Skim Perbankan Islam : Sejauh Mana Ia Menepati Kehendak Syariah?

Author Topic: Skim Perbankan Islam : Sejauh Mana Ia Menepati Kehendak Syariah?  (Read 2234 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

syahril_MBP

  • *
  • Posts: 8
    • View Profile
20 September, 2012, 11:53:00 PM
  • Publish Di FB
  •  :) Minta pandangan sahabat semua berkenaan artikel ini


    Oleh: Muhammad Hisyam Bin Mohamad

    Pengalaman berurusan dengan Cawangan Perbankan Islam sebuah institusi perbankan terbesar negara bagi menyelesaikan urusan pembelian rumah baru-baru ini telah sedikit sebanyak mengundang persoalan di benak penulis akan sejauh manakah Skim Perbankan Islam (SPI) di Malaysia menepati apa yang dikatakan sebagai perbankan berlandaskan Syariah yang bebas daripada unsur-unsur riba dan unsur-unsur lain yang dilarang oleh agama Islam.
    Di Malaysia, bagi pembiayaan perumahan, majoriti bank menggunakan konsep al-bai' bithaman ajil (BBA) atau jual harga tangguh. Manakala dalam penentuan kadar keuntungan pula ada dua pendekatan yang digunakan iaitu sama ada menggunakan kadar tetap (fixed rate) atau kadar yang berubah-ubah (floating base financing rates) yang mempunyai kadar siling yang tertentu yang ditetapkan pada awal kontrak.

    Dalam amalan BBA sekarang, pelanggan perlu menandatangani Perjanjian Jual Beli (S&P) dengan pemaju/penjual dengan membayar 5%-10% wang pendahuluan. Kemudian dia cuba mendapatkan pembiayaan daripada pihak bank. Jika diluluskan, pihak bank akan membeli hak pelanggan di bawah S&P tadi dan kemudiannya membayar keseluruhan harga aset kepada pihak pemaju/pembeli sebelum menjualnya kembali kepada pelanggan pada harga tangguh dan pada kadar untung yang tertentu.

    Persoalannya sekarang jika rumah tadi masih lagi dalam pembinaan, apa yang dibeli oleh pihak bank dan apa yang dijualnya kembali kepada pelanggan?

    Ini kerana dalam Islam sesuatu yang ingin dijual itu perlu wujud dan ada dalam pemilikan penjual pada masa akad dilakukan. Jika barang yang diakad (ma'qud alaih) tidak wujud semasa akad dibuat, ia boleh mewujudkan unsur ketidaktentuan (gharar) tentang kemampuan pihak penjual dalam menyerahkan aset tadi kepada pembeli.

    Dalam perundangan Islam, kontrak jual beli boleh menjadi satu akad yang fasid jika penjual gagal menyerahkan ma'qud alaih semasa akad dibuat. Dalam kes BBA (jika benarlah ia bersandarkan konsep jual beli Islam), kontrak tersebut sepatutnya terbatal jika rumah tadi gagal disiapkan atau gagal diserahkan kepada pembeli dalam tempoh yang ditetapkan.

    Hakikat sebenar yang berlaku di Malaysia ialah, walaupun sesuatu projek itu gagal disiapkan atau terbengkalai, pelanggan tetap kena membayar ansuran bulanan atau membayar kadar keuntungan ke atas progressive payment yang telah dibuat pihak bank kepada pemaju/penjual. Jika benar rumah tadi adalah milik bank (kerana ia telah beli daripada pemaju/penjual sebelum menjualnya kepada pelanggan), bukankah ini sesuatu yang tidak menepati semangat syariah yang berpaksikan konsep adil dan ihsan?

    Katakan rumah tadi berjaya disiapkan, bagaimanapun ini belum menjamin pelanggan sudah boleh menarik nafas lega. Ini kerana dalam sesetengah kes, kelewatan pihak bank menjelaskan baki harga rumah kepada pihak pemaju (selepas di tolak bayaran pendahuluan yang biasanya sekitar 10% daripada harga rumah) ada kala boleh menyebabkan pihak pelanggan dikenakan kadar faedah (riba) yang ada kalanya mencecah 8%-10% setahun oleh pihak pemaju/penjual. Kunci tidak akan diberikan oleh pihak pemaju selagi bayaran faedah ini tidak dilunaskan oleh pembeli. Bukankah ini adalah tanggungjawab pihak bank untuk menyerahkan kunci kepada pelanggan kerana dalam BBA, bank adalah penjual atau pemilik kepada aset tadi? Begitu juga dengan denda oleh pemaju. Sepatut kos ini ditanggung oleh pihak bank bukannya pelanggan jika terbukti kelewatan pendokumentasian dan pembayaran berlaku di pihak bank itu sendiri.

    Apa yang terkandung di dalam S&P sebenarnya lebih mirip konsep istisna' iaitu tempahan. Istisna' merupakan akad jual beli di mana pembeli menempah atau memesan kepada penjual untuk membuat sesuatu barang yang dikehendakinya supaya disiapkan dalam masa yang tertentu dengan harga dan cara bayaran yang ditetapkan. Akad jual beli itu adalah atas barang yang dibuat oleh penjual. Dalam kontrak istisna' akad hanya akan menjadi sempurna apabila penjual menyerahkan barang tempahan tadi kepada pelanggan.

    Oleh sebab itu, bagi mengelak kekeliruan dari segi penggunaan konsep dalam pembiayaan perumahan, kebanyakan bank Islam dari Timur Tengah mengamalkan konsep Istis'na dan Ijarah Muntahiya bi al-Tamlik atau Musharakah Muntaniqisah.

    Secara ringkasnya melalui konsep Istisna' dan Ijarah Muntahiyah bi al Tamlik, bank akan membeli rumah daripada pemaju dengan menggunakan konsep Istisna'. Kemudian bank akan memajak rumah (yang masih dalam pembinaan) tadi kepada pelanggan untuk suatu tempoh dan kadar sewa yang tertentu. Jika rumah tadi gagal disiapkan pemaju, kontrak tadi akan dibatalkan dan sebarang lebihan sewa (jika ada) akan dipulangkan kepada pelanggan. Jika rumah tadi berjaya disiapkan, kontrak tadi akan berterusan dengan pelanggan akan membayar sewa bulanan kepada pihak bank. Pada akhir tempoh kontrak, pihak bank akan memindahkan pemilikan rumah tadi kepada pelanggan melalui kontrak jualan atau sebagai pemberian.

    Manakala melalui konsep Musyarakah Mutanaqqisah, bank dan pelanggan akan menjadi rakan kongsi dalam pemilikan sesebuah rumah. Bank biasanya akan menjadi pemilik saham terbesar manakala pelanggan akan menjadi pemilik minoriti. