Biodata Imam Syafie

*

Author Topic: Biodata Imam Syafie  (Read 6075 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

07 November, 2009, 04:32:36 AM
  • Publish
  • Imam Syafie bernama Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad SAW pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf.

    Beliau dilahirkan di Ghuzah nama sebuah kampung yang termasuk daerah Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masehi. Tempat asal ayah dan bonda beliau ialah di Kota Makkah. Imam Syafie lahir di Palestin kerana ketika itu bondanya pergi ke daerah itu demi keperluan penting. Namun di dalam perjalanan menuju Palestin tersebut ayahnya meninggal dunia, sementara Imam Syafie masih dalam kandungan ibunya. Setelah berumur dua tahun baru Imam Syafie dan ibunya kembali ke Kota Makkah.

    Ketika berumur 9 tahun beliau telah hafal Al-Quran 30 juz. Umur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi hadith-hadith Rasulullah SAW, yang dihimpun oleh Imam Malik.

    Kerana kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat sebagai guru besar ilmu hadith serta menjadi mufti dalam Masjidil Haram di Makkah.

    Ketika berumur 20 tahun beliau pergi belajar ke tempat Imam Malik di Madinah, setelah itu beliau ke Irak, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. Dalam usia 29 tahun beliau pergi ke Yaman untuk menuntut ilmu pengetahuan.

    Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah diceritakan bahawa setiap malam beliau membagi malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.

    Ketika Imam Syafie di Yaman, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa Gabenor di Yaman, sekaligus menjadi guru besar di sana. Kerana beliau termasuk orang pendatang, secara tiba-tiba memangku jawatan yang tinggi, maka ramai orang yang memfitnah beliau.

    Ahli sejarah telah menceritakan bahawa waktu sultan Harun Ar-Rasyid sedang marah terhadap kaum Syiah, sebab golongan tersebut berusaha untuk meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah, mereka berhasrat mendirikan sebuah kerajaan Alawiyah iaitu keturunan Saidina Ali bin Abi Talib. Kerana itu di mana kaum Syiah berada mereka diburu dan dibunuh.

    Suatu kali datang surat baginda Sultan dari Baghdad. Dalam surat yang ditujukan kepada Wali negeri itu diberitahukan supaya semua kaum Syiah ditangkap. Untuk pertama kali yang paling penting adalah para pemimpinnya, jika pekerjaan penangkapan telah selesai semua mereka akan dikirimkan ke Baghdad. Semuanya harus dibelenggu dan dirantai. Imam Syafie juga ditangkap, sebab di dalam surat tersebut bahawa Imam Syafie termasuk dalam senarai para pemimpin Syiah.

    Ketika peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan, Imam Syafie dibawa ke Baghdad dengan dirantai kedua belah tangannya. Dalam keadaan dibelenggu itu para tahanan disuruh berjalan kaki mulai dari Arab Selatan (Yaman) sampai ke Arab Utara (Baghdad), yang menempuh perjalanan selama dua bulan. Sampai di Baghdad belenggu belum dibuka, yang menyebabkan darah-darah hitam melekat pada rantai-rantai yang mengikat tangan mereka.

    Pada suatu malam pengadilan pun dimulai. Para tahanan satu persatu masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Setelah mereka ditanya dengan beberapa kalimat, mereka dibunuh dengan memenggal leher tahanan tersebut. Supaya darah yang keluar dari leher yang dipotong itu tidak berserak ia dialas dengan kulit binatang yang diberi nama dengan natha’.

    Imam Syafie dalam keadaan tenang menunggu giliran, dengan memohon keadilan kepada Allah SWT. Kemudian beliau dipanggil ke hadapan baginda Sultan. Imam Syafie menyerahkan segalanya hanya kepada Allah SWT. Dengan keadaan merangkak kerana kedua belah kaki beliau diikat dengan rantai, Imam Syafie mengadap Sultan. Semua para pembesar memperhatikan beliau.

    “Assalamualaika, ya Amirul Mukminin wabarakatuh.”
    Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu “Warahmatullah.”

    “Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh.” Jawab baginda. Kemudian baginda bertanya: “Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh sunnah, dan mengapa engkau berani berkata-kata dalam majlis ini sebelum mendapat izin dari saya?”

    Imam Syafie menjawab: “Tidak saya ucapkan kata “Warahmatullah” kerana rahmat Allah itu terletak dalam hati baginda sendiri.” Mendengar kata-kata itu hati baginda jadi lembut. Kemudian Imam Syafie membaca surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud:

    “Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.”

