KAJIAN FEQH SYURA MENURUT PERSPEKTIF SYARA’

Author Topic: KAJIAN FEQH SYURA MENURUT PERSPEKTIF SYARA’  (Read 6794 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

DarulBayan

  • *
  • Posts: 19
    • View Profile
15 September, 2007, 11:21:54 AM
  • Publish Di FB
  • KAJIAN FEQH SYURA
    MENURUT PERSPEKTIF SYARA’
    Disediakan oleh:
     Fakhrurazi Ghazali
    Fakulti Syariah Wal Qanun (Syariah Islamiah)


    بسم الله الرحمن الرحيم
    الحمد لله والصلا ة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره و واله

    Abstrak:
    Syura adalah merupakan suatu tuntutan yang difardhukan kepada umat  Islam. Kepentingan syura dalam menyelesaikan masalah adalah begitu penting terhadap sesebuah pertubuhan, organisasi mahupun pentadbiran kerajaan. Ianya  juga dianggap sebagai salah satu daripada cabang fiqh yang perlu diberi pemahaman semula di dalam menghadapi sesuatu cabaran  dan  tuntutan semasa. Ia adalah asas dan kaedah tertinggi dalam melaksanakan kewajipan agama sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT. Perintah syura yang diwahyukan kepada baginda SAW sebagai suatu penghormatan kepada akal fikiran insan berpandukan wahyu Allah SWT.


    1.0 KONSEP SYURA DALAM ISLAM

    Syura adalah merupakan suatu konsep perbincangan yang diletakkan bagi menyelesaikan sesuatu masalah dalam pentadbiran umat Islam. Pentingnya sistem  syura dilaksanakan adalah untuk mengelakkan perselisihan pendapat, pandangan mahupun emosi dalam rangka untuk menentukan titik persefahaman dan permuafakatan di antara semua pihak dalam perkara-perkara yang tidak mempunyai nas secara qat’ie yang melibatkan umat Islam .
    Firman Allah SWT :
    وأطِيعوا الله َورسولَه ولا تنازَعوا فتفشلوا وتذهبَ ريحكُم واصْبِروا إنَّ الله مع الصابرين   (الا نفال 46)           

    “Janganlah  kamu berbantah-bantah nanti kamu lemah (kalah) serta  hilang kekuatanmu  dan hendaklah kamu berhati sabar. Sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang sabar”.

    Keadilan di dalam Islam adalah keadilan yang bersifat tetap ثابتة  yang  melibatkan keseluruhan  masyarakat dalam meraikan maslahah serta meletakkan dasar  persamaan dalam menentukan hak dan kewajipan serta kebebasan untuk berie’tikad dan melaksanakan amal ibadat.

    Ruang lingkup syura adalah  berlegar di bawah wilayah Khalifah. Ianya adalah disifatkan sebagai suatu bentuk dzoman (jaminan) tehadap dua dasar utama pentadbiran yang dibawa oleh mana-mana kerajaan Islam yang memerintah. Dasar ini adalah untuk melaksanakan hukum-hakam Islam dan menjaga maslahah ummah. Dua dasar inilah  yang dijamin  melalui perlaksanaan sistem syura yang juga merupakan sebuah badan muhasabah terhadap pemerintah.1

    Di sana perlulah kita membezakan  di antara sistem syura di dalam Islam dengan sistem-sistem lain ciptaan manusia. Perlulah ditegaskan bahawa Islam meletakkan kuasa perundangan tertinggi سيادة التشريعية  kepada syara' dan bukanlah kepada mana-mana pertubuhan atau individu-individu tertentu.

     

    Firman Allah SWT  :
    فلا وربك لا يؤمنون حتى يحكموك فيما شجر بينهم ثم لا يجدوا فى أنفسهم حرجاً مما قضيت ويسلموا تسليماً   (النساء 65)

    “Tidak, demi tuhanmu mereka tidak juga beriman  kepada engkau sehingga mereka mengangkat engkau menjadi hakim untuk mengurus perselisihan antara mereka, kemudian mereka tidak memperolehi keberatan dalam hatinya menerima perutusan engkau dan mereka terima sebenar-benarnya”.




    DarulBayan

    • *
    • Posts: 19
      • View Profile
    Jawab #1 15 September, 2007, 11:25:44 AM
  • Publish Di FB
  • 1.0   PENGERTIAN SYURA

    Dr. Muhammad Abdullah Khatib menjelaskan di dalam suatu risalahnya berhubung dengan definisi syura. Beliau menjelaskan  ianya adalah :
       
    “Suatu bentuk kerjasama dalam bertukar fikiran dan pandangan  terhadap perkara-perkara yang melibatkan kemaslahatan muslimin berdasarkan kaedah yang sesuai dalam mencari titik permuafakatan dan kebenaran serta ketaatan kepada Allah SWT”. 2

    Perbincangan (syura) adalah berkisar mengenai perkara-perkara mubah yang berkaitan dengan hal ehwal muslimin di mana berlakunya perbahasan serta munaqasyah  dari pelbagai pandangan yang di wakili oleh pelbagai pihak.


    2.0 PANDANGAN ULAMAK MENGENAI SYURA

    Firman Allah SWT : 
    فبما رحمةٍ من الله لِنْتَ لهم ولو كنْتَ فظًّا غليظَ القلب لانْفضُّوا مِن حولك فاعْفُ عنهم واستغفر لهم وشاوِرْهم في الأمر فإذا عزَمْتَ فتوكل على الله إن الله يحب المتوكلين   (سورة آل عمران اية 159)
     
    Al-Nasafi      :   Syura adalah suatu bentuk perbincangan yang membawa kepada kebenaran dan ketepatan dalam menyelesaikan masalah.

    Hassan Basri:   Inilah akhlak mulia baginda SAW dan inilah jua caraku dan begitu jualah  kepada seluruh kepimpinan umat Islam.

    Syed Qutb     :   Ayat وشاورهم فى الأمر adalah menunjukkan kaedah asas yang diletakkan oleh Islam dalam sistem pemerintahan. Adapun bentuk syura mahupun perlaksanaannya adalah bergantung kepada kesesuaian umat, zaman mahupun perubahan semasa. Namun apa yang pentingnya adalah perlaksanaan kepada sistem syura tersebut kerana ia merupakan salah satu juzuk daripada pemerintahan Islam yang dituntut syara’.

    DarulBayan

    • *
    • Posts: 19
      • View Profile
    Jawab #2 15 September, 2007, 11:26:18 AM
  • Publish Di FB
  • 3.0 SIGNIFIKASI SYURA DALAM ISLAM

    Perlaksanaan syura adalah merupakan suatu anugerah Allah SWT  terhadap akal manusia. Dr Abdul Halim Mahmud pernah menjelaskan berhubung dengan masalah akal dan Al Quran, bagaimana seringkali disebutkan perintah berhubung dengan tuntutan al tafkir dan al tadabbur sebagaimana  Firmannya,     (( الحشر2  فاعتبروا يا أولى الأبصار   

    Firmannya lagi وإن فى ذلك لذكرى لمن كان له قلب أو ألقى السمع وهو شهيد (ق 37)      .  Begitu juga  ayat-ayat     yang diakhiri dengan     أفلا تعقلون , أفلا تبصرون ، أفلا تتفكرون  menjelaskan lagi penegasan syara' berhubung  dengan pemikiran sebagai suatu medium yang  perlu diguna pakai dan ditafsirkan mengikut perintah syara’.3

    Badan syura terbentuk sebagai suatu badan  yang khusus  dalam menentukan sesuatu dasar. Di atas dasar inilah maka sewajibnya wujud suatu badan muraqabah (pengawasan) dalam mengawasi perjalanan majlis syura supaya tidak berlakunya kecacatan terhadap ketidakseimbangan institusi ini. Beberapa masalah  perlulah dikawal selia  seumpama dalam masalah perlucutan jawatan khalifah sekiranya berlaku pengabaian terhadap tugas khalifah.

    Hukuman hanyalah boleh dijatuhkan kepada khalifah setelah berlakunya kesan terhadap ummah melalui masalah yang ditimbulkan oleh khalifah. Justeru, wujudnya badan muraqabah ini adalah untuk menghentikan penyelewengan dalam pentadbiran khalifah sebagai menolak kemafsadatan terhadap ummah.4

    Kajian terhadap sirah Khulafa’ al Rasyidin mendapati bagaimana asas ini diletakkan dalam pentadbiran khalifah.

