ASB dan ASN

Author Topic: ASB dan ASN  (Read 24860 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

alhaudhie

  • *
  • Posts: 2054
    • View Profile
15 September, 2007, 01:33:38 AM
  • Publish Di FB
  • Kategori : Muamalat  
    Tajuk :
    Hukum Wang Dividen Dan Bonus Asb
    Isu :

    Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) Negeri Selangor telah menerima surat daripada seorang hamba Allah daripada Tanjung Malim yang bertanyakan berkenaan dengan hukum wang dividen dan bonus ASB dengan soalan seperti berikut :

    1.1. Adakah wajib dikeluarkkan zakat daripada wang bonus dan dividen ASB.

    1.2. Bolehkah wang tersebut digunakan bagi menunaikan Fardhu Haji Ke Tanah Suci Mekah.

    Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah diminta memberikan fatwanya mengenai permasalahan tersebut.
    Keputusan :
     1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :

    1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB
    Keputusannya :
    " Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara' "

    1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah
    Keputusannya
    " Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara', maka ia tidak
    diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.

    Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara'(Fatwa) yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa. oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara'. maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat-tempat tersebut.


    http://www.darulnuman.com/cgi-bin/forum/YaBB.pl?board=1&action=display&num=3719
    « Last Edit: 09 December, 2009, 10:26:07 AM by Ummi Munaliza »
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    alhaudhie

    • *
    • Posts: 2054
      • View Profile
    Jawab #1 15 September, 2007, 01:34:15 AM
  • Publish Di FB
  • Oleh: Ustaz Mohd. Farid Ravi Abdullah, Soal Jawab Agama Utusan Malaysia

    Original article at : http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=1201&pub=utusan_malaysia&sec=keluarga&pg=ke_05.htm&arc=hive

    SOALAN:

    Saya ada mendapat e-mel mengatakan pelaburan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah haram kerana ASB ada membuat pelaburan yang tidak berlandaskan syarak. Pada mulanya, memang saya kurang percaya, takut ia e-mel palsu, tetapi setelah saya semak dengan e-fatwa di website Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), ada fatwa yang menyebut tentang pelaburan ASB ini dalam fatwa Hukum Wang Dividen Dan Bonus ASB. Soalan saya:

    1. Apakah hukumnya pelaburan saya di dalam ASB tersebut?

    2. Sebelum ini, saya ada mengeluarkan zakat simpanan ASB tersebut. Apakah hukum zakat saya itu?

    3. Saya hendak berhenti melabur dalam ASB, saya bercadang untuk mengeluarkan jumlah wang yang saya telah simpan sahaja dan melabur di pelaburan lain. Mengenai bonus dan dividen ASB tu, apakah tindakan yang paling sesuai untuk saya ambil? Bolehkah dividen dan bonusnya saya gunakan untuk membayar hutang seperti hutang pinjaman pelajaran? Ataupun, bonus dan dividen itu saya derma atau sedekahkan?

    JAWAPAN:

    Persoalan mengenai ASB mendapat perhatian daripada Jawatan Kuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Selangor, justeru keputusannya adalah seperti berikut;

    * Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut:

    i. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB

    Keputusannya: Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syarak.

    ii. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah.

    Keputusannya: Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syarak, maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.

    Maka dapatlah disimpulkan di sini seperti berikut:

    Sekiranya sebelum ini kita melabur tanpa mengetahui hukumnya, maka kita dianggap tidak tahu. Namun setelah mengetahui keterlibatan pelaburannya yang tidak syarie, adalah salah dan berdosa untuk terus terlibat dengannya. Seakan-akan kita reda dan bersetuju malah memberi sokongan kepada sesuatu yang tidak dibenarkan syarak.

    Zakat simpanan memang perlu dikeluarkan daripada wang simpanan tersebut kerana ia adalah wang kita yang telah mencapai haul dan nisab zakat.

    Namun pertambahan yang terhasil daripada simpanan tersebut (dividen, bonus dan lain-lain) tidak perlu dizakat kerana ia terhasil daripada urusniaga yang tidak syarie. Motif zakat adalah menyucikan harta yang halal kerana perkaitannya dengan hak golongan asnaf dan bukan menyucikan harta yang status asalnya memang tidak halal untuk dihalalkan.

    Dividen dan bonus yang terhasil masih perlu dikeluarkan supaya ia tidak lagi berkembang (dilupuskan). Melupuskannya melalui pembayaran hutang atau pinjaman pelajaran, bermakna kita masih mengambil manfaat daripada harta yang tidak syarie.

    Jadi cara terbaik adalah dengan menyalurkannya kepada pertubuhan awam atau pertubuhan berkaitan khidmat sosial yang memerlukan dana seperti pertubuhan sukarela yang bertindak dalam waktu-waktu kecemasan, bencana alam atau sebagainya (kemaslahatan awam).

    Bukan dengan niat sedekah atau amal jariah, sekadar satu bentuk pemberian dan sokongan terhadap khidmat sosial mereka yang menyeluruh kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira status agama, bangsa dan sebagainya.

    http://mohdhafez.wordpress.com/2007/03/12/dividen-asb-tidak-diwajibkan-zakat/


    ummumujahid

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #3 28 January, 2008, 09:49:53 AM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum...nak tanya pasal ASB..selama ni ade dengar pendapat n kata dari org saja...syariah malaysia dah keluar fatwa ASB dibolehkan...jika dilaburkan di dana yang diluluskan syariah...jadi camne nak tahu dana tu...n klau nk msuk ASB dibolehkan nk pilih dana2 tersebut ke...minta pandangan sapa2 yg arif n dah penah ada acc ASB...n tau dari mana nk dapat info ni...
    insan jahil...

    zaitihamdan

    • *
    • Posts: 561
    • Suffering from TRUTH decay?Brush up on your Quran!
      • View Profile
    Jawab #4 28 January, 2008, 11:37:46 PM
  • Publish Di FB
  • bab muamalat ni boleh rujuk ke http://www.zaharuddin.net untuk artikel berkaitan ASB..ana rasa pernah ternampak satu ketika dahulu
    I believe in Islam like the sun rising, not because I can see it, but because by it I see everything else.

    ummumujahid

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #5 03 February, 2008, 08:36:44 PM
  • Publish Di FB
  • info terkini..copy paste dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_09.htm

    Melabur dalam skim ASN dan ASB hukumnya harus, kata Jawatankuasa Fatwa
    03/02/2008 6:21pm


    KUALA TERENGGANU 3 Feb — Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam hari ini memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah harus.

    Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata, hukum bagi pembayaran dividen hasil pelaburan kedua-dua skim berkenaan juga adalah harus.

    “Dengan sebab itu kita merasakan bahawa masyarakat Islam tidak perlu ragu-ragu lagi terhadap status melabur di dalam skim ASN dan ASB,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-80 di sini hari ini.

    Turut hadir adalah Setiausaha Jawatankuasa Fatwa, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

    Dr Abdul Shukor berkata, dua isu penting lain yang dibincangkan dan diputuskan dalam muzakarah selama tiga hari itu adalah mengenai tanah wakaf dan penggunaan barangan atau lambang agama lain seperti salib oleh orang Islam.

    Berhubung tanah wakaf, Dr Abdul Shukor berkata, setelah membincangkannya dan melihat situasi semasa, Jawatankuasa Fatwa telah memutuskan bahawa tanah-tanah wakaf yang ada boleh dibangunkan dengan syarat niat asal pewakaf dikekalkan.

    Bagaimanapun, pembangunan berkenaan hendaklah berdasarkan keperluan yang ditentukan pemerintah sementara hasil pembangunan itu dan sebagainya hendaklah dikembalikan kepada orang Islam, katanya.

