Bagaimana Mahu Menghilangkan Pemikiran Negatif?

*

Author Topic: Bagaimana Mahu Menghilangkan Pemikiran Negatif?  (Read 2341 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

cahaya27

  • *
  • Posts: 5
  • La Tahzan..
    • View Profile
24 July, 2013, 04:44:34 PM
  • Publish
  •  :)


    Makin hari makin parah. Saya selalu berfikiran orang lain memandang negative apa yang saya lakukan walaupun apa yg saya lakukan itu benda elok.
    Ia membuatkan saya tertekan.. Saya sentiasa cuba untuk bersangka baik tp kadang-kadang gagal. Ada kala sy bersangka baik tetapi yg tidak elok itulah yang benar.. Kadang-kadang sy juga gusar dan mudah terasa dgn apa yg orang cakap walaupun ia sebenarnya bukan dituju kepada sesiapa.

    Mohon sahabat berkongsi cara-cara untuk menghilangkan negative thinking dan rasa gusar dlm diri ini agar dapat diamal bersama..

    Syumaimah

    • *
    • Posts: 52
      • View Profile
    Reply #1 24 July, 2013, 08:41:42 PM
  • Publish
  •  :)

    Bahaya sebenarnya negative thinking. Antaranya dia boleh menyekat potensi diri kita dan menghuru harakan hidup kita dan orang sekeliling kita (maaf cakap ya( sebab saya pernah berkawan dengan orang yang negative thinking dan sedikit sebanyak menyesakkan kepala saya dengan andai andai serta fikiran negative dia tu...

    Dalam soal ini bagaimana harus berubah pertama kena baiki hubungan dengan ALLAH. Seorang hamba ALLAH yang rapat dengan ALLAH insyaALLAH suci jiwanya serta terang fikirannya. Bagaimana? Perbanyakkan zikir, baca quran, solat solat sunat dan berdoa mohon dikurniakan fikiran dan sangkaan yang baik kepada sesiapa pun dan untuk apapun.

    Kedua kena biasakan bersangka baik dari sekecil kecil perkara hingga ke besar besar perkara. Susah? Memang susah siapa kata mahu berbuat baik itu mudah namun kena mujahadah kerna selagi kita hidup kita akan bermujahadah dalam segenap perkara... Sangkaan baik yang harus pertama tamanya ialah kepada ALLAH. Jangan sesekali ada sangkaan buruk padaNYA. Buruk sangkaan kita maka buruklah kita dapat... Jangan gusar jika sangkaan baik kita itu tidak sama dengan natijahnya maka kita kena sangka baik lagi, pasti ada hikmah disebaliknya...

    Dalam hidup ni kita kena biasakan berserah diri pada ALLAH, insyaALLAH apa jua yang berlaku kita boleh bertenang...

    Wallahualam

    tempayan

    • *
    • Posts: 38
      • View Profile
    Reply #2 25 July, 2013, 11:47:31 AM
  • Publish
  • Negative thinking ni memikirkan perkara yang buruk-buruk dan tidak baik atau prasangka buruk terhadap sesuatu. Persepsi/sangkaan ni berkaitan dengan akal. Mahu atau tidak kita kena perkuatkan akal kerana itu lah sahaja “bekal” yang Allah beri pada manusia untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Makanan akal pula adalah i’lmu

    Tubuh jasmani selalu kita latih dengan senaman, ruh dengan mujahadah, akal pula kita latih dengan berfikir atau tafakur. Setiap perkara yang datang kita hadap dengan hati yang tenang, hati yang tenang kena latih dengan zikir atau apa jua bentuk u’budiah yang membawa ingatan kepada Allah.

    Dengan puasa, 2 rantai nafsu dan syahwat yang membelengu akan dikekang. Membuatkan Ruh lebih kuat dan akal lebih jernih.

    Bila hati tenang, insyaAllah fikiran akan jernih, telus dan tajam. Akal mulai bergerak dan mula hidup dan gangguan dari nafs yang rendah + syaitan yang berbisik akan mulai berkurang. Ketika ini..akal perlukan panduan untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk...panduannya adalah agama sebagai tempat berpautnya diri kita. Dan agama pula merujuk kepada Ad Deenul Islam yang menjadikan Al Quran dan Sunnah sebagai “mapping” kehidupan manusia.

    Takde jalan mudah, harus mujahadah @ jihad @ azam untuk berubah. Latih agar selalu bersangka baik..perkuat jatidiri dengan iman, ilmu dan amal...insyaAllah..bila kita sudah tahu kemana hendak dituju, tutup sebelah telinga dengan apa yang orang nak kata. Kerana kita tahu dan yakin...agama akan membawa ke jalan yang lurus (yang selalu kita doa dalam fatihah).

    cahaya27

    • *
    • Posts: 5
    • La Tahzan..
      • View Profile
    Reply #3 25 July, 2013, 07:20:46 PM
  • Publish
  •  :)


    Terima kasih atas perkongsian saudari Syumaimah dan saudara Tempayan.  Saya akan cuba mempraktikkan sebaik mungkin.
    Saya akui kadang-kadang saya gagal mengawal pemikiran sehingga berfikiran sedemikian rupa. Sentiasa memikirkan benda tidak elok sehinggas sy sendiri rasa tidak aman.

