Apakah Kita Sedang Menggunakan Air Mutlak untuk Mengangkat Hadas?

*

Author Topic: Apakah Kita Sedang Menggunakan Air Mutlak untuk Mengangkat Hadas?  (Read 15705 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Abg Ngoh

  • *
  • Posts: 1098
    • View Profile
Reply #120 25 January, 2013, 12:11:54 AM
  • Publish
  • Mafhum: " Patutkah ada bagi mereka (kaum Yahudi itu) sesuatu bahagian dari kekuasaan memerintah? (Tidak, bahkan kalau ada) maka sudah tentu mereka tidak akan memberikan sedikitpun kebaikan kepada manusia." (Al-nisa'53)


    TATKALA TERHENTINYA JIHAD, KALAHNYA UMAT ISLAM DALAM PERANG SALIB, BERTEMANNYA ULAMAK KITA DENGAN YAHUDI....

    MAKA TANGGUNGLAH UMAT ISLAM AKAN FITNAHNYA........



    P/s:
    Mafhum:
    Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali". H.R al-Baihaqi

    Mafhum: Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing". H.R. Muslim

    « Last Edit: 25 January, 2013, 12:22:27 AM by Abg Ngoh »

    Abg Ngoh

    • *
    • Posts: 1098
      • View Profile
    Reply #121 25 January, 2013, 10:04:59 AM
  • Publish
  • Mafhum:
    " Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya : “Bilakah akan datang pertolongan Allah ?” . Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat. (al_baqarah: 214)

    Mafhum:
     "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta".  (Al-ankabut: 02-03)

    Fakir Billah

    • *
    • Posts: 916
      • View Profile
    Reply #122 25 January, 2013, 08:52:23 PM
  • Publish
  •        6 perkara menguji iman
    Protokol sebaran ver iman
     Sun, Sea, Sex, Wain, Women, Song.
     
          6 perkara ritual selesa iman
    .Makan, Minum, Berak , kencing kentut, main.

            6 perkara ver iman
    Dengki, Kianat, Tamak, Haloba, Sombong, Sihir.

     
          Kalau boleh Abang Ngoh hurailah terperinci pada dalil Nas dan Hadis.
    Yang dah ada dalam catatan Abang Ngoh saya cuma selami setakat mampu.

    Abg Ngoh

    • *
    • Posts: 1098
      • View Profile
    Reply #123 25 January, 2013, 09:23:37 PM
  • Publish
  • Dalam perkara air Mutlak melibatkan air Klorin ini.

    Sememangnya saya tidak suka menghukum, memaksa atau menuduh sesuatu,
    Namun hanya untuk berkongsi dan berpesan-pesan sesama islam.
    Terpulang kepada Individu masing-masing.

    Kita tahu, kita wajib sampaikan, selepas itu berlepaslah kita.

    Namun Bahawa telah tersurat:

    Sebelum Zaman Al-Mahdi keadaan agama Islam hanyalah tinggal Nama sahaja.
    Islam yang asal, tulin atau sebenar adalah diamalkan secara asing dan terpinggir.
    Kurun ke-15 Hijrah adalah Kurun Fitnah yang Palling Dahsyat.

    Dan telah tersurat atau sememangnya tidak hairan jika:
    Umat Islam akan terus selesa dengan keadaan semasa, bagaikan Ujian itu tidak wujud.
    Bagaikan Fitnah akhir zaman dan fitnah Dajal itu tidak wujud.

    Islam Hanya Tinggal Nama bukan bermakna 3 Billion Umat Islam hari ini akan pupus.
    Islam hanya tinggal nama bukannya masjid hanya menjadi tugu atau Muzium.
    Al-Qoran hanya tinggal ayat, bukan bermakna Al-Qoran itu ditinggalkan Mashafnya oleh Umat Islam.

    Namun kerana,
    Mereka memilih Islam Cara Baru, Namanya juga seolah-olah Islam Namun tidak menepati Sunnah serta Isi Muhkamat Al-Qoran.
    Masjid mereka Besar, Indah serta berhias-hias,  penuh dengan Jemaah serta Majlis Ilmu, Tetapi mereka bukan mencari hidayah, tetapi mentakwil atau mencari jalan baru bagi Islam.

