Kehebatan Kitab Al-Quran

Author Topic: Kehebatan Kitab Al-Quran  (Read 12245 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

This topic contains a post which is marked as Best Answer. Press here if you would like to see it.

NoZaBiZz

26 May, 2007, 09:38:09 AM
Assalamu'alaikum wbt

Para pemimpin kafir Quraisy mahupun orang bawahannya telah menyedari, punca utama orang ramai memasuki serta tertarik kepada Islam setelah mereka mendengar bacaan al-Quran.  Oleh itu mereka berusaha menghalang orang ramai dari mendengarkannya.  Secara diam-diam, dalam fikiran orang-orang kafir Quraisy sendiri tertanya-tanya, "Apakah yang menyebabkan al-Quran itu hebat?.

 Perasaan ingin tahu memberontak dalam jiwa mereka.  Atas desakan inilah maka terjadinya peristiwa yang melucukan.  Pada suatu malam yang sunyi sepi dan gelap gelita, kelihatan tiga bayang-bayang hitam sedang menuju kerumah Muhammad.

Mereka itu ialah Abu Jahal, Abu Sufian dan Al Akhnas B. Syarik.  Ketiga-tiganya adalah pemimpin kaum kafir Quraisy.  Tujuannya hanya untuk mendengar alunan suara bacaan al-Quran oleh Muhammad.  Mereka menyangkakan tiada siapa yang tahu akan perbuatan itu dan mereka sendiri tahu perbuatan ini adalah menyalahi etika mereka sendiri.  Setelah masing-masing merasa puas mendengar bacaan oleh Muhammad, mereka pun beredar.  Dengan takdir Allah Ta'ala ketiga-tiga pemimpin ini bertemu di suatu persimpangan dan masing-masing tercengang kehairanan.

Apakah yang telah dilakukan oleh sahabat mereka dalam kegelapan malam yang sebegini?.  Setelah dapat menyelami perasaan sesama sendiri, mereka pun tertawa dan menyesali perbuatan sendiri.  Mereka pun berjanji, apa yang terjadi sebentar tadi tidak akan diulangi lagi.  Janji tinggal janji, malam kedua dan ketiga hingga seterusnya mereka tetap mengulangi secara diam-diam.  Begitulah sikap orang-orang kafir dari dulu hingga kesaat ini, hati mereka mengahkui akan kebenaran Islam tetapi sikap sombong serta angkuh telah mengatasi segalanya.


~PoStInG LiSa_SoLeHaH dI hAlAqAh.NeT/v1~

nur zulaikha

  • *
  • cinta ALLAH ku dmbakn krn merindui rahmatNYA
    • View Profile
Reply #1 29 April, 2009, 09:21:16 AM
Al-Quran adalah panduan kehidupan kita dan merupakan salah satu rukun iman yang wajib kita imani.
bagi mereka yang mengikut dan memahami isi al-quran akan berbahagialah hidup di dunia dan di akhirat...
cintai saudaramu mendekati sunah dan suruhan
rasulmu dan ALLAH
cintai rasulmu mendekati mu kepada ALLAH...
cintai ALLAH mendekati kamu dengan keredhaanNYA...

aako_dkm

  • *
  • cintailah ilmu
    • View Profile
Reply #2 29 April, 2009, 09:49:42 AM
Al-qur'an sememangnya kitab teragung..tpi ana telah berjumpa golongan mereka yang sangat agungkan al-Qur'an sehingga menolak hadis2 rasulallah.ader sape2 ader idea nak hadapi golongan mcm ni kerana mereka sgt pandai dlm berkata-kata..

Reply #3 17 October, 2009, 03:55:24 PM
Al-qur'an sememangnya kitab teragung..tpi ana telah berjumpa golongan mereka yang sangat agungkan al-Qur'an sehingga menolak hadis2 rasulallah.ader sape2 ader idea nak hadapi golongan mcm ni kerana mereka sgt pandai dlm berkata-kata..

Kalau mereka telah menolak hadis ini bermaksud mereka bukan mengagungkan al-Quran, tetapi mereka telah kufur dengan ayat-ayat al-Quran. Ini kerana perbuatan mereka menolak hadis bertentang dengan al-Quran, malah menyalahi ikrar mereka dalam ucapan syahadah.

