Mukjizat Al-Quran Hingga ke akhir zaman

*

Author Topic: Mukjizat Al-Quran Hingga ke akhir zaman  (Read 4342 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

NoZaBiZz

26 May, 2007, 09:31:27 AM
  • Publish
  • Mukjizat hingga ke akhir zaman


    Tahukah umat Islam,setiap kita memiliki mukjizat sehingga akhir zaman?
    Yang dimaksudkan ialah Al-Quran,Mukjizat terbesar daripada Allah kepada insan agung,
    Muhammad Saw,sebagai petunjuk baku penuh ilmu (hikmah)kepada umatnya.

    Ia juga membawa risalah gembira dan peringatan.
    Namun ramai manusia tidak mengetahuinya.
    Al-Quran adalah pedoman bagi manusia memahami diri,persekitaran dan juga ciptaan Allah agar mereka dipandu memahami hakikat diri,ciptaan dan alam ghaib.
    Ia juga mengandungi kisah kaum terdahulu dan perjuangan Rasul dan Nabi menghadapinya.

    Terdapat juga prinsip syariah dan batas boleh dan larang untuk dipatuhi dan ditaati manusia. Begitu juga dengan ilmu memahami diri,diluar diri dan hubungannya dengan Pencipta dan ciptaan-Nya.
    Malah,Al-Quran adalah penyuluh ilmu,cara hidup dan ibadat supaya sejarah silam menjadi peringatan dan pengajaran.
    Al-Quran menjadi sumber pembentuk watak seperti Sayyidatina Aisyah ra terhadap Rasullulah saw yang memiliki budi pekerti Al-Quran.
    Memahat diri dengan rasa cinta Al-Quran dipanggil Qurani.
    Watak Al-Quran bak lambang tarbiyah rabbani.Al-Quran diturunkan mempunyai pertalian
    dengan realiti Makkah dan Madinah.Makkah melambangkan pembangunan akidah,akhlak dan jihad.Madinah pula kepada pembangunan ukhuwah,syariah dan perlaksanaan sistemnya.

    Sirah Rasullulah saw membuktikan dengan jelas bagaimana proses tanzil berjalan selama 23 tahun,membentuk watak,sahsiah dan akhlaknya.
    Baginda menjadi contoh terbaik untuk diikuti,sebagai rahmat kepada seluruh alam. sifat Baginda sempurna.

    Meskipun sebenarnya kita tidak dapat mencapai taraf insan kamil,kita hendaklah berazam ke arah itu dengan beriman,berilmu dan beramal soleh.
    Akal yang menjadi anugerah besar kepada manusia yang terpandu dengan pedoman dan petunjuk daripada Allah,membolehkan status kehambaan teguh.
    Sebahagian besar daripada kita hari ini hanya membaca Al-Quran bertujuan mendapatkan fadilat.Tradisi khatam dan hafalan masih belum ke tahap mengkaji apakah rahmat dan hikmah di sebalik perkhabaran wahyu itu.
    Inti sarinya hebat. Ia memerlukan kecenderungan dan kegigihan mengkaji yang tersirat agar bermanfaat bagi manusia.
    Rasullulah saw menerima perkhabaran dari langit sebagai amanah besar dan sentiasa menghubungkannya dengan realiti khususnya dalam konteks kehidupan manusia.
    Al-Quran merujuk langsung kepada apa yang berlaku di bumi,mengaitkan sejarah silam manusia seperti nabi dan rasul dengan misi sama- menyeru manusia kepada risalah tauhid.

    Risalah dakwah dan tarbiyah adalah amanah asas yang perlu diamalkan sepanjang zaman bagi menimbulkan kesedaran dan keinsafan,menyakini akan keesaan dan keagungan Allah swt.

    Wallahu'alam.

    *artikel petikan dari BH - 01 April 2005

    ~PoStInG NuRzAiTiHaMdAn dI hAlAqAh.NeT/v1~
    « Last Edit: 26 May, 2007, 09:34:43 AM by NoZaBiZz »

    iman mutiara

    • *
    • Posts: 99
      • View Profile
    Reply #1 05 September, 2009, 09:41:10 AM
  • Publish
  • Best Answer
  • RM9,000 untuk ubah Surah al-Ikhlas
     
    Iklan yang terpampang dalam sebuah akhbar harian itu cukup menggiurkan sesiapa saja yang membacanya. “Kerja kosong – eksekutif pemasaran. Maksimum gaji boleh mencecah RM2 ribu hingga RM4 ribu. Lepasan ijazah. Untuk BUMIPUTERA sahaja.”
     
