Bilakah diwajibkan qada, fidyah dan kaffarah

*

Author Topic: Bilakah diwajibkan qada, fidyah dan kaffarah  (Read 33698 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

11 September, 2007, 11:45:50 PM
  • Publish
  • MENINGGALKAN PUASA RAMADAN
    (Bilangan 89 Bahagian Kedua)

    Bilakah diwajibkan qada, fidyah dan kaffarah

        iii) ORANG perempuan yang dalam keadaan haid dan nifas tidak wajib dan tidak sah menunaikan puasa Ramadan. Walau bagaimanapun adalah wajib ke atas mereka qada puasa yang tertinggal itu apabila perempuan tersebut suci daripada haid dan nifas. Hal ini berdasarkan riwayat Aisyah Radiallahuanha berkata yang maksudnya:

        "Kami diperintahkan mengqada puasa dan tidak diperintahkan mengqada sembahyang.’’ (Hadis riwayat Muslim).

    Bagi orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja tanpa uzur syar’i adalah wajib ke atasnya mengqada puasa yang ditinggalkan itu dan dikira sebagai menderhaka kepada Allah Subhanahu Wataala kerana meninggalkannya dan pemerintah berhak menghukum (ta’zir) ke atas mereka. Perbuatan meninggalkan puasa Ramadan itu sangat merugikan dirinya. Perkara ini telah dijelaskan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:

     "Sesiapa yang berbuka puasa sehari daripada bulan Ramadan dengan tiada keuzuran dan tidak sakit, dia tidak akan dapat menggantikannya dengan puasa sepanjang tahun.’’ (Hadis riwayat Bukhari).

    Para ulama berselisih pendapat tentang fidyah terhadap orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja tanpa uzur. Menurut pendapat yang ashah di kalangan ulama-ulama Syafi’e orang sedemikian wajib ke atasnya fidyah. Mereka beralasan jika orang yang mempunyai keuzuran seperti perempuan yang menyusukan anak diwajibkan ke atasnya fidyah, bagaimana pula tidak wajib bagi orang yang sengaja meninggalkannya tanpa uzur?

     Wanita hamil atau wanita yang menyusukan anak juga diharuskan berbuka puasa. Jika dia takut akan mudarat ke atas dirinya maka wajib ke atasnya qada puasa yang ditinggalkannya itu. Jika dia takut akan mudarat kepada diri dan kandungannya maka hukumnya sama juga sebagaimana dikenakan ke atas orang yang sakit dan musafir. 

    http://www.brunet.bn/gov/mufti/ic49_1999.htm
    « Last Edit: 12 May, 2009, 11:35:26 PM by Munaliza Ismail »
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    Reply #1 24 September, 2007, 08:32:40 PM
  • Publish



  • Selesaikan hutang puasa sebelum Ramadan
    Prinsip : Keimanan & Ketakwaan kepada Ilahi
      
    Mengerjakan tanggungjawab untuk berpuasa. Jangan pula kita menjadikan bulan itu sebagai bulan ‘pelbagai penyakit’ untuk orang yang malas berpuasa.

    Ingatlah, Allah mengetahui segala niat dan perbuatan kita. Sebahagian masyarakat Islam hari ini terlupa tentang fidyah puasa. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: ..dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang-orang miskin. (Al-Baqarah: 184).

    Berdasarkan dalil di atas, fidyah puasa hukumnya wajib disempurnakan mengikut bilangan hari puasa yang ditinggalkan.

    Fidyah puasa (tebusan) ialah denda ke atas orang yang meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu ataupun kerana sengaja melewatkan puasa qada bulan Ramadan. Ia merupakan satu kadar tertentu yang wajib dikeluarkan sebagai suatu pemberian iaitu sebahagian daripada harta (makanan) kepada fakir miskin.

    Sabda Rasulullah s.a.w., Bagi orang yang meninggal dunia dan tidak berpuasa selama sebulan hendaklah dikeluarkan fidyah dan berikan kepada fakir dan miskin. (Riwayat Al-Tirmizi)

    Mengapa dikenakan fidyah? Dan berapakah kadarnya?

    Mereka yang wajib membayar fidyah terdiri daripada beberapa golongan iaitu:

    * Uzur menunaikan puasa wajib. Golongan ini terdiri daripada mereka yang sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Kadar fidyahnya ialah sehari secupak makanan kepada fakir miskin.

    * Perempuan yang hamil dengan syarat dibimbangi keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan fidyah dan juga wajib mengqadakan puasa yang ditinggalkan.

    * Ibu yang menyusukan anak dengan syarat dia berasa bimbang puasa akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya. Maka wajib baginya mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu serta membayar fidyah.

    * Orang yang telah meninggal dunia. Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

    * Melambatkan qada puasa. Mereka yang melambatkan qada puasanya hingga melangkah ke tahun yang berikutnya dikenakan denda membayar fidyah dan wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan.

    Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun yang ditinggalkan.
    « Last Edit: 10 October, 2009, 11:27:36 PM by Ummi Munaliza »

    Reply #2 13 April, 2009, 06:06:34 AM
  • Publish
  • Qada’ puasa, bayar fidyah dan ukuran cupak


    Qada puasa adalah wajib ditunaikan terlebih dahulu sebelum datangnya bulan Ramadhan. Malah puasa sunat juga diharamkan untuk dikerjakan sebelum mengqada’ puasa yang tertinggal sebelumnya.