Saya pernah mendengar dari ulamak yang tidak kurang hebat juga ilmunya yang mengatakan bahawa untuk berhujah dengan golongan yang menolak hadis ini senang jer. Katakan bahawa mereka ini anak kuar nikah kerana didalam al-Quran tiada langsung ayat yang menerangkan tentang bagaimana untuk  bernikah. Yang ada hanya ayat yang memberitahu bahawa kaum lelaki boleh berkahwin dua, tiga atau empat.

Sesiapa ada tambahan dipersilakan.
RAHSIA MENGUASAI ILMU TAJWID!!!
http://abdullahidris.com

sonidoter89

  • *
  • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
    • View Profile
Reply #4 20 February, 2011, 11:32:22 AM
:)

Al-Quran hebat kerana mengandungi petunjuk.Metodologi al-Quran berkenaan aqidah:

"*Al-Quran membebaskan akal daripada unsur paksaan dan taqlid(ikut membuta tuli).Firman Allah SWT dalam surah al-Isra', ayat 36:

"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya."

*Al-Quran menganjurkan manusia berfikir untuk memperolehi ilmu tentang islam.Firman Allah SWT dalam surah Nuh, ayat 15:

"Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat,"

*Al-Quran memperkenalkan metode mencari kebenaran dengan mengkaji kejadian alam.Firman Allah SWT dalam surah an-Nur, ayat 45:
"Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Dia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

*Al-Quran menjelaskan penyelewengan agama lain.Firman Allah SWT dalam surah at-Taubah, ayat 9:

"Dan orang-orang Yahudi berkata: Uzair ialah anak Allah dan orang-orang Nasrani berkata: Al-Masih ialah anak Allah. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran? "

*Al-Quran memperkenalkan Islam melalui sumber Qudwah Hasanah.Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab, ayat 21:

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). "
~ Dakwah is not about i am better than you but let's do something better together next time ~ inshaa Allah ^_^

Reply #5 25 February, 2011, 10:13:32 AM
Rasulullah pernah berkata,bahawa hati berkarat seperti berkaratnya besi.Ditanya bagaimana untuk membersihkannya,jawab Rasulullah,dengan membaca Al-Quran dan mengingati mati.
Membaca Al-Quran sebenarnya boleh membersihkan kekotoran dalam jantung yang didatangkan syaitan mengikut pembuluh darah.Ini kerana kitab ini sendiri memiliki keistimewaan tersendiri yang sama sekali tidak sama dengan kitab dan buku-buku lain di pasaran

Al-Quran adalah kitab Allah yang tidak ada keraguan padanya kerana Allah menurunkan A-Quran melalui Jibrail.Allah berfirman,"Suatu kitab yang ayat2nya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci yang diturunkan di sisi Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui."(surah Hud:1)

Al-Quranadalah kitab yang terpelihara kerana begitu jaminan yang diberikan Allah.Oleh demikian,kita dapati begitu ramai orang yang menghafal Al-Quran dengan baik sejak kanak2 dan Allah memudahkan mereka untuk mengingatinya.Pemeliharaa n juga penulisan Al-Quran yang rapi oleh sahabat selepas ayat diturunkan dan dibukukan pada zaman Khulafa'al -Rasyidin.

Al-Quran adalah kitab kemanusiaan dan kehidupan.Oleh sebab itu,Allah menjadikan A-Quran sebagai kitab penunjuk kepada manusia dan alam.

Al-Quran adalah mukjizat terbesar dikurniakan kepada nabi Muhammad yang mencabar kekuatan dan pemikiran manusia.Manusia tidak mampu menandingi Al-Quran sama ada dari segi bahasa,makna dan cerita yang terkandung di dalamnya.

AlQuran adalah kitab yang mudah difahami dan jelas maksudnya.Ia bukan kitab falsafah yang mengandungi teori yang memeningkan.Ahli falsafah menyatakan,falsafah itu apabila diterangkan dan tidak difahami itulah di namakan falsafah.Al-Quran diturunkan kepada manusia untuk difahami dan sasaran untuk difahami manusia sejagat.Firman Allah bermaksud:"...dan sesungguhnya kami memudahkan Al-Quran itu untuk diingati,maka adakah ada orang mahu mengambil pengajaran."(suran al-Qamar:17)

Al-Quran adalah kitab agama yang mengandungi aspek ibadah,ibadat,akhlak dan perundangan.Sesiapa yang ingin memahami akidah yang betul dan suci,maka A-Quran ada jawapannya.Firman Allah,"Sekirannya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Alolah,tentulah kedua-duanya telah rosak binasa.Maka Maha Suci Allah yang mempunyai Arasy daripada apa yang mereka sifatkan."(surah al-Anbiya':22)

Al-Quran adalah kitab sepanjang zaman,bukan kitab untuk zaman tertentu atau untuk generasi tertentu.Ini bermakna Al-Quran kitab yang kekal abadi hingga kiamat.Oleh itu,kita tidak harus menganggap Al-Quran sesuai untuk zaman nabi sahaja atau zaman sahabat,serta tidak sesuai pada zaman moden ini.

