ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU

*

Author Topic: ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU  (Read 44304 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

alhaudhie

  • *
  • Posts: 2095
    • View Profile
08 September, 2007, 04:03:00 AM
  • Publish
  • ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU
     

        1. IKHLAS NIAT – Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara kerana Rasulullah S.A.W pernah  memberi  amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya. Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita mesti terus berusaha ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang mementingkan material menyebabkan kita terlupa bahawa  ilmu yang dipelajari bukan untuk mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam melawan arus kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman. Jadikanlah diri kita sebagaimana padi yang mana semakin semakin berisi semakin tunduk ke bumi kerana rendah diri. Jangan jadi sebagaimana lalang yang tinggi semakin mendongak ke langit kerana sombong. Ingatlah bahawa orang yang benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat terpuji termasuk merendah diri. Maksud firman Allah dalam ayat 235 surah al-Baqarah :.........Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orang yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas.   

        2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL -  Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran tanpa menurut keadaan dan  masa dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan buku pengajian. Ini dapat  diatasi dengan membaca nota atau buku-buku yang kecil dan ringan atau mendengar kaset ceramah agama  yang berbahasa Melayu dan sebaiknya berbahasa Arab.Perkara ini mampu melembut hati kita kerana sesiapa yang menjauhi nasihat ataupun tazkirah diri ditakuti Allah akan mengeraskan hatinya sebagaimana firman Allah dalam ayat 5 surah as-Sof yang bermaksud : Dan ingatlah ketika mana nabi Musa berkata kepada kaumnya :"Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakitiku sedangkan kamu mengetahui bahawa aku ini adalah utusan Allah kepadamu?". Maka tatkala mereka buat endah tak endah sahaja lalu Allah memalingkan hati mereka dan Allah tidak memberi petunjuk kerpada kaum yang fasik. Ayat ini walaupun menceritakan umat nabi Musa tetapi peringatannya terus kekal hingga sekarang untuk kita sama-sama ambil iktibar dan pengajaran daripadanya.   Kita juga hendaklah mewujudkan suasana sekeliling terutama di rumah dengan budaya ilmu bukannya budaya yang dipenuhi dengan cara mewah dan kesenangan serta hiburan yang boleh menghilangkan perasaan semangat untuk menambah ilmu dan pengetahuan.Kita hendaklah mencontohi ulama'-ulama' silam yang mana mereka belajar dalam keadaan susah tetapi tekun yang mana mereka sentiasa berada dalam suasana belajar bukannya mewah dan penuh kesenangan yang menyebabkan hilangnya perasaan bersungguh untuk belajar.Disamping itu kita mestilah bertawakkal kepada Allah agar kejayaan diimpikan akan menjadi milik kita.Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun, yakin, tidak mudah putus asa dan menyerah natijah ataupun keputusan kepada Allah sepenuh hati.

        3.  MENJAUHI MAKSIAT – Kita mestilah menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahi munkar dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada. Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa. Cubalah sedaya yang   mungkin di dalam menghindari kehendak nafsu kita dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya.Jangan sekali-kali kita membuka jalan kepada maksiat untuk bertapak di hati kita. Jangan terlalu mengambil mudah dan endah tak endah sahaja terhadap perkara maksiat ini yang mana ia boleh menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar lagi. Di zaman sekarang ramai orang memandang maksiat yang kecil seperti maksiat mata, mulut, telinga, tangan(internet ataupun tulisan) serta pergaulan antara lelaki dan perempuan yang halal berkahwin hanya suatu perkara yang biasa dan dirasakan ia bukannnya maksiat dan mereka hanya menganggap hanya dosa besar seperti berzina, mencuri, memukul orang dan lain-lain lagi sahaja sebagai maksiat. Dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan menjadi dosa besar. 

        4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH - Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam rumah kita sendiri samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau melalui perbincangan yang tidak rasmi setiap hari.Loqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya. Disamping itu apabila kita sentiasa bersama orang soleh akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya kesilapan dan kesalahan. Ini kan mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan lagi semangat kita dalam belajar. Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi mereka yang tidak soleh sebaliknya kita diminta berdakwah kepada mereka setakat kemampuan yang ada dan jangan pula kita yang terpengaruh dengan cara hidup mereka. Ingatlah firman Allah dalam surah Al-Zukhruf ayat 67 yang bermaksud :Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertaqwa. Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi dan Abu Daud : Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman. 

        5.  BANYAKKAN ZIKRULLAH – Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana ulama’ sufi begitu menitik beratkan perkara wirid ini  kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh mendatangkan perasaan ingin memusabahkan diri dengan amalan seharian. Tanpa wirid yang ma’thur selepas solat boleh menyebabkan perasaan  zikrullah agak berkurangan dan ia boleh mendatangkan perasaan memudahkan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Rabbul ‘Izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa diri kita ke arah mengabaikan solat. Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai  setiap hari kerana ia merupakan ibu segala ubat. Hidupkan amalan-amalan sunat dalam setiap gerak kerja  kita seharian kerana hidup yang sentiasa dihiasi dengannya akan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah dan makhluk-Nya.

        6. MENJAGA KEHORMATAN- Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain. Tutup segala ke'aiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada keredhaan Allah dan manusia lain kepada diri kita.Hanya orang yang mana kehidupannya dicucuri dengan keredhaan dan rahmat Allah sahaja yang  mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian. Manakala mereka yang jauh daripada  rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan perkara yang kurang baik dan derita. Jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain kerana doa orang yang dizalimi adalah lebih bahaya daripada panah malam.Firman Allah dalam ayat 12 surah Al-Hujurat yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan perasaan prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah pula sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah salah seorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?. Maka sudah tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.     

        7.  DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA- Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa kita dan menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam. Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Kita juga hendaklah sentiasa meminta agar mereka meredhai kita dan mendoakan kejayaan kita. Ingatlah bahawa keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibubapa terhadap kita. Firman Allah dalam ayat 23 hingga 24 surah al-Isra' yang bermaksud : Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya ataupun kedua-duanya telah lanjut usia mereka dalam jagaan kamu, maka jangan sekali-kali kamu mengherdik kepada keduanya dengan perkataan "uf" dan janganlah kamu menghertak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucaplah : " Wahai Tuhanku! kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikku semasa kecil".

        8. MENGHORMATI GURU- Kita juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. Kita mesti patuh kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza. Kita pernah mendengar bagaimana imam As-Syafi'e walaupun berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab'adh(kena sujud sahwi jika tidak melakukannya) tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya imam Malik kerana menghormati gurunya. Bagaimana dengan kita? Sesungguhnya ulama' silam begitu menitik beratkan masalah keberkatan ilmu, sedangkan kita hari ini tidak lagi mengendahkan perkara ini. Ini menyebabkan timbulnya pelbagai masalah terutama keruntuhan akhlak di kalangan remaja.Guru janganlah dianggap sebagai guru di sekolah, universiti atau di tempat pengajian sahaja tetapi kita mestilah menganggap bahawa dia pengajar dan secara langsung sebagai pendidik yang mesti dihormati walaupun di mana berada.Cubalah kita fikir dan renungi bersama tentang dua keadaan berbeza antara pelajar dulu dan sekarang mengenai pandangan dan penghormatan mereka terhadap guru. Tanpa ada keserasian dan kasih sayang yang wujud antara guru dan pelajar tidak memungkinkan berlakunya ketenteraman dalam kehidupan seharian.Oleh itu marilah kita sama-sama membina kembali keutuhan dan mahabbah antara guru dan pelajar agar ia mampu menyinarkan kembali suasana harmoni serta menghindari perkara negatif dalam kehidupan. 

