Dilema antara suami dan keluarga

*

Author Topic: Dilema antara suami dan keluarga  (Read 816 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

ezza.azrin

  • *
  • Posts: 1
    • View Profile
05 July, 2013, 05:00:16 PM
  • Publish
  • salam..saya baru mendirikan rumahtangga..saya sekarang dalam dilema antara suami dan keluarga..saya menikah di thailand setahun lepas tanpa pengetahuan keluarga mahupun wali..saya sekarang sedang menuntut di institusi kerajaan..dalam perjanjian pengajian saya tidak dibenarkan mengandung dan jika didapati mengandung kena bayar denda rm110,000..penjamin saya masa tu ialah ayah dan kakak..tapi KUASA ALLAH, saya disahkan mengandung 5bulan dan hal perkahwinan kami terbongkar..ibubapa saya sangat kecewa dan tidak meredhai perkahwinan ini..saya lari dari keluarga selama 2minggu kerana takut dan nak uruskan pendaftaran nikah kami di malaysia..2minggu lepas saya pulang ke rumah ibubapa bersama suami dan keluarga mertua..masa tu daftar nikah kami di malaysia masih dalam proses tetapi keluarga mertua ingin selesaikan masalah ini secepat mungkin jadi kami pulang ke rumah ibubapa saya tanpa tunggu mykad nikah malaysia siap..nawaitu kami time tu cuma nak berbincang elok-elok hal ini dan cari jalan penyelesaian tetapi keluarga saya 'naik hantu' dan pisahkan saya dan suami..saya dikurung dibilik dan suami serta keluarga mertua saya 'dihalau' balik..saya tidak dibenarkan berhubung dengan suami..henset saya dirampas..keluarga saya nekad buka fail farakh..katanya nak batalkan pernikahan kami untuk bersihkan keturunan kami dan perkahwinan kami..saya dan suami tak dapat terima semua ini memandangkan sekarang saya sedang mengandung anak sulung kami..saya hanya dibenarkan berjumpa suami selepas saya tamat belajar semula iaitu 3 tahun dari sekarang..saya dilarang keras berhubung dengan suami..bantulah saya menangani masalah saya kerana sekarng saya sudah buntu..saya pernah nekad lari dari rumah seminggu lepas tapi berjaya dikesan keluarga..sekarang saya dipaksa tinggal bersama kakak di rumah suaminya..3hari lepas kakak saya benarkan saya telefon suami buat kali terakhir dan suami saya kata nak ambil saya secara senyap2..sekarang saya dalam dilema antara suami dan keluarga..saya tak sanggup lukakan hati ibubapa saya lagi tetapi saya tak boleh berpisah jauh dengan suami..saya sayang suami saya lebih dari diri sendiri..setiap kali teringatkan suami saya pasti anak dalm kandungan saya akan bergerak..patutkah saya lari ikut suami saya dan lukakan hati ibubapa saya ataupun sebaliknya..bantulah saya=(

    kasba

    • *
    • Posts: 244
    • hmmm.....
      • View Profile
    Reply #1 05 July, 2013, 05:22:36 PM
  • Publish

  • Pertama sekali, cube bawak bertenang dan muhasabah diri dulu. Ingat, segala takdir adalah dari Allah, mohon la keampunan dan banyak kan beribadah.

    Kedua, kolej tahu tak pasal hal mengandung ni? sekarang ni kementerian agak peka mengenai hal2 macam ni sebab dah banyak kes berlaku, cuba mohon tangguh pengajian dulu.

    Ketiga, permohonan kahwin dah dalam proses kan?Cuba suruh suami bawak kes ke pejabat agama, dapat kan kaunseling daripada ustaz2 kat situ....

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    16 Replies
    3191 Views
    Last post 16 April, 2011, 03:09:30 AM
    by farahiyah0394
    3 Replies
    1037 Views
    Last post 09 April, 2014, 12:39:33 PM
    by Permata Ina
    9 Replies
    1009 Views
    Last post 23 August, 2013, 09:20:18 PM
    by ibumuda0808