    Sekiranya tidak berkesempatan, maka kita diwajibkan membayar fidyah. Fidyah bererti membayar denda berbentuk beras kepada fakir miskin.

    Kadar fidyahnya mudah sahaja, iaitu sehari tinggal puasa bersamaan dengan fidyah secupak beras untuk tahun pertama. Tahun berikutnya digandakan mengikut tahun (lihat contoh mudah di hujung artikel ini).

    Persoalan yang pertama, banyak mana sebenarnya ukuran secupak beras?

    Secupak beras adalah bersamaan dengan 556 gram, iaitu lebih sedikit daripada setengah kilo, tetapi jauh lagi nak sampai satu kilo.

    Dalam hal ini, satu perkara perlu diberi perhatian, iaitu membayar lebih tidak mengapa, membayar kurang jangan sekali.

    Persoalan yang kedua, kepada siapa seelok-eloknya kita perlu membayar fidyah?

    Ada pendapat yang mengatakan bayar fidyah lebih afdal terus kepada fakir miskin, daripada melalui amil yang dilantik.

    Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa lebih afdal membayar fidyah melalui amil, kerana amil telah dilantik dengan cara tertentu oleh pihak berkuasa. Tambahan pula, bukan senang hendak mencari fakir miskin di kawasan tempat tinggal kita.

    Bagaimana pun menurut Imam Shafie, ikut mana-mana pendapat yang dirasakan sesuai kecuali apabila ditentukan oleh mufti negeri masing-masing. Dalam hal ini mufti wajib diutamakan.

    Ini kerana kedudukan mufti negeri adalah yang tertinggi selepas sultan. Mufti negeri merupakan suara kepada sultan dalam bab agama. Oleh sebab itu, wajib dituruti.

    Sebab itu dalam Islam, mufti tidak perlu menjadi terkenal. Seorang mufti adalah seorang yang senyap, tidak banyak berkata-kata, bersembang, dan sebagainya yang boleh menjatuhkan kredibiliti seorang yang berdarjat tinggi.

    Kata seorang tokoh agama, seorang mufti tidak perlu ada blog, tidak perlu terlibat dalam politik, dan sebagainya seperti seorang hakim yang dilantik kerajaan.

    Begitu juga keadaannya dengan Qadhi, yang kita lihat di zaman sekarang lebih banyak berpolitik, bersosial dan sebagainya yang mana sepatutnya kedudukan Qadhi adalah setaraf dengan hakim tadi.

    Persoalan yang ketiga, berapakah nilai pendapatan yang boleh diklasifikasikan sebagai fakir miskin?

    Nilai fakir sebenarnya boleh diukur begini. Ambil RM10 untuk buat pengukuran. Andaikan seseorang itu memerlukan RM10 sehari untuk perbelanjaan harian, termasuk diri sendiri dan tanggungan di bawahnya.

    Sekiranya pendapatannya sehari cuma RM3. Maka dia adalah seorang fakir. Sekiranya pendapatannya RM7, maka dia adalah seorang yang miskin.

    Sekiranya pendapatannya RM10, maka dia seorang yang sederhana. Sekiranya pendapatannya RM12, maka dia seorang yang berada. Sekiranya pendapatannya RM18, maka dia seorang yang kaya.

    Begitulah ukuran yang mudah digunakan. Di manakah kedudukan anda?

    Katakan anda perlu bayar rumah, kereta, tanah ladang, aset sana sini, kad kredit, pinjaman peribadi, dan sebagainya, yang mana baki akhir gaji anda menunjukkan bahawa anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM3 sahaja dalam sehari.

    Di mana kedudukan anda? Sudah pasti, anda bukan seorang fakir, kerana bukan nilai RM3 itu yang diambil kira, tetapi kesemua nilai yang menjadi hak anda seperti rumah, kereta, tanah ladang, dan aset.

    Jika anda tidak cukup makan kerana bebanan ini, boleh jadi anda merupakan seorang yang boros atau tidak pandai merancang perbelanjaan. Nasihat saya, dapatkan seorang penasihat kewangan (kena bayar lagi).

    Persoalan yang keempat, selepas bayar fidyah, adakah saya bebas dari hutang puasa?

    Tidak, belum lagi. Puasa yang telah ditinggalkan itu tetap wajib diqada’ (diganti), dalam nisbah dan kadar yang sama, iaitu satu hari tertinggal bersamaan dengan satu hari qada’. Jumlah fidyah meningkat mengikut tahun, tetapi bilangan puasa tetap sama.

    Habis, kenapa perlu bayar fidyah kalau tak bebas hutang? Bayar fidyah adalah kerana lewat mengqada’. Sama seperti konsep kad kredit, lewat bayar kena denda, tapi hutang lama masih perlu diselesaikan.

    Persoalan yang kelima, apakah sebab selain lewat, yang mewajibkan kita wajib membayar fidyah?

    Ibu mengandung yang tidak berpuasa kerana bimbang zat makanan anak di dalam kandungan, serta ibu yang menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang kekurangan susu di dalam badan.

