Lailatul Qadar

*

Author Topic: Lailatul Qadar  (Read 7063 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

mencari_sinar

  • *
  • Posts: 30
  • ''Mencari Sinar Cinta Yang Agung dan Hakiki''
    • View Profile
24 September, 2007, 11:49:32 PM
  • Publish
  • Diriwayatkan dalam hadith Abdullah bin Shamid bahawa Rasulullah SAW bersabda:

    Ertinya: ''(Iaitu)ada pada bulan Ramadhan.Kerana itu,hendaklah kamu mencarinya pada sepuluh
                hari terakhir,Kerana ia terdapat pada hari-hari ganjil,iaitu pada malam 21,atau malam 23
                atau malam 25,27,29atau malam terakhir.''  (HR. Ahmad)
    Penjelasan:
          Malam laillatul qadar adalah malam ketika Allah menurunkan firmannya ke langit dunia sekaligus.Hal ini berbeza pengertianya dgn mlm nuzulul Quran.Kerana malam nuzulul Quran ialah saat pertama al-Quran diturunkan kpd Rasulullah SAW di gua Hira' yg terjadi pada 17 hari bln Ramadahn saat Rasulullah berusia 40tahun.Mengenai malam lailatul qadar ini disebutkan dlm firman Allah SWT:

    Ertinya:''Sesungguhnya.Kami telah menurunkannaya pada malam kemuliaan.Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulanPada malam itu turun malaikat-malaikat dan Jibril dgn izin Tuhan meraka mengatur segala urusan.Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar.''  (al-Qadar:1-5)

    Allah tidak menerangkan secara trperinci waktu lailatur qadar ini,yg diterangkan hanyalah nilai keutamaanya,iaitu seribu bulan.Tetapi angka seribu dlm ayat ini bukanlah angka matematik,melainkan sebagai lambang yg pengertiannya ialah jumlah yg tdk trbatas.Adapun saat tepatnya mlm lailatul qadar ini merupakan masalah ghaib,yg hanya Allah sendiri yg mgetahuinya.Kita tdk dpat mmprkirakan secara pasti mlm-mlm lailatul qadar turun.Kerana itu Rasulullah SAW tdk menetapkan secara trperinci bila tibanya mlm ini,tetapi baginda memberi perkiraan
    bahawa kemungkinan besar trjadi pada mlm 27 Ramadhan.Rasulullah bersabda :

    Ertinya:''Tentang lailatul qadar,iaitu pada malam ke 27 (Ramadhan).''     (HR.Abu Daud)
       
        Hadith ini berasal dari Muawiyah bin Abu Sufyan.Para ahli hadith menyebut Hadith ini mauquf,maksudnya hanya merupakan penyataan Muawiyah sendiri atau penafsirannya.Kerana itu,penetapan mlm ke 27 tdk dinilai sebagai ketetapan mutlak,tetapi sbgai kemungkinan saja.

    Kesimpulannya :Hendaklah kita menghidupkan atau mencari lailatul qadar dgn berjaga tanpa tidur sejak pertengahan mlm sampai waktu Subuh pada mlm-mlm ganjil dlm bln Ramadhan.
                                           
    (Sumber:Buku60amalan bln Ramadan,Muhammad Thalib,Darul Numan)
    Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu,
    Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa Amal.

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Reply #1 03 October, 2007, 02:47:13 PM
  • Publish
  • LAILATUL QADAR

    Erti Al-Qadar ialah kemuliaan atau tempat yang tinggi. Ia merupakan
    tempat untuk menentukan segala urusan dalam setiap tahun.

    Sejarah Lailatul Qadar

    Rasul Saw apabila memikirkan umur umatnya yang pendek tidak seperti
    umat-umat terdahulu, baginda menjadi berdukacita. Jika umat ini
    ingin bertanding dengan umat-umat terdahulu dari segi melakukan
    amalan-amalan soleh, sudah tentu tidak dapat menandingi amalan-
    amalan kesolehan mereka. Ini disebabkan umur umat Muhammad begitu
    pendek, mustahil untuk mengatasi mereka. Oleh itu, Allah dengan
    Rahmat-Nya telah mengurnikan malam Lailatul Qadar kepada umat
    Muhammad.

    Ayat Yang Berkaitan Dengannya.

    a) Firman Allah SWT:

    Ertinya: " Sesungguhnya Kami menurunkan (Al Quran) pada malam
    Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu?
    Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dibandingkan dengan seribu
    bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril
    dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh)
    kesejahteraan sampai terbit fajar."
    (Al Qadar: 1-5)

    b) Sabda Nabi SAW:

    "Barangsiapa melakukan ibadah pada malam Lailatul Qadar kerana iman
    dan mencari pahala, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni."

    Bagaimana Mencarinya?

    Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa Rasul SAW`bersabda:

    "Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil di dalam 10
    hari terakhir daripada bulan Ramadhan."

    Maksudnya seseorang itu carilah malam Lailatul Qadar pada malam 21,
    23,25, 27 atau 29. Oleh kerana kita tidak tahu mana satukah malam
    yang tepat, sebaik-baiknya berjaga malam untuk beribadah dengan
    harapan supaya bertemu pada salah satu malam. Ini berdasarkan Hadis
    sumber dari Abu Dzar r.a:

    "Kami (para Sahabat) berpuasa Ramadhan bersama Rasul SAW, sampai
    malam ke 22, baginda tidak melakukan sembahyang malam bersamaku.
    Baru malam ke 23 baginda melakukan sembahyang malam bersamaku hingga
    1/3 malam. Pada malam yang ke 24, baginda tidak melakukannya. Pada
    malam yang kje 25 baginda melakukannya bersamaku sampai ½ malam.

