Kelebihan Qiamullail

*

Author Topic: Kelebihan Qiamullail  (Read 19625 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

08 September, 2007, 04:06:48 AM
  • Publish
  • Kelebihan Qiamullail

    1.      Daripada Abu Hurairah : Aku bertanya : Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku tentang suatu amalan yang membolehkan aku masuk Syurga lalu nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya engkau akan masuk Syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Ibnu Habban dengan sanad sohih

     

       2. Daripada Abdullah bin Salam katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Wahai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, jalinkanlah silaturrahim dan bangunlah untuk dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya kamu akan masuk Syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Tarmizi, Ahmad, Hakim, Darimi, Ibnu Majah dan Ibnu Saad dengan sanad sohih

     

       3. Daripada Abu Hurairah katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Puasa yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah Muharram dan sembahyang sunat yang paling afdhal selepas solat fardhu ialah solat pada waktu malam – Dikeluarkan oleh Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasaie, Ibnu Khuzaimah, Ahmad, Darimi, dan Baihaqi dengan sanad sohih

     

       4. Daripada Abdullah ibnu Umar katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Wahai Abdullah ibnu Umar! Janganlah engkau menjadi seperti si Pulan di mana dia bangun pada waktu malam tetapi dia tidak melakukan ibadat qiamullail – Dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Ahmad  dengan sanad sohih


    http://members.tripod.com/~DarulUlum/BH21.htm
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    Reply #1 08 September, 2007, 11:24:58 AM
  • Publish
  • §       
    Qiamullail adalah satu cara mendekatkan diri kepada Allah yang sangat dituntut oleh agama. Qiamullail adalah bangun   
              sepertiga malam untuk melakukan ibadat tertentu seperti solat, doa, zikir dan sebagainya.
    §       
    Qiamullail adalah sumber kekuatan rohani bagi orang mukmin

    Reply #2 08 September, 2007, 11:30:32 AM
  • Publish

  • Imam Syahid  Hassan Al-Banna menghadiri sebuah mu’tamar di Daqhaliah. Selesai sahaja mu’tamar, Imam Syahid bersama dengan Ustaz Umar Tilmisani bergegas ke sebuah bilik berisi dua tempat tidur. Masing-masing dari keduanya pun berbaring di atas tempat pembaringannya.

    Beberapa minit kemudian, Imam Syahid bertanya:
    “Wahai Umar, apakah kau sudah tidur?”

    Ustaz Umar menjawab:
    “Belum.”

    Beberapa saat kemudian, Imam Syahid mengulangi pertanyaan dan dijawab dengan jawapan yang sama.
    Akhirnya, akh umar berkata dalam hati:
    “Jika Ustaz Hassan bertanya lagi kepada saya, akan saya diamkan sahaja.”

    Setelah ditanya berkali-kali, disangka bahawa Ustaz Umar telah tidur.Kemudian, Ustaz Hassan Al- Banna keluar terhendap-hendap perlahan dari kamar tidurnya dengan terinjut-injut kakinya. Perlahan-lahan beliau berjalan ke tempat mengambil wudhu’ tanpa alas kaki risau kemungkinan Ustaz Umar terjaga mendengar derap bunyi selipar. Lantas beliau berwudhu’ dan kembali ke bilik. Di ruang yang paling hujung, beliau lalu membentang kain sejadahnya dan mulai melaksanakan solat tahajjud.

    Bulan Ramadhan yang baru sahaja pergi meninggalkan kita. Madrasah tarbiyah Ramadahan telah mengajar kita untuk mengekang al-hawa yang menjadi antara musuh utama kita. Ia merupakan antara langkah utama ynag perlu dititikberatkan dalam proses tarbiyah di mana Syed Muhammad Ahmad Al-Rasyid dalam bukunya ‘Al-Muntalaq’ menjelaskan kepentingan meninggalkan al hawa. Perlulah dipastikan untuk kita tajarrud (menghilangkan, menanggalkan) segala bentuk jahiliyah dan unsur al hawa yang mendokong pelbagai nama di era moden ini.

    Kesempatan bulan Ramadhan dipenuhi dengan banyaknya amalan istimewa seperti terawih dan tida kurang juga qiam-qiam di malam hari. Walaupun, Ramadhan pergi, namun tidak menjadi alasan untuk kita tidak memperbanyak amalan-amalan ibadah terutamanya qiamullail.