Read more at: Kehebatan Kitab Al-Quran http://sepaku.net/nur-addin/19845-kehebatan-kitab-al-quran.html#ixzz1EvtQEjov

kasihiro

  • *
  • Beliau selalu ingat kita...kita lupa padanya..:(
    • View Profile
Reply #6 25 February, 2011, 10:26:38 AM
 :)

SubhanAllah!!

Kata -kata Allah swt sentiasa memberi petunjuk kepada manusia.
Berapa ramai yang mampu untuk membaca al-Quran dalam sehari walau hanya 2 or 3 mukasurat?
-----


peringaatan untuk diri sendiri juga.....

insyaAllah ^^

Reply #7 25 February, 2011, 10:31:58 AM
Rasulullah pernah berkata,bahawa hati berkarat seperti berkaratnya besi.Ditanya bagaimana untuk membersihkannya,jawab Rasulullah,dengan membaca Al-Quran dan mengingati mati.
Membaca Al-Quran sebenarnya boleh membersihkan kekotoran dalam jantung yang didatangkan syaitan mengikut pembuluh darah.Ini kerana kitab ini sendiri memiliki keistimewaan tersendiri yang sama sekali tidak sama dengan kitab dan buku-buku lain di pasaran

Al-Quran adalah kitab Allah yang tidak ada keraguan padanya kerana Allah menurunkan A-Quran melalui Jibrail.Allah berfirman,"Suatu kitab yang ayat2nya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci yang diturunkan di sisi Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui."(surah Hud:1)

Al-Quranadalah kitab yang terpelihara kerana begitu jaminan yang diberikan Allah.Oleh demikian,kita dapati begitu ramai orang yang menghafal Al-Quran dengan baik sejak kanak2 dan Allah memudahkan mereka untuk mengingatinya.Pemeliharaa n juga penulisan Al-Quran yang rapi oleh sahabat selepas ayat diturunkan dan dibukukan pada zaman Khulafa'al -Rasyidin.

Al-Quran adalah kitab kemanusiaan dan kehidupan.Oleh sebab itu,Allah menjadikan A-Quran sebagai kitab penunjuk kepada manusia dan alam.

Al-Quran adalah mukjizat terbesar dikurniakan kepada nabi Muhammad yang mencabar kekuatan dan pemikiran manusia.Manusia tidak mampu menandingi Al-Quran sama ada dari segi bahasa,makna dan cerita yang terkandung di dalamnya.

AlQuran adalah kitab yang mudah difahami dan jelas maksudnya.Ia bukan kitab falsafah yang mengandungi teori yang memeningkan.Ahli falsafah menyatakan,falsafah itu apabila diterangkan dan tidak difahami itulah di namakan falsafah.Al-Quran diturunkan kepada manusia untuk difahami dan sasaran untuk difahami manusia sejagat.Firman Allah bermaksud:"...dan sesungguhnya kami memudahkan Al-Quran itu untuk diingati,maka adakah ada orang mahu mengambil pengajaran."(suran al-Qamar:17)

Al-Quran adalah kitab agama yang mengandungi aspek ibadah,ibadat,akhlak dan perundangan.Sesiapa yang ingin memahami akidah yang betul dan suci,maka A-Quran ada jawapannya.Firman Allah,"Sekirannya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Alolah,tentulah kedua-duanya telah rosak binasa.Maka Maha Suci Allah yang mempunyai Arasy daripada apa yang mereka sifatkan."(surah al-Anbiya':22)

Al-Quran adalah kitab sepanjang zaman,bukan kitab untuk zaman tertentu atau untuk generasi tertentu.Ini bermakna Al-Quran kitab yang kekal abadi hingga kiamat.Oleh itu,kita tidak harus menganggap Al-Quran sesuai untuk zaman nabi sahaja atau zaman sahabat,serta tidak sesuai pada zaman moden ini.

