Al-QuRaN sEbAgAi PeMbElA dI hArI kIaMaT

*

Author Topic: Al-QuRaN sEbAgAi PeMbElA dI hArI kIaMaT  (Read 2418 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

NoZaBiZz

26 May, 2007, 09:33:51 AM
  • Publish
  • Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
    Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
    Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

    Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
    Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
    Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

    Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

    MASYAALLAH...BESARNYA GANJARANMU ALQURAN....ALLAHU AKBAR!

    ~PoStInG NuRzAiTiHaMdAn dI hAlAqAh.NeT/v1~

    Marked as best answer by about 18 September, 2014, 02:24:03 AM

    rahim

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #1 26 May, 2007, 10:32:05 AM
  • Publish
  • Undo Best Answer
  • Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
    Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
    Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

    Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
    Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
    Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

    Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

    MASYAALLAH...BESARNYA GANJARANMU ALQURAN....ALLAHU AKBAR!

    ~PoStInG NuRzAiTiHaMdAn dI hAlAqAh.NeT/v1~

     :)saya baru di sini,maaf jika saya tersilap kata,kitab Al Quran hanya lah sebuah kitab panduan,ia datang dari kalamullah,dari wahyu yg di sampaikan oleh Jibril ke dalam dada Nabi Muhammad SAW.cuma kalamullah Allah saja dan bukan termaktub apa2 apa lagi sebagai pembela,kalau saya samakan macam buku tak elok lah,tapi apa beza nya kitab dan buku,bahasa arab kitab ada lah buku.kitab ada lah panduan manusia
    untuk mempelopori dan menerajui kehidupan manusia,pada saya,kalau bandingkan antara kitab dan manusia,manusia ada lah sebaik2 kejadian,jadi manusia yg taqwa dan redha ada lah yg di kasihi Allah biar pun tak reti membaca,apa guna kalau reti membaca pun tapi Allah tak redha?lihat pula solat,dalam AL Quran ada menyebut kecuali orang2 yg percaya bahwa dia akan menemui Tuhan nya,jadi terlalu taksub dgn ayat2 Al Quran juga erti nya terhijab antara manusia dgn Tuhan nya,sedangkan Allah itu dekat,sangat dekat dan mengabulkan permohonan kita.itu yg telah ada Allah firmankan,"di dalam diri kamu sendiri,apa kah kamu tidak ketahui"minta maaf andai saya menyinggung mana2 pihak.

    halawah

    • *
    • Posts: 2592
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #2 18 March, 2008, 01:26:53 PM
  • Publish
  •  :)
    Terharu biru jika disebutkan ttg Al-Qur'an dan kenyataannya.Memang benar Al-Qur'an pembela kita semasa di Dunia dan di YaumulKiamat kelak... :ins:
    Maka Hafaz,fahamkan huraian terkandong ayat2 kalimah suci dan amalkan apa yg terkandong didalamnya,indah jiwa, tenang wajah dan bahagia hidupnya. :msya:
    Semoga kita semua tergolong kedalam orang2 yg DiRedhoi Allah swt. :aamiin:
    Wassalam.
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    halawah

    • *
    • Posts: 2592
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #3 23 June, 2008, 04:30:50 PM
  • Publish
  •   :)

    Allah Maha Kuasa;
    Ia yang menghidupkan dan mematikan kemudian menghidupkan semula;

    Surah Al-baqarah;
     bismillaah
    Yang maksudnya;
    [259] Atau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? Lalu dia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: Berapa lama engkau tinggal (di sini)? Dia menjawab: Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari. Allah berfirman: (Tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah) dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging. Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: Sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