        9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI - Kita mengamalkan segala ilmu yang dipelajari setakat mana yang termampu oleh kita. Ulama' silam sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala. Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke kancah maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan serangan musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat. Jangan jadikan ia sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara. Berapa ramaikah yang telah dihinakan oleh Allah kerana melacurkan  ilmu semata-mata untuk mengaut kemewahan dunia.Inilah merupakan antara sebab atau punca yang menyebabkan umat Islam terus mundur.Berapa ramaikah mereka yang belajar tentang al-Quran dan Hadis tetapi mereka dilaknat oleh keduanya kerana tidak merealisasikan segala apa yang dipelajari.Oleh itu kita mestilah beringat dan berhati-hati mengenai perkara ini demi kebahagian kita di dunia yang sementara dan akhirat yang kekal selamanya. Begitu mudah untuk memberi nasihat dan tazkirah tetapi begitu sukar untuk mengota dan merealisasikannya dalam kehidupan. Tanpa usaha yang bersungguh- sungguh, kita tidak mampu melaksanakannya.Samalah kita sama-sama menghayati firman Allah dalam ayat 2 hingga 3 surah as-Sof yang bermaksud :Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak kotakan? Amat besar kebencian Allah di sisi Allah bahawa  kamu mengatakan apa yang tidak kamu kotakan.   


    http://members.tripod.com/~DarulUlum/PF2
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    halawah

    • *
    • Posts: 2606
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #1 08 September, 2007, 11:36:05 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum wr.wb.
    Syukur atas nikmat Ilmu Yang Allah berikan diatas ini;
    Ngidam akannya mudah2an terkenan
    Cintain padanya semoga dapat keberkatan
    Hayati amalan yang berkesan agar melahirkan kesolehan
    Bahagia didunia dan Akhirat....Insya AllahuRabbuljalilullah.

    Terutama sekali tepat pada;
    1).......Tanpa ada keserasian dan kasih sayang yang wujud antara guru dan pelajar tidak memungkinkan berlakunya ketenteraman dalam kehidupan seharian.Oleh itu marilah kita sama-sama membina kembali keutuhan dan mahabbah antara guru dan pelajar agar ia mampu menyinarkan kembali suasana harmoni serta menghindari perkara negatif dalam kehidupan......... 

    .......Ulama' silam sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala. Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke kancah maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan serangan musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat. Jangan jadikan ia sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara.... ........

    2)DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA- ......Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucaplah : " Wahai Tuhanku! kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikku semasa kecil".

    3).......Maksud firman Allah dalam ayat 235 surah al-Baqarah :
    ".........Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orang yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas.....

    4)......Kita hendaklah mencontohi ulama'-ulama' silam yang mana mereka belajar dalam keadaan susah tetapi tekun yang mana mereka sentiasa berada dalam suasana belajar bukannya mewah dan penuh kesenangan yang menyebabkan hilangnya perasaan bersungguh untuk belajar.Disamping itu kita mestilah bertawakkal kepada Allah agar kejayaan diimpikan akan menjadi milik kita.Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun, yakin, tidak mudah putus asa dan menyerah natijah ataupun keputusan kepada Allah sepenuh hati.

    5)MENJAGA KEHORMATAN- Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain. Tutup segala ke'aiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada keredhaan Allah dan manusia lain kepada diri kita.Hanya orang yang mana kehidupannya dicucuri dengan keredhaan dan rahmat Allah sahaja yang  mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian. Manakala mereka yang jauh daripada  rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan perkara yang kurang baik dan derita.......

    4) MEMILIH TEMAN YANG SOLEH - Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam rumah kita sendiri samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau melalui perbincangan yang tidak rasmi setiap hari.Loqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya. Disamping itu apabila kita sentiasa bersama orang soleh akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya kesilapan dan kesalahan. Ini kan mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan lagi semangat kita dalam belajar. Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi mereka yang tidak soleh sebaliknya kita diminta berdakwah kepada mereka setakat kemampuan yang ada dan jangan pula kita yang terpengaruh dengan cara hidup mereka. Ingatlah firman Allah dalam surah Al-Zukhruf ayat 67 yang bermaksud :Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertaqwa. Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi dan Abu Daud : Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman. 

    5)MENJAUHI MAKSIAT – Kita mestilah menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahi munkar dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada. Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa.

    Subhanallah yang menjadikan bilangan ilmunya yang luas seluas air lautan yang tak bertepi....
    Alhamdulillah tidak mencukupi ucapan dan amalan yang dilakukan untuk mengucapkan rasa kesyukuran hatta setinggi langit menjulang dan sedalam perut bumi yang tak tergali isi-perutnya yang terisi kekayaan.

    Lailahaillah...Masya Allah masih hati terkunci untuk menyadari Keagongan dan Kebesaran IlahiRabbi...

    AllahuAkbar...susah untuk diakui lantaran jiwa yang kontang dan hati yang lara,karat dek kesusahan dibeban oleh urusan dunia dan penuh Keinginan Hawanafsu yang rakus serakah....

    Astaghfirullahal'Azim 100X....Itulah Medik yang diajar supaya beroperasi di Bulan Ramadhan Klinik secara percuma hanya kembalikan diri kita semua pada yang Maha Kuasa dan Esa tidak boleh dapat kita membalas Jasa-Jasa.

     Wassalam.Penutup sementara selama hayat dikandong badan tiada lekang dek hujan dan tak lapok dek panas,dengan izin Allah juga umat Muhammad diketemukan dengan dipasak ukhuwah Islamiah sebagai Pencatuman.

    Yang benar dari Allah,
    yang silap dan terkasar dari Hamba yang Dhoif,
    Ampun Maaf dipinta,
    Kullu 'Amin waantum Bikhairin.
    Amin YaRabbal Alamin.

    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    halawah

    • *
    • Posts: 2606
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #2 30 December, 2007, 08:41:35 AM
  • Publish
  • ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU
        1. IKHLAS NIAT – Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara kerana Rasulullah S.A.W pernah  memberi  amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya. Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita mesti terus berusaha ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang mementingkan material menyebabkan kita terlupa bahawa  ilmu yang dipelajari bukan untuk mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam melawan arus kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman. Jadikanlah diri kita sebagaimana padi yang mana semakin semakin berisi semakin tunduk ke bumi kerana rendah diri. Jangan jadi sebagaimana lalang yang tinggi semakin mendongak ke langit kerana sombong. Ingatlah bahawa orang yang benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat terpuji termasuk merendah diri. Maksud firman Allah dalam ayat 235 surah al-Baqarah :.........Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orang yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas.  
    http://members.tripod.com/~DarulUlum/PF2

     Assalamualaikum wr.wb.
    Anjuran pertama sekali mestilah berdasar niat yg Ikhlas yang menyampaikan dan yg menerima/membaca ilmu juga perlu merasa ikhlas untuk ;

    1)Iqra' (Baca)maka bacalah;
    Sebagaimana ustaz sampaikan artikle diatas ini,

    2)marilah sama2 kita fahamkan dan
    apa anjurannya Allah swt melalui konteks ilmu tsb.

    3)Redho menerima dan diberi ilmu seadanya

    4)Kewawajiban muhasabah/koreksi diri

    5)Berkesadaran untuk merubah dari sifat2 yg kotor kepada sifat2 mahmudah (terpuji)dicintai oleh Allah swt.(amalkan)

    6)Apa yang perlu disampaikan....apa hasil ikhlas tu sendiri (inilah buahnya)...

    Buah yg saya dpt dr ilmu diatas;Bila saya muhasabah diri saya;
    setelah saya membaca dan merenungkan petikan ikhlas dalam berilmu ini,saya merasa betapa kerdil dan kurang/dangkalnya akal dan usaha saya dalam menilai dan meneliti nikmat (kesenngan )Allah swt yg diberikan kpd saya,iaitu;
    untuk memiliki,menyampaikan ilmu dan memperuntukkan masa untuk diri sendiri pun tak mampu,kerana antara ilmu dan kewajiban tu bersaingan,serentak dalam satu waktu yg diperuntukan.
    Astagfirullahl'Aziim...

    Padahal bukan payah sangat duduk mendengar/meneliti dan memahami saja lantaran saya tak mampu meluangkan waktu,macam pagi ini ;
    (1)dimasjid ada ceramah ilmiah
    (3)namun tugas dirumah dan
    (3)sekejap lagi ada kewajiban diluar sama persaingan sewaktu dgnnya,
    maka tiga2 perkara ini penting/mesti /wajib,tapi ygmana satukah yg wajib atas yg berwajib utk berkewajiban sebaiknya.

    Maka disinilah letaknya dimana dan kemanakah Ikhlas kita terhdp Allah Yang Maha Esa.
    Marilah sama2 kita renungkan dan fikirkan untuk hidup kita sehari ini wahai  saudara2ku seagama walaupun tak serumpun makan,namun kewajiban yg diperintahkan tetap tiada beza.

    Masya Allah. Lahaula walaquwwataillabillahil'aliyil'aziim

    Wassalam.
    « Last Edit: 30 December, 2007, 08:45:02 AM by halawah »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #3 01 August, 2009, 03:11:08 AM
  • Publish

  • Adab-Adab Menuntut Ilmu Agama

    Alhamdulillah, ramai yang bertanya kepada saya apakah adab-adab untuk menuntut ilmu agama. Ini adalah pertanyaan, atau lebih tepat, perkembangan yang baik di kalangan umat Islam. Untuk menjawab persoalan ini, saya menyusun dua risalah yang ringkas, yang pertama menyentuh adab-adab menuntut ilmu manakala yang kedua adalah unsur-unsur yang dapat merosakkan ilmu.

    Adab # 1: Ikhlas dalam menuntut ilmu.

    Sepertimana amalan-amalan yang lain, langkah yang pertama adalah keikhlasan diri. Langkah ini merupakan faktor yang amat penting sehinggakan Rasulullah telah memberi amaran:

    “Sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan kerana mencari Wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada Hari Kiamat.”

    [Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dan ia dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban (Muassasah al-Risalah, Beirut, 1997), hadis no: 78].

    Oleh kerana itu dalam sebuah hadis yang lain, baginda mengingatkan:

    “Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama’, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.”

    [Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dengan para perawi yang dipercayai lagi sahih, demikian terang Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban, hadis no: 77].

    Justeru orang yang ingin memahami agama perlu membetulkan niat dan tujuannya. Hendaklah dia melakukannya kerana:

       1.       Ingin memperbaiki diri dalam mentauhidkan Allah sebagai merealisasikan bahagian pertama syahdah: “La ilaha illallah”.
       2.       Ingin memperbaiki diri dalam mengamalkan sunnah Rasulullah sebagai merealisasikan bahagian kedua
                 syahdah: “Wa anna Muhammad Rasulullah”.
       3.       Ingin memperbaiki keadaan umat Islam sebagai merealisasikan tuntutan amar ma’ruf dan nahi mungkar yang
                 merupakan salah satu tuntutan asas agama.
       4.       Ingin membela agama Islam daripada fitnah musuh-musuhnya seperti para orientalis dan para pencipta bid’ah.

     

    Sesiapa yang memiliki niat dan tujuan yang betul sepertimana di atas, dia tidak sekali-kali akan terkalah dengan pelbagai cubaan dan fitnah yang mungkin dihadapinya dalam rangka memahami agama Islam. Ini kerana:“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”[Maksud surah Muhammad, ayat 7]

    Adab # 2: Positif dan Yakin kepada diri sendiri.

    Sikap yang positif dan keyakinan diri adalah faktor yang penting untuk mencapai sesuatu tujuan. Faktor ini tidak terpisah bagi sesiapa yang ingin memahami agama yang dicintai ini. Bahkan ketahuilah bahawa sesiapa yang berusaha dengan ikhlas untuk tujuan ini, maka Allah akan membimbingnya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

    “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” [al-Ankabut, ayat 69]

    “Pimpinan” Allah boleh wujud dalam pelbagai bentuk, seperti dipertemukan dengan guru yang benar, ditunjuki kepada buku daripada penulis yang jujur, dipersahabatkan dengan orang-orang yang shalih, dibimbing kepada subjek-subjek yang mengikut tertib kepentingannya dan ditanam dalam dirinya akhlak yang mulia apabila berinteraksi dengan ilmu agama. Oleh itu janganlah merasa ragu-ragu atau rendah diri untuk berusaha memahami agama Islam. Yakinilah bahawa Allah akan memimpinnya selagi mana dia ikhlas dan bersungguh-sungguh.

    Adab # 3: Bersiap sedia untuk melakukan pengorbanan.

    Tidak ada jalan pintas (short cut) untuk memahami agama Islam, maka janganlah mengharapkan kefahaman dalam agama secara serta merta atau melalui jalan yang mudah. Sebaliknya hendaklah bersiap sedia untuk melakukan banyak pengorbanan dari sudut tenaga, masa, kewangan dan kehidupan. Proses menuntut ilmu sememangnya memerlukan banyak pengorbanan dan hal ini diketahui oleh Rasulullah. Oleh itu baginda menjanjikan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang melakukan pengorbanan tersebut dengan bersabda, maksudnya:

    “Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu,maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”
    [Riwayat Muslim dalam Shahihnya (penomboran Fu’ad Abd al-Baqi), hadis no: 2699].

    Pengorbanan dari sudut tenaga dan masa adalah berusaha untuk ke kelas-kelas pengajian agama sekalipun kesibukan atau keletihan dengan kuliah di universiti atau kerja di pejabat. Pengorbanan kewangan adalah membelanjakan wang ringgit untuk membeli buku-buku agama yang berkualiti. Ini adalah pengorbanan yang tidak boleh ditinggalkan, dimana setiap yang ingin memahami agama Islam perlu mencintai buku dan berusaha membina koleksi buku-buku agama atau perpustakaan peribadi yang tersendiri.

    Namun di antara semua pengorbanan, yang terbesar adalah pengubahsuaian gaya hidup. Tidur perlu dikurangkan, gizi pemakanan perlu dijaga dan aktiviti harian yang sia-sia perlu dihindari. Sedar atau tidak, terdapat banyak aktiviti harian yang sebenarnya adalah sia-sia seperti mengikuti acara sukan, membaca akhbar harian, menonton televisyen dan berbual kosong. Semua ini hendaklah diubah kepada bersukan demi menjaga kesihatan, menelaah akhbar harian sekadar mencari laporan yang bermanfaat, menghadkan tontonan televisyen kepada dokumentari yang ilmiah dan berbual sekadar menyampaikan nasihat. Pengubahsuaian ini akan membuka banyak masa lapang yang dapat dimanfaatkan untuk memahami agama Islam.

    Adab # 4: Tidak mengenal titik noktah.

    Semua orang yang melazimkan diri berinteraksi dengan ilmu akan mengetahui bahawa ia sentiasa dinamik tanpa mengenal titik noktah. Maka demikianlah juga seharusnya sikap setiap muslimin dan muslimah yang ingin mencari kefahaman agama. Tidak boleh berkata “Saya sudah habis belajar agama” atau “Saya sudah faham Islam”. Sebaliknya hendaklah sentiasa mengkaji dan menganalisa kerana ilmu agama juga adalah sentiasa dinamik. Bak kata pepatah:
     

    “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.”

    Perhatikan doa yang diajar oleh Allah kepada Rasulullah, yang bermaksud:

    Dan berdoalah dengan berkata: “Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku”. [Ta-Ha, ayat 114]

    Perkataan “tambahilah” menunjukkan ilmu itu tidak mengenal batas maksimum, sebaliknya sentiasa dinamik sehingga boleh bertambah dan bertambah.

    Memiliki manhaj yang dinamik dalam rangka memahami agama setidak-tidaknya memiliki kepentingan dari dua sudut:

    Pertama: Pada masa kini terdapat banyak ajaran yang menyeleweng, setiap darinya berselindung di sebalik slogan “Ahli Sunnah Wal Jamaah” agar kelihatan berada di atas jalan yang benar. Seandainya seseorang itu tergelincir dalam salah satu daripada ajaran yang menyeleweng, sikap dinamiknya yang sentiasa mengkaji dan menganalisa akan mengeluarkan dirinya daripada ajaran tersebut kepada ajaran yang benar.

    Kedua: Seseorang yang berusaha memahami agama akan melalui beberapa tahap, daripada tahap kebudak-budakan sehinggalah kepada tahap kedewasaan. Ini kerana dalam rangka melakukan kajian, dia akan menemui banyak perkara baru yang tidak pernah diketahuinya sebelum itu. Penemuan ini akan menjana semangat baru dalam dirinya. Terdapat kemungkinan yang besar semangat tersebut akan mengarah dirinya kepada sikap merasa dirinya amat berilmu (ujub), memandang rendah para ulama’ dan mudah menghukum orang yang tidak sependapat dengannya. Inilah sikap kebudak-budakan yang saya maksudkan.

    Di sini manhaj dinamik amatlah perlu dimana sikap yang sentiasa mengkaji dan menganalisa akan mengalih seseorang itu dari tahap kebudakan-budakan ke tahap kedewasaan. Tahap kedewasaan akan mengarah kepada sikap merendah diri berdasarkan keinsafan bahawa ilmu agama sebenarnya amat luas, sikap menghormati para ‘ulama berdasarkan kesedaran bahawa terdapat banyak faktor lain yang mereka pertimbangkan dan terbuka kepada dialog berdasarkan mata yang celik kepada hakikat berbeza pendapat adalah fitrah manusia.

