Cakap Serupa Bikin

*

Author Topic: Cakap Serupa Bikin  (Read 1356 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

27 January, 2013, 09:43:52 AM
  • Publish
  • Tertarik saya dengan cerita yang boleh kita teladani. Yang baik kita kongsi dan ambik, yang tidak elok kita kongsi juga jadikan iktibar. Yang aib kita tutup dan jangan sebarkan.



    Cakap seperti bikin. Kata orang Jawa 'Walk the talk'.

    Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang bertimbun dan tutupilah aibku yang terlampau banyak, yang orang lain tidak tahu. Amin.

    Hampir setiap kali menggunakan troli pasaraya, saya akan meninggalkan troli yang berisi duit 50 sen, sekiranya saya melihat ada staf pasaraya yang kadang kala bertaraf 'buruh kasar' berhampiran.

    Ini bagi memastikan mereka mendapat habuan 50 sen itu. Dengan harapan ada juga 9 orang lain melakukan perkara yang sama pada setiap hari. Ini bagi memastikan beliau dapat duit bagi menanggung sekurang-kurangnya kos makan tengahari, ataupun menggunakan duit kutipan itu sebagai tabungan untuk keluarganya.

    Sekiranya saya melihat ada pekerja yang tolak troli kembali ke tempat simpan troli itu adalah orang yang memerlukan bantuan, contohnya di sebuah pasaraya di Taman Permata, Hulu Kelang. Di mana seorang pekerjanya itu cacat dari segi struktur tulang belakang, yang membuatkan satu bebanan besar bagi beliau mengalas kerjanya. Saya akan berikan RM 5, 10 ataupun RM 50.

    Saya berusaha bagi membeli barangan yang perlu sahaja ataupun berjimat untuk diri sendiri. Tetapi saya tidak berjimat untuk orang lain.

    Tidak sanggup melihat sepupu-sepupuku yang bekerja keras yang hanya dibayar gaji apabila peluh keluar, maka menyumbang itu adalah satu keperluan.

    Azam saya, membantu orang lain ataupun haiwan setiap hari, sama ada melalui duit, tenaga, makanan, doa ataupun ilmu.

    Profesion saya dan bos-bos di pejabat adalah bagi mencari rezeki yang halal, In Syaa Allah. Berkongsikan rezeki yang halal walapun sedikit dengan orang yang lebih memerlukan.

    Kata orang Jawa 'Walk the talk'
    ~Shamsuddin Kadir



    Reply #1 27 January, 2013, 09:51:13 AM
  • Publish
  • Bila bercerita hal cakap serupa bikin, best juga sebab ramai yang suka cakap tak serupa bikin.

    Antara kisah yang baik kita kongsikan ialah dalam mengajak orang melakukan kerja amal. Orang tu buat kerja amal, diwar-warkan bukanlah kerana nak dapat sanjungan dan nama, sebaliknya adalah untuk mengajak orang lain pun buat sama.

    Apa niat dia, tak payah kita tanya dan pertikaikan kerana itu urusan Allah. Jika hati bersih tetap terpancar melalui akhlak dan adapnya.

    Jadinya kita ni yang selalu tuding diri, apa aku ada lakukan? Orang lain menyumbang tidak kira dalam bentuk apa pun, aku ada sumbang apa?

    Kita boleh pilih mahu jadi batu api atau jadi pemangkin dengan usaha orang lain.

    Cakap serupa bikin sebaik-baiknya ikut turun padang.

    Seperti tengok orang main bola, jika pemain silap tendangan, tidak payah lah kamu tepi padang kutuk-kutuk, sebaiknya, nak tahu susah atau senang,kamu turut turun padang bermain-main sama kejar bola.

    Sinis dari saya...


    Reply #2 27 January, 2013, 01:15:44 PM
  • Publish
  • Saya dah jumpa ramai yg cakap tak serupa bikin. Susah nak percaya.
    Lain kali nak percaya, kena tengok orang tu buat ke tidak apa yang dia cakap.
    Thabit bin Qurrah berkata: "Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan."

    Reply #3 27 January, 2013, 01:17:19 PM
  • Publish
  • Salinglah ingat memperingati. Nescaya membawa kebaikan kepada orang yang beriman.
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    Reply #4 27 January, 2013, 10:09:58 PM
  • Publish
  • Kos yang paling membebankan adalah kos budaya.

    Jika dahulu saya tidak faham, rugi betul apabila sudah ada ilmu sekarang. Kesilapan yang saya lakukan adalah hidup dengan menanggung kos budaya.

    Alhamdulilah, walaupun saya tidak mengikuti semua kos budaya, ada juga kos budaya yang saya ikuti dahulu, kini saya sudah meninggalkannya.