    Pada zaman awal sahabat di mana jumlah orang Islam sangat sedikit dan golongan yang terdiri daripada As-Sabiqun Al-Awwalun yang rata-ratanya orang miskin dan lemah, Allah telah mewajibkan qiamullail buat setahun lamanya. Seperti yang dinyatakan dalam Surah Muzzammil, ayat 20:
    “Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahwasanya kamu berdiri (sembahyang) kurang dari dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersama kamu, dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang. Allah mengetahui bahwa kamu sekali-kali tidak dapat menentukan batas-batas waktu-waktu itu, Maka dia memberi keringanan kepadamu, Karena itu Bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran. Dia mengetahui bahwa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebagian karunia Allah; dan orang-orang yang lain lagi berperang di jalan Allah, Maka Bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran dan Dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. dan mohonlah ampunan kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

    Selain itu, qiamullail, bukan sahaja membina fizikal yang kuat malah turut membentuk jiwa dan rohani yang teguh. Sepertimana yang dinyatakan oleh Syed Qutb. Apabila ditanya oleh rakan sebilik dalam penjara mengapa beliau masih lagi sanggup untuk bangun solat malam walau telah seharian suntuk dipukul dan disiksa dengan dahsyat oleh regim zalim. Rakannya menasihatkan supaya berehat sahaja kerana hari-hari berikutnya pasti akan ditempuh seksaan-seksaan yang lebih dahsyat. Beliau dengan tenang menjawab:
    “Jika aku tidak bangun untuk qiam pada malam hari, sudah pasti aku tidak mampu untuk bertahan seksaan di siang hari.”

    Moga-moga kita mengambil pengiktibaran untuk memartabatkan qiam antara amalan harian kita. Insya Allah.


    http://dakwah.info/mutiarakisah/?p=23#more-23

    zinniratunnajua

    • *
    • Ilahi..anta maqsudi..redhoKa mathlubi..
      • View Profile
    Reply #3 08 September, 2007, 11:42:51 AM
  • Publish
  • kalau dilihat sewaktu zaman rasulullah SAW dn para sahabat telah diwajibkn selama setahun solat malam..pentingnya qiamulail dalam proses membina aqidah yg mantap.
    Moga kehadiran Ramadhan kali ini dpt kita penuhi dgn ibadat pdNYa dan marilah sama2 kita melatih dn memnbina diri utk melazimkn diri dgn amalan qiamulail ni. Pahala ibadat di bulan Ramdhan digandakn sebyk 70kali ganda. Sama2lah kita merancang amaln ibadat kita sebaiknya dan merebut pahala dan rahmat yg melimpah di bulan Ramadhan ini..insyaALLAH..
    Dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan.(Yaitu) di hari harta dan anak tidak berguna, kecuali orang-orang yang menhadap Allah dengan hati yang bersih (Asy Syuara: 87-89)

    AsRaR

    • *
    • hidup dengAn tArbiyyAh
      • View Profile
    Reply #4 11 November, 2007, 07:33:53 AM
  • Publish
  • byk kelebihan qiamulail ni
    kadang-kadang keadaan sukar untuk dimengertikan, ditafsirkan........

    maka kembara diteruskan...

    Ya Allah....redhailah perjalananku...

    AsRaR

    • *
    • hidup dengAn tArbiyyAh
      • View Profile
    Reply #5 07 February, 2008, 07:24:27 AM
  • Publish
  • lepas ni, sama2lah kte bangun sepertiga malam untuk melakukan Qiamulail....


    halawah

    • *
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #6 07 February, 2008, 10:18:46 AM
  • Publish
  • Ya,samalah kita bangunkan keluarga kita dgn mengerjakan solat Qiyamullail,bg yg berdekatan dgn masjid itu lbh baik memakmurkan rumah Allah dgn mengajak org kampong seberapa yg ikhlas mendirikan.
    Bagi yg jauh dr masjid maka mengajaklah siapa2 yg berdekatan utk mengerjakannya.Jika ia seasrama;maka dgn teman/kawan sebilik dan berikutnya.
    Bagi yg sdh berpasangan dgn pasangannya.
    Sekurangnya diri sendirilah yg mendirikan,jika bersemangat dgn halaqian jk dirumah ada kompt+It buka lah sekadar motivetkan diri,tapi bukan solat berdepan dgn kompt .Yg paling penting niat ikhlas kpd Allah swt.Dan makmurkan agama serta hidupkan Sunnah ummat MUhammad saw."mendirikan "BaldatunThoyyibah Wa Rabbbulghafuuur"Amin.


