Hakikat Ujian Allah

*

Author Topic: Hakikat Ujian Allah  (Read 15545 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Reply #20 02 January, 2010, 02:48:34 PM
  • Publish
  • baru sekarang ana nampak sikit2. moga makin mencerah nanti

    Reply #21 02 January, 2010, 03:49:49 PM
  • Publish
  • TARBIYAH DARI ALLAH

    Ujian dalam kehidupan ini merupakan tarbiyah dari Allah. Setiap liku-liku dalam hidup ini merupakan satu pelajaran yang tidak akan diperoleh di mana-mana sekolah atau universiti pun. Bila datangnya ujian dalam hidup, kita seringkali berasa kecewa, sedih dan putus asa. Merasakan seakan-akan tiada jalan keluar dan tiada pengharapan lagi. Kita merasakan bahawa Allah tidak mendengar doa yang kita titipkan saban hari.

    Sebenarnya, kita insan yang serba lemah ini, seringkali jahil dalam mentafsir bagaimana Allah memakbulkan doa yang pernah kita lafazkan.

    Indahnya tarbiyah dari Allah.
    Yang jauh Allah dekatkan, yang lalai Allah ingatkan.

    Ketika aku memohon kekuatan,
    Allah memberikan aku kesulitan sehingga aku kuat,
    Ketika aku memohon kebijaksanaan,
    Allah memberikan aku masalah untuk aku pecahkan,
    Ketika aku memohon kesejahteraan,
    Allah memberikan aku akal untuk berfikir,
    Ketika aku memohon keberanian,
    Allah memberikan aku bahaya untuk aku atasi,
    Ketika aku memerlukan cinta,
    Allah memberikan aku orang bermasalah untuk aku tolong,
    Ketika aku memohon bantuan,
    Allah memberikan aku kesempatan,
    Ketika aku tidak pernah menerima apa yang aku minta,
    Tapi aku menerima apa yang aku perlukan.

    Ya betapa nikmat dan manisnya nya tarbiah dari Allah...

     :syukur: setiap kali diriku hampir tersasar ditarik kembali dalam tarbiah Nya ...

    sehingga diri ku kuat untuk menghadapi segalanya  :syukur:
    Cukuplah ALLAH bagiku, tiada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'arasy yang agung.

    Reply #22 02 January, 2010, 04:55:51 PM
  • Publish
  • Lirik Lagu Muhasabah Cinta - EdCoustic

    Wahai pemilik nyawaku
    Betapa lemah diriku ini
    Berat ujian dari-Mu
    Ku pasrahkan semua pada-Mu

    Tuhan baru ku sadar
    Indah nikmat sehat itu
    Tak pandai aku bersyukur
    Kini ku harapkan cinta-Mu

    Reff:
    Kata-kata cinta terucap indah
    Mengalun berzikir di kidung doaku
    Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
    Butir-butir cinta air mataku
    Teringat semua yang Kau beri untukku
    Ampuni khilaf dan salah selama ini
    Ya Illahi muhasabah cintaku

    Tuhan kuatkan aku
    Lindungiku dari putus asa
    Jika ku harus mati
    Pertemukan aku dengan-Mu

    (dari Allah segala ujian, dan hanya denganNya kita memohon petunjuk dan pertolongan)

    Reply #23 02 January, 2010, 08:44:50 PM
  • Publish
  • Tarbiyah memainkan peranan penting dan berkesan dalam kebangkitan, pembangunan dan kemajuan sesuatu masyarakat. Maju atau mundur sesuatu masyarakat bergantung kepada maju atau mundur tarbiyah masyarakat tersebut. Oleh itu tarbiyah perlu diberi keutamaan dalam perancangan pembangunan sesuatu masyarakat. Sejarah Rasulullah SAW sendiri menjelaskan bahawa tarbiyah menjadi faktor utama untuk membangunkan manusia yang mampu menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.

    Tunggak tarbiyah rabbaniyah ialah hati yang subur, sentiasa berhubung dengan Allah SWT, yakin akan menemui-Nya, mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan azab-Nya. Jiwa yang hidup inilah yang menjadi tumpuan Allah swt untuk dicampakkan nur kepadanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

    "Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa bentuk kamu tetapi Dia melihat kepada hati dan amalanmu."