    Al-Qoran Hanya tinggal ayat, kerana mereka memilih agama daripada Takwil atau pegangan Kitab Selain Al-QOran, terutamanya oleh takwil-takwil manusia bergelar Ulamak.

    Ulamak mereka Sejahat-jahat Makhluk bukan kerana mereka berhati Busuk. Tetapi kerana mereka melakukan Bid'ah dan kesilapan yang akan mengakibatkan Umat Islam Majoritinya akan terjebak dalam fitnah yang dihalalkan oleh mereka.


    SEMUANYA MEMPUNYAI PESANAN DARIPADA AL-QORAN DAN SUNNAH.

    Bagi mereka yang mencintai Allah dan Rasul. Mereka akan mencarinya.

    Abg Ngoh

    • *
    • Posts: 1098
      • View Profile
    Reply #124 27 January, 2013, 12:27:42 PM
  • Publish
  • BAB MESIN BASUH

    Apa yang haram?
    nak masukkan sabun dalam poket pun tak salah.
    Nak siram separuh sahaja pun tak salah,
    Nak campur dengan baju lelaki perempuan tak salah.

    Taknak siram pun tak salah....

    Pakain yang tak dibasuh pun tak salah
    nak guna untuk solat pun tak salah....


    tajuk saja bab mesin basuh tapi dalam tu ader dipermulaannnya ustaz shahul hamid menerangkan bab air paip klorin jika banyak bagaimana cara mengatasinya tanpa menghukum air paip bukan air mutlak

    Cara Menggunakan MESIN BASUH YANG BETUL IALAH:


    " Bukannya ia perlu Disiram sebelum dikeringkan"

    Tetapi,

    Setiap pakaian Yang mengandungi Najis perlu dibuang najisnya, kemudian dibilas secara manual.


    Iaitu hanya pakaian yang tidak bernajis sahaja boleh dicuci menggunakan Mesin Basuh.
    Ia bukannya susah atau sukar, hanya perlu buangkan najis, siram, kemudian  masukkan dalam mesin bersama pakaian lain.

    Ini bertujuan supaya pakaian yang tidak bernajis tidak akan terlibat sama dengan Najis dari pakain bernajis (contohnya Lampin Bayi). Iaitu bukan dengan cara mencampurkan kain bernajis ke dalam pakain yang tidak bernajis sehingga semuanya menjadi najis, dicuci bertubi-tubi bersama. kemudian tatkala selesai, perlu disiram sekali lagi. Itu terbalik namanya.

    Iaitu dengan kaedah : BUANG NAJIS SEBELUM DICUCI. BUKANNYA MENCUCI BERSAMA NAJIS, KEMUDIAN DISIRAM.


    HANYA BERKAITAN DENGAN PAKAIAN BERNAJIS SAHAJA.
    Bagi pakaian yang tidak melibatkan NAJIS, maka tiada sebarang masalah bagi kaedah mencuci Pakaian dengan Mesin atau tidak, disiram atau tidak, malah jika mahu dipakai dengan air sabun pun tidak menjadi masalah. Itulah juga keharusan larutan 'softlan' yang digunakan di akhir bilasan. Nak simpan air sabun dalam poket pun tidak mengapa. yang penting, bukan Najis.
    « Last Edit: 27 January, 2013, 12:31:22 PM by Abg Ngoh »

    Abg Ngoh

    • *
    • Posts: 1098
      • View Profile
    Reply #125 27 January, 2013, 03:27:45 PM
  • Publish
  • AIR MUTLAK TIDAK SEMESTINYA AIR YANG BERSIH.
    SUCI TIDAK SEMESTINYA NAMPAK BERSIH.

    SUCI DIDALAM ISLAM ADALAH BERBEZA DENGAN BERSIH.
    MEMBERSIHKAN  BUKAN BERMAKNA MAMPU  MENYUCIKAN.