    Setelah membaca ayat di atas kemudian Imam Syafie berkata: “Demikianlah Allah telah menepati janjiNya, kerana sekarang baginda telah menjadi khalifah, jawapan salam baginda tadi membuat hati saya menjadi aman.” Hati baginda menjadi bertambah lembut. Baginda Harun ar Rashid bertanya kembali: “Kenapa engkau menyebarkan faham Syiah, dan apa alasanmu untuk menolak tuduhan atas dirimu.”

    “Saya tidak dapat menjawab pertanyaan baginda dengan baik bila saya masih dirantai begini, jika belenggu ini dibuka Insya-Allah saya akan menjawab dengan sempurna. Lalu baginda memerintahkan kepada pengawal untuk membukakan belenggu yang mengikat lmam Syafie itu.

    Setelah rantai yang membelenggu kedua kaki dan tangannya itu dibuka, maka Imam Syafie duduk dengan baik kemudian membaca surah Hujarat ayat 6:

    “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

    “Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada baginda itu adalah dusta belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan bagindalah yang berhak memegang adab kitab Allah kerana baginda adalah putera bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abbas. Kita sama-sama menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau saya dituduh Syiah kerana saya sayang dan cinta kepada Rasulullah dan keluarganya, maka demi Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga Rasulullah.” Demikian jawab Imam Syafie.

    Baginda Harun ar Rasyid pun menekurkan kepalanya kemudian ia berkata kepada Imam Syafie: “Mulai hari ini bergembiralah engkau agar lenyaplah perselisihan antara kami dengan kamu, kerana kami harus memelihara dan menghormati pengetahuanmu wahai Imam Syafie.”

    Demikianlah kehidupan Imam Syafie sebagai ulama besar, yang tidak lepas dari berbagai cubaan serta seksaan dari pihak yang tak mengerti akan hakikat kebenaran yang sesungguhnya. Hanya ketabahan dan keimanan serta pengetahuanlah yang dapat menghadapi setiap cubaan itu sebagai suatu ujian dari Allah SWT yang harus kita hadapi.
    -hOLla-

    ...seorng hamba ALLAH...tnpa pinjaman dariNYA siapalah aku...
    [img width= height=]http://i87.servimg.com/u/f87/12/77/43/73/selang10.jpg[/img]

    Reply #1 25 September, 2012, 09:05:44 AM
  • Publish
  • Namanya :Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Utsman bin Syafi'e bin Ubaid bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Al-Muttalib bin Abdi Manaf. Beliau bertemu nasabnya dengan Rasulullah S.A.W pada Abdil Manaf. Beliau bergelar Nashirul hadits(pembela hadits) kerana kegigihannya dalam membela hadits dan komitmennya untuk mengikuti sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

    Imam Al-Baihaqi menyebutkan; "Imam Asy-syafi'e di lahirkan di Kota Ghazzah,kemudian dibawa ke Asqalan,dan dibawa ke Makkah.

    Ibnu Hajar menambahkan lagi dengan mengatakan Imam Asy-Syafi'e di lahirkan di sebuah tempat Ghazzah di kota Asqalan. Ketika berusia dua tahun ibunya membawanya ke Hijaz dan hidup bersama dengan orang-orang keturunan Yaman kerana ibunya dari suku Azdiyah.Diusia 10 tahun beliau dibawa ke Makkah kerana khawatir nasabnya yang mulia akan lenyap.

    Perjalanan beliau menuntut ilmu

    Dalam usia 7 tahun Imam Asy-Syafi'e selesai menghafal Al-quran dan usia 10 tahun beliau menghafal Al-muwattha' karya Imam Malik,usia 15 tahun dengan izin gurunya yang bernama Muslim bin Az-Zanji untuk berfatwa. Beliau juga banyak menghafal syair-syair Hudzail. Setelah itu beliau pergi ke Madinah untuk belajar fiqh dari Imam Malik bin Anas hingga Imam Malik wafat pada tahun 179H, selepas itu beliau belajar dari Sufyan bin U'yainah.

    Dari hasil menggadaikan rumahnya berharga 16 dinar Imam Syafi'e pergi ke Yaman. Kerana ketidakmampuannya beliau bekerja sambil belajar dari Ulama'-ulama' di sana di antaranya Ibnu Abi Yahya dan lainnya.