    1.Ucapan Saidina Abu Bakar RA ketika mana beliau dilantik menjadi khalifah:
    إذا أحسنْتُ فأَعِينُونى وإن أخطأْتُ فقَوِّمونى
    2.Ucapan Saidina Umar RA  :
    أيها الناس إذا وجدْتم ِفيَّ اعوجاجا فقوِّمونى .. قال بعضهم واللهِ لو وجدنا فيك اعوجاجا لقوَّمْناه بسيوفنا....وأجاب عمر الحمدلله الذى جعل بيننا رجالا قادرين على تقويم اعوجاج عمر بسيوفهم

    Mereka inilah yang digelar  sebagai ahli halli wal aqdie (para sahabat) dan merekalah sebagai sebuah badan muraqabah (pengawasan) terhadap khalifah disamping orang yang melantik dan menjadi ahli syura bersama khalifah, bahkan kadang-kadang hak muraqabah ini menjadi kewajipan setiap individu untuk mengawasi perjalanan pentadbiran khalifah. Namun di sana tiadalah kaedah yang ditetapkan secara khusus daripada sirah Khulafa’ al Rasyidin berhubung dengan perlaksanaan badan ini dari aspek gerak kerja dan perjalanan dalam mengawasi khalifah.

    Walaupun dari segi tarikhnya tidaklah dijelaskan secara terperinci tetapi ulamak menetapkan perlaksanaan terhadap wujudnya badan ini perlulah dilihat dari aspek usul syara', kemudian kepada kaedah-kaedah umum dalam perundangan masakini yang tidak bercanggah dengan asas-asas syara'.

    Dalam sistem parlimen, perlaksanaan terhadap dasar dan kuasa ketua negara adalah dilaksanakan melalui majlis eksekutif yang menjadi perantara terhadap perlaksanaan dasar yang dibincangkan di parlimen. Majlis inilah secara langsungnya yang menjalankan tugas muraqabah terhadap dasar-dasar yang yang diputuskan oleh kerajaan yang memerintah melalui wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat.

    Sesetengah individu ada kalanya tersilap dalam memberikan tafsiran dengan mengatakan bahawa syura adalah terkesan daripada perundangan ciptaan manusia dalam beberapa perkara. Di sini perlulah dijelaskan kembali beberapa perbezaan  di antara  syura daripada sistem selainnya.

    1.Syura adalah istilah yang diguna pakai dalam Islam seumpama kalimah solat, iman zakat dan sebagainya. Allah SWT telah menjelaskan di dalam suatu surah mengenai kefardhuan syura :
    والذين استجابوا لربهم وأقاموا الصلاة وأمرهم شورى بينهم ومما رزفناهم ينفقون   (الشورى 38 ( 

    “Dan (untuk) orang-orang yang memperkenankan seruan kepada tuhannya dan mendirikan sembahyang sedang urusan mereka dengan bermesyuarat  sesama mereka dan mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang kami berikan kepada mereka”.

    Istilah ini tidak sah untuk ditafsirkan selain daripada apa yang dijelaskan oleh Al-Quran mengenai tafsiran kalimah syura dan sebagaimana yang dijelaskan oleh sunnah Baginda SAW.

    2. Kaedah Syura bukanlah bersifat tetap  ثابتة. Sebaliknya ia ditinggalkan untuk perlaksanaan berdasarkan kesesuaian masa dan tempat. Ianya adalah merupakan beberapa juzuk penting yang perlu dilaksanakan dalam pentadbiran Islam.

    3. Ahli syura adalah terdiri di kalangan mereka yang mendekatkan diri kepada Allah dan bersifat adil. Mereka melaksanakannya sebagai suatu ibadat dengan tujuan menolak kemafsadatan dan mengambil kemaslahatan seterusnya meletakkan keazaman kepada Allah SWT terhadap keputusan yang diambil dalam usaha mengelakkan perpecahan .
    فإذا عزمت فتوكل على الله (آل عمران 159)

    4. Matlamat dan tujuan syura hanyalah untuk mencari kebenaran dan keredhaan Allah SWT serta mengelakkan diri daripada tuntutan hawa nafsu, taasub pandangan mahu pun mempertahankan kepentingan diri sendiri dan jamaah tertentu .

    DarulBayan

    • *
    • Posts: 19
      • View Profile
    Jawab #3 15 September, 2007, 11:27:22 AM
  • Publish Di FB
  • 3.0  DEMOKRASI BARAT
       
    Asas perundangan  demokrasi ialah meletakkan kekuasaan dan undang-undang tertinggi  (سلطة السياسية) negara kepada rakyat. Suara majoriti rakyat adalah merupakan kuasa perundangan tertinggi dalam sesebuah negara bagi menentukan hala tuju pentadbiran terhadap rakyat secara umumnya.5
       
    Tertegaknya undang-undang demokrasi ini disebabkan penolakan terhadap rahib-rahib gereja yang  terlampau ekstrim dalam menentukan kewajipan dan wasiat yang berbentuk khurafat serta pendustaan di atas nama pemerintahan dan kebenaraan Ilahi. Maka penolakan inilah yang membawa kepada tercetusnya pergolakan seterusnya dibangunkan kekuasaan rakyat dengan menentukan kebenaran mutlak adalah milik rakyat sepenuhnya.

    Inilah falsafah demokrasi yang berbeza daripada Islam, iaitu kekuasaan mutlak diberikan kepada suara majoriti rakyat. Inilah yang ditegaskan oleh Dr. Solah Sowi bahawa meletakkan kekuasaan tertinggi di tangan rakyat adalah merupakan perkara yang bertentangan dengan agama Islam dan juga agama-agama samawi yang  lain. Semenjak Nabi Adam A.S. diciptakan sehinggalah lahirnya Nabi Muhammad SAW tiadalah kuasa tertinggi dalam pentadbiran melainkan syariat Allah SWT sahaja.

    Allah SWT telah menyatakan di dalam kitabnya akan kebatilan mana-mana perundangan yang menyimpang daripada apa yang telah ditetapkannya.
    Firman Allah SWT:
    ( الأعراف الاية  54 )        تبارك الله رب العالمين ألا له الخلق والأمر
    “Ingatlah, kepunyaan Allah hak ciptaan dan segala urusan“

    ( يوسفالا ية  40 )   إن الحكم إلا لله أمر ألا تعبدوا إلا إياه ذالك الدين القيم
    “Hukum itu tidak lain hanya bagi  Allah.. Dia menyuruh supaya kamu jangan menyembah  melainkan kepadanya. Demikian itulah agama yang lurus”.

    Jelasnya perlembagaan tertinggi hanyalah terletak kepada syara’ dan tidak kepada selainnya. Keseluruhan undang-undang yang menuntut  kepada perintah yang berkaitan dengan mukallaf ataupun pilihan kepada hambanya hanyalah milik Allah SWT sahaja. Manakala manusia tiada baginya hak sedikitpun untuk mengubah mana-mana ketetapan yang telah nyata dan pasti melalui petunjuk dan wahyunya.