    Baginda bersabda: "Sesungguhnya seorang yang melakukan sembahyang
    malam bersama imam hinga selesai, maka akan dicatat untuknya malam-
    malam yang lain." Kemudian pada malam ke 26, baginda tidak
    melakukannya. Dan pada malam yang ke 27 itulah baginda melakukannya,
    bahkan sampai menyuruh keluarga dan ramai orang berkumpul (solat
    jemaah) selama hamper semalam suntuk, sampai-sampai kami semua
    bimbang terlambat makan sahur."

    Tanda-tanda Berlaku Lailatul Qadar

    Ubadah bin Samit r.a pernah bertanyakan Rasul SAW mengenai Lailatul
    Qadar. Antara jawapan baginda:

    " Di antara tanda-tanda pada malam itu ialah ianya mempunyai suasana
    ketenangan dan sedikit kecerahan, tidak kepanasan, tidak kesejukan.
    Bulan berkeadaan terang tanpa memancar hingga ke subuh. Tiada panah-
    panah api yang dilontarkan kea rah syaitan. Tanda yang lain pula
    ialah matahari di pagi itu naik tanpa cahaya yang bersinar kuat,
    muncul seolah-olah seperti bulan purnama (penuh). Pada hari itu
    Allah mengharamkan syaitan untuk naik bersama-sama dengan matahari."

    Bertemu Lailatul Qadar

    Jika terjumpa malam Lailatul Qadar, bacalah doa berikut seperti
    sabda Rasul SAW yang maksudnya:

    "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun. Engkau suka
    mengampuni, maka ampunilah aku."

    Keutamaan Lailatul Qadar

    a) Kata Al Imam Ar-Razy:

    Ketika fajar telah menyinsing pada Qadar, maka malaikat Jibril a.s
    berseru: "Hai para malaikat, berangkatlah, berangkatlah! " Mereka
    sama berkata: "Hai malaikat Jibril, apakah yang telah diperlakukan
    oleh Allah terhadap orang-orang Islam dari umat Muhammad pada malam
    ini? Kata Jibril: "Sesungguhnya Allah memerhatian mereka dengan
    kasih sayang dan telah memaafkan mereka serta mengampuni mereka,
    kecuali 4 orang iaitu peminum arak, orang yang derhaka kepada kedua
    orang tua, orang yang memutuskan tali persaudaraan dan orang yang
    gemar bermusuhan, yakni orang yang selalu suka bertengkar yang tidak
    mahu berbicara dengan saudaranya lebih dari 3 hari."

    b) Nabi Musa a.s bermunajat kepada Allah:

    "Tuhanku, aku ingin dekat dengan Engkau." Firman Allah: "Aku dekat
    dengan orang yang bangun di malam Qadar." Kata Nabi Musa
    a.s: "Tuhanku, aku ingin rahmat-Mu." Firman Allah: "Rahmat-Ku bagi
    orang yang berksih sayang kepada si miskin pada malam Qadar." Kata
    Nabi Musa lagi:" Tuhanku, aku ingin supaya dapat melintai
    Silatulmustaqim dengan cepat laksana halilintar." Firman Allah
    menjawab: " Yang demikian itu bagi orang yang bersekah pada malam
    Lailatul Qadar." Nabi Musa bermunajat lagi: " Aku mahu duduk teduh
    di bawah pohon-pohon Syurga serta makan buah-buahannya. ." Firman
    Allah: "Yang demikian itu bagi orang yang bertasbih dengan sungguh-
    sungguh pada malam Qadar." "Wahai Tuhanku, aku ingin selamat dari
    Neraka." Firman Allah : " Yang demikian itu bagi orang-orang yang
    beristighfar atau memohon ampunan kepada Allah pada malam Qadar
    sampai Subuh." Kata nabi Musa lagi: "Aku ingin keredhaan-Mu. " Allah
    berfirman: "Keredhaan-Ku bagi orang yang mengerjakan solat 2 rakaat
    pada malam Qadar."

    c) Nabi SAW bersabda yang maksudnya:

    "Sesungguhnya setiap saat di malam hari dan siang hari pada bulan
    Ramadhan sampai malam Lailatul Qadar, Allah membebaskan para hamba-
    Nya sebanyak 600,000 dari Neraka, mereka itu dari orang-orang yang
    seharusnya mendapat seksa. Di malam Lailatul Qadar, Dia (Allah)
    membebaskan hamba-Nya sebanyak jumlah hamba yang dibebaskan dari
    awal Ramadhan, dan pada Hari Raya, Dia (Allah) membebaskan sebanyak
    jumlah hamba yang dibebskan sebulan (Ramadhan) di tambah dim lam
    Lailatul Qadar." (Tanbigul Ghofilin)
    TuhAN cInTa aGuNg..

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Reply #2 24 September, 2008, 03:36:20 PM
  • Publish
  • SALAH KONSEP TENTANG LAILATUL QADAR

    Lailatul Qadar adalah suatu hadiah berharga dari Tuhan yang mana bukan semua orang dapat. Ia hanya untuk orang yang membaiki diri dengan puasanya hingga bersih rohnya. Sebab itulah hikmah Lailatul Qadar itu di hujung Ramadhan Tuhan hendak tunggu perubahan hamba-hamba-Nya untuk layak dapat anugerah itu. Ibarat orang masuk periksa, bukan semua dapat hadiah. Hanya yang berjaya layak mendapat hadiah. Siapa yang beribadah di bulan puasa, apabila masuk waktu Lailatul Qadar, akan dapat pahala 1000 tahun beribadah.

