Login  |  Daftar

Author Topik: Ibadah Haji Dan Kemerdekaan  (Dibaca 3375 kali)

0 Halaqian dan 1 Tetamu sedang melihat topik ini.

alhaudhie

  • Administrator
  • *****
  • Posts: 13
    • View Profile
السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
  أَمَّا بَعْدُ..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 133 surah Ali ‘Imran :

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Maksudnya : Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Kini kita berada antara 10 hari awal daripada bulan Zulhijjah yang mempunyai kelebihan yang begitu besar di sisi Allah bagi hambaNya yang taat melakukan ibadat disamping bersungguh-sunguh dalam menjauhi maksiat. Khamis ini kita akan menyambut kedatangan hari Arafah yang merupakan antara hari yang begitu penting samada bagi jemaah haji yang sedang menunaikan ibadat haji di tanah haram Mekah mahu pun kita yang berada di negara masing-masing. Antara kelebihan hari Arafah dan fadhilat berpuasa sunat padanya sebagaimana dipetik daripada hadis nabi s.a.w

قَالَت عَائِشَةُ : إِنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ ، وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ، ثُمَّ يُبَاهِي بِهِمُ الْمَلَائِكَةَ ، فَيَقُولُ : مَا أَرَادَ هَؤُلَاءِ-رواه مسلم “

Maksudnya : Tiada daripada hari yang lebih ramai Allah membebaskan padanya hamba daripada neraka daripada hari Arafah. Dan sesungguhNya akan mengasihani, kemudian Dia bangga depan malaikat maka Dia bertanya : Apakah yang dikehendaki oleh mereka itu?

عن أبي قتادة رضي الله عنه قال سُئِلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ – رواه مسلم واللفظ له وأبو داود والنسائي وابن ماجه والترمذي

Maksudnya : Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab baginda  : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Sebagai hamba Allah yang beriman penuh keyakinan tentang hari kematian dan hari pembalasan maka kita mestilah merebut segala janji benar daripada Allah dalam menambah sebanyak mungkin bekalan akhirat disamping memohon keampunan atas segala dosa kita terhadap Allah dalam keadaan sedar atau tidak.

Renungilah maksud suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari bahawa Abdullah bin Umar berkata, Rasulullah SAW memegang bahuku seraya bersabda: “Jadikanlah diri kamu di atas muka bumi ini sebagai seorang perantau atau pengembara. Ibnu Umar berkata: Apabila kamu berada pada waktu petang, jangan kamu tunggu menjelang waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, jangan kamu tunggu menjelang petang. Gunakanlah peluang beramal ketika kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan ketika hidup untuk persediaan matimu.”

Sayyidina Ali pula berpesan : Sesiapa yang menghimpun padanya 6 sifat maka dia tidak membiarkan satu pun tuntutan untuk Syurga dan tidak pula tempat lari daripada Neraka iaitu [1] Siapa yang mengenal Allah lalu mentaatiNya, [2] Mengenal Syaitan lalu melawannya,  [3] Mengetahui kebenaran lalu mengikutinya, [4] Mengenal kebatilan lalu menghindarinya, [5] Mengenal dunia lalu menolaknya dan [6] Mengenal akhirat lalu bersungguh mencarinya

Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah ,

Firman Allah S.W.T dalam ayat 16 – 17 surah al-‘Ankabut :

وَإِبْرَاهِيمَ إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ اعْبُدُوا اللَّـهَ وَاتَّقُوهُ ۖ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿١٦﴾

Maksudnya : Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ibrahim, ketika ia berkata kepada kaumnya: “Sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadaNya; yang demikian itu adalah baik bagi kamu jika kamu tahu (membezakan yang baik dari yang buruk).

Umat Islam juga bakal menyambut ketibaan hari raya korban pada hari Jumaat ini. Setiap kali tibanya Aidil Adha maka kita didedahkan dengan kisah pengorbanan besar yang pernah dilakukan oleh nabi Ibrahim a.s. Al-Quran memberitahu kepada kita bagaimana kekuatan aqidah nabi Ibrahim a.s yang lahir dalam keluarga penyembah berhala di mana dakwah baginda terpaksa berdepan dengan ayahnya sendiri Azar pembuat berhala seterusnya hidup pula dalam suasana masyarakat sekeliling yang syirik kepada Allah. Apa yang lebih mencabar berdepan dengan Raja Namrud yang mengaku berkuasa sebagaimana Allah akibat takabbur atas nikmat kemewahan dan kekuasaan yang diberi. Keadaan yang teruk dan rosak itu tidak menjejaskan aqidah yang ada pada diri nabi Ibrahim a.s sebaliknya dengan pelbagai cara baginda berusaha bersungguh-sungguh dalam menjalankan kewajipan berdakwah pada ayahnya, masyarakat dan seterusnya raja yang berkuasa.