    4.0  PERBEZAAN DI ANTARA SYURA DAN DEMOKRASI
       
    Syura adalah suatu bentuk kerjasama dalam menyuarakan pendapat bagi menentukan ketetapan atau perundangan dalam pentadbiran Islam. Ia berbeza daripada sistem-sistem selainnya disebabkan tanggungjawab di meja syura adalah sebagai memikul amanah Allah SWT. Ia diwujudkan sebagai badan perundangan dan pentadbiran di mana kekuasaannya berpandukan syariat Ilahi yang disampaikan melalui Al Quran dan Al Sunah
    Firman Allah SWT :                   
      إنا عرضْنا الأمانةَ على السماوات والأرضِ والجبالِ فأَبَيْنَ أن يحمِلْنَها وأشْفَقْنَ منها وحمَلها الإنسانُ إنه كان ظَلُومًا جَهُولا (الأحزاب 72)                                                                                 

    Maka tanggungjawab Khalifah terhadap ummah adalah sebagai perantara di antara kekuasaan Ilahi dengan urusan pentadbiran dan jajahan yang diserahkan kepada hambanya. Segala kekuasaan ini diberikan adalah untuk mendirikan ajaran agama dan melaksanakan tanggungjawab siasah berpandukan kepada ajaran yang diwahyukan kepada baginda SAW.6
    Firman Allah SWT:
    وما كان لمؤمن ولا مؤمنة إذا قضى الله ورسوله أمراً أن يكون لهم الخيرة من أمرهم ومن يعص الله ورسوله فقد ضل ضلالاً مبينا
      (الأحزاب 36)

    Justeru, kewajipan manusia sebenarnya adalah mengikut garis panduan dan kebenaran berpandukan kekuasaan حاكمية الله )  ) yang tertinggi. Maka kewajipan  mengikut perintah dan melaksanakan tuntutan syariat adalah merupakan suatu perjanjian yang diberikan oleh Allah kepada hambanya. Manakala kewajipan khalifah pula adalah sebagai pemegang amanah berpandukan wahyu dan permesyuaratan dalam menjaga maslahah insani.

    Dari suatu sudut, sistem syura dan demokrasi  dilihat mempunyai persamaan dalam beberapa aspek. Antaranya ialah:

    1.Sebagai suatu sistem pentadbiran dalam mencapai matlamat untuk melaksanakan beberapa tuntutan kemanusiaan. Ianya berjalan di atas dasar kewarasan akal fikiran manusia tetapi bukanlah merupakan suatu sistem yang tetap. Demokrasi mengalami perubahan berdasarkan perubahan zaman sebagaimana  juga syura.

    2. Rakyat adalah sebagai pelaksana kepada ketetapan ataupun perundangan yang dibuat melalui perbincangan. Selain itu juga rakyat memiliki kekuasaan untuk berijtihad terhadap perkara-perkara yang  tidak diturunkan nas di dalam agama samawi.

    Di sana perlulah dijelaskan bahawa perlaksanaan sesetengah pentadbiran yang menjalankan sistem pilihanraya bukanlah menunjukkan bahawa ie’tikad kepada sistem barat, sebaliknya ia hanyalah merupakan wasilah dan bukanlah merupakan maksud ataupun matlamat.

    Wasilah hanyalah perkara-perkara yang berhubung dengan perlaksanaan  sedangkan maqasid ialah  matlamat yang terhasil daripada perlaksanaan.

    Walaupun syura kadang-kadang mempunyai persamaan dengan beberapa sistem lain tetapi hakikatnya ia adalah berbeza sebagaimana yang dinyatakan dalam ciri-ciri syura dan demokrasi.7


    DarulBayan

    • *
    • Posts: 19
      • View Profile
    Jawab #4 15 September, 2007, 11:28:42 AM
  • Publish Di FB
  • 3.0  DEMOKRASI BARAT
       
    Asas perundangan  demokrasi ialah meletakkan kekuasaan dan undang-undang tertinggi  (سلطة السياسية) negara kepada rakyat. Suara majoriti rakyat adalah merupakan kuasa perundangan tertinggi dalam sesebuah negara bagi menentukan hala tuju pentadbiran terhadap rakyat secara umumnya.5
       
    Tertegaknya undang-undang demokrasi ini disebabkan penolakan terhadap rahib-rahib gereja yang  terlampau ekstrim dalam menentukan kewajipan dan wasiat yang berbentuk khurafat serta pendustaan di atas nama pemerintahan dan kebenaraan Ilahi. Maka penolakan inilah yang membawa kepada tercetusnya pergolakan seterusnya dibangunkan kekuasaan rakyat dengan menentukan kebenaran mutlak adalah milik rakyat sepenuhnya.

    Inilah falsafah demokrasi yang berbeza daripada Islam, iaitu kekuasaan mutlak diberikan kepada suara majoriti rakyat. Inilah yang ditegaskan oleh Dr. Solah Sowi bahawa meletakkan kekuasaan tertinggi di tangan rakyat adalah merupakan perkara yang bertentangan dengan agama Islam dan juga agama-agama samawi yang  lain. Semenjak Nabi Adam A.S. diciptakan sehinggalah lahirnya Nabi Muhammad SAW tiadalah kuasa tertinggi dalam pentadbiran melainkan syariat Allah SWT sahaja.

    Allah SWT telah menyatakan di dalam kitabnya akan kebatilan mana-mana perundangan yang menyimpang daripada apa yang telah ditetapkannya.
    Firman Allah SWT:
    ( الأعراف الاية  54 )        تبارك الله رب العالمين ألا له الخلق والأمر
    “Ingatlah, kepunyaan Allah hak ciptaan dan segala urusan“

    ( يوسفالا ية  40 )   إن الحكم إلا لله أمر ألا تعبدوا إلا إياه ذالك الدين القيم
    “Hukum itu tidak lain hanya bagi  Allah.. Dia menyuruh supaya kamu jangan menyembah  melainkan kepadanya. Demikian itulah agama yang lurus”.

    Jelasnya perlembagaan tertinggi hanyalah terletak kepada syara’ dan tidak kepada selainnya. Keseluruhan undang-undang yang menuntut  kepada perintah yang berkaitan dengan mukallaf ataupun pilihan kepada hambanya hanyalah milik Allah SWT sahaja. Manakala manusia tiada baginya hak sedikitpun untuk mengubah mana-mana ketetapan yang telah nyata dan pasti melalui petunjuk dan wahyunya.


    4.0  PERBEZAAN DI ANTARA SYURA DAN DEMOKRASI
       
    Syura adalah suatu bentuk kerjasama dalam menyuarakan pendapat bagi menentukan ketetapan atau perundangan dalam pentadbiran Islam. Ia berbeza daripada sistem-sistem selainnya disebabkan tanggungjawab di meja syura adalah sebagai memikul amanah Allah SWT. Ia diwujudkan sebagai badan perundangan dan pentadbiran di mana kekuasaannya berpandukan syariat Ilahi yang disampaikan melalui Al Quran dan Al Sunah
    Firman Allah SWT :                   
      إنا عرضْنا الأمانةَ على السماوات والأرضِ والجبالِ فأَبَيْنَ أن يحمِلْنَها وأشْفَقْنَ منها وحمَلها الإنسانُ إنه كان ظَلُومًا جَهُولا (الأحزاب 72)                                                                                 

    Maka tanggungjawab Khalifah terhadap ummah adalah sebagai perantara di antara kekuasaan Ilahi dengan urusan pentadbiran dan jajahan yang diserahkan kepada hambanya. Segala kekuasaan ini diberikan adalah untuk mendirikan ajaran agama dan melaksanakan tanggungjawab siasah berpandukan kepada ajaran yang diwahyukan kepada baginda SAW.6
    Firman Allah SWT:
    وما كان لمؤمن ولا مؤمنة إذا قضى الله ورسوله أمراً أن يكون لهم الخيرة من أمرهم ومن يعص الله ورسوله فقد ضل ضلالاً مبينا
      (الأحزاب 36)

    Justeru, kewajipan manusia sebenarnya adalah mengikut garis panduan dan kebenaran berpandukan kekuasaan حاكمية الله )  ) yang tertinggi. Maka kewajipan  mengikut perintah dan melaksanakan tuntutan syariat adalah merupakan suatu perjanjian yang diberikan oleh Allah kepada hambanya. Manakala kewajipan khalifah pula adalah sebagai pemegang amanah berpandukan wahyu dan permesyuaratan dalam menjaga maslahah insani.

    Dari suatu sudut, sistem syura dan demokrasi  dilihat mempunyai persamaan dalam beberapa aspek. Antaranya ialah:

    1.Sebagai suatu sistem pentadbiran dalam mencapai matlamat untuk melaksanakan beberapa tuntutan kemanusiaan. Ianya berjalan di atas dasar kewarasan akal fikiran manusia tetapi bukanlah merupakan suatu sistem yang tetap. Demokrasi mengalami perubahan berdasarkan perubahan zaman sebagaimana  juga syura.

    2. Rakyat adalah sebagai pelaksana kepada ketetapan ataupun perundangan yang dibuat melalui perbincangan. Selain itu juga rakyat memiliki kekuasaan untuk berijtihad terhadap perkara-perkara yang  tidak diturunkan nas di dalam agama samawi.