    Janganlah kita menipu diri. Di hari ganjil kita ibadah betul-betul, di hari genap tidak. Selama ini kita tidak pernah diberi faham. Hadiah pahala 83 tahun ibadah itu hanya bagi siapa yang berjaya selama sepanjang Ramadan. Ia adalah rahmat Tuhan kepada orang yang berjaya membaiki diri. Kebanyakan orang hari ini anggap dapat Lailatul Qadar macam dapat durian runtuh. Lailatul Qadar seolah-olah sudah jadi mainan.

    Kita berpuasa untuk apa sebenarnya, adakah hendak dapat Lailatul Qadar atau hendakkan Tuhan? Sedangkan Lailatul Qadar itu cuma fadhilat. Contohnya kita masuk peperiksaan, apakah kerana hormat dan taat dengan arahan guru atau kerana hendak hadiah dari guru. Kalau guru hendak beri hadiah, itu terpulang kepada guru. Begitu juga dengan Tuhan. Hak Tuhanlah untuk beri hadiah. Tugas kita beribadah untuk dapatkan Tuhan mengabdikan diri kepada-Nya. Di samping itu Tuhan berjanji untuk memberi balasan. Namun kita tidak disuruh untuk mengejar balasan itu. Sebenarnya kalau kita kaji secara hakikat, Tuhan jadikan Lailatul Qadar atau balasan Syurga itu sebagai ujian. Adakah kita beribadah kerana Allah atau kerana hendakkan Syurga.

    Selama ini kita tersalah konsep, beribadah kerana hendak pahala. Contohnya macam petani. Adakah petani itu asyik memikirkan dapat hasil ketika hendak menanam padi. Tidak. Sebaliknya dia sibuk memikirkan bagaimana hendak pilih benih, hendak tanam benih, hendak pilih baja. Bila sudah tanam, fikirkan pula macam mana hendak jaga. Petani tidak pun sebut pasal buah. Dapat hasil itu sudah maklum akan diperolehi. Kalau sembahyang itu betul, fadhilat tentu dapat. Itu Tuhan yang tentukan. Kita sebagai hamba usah fikirlah fadhilat. Walaupun seseorang itu tidak pernah belajar tentang fadhilat, tapi dia puasa dengan menghayatinya, dia tetap akan dapat pahala Lailatul Qadar. Sedangkan kalau ada orang yang belajar dan faham betul tentang Lailatul Qadar tetapi puasa dan amal ibadahnya tidak ikut disiplin, tidak hayati, dia tidak akan dapat pahala Lailatul Qadar.

    syafiqah96

    • *
    • Posts: 111
      • View Profile
    Reply #3 29 August, 2010, 03:02:32 AM
  • Publish
  • Sayangnya, kita lebih terfokus melihat tanda-tanda mendapat Al Qadar pada alam, pada pokok, air dan lain-lain yang berada di luar diri. Sedangkan tanda mendapat Al Qadar itu ada pada diri sendiri. Bukankah mereka yang bertemu dengan malam Al Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya “diangkat” oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah? Jadi, jika seseorang mendapat Al Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat.

    Justeru, tepuk dada dan tanyalah diri sendiri, bagaimana akhlak kita selepas “malam tadi” (malam yang dirasakan malam Al Qadar) apakah sudah berubah… terasa lebih ringan melaksanakan kebaikan dan rasa semakin enggan melakukan kejahatan? Jika ya, ya… kita telah mendapat malam Al Qadar. Bagaimana pula dengan sifat mazmumah – marah, hasad dengki, dendam, penakut, bakhil, cinta dunia, gila puji, riyak, ujub, cinta makan? Apakah semua sifat mazmumah itu semakin kendur, kalau tidak pun lebur sama sekali? Jika jawapannya ya, ya… malam Al Qadar sudah menjadi milik kita!

    Malam Al Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar. Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail. Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.

    Salah satu urusan ialah “bertamu dalam hati” orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah. Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu. Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari syaitan) dalam hati orang tersebut.

    Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan “hati kecil” yang suci dan baik. Kedua, bisikan “hati besar” yang kotor dan jahat. Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan. Antara ilham dan waswas. Siapa yang menang, dialah yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh “penakluknya”.

    Orang yang mendapat malam Al Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya. Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya. Mujahadahnya akan terbantu. Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin. Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan… maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan. Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.

    Itulah hati orang yang telah mendapat malam Al Qadar. Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya. Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk. Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara… Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya. Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah. Dan itulah tanda-tanda malam Al Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang paling sempurna.

    Semoga malam-malam berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada Al Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu. Kita tidak akan menunggu tetapi kita akan memburu. Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir. Sampai bila? Sampai bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, setiap malam adalah malam Al Qadar. Al Qadar boleh datang, boleh pergi… tetapi Penciptanya sentiasa ada… sampai bila-bila. Semoga kita mati, setelah bertemu malam Al Qadar ini  atau dalam perjalanan menuju malam Al Qadar nanti…

    Persediaan menenemuinya bukan dibuat  semalaman, seharian, mingguan atau bulanan. Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk “menemuinya”. Mengapa? Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat. Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita!
    Ya Allah, untuk mengatakan cinta, aku takut berdusta. Untuk mengatakan tidak, aku takut derhaka. Aku hanya insan hina, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku… Jangan KAU pinggirkan aku wahai Rahman, wahai Rahim.