    Selesai membaca iklan terebut, Mat Nor terus menghubungi syarikat berkenaan. Tanpa disangka, wakil syarikat memberitahu dia antara calon paling bertuah dan diminta hadir untuk ditemu duga keesukan harinya.
     
    Esoknya, Mat Nor pergi ke tempat temu duga tersebut di sebuah hotel yang terletak tidak berapa jauh dari rumahnya di utara tanah air. Sampai di hotel. Mat Nor diminta kesebuah bilik di tingkat dua hotel tersebut. Dalam bilik tersebut, Mat Nor melihat ada sebelas lagi calon menunggu. Lalu Mat Nor duduk di salah sebuah kerusi di bahagian belakang.Kira kira 15 minit kemudian, muncul seorang lelaki bernama Patrick memegang beberapa helai borang dan mengedarkan kepada setiap calon termasuk Mat Nor. Patrick lalu meminta Mat Nor dan calon calon lain mengisi borang tersebut.
     
    Ketika menjawab beberapa soalan pada borang tersebut, Mat Nor berasa pelik dengan 10 soalan  yang ditanya. Antara soalan itu, adakah boleh membaca al-Quran, bersembanyang dan beberapa perkara asas tentang agama Islam. Soalan tersebut langsung tidak ada kena mengena dengan jawatan eksekutif pemasaran yang dipohon Mat Nor.  Walaupun berasa pelik tetapi semua soalan tersebut dijawab dan ditandakan. Berdasarkan penjelasan Patrick, barulah Mat Nor faham bahawa rupa rupanya tawaran kerja itu datang dari sebuah pergerakan berbentuk keagamaan! Tetapi bukan agama islam.
     
    Patrick turut memberi peluang Mat Nor dan calon calon berfikir selama 15 minit sama ada mahu menerima tawaran tersebut atau menolaknya. Patrick memberitahu, jika ada sesiapa yang ingin menarik diri dibenarkan meninggalakan bilik tersebut. Sebelum beredar, Patrick menghulur RM50 setiap seorang.
     
    “Ini duit sedekah,” beritahu Patrick.
     
    Selepas menerima wang tersebut,  Mat Nor dan 11 calon lain diarah berkumpul  semula dihadapan pintu bilik tersebut. Mereka dikehendaki masuk semula selepas waktu rehat.
     
    Selepas waktu rehat, keadaan berubah. Hanya Mat Nor dan tiga orang calon lelaki sahaja yang sanggup menerima jawatan tersebut.  Manakala lapan calon lagi enggan menerima tawaran tersebut. Alasannya, mereka tidak yakin dengan keterangan Patrick.  Sebelum pulang, mereka berempat diberikan RM200 setiap seorang. Patrick berpesan agar Mat Nor  Datang semula ke hotel tersebut tepat pada waktunya, pukul 10.00 pagi.
     
    Esok, tepat waktu yang dijanjikan, Mat Nor tiba di kawasan hotel tersebut.  Empat kereta BMW berwarna hitam sudah menunggu. Mat Nor dipelawa masuk ke salah sebuah kereta tersebut.  Di hotel tersebut, seorang lelaki memberitahu dia diarahkan membawa Mat Nor menaiki kereta BMW ke Kuala Lumpur.  Kereta BMW yang dinaiki Mat Nor tiba di sebuah rumah ibadat di Kuala Lumpur. Mat Nor berasa pelik, mengapa pula dia dihantar ke rumah ibadat itu dengan jawatannya sebagai eksekutif pemasaran?
     
    Sebaik turun, muncul seorang lelaki Melayu berjubah hitam menyambut kedatangannya.
     
    “Salam sejahtera ke atas kamu,” sapa lelaki Melayu memakai jubah hitam itu.  Namanya Joseph. Berdasarkan penampilannya, Joseph orang kanan di rumah ibadat itu.  Semasa berjalan, Joseph menyelitkan sekeping sampul surat berwarna putih ke dalam kocek baju Mat Nor.
     