    Contohnya:
    Seorang yang mandi sepanjang hari dengan menggunakan sabun, syampu dan sebagainya masih tidak dikira mengangkas hadas kiranya tanpa Niat. Begitu juga dengan wudhu'.

    IANYA ADALAH BERKAITAN DENGAN HAKIKAT ATAU KEROHANIAN.

    SUATU HIKMAH, PERKARA 'GHAIB' YANG TAK NAMPAK ATAU TIDAK BOLEH DIRUMUSKAN, DI OLAH, DIFORMULA, DITAKWIL, DICIPTA, DIUBAH ATAU SEBAGAINYA.

    Air yang hitam pekat, beracun, berlendir dari paya (secara asal atau semulajadinya) itulah juga air Mutlak.

    Penyucian atau sebarang Formula bukanlah suatu alasan untuk mencipta atau mengembalikan air Mutlak.
    « Last Edit: 27 January, 2013, 03:31:42 PM by Abg Ngoh »

    SyedaSohayl

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #126 02 February, 2013, 01:15:06 PM
  • Publish
  •  :)

    7 jenis air mutlak itu jelas. yang halal itu jelas. yang haram itu jelas.  :syukur:

    Abg Ngoh

    • *
    • Posts: 1098
      • View Profile
    Reply #127 05 February, 2013, 11:49:31 AM
  • Publish
  • :)

    7 jenis air mutlak itu jelas. yang halal itu jelas. yang haram itu jelas.  :syukur:

    Betul tu,

    Dah jelas jenis air Mutlak, Jangan pula duk main pusing-pusing ,
    Dah tentu benar dan betul bagi orang yang memilih 7 Jenis air tersebut.

    Yang rasa nak perjudikan Nasib diri pada Agama, itu terpulang.
    Bayangkan jika semua Mandi hadas atau wudhu' kita tidak sah?
    Sekiranyalah...............,

    Tetapi memang tidak mustahil, kerana itulah usaha dan cita-cita Musuh islam. Daripada kalangan Jin dan manusia.

    Abg Ngoh

    • *
    • Posts: 1098
      • View Profile
    Reply #128 22 October, 2013, 12:26:02 AM
  • Publish
  • TENTU RAMAI YANG RASA SUKAR UNTUK MENDAPAT AIR MUTLAK?

    Antara cara-caranya ialah:
    1. Gunakan air perigi / telaga tiub (boring) bagi yang ada sebagai air kedua untuk mengangkat hadas walaupun terdapat air Rawatan Klorin dirumah. Kerana air rawatan tersebut halal untuk menyucikan apa-apa sahaja najis atau kotoran atau diminum, melainkan untuk mengangkat hadas sahaja.

    2. Sekiranya kesukaran untuk mendapatkan air perigi / telaga tiub, maka tadahlah air hujan dalam jumlah yg semampunya. gunakan seminima mungkin untuk mengangkat hadas. contohnya hanya 1/2 liter bagi sekali wudhuk . Sekiranya berhadas besar, maka berwudhuklah sebelum mandi ( menggunakan air klorin) . (sebagaimana keadaan ketiadaan air di padang pasir semasa berjunub).

    3. Atau bagi mereka yang berada di iklim khatulistiwa yang sememangnya selalu hujan, maka gunakan bumbung rumah sebagai tadahan dengan memasang saluran disalurkan terus ke dalam tangki khas asing. Gunakan enjin atau Pum aquarium untuk menyedut air dari tangki tersebut terus kebilik mandi (paip khusus) . (1 Jam hujan memadai untuk 1000 gelen air), boleh digunakan selama sebulan (minimakan air) sebelum dibilas dengan air Klorin.

    P/s: Air mutlak hanya perlu digunakan seolah-olah meratakan minyak urut sahaja kepada anggota badan. Sesuai digunakan walau ditempat beriklim salji sekalipun.

    Nak mandi seronok, tidak salah menggunakan air klorin, walau nak berendam sepanjang hari sekalipun.

