Mungkinkah TV Itu Adalah Sebenarnya Fitnah Dajjal?

*

Author Topic: Mungkinkah TV Itu Adalah Sebenarnya Fitnah Dajjal?  (Read 5422 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

11 December, 2012, 11:51:03 PM
  • Publish
  • « Last Edit: 12 December, 2012, 02:15:38 PM by Abg Ngoh »

    Reply #1 11 December, 2012, 11:51:45 PM
  • Publish
  • LAMBANG MATA SATU DI ATAS PUNCAK PIRAMID SEBENARNYA
    ADALAH KHAZANAH SIHIR YANG TELAH DISEMBUNYIKAN OLEH
    NABI SULAIMAN DIBAWAH HAIKAL SULAIMAN. (MASJIDIL AQSA)

    IANYA TELAH DITEMUI DAN DIBAWA KE EROPAH OLEH
    THE KNIGHT TEMPLER

    #MENGAPA BETAPA PENTINGNYA LAMBANG TERSEBUT, HINGGAKAN IA DINOBATKAN PADA NOTE DOLLAR USD SERTA SELURUH MERCU TANDA THE MASON?#

    LIHAT KEPADA SINONIM BERIKUT:

    Betapa susahnya Umat untuk Menolak Fitnah Dajjal
    Bersamaan juga betapa susahnya Umat untuk menolak Tv.


    Dajjal itu adalah fitnah akhir Zaman
    Begitu juga Tv juga muncul pada akhir Zaman.

    Lambang Mata satu Illimunati Berada diatas puncak
    Bagaikan Tv yang diletak di atas rak yang cantik diruang utama.

    Illimunati adalah Golongan Pemuja Cahaya
    Begitu juga Tv mengeluarkan Unsur Cahaya.

    Dajjal adalah bersikap mempengaruhi
    Begitu juga Tv mampu mempengaruhi manusia sejak dari kecil.
    Walau golongan yang berada jauh didalam hutan sekalipun, asalkan mendapat
    Siaran Tv

    Dajjal akan memasuki setiap rumah-rumah manusia
    Bagaikan setiap Tv Yang telah memasuki setiap Rumah Manusia.

    Dajjal akan dipandang Mulia
    Begitu juga Tv dipandang satu keperluan

    Dajjal itu digambarkan bermata satu
    Bagaikan juga Tv itu juga adalah satu optik.

    Sedangkan Tv juga telah membuktikan kemungkaran yang nyata
    Yang amat dahsyat padanya.
    Aurat, seks, lucah, pengaruh yahudi, melalaikan, syirik, tahyul, tumpuan, musik
    Gambaran haram dan sebagainya.
    Namun seolah-olah hukamak Islam telah terlepas pandang untuk meletakkan hukum.


    Kalaulah pun ia fitnah Dajjal sekalipun, tiada manusia biasda yang mampu menghalangnya. Kerana ia adalah fitnah yang terlalu kebal dan dahsyat.

    Cuma untuk renungan, usik, kosek, cuit sahaja boleh lah.............
    Ia melebihi satu Agama, Melebihi , melebihi status patung berhala cina yang berada didalam rumah-rumah Budhist.
    Dihadap melebihi seorang hamba yang mengadap Sang Maharaja, bersila terlentang, telanjang bersama anak isteri, pagi petang siang malam.



    Kerana ia bukan setakat dilindungi oleh alasan, tetapi ia adalah mercu tanda sihir yang tidak boleh dihadapi oleh manusia biasa.


    Reply #2 11 December, 2012, 11:54:31 PM
  • Publish

  • KONSEP VISION

    Rasanya konsep Vision tu yg lebih dalam., Berhubung dengan Hadith tentang Tamim Adhari yang menceritakan tentang beliau Belayar, Tersesat Bertemu dengan Makhluk berbulu besar (mcm Kingkong), Boleh bercakap-cakap arab (Dajjal pula dirantai) Boleh berdialog serta banyak lagi..

    'tele' adalAh bermaksud jauh, serta Vision adalah bermaksud, Visi, angan-angan, pandangan. Ia amat bertepatan dengan Matlamat untuk menjauhkan Umat manusia (terutamanya islam) daripada agama serta hidup dalam angan-angan atau khayalan sehingga Hak atau tanggung jawab terhadap diri serta Agama terabai.