    Keadaan ini berbeza dengan ibu mengandung yang menghadapi kesukaran atau risiko atau sebarang keuzuran syarie, di mana ibu itu hanya perlu mengqada’ sahaja tanpa perlu membayar fidyah.
    « Last Edit: 10 October, 2009, 11:23:44 PM by Ummi Munaliza »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #3 12 May, 2009, 11:29:24 PM
  • Publish
  • ORANG YANG DIWAJIBKAN QADA DAN FIDYAH 

    Adalah menjadi kewajipan mengqada puasa bagi orang-orang yang meninggalkannya dengan sengaja atau dengan sebab keuzuran syar’i. Di samping itu ada juga orang-orang yang meninggalkannya ditentukan ke atasnya membayar fidyah.

    Fidyah ialah memberi makan orang miskin sebanyak satu mudd (cupak) beras atau apa-apa jua bijirin yang menjadi makanan asasi sesebuah negeri itu. Satu mudd itu adalah sebagai gantian bagi satu hari puasa yang ditinggalkan dan satu mudd itu bersamaan 15 tahil (566.85 gram).

    Bagi wanita hamil atau yang menyusukan anak, jika dia takut akan mudarat kepada anaknya disebabkan dia berpuasa, maka dia diharuskan berbuka dan wajib mengqada puasa tersebut. Selain itu dia juga wajib fidyah kerana dia berbuka untuk menyelamatkan nyawa dan tidak berupaya menunaikan puasa.

    Perkara ini berdasarkan satu riwayat yang menyebutkan bahawa Abdullah bin Umar Radiallahuanhuma telah ditanya mengenai seorang perempuan hamil yang takut mudarat kepada anaknya, adakah ke atasnya berpuasa? Lalu beliau berkata yang maksudnya:

        "Berbuka dan berilah satu cupak makanan (hinthah) kepada orang miskin setiap hari.’’ (Hadis riwayat Malik).

    Manakala perempuan hamil dan yang menyusukan itu apabila berbuka kerana niat rukhshah sakit atau musafir, maka wajib ke atasnya qada sahaja dan tidak wajib fidyah.

    Hukum yang sama juga (fidyah) terkena kepada orang-orang yang meninggalkan puasa dan melengah-lengah atau melambatkan qada, sedangkan dia berdaya sehingga datang bulan Ramadan yang baru. Dengan demikian dia berdosa kerana melambatkannya dan wajib qada serta fidyah bagi setiap hari yang ditinggalkannya itu.

    Kecuali bagi orang-orang yang uzurnya berterusan sehingga tidak berdaya melakukan qada seperti sakit atau musafir yang berterusan, perempuan hamil atau perempuan yang menyusukan sehingga datang Ramadan yang lain maka tidak wajib ke atasnya fidyah kerana melambatkan qada itu kerana keuzuran sedemikian itu diharuskan.

    Begitu juga orang-orang yang sengaja meninggalkan puasa tanpa uzur syar’i, dia berdosa dan wajib qada serta dikenakan membayar fidyah.

    Reply #4 12 May, 2009, 11:31:57 PM
  • Publish
  • ORANG YANG DIWAJIBKAN MEMBAYAR FIDYAH SAHAJA

    Islam sebagai agama yang mudah tidak akan memberatkan umatnya dalam segala perkara yang disyariatkannya seperti puasa Ramadan yang diwajibkan ke atas setiap orang Islam.

    Bagi orang-orang yang tidak berdaya menunaikan puasa Ramadan, Islam memberikan jalan kelonggaran tertentu kepada mereka sama ada dengan mengqada puasa yang ditinggalkannya itu atau dengan mengeluarkan fidyah, atau keduanya sekali.

    Bagi orang yang sangat tua (yang tidak berdaya melakukannya) dan orang yang sangat sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh, tidak wajib ke atasnya berpuasa, tetapi diwajibkan ke atasnya membayar fidyah.

    Dalam hal ini Allah Subhanahu Wataala berfirman yang tafsirnya:

    "Dan Ia (Allah) tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama.’’ (Al-Hajj ayat 78).

        Firman-Nya lagi yang tafsirnya:

    "Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.’’ (Al-Baqarah ayat 184).

    Ibnu Abbas Radiallahuanhu telah meriwayatkan mengenai orang yang sangat tua yang diwajibkan ke atasnya fidyah, beliau berkata yang maksudnya:

     "Orang yang sangat tua di kalangan lelaki atau perempuan yang keduanya tidak mampu berpuasa hendaklah memberi makan orang miskin bagi setiap hari sebagai ganti.’’ (Hadis riwayat Al-Bukhari).

    Hukum yang sama juga terkena kepada orang yang sangat sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh dia boleh berbuka dan wajib membayar fidyah sebagai ganti puasa yang ditinggalkannya itu.

    Mengenai qada orang yang sangat tua dan orang yang sangat sakit tidak ada harapan untuk sembuh jika dia merasa mampu dan berdaya untuk berpuasa, apakah dia wajib mengqada puasa yang ditinggalkannya itu? Dalam hal ini, ulama menyatakan bahawa jika dia berdaya sebelum membayar fidyah, maka dibolehkan dia mengqada sahaja tetapi jika dia berdaya setelah membayar fidyah, dia tidak perlu mengqadanya. Ulama juga bersepakat adalah harus bagi orang yang sangat tua itu membayar fidyah selepas masuk fajar setiap hari.

    Manakala bagi orang yang luput menunaikan puasa Ramadan dan meninggal dunia sebelum dia mengqadanya sama ada disebabkan meninggal dunia pada bulan Ramadan, meninggal sebelum fajar 2 Syawal, sakit yang berpanjangan atau kerana musafir yang diharuskan sehingga dia meninggal, maka dia tidak berdosa dan tidak wajib qada dan tidak dikenakan membayar fidyah.