    Kos budaya bukannya sahaja membuatkan saya perlu berbelanja lebih untuk hidup, saya juga rasa lemas untuk hidup di dalam terlalu banyak peraturan yang sebenarnya tiada di dalam Islam.

    Kos budaya yang saya pertahankan dan ingin terus lakukan, adalah pergi rumah orang perlu bawa buah tangan, kalau tidak bawa pastikan bagi duit. Ini kerana itu adalah amalan yang mulia dan berkat.

    Kos Budaya yang saya tidak buat ataupun amalkan.

    1. Kos bulan madu gaya import.
    2. Kos hari jadi dan hari ulang tahun perkahwinan
    3. Kos raya ikut budaya - baru belajar berhenti.
    4 Kos pendidikan ikut budaya barat
    5. Kos Menghias rumah supaya orang nampak cantik
    6. Kos Baju raya, bukannya baju baru hari raya
    7. Kos anak-anak pakai baju berjenama
    dan banyak lagi

    Sekarang lebih tertumpu kepada kos memastikan kami sekeluarga menghormati orang lain. Ini kos yang kami suka.

    Mohon maaf, kami ingin hidup bebas, sebebas yang Islam benarkan. Kerana baru kami sedar dunia kami sebenarnya luas. Ini kerana kos Agama sangat sedikit perbelanjaannya.

    Lain sekolah kehidupan, lain pula ajarannya. Hormati perbezaan.
    ~Shamsuddin Kadir

    Reply #5 28 January, 2013, 11:03:10 AM
  • Publish

  • Alkisah seorang kurang bermotivasi….

    Mohd Ahsan seorang yang kurang bermotivasi dalam melaksanakan kerja-kerjanya baik di mana-mana sahaja.

    Ahsan ingin menyelesaikan masalah ini lalu berjumpu dengan Tok Guru Mat Ubas.

    “Ustaz, ada banyak perkara yang saya ingin buat, tapi tak da motivasi untuk gerak,” adu Ahsan.

    “Nak buat, buat terus,” jawab Mat Ubas.

    “Tak faham. Saya tak ada motivasi nak buat, itulah masalahnya ustaz,” jawab Ahsan.

    “Ok. Ahsan jawab ini. Antara ayam dengan telur, siapa datang ke dunia ini dulu?” tanya Mat Ubas.

    “Telur,” jawab Ahsan.

    “Dari mana telur datang?” jawab Mat Ubas. Melihat Ahsan tidak dapat bercakap apa-apa… Mat Ubas mula berceramah…

    “Sebenarnya kita tidak tahu mana datangnya ayam yang melahirkan telur yang pertama? Dan kita mungkin tak akan tahu.

    Tapi soalan seterusnya ialah motivasi. Apa datang dulu, motivasi atau tindakan?” tanya Mat Ubas.

    “Motivasi dulu,” jawab Ahsan.

    “Tak boleh ke kita buat dulu, baru timbul momentum dan motivasi untuk buat lagi,” Mat Ubas tanya kembali.

    “Dan orang yang tunggu motivasi datang dulu, sealalunya akan gagal untuk menyelesaikan apa-apa. Sementara orang yang mengambil tindakan dulu sebelum menjana motivasi boleh melakukan lebih banyak perkara,” terang Mat Ubas.

    Ahsan semakin terpegun dengan kata-lata Mat Ubas dan tidak berkata apa-apa.

    “Kita tak nyanyi sebab kita gembira, tapi kita gembira kerana kita bernyanyi,” tambah Mat Abus.

    Selepas mendengar penjelasan daripada Mat Abus, perangai Ahsan berubah dengan mengambil tindakan dulu terhadap semua perkara walaupun tiada motivasi

    Pengajaran cerita ini ialah:

    Kita harus bertindak sekarang apabila terasa itu betul dan bahawa ia adalah benar, dan percayalah motivasi akan datang selepas tindakan diambil.


    ~Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

    Reply #6 30 January, 2013, 02:47:01 PM
  • Publish
  • Saya lihat ramai juga yang menyalak bukit di fesbuk tanpa ada tindakan.

    Sekarang ini isu drama Astro Sahara. Ramai yang membantah tentang penampilan skrip dan aksi drama yang bertentangan akhlak dan maruah perempuan islam.

    Jomlah kita seimbangkan percakapan dengan tindakan. Walaupun sekadar dihujung jari.

    Tindakan anak muda ini bagus. Cakap serupa bikin. 


    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=418070018272494&set=a.133678666711632.36242.133541856725313&type=1




    [HENTIKAN SIARAN DRAMA "SAHARA']

    Setelah membaca komen Ustaz Zaharuddin.net tentang drama "Sahara" oleh ASTRO PRIMA dan setelah menonton dengan mata sendiri preview drama tersebut, hati jadi panas.