    Mengenai hukum orang Islam yang menggunakan barangan atau lambang agama lain seperti salib dan seumpamanya, Dr Abdul Shukor berkata Jawatankuasa Fatwa memutuskan bahawa sekiranya lambang-lambang berkenaan dinyatakan secara zahir dan jelas, umat Islam adalah dilarang menggunakannya.

    Muzakarah itu dihadiri semua mufti-mufti dan juga tokoh-tokoh yang dilantik oleh Majlis Raja-raja untuk memberikan pandangan.- Bernama

    alim

    • *
    • Posts: 92
      • View Profile
    Jawab #6 03 February, 2008, 11:13:42 PM
  • Publish Di FB
  • yer.....Fatwa da keluarkan HARUS.....jd x de la istila was was....
    ..H!duP uNtUK mEnGHaDaPi MaSaLaH,BkN LaRi DaRi MaSaLaH

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Jawab #7 04 February, 2008, 12:23:49 AM
  • Publish Di FB
  • yer.....Fatwa da keluarkan HARUS.....jd x de la istila was was....

    kat tv pun dah kuar..jam 8.00 tv3...
    tarikh 03.feb 2008
    TuhAN cInTa aGuNg..

    alhaudhie

    • *
    • Posts: 2054
      • View Profile
    Jawab #8 04 February, 2008, 01:53:35 AM
  • Publish Di FB
  • Melabur dalam skim ASN dan ASB hukumnya harus, kata Jawatankuasa Fatwa

    03/02/2008 6:21pm

    KUALA TERENGGANU 3 Feb - Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam hari ini memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah harus.

    Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata, hukum bagi pembayaran dividen hasil pelaburan kedua-dua skim berkenaan juga adalah harus.

    "Dengan sebab itu kita merasakan bahawa masyarakat Islam tidak perlu ragu-ragu lagi terhadap status melabur di dalam skim ASN dan ASB," katanya kepada pemberita selepas Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-80 di sini hari ini.

    Turut hadir adalah Setiausaha Jawatankuasa Fatwa, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

    Sumber 

    ULASAN UZAR

    Ramai yang bertanya respond saya, ada yang suka dan ada yang keliru. Apa pandangan saya?, Pandangan saya adalah anda tidak perlu keliru lagi dan orang awam boleh menyertainya dan Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor yang dipimpin oleh bekas Muftinya iaitu Al-Marhum Dato' Hj Ishak Baharom telah terbatal akibat keputusan ini.

    Orang ramai adalah harus menyertai ASB dan ASN disebabkan majlis fatwa kebangsaan telah mengesahkan kehalalannya dan menanggung apa jua urusan berkaitannya di dunia dan akhirat. Ini adalah satu perkara biasa yang ditanggung oleh para ulama, sama juga seperti Majlis Penasihat Shariah yang ada di Institusi Kewangan Islam.

    Kesannya, apabila telah wujud fatwa umum sebegitu, terpulang kepada masing-masing saja sekarang, ia sama seperti logo JAKIM. Siapa nak ingin bergantung kepadanya, adalah harus dan siapa yang ingin membuat kajian lanjut dan bersikap lebih berhati-hati, pandai-pandailah memilih yang lebih selamat. Itu saja.

    Saya juga telah hubungi seorang mufti, beliau kata hujjah utama Majlis Fatwa adalah "MASLAHAT". Ini beerti majlis fatwa bukannya mengesahkan sistem dan cara pelaburan ASB dan ASN yang sedia ada tetapi ia diluluskan atas dasar 'Maslahat' atau kepentingan ramai (mungkin kerana terlalu ramai orang Islam yang telah terlibat dan fatwa mengharamkan akan mengakibatkan kekalutan yang tidak tergambar), hasilnya ia difatwakan harus. Apa lagi ingin dikatakan jika itu hujjahnya.

