Di FB
  • Jawapan:
    Persoalan ini dapat dijawab dan difahami apabila kita memahami arah objek sembahan. Saya berikan anologi mudah, anak saya yang berusia 2 tahun tidak mengetahui apa-apa mengenai solat dan sebab-sebabnya. Terdapat beberapa kali saya solat, dia akan berdiri di tempat saya sujud. Persoalannya, apakah apabila saya sujud tempat sembahan saya berubah daripada menuju kepada Allah kepada anak saya? Ataupun anak saya tadi tidak ada apa-apa siknifikasi apabila berada di depan saya kerana saya tahu arah tumpuan sembahan saya adalah Allah SWT.

    Maka sama halnya dengan kaabah. Dalam menjawab soalan ini saya akan memberikan satu contoh. Katakan bahawa terjadi satu banjir besar, lantas batu-batu yang membentuk kaabah dihanyutkan dan dibawa serta akhirnya ia jatuh di Madinah. Maka apakah sembahan dan kiblat umat Islam juga berubah ke Madinah (lebih kurang 200 batu dari Mekah) daripada Mekah? Sudah tentu jawapannya tidak.

    Ini berbeza dengan sembahan orang-orang yang menyembah berhala. Katakan pada suatu hari patung sembahan tersebut diletakkan di kampung A, kemudian keesokan harinya ia dialihkan dikampung B di kampung sebelah, akan berubah atau tidak arah sembahan mereka? Sudah tentu jawapannya Ya.

    Satu cara lagi kita boleh memahami perkara ini ialah dengan melihat apabila seseorang sedang sembahyang di atas kapal terbang. Kalau umat Islam menyembah batu di Mekah, sudah tentu mereka sembahyang tunduk ke bawah (sebab altitud kapal terbang lebih tinggi dari Kaabah). Tetapi sebaliknya mereka sembahyang ke arah lurus. Kenapa?

    Ini kerana sembahan umat Islam bukanlah batu yang membentuk kaabah tersebut. Batu dan kaabah sekadar sebagai batu tanda bagi menentukan di mana paksi sembahan umat Islam. Paksi tersebut pun bukannya objek sembahan. Sebaliknya paksi tersebut sebagai simbol kesatuan umat Islam ke arah sembahan yang satu. Pengarahan sembahan umat Islam ialah kepada Allah SWT. Di situ tempat sembahan umat Islam sebagaimana umat lain mempunyai kiblat mereka sendiri.
    Firman Allah:

    “ Dan bagi setiap umat ada kiblatnya sendiri yang ia menghadap kepadanya.” ( Al - Baqarah : 148)

    Contoh mudah yang kita dapat lihat ialah batu sempadan yang diletakkan di tanah-tanah kita. Batu itu bukan sempadan kita. Kerana kalau batu tersebut dialihkan 100 meter di luar sempadan tanah kita atau 100 meter di dalam sempadan tanah kita sempadan yang sebenar tanah kita yang termeteri di dalam peta dan pendaftaran tanah tidak akan berubah. Begitulah halnya dengan kaabah umat Islam. Batu itu sendiri tidak ada nilainya. Batu itu bukan sembahan umat Islam, ia sekadar sebagai penanda tempat letaknya paksi arah kiblat umat Islam.

    Ini jelas di nyatakan oleh Allah SWT di dalam Al Quran apabila timbul persoalan kenapa kiblat orang Islam boleh berubah-rubah:

    “Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur atau barat itu satu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu adalah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintai kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang miskin,musafir dan orang yang meminta-minta…” ( Al Baqarah: 177)

    Ayat ini jelas menunjukkan bahawa bukannya dengan memalingkan muka itu ke mana-mana arah yang diperintahkan itu bukanlah bermakna itulah objek yang disembah. Sembahan yang sebenar ialah Allah SWT. Kebajikan yang sebenar ialah keimanan kepada Allah SWT sedangkan menghadap kiblat itu hanyalah sebagai satu task atau satu tugasan kepada hambanya untuk menguji adakah mereka dikalangan hamba yang patuh taat atau mereka kufur engkar dan berdolak dalih.


    Skang nie timbul pulak pertanyaan dimanakah diamnyer Allah SWT? Bolehkah kiter katakan bahawa Allah SWT berada dimana2 saja disisi kiter?... Ada pulak pendapat mengatakan bahawa kedudukan Allah itu sebenarnya Allah berada di 'throne'nya iaitu di arash yg terletak di atas 7 lapisan syurga. Dalam Quran ade sebut pasal bende ni... Maksud yg betol dari ayat tu ialah petanda Allah (signs of Allah) berada di mana2 dan Allah mengawal segala benda tapi Allah tetap berada di arash-Nya. Pendapat mengatakan Allah berada di mana-mana ialah seperti wahdatul wujud iaitu pandangan orang sufi yg tidak betul.

    Sumber http://bincang.net/forum/archive/index.php/t-61121.html


    Harap dpt membantu cikgu la yea..

    Sum79

    • *
    • Posts: 569
    • THE TRUTH IS OUT THERE!!
      • View Profile
    Jawab #17 01 September, 2009, 05:52:09 PM
  • Publish Di FB
  • kat youtube ada footage suasana inside kaabah. Yg 'terpilih' akan guna 'mata hati' utk melihat. yg 'biasa' cuma dapat melihat '3 batang tiang' aje. :)
    "It's better to be hated for what you are, than to be loved for what you're not..." - Kurt Cobain

    ila_kein

    • *
    • Posts: 91
    • islam itu indah..
      • View Profile
    Jawab #18 23 May, 2010, 05:03:04 PM
  • Publish Di FB
  • orang2 yang  boleh masuk ke dalam kaabah ni adalah orang yang terpilih... dgar makcik ana cerita, masa pintu kaabah terbuka, dia terpandanag sesuatu di dalam.. smbil menengis dia berdoa.. sampai ke kampung(malaysia), dia cerita dekat ustaz dan ustaz nasihatkan supaya jangan cerita dekat orng. ana pernah dengar orang cerita yang dalam kaabah ni sangat cantik dan kita pasti mengisafinya...
    Hanya padamu ya Allah, tempat aq mengadu segala-galanya..

    j.mohd_fit

    • *
    • Posts: 13
      • View Profile
    Jawab #19 30 August, 2010, 08:56:28 AM
  • Publish Di FB
  • ana melihat ka'abah pun dah berlinang airmata,ini kan pula dapat masuk ke dalam ka'abah....mashaallah...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    57 Replies
    21908 Views
    Last post 10 December, 2012, 08:04:38 PM
    by Air Mata Kasih
    6 Replies
    8313 Views
    Last post 23 October, 2012, 12:54:25 PM
    by bulan madu
    8 Replies
    1100 Views
    Last post 20 January, 2013, 09:29:24 PM
    by thextahu