    Ketika pemerintahan khalifah Harun Al-Rasyid terjadi fitnah 'Alawiyyin yang mengakibatkan seluruh 'Alawwiyyin di usir dari Yaman termasuk Imam Syafi'e, beliau bersama dengan rombongan 'Alawiyyin dibawa ke Iraq dengan di ikat sambil di siksa. Selepas keluar dari penjara beliau belajar dari para ulama'-ulama' di sana seperti Imam Muhamamad bin Al-Hasan.

    Ketika pemerintahan Al-makmun yang dikuasai oleh para ulama' ahli kalam dan merebak banyak bid'ah, beliau pergi ke Mesir dan beliau membuka halaqah di masjid Amr bin Al-'Ash. Selain itu beliau juga bertemu dengan Imam Ahmad bin Hambal dan saling mengambil ilmu diantara keduanya.Wafatnya Imam Asy-Syafi'e pada akhir bulan Rejab tahun 204H dan dimakamkan di mesir. Wallahu A''lam.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #2 25 September, 2012, 09:15:40 AM
  • Publish
  • Nama beliau ialah Muhammad bin Idris bin Al-`Abbas bin `Usman bin Syafi` bin AsSa’ib dan nasabnya sampai kepada `Abdul Manaf datuk Nabi. Gelaran Asy-Syafi`ie adalah sempena nama datuknya Syafi` bin As-Sa’ib. Beliau dilahirkan di Ghazzah (Gaza), Palestine, pada tahun 150H/767M pada tahun kematian Imam Abu Hanifah An-Nu`man bin Tsabit. Ketika itu pemerintahan Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur di kota Baghdad.

    Sebelum melahirkan beliau, ibunya bermimpi melihat sebutir bintang keluar dari perutnya lalu naik ke langit. Kemudian bintang itu pecah lalu jatuh bertaburan ke bumi. Cahaya dari bintang pecah itu menerangi seluruh muka bumi. Ibunya terkejut bila mengetahui suaminya juga mengalami mimpi yang sama iaitu dia melihat ada sebutir bintang yang keluar dari perut isterinya.

    Ibu bapanya berasal dari Makkah dan mereka menziarahi Palestin ketika Asy-Syafi`ie masih dalam kandungan. Ayahnya meninggal dunia dan kemudian Asy-Syafi`ie pun dilahirkan. Setelah berusia dua tahun, mereka kembali semula ke Makkah dan menetap di Sya`bu l-Hayf.

    Beliau seorang yang kuat ingatan, terang hati, rajin serta mempunyaï peribadi yang sangat tinggi. Ibunya Fatimah binti `Abdi Llah bin Hasan bin `Aliy bin Abi Talib. Beliau meninggal dunia pada 29 Rajab tahun 204H/820M di Mesir.

    Imam As-Syafi'e merupakan penentang amalan bid'ah. Katanya, semua perkara yang diadakan menyalahi AlQuran dan As-sunnah atau ijmak ulama adalah bid'ah yang keji dan sesat! Manakala mana-mana perkara atau kebaikan yang tidak menyalahi sedikit pun dari kesemua itu adalah bid'ah yang terpuji.

    Imam As-Syafie berpegang kepada fahaman Ahlu Sunnah Wal Jamaah seperti juga 3 orang Imam Mazhab lain yang terkenal seperti Imam Abu Hanifah (Mazhab Hanafi), Imam Malik bin Anas (Mazhab Maliki) dan Imam Ahmad Bin Hanbal (Mazhab Hanbali).



    Reply #3 25 September, 2012, 09:17:16 AM
  • Publish
  • Imam Asy-Syafi`ie mempunyaï ingatan yang kuat, berkebolehan tinggi, dan dapat menghafaz semua pelajaran yang diajar.

    Apabila gurunya tidak dapat mengajar kerana sesuatu urusan, beliau diamanahkan mengambil tempat gurunya untuk mengajar murid-murid.

    Imam Asy-Syafi`ie menguasaï ilmu Al-Quran, hadits, Bahasa Arab dan lahjahnya, serta mahir dalam penulisan dan sya`ir. Beliau belajar hadits daripada Sufyan bin `Uyaynah, Muslim bin Khalid Az-Zanjiy Al-Makkiy, Sa`id bin Salam Al-Qaddah, Dawud bin `Abdi r-Rahman Al-`Attar, dan `Abdu l-Majid bin `Abdi l-`Aziz. Beliau belajar ilmu Al-Qur’an daripada Isma`il bin Qistantin.