    *Itupun jk kompt diwaktu mlm  mudah On Line dibuka secara  A LIVE.Tergantung keadaan kesanggupan masing2.

    Wallahu'alam bissawob.
    Wassalam.
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    halawah

    • *
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #7 08 February, 2008, 04:51:55 AM
  • Publish


  • Imam Syahid menghadiri sebuah mu’tamar di Daqhaliah. Selesai sahaja mu’tamar, Imam Syahid bersama dengan Ustaz Umar Tilmisani bergegas ke sebuah bilik berisi dua tempat tidur. Masing-masing dari keduanya pun berbaring di atas tempat pembaringannya.
    Beberapa minit kemudian, Imam Syahid bertanya:
    “Wahai Umar, apakah kau sudah tidur?”
    Ustaz Umar menjawab:
    “Belum.”
    Beberapa saat kemudian, Imam Syahid mengulangi pertanyaan dan dijawab dengan jawapan yang sama.
    Akhirnya, akh umar berkata dalam hati:
    “Jika Ustaz Hassan bertanya lagi kepada saya, akan saya diamkan sahaja.”
    Setelah ditanya berkali-kali, disangka bahawa Ustaz Umar telah tidur.
    Kemudian, Ustaz al Banna keluar terhendap-hendap perlahan dari kamar tidurnya dengan terinjut-injut kakinya. Perlahan-lahan beliau berjalan ke tempat mengambil wudhu’ tanpa alas kaki risau kemungkinan Ustaz Umar terjaga mendengar derap bunyi selipar. Lantas beliau berwudhu’ dan kembali ke bilik. Di ruang yang paling hujung, beliau lalu membentang kain sejadahnya dan mulai melaksanakan solat tahajjud.
    Alhamdulillah tahap niat pertama menggerakkan diri sdh terlaksana krn niat yg suci maka Allah swt penggerak yg Utama....Berwudhu'lah.....

    Quote
    Pada zaman awal sahabat di mana jumlah orang Islam sangat sedikit dan golongan yang terdiri daripada As-Sabiqun Al-Awwalun yang rata-ratanya orang miskin dan lemah, Allah telah mewajibkan qiamullail buat setahun lamanya. Seperti yang dinyatakan dalam Surah Muzzammil, ayat 20:
    “Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahwasanya kamu berdiri (sembahyang) kurang dari dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersama kamu. dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang. Allah mengetahui bahwa kamu sekali-kali tidak dapat menentukan batas-batas waktu-waktu itu, Maka dia memberi keringanan kepadamu, Karena itu Bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran. dia mengetahui bahwa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebagian karunia Allah; dan orang-orang yang lain lagi berperang di jalan Allah, Maka Bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran dan Dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. dan mohonlah ampunan kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
    Selain itu, qiamullail, bukan sahaja membina fizikal yang kuat malah turut membentuk jiwa dan rohani yang teguh.
    Insya Allah ,Janji Allah itu tepati bagi Hamba2nya yg menepati janji...Mestilah yakin Allah swt tiada mungkiri janjinya,Amin.

    Quote
    Sepertimana yang dinyatakan oleh Syed Qutb. Apabila ditanya oleh rakan sebilik dalam penjara mengapa beliau masih lagi sanggup untuk bangun solat malam walau telah seharian suntuk dipukul dan disiksa dengan dahsyat oleh regim zalim. Rakannya menasihatkan supaya berehat sahaja kerana hari-hari berikutnya pasti akan ditempuh seksaan-seksaan yang lebih dahsyat. Beliau dengan tenang menjawab:
    “Jika aku tidak bangun untuk qiam pada malam hari, sudah pasti aku tidak mampu untuk bertahan seksaan di siang hari.”

    Moga-moga kita mengambil pengiktibaran untuk memartabatkan qiam antara amalan harian kita. Insya Allah.


    http://dakwah.info/mutiarakisah/?p=23#more-23[/b]
    Ya Allah Engkau menyaksikan kpd Hamba2mu yg thaat ,maka Engkau Maha Melihat,hanya Engkau sbg Hakim ,maka buktikanlah mertabat yg tlh Engkau tetapkan sbg Pembuktian Keagungan dan KeadilanMu dlm Kerajaan Muka Bumi yg Terbentang Luas seluruh Dunia.Amin.