    Mereka berdua masuk ke sebuah bangunan bersebelahan rumah ibadat tersebut. Sebaik sampai disebuah bilik, Joseph memberitahu di situlah Mat Nor akan tinggal sehingga tugasnya selesai.  Sebelum beredar, Joseph menerangkan Mat Nor boleh mandi dan bersolat di bilik tersebut. Pukul 2.30 nanti, dia akan datang semula.
     
    Sebaik Joseph beredar, Mat Nor membuka sampul surat berwarna putih yang diberikan lelaki berjubah hitam itu. RM200!  Bisik Mat Nor.
     
    Fikirannya bertambah keliru. Semalam di sebuah hotel Mat Nor sudah di beri RM200 oleh lelaki bernama Patrick.  Dan sekarang RM200 lagi. Dicampurkan RM50 semasa mula mula interviu, Mat Nor sudah ada RM450. Wang sudah dapat tapi anehnya tiada sebarang kerja dilakukan lagi.
     
    Tepat pukul  2.30 petang, pintu bilik Mat Nor diketuk. Joseph muncul di muka pintu. “Salam sejahtera ke atas kamu!” ucap Joseph sambil mengajaknya ke sebuah dewan. Dalam dewan tersebut, ada kira kira 20 orang lelaki berbaju labuh berwarna hitam. Di situ Joseph memberi penerangan tentang tugas yang bakal dilakukannya.
     
    Bedasarkan penerangan Joseph, tugas Mat Nor bukan lagi eksekutif pemasaran tetapi sebagai penterjemah. Pada akhir penerangan, Joseph memberitahu Mat Nor dan tiga lagi calun dikehendaki menterjemahkan sebuah kitab agama daripada bahasa Indonesia ke bahasa Melayu.  Tetapi sebelum itu kata Joseph, ada tugas lain yang perlu dilakukan. Joseph lalu mengeluarkan sehelai kertas bertulis ayat ayat suci al-Quran di dalam jubah hitam  lalu membacanya.
     
    “Kul Huallah Hu Ahad ….” Joseph membaca surah tersebut dengan fasih dan berlagu seperti seorang qari.  Bilik itu sepi seketika. Masing masing terpegun mendengarkan suara Joseph membaca surah al-Ikhlas.
     
    “sekarang saya nak kamu ubahsuai surah al-Ikhlas ni.  Masukkan ayat tu dalam kitab ni,” beritahu Joseph menunjukkan sebuah kitab agama berbahasa Indonesia.  Sekali lagi, Mat Nor berasa serba salah. Kalau menolak tugas tersebut, dia mesti memulangkan semula wang RM450 yang diterimanya sebelum itu. Mahu tidak mahu, dia terpaksa lakukan juga tugas berat ini.
     
    Tanpa berlengah, Mat Nor cuba menterjemahkan ayat  daripada surah al-Ikhlas seperti diminta Joseph. Sesi itu berlangsung hampir lima jam lamanya.  Beratus ratus ayat dikarang tetapi semuanya tidak menjadi.
     
    “Ayat ini kalau dimasukkan juga ia akan bercanggah dengan akidah agama kamu yang menyatakan bahawa Tuhan itu lebih dari satu,” jelas Mat Nor.
     
    Joseph terdiam tanpa sepatah kata.  Kemudian dia menambah: “Tak mengapa. Cuba lagi. Nanti saya akan beritahu kepada ketu saya tentang perkara ini!”
     
    Setelah percubaan pertama menterjemahkan surah al-Ikhlas itu gagal. Joseph menyuruh mereka berehat dulu dan menyambung kembali tugas tersebut esuk.  Sebelum bersurai, Joseph memberi sekeping lagi sampul surat berwarna putih. Apabila dibuka terdapat wang berjumlah, RM300 di dalamnya.
     
    Malam itu Mat Nor tidak boleh tidur. Fikirannya masih lagi teringat pada tugasnya menterjemahkan surat al-Ikhlas pada siang tadi. Dia berasa hairan sudah beberapa kali dia mengikut kehendak Joseph, mencuba menterjemahkan ayat dari surah al-Iklas  tetapi gagal. Jika ditukar mana mana ayat sekalipun, ia tetap tidak boleh mengubah makna asal surah berkenaan.
     