    Saya akan sentiasa mencuba  untuk pejam mata dan tutup telinga jika ada perkara negative berlaku. Mungkin apa yang berlaku disebabkan kelemahan saya sendiri. Apa yang saya mahukan hanyalah Hablu Minallah Hablu Minannas.

    Saya sedar yang husnuzon itu sangat penting demi menjamin ukhuwah yang mantap. Waallahua'lam .

    Syumaimah

    • *
    • Posts: 52
      • View Profile
    Reply #4 26 July, 2013, 06:12:19 AM
  • Publish
  • :)


    Terima kasih atas perkongsian saudari Syumaimah dan saudara Tempayan.  Saya akan cuba mempraktikkan sebaik mungkin.
    Saya akui kadang-kadang saya gagal mengawal pemikiran sehingga berfikiran sedemikian rupa. Sentiasa memikirkan benda tidak elok sehinggas sy sendiri rasa tidak aman.

    Saya akan sentiasa mencuba  untuk pejam mata dan tutup telinga jika ada perkara negative berlaku. Mungkin apa yang berlaku disebabkan kelemahan saya sendiri. Apa yang saya mahukan hanyalah Hablu Minallah Hablu Minannas.

    Saya sedar yang husnuzon itu sangat penting demi menjamin ukhuwah yang mantap. Waallahua'lam .

    Amin.... Semoga anda sukses dalam mujahadah ini begitu juga saya. Dalam hidup ini akan berlaku perkara perkara negative di sekeliling kita maka kita kena didik hati untuk tidak terlalu terkesan dengan perkara perkara negative itu... Memang sekarang anda akan terkesan insyaALLAH seiring dengan usia dan kematangan perkara itu menjadi langau je dalam kehidupan anda... Kena berlapang dada bahawa inilah sifat dunia :-)
    « Last Edit: 26 July, 2013, 06:14:21 AM by Syumaimah »

    Ziarahmenilai

    • *
    • Posts: 1003
      • View Profile
    Reply #5 26 July, 2013, 11:41:25 PM
  • Publish
  • Firman Allah SWT.
    خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ
    Yang maksudnya:
    ”Terimalah yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan  perkara yang baik,  serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya)”.  [Al-A’raaf : 199].
    [Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 397.]

    Firman Allah SWT:
    قَالَ أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ
    Yang maksudnya:
    “Katakan: Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)”.  -  Surah Al-Baqarah : 67.

    Firman Allah SWT,  iaitu:
    (وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢٩
    yang maksudnya:
    “Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatu pun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah,  Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.”. [At-Takwiir : 29].
    [Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 1644.]

    Sengan sebab itu kenalah diketahui sega apa yang Allah SWT telah Aturkan dan dipatuhi (Rukun Iman dan Rukun Islam) dan hendaklah sentiasa mengnedahkan pengajaran Al-Qur'an...

    Allah SWT. Berfirman:
    (وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
    Yang maksudnya:
    ”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]
    [Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 1307-1308].

    Dan hendaklah senantiasa menjaga dan melindungi diri sendiri daripada sesuatu apa jua perkara yang menyebabkan Allah SWT Berikan syaitan menjadi teman kepada diri sendiri.

    Daripada Abi Hurairah,  Rasulullah s.a.w. bersabda:
    “Awasailah kamu dari sangkaan,  kerana sangkaan itu sebohong-bohong cerita.   Jangan kamu mengintip, jangan kamu berebut-rebut,  jangan kamu berhasad dengki,  jangan kamu bermusuh-musuhan dan jangan kamu berkelahi,  malahan jadikanlah diri kamu hamba Allah yang bersaudara.” [HR. Muslim].

    Justeru jangan dilayani sangkaan kerana adalah jelas bahawa sangkaan itu sebagaimana maksud al-hadis di atas itu.

    Firman Allah SWT:
    قَالَ أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ
    Yang maksudnya:
    “Katakan: Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)”.  [Surah Al-Baqarah : 67].

    Hendaklah selalu diucapkan:
    أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ
    dan dengan selalu mengucapkan sedemikian itu semoga Allah Melindungi diri daripada melalukan apa jua perbuatan yang "tidak patut" dan juga melindungi diri daripada mana-mana pihak melakukan perbuatan jahil (tidak patut) kepada diri dan keluarga.
     :ins:

    .





    hazanutz

    • *
    • Posts: 426
    • Salam ukhuwah
      • View Profile
    Reply #6 05 August, 2013, 09:56:04 PM
  • Publish
  • Bagaimana Mahu Menghilangkan Pemikiran Negatif? Kenalah selalu berfikiran positif.
    Abdullah Faqir