     Pengaruh Tv adalah seolah-olah suatu Agama. Cuba bayangkan semua manusia yang memiliki Tv, gaya hidup mereka juga akan menjadi hampir sama. iaitu mereka akan sama disegi gaya hidup, makanan, pakaian, persepsi, pengaruh, amalan dan sebagainya. Walau mereka ada dihujung dunia atau jauh didalam hutan sekalipun. Seorang Orang asli atau dayak juga akan turut meniru Gaya pakaian, makanan, hiburan dan sebagainya- seolah-olah suatu konsep dakwah Agama yang telah menukar bentuk agama manusia.


    Konsep UTAMA Tv ialah bagi menayangkan, menceritakan, melakonkan cerita-cerita yang akan memperdaya manusia, dengan cerita-cerita dongeng, rekaan, tipu daya dan sebagainya.

     IA JUGA HAMPIR MENYAMAI DENGAN KONSEP YANG DI BAWA OLEH TAMIM AL-DHARI KEPADA RASULULLAH - Sambil menceritakan tentang beliau terdampar disebuah pulau, berjumpa dengan binatang berbulu lebat (mcm Kingkong) Boleh bercakap arab, dajal diikat dengan rantai, Tamim pula mampu menjawab semua soalan dajal tersebut. Mungkin yang dimaksudkan oleh Rasulullah bahawa dajal itu adalah sebenarnya 'Vision' yang dibawa oleh Tamim tersebut. Kerana dalam hadith lain menceritakan Bahawa Dajal tidak wujud pada zaman nabi ( Mafhum "Jika ada pada masa aku hidup, pasti aku akan bunuh"). Mengapa pula rasulullah tidak menghantar Bala tentera untuk mencari dan menghapuskan Dajal tersebut. Jika ianya benar telah wujud di Masa tersebut.

    Samada hadith tersebut Maudhu'. ataupun hadith tersebut sebenarnya baginda sedang menunjukkan contoh Dajjal yang berkaitan dengan '' VISION' (cerita-cerita Khayalan). atau sengaja dicipta atau direka oleh Tamim- Al-Dhari (juga kerana Tamim juga bukanlah orang yang layak untuk dijadikan saksi (kerana ia hanya ingin memeluk Islam ketika itu).masih bukan Mukmin sebenar.


    Jika kita teliti juga cerita Tamim Al-Dhari. ia juga seakan amat sepadan dengan cerita-cerita Box- Office, holywood, Bollywood dll , yang terdapat di TV pada hari ini.

    Reply #3 11 December, 2012, 11:56:21 PM
  • Publish
  • Tidakkah Dajal itu dikaitkan dengan Fitnah? iaitu Disebut didalam hadith "Fitnah Dajal". Tidakkah ia bermakna Ujian atau Cubaan. Ataupun Sejenis Sebab atau Unsur. Dengan ini juga boleh dikaitkan kepada ""~~Sesuatu yang menyebabkan~~. Yang bermaksud juga Bahawa: DAJAL ITU BOLEH MENYEBABKAN KEBIANASAAN SESEORANG."

    Mengapa pula ia disebut Fitnah dan mengapa tidak disebut 'Kejahatan' Dajal,' Kuasa' Dajal. Ini juga boleh dikatakan bahawa sesuatu itu asalnya baik, tetapi ia juga menjadi Sebab atau Unsur Kebinasaan Umat Islami, atau telah menjadi Fitnah. (Kiranya kita ingin sinonimkan antara dajal dengan Tv).


     Mafhum hadith: " Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali".

    H.R al-Baihaqi


    Sedangkan jika Makhluk yang paling jahat yang telah MENDATANGKAN FITNAH IALAH DARI KALANGAN ULAMAK. Sedangkan Ulamak tersebut tidak sedar, kerana dalam matan seterusnya disebut dari mereka punca fitnah, SERTA KEPADA MEREKA fitnah itu kembali. Yang bermaksud juga bahawa Ulamak tersebut juga menjadi mangsa Fitnahnya sendiri.