    Keesokannya, Mat Nor menyambung lagi tugasnya bersama tiga rakan rakan lain menterjemahkan surah al-Ikhlas.  Sesi menterjemah dan mengubah surah al-Ikhlas pada hari kedua juga gagal mendapat seberang keputusan muktamad.  Masing masing buntu. Tiada perkataan yang boleh digunakan untuk disesuaikan dengan ayat ayat di dalam kitab agama tersebut.
     
    Hari berikutnya Mat Nor mencuba lagi tetapi tidak berjaya. Begitulah yang terjadi sehingga tugas itu berlangsung selama tiga minggu. Puas Mat Nor dan kawan kawan memikirkan cara untuk mengubahsuai surah al-Ikhlas tetapi sia sia.
     
    Ayat yang diubah  itu tetap bercanggah dengan akidah tauhid agama orang kanan rumah ibadat itu.  Ini kerana secara keseluruhan ayat surah al-Ikhlas itu menegaskan bahawa Tuhan itu Esa, tidak sama dengan akidah orang kanan yang berjubah itu.  Setelah gagal mencuba pelbagai cara, Mat Nor mengesyorkan kepada orang kanan rumah ibadat  itu supaya mengubah keseluruhan surah tersebut.
     
    “Kalau nak ubah, kena ubah semua!” beritahu Mat Nor.
     
    “Okey, saya akan beritahu orang atas.  Tangguh dulu ubahsuai surah itu.  Tumpu terjemah kitab dari bahasa Indonesia ke bahasa Malaysia,” beritahu orang kanan rumah ibadat itu.
     
    Kira kira setengah jam kemudian, orang kanan rumah ibadat itu kembali ke bilik tersebut.
     
    “sesi untuk hari ini dah tamat. Semua boleh balik. Mat Nor, tugas awak pun dah habis. Lusa awak boleh balik,” beritahu orang kanan rumah ibadat itu.
     
    Mat Nor lega mendengar pengumumam tersebut. Dia balik ke biliknya. Sekarang segala beban yang tertanggung di kepalanya selama ini sudah terlerai.  Sambil duduk di katilnya, Mat Nor mengeluarkan sampul sampul surat berwarna putih yang diterimanya sejak tiga minggu lalu. Dia mengira jumlah wang tersebut. RM4,650!
     
    Tiba tiba Mat Nor mendengar biliknya diketuk.  Apabila pintu terbuka, dilihatnya Joseph sedang berdiri di depan pintu sambil tersenyum.  Joseph mengajak Mat Nor ke sebuah bilk kosong. Di situ, Joseph memaklumkan usaha mengubahsuai surah al-Ikhlas dihentkan serta merta.
     
    “Program ini dihentikan atas arahan ketua paling atas,” beritahu Joseph.
     
    Joseph turut memberi amaran agar jangan sesekali menceritakan perkara ini kepada orang lain.
     
    “Ini rahsia besar. Tolong jangan hebahkan pada sesiapa,” tegas Joseph kepada Mat Nor.
     
    Mat Nor  sudah mengagak dari awal, uasaha mengubah surah itu tidak akan berjaya. Kini dia bertambah yakin, memang ayat al-Quran tidak boleh diubahsuai dan keasliannya akan terpelihara sepanjang masa.  Sebelum balik ke kampungnya dia utara tanah air,  Mat Nor dipanggil sekali lagi oleh Joseph.
     
    “Terima kasih kerana membantu kami. Inilah sedekah kami kepada kamu. Ambillah duit ini beberapa banyak yang Mat Nor nak”!  beritahu Joseph sambil menunjukkan sebuah kotak kecil yang penuh tersusun kepingan not RM50.
     
    “Ambillah, jangan malu malu …..” pelawa Joseph.
     
    Mat Nor teragak agak untuk mengambil wang tersebut tetapi setelah didesak beberapa kali, akhirnya dia mengalah. Tanpa melihat ke dalam kotak itu, Mat Nor mengambil secekak wang secara rambang.
     