    Di Madinah, Imam Asy-Syafi`ie belajar daripada Imam Malik bin Anas, Ibrahim bin Abi Yahya As-Samiy, Muhammad bin Sa`id bin Abi Fudayl dan `Abdu Llah bin Nafi` AsSani`. Imam Asy-Syafi`ie menghafaz kitab Al-Muwatta’ Imam Malik ketika berusia 10 tahun semasa beliau di Makkah dan belum lagi berjumpa dengan Imam Malik.

    Kitab Al-Muwatta’ adalah kitab yang terkemuka pada ketika itu. Imam As-Syafi’e kemudiannya berhijrah ke Madinah untuk berguru pula dengan Imam Malik. Ketika itu Imam As-Syafi’e baru berumur 20 tahun dan beliau terus duduk bersama Imam Malik sehinggalah kematian Imam Malik pada tahun 179H/796M.

    Ketokohan Imam As-Syafi’e sebagai murid terpintar Imam Malik bin Anas mulai diiktiraf ramai. Imam as-Syafi‘e mengambil alih sebentar kedudukan Imam Malik bin Anas sebagai guru di Masjid Nabawi di Madinah sehinggalah beliau ditawarkan satu kedudukan jawatan oleh Gabenor Yaman. Jawatan Imam As-Syafi’e di Negeri Yaman tidak lama kerana beliau telah difitnah sebagai pengikut mazhab Syiah. Selain itu pelbagai konspirasi lain dijatuhkan ke atasnya sehinggalah beliau dirantai dan dihantar ke penjara di Baghdad, yakni pusat pemerintahan Dinasti Abbasiyyah ketika itu.

    Reply #4 25 September, 2012, 09:26:13 AM
  • Publish
  • Imam As-Syafi’e meninggal dunia pada 29 Rejab tahun 204H/820M di Mesir ketika berumur 54 tahun (Hijriah), dan dikebumikan di Al-Qarafah selepas Asar. Beliau meninggalkan kepada dunia Islam sebuah kitab yang paling agung dalam bidang usul fiqh berjudul ar-Risalah. Kitab ini adalah yang terawal dalam menyatakan kaedah-kaedah mengeluarkan hukum daripada sesebuah nas al-Qur’an dan as-Sunnah. Selain itu Imam as-Syafi’e juga meninggalkan kitab fiqhnya yang termasyhur berjudul al-Umm. Ajaran Imam as-Syafi’e diteruskan oleh beberapa anak muridnya yang utama seperti Abu Yaaqub al-Buwayti (231H/846M), Rabi’ bin Sulaiman al-Marali (270H/884M) dan Abu Ibrahim bin Yahya al-Muzani(274H/888M).

    Semoga Allah S.w.t merahmati Imam Muhammad bin Idris As-Syafi'e dan berada di kalangan orang-orang soleh di sana, amin.

    Reply #5 25 September, 2012, 09:31:58 AM
  • Publish
  • Sumbangan Imam As-Syafi’e

    1- Mengasaskan kaedah-kaedah tertentu dalam mensabitkan hukum seperti menggunakan hadits yang sahih untuk mengistinbatkan hukum tanpa melihat statusnya.

    2- Tidak menerima kaedah istihsan.

    3- Mempersempitkan penggunaan akal dalam mensabitkan sesuatu hukum.

    4- Berijtihad mengikut tempat dan suasana.

    5- Berhujah dengan golongan anti-hadits, disebut dalam kitab Ar-Risalah.

    6- Sangat teliti dalam mengutarakan pandangan khususnya dalam masalah `ibadah.

    7- Antara karangan beliau ialah Ar-Risalah, Al-Umm, Ikhtilaful-Hadis, Al-Musnad dan lain-lain.

    8- Mazhabnya diikuti di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand.


    Rujukan:

    1 - Biografi Imam Mazhab Empat - Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin

    2 - Ringkasan Riwayat Hidup 4 Imam

    Sumber;
    Riwayat Hidup Imam Syafie - Oleh Ustaz Salehuddin Nasir
    http://unikversiti.blogspot.com/2012/01/biografi-imam-as-syafie.html



    Reply #6 22 July, 2013, 11:47:03 PM
  • Publish
  • Kisah Imam Syafie yang diceritakan oleh Ustaz ana...