    Reply #8 05 August, 2009, 12:05:52 AM
  • Publish
  • Salam.... boleh tak sahabat2 yang arif tentang qiamullail ini memberi sedikit info tentang step2 untuk melakukan ibadah ini. Wasallam.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #9 30 November, 2010, 11:44:33 AM
  • Publish
  • Salam.... boleh tak sahabat2 yang arif tentang qiamullail ini memberi sedikit info tentang step2 untuk melakukan ibadah ini. Wasallam.
    PANDUAN QIAMULLAIL

    Dipetik dan disusun oleh :
    Haji Yaakub b. Hj. Hasan

    Dikeluarkan oleh :
    Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #10 30 November, 2010, 12:24:04 PM
  • Publish
  • PANDUAN QIAMULLAIL

    Firman Allah Taala :

     

    اُدْعُوْا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً

    (الأعراف : 55)

    Maksudnya : Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut

    Firman Allah Taala : 

    وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

     (الإسراء : 79)

    Maksudnya : Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

    MUQADDIMAH QIAMULLAIL

    1. Galakan


    Berbuat amal ibadat di tengah malam, dengan mengerjakan sembahyang sunat Tahajjud, Witir, serta lain-lain amalan seperti membaca Al-Quran , berzikir , beristighfar, berdoa dan sebagainya adalah merupakan Qiamullail, yang sangat-sangat digalakkan dalam Islam.

    Di dalam Al-Quran Al-Karim terdapat firman Allah SWT yang bermaksud : Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (Maksud ayat 79 Al-Isra')

    Suruhan dalam ayat yang tersebut ini, walaupun ditujukan dengan khusus untuk Rasulullah SAW, tetapi orang-orang Islam itu disuruh mengikut baginda, maka adalah suruhan Allah Taala itu merupakan suruhan juga terhadap orang-orang Islam Amnya

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #11 30 November, 2010, 12:26:05 PM
  • Publish
  • 2. Kelebihannya.

    Allah SWT. menyatakan di dalam Al-Quran Al-Karim bahawa orang-orang yang sentiasa bertaqwa dan mengerjakan "Qiamullail" dengan beramal ibadat dan memohon keampunan dari Allah itu adalah orang-orang yang muhsinin, iaitu orang-orang yang berbuat kebajikan yang berhak mendapat balasan yang baik, rahmat Allah dan Syurga. Firman Allah di dalam Al-Quran :

    إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ , ءَاخِذِينَ مَا ءَاتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ , كَانُوا قَلِيلاً مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ , وَبِاْلأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ ,

    (الذاريات : 15-18)


    Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).

    Allah SWT. memuji-muji dan merakamkan sebutan baik terhadap orang-orang yang tersebut itu serta mengkategorikan mereka ke dalam jumlah hamba-hambaNya yang "Abrar"- orang-orang yang bernakti dengan mengerjakan taat dan amal kebajikan. Orang-orang Abrar ini tempatnya di dalam Syurga yang penuh dengan berbagai-bagai nikmat. Firman Allah Taala :

    وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى اْلأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلاَمًا , وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَقِيَامًا ,

    (الفرقان :63-64)


    Maksudnya : Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,

    Orang-orang yang melalui malam hari dengan bersahur dan berdiri untuk Tuhan mereka itu maksudnya ialah orang-orang yang sembahyang tahajjud di malam hari semata-mata kerana Allah Taala.

    Dan di samping itu Allah SWT juga bersaksi dan mengakui bahawa mereka itu ialah orang-orang yang beriman. Firman Allah Taala :

    إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ , تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ ,

    (السجدة : 15-16)


    Maksudnya : Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.