    Adab # 5: Mengamalkan ilmu.

    Usaha untuk memahami agama Islam bukanlah sekadar class room discussion, akan tetapi ia adalah untuk diamalkan. Ilmu tanpa amalan adalah sesuatu yang dibenci oleh Allah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

    “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” [al-Saff, ayat 2-3]

    Malah ia adalah faktor yang boleh menyebabkan hati menjadi keras sehingga tidak dapat lagi menerima apa-apa manfaat daripada ilmu. Firman Allah:

    “Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.” [Maksud surah al-Hadid, ayat 16]

    Sebaliknya orang yang mengamalkan ilmunya akan ditambahi oleh Allah dengan ilmu dalam pelbagai bentuk. Orang yang berusaha memahami agama Islam akan meningkat keimanannya dan iman itu sendiri adalah apa yang dibuktikan dengan hati, lidah dan perbuatan. Keimanan seperti ini akan ditambahi oleh Allah dengan hidayah-Nya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

    “……sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah.” [Maksud surah al-Kahf, ayat 13]

    Orang yang mengamalkan ilmu juga bererti mengamalkan hidayah yang Allah kurniakan kepadanya. Dengan itu Allah akan menambah hidayah tersebut sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

    “Dan orang-orang yang menerima hidayah, Allah menambahi mereka dengan hidayah, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa.” [Muhammad, ayat 17] “Dan Allah akan menambahi hidayah petunjuk bagi orang-orang yang menurut jalan petunjuk.” [Maryam, ayat 76]

    Orang yang mengamalkan ilmu juga bererti meningkatkan ketaqwaannya, maka dengan itu Allah akan mengurniakan kepadanya al-Furqan yang membolehkan dia membezakan antara yang benar dan batil. Allah akan juga menambahi Rahmat-Nya dan memberikannya cahaya untuk terus berada di atas jalan yang benar. Perhatikan dua firman Allah berikut yang bermaksud:

    “Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (al-Furqan) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.” [al-Anfal, ayat 29]

    “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada Rasul-Nya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya, dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya, serta diampunkannya dosa kamu; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [al-Hadid, ayat 28]

    Adab # 6: Berhubung dengan orang yang berhubung dengan ilmu.

    Siapa kita berhubung, siapa kita berkawan, memiliki pengaruh yang besar kepada perwatakan diri kita sendiri. Rasulullah pernah mengingatkan, maksudnya:“Sesungguhnya perumpamaan teman yang shalih dan teman yang buruk hanyalah seumpama pembawa minyak wangi dan peniup tungku api seorang tukang besi. Bagi pembawa minyak wangi, boleh jadi sama ada dia memberinya kepada kamu (minyak wangi) atau kamu membeli daripadanya (minyak wangi) atau kamu mendapat bau harum daripadanya. Bagi peniup tungku api seorang tukang besi, boleh jadi sama ada ia akan membakar pakaian kamu (kerana kesan tiupan api) atau kamu mendapat bau yang tidak sedap daripadanya (bau besi).” [Diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2628].


    Oleh itu sesiapa yang berusaha untuk memahami agama Islam hendaklah sentiasa berhubung dengan orang-orang yang perhubungannya sentiasa bersama ilmu. Mereka adalah orang-orang yang perhatiannya sentiasa kepada al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, usahanya sentiasa kepada mengkaji kitab-kitab peninggalan para ulama’ dan pemikirannya sentiasa ke arah memperbaiki keadaan umat Islam dan menjaga kemurnian agama Islam.

    Di antara mereka ialah para alim ulama’ dan guru-guru, maka hendaklah memuliakan mereka, mendengar nasihat mereka dan mengikuti jejak langkah mereka. Seandainya mereka berbuat salah, hendaklah menasihati mereka secara sopan dan tersembunyi, tidak secara kasar dan terbuka kepada orang ramai. Di antara mereka adalah orang-orang yang dalam proses memahami agama Islam, maka hendaklah menjadikan mereka sebagai sahabat karib, selalu meluangkan masa berkongsi ilmu, bertukar-tukar pendapat dan saling menasihati.

    Adab # 7: Berdoa Kepada Allah.

    Setiap usaha perlu diikuti dengan doa dan usaha untuk memahami agama Islam tidak terpisah daripada adab ini. Maka hendaklah berdoa kepada Allah dan sebaik-baik doa adalah apa yang diajar oleh Allah dan Rasul-Nya. Antaranya:

    “Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.” [Maksud surah al-Fatihah, ayat 6-7]

    رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا.

    “Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku”. [Ta-Ha, ayat 114]

    رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا.


    “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.”

    [al-Kahf, ayat 10]

    رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ.

    “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya.”

    [Ali Imran, ayat 8]

    اللَّهُمَّ رَبَّ جَبْرَائِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَإِسْرَافِيلَ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ أَنْتَ


    تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ اهْدِنِي لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنْ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ إِنَّكَ تَهْدِي مَنْ

    تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ.
     

    “Ya Allah, Tuhan Malaikat Jibril, Mikail dan Israfil, Tuhan pencipta langit dan bumi, Tuhan yang Maha Mengetahui semua yang ghaib dan nyata. Engkaulah yang akan menghakimi para hamba-Mu mengenai apa sahaja yang mereka perselisihkan. Dengan izin-Mu berilah aku petunjuk memilih kebenaran dari apa yang mereka perselisihkan. Engkaulah yang memberi petunjuk kepada siapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus.”

    [Shahih Muslim, hadis no: 77].

    Demikian tujuh adab yang dapat saya ringkaskan daripada sekian banyak adab untuk menuntut ilmu. Diharapkan adab-adab di atas bermanfaat untuk setiap orang, termasuk diri saya sendiri. Selain tujuh adab tersebut, setiap orang yang berusaha untuk memahami agama Islam perlu berwaspada kepada unsur-unsur yang boleh merosakkannya. Unsur-unsur tersebut akan saya jelaskan dalam penulisan yang seterusnya insya-Allah.

    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    amrizal2

    • *
    • Posts: 44
    • Mati pada Jalan Allah cita-cita Kami
      • View Profile
    Reply #4 09 November, 2009, 11:12:20 AM
  • Publish
  • ADAB MENUNTUT ILMU
     
    Oleh : Ustadz Abdullah Shaleh Al Hadrami
     
    Mukaddimah:
    Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala, shalawat dan salam semoga selalu tercurah kepada Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam, keluarga, para sahabat dan pengikut setia mereka sampai hari kiamat, Amma ba’du:
    Allah telah menjaga pertahanan kaum muslimin dengan mujahidin (orang-orang yang berjihad) dan menjaga syariat Islam dengan para penuntut ilmu, sebagaimana dalam firman-Nya:

    “Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan diantara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.” (QS. At Taubah:122)

    Pada ayat tersebut, Allah membagi orang-orang yang beriman menjadi dua kelompok, mewajibkan kepada salah satunya berjihad fi sabilillah dan kepada yang lainnya mempelajari ilmu agama. Sehingga tidak berangkat untuk berjihad semuanya karena hal ini menyebabkan rusaknya syariat dan hilangnya ilmu, dan tidak pula menuntut ilmu semuanya sehingga orang-orang kafir akan mengalahkan agama ini. Karena itulah Allah mengangkat derajat kedua kelompok tersebut. (Hilyah al ‘Alim al Mu’allim, Salim al Hilaliy hl:5-6)
    Yang dimaksud dengan ilmu tersebut adalah ilmu syar’i, yaitu ilmu yang Allah turunkan kepada Nabi-Nya Shalallahu ‘Alaihi Wassalam berupa keterangan dan petunjuk. Jadi ilmu yang dipuji dan disanjung adalah ilmu wahyu, ilmu yang Allah turunkan saja. Sebagaimana sabda Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam:
    “Barangsiapa yang Allah menghendaki padanya kebaikan maka Dia akan menjadikannya mengerti masalah agama.” (HR. Bukhari dan Muslim)

    Beliau Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda pula:
    “Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, hanya saja mereka mewariskan ilmu. Maka barangsiapa mengambilnya berarti ia mengambil nasib (bagian) yang banyak.” (HR. Abu Dawud dan At Tirmidzi)
    Sebagaimana telah kita ketahui bahwasanya yang diwariskan oleh para nabi adalah ilmu syariat Allah dan bukan yang lainnya. (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal:11)