    (mungkin kerana Ulamak-Ulamak tersebut telah Membenarkan Fitnah Dajal ke dalam Umat islam).-- maksudnya Ulamak telah tidak sengaja atau tidak sedar sedang melakukan kesalahan.


    MANAKALA GOLONGAN YANG MELAKUKAN KEROSAKAN SERTA KEHANCURAN DIATAS MUKA BUMI SECARA JELAS DAN NAMPAK IALAH KAUM YAKJUJ DAN MAKJUJ.
    « Last Edit: 21 December, 2012, 07:49:36 AM by Abg Ngoh »

    Reply #4 11 December, 2012, 11:57:53 PM
  • Publish
  • Jadi konsep Sebenar telah menjadi 3 Konsep Utama, iaitu: 1- Fitnah dajal,(unsur yang membinasakan agama) 2-Makhluk Paling Jahat (Ulamak yang membenarkan Fitnah dajal) 3.Makhluk yang melakukan kerosakan dengan jelas dan Nampak atau lansung.(yakjuj dan makjuj).

    Ini juga bermakna Dajal bukan membunuh Nyawa manusia- Tetapi Yakjuj dan Makjuj.


    Dajal bukan makhluk (nampak) Yang paling jahat, tetapi hadith menegaskan bahawa Yang Paling Jahat adalah Ulamak.(kerana mendatangkan Fitnah Dajal).

    Kiranya Dajal itu mempunyai tangan, kaki, anggota seperti mana manusia, Pastilah ia adalah lebih jahat daripada Ulamak.


    Itulah sedikit VISION saya tentang Dajjal yang telah menjadi Suspek Utama saya. Sekiranya Tv itu adalah dajal sebenar sekalipun, Nescaya manusia tidak akan dapat menerima konsep ini, kerana telah tersurat, bahawa semua Umat akan terpedaya oleh Dajal dan tidak mampu untuk kembali lagi (melainkan amat sedikit). Melainkan ia akan dihapuskan Oleh Al-Masih.

    Reply #5 12 December, 2012, 12:03:38 AM
  • Publish
  • P/s: Petikan ini hanyalah sebagai USUL SAHAJA untuk direnungkan bersama. ia bukan kata putus, dakwah atau dakyah saya. Tetapi kerana tuntutan Al-Qoran agar kita sentiasa berfikir. "la a'llakum tatafakkaruun".- JANGN TAKLID BUTA, JANGAN MEMAKSUMKAN SUMBER YANG TAK MAKSUM, JANGAN LANGGAR DISIPLIN 'USUL' AGAMA.

    kIRANYA tv ITU ADALAH dAJAL SEBENAR, maka tidak semestinya TV itu haram. Kerana Dajal disebut dengan 'Fitnah'. Bermakna PENYEBAB, UNSUR ATAU SESUATU YANG MENGAKIBATKAN.

    Kerana Apabila disebut Mamat Difitnah. Itu bukan semestinya Mamat Melakukannya. Ataupun tatkala disebut Yusof memfitnah Abu. Juga ia masih dalam bentuk tuduhan.


    Harus diingat Juga bahawa ISTILAH Dajjal dalam bahasa arab yang asal ialah:

    Sejenis Penipuan atau mensamarkan. Iaitu Nama kepada penampal yang digunakan untuk menutup kudis pada Unta yang mahu dijual.
    Agar pembeli tidak nampak kudis tersebut. Ia bukan nama manusia. atau nama makhluk Bernyawa pada istilah bahasa asalnya.


     Ok lah, kita balik kepada kefahaman semasa seperti biasa, sepeti kitab-kitab yang berbicara, ulamak-ulamak berbicara dengan berkhilaf-khilaf diluar sana. SERTA anggaplah kenyataan ini Umpama "Cerita Doraemon Sahaja. Kerana: SIAPAKAH YANG MAMPU MENOLAK TV, SIAPAKAH YANG MAMPU ANAK-ANAKNYA TIDAK MEMKANDANG SUNNAH TV, PELUK CIUM, RABA, SEKSI, KHURAFAT, SYIRIK, MUSIK dsbgnya.....sejak dari bayi..Upin? Ipin atau Uffin atau Iffin. "Wala taqullahumaa Uffin..." Sengaja atau tidak 2 nama tersebut adalah bermaksud menderhakai Ibu Bapa (uffin). serta Aku benci Rasulullah (iffin).'... Terpulang.