    Itulah sebahagian dari ayat-ayat Quran yang menunjukan kelebihan Qiamullail-beribadat di tengah malam. Manakala di dalam hadis Rasulullah SAW. pula di antaranya ialah sebagaimana berikut :

    Berkata Abdullah bin Muslim : Pada permulaan Rasulullah SAW. ke Madinah, berkejaranlah orang ramai mengunjungi kepada baginda, dan aku adalah serorang dari mereka yang mengunjunginya, maka manakal aku memerhatikan mukanya dan aku telah mengenalnya, mengetahuilah aku bahawa wajahnya bukanlah wajah manusia jenis pendusta . Kata Abdullah selanjutnya : Apa yang mula-mula sekali aku dengar percakapannya ialah sabdanya : "Wahai manusia ! Kamu tebarkanlah salam, berjamulah makanan, hubungilah silaturrahim, dan kerjakanlah sembahyang waktu malam di kala manusia sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat".(Hadis Riwayat Tirmizi)

    Berkata Salman Al-Farisi : Rasulullah SAW. telah bersabda – Maksudnya :

    "Hendaklah kamu mengerjakan Qiamullai, kerana iaitu ibadar kelaziman orang-orang soleh sebelum kamu dan juga menghampirkan kamu kepada Tuhan kamu, yang mengkafaratkan bagi kesalahan-kesalahan, mencegah dari berbuat dusta dan membuang penyakit dari tubuh badan".

    Dan berkata Suhal b. Saad : Telah datang Jibril kepada Rasulullah SAW, lalu berkata :

    Hai Muhammad ! Hiduplah atas apa cara yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan mati, kerjakanlah apa yang tuan hamba mahu kerana dengannya tuan hamba akan dibalas, dan cintailah sesiapa yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan meninggalkannya. Dan ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang mukmin itu ialah Qiamullai dan harga dirinya ialah terkayanya (tidak meminta-minta) dari manusia.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #12 30 November, 2010, 12:35:39 PM
  • Publish
  • 3. Waktunya

    Sembahyang malam itu harus dikerjakan, sama ada pada awal malam, di tengah-tengah malam atau di akhir malam. Ini berdasarkan riwayat Al-Hafiz : Bahawa tahajjud Rasulullah SAW itu tidak ada waktunya yang tetap, malah terpulang kepada apa yang mudah bagi baginda mengerjakannya jua.

    Bagaimanapun , berdasarkan hadis-hadis yang lain, adalah lebih afdhal dilewatkan sembahyang tahajjud itu sehingga kepada salah satu pertiga yang akhir dari malam.

    Diantara hadis-hadis itu ialah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau anada berminat menjadi seorang dari orang-orang yang menzikiri (mengingati) Allah pada saat yang tersebut , maka hendaklah anda lakukan. (At-Tirmizi)

    Dan dari Abi Hurairah (RA) beliau berkata bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

    "Allah Azzawajalla turun pada tiap-tiap malam ke langit dunia ketika tinggal satu pertiga malam yang terakhir , maka ia berfirman : " Sesiapa yang akan berdoa kepada aku akan aku perkenankan. Sesiapa yang meminta ampun kepada aku akan aku ampuninya". (Al-Bukhari)

    Maksud hadis ini : Bahawasanya pintu rahmat Allah itu terbuka pada malam hari seluas-luasnya, khususnya pada akhir-akhir malam. Segala permohonan diterima pada ketika itu.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #13 30 November, 2010, 12:37:28 PM
  • Publish
  • 4. Bilangan rakaatnya

    Sembahyang malam itu tidak ada baginya bilangan rakaat yang khusus, dan tidak pula ada had sempadan jumlahnya yang tertentu. Oleh itu, maka boleh berhasil maksud Qiamullai pada minimumnya, yakni pada jumlah yang paling tidaknya, dengan mengerjakan hanya satu rakaat witir selepas mengerjakan sembahyang Fardhu Isyak.

    Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA katanya : Rasulullah SAW telah menyuruh kami mengerjakan sembahyang malam dan baginda menggalakkannya sehingga ia bersabda : "Hendaklah kamu mengerjakan sembahyang malam itu walaupun satu rakaat". (Al-Tibrani)

    Bagaimanapun , yang terlebih afdhalnya ialah selalu mengerjakan sebelas rakaat, iaitu boleh dibuat pilihan samada hendak dikerjakan sebanyak yang tersebut itu terus menerus sekaligus atau menceraikannya dengan mengerjakannya berdeket-deket beberapa rakaat dahulu dan kemudiannya beberapa rakaat lagi.

