Merawat fibroid dan cara mengurangkan kesakitannya

*

Author Topic: Merawat fibroid dan cara mengurangkan kesakitannya  (Read 3077 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

09 June, 2013, 12:47:58 AM
  • Publish

  • Fibroid adalah sejenis  ketumbuhan bukan kanser (non-carcinogenic tumor) yg berlaku dalam organ peranakan pada bahagian abdomen. Jenisnya pun ada macam-macam. Boleh rujuk kepada doktor yg lebih arif. Kalau kecil mungkin doktor bagi ubat atau biarkan sahaja. Kalau semakin besar , merisaukan juga tanpa dirawat. Semasa kecil lebih mudah dirawat untuk mengecutkannya menggunakan herba dan pemakanan.. Saya bukan nak bincang pasal sebab, faktor risiko atau kaitannya dengan pelbagai keadaan seperti hormon dsb.

    Di sini saya bagi petua untuk membantu mengecutkan fibroid insyaaAllah. Biasanya fibroid terjadi akibat perjalanan haid yg tak teratur, tak lancar dan selalu mengalami senggugut semasa peringkat remaja lagi. Darah haid dan cebisan tisu endometrium (lapisan dinding dalam pada organ rahim) yg tak habis keluar ini lama-kelamaan menjadi terhimpun dan menjadi toksik kepada tubuh. Kuman pun boleh membiak. Setengah wanita ambil anti-biotik dan ubat penahan sakit untuk mengurangkan simptomnya. Tisu dan darah bahagian berkenaan semakin kotor. Inilah punca pertumbuhan tak terkawal sel-sel dan tisu di bahagian rahim akibat tindakan bahan kimia & toksik terhadap DNA sel-sel.

    Untuk mengelak fibroid terjadi, pada peringkat kanak-kanak lagi yakni sebelum umur haid harus dijaga pemakanan. Makanan yg boleh memekatkan dan mengotorkan darah harus dielak atau dikurangkan. Contohnya makanan segera, makanan yg banyak kimia, makanan yg ada HVO (hydrogenated vegetable oil seperti majerin, creamer non-diary, kek, krim, roti, kuih, shortening, coklat, ayam goreng segera) tak patut diberi kepada kanak-kanak perempuan.
    Macam mana aliran haid boleh keluar dengan lancar kalau sel darah merah melekat antara satu sama lain, darah pekat, darah berasid.

    Langkah pertama rawatan adalah membersihkan darah dan bahagian rahim, melancarkan perjalanan darah. Ini dapat melancarkan perjalanan haid bulanan. Tapi setengah wanita berlaku haid yg berlebihan atau lebih panjang sikit daripada biasa. Ada setengah berasa sakit. Banyak herba boleh menjalankan fungsi ini seperti jintan hitam, halba, halia, soluble fibre, makanan beralkali, kunyit, mengkudu, kurma merah, daun bidara dsb.

    Tetapi setengah wanita tindak balasnya kuat sehingga boleh memudaratkan pula. Contohnya sakit yg kuat, pendarahan yg banyak atau dalam masa lebih panjang semasa haid. Tindak balas ini menandakan herba tersebut berkesan membersihkan darah dan rahim. Tetapi perlu dikawal supaya tidak berlebihan. JUadi dos herba tersebut perlu dikurangkan setengah atau sesuku dan bukan diambil setiap hari. Hentikan pengambilan herba tersebut 3 hari sebelum haid.

    Jika tiada perubahan langsung kepada kelancaran haid, maka dos tak cukup. Perlu tingkatkan dos herba tersebut. Contohnya setiap hari serta tingkatkan amaun pengambilan herba. Ini adalah peraturan umum dalam merawat fibroid menggunakan herba.

    Disamping itu makanan yg memekatkan darah dan mengotorkan darah harus dielakkan iaitu HVO, makanan ringan tak berzat, makanan banyak kimia, buah jeruk, daging lembu, ayam daging, ikan keli & tilapia bela, serta  coklat, kuih, biskut, kek, krim, susu pekat manis,  potato chips & ayam goreng segera yg banyak HVO atau majerin.     

    Keterangan lanjut, hubungi Nizam 016-4369630, FB: Nizam Herbalist, Email: nizambidara@gmail.com
    « Last Edit: 09 June, 2013, 01:43:31 PM by Nizam Herbalist »

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    20 Replies
    4999 Views
    Last post 31 March, 2009, 11:53:13 PM
    by efa_reeza
    4 Replies
    15717 Views
    Last post 27 February, 2012, 01:15:56 PM
    by Nurul Nawar
    0 Replies
    54 Views
    Last post 11 October, 2014, 10:41:28 AM
    by dini