    .....
    penulis artikel ini: Pahrol Mohd Joui

    azrinkun

    • *
    • Posts: 1642
    • -keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-
      • View Profile
    Reply #4 29 August, 2010, 04:50:27 AM
  • Publish

  • Rasulullah SAW telah menjelaskan di antara tanda-tanda Lailatul Qadar ialah:

    · Malam yang sepi, tenang dan bercahaya;

    · Tidak panas atau sejuk (sederhana) seolah bulan memancar terang;

    · Tiada petir atau kilat sabung menyabung sehingga subuh;

    · Pada paginya matahari akan timbul tanpa pancaran cahaya, seperti bulan mengambang

    Tanda ini amat jarang ditemui, kecuali tanda terakhir yang pernah terjadi. Andai bertemu dengan malam ini, maka ucapkanlah doa berikut yang bermaksud:

    "Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang mengurniakan keampunan terhadap dosaku. Dikau suka mengampun, maka ampunilah daku."

    Pada malam ini juga Jibrail a.s akan turun ke bumi dan mengarahkan setiap malaikat berkunjung, memberi salam dan berjabat tangan dengan mukmin yang sedang beribadat di rumah mereka. Namun malaikat-malaikat ini tidak akan mendatangi mana-mana rumah yang di dalamnya ada haiwan-haiwan peliharaan yang haram, penzina, juga rumah yang di dalamnya tergantung perhiasan atau gambar haiwan dan manusia. Justeru, awasilah perlakuan kita dan sentiasalah berusaha meningkatkan iman, terutamanya dalam Ramadhan ini.
    Syahadah no.1 ..  Ikut Rasulullah saw..
    jalan islam itu tauhid. jalan mukmin itu syahadat

    nur huda

    • *
    • Posts: 96
      • View Profile
    Reply #5 31 August, 2010, 08:49:09 AM
  • Publish
  • syukran....
    informasi yang sangat berguna

    qaseh2003

    • *
    • Posts: 306
    • Anugerah Allah
      • View Profile
    Reply #6 31 August, 2010, 09:31:17 AM
  • Publish
  • terima kasih banyak2.. diatas ilmu yang diberi..
     harap2 kita menjadi diantara insan yang terpilih..

    Nasihat Rasullullah kepada Mu’awiyah : Wahai Mu’wiyah, jauhi sifat marah kerana marah dapat merosakkan iman seseorang sebagaimana pahit jadam merosakkan madu yang manis..

    Atuk

    • *
    • Posts: 267
      • View Profile
    Reply #7 31 August, 2010, 10:07:49 AM
  • Publish

  • Ya Allah, untuk mengatakan cinta, aku takut berdusta. Untuk mengatakan tidak, aku takut derhaka. Aku hanya insan hina, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku… Jangan KAU pinggirkan aku wahai Rahman, wahai Rahim.

    syahdu nya kata2...

    halawah

    • *
    • Posts: 2606
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #8 31 August, 2010, 10:10:59 AM
  • Publish
  •  :)
    Ingin saya tambahkan dari hasil bacaan dari kitab lama (bahasa Arab jawi lama)bernama; Matholaghil-Baddarain Wa-Majmail-bahrain;
    Yang menerangkan Fadailul-lailatul-Qadar (Kelebihan)menghidupkan Malam Lailatul-Qadar;
    1)Allah swt mengampunkan dosa-dosa yang terdahulu
    2)ditingkatkan mertabat(kedudukan)

    Caranya;
    Dengan menghidupkan Malam -lailatul-Qadar ini dengan berbuat banyak Ibadah=Solat-
    solat sunnat,misalnya;8Rakaat terawikh menjadikan 20 rakaat
    Bertadarrus Al-Qur,an
    Berbanyakkan Zikir dan Doa

    Bangun dipertiga malam atau seperempat malam;mendirikan;
     Solat Sunnat tahajjud 2rakaat+2Rakaat=4 rakaat(sekurang2nya)
    Solat Taubat=2 Rakaat
    Solat Tasbih jika sebuah daerah itu membuatnya 4 Rakaat
    Solat hajat 2 rakaat(sekurang2nya)mohonlah apa-apa yang dikehendaki dalam hidup ini yang baik-baik
    Solat Witir 3 Rakaat,sekaligus atau pun 2 rakat satu salam+1 Rakaat (kerana Allah swt sangat Cinta orang yang suka mendirikan Solat witir walaupun satu rakaat)kerana Allah swt itu ganjil/satu/Esa maka ia cinta kepada yang ganjil..
    Boleh dilakukan di rumah
    Sebaik-baiknya melakukan secara jemaah di dalam Masjid dengan niat Iktikaf di Bulan Ramadhan mengikut Sunnah Rasulillah saw.
    Tidak dapat sepenuhnya iktikaf sekadar lalu atau duduk sekejap jua sudah dapat pahala iktikaf(bagi yang kerja shift malam)
    kerana Iktikaf itu Hukumnya; sunnatul-Muakkaadah (sunnat yang diperkuatkan/sunnat yang sama hukum =Wajib)

    Iktikaf di Bulan Ramadhan ini dengan bertujuan untuk mencari dan menemukan Malam Keistimewaan bagi ummat Muhammad saw iaitu Malam Lailatul-Qadar(malam seribu satu bulan) jika kita beribadah pada malam tersebut kebetulannya jatuh Malam Lailatul-Qadar ini maka ibadah kita  pada malam itu seumpama kita beribadah seribu satu malam Syaratnya Iktikaf dalam masjid/surau/tempat suci..
    (Ooo alangkah besarnya..Kaya..kaya..kaya..Bonus dari Allah swt)cari ..kerjakan dan kejar usah terlepas masih awal lagi ni.. :ins:

    Bagi Pendapat Imam Syafi'e Rahimakumulallah ;
    Hal ini boleh berlaku/terjadi
    pada Tarikh ganjil terakhir di dalam Bulan Ramadhan,(Kiraan hijrah)
    dan  boleh menemukannya pada malam-malam ganjil tarikh; 21 Ramadhan dan 23 Ramadhan=Sebab tarikh ini yang selalu Imam Syafi,e menemuinya mengikut pengalaman beliau.
    dan boleh juga berlaku pada malam 25,27 dan 29 Ramadhan

    Pada Pendapat Imam Ghazali pula atas pengalaman beliau jua;
    hal ini boleh berlaku pada 15 terakhir di Bulan Ramadhan dapat diketahui mengikut jadual tertentu;
    Misalnya=
    1)Jika Awal/Pertama hari Bulan  Ramadhan(Berpuasa) ini bermula pada  =Hari Ahad/Minggu atau pun Hari Rabu (yaumul-Arbi'aa)= maka  Malam  Lailatul-Qadar nya jatuh pada malam ke 29 hr(hijrah).

    2)Jika Awal/pertama hari berpuasa di Bulan Ramadhan ini jatuh pada Hari Isnin maka Malam -Lailatul-Qadarnya berlaku=pada 21 hr Ramadhan

    3)Jika Awal/pertama hari berpuasa di Bulan Ramadhan ini jatuh pada Hari Selasa / Jumaat maka jatuh/berlakunya Malam Lailatul-Qadarnya pada 27hr bln Ramadhan

    4)Jika Awal/pertama hari berpuasa di Bulan Ramadhan ini jatuh pada Hari Khamis maka jatuh/berlakunya Malam Lailatul-Qadarnya pada 25hr bln Ramadhan

    5)Jika Awal/pertama hari berpuasa di Bulan Ramadhan ini jatuh pada Hari Sabtu  maka jatuh/berlakunya Malam Lailatul-Qadarnya pada 23hb di bulan Ramadhan.

    Jika Menemui malam tersebut berdoalah dengan;Allahumma Innaka 'Afuun Karim tuhibbul-'afwa Faafu 'Anna Ya kariim..
    begitulah pengalaman Aisyah ketika ia menemui Malam Lailatul-Qadar maka Rasulullah saw mengajarkannya aga berdoa serupa itu..

    Hidupnya dalam setahun di jaminkan Baik tetap baik dan amalannya seribu tahun Insya Allah dalam Keberkatan..
    semoga pengalaman yang teruji dan telah ditemui oleh para Hukama kita dapat sama-sama kita mencari pengalaman itu dan kita perolehinya dengan Selamat,dimurahkan Rezki ditambahkan Ilmu dan hidup yang baik cita2 yang diidamkan semua tercapai dengan cara jalan yang mudah..Amien.

    Marilah kuatkan Iktiqad/Azam  yang kuat berusaha dari hari ini dalam melaksanakan perintah Allah swt. hingga kita ketemukannya.
    Syaratnya; mahu  berbanyak usaha Amal-Ibadah dan tilawah Al-Quran sekurang2nya Istighfar dan Zikrullah...

    Wabillahit-taufiq Walhidayah Wassalam.

    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    halawah

    • *
    • Posts: 2606
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #9 31 August, 2010, 10:15:37 AM
  • Publish

  • Ya Allah, untuk mengatakan cinta, aku takut berdusta. Untuk mengatakan tidak, aku takut derhaka. Aku hanya insan hina, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku… Jangan KAU pinggirkan aku wahai Rahman, wahai Rahim.

    syahdu nya kata2...
    :) Atuk tulun nangis menangiis sama2 ah! tu aja yg boleh buat kan..senyum dalam tangisan senyum* ceria*
    Bermaafan lah kita bersama di dalam kesibukan mencari CINTA ALLAH..kasau je Atuk orang lagi syok BERCINTO dengan Allah Ia kejutkan dalam Jaga..bukan mimpi malam Ramadhan Syiar yang mesti dijaga..Maafkan kami..maafkan kami..maafkan kami..maafkan kami..banyak2lah..maaf..maaf..maaf

    sherah

    • *
    • Posts: 20
      • View Profile
    Reply #10 31 August, 2010, 10:38:04 AM
  • Publish
  • sye sgt berharap utk jmpe mlm nie...
    tpi sye t'sungkur dlm perjalanan ke mlm2 nie...
    semuge ALLAH beri kekuatan pde sye...
    utk bgun bertaqarrub pdenye~
    jgn lh kmu mencari keredaan manusia dlm kemurkaan Allah

    Eyda Aam

    • *
    • Posts: 685
    • Wanita solehah adalah sebaik2 perhiasan duniawi
      • View Profile
    Reply #11 31 August, 2010, 11:22:10 AM
  • Publish

  • Mencari Lailatul Qadar.........
    Itu impian setiap muslimin .......
    Sudah pasti ingin mendapatkannya.....
    ALLAH.....
    Berbahagialah kepada mereka yang terpilih...

