0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.
3. Nabi saw dan para Sahabat mempunyai beberapa ciri. Di antaranya, mereka bersifattegas terhadap orang kafir, terutamanya mereka yang menentang Nabi saw. Tegas dalam prinsip. Tidak berkompromi dalam perkara dasar, tetapi fleksibel dalam perkara furu’ dan cabang.Orang bukan Islam mempunyai hak dan tanggungjawab dalam sebuah negara Islam. Darah, harta, maruah mereka dipelihara. Tidak boleh ditumpahkan dengan sewenang-wenangnya. Namun Islam juga mengajar kita supaya tidak mudah dipijak, diinjak, dipersenda dan dipermainkan oleh mereka yang benci dan menentang Islam.4. Dalam masa yang sama, Nabi dan para sahabat mempunyai sifat berlemah-lembut dan berkasih sayang sesama mereka. Sifat inilah yang menyebabkan perpaduan di kalangan saf orang Islam teguh dan kukuh. Mereka mengenal siapa lawan dan siapa kawan. Mereka boleh menumpukan kepada lawan dari bergeseran sesama kawan. Musuh mencari jalan bagi memporak-perandakan kesatuan dan perpaduan mereka. Perkara titik-bengik diperbesarkan supaya saf kacau-bilau.Mereka yang berada dalam gerakan Islam mesti memahami perkara-perkara ini melalui ‘Fiqh Ukhuwwah’ supaya kemuncup-kemuncup yang melekat di kaki seluar tidak melambatkan dan merencatkan perjalanan dakwah suci yang masih panjang ini.5. Di antara ciri lain ialah mereka kuat beribadat. Mereka rukuk dan sujud. Dengan ertikata lain, hubungan mereka kuat dengan Allah. Sememangnya, dalam membawa risalah besar ini perlu kepada ikatan dan hubungan kuat dengan Pencipta yang melahirkan kekuatan dalaman.Justru, Nabi saw yang menghadapi tentangan hebat dari kaumnya diwajibkan oleh Allah untuk bertahajjud dan mendirikan malam kerana melaluinya tenaga dalaman diperolehi. Pendokong gerakan Islam juga seharusnya demikian kerana rintangan dan halangan tetap ada di mana-mana.
Justru, Nabi saw yang menghadapi tentangan hebat dari kaumnya diwajibkan oleh Allah untuk bertahajjud dan mendirikan malam kerana melaluinya tenaga dalaman diperolehi. Pendokong gerakan Islam juga seharusnya demikian kerana rintangan dan halangan tetap ada di mana-mana.
Dimulakan Oleh Ummi Munaliza Sirah
Dimulakan Oleh syeduum Hebahan
Dimulakan Oleh Rahimah Sakinah Al-Quran