    Hukum Menuntut Ilmu Syar’i

    Menuntut ilmu syar’i adalah fardlu kifayah yaitu apabila telah mencukupi (para penuntut ilmu) maka bagi yang lain hukumnya adalah sunnah, namun bisa juga menjadi wajib bagi tiap orang atau fardlu ‘ain yaitu ilmu tentang ibadah atau muamalah yang hendak ia kerjakan. (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal:21)
    Penuntut Ilmu Hendaklah Menghiasi Dirinya Dengan Adab-Adab Sebagai Berikut:

    Pertama: Mengikhlaskan Niat Hanya Karena Allah
    Hendaklah dalam menuntut ilmu niatnya adalah wajah Allah dan kampong akhirat, sebagaimana sabda Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam:
    “Barangsiapa menuntut ilmu-yang mestinya untuk mencari wajah Allah-, tiadalah ia mempelajarinya melainkan hanya untuk mendapatkan bagian dari dunia, pasti ia tidak akan mendapatkan bau surga pada hari kiamat.” (HR. Ahmad dll). Ini adalah ancaman yang keras. (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal :25)
    [/i]

    Apabila ilmu telah kehilangan niat yang ikhlas; berpindahlah ia dari ketaatan yang paling afdhal menjadi penyimpangan yang paling rendah. Diriwayatkan dari Sufyan ats Tsauri rahimahullah berkata: “Tiadalah aku mengobati sesuatu yang lebih berat dari niatku.”
    Dari Umar bin Dzar bahwasanya ia berkata kepada ayahnya: “Wahai ayahku! Mengapa orang-orang menangis apabila ayah menasehati mereka, sedang mereka tidak menangis apabila orang lain yang menasehati mereka?” Ayahnya menjawab:” Wahai puteraku! Tidak sama ratapan seorang ibu yang ditinggal mati anaknya dengan ratapan wanita yang dibayar (untuk meratap). (Hilyah Tholibil ‘Ilmi, Bakr Abu Zaid hal: 9-10)

    Kedua: Memberantas Kebodohan Dirinya dan Orang Lain
    Hendaklah dalam menuntut ilmu berniat untuk memberantas kebodohan dari dirinya dan dari orang lain, karena pada dasarnya manusia itu jahil (bodoh), sebagaimana firman Allah:

    “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.” (QS. An Nahl:78)

    Imam Ahmad rahimahullah berkata:
    “Ilmu itu tiada bandingannya bagi orang yang niatnya benar.” Mereka bertanya: ”Bagaimanakah hal itu?” Beliau menjawab: “Berniat memberantas kebodohan dari dirinya dan dari orang lain.” (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal 26-27)



    Ketiga : Membela Syariat
    Hendaklah dalam menuntut ilmu berniat membela syariat, karena kitab-kitab tidak mungkin bisa membela syariat. Tiadalah yang membela syariat melainkan para pengemban syariat. Disamping itu, bid’ah juga selalu muncul silih berganti yang ada kalanya belum pernah terjadi pada jaman dahulu dan tidak ada dalam kitab-kitab sehingga tidak mungkin membela syariat kecuali para penuntut ilmu. (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal 27-28).
    Alangkah banyaknya kitab dan alangkah banyak pula perbedaan didalamnya! Seorang muslim tidak lagi tahu apa yang harus ia ambil dan apa yang harus ia tinggalkan? Dari mana memulai dan dimana berakhir! (Wasiyyatu Muwaddi’, Husain Al ‘Awayisyah hal :29-30).

    Keempat : Berlapang Dada Dalam Masalah Khilafiyah (Perbedaan Pendapat)
    Hendaklah selalu berlapang dada dalam menyikapi perbedaan pendapat yang bersumber dari ijtihad. Yaitu permasalahan yang memungkinkan seseorang berpendapat dan terbuka kemungkinan untuk berbeda. Adapun siapa saja yang menyelisihi jalan salafush shalih dalam masalah aqidah maka hal ini tidak bisa diterima dan ditolelir. (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal 28-29) . Baca pula untuk masalah ini kitab Perpecahan Umat, karya: Dr Nasir al ‘Aql, penerbit Darul Haq Jakarta.

    Kelima : Mengamalkan Ilmu atau Zakat Ilmu
    Hendaklah para penuntut ilmu mengamalkan ilmunya, baik berupa aqidah, ibadah, akhlak, adab dan muamalah, karena hal ini adalah merupakan hasil dan buah dari ilmu itu. Pengemban ilmu itu seperti pembawa senjata; Bisa berguna dan bisa pula mencelakakan sebagaimana sabda Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam:
    “Al Qur’an itu membelamu atau mencelakakanmu.” (HR. Muslim)
    [/i]

    Membelamu apabila kamu amalkan dan mencelakakanmu apabila tidak kamu amalkan. (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal:32)
    Karena keutamaan ilmu itulah ia semakin bertambah dengan banyaknya nafkah (diamalkan dan diajarkan) dan berkurang apabila kita saying (tidak diamalkan dan diajarkan) serta yang merusaknya adalah al kitman (menyembunyikan ilmu). (Hiyah Tholibil Ilmi, Bakr Abu Zaid hal :72)

    Keenam : Berdakwah Kepada Allah
    Allah berfirman:
    “Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (QS. Ali Imran:104)
    Hendaklah mendakwahkan ilmunya kepada Allah dalam berbagai kesempatan, baik di masjid, di majlis-majlis, di pasar dan diberbagai kesempatan. (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal :37-38).

    Ketujuh : Hikmah
    Hendaklah menghiasi dirinya dengan hikmah. Apabila kita menempuh cara ini pastilah kita mendapatkan kebaikan yang sangat banyak, sebagaimana firman Allah:
    “Dan barangsiapa yang dianugerahi al hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak.” (QS. Al Baqarah:269)
    [/i]

    Al Hakim (orang yang bijaksana) adalah orang yang menempatkan sesuatu pada tempatnya. Allah telah menyebutkan tingkatan-tingkatan dakwah dalam firman-Nya :
    “Serulah (manusia) kejalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.” (QS. An Nahl:125)

    Dan Alla menyebutkan pula tingkatan keempat tentang berdebat dengan ahli kitab dalam firman-Nya:
    “Dan janganlah kamu berdebat dengan ahli kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang dzalim diantara mereka.” (QS. Al ‘Ankabut:46)
    [/i](Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal:37-38)

    Kedelapan : Sabar Dalam Menuntut Ilmu
    Hendaklah sabar dalam menuntut ilmu, tidak terputus (ditengah jalan) dan tidak pula bosan, bahkan terus menerus menuntut ilmu semampunya. Kisah tentang kesabaran slafush shalih dalam menuntut ilmu sangatlah banyak, sebagaimana diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu anhuma bahwa beliau ditanya oleh seseorang: “Dengan apa anda bisa mendapatkan ilmu?” Beliau menjawab: “Dengan lisan yang selalu bertanya dan hati yang selalu memahami serta badan yang tidak pernah bosan.” (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal:40 dan 61)
    Bahkan sebagian dari mereka (salafus shalih) merasakan sakit yang menyebabkannya tidak bisa bangun dikarenakan tertinggal satu hadits saja. Sebagaimana terjadi kepada Syu’bah bin al Hajjaj rahimahullah, ia berkata: “Ketika aku belajar hadits dan tertinggal (satu hadits) maka akupun menjadi sakit.”
    Barangsiapa mengetahui keutamaan ilmu dan merasakan kelezatannya pastilah ia selalu ingin menambah dan mengupayakannya, ia selalu lapar (ilmu) dan tidak pernah keying sebagaimana sabda Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam:
    “ Ada dua kelompok manusia yang selalu lapar dan tidak pernah kenyang: orang yang lapar ilmu tidak pernah keying dan orang yang lapar dunia tidak pernah keying pula.” (HR. Al Hakim dll dengan sanad tsabit) (Hilyah al ‘Alim al Mu’allim, Syaikh Salim al Hialaliy hal 22-23)

    Abu al ‘Aliyah rahimahullah menuturkan:”Kami mendengar riwayat (hadits) dari Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam sedang kami berada di Basrah (Iraq), lalu kamipun tidak puas sehingga kami berangkat ke kota Madinah agar mendengar dari mulut mereka (para perawinya) secara langsung.” (‘Audah ila as Sunnah, Syaikh Ali Hasan al Atsariy hal 44).