    RamzanS1

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #7 23 August, 2013, 04:05:11 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    Saya juga mengalami masalah yang sama lebih2 lagi setelah rumahtangga saya ditimpa berbagai dugaan yang mengubah hidup saya 360.
    Saya sentiasa menjadi seorang yang berfikiran negatif dan sentiasa bersangka buruk setiap masa dan saat dan sehingga sekarang saya rasa sesak dan buntu.
    Sehingga saya rasa tiada lagi ceria di wajah saya. Betul2 rasa buntu sangat :(

    5zul

    • *
    • Posts: 3023
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #8 23 August, 2013, 04:30:01 PM
  • Publish
  • cerita awal dah ada jawapan...

    sy cuba selami apa yg berlaku...
    Insyallah...


    sebenar apa yang berlaku itu atas redhanya...
    sy sendiri telah laluinya... menyingkap rahsia apa yang terjadi adalah sangkaan belaka..
    sedangkan jiwa di dalam tertekan jiwa dalam keadaan buntu dan sebagainya...
    di situlah hasutan kuat akan datang membisikkan....
    seperti di dalam surah Al-Quran yang menerangkan...bahasawanya sangkaan itu adalah bisikan syaitan

    jalan paling baik adalah kembali kepangkal jalan ... sentiasa bersangka baik dengan sesiapa sekali pun..
    akan tetapi perlu bewaspada keadaan sekitar atau persekitaran kamu....

    sentiasa memperingati ALLAH ... Insyallah tenteram lah hati manusia itu surah Ar-rad 28.

    sentiasa meminta keampunan dariNya.. ( istifar )
    sentiasa berlapa dada menerima teguran ..

    bersabar dalam apa jua kebendaan yang ada...
    istifar sebanyak yg mungkin.

    InsyAllah... InsyAllah..
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    fauzan938

    • *
    • Posts: 19
    • JADILAH INSAN BERGUNA DAN HARGAI ORANG
      • View Profile
    Reply #9 23 August, 2013, 08:33:08 PM
  • Publish
  • fikiran negatif datang dari dalam diri. ia mengambarkan keperibadian kita sdikit sebyak. orang yg selalu berfikiran negatif ini selalunya dia kerap memikirkan yg negatif terhadap orang lain. cara nak mengatasinya mudah namun sukar untuk istiqamah. yang pertama anda cuma perlu buat sesuatu itu kerana Allah. kekalkan nawaitu hanya untuk Allah dan bukan untuk sesiapa. biasakan dengan kerana Allah. sebagai contoh, aku buat sesuatu ini kerana Allah, kalau aku tak buat maka Allah akan marah padaku. kedua,jangan memikirkan sangat apa persepsi orang lain terhadap kita,apa yang kita buat tiada kena mengena dengan orang lain. cuba tenangkan diri, YAKIN dengan diri sendiri. buang segala sifat buruk dalam diri.

    ayie al yamani

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Reply #10 23 August, 2013, 08:52:34 PM
  • Publish
  •  :)
    sebagai manusia memang kita tidah lari dari berfikiran negatig mahupon salh sangka kerana itu lumrah..tp jangan jadikan ianya satu alasan untuk kita tidak berusaha...
    pape2 pon selidik dahulu sebelum membuat andain...
    salam ukuah fillah

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #11 25 August, 2013, 07:15:57 AM
  • Publish
  • berSANGKA baiklah kepada lain orang
    Jaga dirimu - sentiasalah bersyukur kepada Allah yang memberikan kita hidup
    Ingat Allah, dan mohonlah kebaikan, apa saja, inshaallaah

    janganlah duk ingat, dirimu lebih baik, dirimu terbaik, apalah suami aku, jenis tak berguna
    kerana apa, apa yang dalam fikiran kamu, itu menjadi NIAT, peluang untuk berlaku, ikut pemikiran kamu, dengan bisikan syaitan serta galakan nafsu, tentulah akan menegatifkan dirimu

    sebutlah banyak banyak, Allaah
    Ingatlah Allaah

    sajalah pun, manusia ini TERBAIK, lahir dalam FITRAH = kebaikan, kemudian kamu yang suka negatif, itulah masalah jiwa kamu, sengaja kamu lakukan, maka diri kamulah akhirnya menjadi BUNTU

    akal sepatutnya memandu diri
    berfikir tentang Allah
    berfikir tentang ESA nya Allaah

    sementara Nafsu, suka untuk men zalimi diri, memang terpesona syaitan

    jadi YAKIN Allah itu Terbaik, syaitan hanyalah memperdaya perasaan kamu, nafsu kamulah memimpin ke arah kejahatan
    ke arah kekejian

    silakan ya, semoga dapat Ingat Allah
    dan mohonkan kebaikan

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    20 Replies
    14205 Views
    Last post 24 May, 2014, 01:26:29 AM
    by Ana Tholibah
    5 Replies
    1424 Views
    Last post 19 June, 2010, 06:58:39 PM
    by keju
    62 Replies
    8620 Views
    Last post 07 October, 2013, 08:41:20 PM
    by al_ahibbatu