    Nak seribu daya, tak nak seribu dalih..
    « Last Edit: 22 October, 2013, 12:28:10 AM by Abg Ngoh »

    Marked as best answer by Abg Ngoh about 09 January, 2014, 05:23:30 PM

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #129 24 October, 2013, 06:56:37 AM
  • Publish
  • Pelajar Pondok Ahlus Sunnah waljama'ah kritik Dr Asri Wahabi Kaum Muda Dengan Nas Kitab


    walaupun di ambil dari thread lain, ada juga jawapan yang menyangkut tentang air mutlak, air paip

    bagaimanapun, diri masing masinglah, menentukan hukumnya apabila sudah ada pengetahuan dariNya
    sebagaimana maksud, Khalifahnya di bumi


    inshallah ya

    Abg Ngoh

    • *
    • Posts: 1098
      • View Profile
    Reply #130 09 January, 2014, 05:29:21 PM
  • Publish
  • Terima Kasih, Link yang Bagus.

    Fakta Kitab Kuning:
    Air Bercampur benda suci adalah suci (boleh diminum), Tetapi tidak boleh menyucikan (Tidak boleh digunakan untuk mengangkat Hadas).

    Namun kenyataan air Di Malaysia itu tidak berubah, adalah sesuatu yang amat tidak tepat dan bukan daripada isi kitab tersebut.

    Lihat kepada air masuk dan lihat pula kepada air keluar, adakah sama?

    Namun jika diukur kepada Proses yang telah saya jelaskan sebelum ini, maka ia adalah ibarat air kopi yang ditapis, dilarut, dicampur sehinggalah kemudiannya diformulakan sehinggalah dikeluarkan air yang Cantik.

    salmi shakirah

    • *
    • Posts: 6
      • View Profile
    Reply #131 10 January, 2014, 03:43:36 PM
  • Publish
  • (y)
    Doctor to be

    Abg Ngoh

    • *
    • Posts: 1098
      • View Profile
    Reply #132 04 March, 2014, 12:04:35 AM
  • Publish
  • Hadith :
    Dari Ibnu ‘Umar r.a katanya:”Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Tidak diterima solat seseorang tanpa suci dan tidak diterima sedekah yang berasal daripada kejahatan (seperti mencuri, menipu, menggelapkan wang, merompak, judi dan sebagainya)”

    (Muslim)

    Iffah Muhsin

    • *
    • Posts: 814
      • View Profile
    Reply #133 04 March, 2014, 10:40:54 PM
  • Publish
  • Huhhhh...makin risau pulak hati ni. Apapun, terima kasih atas penerangan.
    Thabit bin Qurrah berkata: "Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan."

    Abg Ngoh

    • *
    • Posts: 1098
      • View Profile
    Reply #134 28 May, 2014, 12:52:16 AM
  • Publish
  • PELUK ISLAM KERANA MENGKAJI WUDUK

    Profesor Leopold Werner Von Ehrenfels, seorg ahli psikiatri dan sekaligus neurologist drp Australia, menemui sesuatu yg menakjubkan terhadap wuduk.
    Ia mengemukakan satu fakta mengejutkan, bahawa pusat-pusat saraf yg paling peka dlm tubuh manusia adalah di sebelah dahi, tangan dan kaki.
    Pusat-pusat saraf tersebut sgt sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wuduk yg membasuh pusat-pusat saraf tersebut.
    Malah beliau mencadangkan agar wuduk bkn hanya milik org Islam tapi dilakukan oleh seluruh umat manusia.
    Kata beliau: "Dengan sentiasa membasuh dgn air segar pd pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti org akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya."
    Pada akhirnya Prof. Leopold memeluk agama Islam dan menukar namanya kpd Baron Omar Rolf Ehrenfels.
    Alhamdulillah

    Fakir Billah

    • *
    • Posts: 916
      • View Profile
    Reply #135 28 May, 2014, 01:05:00 AM
  • Publish
  •   Asaalamualaikum wrt,

      Cari gali, berkisar periksa sakan. 


      Terang kat saya untuk terangkat hadas yang sempurna?