    Mufti yang saya hubungi juga berkata ahli majlis fatwa berjaya dipengaruhi dengan alasan, sebab yang disampaikan oleh wakil PNB yang membentang. Namun begitu, mufti ini memaklumkan kepada saya pihak PNB disyaratkan menubuhkan majlis Shariah khusus untuk mereka sebagaimana bank-bank Islam dan takaful. Ini satu perkembangan yang bagus!!..

    Saya dan kita mengharapkan majlis Shariah akan datang ini akan dapat membuat sesuatu perubahan dan pembaikan terhadap sistem yang sedia dengan 'modification' yang wajar bagi memastikan sistem yang menepati Shariah. Tatkala itu ia tidak perlu lagi menjadi 'harus' atau 'halal' hanya bergantung kepada hujjah 'MASLAHAT' yang agak longgar.

    Sekian

    3 Feb 2008

    - Lebih baik tak payahla...
    Masih lagi meragukan...

    Salah satu hujah Islam Had Hari.... apabila dah tersepit digunakan kalimat keramat mereka -MASLAHAH 'AMMAH-...

    suhaimimz

    • *
    • Posts: 6
    • Cintai Allah Dan Rasulnya
      • View Profile
    Jawab #9 28 April, 2008, 11:50:15 AM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum....

    Mengikut satu pendapat skim tersebut adalah haram kerana pelaburan tersebut kita tidak tahu mana arah tujunya. Satu lagi seperti kawan kita menyatakan was-was saya pun setuju dgn perkara tersebut. Majlis fatwa memang mengeluarkan fatwa dan hukum2 setelah diteliti dan dipersetujui. Kalau macam itu kenapa majlis fatwa menyatakan rokok adalah halal? Kalau betul2 mengikut hukum dan sunnah...sesungguhnya benda yang melalaikan dan merosakkan adalah haram bukan sahaja arak, dadah dan sebagainya.

    Sekiranya Majlis Fatwa berani mengeluarkan kenyataan tersebut bermakna dia akan bertanggungjawab dihadapan Allah untuk menjawab persoalan tersebut diakhirat kelak.

    Ini adalah pendapat dan pengetahuan yang saya ketahui daripada buku2 dan sunnah yang saya baca. Sekiranya terdapat nas2 yang tidak betul tolong jelaskan dgn lbh terperinci.

    Wassalam.
    Cintai Allah Cintai Rasul
    Laman web peribadi http://www.smzblog.wordpress.com

    zul2009

    • *
    • Posts: 14
    • Cintakan Islam
      • View Profile
    Jawab #10 18 March, 2009, 04:50:15 PM
  • Publish Di FB
  • majlis fatwa dah wat keputusan ASB adalah harus.... jd jgan peningkan kepala kite
    serah aja kat majlis fatwa tu
    Jadikan 'Islam the way of life'
    Nescaya kiter tak akan sesat selama-lamanya.

    qurratull

    • *
    • Posts: 34
    • man jadda wajada
      • View Profile
    Jawab #11 07 September, 2009, 09:56:03 AM
  • Publish Di FB
  • assalamualaikum w.b.t
    satu lagi pertanyaan yang melibatkan duit masuk/pendapatan ni. apakah bezanya melabur dalam amanah saham bumiputera berhad dengan amanah saham 1malaysia. sy harap ada sesape tlg perjelaskan. ini kerana sy musykil bahawa amanah saham satu malaysia adalah satu pelaburan yang disertai oleh semua kaum dan bangsa melayu,india,cina dan lain-lain,dan bagaimanakah pelaburan yang akan dilaksanakan samada secara halal atau haram. jika sesebuah pelaburan yang melibatkan perkara haram maka pendapatan yang diteima adalah haram dan makan minum seharian menjadi haram. oleh itu saya mohon perjelaskan,. saya tahu motif saham satu malaysi iaitu bersatu tanpa mengira kaum, tanpa ada batasan bumiputera atau tidak.
    salam ukhwah