Read more at: Kehebatan Kitab Al-Quran http://sepaku.net/nur-addin/19845-kehebatan-kitab-al-quran.html#ixzz1EvtQEjov

Quote
"AlQuran adalah kitab yang mudah difahami dan jelas maksudnya.Ia bukan kitab falsafah yang mengandungi teori yang memeningkan.Ahli falsafah menyatakan,falsafah itu apabila diterangkan dan tidak difahami itulah di namakan falsafah.Al-Quran diturunkan kepada manusia untuk difahami dan sasaran untuk difahami manusia sejagat.Firman Allah bermaksud:"...dan sesungguhnya kami memudahkan Al-Quran itu untuk diingati,maka adakah ada orang mahu mengambil pengajaran."(suran al-Qamar:17)

Mudah difahami kepada AHLI ZIKIR.
AHLI ZIKIR iaitu mereka yang berusaha untuk HAMPIR & INTIM dengan ALLAH Taala.
Apabila sudah RAPAT & INTIM. Insya ALLAH mudah untuk memahami dan mengambil pengajaran Mukjizat kitab SUCI Al-Quran itu.

Sebagaimana mukjizat kitab SUCI Al-Quran Surah Al-Imran ayat ke 7

Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

Oleh yang demikian, untuk RAPAT & INTIM dengan ALLAH Taala hendak lah diri berkenaan sentiasa memuji ALLAH Taala. Kurang memuji diri sendiri atau makhluk lain.
Barulah hati itu menjadi BERSIH & SUCI.

Sebagaimana Mukjizat kitab SUCI Al-Quran Surah Al-Mutaffifin ayat ke 14.

Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.

ALLAHU A'lam
Insya ALLAH
MAHA SUCI ALLAH



Anda boroi...? kempiskan perut boroi anda dengan berjogging  semoga mendapat perut seperti perut Nabi Muhammad S.A.W. yang separas dengan dada baginda. Anda mampu mengubahnya...

Reply #8 25 February, 2011, 10:48:28 AM
Mudah difahami kepada AHLI ZIKIR.
AHLI ZIKIR iaitu mereka yang berusaha untuk HAMPIR & INTIM dengan ALLAH Taala.
Apabila sudah RAPAT & INTIM. Insya ALLAH mudah untuk memahami dan mengambil pengajaran Mukjizat kitab SUCI Al-Quran itu.

Sebagaimana mukjizat kitab SUCI Al-Quran Surah Al-Imran ayat ke 7

Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

Oleh yang demikian, untuk RAPAT & INTIM dengan ALLAH Taala hendak lah diri berkenaan sentiasa memuji ALLAH Taala. Kurang memuji diri sendiri atau makhluk lain.
Barulah hati itu menjadi BERSIH & SUCI.

Sebagaimana Mukjizat kitab SUCI Al-Quran Surah Al-Mutaffifin ayat ke 14.

Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.

ALLAHU A'lam
Insya ALLAH
MAHA SUCI ALLAH

Mata Hati tu kat mana duduknya? bagaimana rupanya? bagaimana cara kerja dia melihat?

Copy Paste jer ker atau betul² faham??

Maaf.. Sekadar bertanya.. saya ni Jahil

Reply #9 27 February, 2011, 08:52:06 PM
mata hati yg dimksudkan mgkin hati..nabi pernah bersabda,bunyi lebih kurg cam ni..dlm dri manusia ad seketul daging..lau baik daging tu,baikla seluruh anggota..lau buruk daging 2,burukla seluruh anggota badan..iaitu hati kita..

nazri0070

  • *
  • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
    • View Profile
Reply #10 27 February, 2011, 09:11:44 PM
Mudah difahami kepada AHLI ZIKIR.
AHLI ZIKIR iaitu mereka yang berusaha untuk HAMPIR & INTIM dengan ALLAH Taala.
Apabila sudah RAPAT & INTIM. Insya ALLAH mudah untuk memahami dan mengambil pengajaran Mukjizat kitab SUCI Al-Quran itu.

Sebagaimana mukjizat kitab SUCI Al-Quran Surah Al-Imran ayat ke 7

Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

Oleh yang demikian, untuk RAPAT & INTIM dengan ALLAH Taala hendak lah diri berkenaan sentiasa memuji ALLAH Taala. Kurang memuji diri sendiri atau makhluk lain.
Barulah hati itu menjadi BERSIH & SUCI.

