0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.
Satu thread lagi nak tambah isteri. Thread yang ni tak mahu berkahwin selamanya.... Macam-macam ya.
Setuju dengan Tuan Nazri....sungguh tidak adil apabila melihat orang yang tidak menikah, lalu diberikan hadith2 tentang nikah sunnah nabi, seolah2 menyalahkan orang yang tak menikah tu kerana tidak menikah... ia seperti menaburkan garam pada luka orang yang sedang melalui ujian itu... apakah daya orang itu jika sudah ditakdirkan dia tiada jodohnya di dunia? berhati2lah dalam berkata2 walaupun tergolong dalam orang yang beruntung kerana mempunyai jodoh....
Sabda Nabi s.a.wفقوله صلى الله عليه و سلم النكاح سنتي فمن رغب عن سنتي فقد رغب عنيMaksudnya: Nikah adalah sunnahku, barangsiapa yang tidak menyukai sunnahku, maka dia tidak menyukaiku.وقال صلى الله عليه و سلم النكاح سنتي فمن أحب فطرتي فليستن بسنتيأخرجه أبو يعلى في مسنده مع تقديم وتأخير من حديث ابن عباس بسند حسنMaksudnya: Nikah adalah sunnahku. Barangsiapa yang menyukai fitrahku, maka laksanakan mengikut sunnahku.وقال أيضا صلى الله عليه و سلم تناكحوا تكثروا فإني أباهي بكم الأمم يوم القيامة حتى بالسقط أخرجه أبو بكر بن مردويه في تفسيره من حديث ابن عمر دون قوله حتى بالسقط وإسناده ضعيفMaksudnya: Bernikahlah kamu dan perbanyakkan (keturunanmu). Sesungguhnya aku gembira dengan kamu di hari kiamat (umat yang ramai) sehinggalah yang keguguran.Satu lagi ‘uswah’ yang baik yang ada pada diri Rasulullah s.a.w ialah bernikah atau perkahwinan. Sehingga Rasulullah s.a.w menyifatkan mereka yang tidak gemar pernikahan kerana tidak suka kepada sunnah baginda, tergolong dalam orang yang membenci Nabi.
Boleh. Tak ada masalah. Cumanya kena bertanggungjawab sepenuhnya terhadap anak serta bersedialah tentang risiko mendatang.Rugi la tak nak kahwin. Rugi.... Rugi.... Banyak manfaatnya. Ya Allah Ya Rabbi! Jadikanlah kami orang yang tawaduk dan kami berlindung dengan-Mu dari menjadi orang yang angkuh sombong takbur..
amik anak angkat je macam mana.. boleh tak.. nak anak tapi tanak kawin.. boleh?
sebab tu saya tanya. bagi saya masyarakat zaman dahulu dengan sekarang sangat berbeza. susah saya nak percaya orang zaman sekarang. walaupun lahir di kota, saya bersyukur dapat menangkis maksiat dunia. cuma bila selalu lihat rakan couple pegang sana sini dengan bukan mahram, bagi nasihat kita dipalau, hati saya panas sangat. rata-rata kat facebook menunjuk-nunjuk pasangan masing-masing walhal tak lepas spm lagi. saya dah muak sangat tengok perangai lelaki zaman sekarang. sebab tu juga saya sukar sangat percayakan lelaki (except family). saya tak pernah ada pengalaman bercinta. nak pandang lelaki pun rasa menyampah. tambah pula kawan perempuan saya kebanyakannya menggedik nak control lawa sepanjang masa. pantang lah kalau ada lelaki bersiul, rasa sedap bagi penampar. hidup akhir zaman penuh kepura-puraan ...
Dimulakan Oleh anak_felda Muslim
Dimulakan Oleh ummulqurra Anak-anak
Dimulakan Oleh JEH SOAL JAWAB