Kekuatan aqidah dan usaha dakwah yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim a.s wajib kita contohi terutama ketika semakin ramai umat Islam telah terpengaruh dalam cara kehidupan barat. Cara mereka mengendalikan diri,keluarga,masyarakat dan negara. Makan minum pakai jual beli berekonomi dan berpolitik dan mentadbir urus dibimbangi tidak bertunjungkan kepada aqidah yang benar sebagaimana dikehendaki oleh Allah swt.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Allah telah menganugerahkan kepada umat Islam nikmat 2 hari raya iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha yang menunjukkan bagaimana Islam bersesuaian dengan fitrah manusia yang perlu kepada sesuatu yang boleh menggembirakan hati kita. Namun begitu Islam telah menggariskan adab dan batasan untuk berhari raya agar tidak menjadi hari melampias kehendak nafsu sehingga mengenepikan panduan wahyu. Islam mengajar umagtnya supaya tidak hanyut dengan kehidupan dunia. Ini termasuklah hiburan dan sukan.Umpamanya amalan bersukan bertujuan untuk menyihatkan badan dan pemikiran bukannya sehingga mengabaikan kewajipan agama apatah lagi terjerat dengan senjata musuh Islam. Kita wajib ingat kepadaprotokol yahudi ke-13dalam menguasai dunia yang berbunyi :untuk menjauhkan orang ramai selain yahudi daripada mendapat maklumat baru tentang garis kerja yang zionis yahudi laksanakan maka kita akan melalaikan masyarakat dunia dengan pelbagai program permainan dan hiburan. Kita akan mengiklankan di dalam akhbar dan lainnya tentang seruan supaya mereka menceburi pelbagai kegiatan seperti aktiviti seni hiburan, sukan dan sebagainya. Dengan keseronokan yang baru ini maka pemikiran manusia akan lalai daripada memikirkan masalah perselisihan antara yahudi dengan mereka. Apabila sesuatu bangsa telah kehilangan sedikit demi sedikit nikmat berfikir maka mereka akan datang kepada yahudi kerana sebab yang satu iaitu yahudi akan menjadi anggota masyarakat yang bernilai dan lebih layak dalam mengemukakan pendapat dan buah fikiran yang baru kepada manusia. Melalui cara ini negara Israel akan diiktiraf oleh dunia dan seluruh dunia akan berkhidmat untuk yahudi.


Kita tidak mahu hanya mendengar perjuangan mempertahankan aqidah yang dilakukan oleh nabi Ibrahim a.s sehingga sanggup dibakar dalam unggun api yang marak menjulang sedangkan kita tewas cara mudah melalui hiburan dan sukan kepada zionis yahudi. Kita tidak mahu perjuangan Sultan Abdul Hamid II iaitu khalifah yang terakhir Khilafah Uthmaniah Turki yang sanggup menolak mentah-mentah tawaran yahudi berbentuk harta kekayaan dan kemewahan dunia asalkan menyerah Palestin untuk dijadikan negara haram yahudi sehingga baginda digulingkan sedangkan kita terguling bukan dengan tawaran kemewahan sebaliknya mengupah yahudi untuk menjajah negara dan merosakkan aqidah dan akhlak umat Islam. Pejuang Islam sentiasa berfikir macamana mahu membebaskan negara daripada penjajahan yahudi manakala petualang Islam berfikir macamana cara untuk terus selesa berada bawah tapak kaki yahudi. Ingat sebelum terjerat, waspada sebelum kena, berhati-hati sebelum rugi.