    Aisyah RA berkata : Tidak pernah Rasulullah SAW (bersembahyang) lebih – samada pada bulan Ramadhan atau bulan lainnya- daripada sebelas rakaat. (Mula-mulanya) baginda sembahyang empat rakaat tetapi jangan ditanya tentang elok dan panjangnya rakaat-rakat sembahyang itu, kemudian baginda sembahyang empat rakaat lagi. Itu pun jangan ditanya tentang elok dan panjangnya rakaat-rakaat sembahyang itu. Kemudiannya baginda sembahyang pula tiga rakaat. Lalu (kata Aisyah), aku bertanya : "Ya Rasulullah,  adakah tuan hamba tidur sebelum daripada tuan hamba sembahyang witir ?" Jawab Rasulullah : "Hai,  Aisyah bahawa mataku tidur kedua-duanya tetapi hatiku tidak tidur." (Bukhari dan Muslim)

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #14 30 November, 2010, 12:38:55 PM
  • Publish
  • 5. Tahajjud, Sunat Muakkadah

    Tahajjud ialah nama bagi sembahyang-sembahyang sunat tambahan (nawafil) yang dikerjakan selepas bangkit daripada tidur di tengah Malam. Segala sembahyang yang dikerjakan sebagai kumpulan witir itu adalah tahajjud.

    Mengerjakan tahajjud di tengah malam hukumnya adalah sunat muakkadah, yakni sunat yang sangat-sangat digalakkan supaya dikerjakan. Dikatakan yang terutama sekali diantara sembahyang-sembahyang itu, selain daripada sembahyang Fardhu, ialah sembahyang di tengah malam.

    Ada tersebut dalam hadis Muslim : Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW : Sembahyang apakah yang terafdhal selain dari sembahyang fardhu? Jawab baginda : "Sembahyang Malam".

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #15 30 November, 2010, 12:43:28 PM
  • Publish
  • 6. Qadha' Tahajjud

    Orang yang biasa menrejakan sembahyang malam, kalau suatu kali ia luput dari mengerjakannya kerana uzur atau sakit atau lainnya, maka bolehlah ia kerjakan gantinya pada siang hari sebanyak dua belas rakaat sebagai Qadha' tahajjud.

    Ini bersumberkan kepada hadis Muslim, daripada Aisyah RA yang menyatakan : Adalah Rasulullah SAW, apabila baginda luput sembahyang malam dengan sebab sakit atau lainnya, maka baginda sembahyang pada siang hari dua belas rakaat.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #16 30 November, 2010, 12:44:18 PM
  • Publish
  • 7. Berniat Ketika Hendak Tidur

    Orang yang berazam hendak bangkit di tengah malam kerana hendak Qiamullail, maka disunatkan ketika hendak tidurnya ia berniat : Bahawa ia hendak bangkit malam nanti kerana hendak mengerjakan ibdat Qiamullail.

    Tujuannya berbaut demikian ialah semoga ia mendapat pahala bagi apa yang telah diniatkannya itu sekiranya ia tidak  bangkit kerana benar-benar tidak terjaga dari tidurnya.

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

    "Barangsiapa tiba di hamparan tempat tidur serta ia berniat hendak bangkit mengerjakan sembahyang malam tetapi dia dikalahkan oleh matanya- Yakni terus tertidur-sehingga waktu subuh, maka dituliskan baginya (pahala) apa yang ia niatkan, dan tidurnya itu pula merupakan sedekah kepadanya daripada Tuhannya". (An-Nasai dan Ibnu Majah)

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #17 30 November, 2010, 12:45:29 PM
  • Publish
  • 8. Kejutan Famili (keluarga)

    Seorang suami yang bangkit mengerjakan Qiamullail di tengah malam adalah disunatkan baginya mengejutkan isterinya supaya bangkit beribadat sama. Jika isterinya itu enggan, malah terus tidur, maka bolehlah suami mencari jalan menurut budi bicara yang baik suapaya isterinya itu bangkit, hingga walaupun dengan merenjis air ke muka isterinya itu. Dan demikianlah juga sebaliknya-yakni isteri boleh melakukan perkara yang sama terhadap suaminya.