    Tapi kenapa ALLAH merahsiakan malam ni?...
    Ada sebabnya.....
    Untuk menguji sejauh mana tahap mana amalan kita
    Untuk menguji seikhlas mana amalan kita
    Untuk menguji sekuat mana kita beramalan.

    wALLAHu'alam

    Firman ALLAH :
    “Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada malam lailatul qadar.Tahukah kamu apakah malam lailatul qadar itu? Malam al-Qadar adalah lebih baik dari seribu bulan.. Turunlah  para Malaikat dan ruh (Jibrail ) ke bumi dengan izin RABBnya untuk menjalankan segala urusan.Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar.”
    (al-Qadr: 1-5)

    *  atuk. sedihla dengan doa atuk tu. :'(
    ALLAH sentiasa dekat dengan kita.

    halawah

    • *
    • Posts: 2606
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #12 02 September, 2010, 10:05:38 AM
  • Publish
  • :)
    Ingin saya tambahkan dari hasil bacaan dari kitab lama (bahasa Arab jawi lama)bernama; Matholaghil-Baddarain Wa-Majmail-bahrain;
    Yang menerangkan Fadailul-lailatul-Qadar (Kelebihan)menghidupkan Malam Lailatul-Qadar;
    1)Allah swt mengampunkan dosa-dosa yang terdahulu
    2)ditingkatkan mertabat(kedudukan)

    Caranya;
    Dengan menghidupkan Malam -lailatul-Qadar ini dengan berbuat banyak Ibadah=Solat-
    solat sunnat,misalnya;8Rakaat terawikh menjadikan 20 rakaat
    Bertadarrus Al-Qur,an
    Berbanyakkan Zikir dan Doa

    Bangun dipertiga malam atau seperempat malam;mendirikan;
     Solat Sunnat tahajjud 2rakaat+2Rakaat=4 rakaat(sekurang2nya)
    Solat Taubat=2 Rakaat
    Solat Tasbih jika sebuah daerah itu membuatnya 4 Rakaat
    Solat hajat 2 rakaat(sekurang2nya)mohonlah apa-apa yang dikehendaki dalam hidup ini yang baik-baik
    Solat Witir 3 Rakaat,sekaligus atau pun 2 rakat satu salam+1 Rakaat (kerana Allah swt sangat Cinta orang yang suka mendirikan Solat witir walaupun satu rakaat)kerana Allah swt itu ganjil/satu/Esa maka ia cinta kepada yang ganjil..
    Boleh dilakukan di rumah
    Sebaik-baiknya melakukan secara jemaah di dalam Masjid dengan niat Iktikaf di Bulan Ramadhan mengikut Sunnah Rasulillah saw.
    Tidak dapat sepenuhnya iktikaf sekadar lalu atau duduk sekejap jua sudah dapat pahala iktikaf(bagi yang kerja shift malam)
    kerana Iktikaf itu Hukumnya; sunnatul-Muakkaadah (sunnat yang diperkuatkan/sunnat yang sama hukum =Wajib)

    Iktikaf di Bulan Ramadhan ini dengan bertujuan untuk mencari dan menemukan Malam Keistimewaan bagi ummat Muhammad saw iaitu Malam Lailatul-Qadar(malam seribu satu bulan) jika kita beribadah pada malam tersebut kebetulannya jatuh Malam Lailatul-Qadar ini maka ibadah kita  pada malam itu seumpama kita beribadah seribu satu malam Syaratnya Iktikaf dalam masjid/surau/tempat suci..
    (Ooo alangkah besarnya..Kaya..kaya..kaya..Bonus dari Allah swt)cari ..kerjakan dan kejar usah terlepas masih awal lagi ni.. :ins:

    Bagi Pendapat Imam Syafi'e Rahimakumulallah ;
    Hal ini boleh berlaku/terjadi
    pada Tarikh ganjil terakhir di dalam Bulan Ramadhan,(Kiraan hijrah)
    dan  boleh menemukannya pada malam-malam ganjil tarikh; 21 Ramadhan dan 23 Ramadhan=Sebab tarikh ini yang selalu Imam Syafi,e menemuinya mengikut pengalaman beliau.
    dan boleh juga berlaku pada malam 25,27 dan 29 Ramadhan

    Pada Pendapat Imam Ghazali pula atas pengalaman beliau jua;
    hal ini boleh berlaku pada 15 terakhir di Bulan Ramadhan dapat diketahui mengikut jadual tertentu;
    Misalnya=
    1)Jika Awal/Pertama hari Bulan  Ramadhan(Berpuasa) ini bermula pada  =Hari Ahad/Minggu atau pun Hari Rabu (yaumul-Arbi'aa)= maka  Malam  Lailatul-Qadar nya jatuh pada malam ke 29 hr(hijrah).

    2)Jika Awal/pertama hari berpuasa di Bulan Ramadhan ini jatuh pada Hari Isnin maka Malam -Lailatul-Qadarnya berlaku=pada 21 hr Ramadhan

    3)Jika Awal/pertama hari berpuasa di Bulan Ramadhan ini jatuh pada Hari Selasa / Jumaat maka jatuh/berlakunya Malam Lailatul-Qadarnya pada 27hr bln Ramadhan

    4)Jika Awal/pertama hari berpuasa di Bulan Ramadhan ini jatuh pada Hari Khamis maka jatuh/berlakunya Malam Lailatul-Qadarnya pada 25hr bln Ramadhan

    5)Jika Awal/pertama hari berpuasa di Bulan Ramadhan ini jatuh pada Hari Sabtu  maka jatuh/berlakunya Malam Lailatul-Qadarnya pada 23hb di bulan Ramadhan.

    Jika Menemui malam tersebut berdoalah dengan;Allahumma Innaka 'Afuun Karim tuhibbul-'afwa Faafu 'Anna Ya kariim..
    begitulah pengalaman Aisyah ketika ia menemui Malam Lailatul-Qadar maka Rasulullah saw mengajarkannya aga berdoa serupa itu..