Sebagaimana Mukjizat kitab SUCI Al-Quran Surah Al-Mutaffifin ayat ke 14.

Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.

ALLAHU A'lam
Insya ALLAH
MAHA SUCI ALLAH

Mata Hati tu kat mana duduknya? bagaimana rupanya? bagaimana cara kerja dia melihat?

Copy Paste jer ker atau betul² faham??

Maaf.. Sekadar bertanya.. saya ni Jahil

tuan ifahuzir apa khabar sekarang? Bagaimana alunan zikir-zikir? Semakin bersinar?

Ok, saya cuba jawab, boleh kan?

Mata hati...letaknya di....mana? ...

Cuba tutup Al-Quran, tengok ayat-ayatnya tanpa membuka mushaf, atau cuba lihat dengan mata hati tulisan bismillahir rahmanir rahiim..nampak tak? atau cuba lihat wajah isteri dengan mata hati dari kejauhan tanpa menatap gambar..nampak tak? mesti nampak, kan? itulah sedikit-sebanyak gambaran mata hati...Setuju??
"Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

Reply #11 27 February, 2011, 09:16:55 PM
setuju2..jwpn yg memuaskan..:senyum:...walaupun da tutup mata...tp still msih g tringt2...

hada_islamic

  • *
  • ~cintailah DIA yang mencintai kita~
    • View Profile
Reply #12 20 September, 2011, 12:12:01 PM
 :)

FAKTA NOMBOR TENTANG AL-QURAN[/size][/color]


Keajaiban nombor dalam Al Quran

Ajaib!! tapi inilah kebenaran....
Hasil kajian seorang ilmuan muslim terhadap kandungan al quran.Bilangan tentang perkara yang dinyatakan dalam Al Quran

Dunia : 115 kali
Akhirat : 115 kali

Malaikat : 88 kali
Syaitan : 88 kali

Hidup : 145 kali
Mati : 145 kali

Faedah : 50 kali
Kerugian : 50 kali

Ummah : 50 kali
Penyampai : 50 kali

Iblis : 11 kali
Perlindungan dari iblis : 11 kali

Musibah : 75 kali
Syukur : 75 kali

Bersedekah : 73 kali
Berpuas hati : 73 kali

Orang yang sesat : 17 kali
Orang yang meninggal dunia : 17 kali

Muslimin : 41 kali
Jihad : 41 kali

Emas : 8 kali
Kemurahan hidup : 8 kali

Zakat : 32 kali
Berkat : 32 kali

Minda : 49 kali
Nur : 49 kali

Lidah :25 kali
Sumpah :25 kali

Nafsu : 8 kali
Ketakutan : 8 kali

Bercakap dikhalayak ramai : 18 kali
Berdakwah : 18 kali

Kesusahan : 114
Kesabaran : 114

Muhamad : 4 kali
Syariat : 4 kali

Lelaki : 24 kali
Perempuan : 24 kali

Solat : 5 kali
Bulan : 12 kali
Hari : 365 kali

Lautan : 32 kali
Daratan : 13 kali

Lautan dan daratan (32+13=45) - Justeru itu :-
peratusan laut = 32/45x100=71.11111111%
peratusan darat = 13/45x100=28.88888889%
Jumlah = 100 %
Kajian sains oleh manusia membuktikan bahawa air meliputi 71.111% daripada bumi dan tanah 28.889%.
mencari redha ALLAH...jadilah insan berguna kepada orang lain

hada_islamic

  • *
  • ~cintailah DIA yang mencintai kita~
    • View Profile
Reply #13 20 September, 2011, 12:23:57 PM
 :)
ALQURAN TIDAK TERBAKAR DALAM KEBAKARAN

syidaspongebob

  • *
  • maaf zahir batin
    • View Profile
Reply #14 20 September, 2011, 06:00:09 PM
:)

FAKTA NOMBOR TENTANG AL-QURAN[/size][/color]


Keajaiban nombor dalam Al Quran

Ajaib!! tapi inilah kebenaran....
Hasil kajian seorang ilmuan muslim terhadap kandungan al quran.Bilangan tentang perkara yang dinyatakan dalam Al Quran

