Pantun Ramadhan.

Author Topic: Pantun Ramadhan.  (Read 63322 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

25 September, 2007, 02:27:40 PM
pantun Ramadhan



asyik sekali menanam peria
peria ditanam di kebun Ai
waktu antar kad raya
jangan lupa pada i

Adik bermain ditepi paya,
Dimarahi mak kasihan dia,
Anta kuih raya jangan pula lupa,
Selitkan duit raye seringgit dua.

hari minggu ke Datuk Keramat
hajat nak beli ikan tenggiri
jangan lupa tinggal alamat
baru senang posmen mencari

kuda kepang nama di beri
tarian asli melayu sejati
almond london teringin diri
takde sapa ke yang nak hantar ke sini??

melawat terengganu singgalah kerteh
singgah membeli si anak tenggiri
jangan lupa semayang terawih
kena plak hujung2 bulan penuh keberkatan nie

jalan raya tempat berlumba ..
pastinya ramai yang akan mati ..
bulan ramadan sudah tiba ..
pastinya syawal pula menanti

salam manis dari malaysia
negaraku yg sungguh aman
aduhai mereka yg jauh di sana
terasa rindu pulang la ke kpg laman....



tuggu apa lgi?
balas ler.....
hehee...

faseh

  • *
  • Cahaya Cinta Allah..Guru d PPK(knk2 pekak)
    • View Profile
Reply #1 25 September, 2007, 03:18:50 PM
ini klau ustaz ibnu perasan pantun ni, mesti dia jawab
x pun ustaz daeng...teror bab2 pantun nih...



asyik sekali menanam peria
peria ditanam di kebun Ai
waktu antar kad raya
jangan lupa pada i


pohon semarak pohon peria,
peria ditanam dikebun suria,
orang sekarang x pakai kad raya,
sms dan e-mail pengganti kad raya


Adik bermain ditepi paya,
Dimarahi mak kasihan dia,
Anta kuih raya jangan pula lupa,
Selitkan duit raye seringgit dua.


wahai si adik bermain mercun,
mercun dibakar di pagi raya,
ini lah adat turun temurun,
membalas2 juadah raya


hari minggu ke Datuk Keramat
hajat nak beli ikan tenggiri
jangan lupa tinggal alamat
baru senang posmen mencari


jeti pak malau berwarna kuning,
dapat mengail si ikan sepat,
time raya posmen pun pening,
mengasing kad raya mengikut tempat


kuda kepang nama di beri
tarian asli melayu sejati
almond london teringin diri
takde sapa ke yang nak hantar ke sini??


almond london pilihan utama,
x sempat nak beri dah tinggal bekas...


*Image Removed*
Ya ALLAH, jadikan aku wanita yang solehah...yang baik di antara yang terbaik...dan kurniakan aku pendamping yang baik...
dlm mendapatkan sesuatu yang terbaik dariMu...
Amin...

Reply #2 25 September, 2007, 03:52:36 PM
wah hebat2, pandai.
ana bagi lagi, cube balas nih.....


Bacalah serangkap pantun ni sebelum tidur
 
makan nasi pucuk paku,
campur dengan daun ciku,
datanglah hantu datang padaku,
datanglah engkau tidur bersamaku
 
hahahahah!!!!!

Baboon Tua hilang disawah,
Orang kampung sibuk mencari,
jika anda scroll ke bawah.......


Dah sah, andalah Baboon yg Kami cari...

Muahahahahaa.....

Kalau ada jarum yg patah,
tak payah la simpan lagi,
kalau ada hati yg marah,
kena igat, saya pun kena sekali.

jarum yg patah pergi le buang,
jangan buang bersama kain,
kalau taknak kena sorang,
forwardkanlah kat orang lain.

p/s : selamat berpuasa dan Jangan marah-marah..
hehee

faseh

  • *
  • Cahaya Cinta Allah..Guru d PPK(knk2 pekak)
    • View Profile
Reply #3 25 September, 2007, 03:58:31 PM

Bacalah serangkap pantun ni sebelum tidur
 
makan nasi pucuk paku,
campur dengan daun ciku,
datanglah hantu datang padaku,
datanglah engkau tidur bersamaku
 

tidurlah adik tidur lah adik,
tidurlah adik dengan adab,
air wuduk peneman si adik,
moga lena terjaga adab.



Reply #4 26 September, 2007, 02:20:20 PM
Hari ahad ni ada kenduri,
Sebelum gi kenduri, ku potong misai,
Izinkan hamba mengundur diri,
Kerana ada kerja yang belum selesai.