    Hidupnya dalam setahun di jaminkan Baik tetap baik dan amalannya seribu tahun Insya Allah dalam Keberkatan..
    semoga pengalaman yang teruji dan telah ditemui oleh para Hukama kita dapat sama-sama kita mencari pengalaman itu dan kita perolehinya dengan Selamat,dimurahkan Rezki ditambahkan Ilmu dan hidup yang baik cita2 yang diidamkan semua tercapai dengan cara jalan yang mudah..Amien.

    Marilah kuatkan Iktiqad/Azam  yang kuat berusaha dari hari ini dalam melaksanakan perintah Allah swt. hingga kita ketemukannya.
    Syaratnya; mahu  berbanyak usaha Amal-Ibadah dan tilawah Al-Quran sekurang2nya Istighfar dan Zikrullah...

    Wabillahit-taufiq Walhidayah Wassalam.

    Malam idaman setiap insan baca

    5zul

    • *
    • Posts: 3023
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #13 10 August, 2012, 06:32:48 PM
  • Publish
  • Sejahtera hendakNya....

    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    leha

    • *
    • Posts: 245
    • I love Allah and Rasulullah
      • View Profile
    Reply #14 11 August, 2012, 10:14:32 AM
  • Publish

  • Ya Allah, untuk mengatakan cinta, aku takut berdusta. Untuk mengatakan tidak, aku takut derhaka. Aku hanya insan hina, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku… Jangan KAU pinggirkan aku wahai Rahman, wahai Rahim.

    syahdu nya kata2...

    amin,.... :'(

    Ya Allah...temukanlah kami dengan malam LailatulQadar.......ampunkan segala dosa kami ya Rabb...
    Ramadhan bakal melabuhkan tirainya...subhanaAllah...dapatkah kita bertemu lagi wahai bulan Ramadhan?
    -MANUSIA MENILAI DARI PERBUATAN,TETAPI ALLAH S.W.T MENILAI  DARI HATI SEORANG HAMBANYA-

    keMuNcUpp

    • *
    • Posts: 881
      • View Profile
    Reply #15 03 August, 2013, 10:59:02 AM
  • Publish
  • Lailatul Qadar...

    Allahu akhbar !

    Tazkirah dari Imam Gaza Sheikh Raed.....
    untuk kita kongsi brsama.....

    ~Hendaklah kita memulakan setiap pagi kita dengan Quran juga kena lazimkan diri dengan solat sunat Nawafil. Juga solat Dhuha. Ramai pemuda tinggalkan Dhuha. Dhuha adalah untuk orang yang hatinya dekat dengan Allah swt.

    Qiamullail, Allah nyatakan ia paling susah, kerana kita perlu bangun menghadap Allah swt. Tetapi ia lah yang mampu buat kita tetap di jalan Dakwah.

    Cuba kita imbas jadual harian kita. Bermula dengan subuh di Masjid, kemudian Quran, Dhuha, setiap solat di masjid, kmudian Qiamullail di rumah. Perkara ini dilakukan oleh org biasa, bukan hanya Daie seperti kita sahaja yang buat!!!

    Apa yg bezakan kita dan manusia biasa? bezanya adalah beban dakwah di bahu kita. org lain mesti dapat berkah daripada kita. Daripada Zuluumat-->Cahaya..tanggungjawab kita lebih banyak dari masa. Maka kita harus pelihara setiap saat masa kita dengan perkara bermanfaat.
    kita tak boleh walau 1 minit dengan perkara tak berfaedah. bagaimana nak buat? ikat hati dan lidah kita dengan mengingati Allah swt. Walaupun tengah traffic jem boleh ingat Allah swt.

    Tanggungjawab kita tak berhenti setakat negara kita. Tetapi kita perlu ambil berat masaalah ummah islam di negara lain juga. Hadis "barangsiapa yang tak Ihtimam kepada hal umat Islam maka kamu bukan sebahagian darinya"
    Tanggungjawab kita lebih byk drpd masa kita. Kita sedar bahawa keupayaan kita tak sebanyak mana. Bahkan Bumi dan gunung ganang tak mahu terima beban ini!!

    Ketika saya sampai ke Malaysia, saya lihat sangat mudah kita buat dakwah. Maka wajib terhadap kita utk pelbagaikan wasilah dan cara dakwah. Be Creative.

    Ustaz ada Hikmah. Org muda ada semangat dan perlu digabungkan kedua-duanya
    setiap dari kita ada keistimewaan msg2. Maka carilah. Ada org mati tanpa tahu keistimewaan masing2. Allah swt cipta manusia dengan keistimewaan tertentu. Maka carilah.

    Selain dari itu, kita harus cari titik persamaan antara kita. Setiap skru dalam enjin main peranan. Semua penting!!

    Kita kena pastikan setiap ikhwah sama2 bekerja. Walaupon ia skru kecil, ada fungsinya. Mesti digunakan segala yang ada.

    Kita saling lengkap melengkapi. Lihat para sahabat, antara mereka mujahideen. Contohnya Khalid Alwalid. Dia hafal Quran sangat sedikit. Dia banyak berperang. Dia dilucutkan jawatan oleh Saidina Umar ketika Perang Yarmouk. dia sibuk dengan Jihad.

    Abu Hurairah. Beliau hafal paling banyak hadis Nabi. Umpama enseklopeia bagi nabi. Tetapi jika lihat dlm bidang Jihad perang, sedikit sumbangannya.
    Hasan bin tsabit. Dia penyair nabi. Setiap kali ada org kafir nak caci nabi, beliau akan bangun dan back-up Nabi dgn syair. Satu masa, ada org kafir, dan Safiyyah minta Hasan bin Tsabit bunuh org kafir ni, taip dia tak boleh sebab dia hanya penyair. Dan jadinya, yang bunuh orang tu adalah Safiyyah.