    Di sana perlulah dijelaskan bahawa perlaksanaan sesetengah pentadbiran yang menjalankan sistem pilihanraya bukanlah menunjukkan bahawa ie’tikad kepada sistem barat, sebaliknya ia hanyalah merupakan wasilah dan bukanlah merupakan maksud ataupun matlamat.

    Wasilah hanyalah perkara-perkara yang berhubung dengan perlaksanaan  sedangkan maqasid ialah  matlamat yang terhasil daripada perlaksanaan.

    Walaupun syura kadang-kadang mempunyai persamaan dengan beberapa sistem lain tetapi hakikatnya ia adalah berbeza sebagaimana yang dinyatakan dalam ciri-ciri syura dan demokrasi.7


    DarulBayan

    • *
    • Posts: 19
      • View Profile
    Jawab #5 15 September, 2007, 11:29:40 AM
  • Publish Di FB
  • 5.0   HUKUM MELAKSANAKAN SYURA

    Terdapat berbagai-bagai bidang yang dilaksanakan melalui sistem musyawarah ini. Ianya termasuklah :8

    1. Dalam aspek kehidupan seharian seperti urusan munakahat, bai’e, ijarah, wakalah dan dzoman di mana berlakunya proses syura .

    2. Syura juga dilaksanakan di dalam majlis kehakiman sebagaimana berlakunya syura di antara qadhi bersama para ilmuan dan fuqaha' terhadap sesuatu qadhiah sebelum sesuatu ketetapan diambil terhadap hukuman yang bakal diputuskan.

    3. Majlis mufti juga melaksanakan konsep syura bersama para alim ulamak di zamannya sebelum sesuatu fatwa dikeluarkan untuk tatapan umum.

    4. Hakim (pemerintah) juga melaksanakan tuntutan syura bersama ahli halli wal aqdi dalam menentukan sesuatu dasar yang berhubung dengan maslahah ummah dalam pentadbiran negara.

    Di dalam ketiga-tiga keadaan yang pertama sebagaimana yang dijelaskan, tuntutan syura adalah bersifat mustahab (sunat). Adapun dalam keadaan yang terakhir ulamak bercanggah pandapat dalam menentukan hukum melaksanakan syura bagi seseorang pemerintah negara.9

    Pandangan pertama :
    Syura adalah wajib bagi seseorang pemerintah dalam memutuskan ketetapan berhubung  dengan pentadbirannya.

    Pandangan kedua :
    Tuntutan syura hanyalah disunatkan dan ianya tidaklah dianggap sebagai sesuatu kewajipan bagi seseorang pemerintah.

    Huraian pandangan I
    Pendapat ini dipegang oleh sebahagian ulamak dan juga fuqaha' yang menyatakan syura adalah sesuatu kewajipan bagi pemerintah. Sekiranya ia meninggalkan tuntutan syura dalam pentadbirannya ataupun bersendirian dalam  menentukan hukum maka ianya dianggap sebagai suatu dosa.Ummah juga dianggap berdosa sekiranya mereka berdiam diri kerana ia merupakan suatu kemungkaran yang perlu dicegah. Ini ditegaskan lagi oleh hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Shahihnya melalui riwayat Abu Said Al Khudri, Sabda Nabi SAW:
      منْ رأى منكم منكرا فلْيغيِّرْه بيده فإنْ لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضْعَفُ الإيمان               10
       
    Ibn Atiah di dalam tafsirnya menyatakan “Syura merupakan salah satu daripada kaedah syara’ dalam menentukan sesuatu hukum. Mana-mana pemerintah yang tidak melaksanakan  musyawarah bersama-sama  ahli ilmi dan ulamak  maka wajib memecatnya daripada tampuk pemerintahan yang sememangnya tiada  lagi khilaf padanya”.11

    Berikut adalah pandangan yang diambil secara ringkas daripada  kebanyakan fuqaha' yang mengatakan bahawa syura adalah merupakan suatu kewajipan  terhadap pemerintah dalam sesebuah negara.

    Fuqaha' Hanafiah
    Abu Bakar al Jashas: Firman Allah  SWT وشاورهم فى الأمر  menunjukkan ketinggian darjat syura di sisi Allah yang disertakan dengan perintah iman dan solat.

    Ibn Asyur  menjelaskan apa yang dinyatakan oleh Ibn Arabi adalah menerangkan mengenai apa yang disepakati oleh mazhab Hanafi mengenai kewajipan pemerintah dalam melaksanakan tuntutan syura

    Fuqaha Malikiah
    Ibn Atiah al Andalusi: Pandangan beliau adalah sebagaimana yang dijelaskan di mana  pemerintah yang mengenepikan tuntutan syura hendaklah dilucutkan  daripada jawatannya. Antara lain beliau mendakwa apa yang dipegangnya adalah merupakan suatu keputusan ijma’.

    Ibn Juwaiz: “Pemerintah berkewajipan untuk mengadakan musyawarah bersama ulamak di dalam urusan yang tidak diketahuinya mahupun urusan yang berkaitan dengan soal agama, peperangan ataupun soal dalam menentukan maslahah yang berkaitan dengan kementerian dan urusan pentadbiran negara.12

    Ibn Arabi: “Musyawarah adalah merupakan salah satu daripada usul agama dan juga sunnah yang diamanahkan oleh Allah SWT. Ianya adalah suatu kewajipan  ke atas seluruh ummah semenjak zaman Nabi SAW dan seterusnya”.13

    Fuqaha' Syafie’ah
    Kebanyakan  pandangan dalam mazhab Syafie  menyatakan syura adalah wajib  ke atas pemerintah  dan juga ke atas Nabi SAW.14

    Imam Al Nawawi menyatakan bahawa ianya adalah wajib sebagaimana pandangan jumhur ulamak dan usuliyyin bahawa ayat    وشاورهم فى الأمر adalah menunjukkan perintah suruhan yang berbentuk wajib. Ianya adalah nas yang terang dan tiada lagi kesamaran padanya.15

    Fuqaha Hanabilah
    Syeikh Islam Ibn Taimiah  menjelaskan bahawa tidak dapat tidak bagi seseorang pemerintah  berkewajipan untuk melaksanakan tuntutan syura sebagaimana Firman Allah :
     فبما رحمةٍ من الله لِنْتَ لهم ولو كنْتَ فظًّا غليظَ القلب لانْفضُّوا مِن حولك فاعْفُ عنهم واستغفر لهم وشاوِرْهم في الأمر فإذا  عزَمْتَ فتوكل على الله إن الله يحب المتوكلين  (آل عمران  159  )


    DarulBayan

    • *
    • Posts: 19
      • View Profile
    Jawab #6 15 September, 2007, 11:30:18 AM
  • Publish Di FB
  • Pandangan Muhaddisin/ muasirin
    Jumhur muhaddisin menyatakan syura adalah suatu kewajipan  terhadap pemerintah sebagaimana pandangan yang dinyatakan oleh Syeikh Tohir Ibn Asyur.16

    Di antara tokoh-tokoh ulamak lain yang menyokong mengenai kewajipan  melaksanakan syura bagi pemerintah termasuklah tokoh gerakan Islam, Imam Hassan al Banna17, Ustaz al Maududi18, Syeikh Mahmud Syaltut19, Syeikh Muhammad Abi Zahrah20, Syeikh Abd Wahab Khalaf21, Dr.  Abd Kadir Audah22, Dr. Abd Razak al Sanhuri23 dan Dr. Abd Karim Zaidan.

    Dalil Pendapat I
    1. Firman Allah SWT:                   
     فبما رحمة من الله لنت لهم  ولوكنت فظً غليظ القلب لانفضوا من حولك  (آل عمران 159)                           
    "Maka dengan rahmat  Allah menjadi lunaklah hati engkau (Muhammad) terhadap mereka. Sekiranya engkau berbudi jahat dan berhati kasar nescaya bercerai berailah  mereka manjauhi engkau".

    Dilalah ayat :
    Kata Imam Fakh al’Razi: “Zohir ayat menunjukkan perintah amar adalah wajib. Justeru, perintah melaksanakan syura  adalah suatu perintah yang wajib.”

    Kata Abu Hayyan al Andalusi: “Dalil (ayat) menunjukkan  perintah musyawarah merupakan suatu tuntutan syara’”.

    Kata Syeikh Muhammad Rashid Redha: “Dalil manunjukkan perintah umum dalam  mentadbir negara dan ummah Ianya adalah meliputi segala urusan termasuklah  peperangan, keamanan serta perkara-perkara  yang melibatkan maslahah duniawi.”

    2. Firman Allah SWT:                                                                                                                     والذين استجابوا لربهم وأقاموا الصلاة وأمرهم شورى بينهم ومما رزقناهم ينفقون                                                                  (الشورى 38)
    3. Firman Allah SWT:                           
                                                                             ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر..   
        (آل عمران 104)

    4. Firman Allah SWT:                                                                        فاسألوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون

    5. Sabda Nabi SAW, daripada Saidina Ali R.A.
    قلتُ يا رسولَ الله إِنْ نَزَلَ بِنا أَمرٌ ليْسَ فيهِ بيانُ أَمرٍ ولا نهيٍ فما تَْامرُنا؟ قال صلى الله علبه وسلم: شَاوِرُوا فيهِ الفُقَهاءَ والعابِدينَ ولا تُمْضُوا فيهِ رَأْيَ خَاصَّةٍ.

    Huraian pendapat II

    Sebahagian daripada fuqaha'  menyatakan bahawa perintah syura  bukanlah merupakan suatu tuntutan yang wajib ke atas pemerintah. Ianya hanyalah merupakan suatu perkara yang disunatkan dan tidaklah menjadi suatu kesalahan apabila meninggalkannya. Walaubagaimanapun mereka menyokong  bahawa adalah terlebih baik untuk dilaksanakan  syura bersama para ilmuan, fuqaha' dan ahli ilmi.

    Pendapat ini disandarkan kepada Muhammad b. Idris Al Syafie24, Qotadah, Al Rabie’, Ibn Ishak25, Imam Ghazali, Ibn Hazm, Ibn Qayyim Al Jauzi, Al Mawardi dan kebanyakan golongan salaf.


    Dalil pendapat II
    1. Firman Allah SWT.    وشا ورهم فى الأمر

    Dilalah ayat:
    Perintah amar menunjukkan kepada suruhan yang berbentuk sunat. Ini dijelaskan sebagaimana berlakunya musyawarah di antara nabi Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail dalam Firman Allah SWT :
    فلمَّا بَلَغَ معه السَّعْيَ قال يا بُنَيَّ إنِّيْ أرى في المنام أنِّيْ أذْبَحُك فَانْظُرْ ماذا ترَى قال يا أبَتِ افْعلْ ما تُؤمرُ ستجدني إن شاء اللهُ من الصابرين ( سورة الصافات أية 102)

     “Hai anakku, sesungguhnya aku bermimpi dalam tidur, bahawa aku menyembelih engkau maka perhatikanlah bagaimana fikiran engkau?”

    2.Sekiranya perintah syura adalah wajib maka Nabi SAW akan bersungguh-sungguh untuk menjalankannya. Namun sebaliknya Nabi SAW ada kalanya tidak melaksanakan musyawarah dalam kebanyakan urusannya bersama para sahabat.

    Ini dapat dilihat sebagaimana keputusan Nabi dalam perjanjian Sulhu Hudaibiyah walaupun disanggah oleh para sahabat. Begitu juga dalam peperangan Tabuk, tiada pun di kalangan tentera sekira-kira 300 orang yang turut serta dalam musyawarah bersama Nabi.

    3.Musyawarah yang dilakukan oleh Nabi SAW hanyalah suatu petunjuk untuk menenangkan hati para sahabat. Justeru, ianya hanyalah merupakan perkara yang dianggap sunat sahaja.

    4.Asalan dalam hukum Islam adalah mubah  الأصل فى الأشياء الإباحة, sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan  sama ada keharusan ataupun kewajipan. Namun di sana tiada dalil yang menerangkan bahawa ianya adalah merupakan suatu kewajipan.

    DarulBayan

    • *
    • Posts: 19
      • View Profile
    Jawab #7 15 September, 2007, 11:30:56 AM
  • Publish Di FB
  • Pendapat Terpilih
    Dr. Abd Kadir Abu Faris di dalam kitabnya menyatakan bahawa pendapat yang sesuai untuk diterima adalah pendapat yang menyatakan bahawa syura adalah wajib untuk  dilaksanakan oleh setiap pemerintah. Ini berdasarkan kekuatan dalil yang dibawa oleh golongan ini. Seandainya syura di anggap sebagai suatu perkara yang sunat semata–mata, maka ianya telah menolak beberapa faedah yang besar terhadap ummah. Di antaranya ialah:

    1.Pemerintah akan bersendirian dalam menentukan hukum dan dasar.( (إسستبداد الحكم

    2.Dasar akan diputuskan oleh suatu golongan sahaja. Ini akan membawa kepada hilangnya keyakinan rakyat terhadap pemerintah seterusnya membawa kepada perpecahan  di kalangan rakyat.

    3.Ianya seolah-olah menolak dasar persamaan dan kebebasan berfikir dalam menyuarakan pandangan.

    4.Pemerintah seolah-olah hanya mengikut kehendak dirinya semata-mata. Sekiranya dasar syura diamalkan, secara tidak langsung pemerintah sebenarnya telah melaksanakan salah satu daripada tuntutan syara’ yang di anggap sebagai ibadah. Seandainya tuntutan ini ditinggalkan maka hilanglah salah satu daripada cabang ibadah yang mendekatkan seorang hamba kepada tuhannya. Maka hilanglah di sana suatu kebaikan yang besar dan tinggallah kerugian yang menimpa.26
       
    Tegasnya benarlah apa yang dikatakan oleh As Syahid Syed Qutb di dalam Zilalnya
    ”Seandainya wujud segolongan qiadah yang diberi petunjuk dan mampu mentadbir ummah maka tidak perlulah lagi disibukkan dengan urusan syura. Sedangkan wujudnya baginda SAW yang dipandu oleh wahyu Allah SWT memadai untuk menyatakan tidak wajibnya syura terhadap urusan ummah. Tetapi lahirnya  baginda SAW berserta wahyu Ilahi tidaklah menolak tuntutan ini kerana tuntutan ini adalah begitu penting untuk kesinambungan umat’.27


    6.0   BIDANG SYURA

    Bukanlah semua individu berkelayakan untuk menjadi ahli syura. Mereka semestinya di kalangan ulil amri dan orang yang berkelayakan untuk menyuarakan pandangan dalam menyelesaikan permasalahan yang berlaku.
     
    Firman Allah SWT
    وإذا جاءهم أمر من الأمن أو الخوف أذاعوا به ولو ردوه إلى الرسول وإلى أولى الأمر منهم لعلمه الذين يستنبطونه منهم   
    (النساء 83)       
    “Apabila mereka ditimpa sesuatu hal, keamanan atau ketakutan mereka siarkan kepada  musuh. Kalau mereka serahkan hal itu kepada rasul atau orang yang mempunyai urusan di antara mereka nescaya orang-orang yang meneliti di antara mereka mengetahui hal itu”.

    Mereka adalah dikalangan orang-orang yang mempunyai pengkhususan dalam bidang keagamaan. Selain itu mereka jualah yang melantik wakil untuk dicalonkan sebagai khalifah serta melakukan baiah lalu dibentangkan kepada masyarakat umum untuk diterima secara total.

    Ahli syura memiliki kekuasaan untuk mengoreksi  dan memuhasabah ketua negara serta menterinya. Ini berlaku dalam konteks amar ma'ruf nahi mungkar. Sekiranya ketua negara  melanggari batasan syara’ ataupun melakukan kezaliman terhadap masyarakat maka adalah menjadi kewajipan ahli syura untuk membuat perubahan dan memperbetulkan kesalahan tersebut.

    Mereka juga memiliki kekuasaan untuk memecat ketua negara sekiranya beliau memang perlu untuk dipecat seperti meninggalkan kewajipan yang ditaklifkan kepadanya ataupun bila mana kezaliman berleluasa tanpa sebarang cegahan dan tindakan.

    DarulBayan

    • *
    • Posts: 19
      • View Profile
    Jawab #8 15 September, 2007, 11:31:30 AM
  • Publish Di FB
  • 7.0   PERBINCANGAN DI MAJLIS SYURA

    Perbincangan di antara ahli-ahli syura dalam beberapa perkara tertentu  adalah untuk mencari titik permuafakatan dalam menentukan perkara-perkara yang dapat memberikan maslahah kepada ummah.
       
    Di sana perbincangan syura adalah menyentuh mengenai perkara-perkara mubah, pensyariatan yang berhubung urusan muslimin sama ada individu ataupun kumpulan-kumpulan tertentu, hal ehwal kekeluargaan, masalah awam atau pun perkara yang melibatkan jentera pentadbiran kerajaan dan sebagainya.
       
    Di antara perkara-perkara yang dikecualikan dalam perbincangan syura adalah perkara yang melibatkan nas thabit di dalam al Quran dan sunnah serta beberapa perkara yang menyentuh mengenai akidah  umat Islam.

    Dr. Abd Karim Zaidan di dalam majma’ buhus feqhiyyah menjelaskan “ permesyuaratan yang melibatkan ummah adalah berlegar di sekitar perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran kerajaan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan syara’ yang memerlukan kepada ijtihad terhadap dalil-dalil yang bersifat dzonni ataupun yang tiada nas padanya.

    Al Jashas pula di dalam tafsirnya menyatakan: “Permesyuaratan adalah menyentuh perkara-perkara keduniaan dan keagamaan yang tidak diturunkan wahyu padanya”. Ianya adalah seumpama masalah yang melibatkan siasah daulah, ketenteraan, pengisytiharan perang, akad perjanjian dan sebagainya.

    Oleh itu perkara-perkara yang tidak memerlukan hajat, tidak mendatangkan manfaat dan juga tidak diterima akal adalah merupakan perkara-perkara yang tidak memerlukan syura  untuk dibahaskan.


    8.0 PERLAKSANAAN SISTEM SYURA

    Sirah Nabi SAW menunjukkan bagaimanakah teladan dalam melaksanakan syura yang perlu diambil oleh seorang kepimpinan negara. Persoalannya, adakah permesyuaratan yang akan dilaksanakan melibatkan keseluruhan masyarakat ataupun sebahagian kecil sahaja dikalangan mereka.

    Justeru, sirah Nabi SAW menentukan bagaimanakah  bentuk syura yang pernah dilaksanakan  di antara Nabi dan para sahabat28

    1.Musyawarah memerangi Musyrikin
    Ketika mana kaum Musyrikin   merancang untuk menyerang orang-orang Islam dalam peperangan Badar,  Nabi SAW bermusyawarah bersama para sahabat. Di antaranya Abu Bakar, Umar, Miqdad, Saad b Abi Waqas, Muaz b. Jabal dan para sahabat yang lain di mana mereka mengambil keputusan untuk mempertahankan Madinah daripada diserang. Lalu Nabi SAW pun bersabda :
    سيروا على بركة الله ...فإن الله وعدنى إحدى الطائفتين والله لكأنى أنظر إلى مصارع القوم29

    2.Musyawarah dalam peperangan Uhud.
    Musyawarah ini berlaku di mana Nabi SAW menyatakan persetujuan untuk bertahan di Madinah sedangkan sebahagian sahabat menyatakan persediaan untuk keluar daripada Madinah  untuk berhadapan dengan musuh.

    3.Musyawarah dalam menentukan ghanimah golongan Hawazin
    Musyawarah ini berlaku di antara Nabi dan para sahabat di mana Baginda meminta pandangan daripada keseluruhan mereka yang terlibat dalam peperangan itu.

    4.Musyawarah dalam menentukan hukuman terhadap tawanan Badar
    Musyawarah ini berlaku di antara Nabi dan para sahabat. Di antaranya Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.

    Kesimpulannya pandangan dalam menentukan siapa dan apa yang akan dibincangkan adalah berbeza mengikut situasi dan keadaan. Ini adalah disebabkan beberapa faktor. Antara lain:

    Nabi SAW bermusyawarah dengan sebahagian sahaja daripada sahabat disebabkan beberapa faktor di antaranya:
    i-   Masalah ini tidak perlu untuk dibentangkan kepada keseluruhan kaum muslimin.
    ii-  Masalah ini tidak perlu untuk dibentangkan kepada keseluruhan mereka yang terlibat 
                dalam peperangan.(tawanan Badar)
           iii- Syura hanyalah berlaku dengan mereka yang mempunyai kepentingan dan keutamaan             disisi masyarakat sahaja.

    2. Ahli syura dalam masalah untuk keluar berperang (Uhud) di ambil daripada kebanyakan kaum muslimin.

    3. Ahli syura dalam masalah ghanimah golongan hawazin diambil daripada kesemua yang terlibat dalam peperangan tersebut.



    8.0   PERLAKSANAAN KEPUTUSAN SYURA

    Keputusan pemerintah dalam melaksanakan tuntutan syura  adalah suatu perkara yang pasti dan tidak lagi diragui lagi kewajipannya. Namun  terdapat  beberapa perkara yang menjadi perselisihan di kalangan ulamak berhubung dengan  keputusan syura. Ianya berlaku sekiranya musyawarah dilaksanakan tetapi tidak mencapai permuafakatan dalam mengeluarkan keputusan di mana keputusan  majoriti ahli syura berbeza daripada keputusan yang hendak diputuskan oleh pemerintah (ketua negara) .

    Justeru, bagaimanakah keputusan yang bakal diputuskan?. Penjelasan daripada kitab-kitab yang dicatatkan ulamak menjelaskan ianya adalah bergantung kepada dua keadaan:

    1.Diputuskan mengikut keputusan yang dibuat oleh majority ahli syura dan menolak  keputusan yang dibuat oleh  pemerintah secara bersendirian.  شورى الملزمة

    2.Diputuskan mengikut kehendak pemerintah walaupun pendapatnya berbeza daripada kebanyakan pendapat ahli syura yang lain  شورى المعلمة

    Pendirian Fuqaha' dan Ulamak

    Golongan I
    Sebahagian  daripada  ulamak  menyatakan  keputusan   syura   adalah   ditentukan  atas   dasar (المعلة  )   dan  menjadi hak pemerintah untuk menentukan pilihannya  dalam  sesuatu musyawarah walaupun keputusan itu bertentangan dengan keputusan jumhur ahli syura.

    Golongan II
    Sebahagian Ulamak menyatakan bahawa keputusan syura adalah bersifat الملزم )  ). Pandangan ini disandarkan  kepada jumhur fuqaha' dan kebanyakan ulamak muasirah. Pemerintah wajib mengikut keputusan dan suara majoriti ahli syura walaupun pandangan pemerintah yang diyakini akan kebenarannya menyanggahi jumhur ahli syura yang lain.

    DarulBayan

    • *
    • Posts: 19
      • View Profile
    Jawab #9 15 September, 2007, 11:32:04 AM
  • Publish Di FB
  • Huraian Pandangan I

    Fuqaha' dan ulamak terdahulu
    Di kalangan ulamak yang menyatakan demikian  adalah Al Jashas30 (Ahnaf), Ibn Atiah31 (Malikiah), Ibn Taimiah32 (Hanabilah) dan Imam Al Qurtubi.

    Fuqaha' Muasirah
    Di kalangan mereka termasuklah Imam Hassan Al Banna33, Ibn Asyur34, Ustaz Hassan Al-Huwaidi, Dr Abd. Karim Zaidan, Ustaz Ahmad Muhammad Syakir dan Ustaz Dr. Said Ramadhan Al Bouti35.

    Dalil Pendapat I
    1.Firman Allah SWT :   
      فبما رحمة من الله لنت لهم  ولو كنت فضا غليظ القلب لانفضو من حولك فاعف  عنهم واستغفرلهم وشاورهم فى الأمر فإذا عزمت فتوكل على الله ( آل عمران 154)
    Dilalah ayat:
    Ayat dengan jelas menunjukkan khitab ke atas Nabi SAW supaya memberi keampunan kepada ahli-ahli Uhud yang melanggari perintah Baginda. Justeru, tiadalah pula menjadi kewajipan ke atas Baginda  untuk menerima pakai apa-apa pandangan di kalangan mereka yang berhajat untuk meminta keampunan di sisi Nabi. Ini disebabkan kedudukan Nabi sendiri adalah lebih tinggi daripada mereka yang berhajat kepada keampunannya.