    AbuZaidPG

    • *
    • Posts: 45
      • View Profile
    Reply #136 09 September, 2014, 09:37:32 AM
  • Publish
  • Abg Ngoh. Sila baca jawapan dari ustaz karisman ini. Semoga bermanfaat.
    Bagaimana Hukum Asal Air ?
    Jawab : Air hukum asalnya adalah suci dan boleh digunakan untuk bersuci (berwudhu’, mandi, menghilangkan najis).
    إِنَّ اَلْمَاءَ طَهُورٌ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ
    Sesungguhnya air adalah suci (dan mensucikan), tidaklah ternajiskan dengan suatu apapun (H.R Abu Dawud, atTirmidzi, anNasaa-i)
    Jika anda menemukan sejumlah air dan tidak dapat dipastikan apakah suci atau tidak, maka secara asal ia adalah suci dan mensucikan, sampai ada hal yang meyakinkan yang diketahui dengan jelas bahwa air tersebut sudah tidak suci lagi.

    Bulakah Air Tidak Boleh Digunakan untuk Bersuci?
    Jawab : Air tidak boleh digunakan untuk bersuci jika:
    1. Terkena benda najis dan salah satu sifatnya berubah (warna, rasa, dan bau). Hal ini berdasarkan ijma’ (kesepakatan para Ulama’).
    2. Tercampur oleh benda lain yang suci dan sudah berubah menjadi bukan air lagi.
    Contoh: Air tercampur dengan teh sehingga mendominasi dan berubah menjadi teh. Selanjutnya ia tidak boleh lagi digunakan untuk bersuci (berwudhu’, mandi, menghilangkan najis).

    Hal ini disebabkan bahwa dalam alQur’an dan asSunnah benda cair satu-satunya yang boleh digunakan untuk bersuci hanyalah air (ماء /الماء ), maka selama nama penyebutannya masih “air” secara mutlak, maka ia masih boleh digunakan untuk bersuci.
    Sumber Air yang Berasal dari Alam Dari langit : hujan, embun, salji.
    وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً طَهُورًا
    … dan Kami turunkan dari langit air yang suci (dan mensucikan) (Q.S alFurqan:48)
    اللَّهُمَّ اغْسِلْنِي مِنْ خَطَايَايَ بِاْلمَاءِ وَالثَّلْجِ وَاْلبَرَدِ
    …Ya Allah, cucilah aku dari dosa-dosaku dengan air, salju, dan embun (doa iftitah yang diajarkan Nabi dalam riwayat alBukhari dan Muslim dari Abu Hurairah).

    Dari tanah : sungai, danau, mata air
    مَثَلُ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسِ كَمَثَلِ نَهْرٍ جَارٍ غَمْرٍ عَلَى بَابِ أَحَدِكُمْ يَغْتَسِلُ مِنْهُ كُلَّ يَوْمٍ خَمْسَ مَرَّاتٍ
    Permisalan sholat 5 waktu adalah seperti sungai mengalir yang deras di depan pintu rumah kalian yang dipakai mandi 5 kali sehari (H.R Muslim).

    Selain dari tanah : air laut.
    هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ الْحِلُّ مَيْتَتُهُ
    “Laut itu suci airnya dan halal bangkainya” (H.R Abu Dawud, atTirmidzi, anNasaa-i, Ibnu Majah).
    Semua adalah suci dan mensucikan (thohuurun) berdasarkan nash dalam alQur’an dan asSunnah.

    Apakah Ada Sukatan Jumlah Penggunaan Air dalam Bersuci?
     Jawab : Tidak ada sukatan khusus, namun disunnahkan untuk menggunakan air secara berhemah, sesuai keperluan, dan tidak berlebihan. Sandarannya adalah penggunaan air minimum yang boleh menyebabkan bersuci secara sempurna. Contoh: untuk berwudhu’ bagian yang yang harus dicuci (wajah, tangan, dan kaki) boleh dicuci semua (bukan sekadar diusap).