    Reply #5 24 July, 2009, 03:02:46 PM
  • Publish
  • Qada’ puasa, bayar fidyah dan ukuran cupak.

    Qada puasa adalah wajib ditunaikan terlebih dahulu sebelum datangnya bulan Ramadhan. Malah puasa sunat juga diharamkan untuk dikerjakan sebelum mengqada’ puasa yang tertinggal sebelumnya.

    Sekiranya tidak berkesempatan, maka kita diwajibkan membayar fidyah. Fidyah bererti membayar denda berbentuk beras kepada fakir miskin.

    Kadar fidyahnya mudah sahaja, iaitu sehari tinggal puasa bersamaan dengan fidyah secupak beras untuk tahun pertama. Tahun berikutnya digandakan mengikut tahun.

    Persoalan yang pertama, banyak mana sebenarnya ukuran secupak beras?


    Secupak beras adalah bersamaan dengan 556 gram, iaitu lebih sedikit daripada setengah kilo, tetapi jauh lagi nak sampai satu kilo.

    Dalam hal ini, satu perkara perlu diberi perhatian, iaitu membayar lebih tidak mengapa, membayar kurang jangan sekali.

    Persoalan yang kedua, kepada siapa seelok-eloknya kita perlu membayar fidyah?

    Ada pendapat yang mengatakan bayar fidyah lebih afdal terus kepada fakir miskin, daripada melalui amil yang dilantik.

    Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa lebih afdal membayar fidyah melalui amil, kerana amil telah dilantik dengan cara tertentu oleh pihak berkuasa. Tambahan pula, bukan senang hendak mencari fakir miskin di kawasan tempat tinggal kita.

    Bagaimana pun menurut Imam Shafie, ikut mana-mana pendapat yang dirasakan sesuai kecuali apabila ditentukan oleh mufti negeri masing-masing. Dalam hal ini mufti wajib diutamakan.

    Ini kerana kedudukan mufti negeri adalah yang tertinggi selepas sultan. Mufti negeri merupakan suara kepada sultan dalam bab agama. Oleh sebab itu, wajib dituruti.

    Sebab itu dalam Islam, mufti tidak perlu menjadi terkenal. Seorang mufti adalah seorang yang senyap, tidak banyak berkata-kata, bersembang, dan sebagainya yang boleh menjatuhkan kredibiliti seorang yang berdarjat tinggi.

    Kata seorang tokoh agama, seorang mufti tidak perlu ada blog, tidak perlu terlibat dalam politik, dan sebagainya seperti seorang hakim yang dilantik kerajaan.

    Begitu juga keadaannya dengan Qadhi, yang kita lihat di zaman sekarang lebih banyak berpolitik, bersosial dan sebagainya yang mana sepatutnya kedudukan Qadhi adalah setaraf dengan hakim tadi.

    Persoalan yang ketiga, berapakah nilai pendapatan yang boleh diklasifikasikan sebagai fakir miskin?

    Nilai fakir sebenarnya boleh diukur begini. Ambil RM10 untuk buat pengukuran. Andaikan seseorang itu memerlukan RM10 sehari untuk perbelanjaan harian, termasuk diri sendiri dan tanggungan di bawahnya.

    Sekiranya pendapatannya sehari cuma RM3. Maka dia adalah seorang fakir. Sekiranya pendapatannya RM7, maka dia adalah seorang yang miskin.

    Sekiranya pendapatannya RM10, maka dia seorang yang sederhana. Sekiranya pendapatannya RM12, maka dia seorang yang berada. Sekiranya pendapatannya RM18, maka dia seorang yang kaya.

    Begitulah ukuran yang mudah digunakan. Di manakah kedudukan anda?

    Katakan anda perlu bayar rumah, kereta, tanah ladang, aset sana sini, kad kredit, pinjaman peribadi, dan sebagainya, yang mana baki akhir gaji anda menunjukkan bahawa anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM3 sahaja dalam sehari.

    Di mana kedudukan anda? Sudah pasti, anda bukan seorang fakir, kerana bukan nilai RM3 itu yang diambil kira, tetapi kesemua nilai yang menjadi hak anda seperti rumah, kereta, tanah ladang, dan aset.

    Jika anda tidak cukup makan kerana bebanan ini, boleh jadi anda merupakan seorang yang boros atau tidak pandai merancang perbelanjaan. Nasihat saya, dapatkan seorang penasihat kewangan (kena bayar lagi).

    Persoalan yang keempat, selepas bayar fidyah, adakah saya bebas dari hutang puasa?

    Tidak, belum lagi. Puasa yang telah ditinggalkan itu tetap wajib diqada’ (diganti), dalam nisbah dan kadar yang sama, iaitu satu hari tertinggal bersamaan dengan satu hari qada’. Jumlah fidyah meningkat mengikut tahun, tetapi bilangan puasa tetap sama.

    Habis, kenapa perlu bayar fidyah kalau tak bebas hutang? Bayar fidyah adalah kerana lewat mengqada’. Sama seperti konsep kad kredit, lewat bayar kena denda, tapi hutang lama masih perlu diselesaikan.

    Persoalan yang kelima, apakah sebab selain lewat, yang mewajibkan kita wajib membayar fidyah?

    Ibu mengandung yang tidak berpuasa kerana bimbang zat makanan anak di dalam kandungan, serta ibu yang menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang kekurangan susu di dalam badan.