    APA YANG MENJADI MUTLAK IALAH: DAJAL ITU AKAN MENUKARKAN AGAMA MANUSIA KEPADA AGAMANYA DENGAN AMAT DAHSYAT SEKALI. (tidak kiralah siapa atau apa dajal itu sebenarnya).

    Reply #6 12 December, 2012, 12:05:35 AM
  • Publish



  • , عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ؛ أَنَّهُ كَانَ يَقُوْلُ:
    قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : مَا مِنْ مَوْلُوْدٍ إِلاَّ يُوْلَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ. فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ وَيُنَصِّرَانِهِ وَيُمَجِّسَانِهِ.

    Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata: Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda: Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani maupun seorang Majusi.


    Secara ringkas sys konsepkan 3 perkara di atas menjadi : (Yahudi@ Tahu tapi Engkar). (Nasrani@Sesat), ( Majusi@Hiburan).


    Didalam matan (teks) Hadith tersebut disebut dengan huruf "وَ" (wau) itu adalah bermaksud "DAN" atau 'serta' (iaitu bukan pilihan salah satu). . . Bermakna 3 Ciri ini akan dimasukkan serentak Sehingga melahirkan anak Yang Tahu tentang agama tetapi degil dan menolak untuk ibadat, kemudian dia dia disesatkan pengetahuannya, kemudian dia pula akan terbiar didalam keseronokan Hiburan dan maksiat. - Mix 3-in 1


    Jika disebut dengan salah satu atau pilihan. Biasanya ia akan disebut dengan matan "Alif wau" yang bermaksud 'atau'.

     Ibu bapa adalah Pemimpin pertama Umat islam. "Kullukum mas'uulun a'la ra'yatihi".


    Orang yang telah dipengaruhi oleh 3 unsur inilah yang saya konsepkan kepada "The Machine".


    Walaupun alim ulamak, profesional, arab, melayu, cina sekalipun.....Mufti, PHD, allamah, Asatizah dsbgnya. Tanda yang paling utama bagi "the Machine" ialah- Tv Di Rumah Mereka. Manakala mereka yang tidak memerlukan TV dirumah adalah sangat ganjil pada masa ini, maka beruntunglah orang-orang yang ganjil.


     "The machine" yang sebenarnya dibawa masuk oleh IBU BAPA, Juga oleh Ibu bapa kepada Ibu bapa hari ini yang akan mencorakkan anak-anak mereka yang akan pula menjadi Ibu bapa dan seterusnya....


     perbezaan Aqidah dengan Adat ialah pada Konsep TAQLID (mengikut atau meniru). Setiap sesuatu yang dibuat dengan taqlid itu sebenarnya adalah 'ADAT' (bukannya agama). Walaupun solat, puasa, zikir dan sebagainya.


    Kerana ISLAM itu sebenarnya diasaskan oleh AQIDAH (iaitu melalui kesedaran dan kehadiran hati).


    Ia bermula dengan 'Penyerahan sepenuhnya "total'""- Itulah dinamakan Islam.

    Reply #7 12 December, 2012, 12:10:10 AM
  • Publish
  •  http://www.facebook.com/photo.php?fbid=530226003672962&set=a.257659494262949.74809.100000567014

    KEMUDIAN CUBA RENUNG-RENUNGKANLAH KEPADA PENGARUH TV PADA HARI INI,
    APA YANG ADA PADA TV, APA YANG BOLEH DIELAKKAN PADA TV,

    MUNGKIN KITA SEBENARNYA TELAH DISAMARKAN OLEH UNSUR-UNSUR AGAMA YANG TELAH DIFITNAH ATAU DIBID'AHKAN,
    Sehingga kita mungkin gagal untuk mengenal Dajal, Lantas menerima Dajal seumur hidup dan keturunan kita......

    Atau mungkin nantinya baru terjawab bahawa kita sebenarnya adalah Umat Dajal. JIKA DAJAL YANG SEBENAR ITU ADALAH TV.

    Kerana Musuh itu sentiasa ada!