    Kesembilan : Menghormati dan Menghargai Ulama
    Hendaklah para penuntut ilmu menghormati dan menghargai para ulama dan berlapang dada dalam menyikapi perbedaan pendapat diantara mereka serta memberi udzur (alasan) kepada para ulama yang menurut keyakinan mereka telah berbuat kesalahan. Ini adalah masalah yang sangat penting, karena sebagian orang sengaja mencari-cari kesalahan orang lain untuk menjatuhkan mereka dimata masyarakat. Ini adalah kesalahan terbesar. (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal 41).
    Hendaklah menghormati majlis (ilmu) dan menampakkan kesenangan terhadap pelajaran serta mengambil faedahnya. Apabila seorang syaikh (guru) melakukan suatu kesalahan atau kekeliruan maka janganlah hal itu membuatnya jatuh dihadapanmu, karena hal ini menjadikanmu tidak lagi mendapatkan ilmunya. Siapasih orang yang tidak pernah berbuat kesalahan.?
    Jangan sekali-kali memancing kemarahannya dengan “Perang urat syaraf”, yaitu menguji kemampuan ilmu dan kesabarannya. Apabila hendak berguru ke orang lain maka mintalah ijin kepadanya, karena hal ini menjadikannya selalu menghormatimu, semakin cinta dan saying kepadamu.” (Hilyah Tholibil ‘Ilmi, Bakr Abu Zaid hal:36).

    Kesepuluh : Memegang Teguh Al Kitab dan As Sunnah
    Wajib bagi para penuntut ilmu untuk mengambil ilmu dari sumbernya yang tidak mungkin seseorang sukses bila tidak memulai darinya, yaitu:
    1. Al-Qur’anul Karim; Wajib bagi para penuntut ilmu untuk berupaya membaca, menghafal, memahami dan mengamalkannya.
    2. As Sunnah As Shahihah; Ini adalah sumber kedua syariat Islam (setelah Al Qur’an) dan penjelas al Qur’an Karim.
    3. Sumber ketiga adalah ucapan para ulama, janganlah anda menyepelekan ucapan para ulama karena mereka lebih mantap ilmunya dari anda.
    (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hl :43,44, dan 45)
     
    Kesebelas : At Tatsabbut dan Ats Tsabat
    Termasuk adab terpenting yang wajib dimiliki oleh penuntut ilmu adalah; At Tatsabbut. Yang dimaksud dengan At Tatsabbut adalah berhati-hati dalam menukil berita dan ketika berbicara.
    Adapun ats tsabat adalah sabar dan tabah untuk tidak bosan dan marah, dan agar tidak mengambil ilmu hanya secuil-secuil saja lalu ia tinggalkan, karena hal ini berdampak negatif dan menyia-nyiakan waktu tanpa faedah. (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hl :50)

    Keduabelas : Berupaya Untuk Memahami Maksud Allah dan Rasul-Nya
    Termasuk adab terpenting pula adalah masalah pemahaman tentang maksud Allah dan juga maksud Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam; Karena banyak orang yang diberi ilmu namun tidak diberi pemahaman. Tidak cukup hanya menghapal al Qur’an dan hadits saja tanpa memahaminya, jadi harus dipahami maksud Allah dan Rasul-Nya Shalallahu ‘Alaihi Wassalam. Alangkah banyaknya penyimpangan yang dilakukan oleh kaum yang berdalil dengan nash-nash yang tidak sesuai dengan maksud Allah dan Rasul-Nya Shalallahu ‘Alaihi Wassalam sehingga timbullah kesesatan karenanya. Kesalahan dalam pemahaman lebih berbahaya dari pada kesalahan dikarenakan kebodohan. Seorang yang jahil (bodoh) apabila melakukan kesalahan dikarenakan kebodohannya ia akan segera menyadarinya dan belajar, adapun seorang yang salah dalam memahami sesuatu ia tidak akan pernah merasa salah dan bahkan selalu merasa benar. (Kitab al ‘Ilmi, Syaikh Utsaimin hal :52)
    Inilah sebagian dari adab yang harus dimiliki oleh para penuntut ilmu agar menjadi suri tauladan yang baik dan mendapatkan kesuksesan di dunia dan di akhirat, amien.
     
    Maraji’:
    Al Qur’anul Karim dan Terjemahannya, hadiah dari kerajaan Saudi Arabia.
    Kitab Al Ilmi, karya Syaikh Muhammad bin Shalih al Utsaimin
    Hilyah Tholibil Ilmi, karya Syaikh Bakr bin Abdillah Abu Zaid
    Hilyatul ‘Alim Al Mu’allim Wa Bulghatu Ath Thalib Al Muta’allim, karya Syaikh Salim bin Ied al Hilaliy
    ‘Audah ‘Ila As Sunnah, karya Syaikh Ali Hasan al Attsariy
    Washiyyatu Muwaddi’, karya Syaikh Husain bin ‘Audah al ‘Awayisyah
     
    Dikutip dari salah satu materi Pengajian Umum “Indahnya Islam” pada tanggal 22-24 Mei 2005 bertempat di Masjid Raden Patah Universitas Barwijaya, Malang Jawa Timur

    Quote
    Sekadar berkongsi untuk diri dan teman2


    Sumber : http://abuzubair.wordpress.com/2007/08/22/adab-menuntut-ilmu/
    « Last Edit: 09 November, 2009, 11:21:57 AM by amrizal2 »
    Islam is the way of Life!

    Neneng

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Reply #5 04 December, 2009, 09:11:32 PM
  • Publish
  •  :)

    Penjabaran teman-teman mengenai adab-adab menuntut ilmu sudah benar, tetapi ana kemukakan nih.. adab-adab menuntut ilmu menurut K.H.Hasyim Asy'ari dalam bukunya "Adab al-‘Alim wa al Muta’allim fi ma Yahtaju ilaih al Muta’allim fi Ahwal Ta’limih wa ma Yatawaqaf ‘alaih al Mu’allim fi Maqamat Ta’limih."
       tanggung jawab dan tugas peserta didik, yaitu:
    a.   etika yang harus dicamkan dalam diri peserta didik
    Untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat, menurut Kiai Hasyim Asy’ari ada sepuluh tuntunan etika yang perlu diperhatikan, misalnya:
    1.   Membersihkan hati dari berbagai gangguan material keduniawian dan hal-hal yang merusak sistem aqidah,
    2.   membersihkan niat, dengan cara meyakini bahwa menutut ilmu itu hanya didedikasikan untuk Allah SWT. semata,
    3.   mempergunakan kesempatan belajar dengan sebaik-baiknya,
    4.   pandai mengatur waktu,
    b.   etika seorang peserta didik terhadap pendidik
    Dalam persoalan etika peserta didik terhadap pendidiknya, menurut beliau paling tidak ada dua belas etika yang perlu dilakukan, misalnya:
    1.   Melakukan perenungan dan meminta petunjuk kepada Allah dalam memilih guru,
    2.   Belajar sungguh-sungguh dengan menemui pendidik secara langsung,
    3.   memperhatikan hal-hal yang menjadi hak pendidik,
    4.   jangan sekali-kali menyela ketika guru belum selesai menjelaskan
    c.   etika peserta didik terhadap pelajaran 
    Dalam hal pelajaran, peserta didik hendaknya memperhatikan etika-etika berikut:
    1.   Mendahulukan ilmu yang bersifat fardhu ‘ain daripada ilmu-ilmu yang lain,
    2.   Harus mempelajari ilmu-ilmu pendukung ilmu fardhu ‘ain,
    3.   berhati-hati dalam menanggapi ikhtilaf para ulama,
    4.   merencanakan cita-cita yang tinggi
       tanggung jawab dan tugas pendidik.
    a.   Etika pendidik terhadap dirinya
    K.H. Hasyim Asy’ari memberi beberapa catatan bagi seorang pendidik agar dirinya tertanam etika-etika sebagai berikut:
    1.   Berusaha sekuat tenaga untuk mendekatkan diri kepada Allah,
    2.   senantiasa takut kepada Allah,
    3.   bersikap tenang,
    4.   tidak memiliki sikap tinggi hati, tetapi tawadhu’,
    b.   Etika pendidik terhadap pelajaran
    Seorang pendidik hendaknya memperhatikan etika-etika yang berkaitan dengan pelajaran, misalnya:
    1.   Ketika mengajarkan ilmu kepada peserta didik hendaknya berniat untuk ibadah,
    2.   menyampaikan hal-hal yang diajarkan oleh Allah,
    3.   membiasakan membaca untuk menambah ilmu pengetahuan,
    4.   dalam mengajar hendaknya mendahului materi yang paling penting dan disesuaikan dengan profesi yang dimiliki,
    c.   Etika pendidik terhadap peserta didik
    Di antara etika pendidik terhadap peserta didiknya, menurut Kiai Asy’ari adalah sebagai berikut:
    1.   Berniat mendidik dan menyebarkan ilmu pengetahuan serta menghidupkan syariat Islam,
    2.   mencintai peserta didik sebagaimana mencintai dirinya sendiri,
    3.   memberi kemudahan dalam mengajar dan menggunakan kata-kata yang mudah dipahami,
    4.   membangkitkan semangat peserta didik dengan jalan memotivasinya,
    d.   Etika pendidik dan peserta didik terhadap buku 
    Sebagai seorang pendidik atau peserta didik yang senantiasa bergelut dengan buku, hendaknya memperhatikan hal-hal berikut:
    1.   Mengusahakan untuk mendapatkan buku-buku yang dibutuhkan,
    2.   mengizinkan bila ada kawan meminjam buku dan bagi peminjam harus menjaga pinjamannya itu,
    3.   jika tulisan itu rusak atau tidak dipakai hendaknya tidak sembarangan membuang tulisan itu, tetapi hendaknya meletakkannya pada tempat yang layak dan terhormat,