    Keadaan ini berbeza dengan ibu mengandung yang menghadapi kesukaran atau risiko atau sebarang keuzuran syarie, di mana ibu itu hanya perlu mengqada’ sahaja tanpa perlu membayar fidyah

    contoh kiraan mudah:

    Contoh mudah (seperti yang dinyatakan di awal artikel):

       1. Tinggal puasa 1 hari tahun lepas, bayar 1 cupak.
       2. Tinggal puasa 2 hari tahun lepas, bayar 2 cupak.
       3. Tinggal puasa 1 hari 2 tahun lepas, bayar 2 cupak.
       4. Tinggal puasa 2 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.
       5. Tinggal puasa 1 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 3 cupak.
       6. Tinggal puasa 2 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.

    Kesimpulannya, darabkan jumlah hari dengan jumlah tahun lalu (berasingan mengikut tahun) dan kemudian tambahkan kesemua tahun-tahun ini, maka dapatlah jumlah cupaknya.

    Mudah bukan? Kalau dapat, cuba kira bayaran fidyah yang wajib dibayar oleh seseorang yang tidak pernah berpuasa selama 40 puluh tahun hidup di atas muka bumi Allah ini… Huh?! Macam kena pakai formula jinjang arithmetik jer?

    Artikel dipetik dari :http://soleh.net/2008/09/18/qada-puasa-bayar-fidyah-dan-ukuran-cupak/
    « Last Edit: 01 August, 2009, 02:43:16 PM by Munaliza Ismail »

    Reply #6 24 July, 2009, 03:12:09 PM
  • Publish
  • MasyaAllah..syukran yaa ummi...ilmu yang berguna walau disampai berkali2..
    Tgh cari butang DELETE AKAUN

    Reply #7 19 August, 2009, 10:57:11 AM
  • Publish
  • Persoalan yang kedua, kepada siapa seelok-eloknya kita perlu membayar fidyah?

    Ada pendapat yang mengatakan bayar fidyah lebih afdal terus kepada fakir miskin, daripada melalui amil yang dilantik.

    Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa lebih afdal membayar fidyah melalui amil, kerana amil telah dilantik dengan cara tertentu oleh pihak berkuasa. Tambahan pula, bukan senang hendak mencari fakir miskin di kawasan tempat tinggal kita.

    Bagaimana pun menurut Imam Shafie, ikut mana-mana pendapat yang dirasakan sesuai kecuali apabila ditentukan oleh mufti negeri masing-masing. Dalam hal ini mufti wajib diutamakan.

    Ini kerana kedudukan mufti negeri adalah yang tertinggi selepas sultan. Mufti negeri merupakan suara kepada sultan dalam bab agama. Oleh sebab itu, wajib dituruti.

    Sebab itu dalam Islam, mufti tidak perlu menjadi terkenal. Seorang mufti adalah seorang yang senyap, tidak banyak berkata-kata, bersembang, dan sebagainya yang boleh menjatuhkan kredibiliti seorang yang berdarjat tinggi.

    Kata seorang tokoh agama, seorang mufti tidak perlu ada blog, tidak perlu terlibat dalam politik, dan sebagainya seperti seorang hakim yang dilantik kerajaan.

    Begitu juga keadaannya dengan Qadhi, yang kita lihat di zaman sekarang lebih banyak berpolitik, bersosial dan sebagainya yang mana sepatutnya kedudukan Qadhi adalah setaraf dengan hakim tadi.

    keimpulannya? saya nak kena bayar fidyah pada siapa ni??
    « Last Edit: 19 August, 2009, 11:02:00 AM by ummi Munaliza »

    Reply #8 19 August, 2009, 11:13:51 AM
  • Publish
  • keimpulannya? saya nak kena bayar fidyah pada siapa ni??

    Siapa yang layak terima duit fidyah?

    a)Golongan fakir dan miskin.

    b)anak yatim, jika tergolong dalam kategori fakir dan miskin.

    Fidyah hendaklah diberikan kepada orang miskin, sepertimana:

    Allah Subhanahu Wataala berfirman yang tafsirnya:

    "Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.’’ (Al-Baqarah ayat 184).

    Ibnu Abbas Radiallahuanhu telah meriwayatkan mengenai orang yang sangat tua yang diwajibkan ke atasnya fidyah, beliau berkata yang maksudnya:

    "Orang yang sangat tua di kalangan lelaki atau perempuan yang keduanya tidak mampu berpuasa hendaklah memberi makan orang miskin bagi setiap hari sebagai ganti.’’ (Hadis riwayat Al-Bukhari).

    Reply #9 22 November, 2009, 04:47:45 AM
  • Publish
  • Membayar fidyah adalah kewajiban bagi orang yang sakit, yang mana sakitnya tidak ada harapan untuk sembuh. Atau bagi orang tua yang sudah tidak mampu lagi untuk berpuasa. Adapun yang sakitnya masih ada harapan untuk sembuh, maka kewajiban yang ada adalah untuk qadha`, bukan membayar fidyah.

    Membayar fidyah ertinya memberi makan orang miskin sebanyak satu mud bagi setiap hari ia tidak berpuasa pada bulan Ramadhan. Jika tidak berpuasa sehari, ia membayar fidyah satu mud. Jika dua hari, fidyahnya dua mud, dan seterusnya. Ini adalah kewajiban bagi orang yang sakit yang tidak mempunyai harapan untuk  sembuh dan juga bagi orang tua yang sudah tidak mampu lagi berpuasa.