    minami

    • *
    • Posts: 21
      • View Profile
    Jawab #12 19 November, 2009, 04:04:45 PM
  • Publish Di FB
  • SAYA MASIH KELIRU DAN KURANG JELAS MENGENAI PERSOALAN WANG BONUS DAN DIVIDEN ASB YANG KITA LABURKAN

    minami

    • *
    • Posts: 21
      • View Profile
    Jawab #13 20 November, 2009, 08:34:00 AM
  • Publish Di FB
  • TERIMA KASIH BUAT SAUDARI,DAPATLAH KITA BERKONGSI PENGETAHUAN MENGENAI PERKARA NI.
    MAKNANYA KALAU KITA NAK BUAT BAYAR PENDAHULUAN KERETA KA, BELI PAPE KE PUN X BLEH LA KAN...

    msa

    • *
    • Posts: 1573
      • View Profile
    Jawab #14 08 March, 2010, 10:03:26 PM
  • Publish Di FB
  • Terkini : Hukum ASB dan ASN

    Oleh

    Zaharuddin Abd Rahman

    http://www.zaharuddin.net

     

     
     

    Hari ini saya menerima satu email yang mengandungi satu attachemnet surat dari Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia kepada Setiausaha, Majlis Penasihat Syariah salah sebuah Bank Islam di Malaysia berkenaan hukum Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).

    Apa yang jelas, telah saya sebutkan sebelum ini berkali-kali, walaupun ia telah disahkan harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Namun kaedah dan implementasi  ASB dan ASN bercanggah dengan panduan sebuah saham amanah yang diiktiraf PATUH SYARIAH oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia.

    Tatkala itu, bolehlah dianggap terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan hukum ASB dan ASN antara dua badan pengeluar hukum yang terbesar di Malaysia. Bagi mereka yang ingin lebih berhati-hati dan menjamin tidak terjebak di dalam yang haram, kerana harta akan menjadi darah daging diri dan ahli keluarga. Saya menyarankan agar melihat dengan lebih teliti keahlian ahli-ahli fatwa dari kedua-dua badan terbabit. 

    Jika di tanya kepada pendapat peribadi saya, saya lebih cenderung kepada pendapat Majlis Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam hal ini setelah melihat kepada panduan yang diletakkan mereka bagi mengiktiraf sesebuah Amanah Saham yang patuh atau tidak patuh Syariah.

    Anda mungkin berkata,

    "SAYA TIDAK PEDULI, ASALKAN MAJLIS FATWA LULUSKAN, SAYA AKAN BERPEGANG DENGANNYA KERANA MEREKA YANG TANGGUNG DI AKHIRAT"

    Ulasan saya, Allah swt memberikan kita aqal untuk memerhati dan meneliti pandangan kedua-dua badan besar ini setakat kemampuan yang ada, berfikirlah. JIia benar-benar setelah membaca hujjah kedua-dua pihak, lalu anda yakin dengan salah satu antaranya. Anda telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang baik. Namun jika, sambil malas dan ingin mengambil mudah, lalu terus berpegang dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, tanpa mengendahkan hujah Majlis SYariah Suruhanjaya Sekuriti. Tatkala itu, individu tersebut tidak berada dalam situasi yang sepatutnya. 


    Perlu difahami bahawa Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dianggotai oleh individu yang sememangnya specialist  dan berpengalaman di dalam bidang muamalat dan kewangan Islam. Untuk melihat senarai ahlinya, sila buka di sini   

    Berikut adalah salinan suratnya, saya telah memadam nama bank Islam yang ditujukan surat ini, kerana apa yang penting adalah isi kandungan surat.   



    Hasil daripada surat ini, Suruhanjaya Sekuriti kelihatan TIDAK MEMBENARKAN bank-bank Islam di Malaysia memberikan pembiayaan tunai kepada pelanggan yang ingin menyertai ASB dan ASN.

    Berikut adalah tulisan-tulisan saya yang lalu berkenaan ASB dan ASN. Dan Kita masih mengharap pihak ASB dan ASN mengambil inisiatif lebih tulen untuk melayakkan mereka digelar patuh syariah oleh Majlis Syariah SC, Malaysia.