    Dan saay datnagkan contoh sahabat ini,bahawa kita saling lengkap melengkapi. Kita di akhirat nanti, kita dihisab seorang demi seorang. Kita memperkuat Jamaah. Apabila kita intima diri kita dengan Jamaah, itu bukan jaminan masuk syurga. Tetapi kita sama2 memikul beban dakwah.
    Akhir kalam, antum adalah tonggak Dakwah. Antum yg akan ubah masyarakat. Antum lah pemikir yg kritis.

    Jgn kita pandang kecik amalan2 kecil. Setiap apa yg kita buat walaupon kecil akan dihisab oleh Allah swt.

    Terima kasih. Saya harap apa yang keluar dari mulut saya terpahat di hati antum. Moga kita berkumpul dan berjumpa di Masjidil Aqsa. Jika tak pon, kita jumpa di Jannah. Di jannatul Firdaus. Ameen
    Bagaimana nak teruskan momentum amal slps Ramadhan?

    Hadis "golongan yang dapat perlindungan Allah di hari akhirat-2 lelaki yg berjumpa krn Allah swt". Tu 2 org, tp antum ramai!! Kita saling tegur menegur. Jika ada sahabat yg lewat subuh, kita tegur. Saling nasihat menasihati kerana Allah swt. Bukan utk memperkecilkanya, tetapi kerana Allah swt
    Kita banyak masa. Saya kenal orang yang pergi kerja naik kereta 2 jam perjalanan. Apa dia buat? dia letak alquran depan mata masa memandu. Jadi dia guna masa memandu untuk menghafal. Boleh buat. Jagalah masa kita. Berdampinglah dengan sahabat yg baik. Iman kita naik turun. Dan sahabat yang iman yang tinggi, akan menarik iman kita naik ketika iman kita jatuh.
    Adakah bahasa arab ni penting?

    B.Arab ni lughatul quran. Kalaulah Quran ni tak turun dalam bahasa arab, makah. saya akan kata B.Arab ni tak penting. Tetapa Quran turun daalm B.Arab. Maka sangat penting kita mahir dalam B.Arab agar kita dapat memahami Quran dengan lebih baik~~~~

    Masih ada waktu lagi untak kita menempatkan diri dan
    Bertemu Laillatul qadr...

    ~~Laras bahasanya kurang jelas...ada sesiapa boleh jelaskan
    ♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫​♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫ ♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫​♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫
    CatcH Me If U CaN...LoVe Me If U WaNt...HaTe Me IF U DarE...Hidup ini indah jika Ukhwah Fillah Ila Jannah ++++++

    Ana Tholibah

    • *
    • Posts: 1374
      • View Profile
    Reply #16 03 August, 2013, 05:25:54 PM
  • Publish
  • Berdasarkan Tanda-Tanda Lailatul Qadr Yang Telah Dinyatakan Didalam Post Diatas:
    Tak Merasai Tanda-tandanya?

    Ini jawapannya:

    Namun yang penting pada malam al-qadar (lailatul qadar) ialah beramal pada malam tersebut. Berkata Imam al-Munawi; “Orang yang tidak dapat melihat tanda, tidak mesti dia tidak mendapat malam tersebut. Boleh jadi seorang yang bangun beribadah di malam itu, ia hanya dikurniakan Allah kesempatan beribadah, tanpa dapat melihat sebarang tandanya. Orang itu di sisi Allah lebih baik dan lebih mulia daripada orang yang hanya melihat tanda sahaja (tetapi tidak beribadah di malam tersebut)” (Faidhul Qadier; 7728).

    Ustaz Ahmad Adnan Fadzil,   
    02 Ogos 2013

    4 days only

    -fb kak msa-
    "The spirit of knowledge is action"..

    Fakir Billah

    • *
    • Posts: 917
      • View Profile
    Reply #17 03 August, 2013, 09:12:19 PM
  • Publish
  •  Di situ tersingkap kuasa kebesaran Allah yang Allah sendiri bukakan untuk makluknya selama ia bertemu dengan malam ( kedudukan tumpuan & penyaksian diketika itu )

    zietahassan

    • *
    • Posts: 160
    • mencari kebaikan walau hanya seberat zarah
      • View Profile
    Reply #18 04 August, 2013, 10:00:51 AM
  • Publish
  • Nak senang jadikan setiap malam seperti malam Lailatul Qadar.. tak payah nak cari dah.. :senyum: Berkata memanglah mudah tapi nak buat kenalah bermujahadah... perlahan janji pasti...
    Kurniakan kepadaku hati yang mencintaiMU..aku ingin dekat denganMU

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #19 04 August, 2013, 02:14:37 PM
  • Publish
  • Lailatul Qadar memang setiap malam ada
    walaupun tak sebanding semasa ramadhan ya

    solat Malam, solat tahajud, solat witir

    8 rakaat tahajud, dua rakaat satu salam, Tasbih, hajat, sunat, sunat, selepas tu 3 rakaat witir

    sebab tu tarawikh tu boleh 8
    seakan akan solat malam sehari hari
    tapi tak pernah buat, tu yang rasa pelik

    selepas maghrib pun ada sunat 8 rakaat, 2 rakaat satu salam

    silakanlah, semoga dapat beramal ibadah dengan ketulusan

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    0 Replies
    896 Views
    Last post 02 September, 2010, 12:55:07 PM
    by syeduum
    2 Replies
    1245 Views
    Last post 22 August, 2011, 12:14:04 AM
    by faa zahra
    1 Replies
    1350 Views
    Last post 22 August, 2011, 01:04:42 AM
    by ikwanRasullah