    "(Puasa yang diwajibkan itu) ialah beberapa hari yang tertentu.Maka barangsiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib ke atas orang-orang yang tidak mampu berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka barangsiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih daripada yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya. Dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), jika kamu mengetahui." [TMQ  Al-Baqarah (2): 184]

    Mud adalah ukuran isipadu (bukan berat) yang setara dengan isipadu 544 gram gandum (al-qamhu). [Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal fi Daulah Al-Khilafah, hal. 62]. Menurut jumhur ulama, fidyah dibayar dalam bentuk makanan asasi pada sesuatu negeri (ghaalibu quut a-balad). [Wahbah Az-Zuhaili, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, II/687]. Jadi untuk Malaysia, fidyah dibayar dalam bentuk beras, yang mana  isipadunya satu mud. Untuk lebih hati-hati, tunaikannya dalam timbangan berat 1 kg beras.

    Adakah fidyah boleh dibayarkan dalam bentuk wang?

    Menurut ulama Hanafiyah, boleh dibayar dengan nilainya (qiimatuhu), iaitu dalam bentuk wang yang setara nilainya dengan beras 1kg. Manakala menurut ulama jumhur (Malikiyah, Syafi’iyah, Hanabilah), tidak boleh dibayar dengan nilainya [Wahbah Az-Zuhaili, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, II/687]. Penulis lebih cenderung kepada pendapat jumhur  sebab membayar fidyah dengan nilainya (wang) tidak disokong dengan dalil. Adapun dalil yang ada (TMQ  al-Baqarah : 184), secara jelas menyebutkan pembayaran fidyah dalam bentuk makanan, iaitu firmanNya  berbunyi “wa ‘alal ladzina yuthiiqunahu fidyatun tha’aamu miskin”. Maksudnya , fidyah itu adalah dengan memberi makan (tha’am). Membayar fidyah dalam bentuk makanan itulah yang diamalkan oleh para sahabat. Dalam kitab Al-Muhadzdzab I/178, Imam Asy-Syirazi meriwayatkan kata-kata Ibnu Abbas RA,

    “Barangsiapa yang menjadi orang tua lalu dia tidak mampu berpuasa Ramadhan, maka wajiblah untuk setiap tiap hari (dia tidak berpuasa) satu mud gandum.” Ibnu Umar RA berkata, “Jika seseorang tidak mampu berpuasa, hendaklah ia memberi makan setiap harinya satu mud.” Diriwayatkan dari Anas RA, baháwa beliau tidak mampu berpuasa setahun sebelum wafatnya, maka beliau berbuka dan memberi makan. [Lihat Ali Raghib, Ahkamus Solah, hal. 119].

    Jika Tidak Mampu Membayar Fidyah

    Sekali lagi perlu diingatkan, kewajiban fidyah ini untuk orang sakit yang tidak mempunyai harapan untuk sembuh. Tidak berlaku hukum ini untuk orang yang sakitnya masih mempunyai harapan untuk sembuh. Seseorang yang sakit dengan penyakit yang tidak mempunyai  harapan untuk sembuh, atau orang tua yang tidak mampu lagi berpuasa, maka ia wajib membayar fidyah [TMQ al-Baqarah (2): 184] Lalu bagaimana pula jika untuk membayar fidyah pun dia juga  tidak berkemampuan, misalnya dia adalah seorang faqir atau miskin?

    Membayar fidyah adalah kewajiban bagi orang yang berkemampuan (muusir). Kemampuan ini diukur ketika ia tidak berpuasa kerana sakitnya itu. Jadi, jika terdapat orang sakit yang  tiada harapan untuk  sembuh, lalu dia tidak berpuasa pada tahun lalu, adakah dia wajib membayar fidyah? Maka hal ini perlu  dilihat, jika pada Ramadhan tahun lalu dia dalam keadaan berkemampuan (bukan faqir atau miskin), maka dia wajib membayar fidyah. Jika pada Ramadhan tahun lalu dia dalam keadaan tidak berkemampuan, maka dia tidak wajib membayar fidyah, walaupun pada tahun ini dia sudah menjadi orang yang berkemampuan.

    Inilah pendapat yang dianggap rajih (kuat) menurut Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Majmu’ Syarah Muhadzdzab, iaitu gugurnya kewajiban fidyah bagi orang yang tidak berkemampuan. Pendapat ini disepakati juga oleh Ibnu Hajar, meskipun berbeza dengan pendapat Ar-Rafi’i dan Ar-Ramli (As-Sayyid Al-Bakri, I’anathut Thalibin, II/241; Taqiyuddin Al-Husaini, Kifayatul Akhyar, I/204; Wahbah Az-Zuhaili, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, II/687).

    Pendapat Imam Nawawi itu kiranya lebih tepat dan rajih, sesuai firman Allah SWT :

    “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” [TMQ Al-Baqarah (2) : 286]Wallahu a’lam.

    Reply #10 22 November, 2009, 08:03:27 AM
  • Publish
  • Salam alayk.