Dunia : 115 kali
Akhirat : 115 kali

Malaikat : 88 kali
Syaitan : 88 kali

Hidup : 145 kali
Mati : 145 kali

Faedah : 50 kali
Kerugian : 50 kali

Ummah : 50 kali
Penyampai : 50 kali

Iblis : 11 kali
Perlindungan dari iblis : 11 kali

Musibah : 75 kali
Syukur : 75 kali

Bersedekah : 73 kali
Berpuas hati : 73 kali

Orang yang sesat : 17 kali
Orang yang meninggal dunia : 17 kali

Muslimin : 41 kali
Jihad : 41 kali

Emas : 8 kali
Kemurahan hidup : 8 kali

Zakat : 32 kali
Berkat : 32 kali

Minda : 49 kali
Nur : 49 kali

Lidah :25 kali
Sumpah :25 kali

Nafsu : 8 kali
Ketakutan : 8 kali

Bercakap dikhalayak ramai : 18 kali
Berdakwah : 18 kali

Kesusahan : 114
Kesabaran : 114

Muhamad : 4 kali
Syariat : 4 kali

Lelaki : 24 kali
Perempuan : 24 kali

Solat : 5 kali
Bulan : 12 kali
Hari : 365 kali

Lautan : 32 kali
Daratan : 13 kali

Lautan dan daratan (32+13=45) - Justeru itu :-
peratusan laut = 32/45x100=71.11111111%
peratusan darat = 13/45x100=28.88888889%
Jumlah = 100 %
Kajian sains oleh manusia membuktikan bahawa air meliputi 71.111% daripada bumi dan tanah 28.889%.

Oh man..!! Allahuakbar..!!! thanks kak hada... new info..!
"Ukhwah fillah takkan musnah..lautan erat takkan mungkin patah..Bertemu, berpisah..hanya KENANGAN SEMATA..Redho Allah, Kita cari..Moga2 kita kan diRahmati..Dengan niat yang suci,bertemu kembali di negeri Abadi.. Salam kemaafan."

hada_islamic

  • *
  • ~cintailah DIA yang mencintai kita~
    • View Profile
Reply #15 20 September, 2011, 09:03:11 PM


Oh man..!! Allahuakbar..!!! thanks kak hada... new info..!

sama2..akak pown baru tahu..dapat email dari kakak ipar.. :jaz:

Marked as best answer by about 05 December, 2016, 01:29:02 PM

halawah

  • *
  • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    • View Profile
Reply #16 19 June, 2012, 04:53:48 AM
  • Undo Best Answer
  •  :)

     :msya:

    Allahumma Ya Lathif

    IlthufbilFuadi Bissakinatihi  :ins:

    Apabila tafakkur surah Al_Fajar diwaktu Fajar gementar dan tertunduk agar Redha dan tenangkan hati yang gejolak.....dan resah...Allahu Akbar...Allahu Akbar...AllahuAkbar;
     
    <a href="http://www.youtube.com/watch?v=kn5NSCJ2tiI" target="_blank" class="aeva_link bbc_link new_win">beautiful recitation - Surat al-Fajr سورة الفجر</a>


     :syukur: :syukur: :syukur:


     :aamiin:
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    Yuzie

    • *
    • Demi Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang
      • View Profile
    Reply #17 02 July, 2012, 09:52:17 PM
    Ayat Al-Quran adalah salah satu bahan tatapan oleh Ummat Muhammad SAW malah kepada bukan orang Islam. Nilaian ayat-ayat Al-Quran tidak sama dengan bahan bacaan umum lain seperti bahan bacaan ilmiah, sejarah, cerita dan hiburan lain.

    Jika diperhatikan ayat-ayat Al-Quran ni banyak yang berulang-ulang dalam satu nafkah Al-Quran tetapi masih tidak jemu dibaca malah makin dibaca makin tertarik akan isinya yang berulang-ulang tersebut. Berbeza dengan bahan bacaan lain yang disebutkan di atas.

    Kerana ape? Ini kerana ayat Al-Quran walaupun berulang-ulang tetapi cara penyampaian oleh Allah SWT lebih menarik dan sempurna dengan perkataan atau susunan yang berlainan hingga membuatkan pembaca atau pendengar tidak terasa bosan dengan Al-Quran.

    Berbeza dengan buku-buku yang disebutkan sebelum ini adalah untuk dibaca dan dipelajari isinya, sehingga kita faham dan mencapai maksudnya. Tiadalah kita perlu mengulang-ulanginya melainkan kita lupa pada satu-satu soalan barulah kita merujuk pada bahagian-bahagian atau perkara-perkara yang berkaitan dengan persoalan tersebut.