    Reply #24 20 October, 2010, 10:35:03 AM
  • Publish
  • Manusia tidak lari dari ditimpa musibah. Oleh kerana hidup manusia pasti akan disulami dengan musibah, maka Allah mengajarkan kita cara menghadap musibah. Banyak hadith dan ayat Quran yang membicarakan mengenai cara menghadapi musibah.

    Ada tiga peringkat mengenai sikap manusia ketika ditimpa sesuatu musibah.

    1. Pada permulaannya, berlaku penolakkan. Di peringkat ini, manusia tidak menerima hakikat bahawa sesuatu telah hilang darinya, sesuatu telah tiada, sesuatu telah menimpa dan sebagainya. Dia akan cuba lari dari hakikat dan masalah. Jika dia cuba lari dari menerima hakikat, jiwanya akan semakin tertekan, hatinya semakin sempit dan fikirannya semakin keliru.

    Di dalam Islam, kita perlu jujur menerima hakikat diri kita. Semakin berani kita untuk jujur menerima hakikat diri semakin tenang jiwa kita. Sebab itu di dalam Islam ada konsep muhasabah. Muhasabah bererti menerima kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri. Jika kita tidak dapat menerima hakikat diri kita, maka kita tidak akan dapat membuat perubahan di dalam diri kita.

    2. Peringkat kedua, manusia akan mengeluh, marah-marah, mendongkol, menyalahkan orang lain dan yang paling parah ialah apabila menyalahkan takdir. Di peringkat ini, mereka telah menerima hakikat bahawa mereka sedang melalui masa getir, tetapi mendongkol dengan keadaan diri.

    Sesungguhnya, mengeluh tidak merubah apa-apa. Sikap marah-marah juga tidak merubah apa-apa. Dia akan membuatkan kita semakin tertekan dan terhimpit. Sudahlah ditimpa musibah, hati pula hilang bahagia. Di dalam Islam, kita ada konsep muraqabah, iaitu rasa sentiasa diawasi oleh Allah. Hari ini jika kita senang, Allah mahu melihat apa yang kita lakukan begitu juga apabila kita susah. Allah akan melihat apa yang akan kita lakukan. Semua, susah dan senang ada nilaian pahala jika kita membuat sesuatu dengan betul. Jika kita rasa sentiasa diawasi Allah, kita akan selalu mencari keredhaannya. Waktu senang kita tidak lupa Allah, waktu susah kita bergantung penuh denganNya. Akhirnya, senang dan susah tetap tenang dan tetap bahagia.

    3. Peringkat ketiga barulah biasanya manusia menerima segala apa ketentuan hidupnya. Barulah tidak marah-marah, tidak mengeluh dan sebagainya. Walaubagaimana pun, jika salah kefahamannya, manusia akan putus asa, hilang harapan, hilang semangat, hilang rasa untuk terus berusaha. Akhirnya, hidupnya semakin murung, semakin tidak ceria dan semakin kusut.

    Di dalam Islam, apabila kita telah menerima kita di dalam keadaan susah, ada konsep tawakkal. Tawakkal ialah kita berusaha dan bakinya kita serahkan pada Allah untuk menyempurnakannya. Jika perniagaan kita gagal, kita usahakan terus, ubah sana dan sini, baki serah pada Allah. Jika rumah tangga kita gagal, kita usahakan untuk perbaiki, baki yang diluar kemampuan kita, kita serah pada Allah.

    Orang yang ada konsep muhasabah, muraqabah dan tawakkal akan sentiasa positif di dalam hidupnya. Dia akan sentiasa tenang walaupun musibah itu ibarat bukit yang menghempapnya. Sesungghunya, semua manusia akan diuji dengan musibah, yang membezakan orang beriman atau tidak ialah di hujung ujian.

    Jika di hujung ujian dia tetap tidak putus asa, tetap berusaha, tetap tenang, tetap berjuang maka dia adalah pemenang di dalam ujian tersebut.     http://www.ustazamin.com     
    لا إله إلا الله

    Reply #25 13 December, 2010, 01:49:08 AM
  • Publish
  •  :)
    ujian mengajar kita untuk bersabar..ujian juga mematangkan kita.
    ujian mestilah di iringi sabar...
     :jaz:

    Reply #26 13 December, 2010, 01:52:47 AM
  • Publish
  •  :)
    semakin banyak ujian yang Allah turunkan,semakin Dia kepada kita..Jadi anggaplah ujian itu sebagai dorongan positif bagi kita...
    Ujian vs sabar=nikmat yang melimpah ruah
     :jaz:

    Reply #27 13 December, 2010, 08:49:35 AM
  • Publish
  • :)
    semakin banyak ujian yang Allah turunkan,semakin Dia kepada kita..Jadi anggaplah ujian itu sebagai dorongan positif bagi kita...
    Ujian vs sabar=nikmat yang melimpah ruah
     :jaz:

    Setuju. Ujian allah,tandanya Dia sayangkan kita. Dia mahu kita tidak alpha dari apa yang telah diperintahkan oleh-Nya. Dengan ujian tersebut juga, kita akan muncul sebagai insan yang berpengalaman, kuat dan matang. Semua tu adat resam hidup di dunia ni. Insya-allah akhirat tempat abadi..:senyum:
    ya allah pelihara lah diriku sepertimana Engkau pelihara kekasih-kekasih-Mu yang lain..

    Reply #28 13 December, 2010, 08:53:00 AM
  • Publish
  • 2. Peringkat kedua, manusia akan mengeluh, marah-marah, mendongkol, menyalahkan orang lain dan yang paling parah ialah apabila menyalahkan takdir. Di peringkat ini, mereka telah menerima hakikat bahawa mereka sedang melalui masa getir, tetapi mendongkol dengan keadaan diri.

    macam aku dulu lah tu..Alhamdulillah dah convert keadaan tenang..kita tak dapat marah..seolah2 kita menghinaNYA..ini semua ujian dari Allah..qada dan qadar bertujuan untuk menilai keimanan seorang manusia..semua ada hikmah..aaaaaaaaaaaaaaaaa masyaallah..best islam ni kalau kita hayati..tapi jauh lagi nak belajar ni..moga kepala ni tak lah bendul sangat untuk memahami..
    I am proud to be a MUSLIM

    Reply #29 13 December, 2010, 08:55:20 AM
  • Publish

  • Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai ‘kifarah’ dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya.

    Allah juga tidak menduga hamba-hamba-Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambanya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan masalahnya.

    Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah:286 yang bermaksud “ Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya”.

    Oleh itu sekiranya kita berhadapan dengan masalah, cubalah bawa bertenang, bersabar dan setkan dalam minda bahawa kita sedang diuji oleh Allah, orang yang melepasi ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah.
    “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka.” ( at-Taubah: 111)
    .
    CARA MENGATASI MASALAH
    1. Sandarkan Harapan Pada Allah
    Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Nasyrah ayat 1hingga 8 yang antara lain maksudnya “ …Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan….”
    “Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.”( At-Taubah: 129)
    .
    2. Minta Pertolongan Dari Allah
    “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” ( al-Baqarah: 45)
    .
    3. Jangan Sedih dan Kecewa
    “Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.” ( al-Imran:139)
    Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya, lihat maksud firman Allah di bawah:
    “ …dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”( Yusuf : 12)
    .
    4. Luahkan masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang kamu tanggung.
    .
    5. Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah.
    .
    Ujian yang datang juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah.
    .
    Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri.
    .
    “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” – (al-Baqarah: 216)
    .
    sumber baheis.gov.my
    Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai ‘kifarah’ dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya.

    Reply #30 13 December, 2010, 08:57:56 AM
  • Publish
  • Mari kita kongsi bersama :

    DAN MINTALAH PERTOLONGAN (KEPADA ALLAH) DENGAN JALAN SABAR DAN MENGERJAKAN SEMBAHYANG. DAN SESUNGGUHNYA SEMBAHYANG ITU AMATLAH BERAT KECUALI KEPADA ORANG-ORANG YANG KHUSYUK. (Surah al-Baqarah ayat 45)

    Seterusnya Allah juga berfirman: “Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’ Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya.” (surah al-Baqarah, ayat 155-157).

    “Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (surah al-Baqarah, ayat 153)

    “Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira” (surah az-Zumar, ayat 10).

    “Barangsiapa yang melapangkan dari seorang mukmin satu kesusahan di dunia nescaya Allah akan melapangkan baginya dari satu kesusahan di akhirat kelak.