    KISAH IMAM SYAFIE DI RUMAH IMAM AHMAD

    Pada suatu hari Imam Syafie rhm datang menziarahi Imam Ahmad bin Hambal. Apabila selesai makan malam bersama, Imam Syafie masuk ke bilik tidur yang telah disediakan untuknya dan segera berbaring sehingga terbit fajar.

    Anak perempuan Imam Ahmad yang sentiasa memerhatikan Imam Syafie sejak dari awal lagi bertanya kepada ayahnya dengan nada menegur, “Ayah selalu memuji dan mengatakan Imam Syafie itu seorang ulama yang sangat alim. Sebaliknya apa yang saya perhatikan banyak perkara tidak mengambarkan ianya seorang yang benar-benar alim.

    Imam Ahmad amat terkejut mendengar perkataan anak permpuannya, lalu ianya bertanya, “Ia seorang alim wahai anakku, mengapa kamu berkata demikian?”
    Anak perempuannya menjawab,” Aku perhatikan ada tiga perkara menyebabkan kekurangannya, wahai ayah. Pertama, pada waktu dihidangkan makanan, ia memakannya dengan lahap sekali. Kedua, sejak masuk ke bilik tidurnya, ia tidak Solat Malam sebaliknya hanya keluar setelah masuk waktu Subuh. Ketiga, Ia Solat Subuh tanpa berwudhuk.”

    Imam Ahmad bin Hambal memikirkan semua perkataan anaknya itu dan akhirnya supaya jelas persoalan anaknya itu, ianya menyampaikan semua alasan anak perempuannya itu kepada Imam Syafie. Bila mendengar semua itu, Imam Syafie tersenyum lalu ia berkata, “ Wahai Ahmad! sebabnya aku makan dengan lahap dan banyaknya di rumah kamu kerana aku tahu bahawa makanan di rumah kamu jelas halal dan baik. Aku tidak ragu dengan makanan itu sedikit pun, atas sebab itulah aku makan dengan lahap. Lagi pun aku amat memahami bahawa engkau seorang yang sangat pemurah. Makanan orang yang pemurah itu ubat dan makanan orang yang kedekut itu penyakit. Aku makan semalam bukan kerana untuk kenyang tetapi semata-mata untuk berubat dengan makananmu itu.”

    Perkara kedua yang menyebabkan aku tidak solat malam kerana ketika aku meletakkan kepalaku di atas bantal untuk tidur, tiba-tiba seolah-olah aku melihat di hadapanku Kitabullah dan sunnah Rasulullah SAW dan dengan izin Allah malam itu, aku dapat menyusun 72 masaalah feqah Islam sehingga aku tidak sempat solat malam. Perkara ketiga yang menyebabkan aku tidak berwudhuk ketika solat Subuh kerana aku Walahhi ! . . . . pada malam itu aku tidak dapat tidur sekelip pun, sehingga aku Solat Suboh dengan wudhuk Solat Insya’.”


    Apabila seseorang tidak tidur pada permulaan waktu malam untuk menuntut ilmu dalam rangka mengharapkan wajah Allah Azza wa Jalla, dengan mempelajari maupun mengajarkannya pada orang lain, maka amalan tersebut lebih baik dibandingkan shalat malam. Jika mungkin baginya ia mengerjakan kedua amalan tersebut secara beriringan. Ini tentu lebih baik. Tapi jika kedua amalan tersebut sulit dilakukan secara beriringan maka menuntut ilmu syari’at nilainya lebih utama dan lebih baik.
     :ins:

    Tapi ini tidak bermakna kita tak perlu nak solat malam langsung....membaca saja..lakukanlah solat Tahajud semoga dipermudahkan hati kita menerima kefahaman ilmu.. :aamiin:
    “Cinta yang Allah redha adalah cinta yang di semai semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah, dalam rangka melakukan ketaatan padaNya, iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya! Cinta ini adalah cinta yang bermanfaat. Dengan cinta ini, mata dan hatinya akan terpelihara."

    Reply #7 23 July, 2013, 01:52:45 AM
  • Publish
  • selain dituduh Syiah....

    Imam Syafie' rahimahullah juga pernah dipukul oleh 'samseng' Malikiyah (golongan yang taksub). Beliau dituduh mahu menghapuskan mazhab Maliki. *di Mesir kalau tak silap. lupa-lupa...

    *Imam Syafie' juga ada menulis kitab mengenai perbezaan (khilaf) di antara mazhab Syafie' dan Maliki. (nama kitab pun lupa)

    -------



    divider3
    halaqahforum4