    Ana nak tanya, ada beberapa orang seringkali tanya pada ana dalam bab seperti ini. Kalau dia gantikan puasa dengan 2 niat dalam satu,bolehke? Maksudnya, pada hari tersebut dia niat ganti puasa dan puasa sunat.
    Cuba berjuang menjadi muslimah terbaik

    Reply #11 12 April, 2010, 03:23:01 PM
  • Publish
  • Soalan:
    Salam ustaz,

    Boleh ke x seseorang tu nak bayar fidyah pada tabung masjid yang khas pada fakir miskin?
    klau sedekah bagi makan pada orang boleh ke dok bagi nak ganti bayar fidyah
    tu?

    Jawapan:


     :ws:

    Fidyah hendaklah dikeluarkan berbentuk beras dan diberikan kepada faqir miskin.
    Sebaiknyer tidak diberikan kpd tabung tersebut kerana dibimbanangi beras yg sampai kepada seorang miskin kurang dr had yg telah ditetapkan.

    wallahua'lam

    Rujukan http://forum.digitalmukmin.org/viewtopic.php?f=24&t=3206
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    Reply #12 12 April, 2010, 05:31:55 PM
  • Publish
  •  :)

    orang yang layak menerima fidyah bayar kat orang lain yang layak terima fidyah jugak ke? (macam soalan bodoh je, tapi dah lama fikir)

    Reply #13 12 April, 2010, 10:18:54 PM
  • Publish
  • :)

    orang yang layak menerima fidyah bayar kat orang lain yang layak terima fidyah jugak ke? (macam soalan bodoh je, tapi dah lama fikir)
    :ws:
    Soalan pandai lah cahaya.senyum*, mohon penjelasan daripada yang lebih ma'ruf. Pengalaman sewaktu menjalani latihan mengajar suatu ketika dahulu, seorang pelajar bertanyakan soalan yang sama  dengan cahaya pencinta. Tetapi terpaksa ditangguhkan seketika jawapan itu, dan terus tanya pada pensyarah. Seingatnya, pensyarah bagi jawapan tapi terlupa akan sumbernya.Silakan yang oleh bantu=) :jaz:
    "robbi yasser wala tu'assir"

    Reply #14 12 April, 2010, 10:31:18 PM
  • Publish
  • ya, dia wajib memberi fidyah kepada orang lain. kecuali jika diketahui bahawa dia adalah orang yang paling miskin, tidak ada orang yang lebih miskin daripadanya.

    ini berdasarkan sebuah hadis. Dialog antara Rasulullah s.a.w. dengan seorang miskin. Matan hadis, saya dah lupa.

    Reply #15 12 August, 2010, 12:34:35 PM
  • Publish
  • FIDYAH
    Fidyah  ialah bayaran denda yang dikenakan (diwajibkan) kepada seseorang Islam yang tidak dapat menggantikan puasanya dibulan Ramadan pada sesuatu tahun sehingga tibanya bulan Ramadan tahun berikutnya. Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB.

    DALIL WAJIB BAYAR FIDYAH

    Dalam surah al Baqarah ayat 184 Allah Ta’ala berfirman :

     … dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin…      (maksud al Baqarah : 184)

    Hadis Rasulullah s.a.w  bersabda mafhumnya :

    “Barangsiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadhan yang belum digantikan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkan bagi pihaknya”                 ( Riwayat at - Tirmizi )


       Dengan membayar Fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu membayar puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib diganti mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya.

       Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun maka kadar Fidyah bagi hari tersebut akan digandakan.

       Kadar Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk).

       Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. 

       Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin.

    Bayaran fidyah boleh dibuat di Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) di setiap daerah. Pembayaran boleh dilakukan dengan wang tunai, cek atau e-debit. Fidyah tersebut akan diagihkan kepada fakir dan miskin.

    SIAPA WAJIB BAYAR FIDYAH ?
    1.  Orang yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana uzur syari’e atau sengaja.

    -  Ia wajib qada’ puasa.
    •   Sekiranya hingga datang Ramadhan berikutnya 
      ia tidak mengqada’kan puasa tersebut  maka
      wajib ia qada’  puasa dan bayar fidyah.


    2. Uzur tiada kemungkinan untuk sembuh atau sakit disahkan oleh doktor tidak boleh puasa.
    -  Tidak wajib qada’ puasa
    -   Wajib bayar fidyah pada tahun tersebut


    Dari Ibnu Abbas RA, beliau berkata :

    Telah diberi rukhsah kepada orang yang sangat tua untuk berbuka puasa dan memberi makan setiap hari (yang ditinggalkannya) seorang miskin dan tidak wajib qadha'.   -  Riwayat Daruqutni dan al-Hakim


    3. Orang yang telah meninggal dunia tidak
         sempat mengqada’ puasa Ramadhan.
    -  Waris wajib bayar fidyah untuk simati   
       tersebut.

    4. Ibu hamil atau menyusukan anak tidak berpuasa dibulan Ramadhan dengan alasan :

      i)  Takut akan kesihatan dirinya
                                atau
    ii) Takut akan kesihatan dirinya  dan janinnya
    - Wajib qada’ puasa
    - Tidak wajib bayar fidyah

       * Sekiranya hingga datang Ramadhan berikutnya ia tidak mengqada’kan puasa tersebut maka wajib ia qada’ puasa dan bayar fidyah

    5. Ibu hamil atau menyusukan anak tidak berpuasa dibulan Ramadhan dengan alasan :

     i) Takut akan kesihatan janinnya
           - Wajib qada’ puasa
        - Wajib bayar fidyah

    KADAR DENDA (FIDYAH)

    1 hari dendanya 1 cupak beras
    1 cupak = 1 mud
    1 mud  = 15 tahil atau 566.99 gram beras sama dengan nilai zakat fitrah semasa dibahagi 4.
    (RM _______ ÷ 4 = RM ______).