    Dan barangsiapa yang menolong orang yang berada dalam kesusahan, nescaya Allah akan mempermudah urusannya di dunia dan akhirat.” (HR Muslim, dari Abu Hurairah r.a)

    “Allah sentiasa Mencintai orang-orang yang sabar” (surah Ali Imran, ayat 146),

    Akhir sekali orang yang bersabar akan dimasukkan ke syurga dan di dalamnya: “Malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (memberi hormat dengan berkata): ‘Selamat sejahteralah kamu, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.” (surah al-Ra’d, ayat 23-24)

    Reply #31 13 December, 2010, 08:58:31 AM
  • Publish
  • "jangan bersedih,
      kekasih pilihan ALLAH SWT akan dihadiahkan dugaan,
      hebatnya tanda kasihNYA
      jalannya dihiasi dengan duri-duri luka,
      tidak dibiarkan lena dalam nikmat melimpah,
      tapi dihidangkan keperitan susah payah,
      yang tiada kesudahannya."

    Allah tak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya....
    (surah Al-Baqarah : 286)

    Reply #32 13 December, 2010, 09:21:49 AM
  • Publish
  • [color=red]KENAPA AKU DIUJI?[/color]

    jawapan : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan 'kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji?'dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta (Surah Al -An Kabut : 2-3)

    KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAMKAN?

    jawapan : 'boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedangakn kamu tak mengetahui' (Surah Al-Baqarah : 216)

    KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

    jawapan : 'Allah tak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya' (Surah Al-Baqarah : 286)

    KECEWA?

    jawapan : 'janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang yang beriman.' (Surah Al-Imran : 139)

    BAGAIMANA HARUS AKU HADAPINYA?

    jawapan : 'Wahai orang-orang yang beriman! bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan)dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabarn musuh,dimedan prjuangan dan bersedialah(dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)'     Surah Al-Imran : 200)

    dan mintaklah pertolongan kepada Allah SWT dengan jalan sabar dan kerjakan sembayang dan sesungguhnya sembayang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk
    (Surah Al-Baqarah : 45)

    APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

    jawapan : 'sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min,diri,harta mereka dan memberi syurga untuk mereka. (Surah Al-Taubah :111)

    KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

    jawapan : cukuplah Allah bagiku, tiada ada Tuhan selain daripadaNya. hanya kepadanya aku bertawakal (Surah Al-Tuabah :129)

    AKU TAK TAHAN LAGI!!!

    jawapan : '....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.' (Surah Yusuf : 21)

    Reply #33 13 December, 2010, 09:47:06 AM
  • Publish

  • 2. Peringkat kedua, manusia akan mengeluh, marah-marah, mendongkol, menyalahkan orang lain dan yang paling parah ialah apabila menyalahkan takdir. Di peringkat ini, mereka telah menerima hakikat bahawa mereka sedang melalui masa getir, tetapi mendongkol dengan keadaan diri.

    Sesungguhnya, mengeluh tidak merubah apa-apa. Sikap marah-marah juga tidak merubah apa-apa. Dia akan membuatkan kita semakin tertekan dan terhimpit. Sudahlah ditimpa musibah, hati pula hilang bahagia. Di dalam Islam, kita ada konsep muraqabah, iaitu rasa sentiasa diawasi oleh Allah. Hari ini jika kita senang, Allah mahu melihat apa yang kita lakukan begitu juga apabila kita susah. Allah akan melihat apa yang akan kita lakukan. Semua, susah dan senang ada nilaian pahala jika kita membuat sesuatu dengan betul. Jika kita rasa sentiasa diawasi Allah, kita akan selalu mencari keredhaannya. Waktu senang kita tidak lupa Allah, waktu susah kita bergantung penuh denganNya. Akhirnya, senang dan susah tetap tenang dan tetap bahagia.

    Betul tu...
    Saya kekadang pun macam tu tapi alhamdulillah terus dapat 'twist' otak ni supaya jangan fikir gitu.
    Saya juga akan imbas balik ceramah tajuk 'LA' TAHZAN' yakni 'JANGAN BERSEDIH'
    Teringat lagi ustaz tu kata jangan bersedih kerana ujian yang diberi ini adalah amat kecil berbanding pa yang Allah swt bagi kat kita.
    Apalah sangat yang kita bagi kat Allah swt....sentiasa melakukan dosa dengan sedar atau tanpa sedar.
    Jadi, untuk apa kita bersedih dan marah, kecewa apabila dilanda ujian?
    Kerana kita tidak layak untuk itu...