    Ayat seterusnya فإذا عزمت فتوكل على الله disandarkan hanya kepada Nabi dalam meletakkan keazaman serta menentukan keputusan yang dibuat tanpa mengaitkannya dengan keputusan yang diambil oleh ahli syura. Begitu juga perintah (فتوكل) adalah ditujukan kepada Rasulullah dan bukannya keputusan terbanyak yang dibuat oleh ahli syura.


    2. Al-Sunnah
    Sabda Nabi SAW kepada sahabatnya Abu Bakar  dan Umar Radhiyallahuanhuma
    لو اجتمعتما فى مشورة  ماخالفتكما ,,,/ وفى لفظ,,لو أتفقتما فى مشورة  ماخالفتكما36
    Dilalah hadis:
    Sekiranya kedua-dua sahabat Nabi SAW (Abu Bakar dan Umar) bersetuju dalam sesuatu musyawarah maka tiadalah sesiapa pun  yang akan menyanggahi  mereka. Justeru, pandangan  mereka akan diterima pakai walaupun di kalangan jumhur sahabat lain berselisih dengan mereka.

    Ini menunjukkan mereka ini menjadi rujukan kepada sahabat-sahabat lain. Mereka juga mempunyai kaedah tersendiri untuk menentukan pemikiran dan hala tuju dalam menangani sesuatu masalah. Mereka jualah yang dianggap sebagai wazir kepada Nabi SAW sebagaimana yang di riwayatkan di dalam Sunan al Tirmizi daripada Abu Said al Khudri, Sabda Nabi SAW:
    مَا مِنْ نَبِيَ إلاَّ وَلَهُ وَزِيرَانِ مِنْ أهْلِ السَّماءِ، وَوَزِيرَانِ مِنْ أَهْلِ الأرْضِ، فَأَمَّا وَزِيرَايَ مِنْ أهْلِ السَّمَاءِ فَجِبْرِيلُ وَمِيكَائِيلُ، وأَمَّا وَزِيرَايَ مِنْ أَهْلِ الأرْضِ فَأَبُو بَكْرٍ وعُمَرُ
                               
    3.Sunnah Fie’liah (al Sulhu Hudaibiyah)
    Nabi SAW telah memeterai perjanjian Hudaibiyah  tanpa mengadakan musyawarah bersama para sahabat yang lain. Baginda menetapkan perjanjian tanpa mengadakan perbincangan bersama para muslimin bahkan di kalangan mereka ada yang membantah:

    1. Kata mereka “Demi Allah kami tidak akan menulisnya kecuali dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم”. Tetapi Nabi menegaskan  “tulislah dengan lafaz بسمك اللهم “

    2. Kata mereka “Subhanallah, bagaimanakah pula mereka harus dikembalikan ke tangan Musyrikin sedangkan mereka datang untuk menganuti Islam bersama kita”. Ini adalah pendapat mereka berhubung keputusan Nabi SAW. Akan tetapi Nabi tetap meneruskan keputusan yang dibuatnya.

    3. Nabi memerintahkan mereka supaya mereka bercukur dan melakukan penyembelihan  tetapi mereka tidak mengendahkannya.


    Golongan II

    Pandangan yang menyatakan bahawa keputusan syura adalah bersifat mulzimah disandarkan  kepada jumhur fuqaha' dan ulamak muasirah. Pemerintah wajib mengikut keputusan dan suara majoriti ahli syura walaupun suara terbanyak ini menyanggahi pandangan pemerintah yang diyakini akan kebenarannya.
       
    Dikalangan para fuqaha' yang menyatakan demikian termasuklah Ustaz al Maududi37, Syeikh Mahmud Syaltut38, Dr. Abd Karim Zaidan39, Dr. Abd Kadir Audah40, Ustaz Muhammad Rashid Redha41, Ustaz Muhammad Abduh, Ustaz Muhammad Salim  al Awi42 dan Ustaz Zakaria al Barie43.

    Dalil Pendapat II
    1. Firman Allah SWT
    فبما رحمة من الله لنت لهم ولو كنت فظا غليظ القلب لانفضوا من حولك فاعف عنهم  واستغفرلهم وشاورهم فى الأمر فإذا عزمت فتوكل على الله إن الله يحب المتوكلين  ( آل عمران 159)
    Dilalah ayat:
    Ayat menerangkan kewajipan dalam melaksanakan syura melalui Firmannya  وشاورهم فى الأمر. Maka tidak dapat tidak  kewajipan ini dilaksanakan dengan mengambil pandangan daripada setiap ahli syura. Keputusan seterusnya dipilih daripada pendapat yang mewakili kebanyakan suara ahli syura sebagaimana yang dilaksanakan oleh Nabi SAW.
       
    Ayat  فإذا عزمت فتوكل على الله menjelaskan tentang (العزم) iaitu azam terhadap pendapat yang terbanyak seterusnya meletakkan tawakkal hanya kepada Allah SWT.

    Kata Ustaz Muhammad Rashid Redha dalam Tafsirnya al Mannar
    “Ayat  فإذا عزمت فتوكل على الله iaitu apabila kamu telah berazam ke atas sesuatu perkara selepas melakukan musyawarah untuk melaksanakan apa yang di ambil oleh musyawarah tersebut maka bertawakkallah kepada Allah SWT. Hendaklah kamu yakin dengan bantuan dan pertolongan daripada Allah SWT. Janganlah pula kamu hanya berserah kepada keadaan sekelilingmu dan dirimu sahaja. Hendaklah kamu ketahui bahawa di sebalik apa yang kamu putuskan itu adalah merupakan sesuatu kekuatan yang sempurna dan wajib kamu yakini padanya”.

    Beliau menjelaskan lagi “sesungguhnya pandangan jumhur ahli syura adalah terlebih dekat kepada kebenaran daripada pandangan mana-mana individu. Logiknya menyerahkan urusan ummah kepada seseorang individu sahaja tanpa menilai kepada pandangan ahli  syura yang lain adalah merupakan suatu perkara yang amat buruk dengan tidak meraikan suara umum.
       
    Jelasnya apa yang diambil daripada peristiwa Uhud adalah mengikut suara majoriti ahli syura walaupun apa yang diputuskan oleh Baginda SAW adalah lebih tepat daripada pendapat jumhur sahabat.

    2. Al-Sunnah
    Sabda Nabi SAW daripada Saidina Ali b. Abi Talib:
    لَوْ كُنْتُ مُؤَمِّراً أحَداً منهم مِنْ غَيْرِ مَشورةٍ مِنْهُمْ لأَمَّرْتُ عَلَيْهِمْ ابنَ أُمِّ عَبْد
    (Sunan al Tirmidzi Bab Manaqib Abdullah b Mas'ud 5/673)     

    3. Ibn Kathir meriwayatkan di dalam tafsirnya daripada Ibn Murdawiyah daripada Ali b. Abi Talib. Nabi SAW ditanya tentang العزم  di dalam Firman Allah SWT
     فاء ذا عزمت فتوكل على الله . Maka Baginda pun menjawab;    مشورة أهل الرأى ثم اتباعهم .

    Dilalah Nas:
    Hadith secara jelas mentafsirkan (العزم)  sebagai menerima pendapat daripada majoriti ahli syura selepas musyawarah dilaksanakan.44


    4. Sunnah Fie’liah
    Dalam musyawarah menentukan hukuman terhadap 70 orang tawanan Badar. Nabi SAW dan para sahabat mengadakan musyawarah disebabkan tiadanya hukum syar’ie yang diwahyukan kepada Baginda. Dalam musyawarah itu terdapat 3 pandangan utama yang diputuskan daripada para sahabat:

    i . Hukuman harus diambil dengan membunuh mereka tanpa mengambil fidyah (Umar)

    ii. Hukuman dijatuhkan dengan mengambil fidyah daripada mereka (Abu Bakar dan jumhur sahabat)

    iii.Hukuman dijatuhkan dengan membakar para tawanan tersebut
    (Abdullah B. Rawahah)

    5.  Al Athar
    Kata Umar kepada seorang lelaki “Sesiapa yang melantik amir tanpa mengadakan musyawarah maka baiah itu dianggap tidak sah. Begitu juga baiah daripada mereka-mereka yang melakukan baiah itu dianggap terbatal45.