    « Last Edit: 12 December, 2012, 02:00:49 PM by Abg Ngoh »

    Reply #8 12 December, 2012, 08:24:54 AM
  • Publish
  • Satu thread yang cukup menarik untuk perkongsian. Syukron atas perkongsian yang tercetus di minda Abe Ngoh. Dengan cetusan ini, sedikit sebanyak telah memberi pencerahan tentang Dajal. Jika seperti apa yang Abe Ngoh nyatakan, maknanya manusia dari berpuluhan tahun dahulu dan hingga kini lebih terserlah memang sedang hidup dalam kedajalan. Jadi tak perlu tunggu waktu dajal muncul sebab ia memang dah ada.
    Cukuplah bila kami merasa mulia karena Engkau sebagai Pencipta bagi kami dan cukuplah bila kami bangga bahawa kami menjadi hamba bagiMu. Engkau bagi kami sebagaimana yang kami cintai, maka berilah kami taufik sebagaimana yang Engkau cintai.

    Reply #9 12 December, 2012, 08:58:24 AM
  • Publish
  • INCINNATI = Illumninati? ,
    Rumah siapa sekarang yang telah menjadi : `` PLAY HOUSE! ?? Yang telah menggantikan PRAY HOUSE


    IGNITE Your PASSION = (Membakar Aqidah umat islam), membakar perasaan ketuhanan,
    menyalakan keinginan yang kuat (Merajakan Nafsu).


    Sedangkan sumber agama telah banyak disuntik fitnah yang akan membuatkan Umat Islam akan disamarkan atau dielakkan agar tidak akan mengenal Dajal.


    Kebanyakan hadith-hadith yg menyebut tentang Dajjal itu adalah Dhaif serta banyak perselihan.

    Padahal dalam Ulumul Hadith, MUSTAHIL WUJUDNYA HADITH YANG BERTENTANGAN.- Mustahil juga Baginda Nabi akan bercakap secara berubah-ubah.
     (Ini bermakna suntikan fitnah telah menyerap ke dalam kitab-kitab klasik Islam).

    OLEH YANG DEMIKIAN, WASPADALAH KEPADA FITNAH DAJAL.
    KERANA IA ADALAH FITNAH YANG PALING BESAR.

    BUKAN SEKADAR WUJUD ATAU ADA, TETAPI KEWUJUDANNYA JUGA TELAH DISELINDUNGI OLEH FITNAH.
    TERMASUK FITNAH TERHADAP ILMU DAN KITAB ISLAM.

    DENGAN TUJUAN UTAMA AGAR, UMAT ISLAM AKAN TERPEDAYA SERTA GAGAL MENGENALINYA.

    JIKA DAH KENAL, MUNGKIN UMAT ISLAM SANGGUP BERJUANG ATAU MATI KERANANYA.
    WALAUPUN SEHEBAT, SEBESAR RAKSASA, ALIEN SEKALIPUN.....

    MACAMANA JIKA TIDAK KENAL? ATAU DIPENGARUHI?

    Reply #10 12 December, 2012, 11:29:47 AM
  • Publish
  • Kebanyakan hadith-hadith yg menyebut tentang Dajjal itu adalah Dhaif serta banyak perselihan.

    This. Saya pun kengkadang pening dengan hadith daif / palsu celah mana lah blog-blog
    picisan dan sesetengah penulisan kata dajal itu gitu gini... "Amerika itu Dajal", "Syiah itu dajal",
    "Iran itu dajal (hadis mengenai Esfahan)", "Makhluk mata satu (bukan manusia - mungkin
    makhluk asing) itu dajal" dan lain-lain lagi... Saya dah muak dengar ini semua dari kecil
    lagi... Bukankah ianya berbentuk suatu kebodoh-bodohan mempercayai imaginasi angan
    orang lain secara membabi buta? Fact is a fact and science is a science... Betapa benarnya
    dan jauh lebih efisyen kalau kita belajar hadith yang dah memang CONFIRM betul -
    Riwayat Bukhari, Riwayat Muslim, Riwayat Tirmidzi dan lain-lain lagi... Memang CONFIRM
    takkan sesat dah daripada blog-blog picisan nih - where they are not even certified, at least.
    Bill Gates and Paul Allen, childhood friends with a passion in computer programming. The January 1975 featured Micro Instrumentation and Telemetry Systems's (MITS) Altair 8800 microcomputer. *** Download Opera Browser Here: Cuba Guna Opera Web Browser (Tak perlu la uninstall Firefox / Chrome)