    RNLQ

    • *
    • Posts: 282
      • View Profile
    Reply #6 09 July, 2013, 06:50:38 PM
  • Publish

  • Zaman ini..banyak majlis ilmu...macam cendawan tumbuh..lebih-lebih lagi di bandar-bandar besar..
    (cemburu saya aiiih, jasmani tak mampu berkelana ;-) )
    Jadi..mari kita sama-sama refresh kembali bagaimana pula adab-adab majlis pengajian ilmu.. sekadar penambahan daripada input yang telah dikongsikan sebelum ini... Mudahan dengan memperbaiki adab-adabNya, maka Allah mudahkan ilmu masuk ke hati..


    ADAB MAJLIS PENGAJIAN ILMU

    Adab-adab majlis ilmu ini disediakan dengan melihat pada aspek memelihara hukum Islam, menjaga adab sebagai penuntut ilmu, memelihara dan menambah barakah dalam majlis, serta mendisiplinkan diri. Sedikit sebanyak yang dipesan oleh al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll (secara langsung atau tidak langsung) tentang adab-adab:

    ADAB HATI
    •   Memperbetulkan NIAT menuntut ilmu agama ikhlas kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT
    •   Ikhlas untuk mengAMALkan ilmu yang dipelajari.
    •   Bukan untuk menunjuk-nunjuk (riya') dalam mengamalkan ilmu, tetapi berharap supaya dapat menjadi teladan (qudwah) kepada orang lain supaya turut sama-sama beramal dengan ilmu
    •   Datang menuntut ilmu dengan AZAM yang sungguh-sungguh menuntut ilmu (bukan untuk melepaskan bosan, mengisi masa lapang, mengikut kawan, dan sebagainya)


    ADAB TERHADAP GURU
    •   Berbaik sangka terhadap Guru, bukan LANGSUNG untuk membanding-banding ilmu Guru
    •   Tidak berburuk sangka kepada Guru walau sedikit pun, walaupun jika Guru berbuat kesilapan
    •   Sentiasa mendoakan kesejahteraan Guru di dunia dan akhirat setiap masa
    •   Berhati-hati dengan percakapan terhadap Guru
    •   Tidak menyakiti hati Guru


    ADAB SEBELUM MAJLIS PENGAJIAN ILMU
    •   Berwudhu'
    •   Datang memakai pakaian menutup aurat SESEMPURNA MUNGKIN bagi muslimat
    •   Memakai pakaian ibadah yang TERBAIK atau yang PALING DISENANGI Guru bagi muslimin (contoh: berpakaian sunnah, berpakaian putih)
    •   Membersihkan diri sebelum hadir ke majlis
    •   Hadir awal ke majlis.
    •   Seeloknya pelajar-pelajar sudah duduk dalam keadaan bersedia sebelum Guru
    •   Penuhkan tempat di hadapan dahulu.
    •   Tidak berbuat bising, bergelak ketawa
    •   Tidak membawa kerja sampingan lain seperti assignment dan kerja persatuan ke dalam majlis
    •   MEMATIKAN telefon bimbit (elakkan mode silent kerana boleh mengganggu konsentrasi dalam majlis yang penuh barakah)
    •   Mengikuti majlis bacaan Qasidah sebelum majlis (demi mendapat barakah dan syafaat dari Rasulullah SAW)


    ADAB SEMASA MAJLIS PENGAJIAN ILMU
    •   Duduk dengan penuh adab (bersila atau duduk iftirasy)
    •   Jangan meluruskan kaki, lebih-lebih lagi menghalakan kaki ke arah Guru
    •   Sebaiknya hujung bahagian kaki dilindung dari terlihat oleh Guru
    •   Tidak membalas mesej dan menghubungi orang dalam majlis
    •   Tidak makan dan minum
    •   Tidak tidur dalam majlis
    •   Tidak bersembang, berbual dan berbisik
    •   Mendengar dengan penuh tekun dan menumpukan perhatian terhadap segala apa yang disampaikan Guru
    •   Tidak memandang Guru dengan pandangan yang menyindir
    •   Tidak sekali-kali meletak kitab di atas lantai (memegang kitab melebihi dari paras pusat)
    •   Membawa kitab ke majlis (tidak sekadar mendengar kosong)
    •   Tidak mengeluarkan/meninggikan suara di dalam majlis kecuali DIIZINKAN
    •   Tidak meninggalkan majlis ketika sedang berlangsung (kecuali dengan sebab-sebab yang terdesak seperti tidak tahan buang air)
    •   Tidak membatalkan wudhuk dengan sengaja
    •   Muslimin tidak cuba memandang muslimat di belakang, muslimat tidak perlu memandang segala tingkah laku muslimin di hadapan (tumpukan perhatian pada Guru)
    •   Mengajukan soalan kepada Guru dengan memulakan dengan salam (Assalamu'alaikum)


    ADAB SELEPAS MAJLIS PENGAJIAN ILMU
    •   Membaca doa selepas pengajian
    •   TIDAK BANGUN selagi Guru belum beredar
    •   Memberi ruang kepada Guru untuk beredar
    •   Tidak perlu bersalaman dengan Guru (kerana khuathir Guru ada urusan lain yang memerlukan Beliau beredar dengan segera)
    •   Tunggu sehingga majlis bersurai dengan bacaan Tasbih Kafarah dan Surah al-Asr oleh pengerusi majlis
    •   Beredar dari majlis dengan perlahan-lahan, penuh adab dan menjaga batas hukum dan pergaulan antara muslimin dan muslimat




    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #7 09 July, 2013, 06:56:24 PM
  • Publish
  • ada satu lagi yang orang kurang menyebutnya

    iaitu, adab selepas tu

    yakni hendaklah beramal dengan ilmunya
    agar tidaklah termasuk dalam golongan yang tak beradab, hanya berkata tidak pula beramal
    Allah juga tidak suka sikap, orang yang banyak berkata, memperkatakan dengan gaya bijak laksana
    namun tidak pula dirinya beramal mengikut ilmu yang di perolehi itu

    silakan memenuhi adab ini ya
    ikutlah panduan, ikutlah pelajaran, ikutlah petua, daripada guru mu

    inshallah, subhanallah

    zietahassan

    • *
    • Posts: 160
    • mencari kebaikan walau hanya seberat zarah
      • View Profile
    Reply #8 10 July, 2013, 10:02:44 AM
  • Publish
  • Ayat 32 Surat Al-Baqarah:
     
    Mereka menjawab: “Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sungguh Engkaulah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

    Pada hakikatnya tidak ada ilmu yang diketahui manusia, melainkan sekadar apa yang dianugerahkan Allah. Menyedari betapa banyak orang belajar, tetapi tidak mendapatkan pelajaran. Betapa banyak orang yang mencari dan menuntut ilmu, tetapi tidak mendapatkan kefahaman. Kerana itu belajar menuntut ilmu ada adabnya. Agar Allah berkenan mengajarkan, dan menganugerahkan kefahaman.