    Peringatan untuk diriku sendiri....
     :aamiin:

    Reply #34 13 December, 2010, 10:06:33 AM
  • Publish
  •  :)

    ujian membuatkan diri kita akan lebih matang tentang erti kehidupan yang sebenar. ujian juga mengajar kita supaya kita tak ulangi kesilapan yang kita dah buat.

    Reply #35 12 November, 2011, 01:48:43 PM
  • Publish
  • HakikatNYA
    hendak menjadikan manusia dan Jin lebih baik

    siapakah yang dapat mengambil pelajaran daripada apa saja yang mendatanginya

    ianya akan menambah kebijaksanaan, inshallah

    be ready to sabar menempuhnya, tabah dan sabar menjalaninya, bijaksana memilih kebaikan di depannya, Inshallaah

    Reply #36 01 February, 2013, 04:36:16 PM
  • Publish
  •  :ins: akan dijadikan panduan...walaupun kadang2 tergelincir....

    Reply #37 16 June, 2013, 05:18:19 PM
  • Publish

  • saya pun kadang2 terleka...sentiasa sedih dengan ujian dan dugaan yang Allah berikan...saya lupa bahawa Allah memberikan ujian kerana Allah menyayangi kita dan Dia tahu kita mampu menghadapinya...saya terima berbagai ujian dan dugaan dari Allah, mungkin disebabkan dosa-dosa saya yang lalu atau Allah ingin menguji tahap kesabaran saya....contohnya saya dilanda masalah dengan suami, rumahtangga yang ada kalanya baik, adakalanya tidak...dan dugaan di tempat kerja...iaitu disebabkan kesilapan saya sendiri..bila bergaduh dengan suami, saya jadi tidak sabar, marah...bila saya ingat bahawa Allah sedang menguji saya, barulah saya segera beristighfar pada Allah...
    saya selalu berdoa pada Allah agar diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan dugaan Allah, kerana saya yakin setiap ujian yang diberikan pasti ada hikmah disebaliknya...

    Reply #38 23 December, 2013, 02:17:14 PM
  • Publish
  • salam ... saya jugak ingin kongsikan sesuatu..
    saya menerima ujian dimana orang yang saya sayang bernikah dengan orang lain.
    pada yang tak melalui mungkin merasakan perkara ini biasa saje. tapi pada saya , ini ujian yang paling berat pernah saya lalui ,, lebih berat dari kes penceraian mak ayah saya.
    saya hampir lupa segala-galanya. saya jatuh rebah, menangis tanpa henti. merasakan seperti hidup saya dah berakhir. tetap ada satu perkara yang mengingatkan saya. Mungkin tuhan sedang menguji saya, disamping ingin saya menebus dosa-dosa saya. saya kembali sujud. saya berdoa sambil menangis. saya merayu. akhirnya saya dapat kekuatan semula. dan sekarang saya boleh berkerja semula.saya berdoa supaya saya ikhlas redha. dan mendoakan yang terbaik untuknya, meskipun di dalam hati ini masih ada niat utk terus menunggu si dia. kerana orang yang saya cintai itu, telah jauh tersesat kerana tiada siapa yang menegurnya. malah ibu bapanya pun tidak menegurnya untuk berubah. apa yang saya harapkan saya dapat peluang utk menjadi pelengkap hidupnya, dan berkongsi ilmu yang saya ada. tapi sekarang dia menikahi gadis lain. saya hanya mampu berdoa agar dia akan mendapat hidayah kerana tak sanggup saya melihat dia berada dalam keadaan terus begitu. alhamdulillah .. walaupun ujian ini berat tapi saya bersyukur kerana melalui ujian ini, saya lebih yakin dan kembali ke jalan yang diredhai. harapan saya adalah ingin terus istiqamah begini. saya yakin ujian ini adalah kerana Allah menyayangi saya bahkan semua hambanya . Dia ingin kita kembali sujud kerana rindu sujud dari kita.

    Reply #39 08 May, 2014, 02:51:59 AM
  • Publish
  • Apa yang disimpan oleh Allah itu adalah lebih baik...

    Bersabarlah, Yang Allah Simpan Lebih Baik ᴴᴰ | Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
    ~ Begin with the End in Mind ~

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    10 Replies
    2133 Views
    Last post 26 July, 2011, 12:38:22 AM
    by Wie_San
    4 Replies
    1423 Views
    Last post 27 October, 2011, 02:29:09 PM
    by mohdazri
    10 Replies
    1612 Views
    Last post 30 August, 2012, 05:22:16 PM
    by leesya