    Reply #11 12 December, 2012, 07:46:13 PM
  • Publish

  • Contoh pembikinan FITNAH (penipuan ) ..

    https://www.facebook.com/photo.php?v=624297680941499

    BAGI SESIAPA YANG MEMPUNYAI PENDAPAT ATAU SANDARAN
    TENTANG DAJAL SEBENARNYA.

    DIHARAP DAPAT DIKONGSIKAN DI SINI.

    KITA AKAN CUBA BINCANGKAN...........

    Melainkan jika kalian rasa bahawa 'Lantaklah dengan Dajal sekalipun',
    Dah rasa diri dah happy go lucky, mati nanti mesti tuhan masukkan dalam syurga,
    Yang orang dulu-dulu menderita tu sebab nasib mereka begitu...

    Reply #12 12 December, 2012, 09:50:56 PM
  • Publish
  • tv tu dajjal?? pehhh.. baru aku tahu.. haahaha..

    tiap yang buruk, mesti ada baiknya.

    kalau takda tv, takda la ceramah2 agama untuk orang yang malas pergi masjid.

    tapi takkan nak dengar ceramah je 24 jam, mesti la nak tengok cerita2 lain, cerita hantu ke, lawak jenaka ke..

    dalam mencari akhirat, kena bagi otak pengisian dengan cerita2 lain.

    cerita lain tu bukan cerita kungfu ke apa ke, tapi cerita ceramah yang tajuk berlainan.

    kalau dah otak dah condem, dengan la lagu apa2 ke..

    tv tu dajjal.......

    dajjal tu tv......

    peduli la tv tu dajjal sekalipun,, jangan sampai tak sembahyang sebab tengok tv dah ler....
    Aku insan yg agak selambe..
    X pndai jaga hati orang..
    Suke cari pasal..

    Jangan call @ sms :  0193587327(hehehhe)
    http://hairilnua.blogspot.com
    Ada Brani?

    Reply #13 12 December, 2012, 10:37:14 PM
  • Publish
  • TANDUK YANG MENGUNDANG FITNAH DAJAL?


    BERBAGAI KHILAFIAH TENTANG KEFAHAMAN HADITH
    TENTANG TANDUK SYAITAN YANG AKAN MUNCUL......

    NAMUN TANDUK INI TELAH MEMBUKTIKAN KERJANYA
    DENGAN BEGITU CEMERLANG SEKALI.

    MUNGKIN KERANA IA DIMUNCULKAN OLEH KEBENARAN ULAMAK (WAHABISME/SEKULARISME) KURUN KE-15 HIJRAH, YANG TELAH BERTEMAN, TERDIDIK, DIPENGARUHI .......... OLEH GOLONGAN KAFIR.

    DALAM PENERIMAAN MEREKA TERHADAP KONSEP MUSLIM + KAFIR.
    SEHINGGA FITNAH TERBESAR BOLEH MENJALAR DI DALAM UMAT ISLAM.

    SEDANGKAN PADA ERA SEBELUMNYA (ZAMAN AWAL DAN PERTENGAHAN), LAGIKAN GAMBAR SEKALIPUN TIDAK DIBENARKAN.....

    SEHINGGA SEMUANYA DIHALALKAN.......... DENGAN PENUH FITNAH....



    ANTENNA TV



    Reply #14 13 December, 2012, 12:23:22 AM
  • Publish
  • Mafhum: " Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi . Katakanlah: "pada kedua-duanya  ada dosa besar dan ada pula beberapa manfa'at bagi manusia ,tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfa'atnya "..." (Al-Baqarah:219).


    Ketimbanglah antara ayat tersebut.,
    Kiranya sejungkil manfaat yang wujud bersama dengan kemungkaran serta dosa-dosa yang besar.