    Berlainan pula dengan ayat Al-Quran tujuannya adalah untuk memberi peringatan, dan memberi peringatan hingga ke seterusnya malah memberi nasihat dan pengajaran kepada umum supaya berbudi pekerti yang baik, berkelakuan yang elok atau dengan patah kata lain adalah untuk mendidik budi pekerti dan memperbaikinya kea rah untuk mendapat redha Illahi. Oleh yang demikian, kita sentiasa mengulangi ayat-ayat tersebut utamanya dalam solat mahu pun di luar solat.

    Antara ayat yang berulang:

    ‘’ Sesungguhnya Allah tiada mengampuni, jika Dia dipersekutukan dengan selain daripadaNya dan Dia akan mengampuni (dosa)yang kurang dari itu, bagi siapa yang dikehendakiNya. Barang siapa mempersekutukan Allah, sesungguhnya dia telah membuat dosa yang besar’’-ayat 48(An- Nissak).

    Dengan,

    ‘’ Sesungguhnya Allah tiada mengampuni, jika Dia dipersekutukan dengan selain daripadaNya dan Dia akan mengampuni (dosa)yang kurang dari itu, bagi siapa yang dikehendakiNya. Barang siapa mempersekutukan Allah, sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jauh.-ayat 116 (An- Nissak)

    Kedua-dua ayat di atas memberi peringatan kepada manusia supaya jangan menyekutukan(menduakan) Allah SWT selain daripadaNya kerana tiada yang sama dengan Illahi. Hanya Dia yang hak sebagai Tuhan sekalian alam yang SATU patut dipercayai dan disembah.

    ‘’ Bagi Allah apa-apa yang di langit dan apa-apa yang di bumi. Sesungguhnya telah kami wasiatkan kepada ahli kitab sebelum kamu dan kepada mu(orang-orang Islam)Takutlah kamu kepada Allah. Jika kamu kafir, sesungguhnya bagi Allah apa-apa yang di langit dan apa-apa yang di bumi. Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji’’-ayat 131(An- Nissak)

    Begitu juga dengan khutbah sebagai contohyang berulang-ulang kerana isi khutbahnya bersumberkan Al-Quran dan sudah tentunya adalah untuk sentiasa memperingati insan supaya tidak dalam lalai tetapi akan mengejutkan insan-insan kiranya dalam arus melalaikan. Dengan peringatan ini akan membetulkan insan supaya berada di atas jalanan yang lurus.

    Kesimpulannya, jangan mudah melatah dengan peringatan berulang yang diberi oleh para ‘alim walaupun sudah mengetahuinya akan isinya. Kadang-kala kita akan lupa apa yang kita ketahui jika tanpa amal dan begitu juga jika diri dalam sentiasa amal pun perlu juga mengambil peringatan dan memberi ingat supaya kita tidak lalai dalam beramal untuk mengelakkan tersasar daripada keikhlasan.

    Rujukan: Tafsir Al-Quran.

    Moga setiap hambaNya dalam rahmat Illahi
    Cukuplah bila kami merasa mulia karena Engkau sebagai Pencipta bagi kami dan cukuplah bila kami bangga bahawa kami menjadi hamba bagiMu. Engkau bagi kami sebagaimana yang kami cintai, maka berilah kami taufik sebagaimana yang Engkau cintai.

    Reply #18 03 July, 2012, 12:56:44 AM


    Mata Hati tu kat mana duduknya? bagaimana rupanya? bagaimana cara kerja dia melihat?

    Copy Paste jer ker atau betul² faham??

    Maaf.. Sekadar bertanya.. saya ni Jahil
    [/quote]

    Mata hati ialah IMAN(percaya)

    Reply #19 03 July, 2012, 02:16:19 AM


    Mata Hati tu kat mana duduknya? bagaimana rupanya? bagaimana cara kerja dia melihat?

    Copy Paste jer ker atau betul² faham??

    Maaf.. Sekadar bertanya.. saya ni Jahil

    Mata hati ialah IMAN(percaya)
    [/quote]Percaya apa yang di sampaikan oleh Rasul SAW.
    Seperti Saidina Abu Bakar RA sahabat2 dan orang2 yang beriman kepada Akhirat

    divider3
    halaqahforum4