    Tapi saya tidak mahu duduk diam-diam sahaja, ataupun duduk bising-bising tapi tiada tindakan yang diambil. Saya nak cuba untuk mengambil langkah proaktif.

    So, saya hantar complaint straight dekat ASTRO untuk meminta mereka hentikan siaran "Sahara" (sila rujuk screen capture).

    Berikut ialah mesej penuh yang saya hantar kepada mereka:

    "Saya, sebagai seorang Muslim di Malaysia, tidak bersetuju dengan cara Islam digambarkan dalam drama "Sahara" yang disiarkan di ASTRO PRIMA. Adegan-adegan seperti berpegang-pegangan dengan yang bukan mahram dan menjerit-jerit "I love you, Sahara!" adalah bertentangan dengan Islam.

    Tambahan pula, imej wanita Islam yang bertudung dan berniqab juga tercemar.

    Justeru, saya meminta jasa baik pihak yang berkenaan untuk menghentikan siaran drama tersebut serta merta.

    Sekian, terima kasih."

    Saya memohon jasa baik pengunjung page ini untuk lakukan perkara yang sama jika anda sama pendapat dengan saya. Ini hanya jemputan, bukan paksaan.

    Feedback form kepada ASTRO: http://support.astro.com.my/FeedbackForm.aspx

    No hate comments please. Suarakan pendapat anda dengan matang dan bijak.

    Jadi anak-anak halaqian lain pun boleh bertindak bijak seperti anak muda ini, membantah melalui saluran yang betul.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #7 05 February, 2013, 04:46:21 PM
  • Publish
  • Berbisnes dengan Allah.

    Banyak juga sejak akhir-akhir ni saya lihat orang buat bisnes dengan Allah. Baguslah kerana ramai cakap serupa bikin.

    Berbisnes dengan Allah ada berbagai cara, sama dengan bisnes Khalifah Othman bin Affan.

    Ramai orang suka cakap aja, sedekah sana, sedekah sini, tapi cuma setakat atas kertas. Bisnes bagus juga sebab guna mouse klik sana, klik sini.

    Ini saya nak bawakan contoh lain sikit...

    Bismillah. Dengan izin Allah, saya kongsikan kenapa kami berpegang kepada mazhab 'Berbisnes dengan Allah, dan bukannya berbisned dengan manusia'.

    Pesan sifu saya seorang yang beragama Islam dan banyak menunaikan solat-solat pada waktu 1/3 terakhir malam. Akibat dari ketegasan ayahnya mendidik supaya solat malam.

    "Beliau menceritakan satu kisah berkenaan dengan seorang saudagar berama Washit. Beliau telah membeli gandum penuh sebuah kapal besar menuju ke Bashrah. Beliau menghantarkan sepucuk surat kepada wakilnya di pelabuhan Bashrah.

    Saudagar itu menulis di dalam suratnya “Sebaik sahaja gandum ini tiba di Bashrah, hendaklah disegerakan penjualannya kepada umum jangan bertangguh walau sehari.”

    Malangnya, pesanan saudagar itu diabaikan oleh wakilnya itu, kerana didorong keuntungan yang besar, maka wakil itu menangguhkan penjualan gandum itu sehingga 1 minggu kapal itu berlabuh.

    Hasil keuntungan menjadi bertambah lumayan akibat dari penangguhan penjualan gandum itu, sehingga membuatkan permintaan lebih tinggi daripada penawaran. Wakilnya melaporkan keuntungan yang lebih lumayan kepada saudagar itu melalui surat jawapannya.

    Surat jawapan dari wakilnya itu merungsingkan saudagar pemilik gandum itu. Sebenarnya saudagar itu sudah tahu tentang keuntungan yang tinggi apabila menangguhkan jualan gandum itu, tetapi beliau lebih rela mendapat keuntungan sedikit asalkan hubungan dengan agama Allah SWT tidak terjejas.

    Justeru walaupun wakilnya telah mendapat untung yang banyak, tetapi wakilnya dianggap melakukan jenayah besar terhadap masyarakat. Menyebabkan terjejas hubungannya dengan Allah SWT.

    Oleh itu, apabila surat saudagar yang kedua sampai ke tangan wakilnya itu, saudagar itu memerintah supaya “hendaklah disedekahkan semua wang jualan gandum dan keuntungannya sekali, kepada fakir miskin di Bashrah bagi mengkafarah dosanya.

    Menangguhkan seminggi jualan gandum telah menyulitkan masyarakat pengguna terutama fakir miskin.

    Ini perniagaan seorang saudagar yang bertakwa, beliau rela dapat untung sedikit asalkan diredhai Allah SWT dan mendapat keberkatanNya.