    1) Perbincangan Hukum ASB

    2) Tak Puas Hati Berkenaan Hukum ASB

    3) Majlis Fatwa kata ASB Harus : Ulasan UZAR

    Sejurus mereka mengubah kaedah pelaburan mereka dan diluluskan oleh Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Di ketka itu, semua artikel-artikel saya berkaitan ASB tidak lagi terpakai tentunya.

    Sekian,



    Zaharuddin Abd Rahman

    http://www.zaharuddin.net

    16 Feb 2009


    Untuk artikel penuh, buka link ini http://www.zaharuddin.net/content/view/805/95/
    ~ Begin with the End in Mind ~

    mijie

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Jawab #15 08 March, 2010, 11:17:25 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum wbt,

    dalam isu ASB dan ASN, sy telah menanyakan pensyarah di dalam isu ini...

    jawapan pensyarah di Akademi Pengajian Islam UM, mengatakan isu ini memang ada sedikit selisih pendapat antara Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia,

    antara kesimpulan yg dibuat oleh pensyarah tersebut,

    - Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengikut maslahah dan mengikut peredaran zaman
    - Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak mengatakan ASB dan ASN adalah haram ttp di dalam suratnya ia menyatakan bahawa ianya tidak menepati piawaian Syariah (adakah tdk menepati syariah itu maksudnya haram, ataupun masih lg harus ttp sedikit terkeluar dari kaedah syarak? - masih perlu dibahaskan)

    katanya lagi, pakar-pakar Ekonomi Islam sedang mencari alternatif terbaik utk mengharuskan perkara berkaitan muamalat ini dengan kaedah2 dan cara2 yg dibolehkan syarak...

    wallaahua'lam

    sekadar berkongsi pandangan...

    msa

    • *
    • Posts: 1573
      • View Profile
    Jawab #16 09 March, 2010, 04:52:43 AM
  • Publish Di FB
  • Syukron mijie atas makluman dan pandangan..susah ye apabila berada antara halal dan haram..isu ASB ASN seingat2 saya dan banyak tahun berlangsung, semenjak saya di bangku sekolah lagi. sekarang ni pula ada perselisihan antara Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yg  merupakan badan berpengaruh di negara...semua ni mengelirukan orang ramai...bagi saya isu ini termasuk syubhah...tapi masih ramai orang Melayu Islam yg melabur dalam saham ni, kerana peranannya dalam memacu ekonomi orang Melayu...tidak kurang juga para pelajar yg turut sama melabur. telah banyak usaha dilakukan oleh Ust Zaharuddin untuk mengulas dan memberikan kefahaman kepada orang ramai tentang isu ini, namun sampai sekarang masih tidak berkesudahan...diharapkan cendekiawan2 ekonomi Islam yg terlibat dapat  berkerjasama menyelesaikan isu ini secepat mungkin kerana ia melibatkan banyak pihak dan menentukan keberkatan rezeki yg diperolehi ummah...amiin 

    al-muhammad

    • *
    • Posts: 18
      • View Profile
    Jawab #17 15 April, 2010, 11:18:17 AM
  • Publish Di FB
  • assalamualaikum..ana ada melabur juga dalam asb tu....tapi masih konfius lagi la?
    ?

    hafiz_addnan

    • *
    • Posts: 331
      • View Profile
    Jawab #18 15 April, 2010, 11:31:40 AM
  • Publish Di FB
  • bukan ASB shje..tapi ia nya untuk semua jenis amanah saham.........ASM,ASN,AS1M.......


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #19 05 November, 2010, 09:51:56 AM
  • Publish Di FB
  • SAYA MASIH KELIRU DAN KURANG JELAS MENGENAI PERSOALAN WANG BONUS DAN DIVIDEN ASB YANG KITA LABURKAN

    Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut:

    i. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB

    Keputusannya: Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syarak.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    divider3
    halaqahforum4