    PERMASALAHAN...

    Seseorang meninggalkan puasa Ramadhan 3 tahun berturut-turut  tanpa diqada’ puasa yang ditinggalkan sehingga masuk bulan Ramadhan tahun 2008 seperti berikut :

       1) Tahun 2005 meninggalkan puasa 6 hari
       2) Tahun 2006 meninggalkan puasa 5 hari
       3) Tahun 2007 meninggalkan puasa 7 hari




    PENYELESAIANNYA :

    Langkah 1 :
    Kira jumlah tahun ia tidak qada’ puasa  yang ditinggalkan iaitu jumlah ia telah  melangkaui Ramdhan.

    Oleh itu jumlah tahun tinggalkan puasa dari tahun

    a) 2005 hingga masuk Ramadhan 2008 ialah 3 tahun.
    b) 2006      “        “         “                “       “    2    “
    c) 2007      “        “         “                “       “     1    “


    Langkah 2 :
    Darabkan setiap jumlah tahun tinggal puasa dengan jumlah hari tinggal puasa kemudian didarabkan dengan nilai zakat fitrah semasa kemudian dibahagi dengan 4.

    Tahun 2005
    3 tahun x 6 hari x RM7.50 (nilai zakat fitrah semasa) ÷  4 = RM33.75

    Tahun 2006
    2 tahun x 5 hari x RM7.50 (nilai zakat fitrah semasa) ÷ 4 = RM18.75



    Tahun 2007
    1 tahun x 7 harix RM7.50 (nilai zakat fitrah semasa)  ÷ 4 = RM13.12

    Jumlah keseluruhan perlu bayar : RM65.62




    Menterjemah Apa Yang Tersirat DI MInda
    http://durratulmujahid.blogspot.com/

    Reply #16 12 August, 2010, 12:56:22 PM
  • Publish

  • KADAR DENDA (FIDYAH)

    1 hari dendanya 1 cupak beras
    1 cupak = 1 mud
    1 mud  = 15 tahil atau 566.99 gram beras sama dengan nilai zakat fitrah semasa dibahagi 4.
    (RM _______ ÷ 4 = RM ______).



    PERMASALAHAN...

    Seseorang meninggalkan puasa Ramadhan 3 tahun berturut-turut  tanpa diqada’ puasa yang ditinggalkan sehingga masuk bulan Ramadhan tahun 2008 seperti berikut :

       1) Tahun 2005 meninggalkan puasa 6 hari
       2) Tahun 2006 meninggalkan puasa 5 hari
       3) Tahun 2007 meninggalkan puasa 7 hari




    PENYELESAIANNYA :

    Langkah 1 :
    Kira jumlah tahun ia tidak qada’ puasa  yang ditinggalkan iaitu jumlah ia telah  melangkaui Ramdhan.

    Oleh itu jumlah tahun tinggalkan puasa dari tahun

    a) 2005 hingga masuk Ramadhan 2008 ialah 3 tahun.
    b) 2006      “        “         “                “       “    2    “
    c) 2007      “        “         “                “       “     1    “


    Langkah 2 :
    Darabkan setiap jumlah tahun tinggal puasa dengan jumlah hari tinggal puasa kemudian didarabkan dengan nilai zakat fitrah semasa kemudian dibahagi dengan 4.

    Tahun 2005
    3 tahun x 6 hari x RM7.50 (nilai zakat fitrah semasa) ÷  4 = RM33.75

    Tahun 2006
    2 tahun x 5 hari x RM7.50 (nilai zakat fitrah semasa) ÷ 4 = RM18.75



    Tahun 2007
    1 tahun x 7 harix RM7.50 (nilai zakat fitrah semasa)  ÷ 4 = RM13.12

    Jumlah keseluruhan perlu bayar : RM65.62

    Syukran ukhti. Cumanya, boleh tahu sumbernya dari mana..

    Bagaimana jika hari bagi setiap tahun itu bercampur dan tidak ingat berapa hari sebenarnya yang perlu diganti fidyahnya?

    ustaz/ustazah, mohon penjelasan.
     
    SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.;-)

    Reply #17 12 August, 2010, 12:56:40 PM
  • Publish
  • Untuk kiraan zakat... saya tak dapat masukkan aplikasinya di sini. Tapi boleh ke laman web Majlis Agama Islam Johor ;  http://www.maij.gov.my/utama.htm

    masuk ke bahagian zakat dan download aplikasi kalkulator zakat.. semua jenis zakat ditunjukkan cara pengiraan.

    Reply #18 12 August, 2010, 12:57:51 PM
  • Publish
  • Saya dapatkan sumber dari Unit Baitulmal Majlis Agama Islam Johor.. Mungkin kraan setiap negeri berlainan tapi boleh rujuk di Majlis Agama Islam di kawasan masing-masing

    Reply #19 12 August, 2010, 01:00:36 PM
  • Publish
  • terima kasih.. di atas maklumat yg diberi..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    7 Replies
    13501 Views
    Last post 09 March, 2011, 01:19:26 PM
    by saiful ikhwan
    4 Replies
    10701 Views
    Last post 04 July, 2012, 03:16:17 PM
    by Firhan
    7 Replies
    4253 Views
    Last post 22 November, 2013, 11:51:54 PM
    by Saya Hamba