    Apakah melihat aurat, seks, ghairah, seksi, pemujaan berhala (hindi), Kuasa mencabar tuhan (filem2 Hollywood), Filem syirik, budaya kuffat, dakwah minum arak, tatu, gaya hidup kafir, seruan kafir (barat ler tu),  khurafat, tahyul, melalaikan, musik haram, Umat Islam yang memurtadkan diri, bini orang diraba, dicium, selingan agama dengan kemungkaran seolah-olah suatu penghinaan kepada agama. Bercampurnya konsep agama dengan unsur maksiat.

    Berita-berita Tajassus, (gosip), Mengumpat, Fitnah, ...dan berbagai lagi.....

    Apakah semua itu halal????

    TV itu tidaklah HARAM, Tetapi Unsur atau FITNAH daripada TV itulah-  Kebinasaan.
    TIADA HUKUM FIQH TERHADAP TV, TETAPI HUKUM FIQH TERHADAP APA YANG TERDAPAT PADA TV ITULAH YANG PERLU DIGUNAKAN.


    - Sekali berzina, maka sudah menjadi penzina. Sekali minum arak, maka sudah dikira peminum arak, sekali buat ,maksiat..sudah dikira ahli maksiat,,,,,,,
    Apatah lagi jika ianya telah menjadi AGAMA (istilah agama : Ialah menjadi Cara hidup /kebiasaan Hidup)


    Sekali tidak SUJUD, Azazel menjadi IBLIS.


    Reply #15 13 December, 2012, 06:44:28 AM
  • Publish
  • YANG MEMPUNYAI SEDIKIT MANFAAT,
    MEMPUNYAI SEDIDIKT SELINGAN KULIAH AGAMA, NASIHAT, BERITA, RENCANA DAN SEBAGAINYA?

    Yang haram itu sepatutnya ; "JANGAN ADA WALAU SATU'...(Bukannya dikira yang mana lebih banyak ATAU NISBAH).

    Mafhum: " Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi . Katakanlah: "pada kedua-duanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfa'at bagi manusia ,tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfa'atnya "...." (Al-Baqarah:219)


    Reply #16 13 December, 2012, 06:52:32 AM
  • Publish
  • TV TIDAK SEMESTINYA HARAM, INILAH APABILA DISEBUT : FITNAH.

    "FITNAH WANITA" - (BUKAN BERMAKNA SEMUA WANITA ITU JAHAT)
    "FITNAH HARTA"    - (BUKAN BERMAKNA SEMUA HARTA ADALAH HARAM).

    BEGITU JUGA FITNAH DAJAL,

    NAMUN TELAH DISURATKAN BAHAWA FITNAH DAJAL BOLEH MENUKAR AGAMA UMAT ISLAM
    DARIPADA: PRAY BOY, PRAY MAN, PRAY HOUSE..........
    KEPADA: PLAY BOY, PLAY MAN, PLAY HOUSE.....

    SERTA KEBINASAAN YANG AMAT DAHSYAT.
    KEHANCURAN AQIDAH DAN BUDAYA HIDUP...... 1001 PUNCA.....

    JIKA KITA KENAL BETAPA DAHSYATNYA ANCAMAN AZAB NERAKA,
    APAKAH KITA BERANI UNTUK MEMPERTARUHKAN DIRI????
    (sedangkan kamu diberikan berita tentangnya)

    KIRANYA TV ITULAH SEBENARNYA FITNAH DAJAL???

    Reply #17 13 December, 2012, 04:21:44 PM
  • Publish
  • KIRANYA TV ITULAH SEBENARNYA FITNAH DAJAL???

    Kepada sesiapa yang suka tengok TV aja tu.  saya tak tengok tv pun. Mula-mula kahwin dulu tak de tv pun, lepas tu masa lepas bersalin anak sulong, bapa saya belikan TV 12" hitam putih. Saya cuma buka tengok cerita OShin masa tu. Lama hayat TV tu dengan saya sebagai alat pameran.

    Ketika umur anak dah 5 tahun, dia macam jakun bila tengok TV rumah orang ada warna dan ada gambar gerak-gerak.

    Saya cuba bertahan tak mau bawa panggung wayang dalam rumah, tetapi akhirnya saya  kalah bila saya pi kerja, pembantu nak tengok tv.