    Keuntungan yang tidak berkat itu hanya dapat beri manfaat kepada yang peniaga sekadar di dunia sahaja, apabila memasuki alam barzah, ia menjadi petaka yang dahsyat kepada pemiliknya."

    Beliau (sifu) sudah banyak memberikan saya jalan untuk saya hidup sebagai manusia.


    Berbisnes Dengan Allah Tidak Akan Rugi Walaupun Satu Sen!

    ~Shamsuddin Kadir


    Reply #8 06 February, 2013, 08:07:41 AM
  • Publish
  • Apabila mahu berhubung dengan orang lain, kenal pasti kaedah yang terbaik untuk dirinya dan bukannya untuk diri kita.

    Bismillah. Tip kita berhubung dengan orang yang terlalu sibuk ataupun pemimpin yang banyak pengikut, termasuk individu yang berpengaruh di facebook. Contohnya ustaz, motivator, penceramah, trainer, wakil rakyat, calon wakil rakyat dan sebagainya.

    Ini langkahnya.

    1. Berikan salam,

    Contohnya : Assalamualaikum Tuan Ahmad yang dirahmati Allah lgi disayangi Nabi,

    2. Teruskan ajukan pertanyaan kita, tidak perlu tanya khabar ataupun menceritakan ataupun menanyakan sesuatu yang tidak penting. Ajukan soalan secara terus.

    Ini kerana kita sedang berurusan dengan manusia yang perlu berurusan dengan orang, sedangkan orang itu juga ada masa 24 jam sahaja sehari. Dia perlukan masa untuk Tuhannya, keluarganya, dirinya, pekerjaannya, jirannya. Jadi masa untuk berhadapan dengan kita adalah terhad, kerana ramail lagi yang sedang menanti ataupun turut berhubung dengan beliau sama ada melalui 'chat' di facebook.

    Mohon maaf saya juga tidak terdaya lagi bagi memenuhi pertanyaan terutama yang bermula dengan mukadimah yang panjang berjela-jela. Hantarkan mesej yang pendek dan padat. In Syaa Allah saya sempat hendak membaca.

    Saya kagum dengan Tuhan yang boleh memberikan ruang kepada setiap hambanya meluahkan perasaan 24 sehari dan bersabar mendengar rintihan hambaNya.

    Manusia sangat terbatas masanya, walaupun beliau seorang pemimpin. Semakin ramai pengikut ataupun penyokongnya, semakin terhad masa yang beliau dapat peruntukkan bagi setiap pengikut yang berurusan dengan beliau.

    Hormati kesibukan orang yang hendak kita berhubung dan gunakan kaedah saluran yang betul apabila kita berkomunikasi dengan mereka.

    ~Shamsuddin Kadir

    Reply #9 06 February, 2013, 08:41:34 PM
  • Publish
  • MEMBUKA PELUANG.

    Apabila hendak berbuat baik. Mulakan sahaja walaupun kita tidak rela atau tidak sepenuh hati. Apabila dimulakan, ia akan membuka peluang dan mendorong kita kepada kebaikan yang berkekalan.

    Analogi saya(Syaizul Amal).

    Apabila kita masuk saf untuk solat jemaah. Mungkin kita bermula lewat dan berada di saf belakang. Akan ada beberapa peluang naik ke saf hadapan. Ruang yang terbuka itu tunggu diisi.

    Orang sebelah memberi isyarat ke depan. Maka kita terdorong ke depan.

    Kemudian terbuka lagi beberapa ruang di hadapan, orang hadapan memanggil mengisi ruang tersebut. Maka kita terdorong makin ke depan.

    Kemudian kita semakin berani, mata melilau melihat ruang terbuka disaf hadapan, cepat-cepat melangkah ke hadapan.

    Selesai solat, maka kita berfikir, alangkah bagusnya sekiranya esok, aku datang awal sedikit dan terus ke hadapan.

    Itulah yang berlaku dalam hidup kita apabila kita bermula membuat kebaikan. Ada sahaja pintu peluang terbuka. Ada pula yang mendorong. Ada pula yang memanggil atau menawarkan peluang. Kemudian kita mula memperbaiki diri maju ke hadapan bermula dengan saf pertama.

    Paksalah diri kita untuk kebaikan pertama, walaupun kita tidak ikhlas. Insha-Allah, ia mendorong kita ke arah kebaikan yang kekal.


    Reply #10 06 February, 2013, 09:50:10 PM
  • Publish
  •  :)

    Semoga segala kebaikan yang kalian buat diberikan balasan yang baik oleh Allah....

    Sebagai memperingati diri jangan lah kita hanya mencari kesalahan orang lain sebalik nya check dulu diri...
    Tapi tegur menegur itu digalakkan....
    apapun...sama2 la muhasabah diri... :senyum:

    divider3
    halaqahforum4