    Rasulullah shollallaahu ‘alaihi wasallam mampu bersuci secara sempurna dengan menggunakan air yang sukatannya sangat sedikit. Beliau berwudhu’ dengan 1 mud (sekitar 0,75 liter) dan mandi dengan 1 sha’ (sekitar 3 liter)
    عَنْ أَنَس بْنِ مَالِكٍ : كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَتَوَضَّأُ بِالْمُدِّ, وَيَغْتَسِلُ بِالصَّاعِ إِلَى خَمْسَةِ أَمْدَادٍ
    Dari Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu beliau berkata: Rasulullah shollallaahu ‘alaihi wasallam berwudhu’ dengan 1 mud dan mandi dengan 1 sha’ sampai 5 mud (Muttafaqun ‘alaih: diriwayatkan dan disepakati keshahihannya oleh alBukhari dan Muslim)

    Bahkan, Nabi Muhammad shollallaahu ‘alaihi wasallam pernah berwudhu’ dengan 2/3 mud (sekitar 0,5 liter air), sebagaimana hadits riwayat Ahmad dari Sahabat Abdullah bin Zaid (dishahihkan Ibnu Khuzaimah, hadits no 41 dalam kitab Bulughul Maram). Semakin mendekati Rasulullah shollallaahu ‘alaihi wasallam dalam sukatan penggunaan air adalah lebih baik dan sempurna.

    Apakah Adab-Adab dalam Menggunakan Air?
    Jawab : Adab-adab dalam menggunakan air di antaranya:
    1. Menggunakan air secara berhemah. Sesuai dengan hadits Anas bin Malik riwayat alBukhari dan Muslim tentang berwudhu’nya Nabi dengan air yang hanya seukuran 1 mud (sekitar 0,75 liter) di atas.
    2. Tidak mencelupkan tangan ke dalam air sebelum mencuci kedua tangan tersebut ketika baru bangun tidur.
    إِذَا اسْتَيْقَظَ أَحَدُكُمْ مِنْ نَوْمِهِ فَلَا يَغْمِسْ يَدَهُ فِي الْإِنَاءِ حَتَّى يَغْسِلَهَا ثَلَاثًا
    Jika salah seorang dari kalian baru bangun dari tidurnya, janganlah mencelupkan tangannya ke dalam bejana (yang berisi air) sampai mencucinya 3 kali…(H.R alBukhari dan Muslim, lafadz berdasarkan Muslim)
    3. Tidak berendam di air yang tidak mengalir jika dalam keadaan junub.
    لَا يَغْتَسِلْ أَحَدُكُمْ فِي الْمَاءِ الدَّائِمِ وَهُوَ جُنُبٌ
    Janganlah salah seorang mandi (berendam) di air yang diam dalam keadaan junub (H.R Muslim)
    4. Tidak kencing di air yang diam (tidak mengalir)
    لَا يَبُولَنَّ أَحَدُكُمْ فِي الْمَاءِ الرَّاكِدِ
    Janganlah sekali-kali kalian kencing di air yang diam (tidak mengalir) (H.R Abu Dawud dan Ibnu Majah)
    Lebih parah lagi, kencing di air yang diam, kemudian mandi dengan air tersebut.
    لَا يَبُولَنَّ أَحَدُكُمْ فِي الْمَاءِ الدَّائِمِ ثُمَّ يَغْتَسِلُ مِنْهُ
    Janganlah sekali-kali kalian kencing di air yang diam kemudian mandi darinya (H.R Muslim)

    AbuZaidPG

    • *
    • Posts: 45
      • View Profile
    Reply #137 09 September, 2014, 09:44:01 AM
  • Publish
  • Bagaimana Hukum Menggunakan Air Hangat untuk Berwudhu’?
    Jawab : Menggunakan air hangat untuk berwudhu’ adalah boleh dan tidak makruh. Namun, jika air tersebut cukup panas sehingga menyebabkan kesulitan menyempurnakan wudhu’, maka menjadi makruh. Para Sahabat Nabi yang berpendapat bolehnya berwudhu’ dengan air hangat adalah Umar bin alKhotthob, Ibnu Umar, Ibnu Abbas, dan Anas bin Malik (penjelasan Ibnu Qudamah dalam alMughni (1/25).