    Belikan jugak tv tetapi tak  ada antena  luar kecuali antena dalam rumah. Takde astro atau hyperbola. Sampai ada pelajar-pelajar universiti heran tengok keadaan rumah saya.

    Takada vcd player atau playstation.

    Sampai sekarang masih guna TV gedabak, sony tahun 1990, berat lebih 30 kg agaknya. Tadak astro.

    Adakah ni pun dikira terkena panahan syaitan ke?

    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #18 19 December, 2012, 12:51:19 PM
  • Publish
  • FITNAH
    Dalam istilah sebenarnya ialah sesuatu yang menjadi sebab atau pengaruh. Juga sering disebut, Fitnah Wanita, Fitnah Harta, Fitnah anak, Fitnah Kuasa.

    MAKA IA ADALAH BERTEPATAN DENGAN ISTILAH : PENGARUH.
    Iaitu ia bukannya disebut dengan Kekuasaan , Kezaliman, kejahatan, kekejaman dan sebagainya. Melainkan ia disebut dengan istilah FITNAH.

    DAJAL:
    Pada istilah sebenarnya adalah sejenis 'alat' (bukan makhluk bernyawa). Iaitu sejenis nama pada penampal (UNTUK MENIPU) yang digunakan bagi menutup bahagian kudis pada Unta yang mahu dijual.

    DENGAN INI IA AKAN BERKAIT ATAU BERPADANAN DENGAN:

    "PENGARUH             DARI              SEJENIS ALAT"



    SEHINGGA KEADAAN HARI SEMAKIN DAHSYAT DIMANA-MANA,
    DENGAN SKRIN BESAR DITAMBAH DENGAN TAYANGAN-TAYANGAN 18SX DITEPI-TEPI JALAN, DILORONG-LORONG, DIRUMAH-RUMAH UMAT ISLAM.
    DALAM KEADAAN GAMBARAN SEKSI, SEKS, RABA, PENGARUH LIAR, PENGARUH YAHUDI, MELALAIKAN, KHURAFAT, SYIRIK DAN SEBAGAINYA.....
    TERLALU MUNKAR!

    Seolah-olah ia tidak mempunyai sebarang Hukum padanya.
    Ditambah pulak di dalam FINAS sendiri sedang dipantau oleh 11 orang orang Agama. Apa yang mereka pantau?

    ITULAH YANG PALING BIMBANG......
    KALAULAH ITULAH SEBENARNYA DAJAL,   SIAPAKAH YANG TIDAK MENJADI UMATNYA?
    ( SIAPA YG TIDAK PERNAH TERNAMPAK TETEK, PEHA, CIUM, RABA, GHAIRAH serta 1001 kemungkaran pada TV, ATAU ANAK BINI SIAPAKAH YANG TERSELAMAT DARIPADA SEMUA ITU?


    P/s: "Apa Yang sering kita lupa ialah:

    "Semakin banyak kita mendapat Nikmatnya, semakin banyak pula yang kita akan diuji."

    Bayangkan Nikmat Apakah yang kita sedang dapat?- Cuba bayangkan pula Ujian yang juga sebesar Nikmat tersebut.
    Berbanding dengan Umat-Umat yang terdahulu.

    Kerana dunia hanyalah persinggahan, tempat Manusia dan Jin beribadat serta Di UJI. Kehidupan yang kekal hanyalah Di akhirat.
    "



    Reply #19 19 December, 2012, 02:07:55 PM
  • Publish
  • Mathematics, dear friend...

    If Televisyen = Device (Hardware), Then
    Televisyen != Dajal

    If Dajal = No one knows, Then
    Dajal = Eerrr... Tah, Nabi pun tak cakap Dajal adalah "blaa... blaa... blaa..." (above)

    However, you are so good, friend... Its mathematics.
     
    - Nur Zihan -
     
     
    « Last Edit: 19 December, 2012, 02:10:52 PM by NurZihan »

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    70 Replies
    24856 Views
    Last post 17 March, 2014, 01:26:16 AM
    by ZakiaAliaMedina
    100 Replies
    67682 Views
    Last post 14 November, 2012, 04:11:53 PM
    by shearazi
    1 Replies
    979 Views
    Last post 31 December, 2009, 01:40:22 AM
    by demuara