    “Cukup?” tanya Joseph.
     
    Mat Nor mengangguk. Selepas itu dia dihantar pulang ke utara  dengan BMW yang sama semasa dibawa ke Kuala Lumpur, tiga minggu lalu.
     
    Sampai  dirumah, Mat Nor mengira duit yang diterimanya termasuk wang yang diambil dari kotak bersama Joseph, keseluruhannya sebanyak RM9,000! Itulah upah yang diterima untuk ubahsuai surah tersebut. Persoalannya mengapa mereka beria ia mahu mengubahsuai surah berkenaan?
     
    “Saya pun tak tahu apa motif mereka sebenarnya. Bayangkan bilik saya menginap tu serba lengkap. Ada hawa dingin, tv, radio, katil, bilik mandi, almari, sejadah dan sebuah meja.  Di atas meja itu ada beberapa buah buku agama seperti fekah, tauhid, termasuk senaskah al-Quran. Semuanya baru. Siapa ada penunjuk arah kiblat lagi!
     
    “Bila saya buka almari ada sepasang baju Melayu biru. Mulanya saya sangka baju tu milik orang lain yang pernah tinggal di bilik tu tapi rupa rupanya itu memang baju Melayu yang dibuat khas untuk saya. Bila saya pakai, muat muat aja.
     
    “Begitu juga dengan sepasang kasut hitam di kaki almari. Bila saya cuba kasut  itu memang kena dengan saiz kaki saya. Tapi saya pelik juga, macamana mereka boleh tahu ukuran badan dan kaki saya dengan tepat, sedangkan saya tak pernah bagi ukuran badan mahupun saiz kasut kepada mereka. Bagaimana mereka tahu!” tanya Mat Nor.
     
    Mat Nor memberitahu, selepas seminggu pulang ke rumah, pergerakannya sentiasa diekori dan dipantau orang orang dari rumah ibadat itu.  Setiap hari, ada sebuah kereta putih jenis proton akan parkir di tepi jalan tidak jauh dari rumahnya.  Apabila Mat Nor keluar ke bandar, dia juga terserempak dengan kereta yang sama. Apa tujuan mereka?
     
    Sehingga hari ini Mat Nor masih tertanya tanya apakah masih wujud kegiatan seperti yang dialaminya 15 tahun yang lalu …….
     
    MASTIKA Februari 2007 m/s 98 - 102

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 10 September, 2009, 07:26:22 AM
  • Publish
  • Best Answer

  • Mukjizat al-Quran
    Oleh Idris Musa,idris@hmetro.com.my

    AL-QURAN hanya helaian kertas, tetapi mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat kedudukan istimewa dalam Islam.

    Malah, dikatakan tidak sempurna sesebuah rumah itu jika tidak mempunyai kitab suci berkenaan walaupun penghuninya jarang membaca dan menelaahnya.

    Meskipun nampak mudah, tetapi manusia tidak mampu menghasilkan kitab yang sehebat al-Quran.

    Justeru, sesiapa membacanya diberi ganjaran berlipat ganda dan ia menjadi panduan dalam kehidupan insan.

    Bagaimanapun, senario masa kini menyaksikan pelbagai pandangan masyarakat terhadap al-Quran.

    Kitab itu tidak dijadikan panduan hidup, malah ada mem bacanya dengan tajwid dan gaya bacaan yang janggal dan tidak tahu makna.

    Sesetengah pula gemar membaca surah tertentu, mengikut musim dan adat bahkan tidak kurang hanya membeli sebagai koleksi sehingga ia dibiarkan berdebu ditelan waktu.

    Apapun sikap masyarakat Islam terhadap al-Quran, kitab suci yang diturunkan pada bulan Ramadan mempunyai hikmah dan mukjizat yang tidak digambarkan dengan ka ta-kata kepada manusia.

    Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia (al-Quran) akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

    Al-Quran yang mengandungi lebih 6,000 ayat dikenali juga dengan beberapa nama lain seperti al-Kitab, bermaksud sebuah kitab sebagaimana dijelaskan di awal surah al-Ba qarah, al-Furqaan iaitu pemisah hak dan batil, az-Dzikr dengan makna peringatan dan at-Tanzil bermaksud pe nurunan.