Reply #5 26 September, 2007, 02:21:58 PM
Ditengah jalan lori terbalik.
penuh muatan batu bata
weiii DUDA mana apam balik
dah lama nunggu x kunjung tiba


Apam balik makanan murahan
Hanya dimakan ditengah bulan
Perut lapar memang tak tahan
Tak sempat ku kirim habis kutelan

kehkehkeh..


al_haq

  • *
  • ~Hidup & Mati hanya untuk Islam~
    • View Profile
Reply #6 26 September, 2007, 06:58:52 PM
Belajar Quran dgn utz Ramadhan,
jangan malu untuk bertanya,
bulan ini bulan ramadahn,
sama-samlah kita meimarahkanya.
"Semua manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan,yang penting kembali dan bertaubat kepadanya,(aku mengharapkan keredaanmu ya Allah)(",)"

Reply #7 26 September, 2007, 09:30:44 PM
Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan d aun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri (org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

mencari_sinar

  • *
  • ''Mencari Sinar Cinta Yang Agung dan Hakiki''
    • View Profile
Reply #8 28 September, 2007, 06:43:20 AM
Salam.....

      Emm....nie bnyk pantun Syawal,bkan Ramadahan ....?? d111
Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa Amal.

Ummi Munaliza

  • *
  • Anniversary Ke 32
    • View Profile
Reply #9 19 August, 2009, 08:52:32 AM


Puasa itu satu perintah,
Oleh Allah yang maha perkasa,
Perintah itu jangan dibantah,
Wajibnya itu pada yang berkuasa.

Sehari sudah lesu berpuasa,
Hidangan berbuka sudah tersedia,
Jangan kamu membazir masa,
Mulai beribadat semasa belia.
Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
Penal Utama Baitul Muslim


Reply #10 19 August, 2009, 10:36:18 AM
Bunga mawar harum mewangi
Bunga seroja putih warnanya
Bulan ramadan jenuh dinanti
Bulan keberkatan tiada tandingannya

Reply #11 19 August, 2009, 10:39:49 AM
Jauh sekali balik ke kedah
Singgah sebentar menjamu selera
Bulan puasa bulan ibadah
Lipatkan usaha gandakan pahala

SNF

  • *
  • "Kau ibarat permata berharga"
    • View Profile
Reply #12 20 August, 2009, 07:47:57 PM
Buah tamar buah kurma,
Hidangan runtin ketika ramadhan,
Bulan puasa dah nak tiba,
Mari kita tingkatkan amalan.

__________________________________

Rukun islam rukun agama,
Berpuasa sebulan di bulan Ramadhan,
Apa lagi alasan tak nak puasa,
Puasa itu satu kewajipan.

___________________________________

Tenung makrifat di dalam qiam,
Ucapan diberi mengantikan diri,
Ahlan Wasahlah Wamarhaban Bikum,
Kepada semua sahabat halaqah.net.





Reply #13 23 August, 2009, 01:24:00 PM


Guna pisau potong rambutan,
Luka berdarah di jari kanan,
Tiba ramadhan bulan keberkatan,
Terangi hidup dengan cahaya keimanan.

Reply #14 17 May, 2011, 05:28:18 PM
 :)
adik baring di atas katil..
bangun sebentar melarikan diri..
berlari kalah lagi ferarri..
rupanya nak pergi curi air di peti..


:ketawa:

Reply #15 17 May, 2011, 05:43:15 PM
jalan-jalan di bazar ramadhan..
singgah sebentar di gerai satay..
jangan dok asyik kira jam..
buka puasa lambat lagi...

:senyum:

hairilnua

  • *
  • Allahuakbar....!!
    • View Profile
Reply #16 17 May, 2011, 06:22:06 PM
Rumput kat umah ana..
Semak giler...
baru nak pose dah pk raya..
ape cer???
Aku insan yg agak selambe..
X pndai jaga hati orang..
Suke cari pasal..

Jangan call @ sms :  0193587327(hehehhe)
http://hairilnua.blogspot.com
Ada Brani?

Reply #17 17 May, 2011, 06:26:53 PM
duduk sebentar di ruang tamu..
tengok cerita drama dan kartun..
bukannya apa saudara oii..
terlajak waktu kerana doraemon..

:senyum:

Reply #18 17 August, 2011, 02:38:18 PM
Per gi ke kedai menbeli halia
Per gi bersama Pakcik Syadat
Bulan ramadhan bulan y mulia
Mari kita tingkatkan ibadat

Daun palas di buat ketupat
Di anyam same oleh kak farah
Kalo x nak hidup  merempat
Jangan lupa kita berzakat fitrah

Reply #19 17 August, 2011, 03:48:00 PM
hidup merempat tak bertempat
   syukur tetap pada Yang Esa
Ulamak kata Allah tak bertempat
   takkan dalam hati mu tiada?

Berpuasa sepertimana dahulu
   Semuga dapat bertaqwa
Jikalau masih belum tahu
   Silakan rajin rajinlah membaca

bulan puasa bulan berkat
   syaitan di katakan kena ikat
banyak free time apa lu buat
   semuga mampu bayar fitrah zakat

divider3
halaqahforum4