    6. Dalil aqlie
    1.   Pandangan yang disuarakan oleh majoriti adalah lebih tepat dan sahih daripada pandangan yang dibuat secara bersendirian. Selain itu  pandangan daripada jamaah adalah merangkumi segenap kudrat akal manusiawi melalui kajian dan pengalaman seluruh ahli syura.

    2.Seandainya diambil pandangan daripada individu sahaja  maka tiadalah gunanya fungsi ahli halli wal aqdi ataupun ahli syura. Ini akan mengurangkan keyakinan ahli musyawarah terhadap apa yang diputuskan oleh pemerintah. Ianya seolah-olah tiada suatu neraca timbangan terhadap apa yang disuarakan mereka di sisi pemerintah.

    3.   Pendirian yang menyatakan syura adalah mulzimah telah merealisasikan suatu maslahah  ammah terhadap masyarakat.

    4.   Pendirian yang menolak pendapat ummah (majoriti) seolah-olah telah menyempitkan ruang lingkup ijma’ dan menolak kema’suman ummah sebagaimana yang dijelaskan oleh Nabi SAW :      ، فَعَلَيْكُمْ بالجَمَاعَةِ، فإنَّ يَدَ الله عَلىٰ الجَمَاعَة لا تجتمع أمتى على الضلالة

    5.   Keputusan yang dibuat di atas dasar معلمة)) akan membawa kepada ( ( إستبداد الحكم iaitu  hukum yang hanya diputuskan atas dasar persendirian. Ianya seolah-olah mengiktiraf berlakunya pemusatan kuasa dalam menentukan sesuatu dasar dan keputusan.


    Pendapat Terpilih
    Melihat kepada pandangan dan dalil yang dikemukakan jelaslah bahawa qadhiah yang dibincangkan ini adalah berkisar di sekitar perkara ijtihadiah semata-mata. Ini disebabkan tiadanya nas secara qatie al dilalah dan qatie al thubut dalam menentukan ianya adalah mulzimah atau mu’limah.

    Jelasnya kedua-dua pandangan yang dinyatakan adalah di atas dasar ijtihad. Keikhlasan dalam mengeluarkan pandangan semestinya akan diberi ganjaran pahala di sisi Allah SWT. Mana-mana ijtihad yang benar akan mendapat dua ganjaran pahala manakala sebaliknya  mendapat satu ganjaran pahala.

    Penulis lebih cenderung kepada pandangan yang menyatakan keputusan syura adalah mulzimah  berdasarkan suara majoriti ahli syura. Pandangan inilah yang dianggap  rajih  oleh Dr. Abd Kadir Abu Faris berdasarkan ijtihadnya yang berpandukan nusus Al Quran dan bertepatan dengan sunnah Baginda SAW dan Khulafa’ al Rasyidin.

    Ianya juga adalah bertepatan dengan kaedah meraikan maslahah ammah di dalam bidang siasah syar’ieah. Sekiranya pemerintah tidak mengendahkan pandangan majoriti ahli syura  ianya akan menimbulkan perselisihan di antara mereka. Ini akan membangkitkan perasaan takabbur dalam hati individu seterusnya mengikis keyakinan sesama mereka. Inilah yang akan menimbulkan perbalahan yang tidak sepatutnya berlaku.
     
    Firman Allah SWT :                                                                             
      (الأنفال 46) ولا تنازعوا فتفشلوا وتذهب ريحكم واصبروا إن الله مع الصابرين 

    Justeru, perlunya ahli syura untuk beriltizam  di atas apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam menentukan sesuatu keputusan. Baginda adalah contoh dan qudwah serta penunjuk jalan  kepada umatnya sepanjang zaman.

    Firman Allah SWT:                                     
     لقد كان لكم فى رسول الله  أسوة حسنة لمن كان يرجو الله واليوم الآخر ( الأحزاب 21)



    9.0  BEBERAPA DZOWABIT DALAM MELAKSANAKAN SYURA

    1. Mestilah diletakkan suatu neraca timbangan (ahli syura) di antara baiah yang diberikan kepada pimpinan tertinggi dalam konsep السمع والطاعة  dan juga konsep memberi nasihat dan pandangan  dalam permesyuaratan.

    2. Perlunya konsep al-tasamuh ( bertolak asnsur) dalam bermusyawarah.

    3. Ahli syura mestilah mengelakkan diri daripada taksub kepada pandangan sendiri yang boleh membawa kepada fitnah yang mungkin membawa kepada hilangnya nilaian syura di sisi masyarakat.
             وَعَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ تَعَالَى عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ، وَخَيْرُ الخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ (Bulughul Maram Kitab Zuhud wal Wara)

    4. Ahli syura hendaklah meletakkan pandangannya di antara kebenaran dan kebatilan. Mereka hendaklah bersedia untuk dikoreksi dan diperbetulkan kerana kaedah dalam Islam adalah untuk mencari kebenaran sama ada muslim itu memberi nasihat dan pandangan ataupun meminta nasihat dan pandangan.

    Imam al-Syahid Hassan al-Banna rahimahullah  menjelaskan beberapa tuntutan terhadap syakhsiah muslim yang wajib untuk dilaksanakan oleh setiap individu.46

    1. Hendaklah berkata benar dan jangan sesekali berdusta.

    2. Berpegang teguhlah kepada janji dan jangan sesekali menyalahi janji walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

    3. Hendaklah berani dalam menyatakan pandangan dan setinggi-tinggi keberanian adalah keberanian menjaga rahsia, mengakui kesalahan, menginsafi kesilapan diri dan mengelakkan kemarahan.

    4. Thabat dalam melaksanakan  kebaikan yang berterusan.

    5. Ketelitian dalam menerima kebaikan dan keburukan, merendah diri dan melihat insan yang lebih kurang daripada kita dalam kehidupan.

    6. Hendaklah berlaku adil dalam melaksanakan hukuman walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Tegaskanlah dengan lidahmu kebenaran walaupun pada dirimu, sahabat karibmu sekalipun ianya amat perit dan pahit.


    10.0 PENUTUP

    Hukum melaksanakan syura di dalam sesebuah pemerintahan bukanlah merupakan perkara baru yang hendak dibincangkan. Perintah ini telah diwahyukan kepada Nabi SAW semenjak tertegaknya negara Islam Madinah yang didirikan oleh Baginda dan para Sahabat.

    Kefahaman yang jelas dalam melaksanakan perintah ini di dalam mana-mana institusi mahupun pentadbiran kerajaan perlulah diberi perhatian yang sewajarnya supaya penghayatan dalam melaksanakan tuntutan Ilahi dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

    Allamah as Syahid Syed Qutb pernah menjelaskan bahawa “kita akan merasa sempit seandainya kita mengatakan bahawa perjuangan ini kitalah yang memulakan dan mengakhirkannya. Tetapi kita tidak akan merasa sempit apabila kita yakin dan percaya bahawa kita adalah penerus kepada satu-satu perjuangan”.

    Generasi mahasiswa merupakan golongan yang akan tinggal dan ditinggalkan. Justeru, merekalah aset penting negara yang akan meneruskan pemerintahan dan pentadbiran negara demi menjaga kepentingan ummah. Peranan ini tidak akan mampu mereka mainkan seandainya mereka tidak peka terhadap permasalahan negara dan rakyat seluruhnya.47

    Semoga dengan tertubuhnya sebuah negara Islam yang melaksanakan segala tuntutan yang diwahyukan oleh Allah SWT bakal kita realisasikan.

    Sekian.
    والله من وراء القصد وهو حسبى ونعم الوكيل   
    fakruns@yahoo.com

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    224 Replies
    47660 Views
    Last post 06 December, 2011, 07:57:01 AM
    by keMuNcUpp
    1 Replies
    1642 Views
    Last post 09 October, 2009, 11:13:57 AM
    by elbeesan
    0 Replies
    1763 Views
    Last post 11 December, 2009, 06:10:44 PM
    by biruungu