Firman Allah dalam ayat 6 surah Ibrahim :

وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّـهِ عَلَيْكُمْ إِذْ أَنجَاكُم مِّنْ آلِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوءَ الْعَذَابِ وَيُذَبِّحُونَ أَبْنَاءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءَكُمْ ۚ وَفِي ذَٰلِكُم بَلَاءٌ مِّن رَّبِّكُمْ عَظِيمٌ ﴿٦﴾

Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Kenanglah nikmat Allah kepada kamu, semasa Ia menyelamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya yang sentiasa menyeksa kamu dengan berbagai seksa yang buruk dan mereka pula menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; dan kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu”

Beberapa hari lagi iaitu pada tanggal 31 Ogos kita bakal menyambut hari kemerdekaan Negara kali ke-59. Bagi membuktikan bahawa kita adalah rakyat yang merdeka maka pemahaman dan penghayatan kepada ruh merdeka mestilah dihidupkan dalam kehidupan bukan hanya setakat tahu melaung kalimah merdeka sedangkan cara hidup dan cara berfikir terus dijajah. Sebagai contohnya melalui kisah para nabi yang dinukilkan dalam al-Quran maka kita dapat memahami seterusnya menghayati makna sebenar merdeka dalam kehidupan.

Pertama, melalui kisah Nabi Ibrahim a.s ketika baginda membebaskan dirinya manusia daripada penyembahan berhala atau sesuatu yang dianggap berkuasa kepada menyembah Allah yang Maha Kuasa. Bentuk perhambaan yang menjatuhkan cara hidup dan martabat manusia seperti itu juga terjadi pada era moden. Penghambaan terhadap kebendaan dan keseronokan semata telah membawa manusia moden untuk melakukan salahguna kuasa tanpa perasaan bersalah, mengorbankan nyawa-nyawa tak berdosa, menghalalkan berbagai cara untuk meraih harta dan takhta.

Kedua, makna kemerdekaan melalui kisah Nabi Musa a.s ketika membebaskan bangsanya dari penindasan Firaun. Keangkuhan rejim Firaun ini membuat mereka tak segan membunuh dan memperbudak kaum laki-laki bangsa Israel dan menistakan kaum perempuannya. Keangkuhan inilah yang mendorong nabi Musa bergerak memimpin bangsanya untuk membebaskan diri dari penindasan, dan akhirnya meraih kemerdekaan sebagai bangsa yang mulia dan bermartabat.

Tugas terberat sebuah bangsa merdeka adalah bagaimana mempertahankan kemerdekaan dirinya sebagai bangsa merdeka, serta bebas dari pemimpin sebangsa yang bertindak dan bertingkah laku laksana penjajah asing. Begitu juga merdeka dari pengaruh dan tekanan asing terutama di bidang politik, ekonomi, dan budaya. Bukan merdeka jika terus berada di bawah tekanan politik negara lain. Bukan merdeka jika menyerahkan penguasaan sumber alamnya kepada pihak asing tanpa pembahagian yang adil. Bukan merdeka jika meniru budaya asing yang merosakkan. Kemerdekaan yang sebenar hanya bila kita berjaya mengisikannya dengan system Islam kerana Islam memerdekakan manusia daripada keruntuhan akhlak dan kemurkaan Allah

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 3 surah al-Maidah :

الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ

Maksudnya : ….Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. ….

Makna kemerdekaan yang Ketiga, melalui tugas dan  kejayaan Nabi Muhammad s.a.w dalam mengembang misi dakwahnya di muka bumi ini.  Ketika diutus 14 abad silam, Nabi Muhammad s.a.w menghadapi sebuah masyarakat yang mengalami 3 penjajahan sekaligus iaitu kehilangan panduan agama sehingga menyembah berhala, penindasan ekonomi dan kezaliman sosial. Rasulullah s.a.w berjuang keras mengajarkan kepada umat manusia untuk menyembah Allah Yang Maha Esa dan meninggalkan tuhan-tuhan yang menurunkan darjat manusia. Menghapuskan penindasan ekonomi antaranya memastikan kekayaan tidak hanya berputar pada kelompok-kelompok tertentu saja dan mengutuk orang-orang yang mengumpul dan menghitung harta kekayaan tanpa memedulikan kesejahteraan sosial dan keadilan ekonomi.  Rasulullah s.a.w menggalakkan pembebasan hamba abdi, menjaga kehormatan dan kedudukan perempuan dan menghilangkan semangat asobiyyah atau kebangsaan sempit. Dalam khutbah terakhirnya di Arafah, saat haji wadaí, baginda menegaskan bahwa tidak ada perbezaan antara hitam dan putih, antara Arab dan  bukan Arab. Tidak ada sesuatu yang membezakan manusia satu dengan manusia lainnya, kecuali tingkat ketakwaan mereka kepada Allah.

Firman Allah dalam ayat 32 surah al-An’am :

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ ۖ وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ ۗ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Maksudnya : Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