    Masyarakat Islam wajib mempercayai kitab terbabit ke seluruhan dan berpegang teguh dengannya, malah beriman kepadanya satu daripada enam rukun keimanan, sekali gus tertutup rapat pintu keraguan terhadapnya.

    “Kitab al-Quran ini, tiada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.”
    (al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 2).

    Bagi bukan Islam, sesetengahnya masih sukar mempercayai kitab terbabit, bahkan ditambah dengan kekeliruan di timbulkan segolongan pihak, melebarkan kesangsian mereka terhadap kandungan kitab itu.

    Tetapi yang nyata kitab itu tiada sebarang keraguan padanya, dianugerahkan kepada manusia melalui Nabi Muhammad s.a.w, malah ia manual yang sesuai diaplikasikan setiap zaman walaupun generasi dan tamadun manusia sentiasa ber ubah-ubah.

    “Katakanlah: Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding de ngannya walaupun mereka saling bantu-membantu.” (al-Quran, surah al-Isra:88)

    Pensyarah al-Quran, hafazan dan taranum di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Nilam Puri, Ke lantan, Muhammad Lukman Ibrahim, berkata kehebatan, kelebihan dan mukjizat al-Quran menandingi yang lain.

    Beliau berkata, kitab Taurat dan Injil yang memang dijaga paderi sepanjang waktu boleh berubah, tetapi al-Quran tetap terpelihara daripada perubahan, menjadikannya asli, dahulu, kini dan selamanya.

    “Pada zaman Nabi dahulu, seorang bernama Musailamah al-Kazzab cuba menandingi al-Quran, mereka-reka ayat al-Quran seperti surah al-Fiil iaitu mengenai gajah.

    “Antara katanya, gajah...apa itu gajah...ada belalai yang panjang. Orang ramai bukannya takjub dengan kepan daiannya itu, tetapi gelak ketawa, sekali gus gagal mem bawakan ayat seumpama al-Quran,” katanya.

    Mukjizat al-Quran jugalah memberikan ketenangan, malah melembutkan hati kepada sesiapa yang membaca dan men dengar alunannya.

    Bahkan Saidina Umar al-Khattab yang terkenal dengan sifat bengisnya menjadi lembut hati dengan al-Quran.

    Dalam satu riwayat, Saidina Umar (sebelum menjadi Mus lim) bersama pedangnya menuju ke tempat Nabi s.a.w dan sahabat yang lain, mencari untuk membunuh baginda. Dalam perjalanan itu, beliau disapa Nu’aim bin Abdullah.

    Nu’aim berkata: “Demi Allah, kamu tertipu oleh dirimu sendiri, hai Umar! Apakah kamu mengira Bani Abdi Manaf akan membiarkanmu berjalan bebas di muka bumi selepas kamu berjaya membunuh Muhammad! Sebaiknya kamu pulang ke rumahmu dulu, selesaikanlah dulu urusan ke luargamu.”

    Umar bertanya kehairanan: “Siapa yang kamu maksudkan dengan keluargaku dan apa maksudmu?”

    Nu’aim menjawab dengan senyum sinis: “Iparmu dan anak saudaramu sendiri, Said bin Zaid, bahkan adikmu sendiri, Fatimah binti Khattab, masuk Islam dan mengikuti agama Muhammad. Hal merekalah yang harus kamu selesaikan.”

    Mendengar jawapan Nu'aim, kemarahan Umar meluap-luap bagai disengat jengking.

    Beliau menukar haluan bergegas ke rumah kedua-dua ahli keluarganya itu.

    Ketika itu, di rumah Said ada seorang sahabatnya, Khabbab Ibnul Aratt yang membacakan ayat al-Quran kepada me reka.

    Apabila Umar datang, Fatimah segera mengambil lembaran berisi ayat suci itu dan menyembunyikannya di bawah pahanya sedangkan sebaik mendekati rumah terbabit Umar sempat mendengar bacaan Khabbab, sehingga beliau bertanya kepada mereka: “Syair apa yang aku dengar tadi...Aku diberitahu kamu berdua mengikuti agama Muhammad!”

