Author Topik: Penyembuh Barah (Kanser)  (Read 4550 times)

0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.

uswah teladanTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 235
    • View Profile
    • Taman Ulama
Penyembuh Barah (Kanser)
« on: 22 September, 2007, 12:04:19 AM »
Penyakit Barah atau Kanser ialah suatu penyakit bengkak dan bernanah. Dia mempunyai banyak nama berdasarkan anggota atau saluran tertentu seperti Barah Paru-Paru, Barah Usus, Barah Dada, Barah Rahim, juga Barah Darah (Buah Dada).

Antara penyakit2 yang benar2 dapat disembuhkan menerusi Al-Quran, sesudah ketandusan ikhtiar para doktor, ialah penyakit barah. Ujian telah dibuat kepada banyak jenis barah dan didapati semuanya sembuh.

Pengubatan cara ini termasuklah:
1. Minum air yang dibacakan Al-Quran.
2. Mandi dengan menggunakan air yang dibacakan Al-Quran.
3. Mendengar bacaan Ayat2 Al-Quran.
4. Menyapu ke tempat bengkak dengan minyak zaitun yang dibacakan Ayat2 Al-Quran.

Adapun Ayat2 yang dibacakan ialah dengan Surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan Surah An-Nas, iaitu mengikut susunan berikut:
1. Surah Al-Fatihah.
2. Lima Ayat permulaan Surah Al-Baqarah.
3. Ayat 163, 164 dan 165 Al-Baqarah.
4. Ayat Al-Kursiy: 255 Al-Baqarah.
5. Ayat 256 Al-Baqarah.
6. Ayat 257 Al-Baqarah.
7. Akhiran Al-Baqarah: Ayat 284, 285 dan286.
8. Lima Ayat permulaan Surah Al-Imran.
9. Ayat 18 Al-Imran.
10. Ayat 26 dan 27 Al-Imran.
11. Ayat 54, 55 dan 56 Al-A'raaf.
12. Ayat 117, 118 dan 119 Al-A'raaf.
13. Ayat 80, 81 dan 82 Yunus.
14. Ayat 65, 66, 67, 68 dan 69 Taha.
15. Ayat 115, 116, 117 dan 118 Al-Mu'minun.
16. Ayat 21, 22, 23 dan 24 Al-Hasyr.
17. Lima Belas Ayat permulaan Ash-Shaafaat.
18. Ayat 31, 32, 33 dan 34 Ar-Rahman.
19. Ayat 3 dab 4 Tabaarak.
20. Ayat 51 dan 52 Al-Qalam.
21. Ayat 3 Al-Jinn.
22. Surah Al-Kafirun, Al-Falaq dan An-Nas.

Kemudian dibacakan doa2 berikut dan ditiupkan ke atas air dan minyak, iaitu:

"Hilangkanlah kesakitan, wahai Tuhan bagi seluruh manusia dan sembuhkanlah wahai Engkau, Tuhan yang menyembuh, tiadalah sembuh melainkan dengan kesembuhan engkau, sebagai kesembuhan yang tiada dikhianati oleh kesakitan." (HR At-Tirmidzi)

Maka dengan izin Allah, penyakit itu akan sembuh.

Rujukan:

Mari Berubat Dengan Al-Quran karya Syeikh Abi Al-Fadaa' Muhammad, saduran Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh, cetakan keempat 2006, Al-Hidayah Publishers.

Layarilah blog saya di bawah ini:

http://www.mauswah.blogspot.com

Share this topic on Facebook

« Last Edit: 22 September, 2007, 12:26:28 AM oleh uswah teladan »

dol_bendol

  • *
  • Offline
  • Posts: 1672
  • my
  • http://al-merapu.blogspot.com
    • View Profile
    • al-merapu
Re: Penyembuh Barah (Kanser)
« Jawab #1 on: 03 August, 2009, 04:24:24 PM »
alhamdulillah

jika mahu, ada kaedah yg tak perlukan semua itu, cukuplah Allah bagiku, hanya dengan menyebut nama Allah, tenteramlah jiwa, jika ada penyakit tentu idak tenteram, solatlah untuk mengingati AKU, AKU dekat ...makbulkan permintaan hamba hamba KU

Share this topic on Facebook


ainhany

  • *
  • Offline
  • Posts: 4
    • View Profile
Re: Penyembuh Barah (Kanser)
« Jawab #2 on: 26 October, 2010, 03:23:21 PM »
:ins:.mudah2an disembuhkan degn izinNYA..
Mhn izin copy

Share this topic on Facebook


zunita

  • *
  • Offline
  • Posts: 746
  • sg
    • View Profile
Re: Penyembuh Barah (Kanser)
« Jawab #3 on: 26 October, 2010, 03:42:50 PM »
Ubatilah dirimu dengan Al-Quran. Allah s.w.t. menurunkan penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang dideritai.

Share this topic on Facebook

لا إله إلا الله

timunlaut

  • *
  • Offline
  • Posts: 38
  • my
    • View Profile
Re: Penyembuh Barah (Kanser)
« Jawab #4 on: 26 October, 2010, 03:53:26 PM »
terima kasih.. ilmu yang sangat berguna..
baru2 ni,, sy menerima berita dari kg.. bahawa seorang anak jiran berusia 16 tahun disahkan mengidap kanser payu dara.. amat terkejut.. ye la.. muda lagi.. kasihan sangat.. mohon semua mendoakan adik ini dapat melawan penyakit ini.. mudahan sembuh seperti sedia kala... mohon juga supaya kesabaran yang tinggi diberikan buatnya..

Share this topic on Facebook



 

Related Topics

  Subjek / Dimulakan Oleh Jawapan Kiriman Akhir
3 Jawapan
2714 Views
Kiriman Akhir 09 November, 2009, 07:43:24 PM
oleh dya adriza
3 Jawapan
2528 Views
Kiriman Akhir 14 December, 2011, 10:39:11 AM
oleh dini
7 Jawapan
5247 Views
Kiriman Akhir 29 January, 2013, 03:35:58 PM
oleh hubbysr