    Semoga Allah mempermudahkan.. Amin Allahumma Ya Allah.
    Kurniakan kepadaku hati yang mencintaiMU..aku ingin dekat denganMU

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #9 10 July, 2013, 10:35:24 AM
  • Publish
  • Ayat 32 Surat Al-Baqarah:
     
    Mereka menjawab: “Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sungguh Engkaulah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

    Pada hakikatnya tidak ada ilmu yang diketahui manusia, melainkan sekadar apa yang dianugerahkan Allah. Menyedari betapa banyak orang belajar, tetapi tidak mendapatkan pelajaran. Betapa banyak orang yang mencari dan menuntut ilmu, tetapi tidak mendapatkan kefahaman. Kerana itu belajar menuntut ilmu ada adabnya. Agar Allah berkenan mengajarkan, dan menganugerahkan kefahaman.

    Semoga Allah mempermudahkan.. Amin Allahumma Ya Allah.

    pada hakikatnya, jawapanmu ini, adalah untuk mereka yang sering memarahi lecturer, memarahi penceramah, apabila tidak faham

    beradablah

    apabila tidak faham, ingatlah Allah, RABBI zidni 'ilman warzuqni fahman, kemudian ada yang alim ulamak sambungkan watooatiq

    kerana ada yang faham, jenuh Allah berpesan, wahai orang beriman, amalkanlah

    agar mengertilah ya, sucikan diri, itulah adab paling utama
    ingatlah Allah
    ya allah berikan daku ilmu dan kefahaman agar boleh Taat

    inshallah

    kasba

    • *
    • Posts: 240
    • hmmm.....
      • View Profile
    Reply #10 10 July, 2013, 10:45:39 AM
  • Publish
  • Ayat 32 Surat Al-Baqarah:
     
    Mereka menjawab: “Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sungguh Engkaulah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

    Pada hakikatnya tidak ada ilmu yang diketahui manusia, melainkan sekadar apa yang dianugerahkan Allah. Menyedari betapa banyak orang belajar, tetapi tidak mendapatkan pelajaran. Betapa banyak orang yang mencari dan menuntut ilmu, tetapi tidak mendapatkan kefahaman. Kerana itu belajar menuntut ilmu ada adabnya. Agar Allah berkenan mengajarkan, dan menganugerahkan kefahaman.

    Semoga Allah mempermudahkan.. Amin Allahumma Ya Allah.

    pada hakikatnya, jawapanmu ini, adalah untuk mereka yang sering memarahi lecturer, memarahi penceramah, apabila tidak faham

    beradablah

    apabila tidak faham, ingatlah Allah, RABBI zidni 'ilman warzuqni fahman, kemudian ada yang alim ulamak sambungkan watooatiq

    kerana ada yang faham, jenuh Allah berpesan, wahai orang beriman, amalkanlah

    agar mengertilah ya, sucikan diri, itulah adab paling utama
    ingatlah Allah
    ya allah berikan daku ilmu dan kefahaman agar boleh Taat

    inshallah

    Betul tu.
    Macam belajar bawak kereta jugak. Dah belajar, pass exam memandu dan dapat lesen 'P' lagi. Kalau tak amalkan, lama2 memang tak pandai bawak kereta...

    RNLQ

    • *
    • Posts: 282
      • View Profile
    Reply #11 17 July, 2013, 06:44:13 PM
  • Publish
  • ada satu lagi yang orang kurang menyebutnya

    iaitu, adab selepas tu

    yakni hendaklah beramal dengan ilmunya
    agar tidaklah termasuk dalam golongan yang tak beradab, hanya berkata tidak pula beramal
    Allah juga tidak suka sikap, orang yang banyak berkata, memperkatakan dengan gaya bijak laksana
    namun tidak pula dirinya beramal mengikut ilmu yang di perolehi itu

    silakan memenuhi adab ini ya
    ikutlah panduan, ikutlah pelajaran, ikutlah petua, daripada guru mu

    inshallah, subhanallah

    Baik atok... terima kasih beri peringatan...


    apabila tidak faham, ingatlah Allah, RABBI zidni 'ilman warzuqni fahman, kemudian ada yang alim ulamak sambungkan watooatiq
    kerana ada yang faham, jenuh Allah berpesan, wahai orang beriman, amalkanlah
    agar mengertilah ya, sucikan diri, itulah adab paling utama
    ingatlah Allah
    ya allah berikan daku ilmu dan kefahaman agar boleh Taat

    inshallah

    sucikan diri ni..mendalam ni..ada banyak maksud...
    suci hati?...suci zahir?...suci dari syirik? suci..... 
    kaedah menyuci...

    MrPaan

    • *
    • Posts: 13
      • View Profile
    Reply #12 17 July, 2013, 09:51:30 PM
  • Publish
  • good thread baguss sesuai untuk pelajar mcm saya.kalau belajar je tak guna jugak,mesti beramal dengan ilmu and jangan belajar tamak sangat.sebab ada satu imam pernah mnyebut "Semakin banyak ilmuku,semakin banyak kejahilan pada ilmuku" peace

    Fakir Billah

    • *
    • Posts: 922
      • View Profile
    Reply #13 18 July, 2013, 02:54:32 AM
  • Publish
  •              Soalan tergantung tapi bertali arus,

                KENAPA orang yang SUDAH BERILMU tidak dapat BERAMAL?

                Cuba cari jawapannya.  Tak mungkin tak ada jawapan.

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #14 18 July, 2013, 09:17:55 AM
  • Publish
  •              Soalan tergantung tapi bertali arus,

                KENAPA orang yang SUDAH BERILMU tidak dapat BERAMAL?

                Cuba cari jawapannya.  Tak mungkin tak ada jawapan.

    kes kes kes

    ang tak baco lah tu
    tak kelih jawapan dia

    Ummi munaliza dah beri lama dah
    ni wa copy

    Sebaliknya orang yang mengamalkan ilmunya akan ditambahi oleh Allah dengan ilmu dalam pelbagai bentuk. Orang yang berusaha memahami agama Islam akan meningkat keimanannya dan iman itu sendiri adalah apa yang dibuktikan dengan hati, lidah dan perbuatan. Keimanan seperti ini akan ditambahi oleh Allah dengan hidayah-Nya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

    “……sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah.” [Maksud surah al-Kahf, ayat 13]

    Orang yang mengamalkan ilmu juga bererti mengamalkan hidayah yang Allah kurniakan kepadanya. Dengan itu Allah akan menambah hidayah tersebut sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

    “Dan orang-orang yang menerima hidayah, Allah menambahi mereka dengan hidayah, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa.” [Muhammad, ayat 17] “Dan Allah akan menambahi hidayah petunjuk bagi orang-orang yang menurut jalan petunjuk.” [Maryam, ayat 76]

    Orang yang mengamalkan ilmu juga bererti meningkatkan ketaqwaannya, maka dengan itu Allah akan mengurniakan kepadanya al-Furqan yang membolehkan dia membezakan antara yang benar dan batil. Allah akan juga menambahi Rahmat-Nya dan memberikannya cahaya untuk terus berada di atas jalan yang benar. Perhatikan dua firman Allah berikut yang bermaksud:

    “Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (al-Furqan) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.” [al-Anfal, ayat 29]

    “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada Rasul-Nya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya, dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya, serta diampunkannya dosa kamu; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [al-Hadid, ayat 28]



    dah kelih ke tuan, che mintak kat Allahmu, sebab dia lah yang berikan kamu penglihatan

    inshallah naa

    Ana Tholibah

    • *
    • Posts: 1374
      • View Profile
    Reply #15 02 August, 2013, 10:50:13 PM
  • Publish
  • Bila Kamu tak Tahan Lelahnya Belajar, Maka Kamu Akan Menangung Peritnya Kebodohan.
     -Imam Syafie-

    "The spirit of knowledge is action"..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    2 Replies
    2580 Views
    Last post 19 December, 2012, 06:42:46 PM
    by afiQoh
    12 Replies
    5481 Views
    Last post 05 February, 2012, 11:02:37 AM
    by NurFurqan
    6 Replies
    4525 Views
    Last post 30 October, 2012, 04:02:45 PM
    by halawah