    Keterangan ayat 259-
    Seorang nabi (yang bernama Azir) berjalan  melalui sebuah negeri yang telah rusak binasa.maka disana ia taajub dan terpekur sambil berkata;”Apakah Allah boleh menjadikan negeri ini jadi makmur dan ramai kembali?”Lalu Allah mematikannya(seperti keadaan orang mati),selama 100 tahun.Kemudian Allah bangkitkan(hidupkan)kembali sambil berkata:”Berapakah lamanya engkau tinggal disini?”Maka jawab Azir :”Cuma sehari atau setengahari”.Allah berfirman:”Sebenarnya engkau tinggal disini sudah 100 tahun lamanya.Cobalah engkau lihat makanan dan minuman engkau,tidak berubah sedikit pun jua.Dan lihat pula keledai telah hancur dan tiada lagi tinggal,melainkan tulang-tulang saja sebagai bukti,bahawa sudah lama tinggal disini.
    Kami jadikan keadaan engkau(hidup semula)sebagai bukti atas kekuasaan Kami(Allah swt).
    Cobalah engkau perhatikan lagi keadaan tulang binatang,bagaimana Kami boleh menyusunnya serta Kami beri daging untuk pembungkusnya sehingga ia menjadi kuat?
    Allah yang kuasa menjadikan segala hal yang tersebut itu,tentu kuasa pula menjadikan negeri itu jadi makmur dan baik kembali,sebagaimana Dia kuasa menghidupkan orang-orang yang mati yang telah terkubur beratus-ratus tahun lamanya.
     Tentang kejadian hal mati (seperti keadaan mati)100 tahun lamanya,ialah perkara luar biasa yang aneh/jarang sekali kejadiannya(tetapi mustahil).Hal yang seperti ini ada juga kejadian sekarang ini.Dalam majallah Al-Mukhtathaf(Surat khabar ilmu pengetahuan Barat di Mesir) ada diterangkan,bahawa pengarangnya sendiri melihat orang yang tidur satu bulan lamanya,bahkan ada pula yang dibacanya,orang yang tidur lama 41/2bulan.
    Oleh sebab itu sudah tentu Allah kuasa pula menidurkan nabi itu 100 tahun lamanya.
    Sodaqallahul 'Aziim.

    Petikan dari Kitab Tafsir Qur’an dari;
    Prof.Dr.H.Mahmud Yunus.
    Penerbit;
    Pustaka Al-Azhar .Kuala Lumpur.2 Nov.1969

    .Semoga bermenfaat !!!  :ins:
    Sayang ayatnya tak dapat dicantumkan kerana masalah keyboard tak ada huruf hijaiyyah......Maaf!



    halawah

    • *
    • Posts: 2592
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #4 26 June, 2008, 12:57:31 PM
  • Publish

  •  :)
    Sambungan keterangan ayat diatas ini;(Surah Al-baqarah)

    Makna Ijmali (keseluruhan)ayat 259;
     bismillaah

    Apabila Nabi Ibrahim dengan menetapkan pendirian  lantaran orang kafir  tetap dgn hujjah yang merusak akidah ummatnya, maka Allah menurunkan ayat tsb.agar menjelaskan hal sebenarnya;iaitu;

    1)Bahawasanya Tuhan  yang  berkuasa  atas  sesuatu.

    2)Allah itu esa/tunggal/satu tiada setara/standing  dalam kerajaan/kekuasaan dan mentadbir,
     

    3) Peringatan disini ialah menunjukkan atas menetapkan kebangkitan dan kehidupan semula,

    5)Dan  memberi tunjuk kepada pertunjuk Allah bagi orang-orang yang beriman

    6)Dan mengeluarkan mereka daripada kegelapan ( kebodohan) kepada cahaya keyakinan(Orang yang berilmu/tahu)

    7) Tiada asing pada kejatuhan kesamar-samaran hidup yang merusak bagi seorang mukmin kemudian penuntutan/penunjuk  jalan keluar melalui  Dalil/Burhan (sbg.keterangan).

    Agar Allah memberi pertunjuk jalan dan pengawasan keatas diri-sendiri.
    Dan mengeluarkan dari keheranan (kejakunan) kepada memaparkan sikap rasa tenang yang menyejukkan hati dengan penuh keyakinan.

    (Syarah disebut dalam (bhs Arab)Dalam  Kitab Tafsir Al-Maraghi)

    Sodaqallahul'aziim.



    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    71 Replies
    18163 Views
    Last post 09 May, 2010, 04:17:04 PM
    by meja
    1 Replies
    894 Views
    Last post 24 June, 2009, 10:34:53 PM
    by assiddiq
    2 Replies
    656 Views
    Last post 23 November, 2010, 11:02:33 AM
    by nazirul razali