Tariqat,makrifat,syariat dan tasawuf

Author Topic: Tariqat,makrifat,syariat dan tasawuf  (Read 2271 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

nurulhazlinad

  • *
  • Posts: 9
  • Berusaha diatas suratan Illahi..
    • View Profile
12 November, 2012, 03:42:16 PM
  • Publish Di FB
  • Ada sesiapa yang boleh menerangkan dengan jelas maksud tariqat, makrifat, syariat dan tasawuf?ada bahan rujukan yang jelas mengenai ilmu ini?saya amat berminat untuk mengetahui lebih mendalam.

    terima kasih.


    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #2 12 November, 2012, 06:27:32 PM
  • Publish Di FB
  • Ada sesiapa yang boleh menerangkan dengan jelas maksud tariqat, makrifat, syariat dan tasawuf?ada bahan rujukan yang jelas mengenai ilmu ini?saya amat berminat untuk mengetahui lebih mendalam.

    terima kasih.
    Secara ringkas tariqat tu jalan. Makrifat tu mengenal. Syariat tu undang-undang. Tasawuf tu perkataan yang dirujuk kepada ilmu hati dan seumpamanya.

    Suka saya nak tahu macamana awak boleh nak soal tentang ni. Boleh bagitahu?
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    nurulhazlinad

    • *
    • Posts: 9
    • Berusaha diatas suratan Illahi..
      • View Profile
    Jawab #3 12 November, 2012, 08:40:23 PM
  • Publish Di FB
  • nazri..seorang sahabat saya bercerita dengan saya yang dia menuntut ilmu ini dengan atuk dia dan dia juga bgtahu saya ilmu ini jika salah faham boleh menyebabkan seseorang terpesong..mmm..tue yang saya nak tahu sangat dan mencari bahan rujukan mengenai ilmu ini.

    Munzir khan

    • *
    • Posts: 613
      • View Profile
    Jawab #4 12 November, 2012, 09:25:14 PM
  • Publish Di FB
  • Pada zaman Nabi saw dah ada ini semua,tapi masa tu sahabat RA dapat terus dari Nabi saw,apabila Nabi saw dah wafat,sahabat RA yang keluar dari mekah Dan madinah untuk mengembangkan Islam telah meletakkan sesuatu amalan itu dengan nama2 tersebut.apa2 pon hati2 dengan amalan2 ini ada Jugak yang
    Menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar.sebab ada jugak orang yang bukan Islam mengamalkan ajaran ini.

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #5 12 November, 2012, 11:56:11 PM
  • Publish Di FB
  • Yang penting ialah kefahaman yang dalam terhadap ilmu yang hendak diamalkan. Istilahnya banyak ilmu-ilmu ni. Ada syariat-tarikat-hakikat-makrifat, ilmu tasauf-tasawuf,tauhid-tasauf, kerohanian dan sebagainya sehingga terbuka hijab@ilmu mukasyafah, tahalli-takhalli-tajalli af'al,sifat,asmak dan zat. Tapi matlamatnya sama iaitu keredaan Allah dan RasulNya saw.

    Ramai juga yang tersesat kerana hawa nafsu yang tertawan dan tertipu oleh dunia dan syaitan-syaitan. Biasanya dalam bab seks,wang ringgit,ilmu kesaktian,kemasyhuran,mencari kemuliaan,ego,sifat keakuan dan seumpamanya.

    shearazi

    • *
    • Posts: 512
    • Kudambakan Redha Allah
      • View Profile
    Jawab #6 14 November, 2012, 04:18:44 PM
  • Publish Di FB
  • yup..setuju dgn tn nazri, buah-buahan dpd ilmu yg dipelajari ialah akhlak dan ketaqwaan yang sempurna.
    Moga kita berkongsi ilmu di sini kerana Allah SWT

    5zul

    • *
    • Posts: 3045
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Jawab #7 14 November, 2012, 04:24:00 PM
  • Publish Di FB
  • yup..setuju dgn tn nazri, buah-buahan dpd ilmu yg dipelajari ialah akhlak dan ketaqwaan yang sempurna.


    <<<<<< mahco lah bro.... heee jangan marah nanti kena jual..... off/

    apa yang di katakan mengenai diri itu adalah ketetapan kerohanian... yang di bawa . sejauh mana keimanan diri itu -
    « Last Edit: 14 November, 2012, 04:25:38 PM by 5zul »
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    shearazi

    • *
    • Posts: 512
    • Kudambakan Redha Allah
      • View Profile
    Jawab #8 14 November, 2012, 04:29:24 PM
  • Publish Di FB
  • yup..setuju dgn tn nazri, buah-buahan dpd ilmu yg dipelajari ialah akhlak dan ketaqwaan yang sempurna.

    <<<<<< mahco lah bro....

    apa yang di katakan mengenai diri itu adalah ketetapan kerohanian... yang di bawa . sejauh mana keimanan diri itu -

    (kuikui.. siap copy paste plak..adoyai)..

    Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala dinik

    Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas agama-MU
    « Last Edit: 14 November, 2012, 04:32:38 PM by shearazi »

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4917
      • View Profile
    Jawab #9 14 November, 2012, 04:57:50 PM
  • Publish Di FB
  • nazri..seorang sahabat saya bercerita dengan saya yang dia menuntut ilmu ini dengan atuk dia dan dia juga bgtahu saya ilmu ini jika salah faham boleh menyebabkan seseorang terpesong..mmm..tue yang saya nak tahu sangat dan mencari bahan rujukan mengenai ilmu ini.

    syariat - ada dalam al quran dan sunnah, secara zahirnya dapat di pelajari, fahami al quran yang tersurat, dan sunnah yang terkandung dalam Hadis SAW

    tarikat itu, Perjalanan satelah berilmu - ada Tauhid, Fekahnya, sebab tu kebanyakan Tariqat, berpandukan Kitab Kitab tertentu, ada suluknya dengan bimbingan guru - namun jika guru tidak dapat mengenali, Allah, malaikat, Jin, bunian dan syaitan, Ini menyebabkan tersesat. lihatlah ada ala ala Brahma hindu,. ada ala ala Kristian trinity, sebab tu ada anak SUFI, pun tersesat, mengaku tuhan, mengaku Rasul. adalah di nasihatkan, hendaklah selepas Tauhid, baru boleh menjalanai Tariqat, hakikat makrifat

    pada jalan syariat, rasul SAW tanya wanita arab, Allah di mana, wanita tu tunjuk di atas, secara syariatnya dah betul

    pada jalan Hakikat tu, kenali dirimu rata rata, nanti kamu akan kenali Tuhanmu
    matilah sebelum kamu di matikan
    Hakikat ni, jika saintis, kita boleh lihat Formulanya
    di sebalik apa apa , sesuatu itu, ada Formulanya - Zatnya

    Makrifat itu - ya rasulullah, sudah mikraj, tuan dah bertemu Allaah?

    maka Rasulullah hanya mendiamkan diri
    demikianlah makrifat paling tinggi
    tak boleh buka mulut pada khalayak

    subhanallah

    silakan ya

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #10 14 November, 2012, 07:37:03 PM
  • Publish Di FB
  • Barangsiapa yang benar-benar MEMAHAMI, syariat-tarikat-hakikat-makrifat-mukasyafah-laduni ada dalam Quran dan Sunnah Rasul saw.

    Siapa yang nampak, nyatalah baginya. Siapa yang merasa, terasalah dirinya. Siapa yang tahu, mudahlah baginya. Siapa yang kenal, luruslah jalannya.

    Siapa yang mendapatnya, berbahagialah...
    « Last Edit: 14 November, 2012, 07:38:42 PM by nazri0070 »

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #11 14 November, 2012, 10:14:43 PM
  • Publish Di FB
  • Wa huwa ma'akum ianamakuntum..dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada.

    Ke mana saja kamu mengadap di situ ada wajah Allah.

    Dan banyak lagi ayat serta hadis yang duduknya dalam ilmu dan alam tarikat-hakikat-makrifat. Itu sebablah ramai orang berselisih dalam memahami sebahagian ayat kerana hanya memahaminya dalam konteks syariat lahiriyah/zahiriyah semata-mata.

    prebet

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #12 09 December, 2012, 09:55:04 AM
  • Publish Di FB
  • فاسـئلوا آهل الذكران كنتم لا تعلمون
    maka bertanyalah kpd Ahl-Dzkri sekira kalian (golongan yang) tidak mengetahui
    (al-anbiya' : 7)

    Fakir Billah

    • *
    • Posts: 879
      • View Profile
    Jawab #13 09 December, 2012, 10:32:05 AM
  • Publish Di FB
  •        Bukanlah keterangan terhenti kepada maklumat yang banyak, dan bukanlah tidak pandai dikatakan lemah, dapat membeza makluk dan Qadim dikasihi Allah dan Rasul.

           Tuntutlah ilmu  fardu Ain ( menyatakan Tuhan ) bagi setiap mukallaf samada lelaki dan perempuan.
    Carilah mereka yang boleh menyampaikan ilmu yakni mereka yang telah sampai ke maksud dan matlamat penyaksian dan kenal Tuhan yang sebenar dan tahu Tuhan yang tidak sebenar dan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu jua.

           Kebenaran dan kenyataan penyaksian kehadrat Allah melalui jalan kaedah atau cara atau formula atau sistem untuk tahap individu itu faham.  Bermula hal penyaksian ialah Ilmu, mengenal ilmu, rahsia Ilmu dan diri Ilmu kepada diri Allah.  Setelah mengenal dan faham ilmu baharulah bermula barang amal yang ada bukti dan kesahihan.  Tafsiran merujuk kepada perihal sunnah dan jamaah bererti perbuatan yang banyak adalah dari petunjuk dan adanya sifat ikhlas.
     