    Selepas itu, Umar menyerang Said. Fatimah pula melompat dan berusaha menghalang tindakan Umar, namun terkena tamparan hingga kepalanya berdarah.

    Kemudian, Fatimah berkata kepada abangnya itu: “Ya, benar! Demi Allah, kami berdua memang sudah masuk Islam dan beriman kepada Allah dan rasul-Nya, Muhammad. Kini kamu sudah mengetahuinya. Perbuatlah sesuka hatimu ter hadap kami. Kami tidak gentar sedikit pun.”

    Selepas Umar melihat darah pada kepala adiknya, beliau menyesal lalu menahan marahnya dan berkata kepada adik nya: “Kalau begitu, berikan padaku lembaran syair yang aku dengar tadi supaya aku dapat mempertimbangkan apa yang diajarkan Muhammad kepadamu.”

    Fatimah memberikan lembaran ayat suci itu kepada abang nya, Umar.

    Dalam lembaran itu tertulis surah Taha. Selepas selesai membaca lembaran itu, Umar berkata: “Alangkah indahnya kata-kata ini dan alangkah mulianya.”

    Bermula detik itulah Umar memeluk Islam. Hatinya yang keras menjadi lembut selepas menatap ayat suci al-Quran.

    Lukman berkata, ayat al-Quran tidak seperti teks lain kerana gaya bahasanya tinggi dan hal ini diperakui sendiri kalangan orang Arab yang mahir dalam ilmu bahasa.

    “Orang kita, bahkan bangsa lain yang tidak begitu tahu mengenai ilmu bahasa terbabit tidak mampu menilai dan merasai kehebatan gaya bahasa terbabit, sebagaimana orang Arab.

    “Tetapi bagi orang Arab, walaupun mereka menilai ke tinggian gaya bahasa dan keindahannya, mereka gagal me ngadakan ayat seumpama itu,” katanya.

    Beliau juga menyangkal sekeras-kerasnya, jika ada orang yang mengatakan ayat al-Quran seperti bentuk nyanyian, puisi atau syair.

    “Saya sendiri ada melakukan kajian terhadapnya dan memang terbukti ayat-ayatnya tidak boleh dilagukan seperti nyanyian, syair atau qasidah.

    “Ia mempunyai tajwid dan membacanya mesti mengikut hukum terbabit. Inilah keistimewaan al-Quran,” katanya.

    “Dan ini ialah kitab yang Kami turunkannya yang di berkati...” (al-Quran, surah al-An’anm:155)

    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    gurutajwid

    • *
    • Posts: 167
      • View Profile
    Reply #3 30 October, 2009, 04:46:24 PM
  • Publish
  • Best Answer
  •  :),

    Tahukah kita mengapa Allah telah menjadikan al-Quran sebagai mukjizat Nabi yang paling agung? Kalau kita lihat dalam sirah masih banyak lagi mikjizat-mikjizat Nabi yang tidak kurang hebatnya seperti peristiwa Nabi membelah bulan, Nabi melambatkan terbenamnya matahari, air yang keluar dari celah-celah jari Nabi dan banyak lagi lah.

    Jawapannya ialah kerana syariat Nabi merupakan syariat yang kekal sehingga ke hari kiamat. Disebabkan itulah perlunya ada suatu mukjizat yang berbentuk kekal juga kerana nabi sendiri walaupun seorang Rasul baginda tetap akan wafat. Mukjizat-mukjizat yang melanggar futrah alam seperti terbelah bulan hanya wujud ketika Nabi masih hidup dan akan lenyap bila Nabi wafat.

    Maka, al-Quran yang penuh dengan ilmu pengetahuanlah merupakan suatu mukjizat yang boleh berfungsi walaupun Nabi telah wafat. Sebab itulah al-Quran merupakan mukjizat terbesar nabi.
    RAHSIA MENGUASAI ILMU TAJWID!!!
    http://abdullahidris.com

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    3 Replies
    1241 Views
    Last post 22 January, 2010, 03:20:22 PM
    by abuzulfiqar
    0 Replies
    1267 Views
    Last post 20 February, 2010, 12:21:16 PM
    by nilabiru
    5 Replies
    3405 Views
    Last post 07 December, 2011, 01:03:25 PM
    by al_ahibbatu