    Apakah yang Dimaksud dengan Air Musta’mal? Bolehkah menggunakan air musta’mal untuk berwudhu’ dan mandi?
     Jawab :
     Air musta’mal secara bahasa adalah air yang telah digunakan. Air musta’mal boleh dalam beberapa keadaan:
    a) Air di dalam suatu bejana (ember atau gayung, dan semisalnya) yang tersisa setelah dipakai untuk berwudhu’ atau mandi. Air tersebut digunakan dengan cara diciduk dengan tangan.
    b) Air dari tetesan bekas berwudhu’ atau mandi yang kadarnya sedikit.
    Hukum air ini adalah suci dan mensucikan. Boleh digunakan untuk berwudhu’, mandi, atau menghilangkan najis. Dalilnya banyak, di antaranya: hadits Abu Juhaifah radliyallahu anhu:
    خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْهَاجِرَةِ فَأُتِيَ بِوَضُوءٍ فَتَوَضَّأَ فَجَعَلَ النَّاسُ يَأْخُذُونَ مِنْ فَضْلِ وَضُوئِهِ فَيَتَمَسَّحُونَ بِهِ
    Rasulullah shollallaahu ‘alaihi wasallam pernah keluar bersama kami di al-Hajiroh, kemudian didatangkan kepada beliau air wudhu’. Kemudian beliau berwudhu’ dan para Sahabat mengambil sisa air wudhu’ beliau sehingga mereka gunakan untuk mengusap (H.R alBukhari)

    Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqolaany berpendapat dengan hadits ini bahwa air musta’mal adalah suci (Fathul Baari juz 1 halaman 295). Pendapat yang benar menurut penjelasan Syaikh al-Utsaimin dan Syaikh Sholih alFauzan, air mutlak hanyalah terbagi menjadi 2 jenis: air yang suci (juga mensucikan) dan air najis. Tidak ada air yang bersifat suci namun tidak mensucikan. Jika ia tidak suci, maka ia adalah najis dan tidak boleh mensucikan. Adapun air yang tercampur dengan zat cair lain sehingga mendominasi sifatnya, hal itu bukanlah air mutlak lagi, namun disebut sebagai air campuran, seperti air teh, air sirup, dan sebagainya, yang tidak boleh digunakan untuk bersuci.

    Bolehkah Seorang Laki-laki Bersuci dengan Menggunakan Sisa Air yang Digunakan Bersuci oleh Wanita
    Jawab : Tidak mengapa, namun makruh (tidak disukai). Dalil yang menunjukkan bahwa hal itu tidak mengapa:
    عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ اَلنَّبِيَّ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ يَغْتَسِلُ بِفَضْلِ مَيْمُونَةَ
    Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma (beliau berkata): Sesungguhnya Nabi shollallaahu ‘alaihi wasallam pernah mandi dengan sisa air dari Maimunah (istri beliau) (H.R Muslim)
     Hal yang menunjukkan bahwa itu makruh (tidak disukai) adalah hadits:
    أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يَتَوَضَّأَ الرَّجُلُ بِفَضْلِ طَهُورِ الْمَرْأَةِ
    Sesungguhnya Nabi shollallaahu ‘alaihi wasallam melarang seorang laki-laki berwudhu’ dengan sisa bersucinya wanita (H.R Abu Dawud dan atTirmidzi)

    Air yang Semula Terkena Najis, Kemudian dengan proses tertentu menjadi jernih dan hilang sifat-sifat najisnya (warna, rasa, dan bau). Apakah air tersebut berubah menjadi suci?
    Jawaban : Ya. Air tersebut telah berubah menjadi suci karena sifat-sifat najisnya sudah hilang. (Lihat penjelasan Syaikh al-Utsaimin dalam asy-Syarhul Mumti’ (1/57)).

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    8 Replies
    1262 Views
    Last post 27 September, 2011, 12:36:38 PM
    by Insignia of Islam
    9 Replies
    1990 Views
    Last post 30 January, 2013, 11:44:22 PM
    by Abg Ngoh
    58 Replies
    5415 Views
    Last post 10 September, 2014, 12:50:06 PM
    by AbuZaidPG