           Hal pada syariat, tariqat , hakikat dan marifat adalah sinonim nama bagi hal yang lazim .  Hatta kelaziman ini bukanlah terbuku kepada rujukan kitab dan ketokohan semata mata.   Dokumen kepada penghayatan ini berlaku pada usul yakni membuka buku ketemukan ruas pengertian.  Usul ialah Muqadimah bagi setiap syariat ( perlakuan ) tarikat (jalan ) hakikat ( kenyataan ) dan marifat ( mengenal isi dan kandungan ). 

           Usullludin menerangkan marifatullah , awallludin menerangkan agama pada kalimahtul syahadah.  Islam  awal   bermula  Ilmu,  dan berjalannya rukun itu baharulah amal kepada yang Qadim menuju dunia akhirat.

           Kaedah Ilmu ialah kedudukan ilmu yang wajib difahami, mustahil tanpa ilmu untuk mengenal, dan harus menerima pada ketika untuk beramal.   Figh dan usul figh menyelaras perjalanan ilmu dan amal.  Manakala mengerti untuk menempatkan amal ialah tasawuf bertujuan memelihara amal yang sempurna.

        Hakikatnya kaedah adalah pembuka Usul , Figh dan tasawuf yang wajib diketahui sungguh sungguh untuk beza hukum pada syariat, menjalani ibadah dan menyemai hukum ke atas diri dengan pendirian beriqtikad.

           

    « Last Edit: 09 December, 2012, 10:38:55 AM by Fakir Billah »

    khalifah tariq

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Jawab #14 18 December, 2012, 10:30:00 PM
  • Publish Di FB
  • Dalam surah Al Baqarah pun ada kata jugak, Ayat 186, yang bermaksud : Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamau mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

    5zul

    • *
    • Posts: 3045
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Jawab #15 19 December, 2012, 07:21:12 PM
  • Publish Di FB
  •        Bukanlah keterangan terhenti kepada maklumat yang banyak, dan bukanlah tidak pandai dikatakan lemah, dapat membeza makluk dan Qadim dikasihi Allah dan Rasul.

           Tuntutlah ilmu  fardu Ain ( menyatakan Tuhan ) bagi setiap mukallaf samada lelaki dan perempuan.
    Carilah mereka yang boleh menyampaikan ilmu yakni mereka yang telah sampai ke maksud dan matlamat penyaksian dan kenal Tuhan yang sebenar dan tahu Tuhan yang tidak sebenar dan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu jua.

           Kebenaran dan kenyataan penyaksian kehadrat Allah melalui jalan kaedah atau cara atau formula atau sistem untuk tahap individu itu faham.  Bermula hal penyaksian ialah Ilmu, mengenal ilmu, rahsia Ilmu dan diri Ilmu kepada diri Allah.  Setelah mengenal dan faham ilmu baharulah bermula barang amal yang ada bukti dan kesahihan.  Tafsiran merujuk kepada perihal sunnah dan jamaah bererti perbuatan yang banyak adalah dari petunjuk dan adanya sifat ikhlas.
     
           Hal pada syariat, tariqat , hakikat dan marifat adalah sinonim nama bagi hal yang lazim .  Hatta kelaziman ini bukanlah terbuku kepada rujukan kitab dan ketokohan semata mata.   Dokumen kepada penghayatan ini berlaku pada usul yakni membuka buku ketemukan ruas pengertian.  Usul ialah Muqadimah bagi setiap syariat ( perlakuan ) tarikat (jalan ) hakikat ( kenyataan ) dan marifat ( mengenal isi dan kandungan ). 

           Usullludin menerangkan marifatullah , awallludin menerangkan agama pada kalimahtul syahadah.  Islam  awal   bermula  Ilmu,  dan berjalannya rukun itu baharulah amal kepada yang Qadim menuju dunia akhirat.

           Kaedah Ilmu ialah kedudukan ilmu yang wajib difahami, mustahil tanpa ilmu untuk mengenal, dan harus menerima pada ketika untuk beramal.   Figh dan usul figh menyelaras perjalanan ilmu dan amal.  Manakala mengerti untuk menempatkan amal ialah tasawuf bertujuan memelihara amal yang sempurna.

        Hakikatnya kaedah adalah pembuka Usul , Figh dan tasawuf yang wajib diketahui sungguh sungguh untuk beza hukum pada syariat, menjalani ibadah dan menyemai hukum ke atas diri dengan pendirian beriqtikad.

         

    like.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    16 Replies
    12433 Views
    Last post 09 December, 2012, 10:51:40 AM
    by Fakir Billah
    7 Replies
    27959 Views
    Last post 09 November, 2010, 04:53:29 PM
    by syazwan721
    62 Replies
    18422 Views
    Last post 02 May, 2014, 03:24:31 PM
    by IbnuZaid Y