    Rasulullah SAW telah bersabda :

    "Allah merahmati seorang suami yang bangkit dari sebahagian malam lalu ia sembahyang dan mengejutkan isterinya. Kalau isterinya itu enggan, ia merenjiskan air ke mukanya. Juga Allah merahmati seorang isteri yang bangkit pada sebahagian malamnya lalu ia sembahyang dan mengejutkan suaminya. Jikalau suaminya enggan maka ia merenjiskan air ke mukanya". (Hadis Abu Daud)

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #18 30 November, 2010, 12:46:36 PM
  • Publish
  • 9. Beribadat sekadar Minat

    Mengerjakan amal ibadat malam hari atau Qiamullail itu tidaklah merupakan satu kemestian, dengan keterlaluan sangat, sampai menjadi keberatan kepada diri atau mengganggu kesihatan atau menjejaskan tenaga bekerja mencari nafkah yang halal pada siang hari, kerana yang demikian itu bukanlah cara yang diingini. Malah buatlah sekadar minat dan termampu jua, tetapi biarlah berkekalan tanpa meninggalkannya kecuali dalam kecemasa atau jika ada apa-apa halangan yang tak dapat dielakkan.

    Berkata Anas RA : Pada suatu masa Rasulullah SAW masuk ke dalam Masjid dan mendapati ada seutas tali tegang di antara dua batang tiang di situ. Lalu baginda bertanya : Tali apa ini ? Jawab para sahabat : Untuk Zainab bersembahyang, apabila beliau malas atau pun penat ia berpaut pada tali itu. Lalu Rasulullah SAW bersabda pula : Robaklah dia ! Hendaknya seseorang dari kamu itu bersembahyang sekadar cergasnya jua. Apabila tidak berminat atau penat maka hendaklah ia tidur ! (Muttafaq 'Alaih)

    Orang bertanya Rasulullah SAW : Apakah satu amalan yang lebih disukai Allah Taalah ? Baginda menjawab : "Yang berkekalan walaupun sedikit". (Bukhari dan Muslim)

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #19 30 November, 2010, 12:49:35 PM
  • Publish
  • ATURCARA MENGERJAKAN QIAMULLAIL

    1. Bangkit Dari Tidur dan Doanya


    Seorang muslim itu sayugialah bangkit dari tidur malamnya pada waktu sahur, iaitu kira-kira sepertiga akhir malamnya dan terus membasuh muka serta bersugi giginya, lalu membaca :

    الحَمْد لِلّهِ الّذِي أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْر , اَلحَمْد لِلّهِ الّذِي رَدَّ عَلَيَّ رُوْحِي وَعَافَانِيْ فِي جَسَدِي وأَذِنَ لِيْ بِذِكْرِهِ , اَلحَمْد لِلّهِ الّذِي خَلَقَ النَّوْمَ وَالْيَقَظَةَ , اَلحَمْد لِلّهِ الّذِي بَعَثَنِيْ سَالِمًا سَوِيًّا ، أَشْهَدُ أَنَّ اللهَ يُحْيِ الْمَوْتَى , وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ ، سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ , وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ , وَاللهُ اَكْبَرُ , وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ , سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَسْتَغْفِرُكَ لِذَنْبِيْ , وَأَسْئَلُكَ رَحْمَتَكَ. رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا وَلاَ تُزِغْ قَلْبِي بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنِي وَهَبْ لِي مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ.

    Maksudnya : Segala puji itu bagi Allah Tuhan yang telah menghidupkan kita setelah ia matikan kita dan kepadanya jua kita dibangkitkan. Segala puji itu bagi Allah Tuhan yang telah mengembalikan rohku dan telah memberi afiat pada tubuh badanku serta mengizinkan aku mengingatinya.

    Segala puji itu bagi Allah Tuhan yang telah menjadikan tidur dan jaga dari tidur, segala puji itu bagi Allah Tuhan yang membangkitkan aku dari tidur dalam keadaan selamat sejahtera. Aku mengaku bahawa Allah itu ialah yang menghidupkan orang yang mati, dan dialah yang berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.

    Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah yang Maha Esa yang taiada sekutu bagiNya, yang empunya pemerintahan dan kepujian, dan dialah yang berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.

    Maha suci Allah, dan segala puji itu bagi Allah, dan tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah, dan Allah itu Maha Besar, dan tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan kuasa Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Penyayang.

    Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar melainkan Engkau jua, Maha Suci Engkau , Ya Allah , Aku pohon keampunanMu bagi dosaku dan aku pohon rahmatMu ya Allah. Ya Allah, Tambahlah ilmu pengetahuan kepadaMu, dan janganlah condongkan hati aku dari kebenaran setelah Engkau kurniakan hidayah padaku, dan kurniakanlah juga kepada aku rahmat dari sisi kemurahanMu, dan bahawasanya Engkaulah sahaja yang sangat banyak memberi.

    divider3
    halaqahforum4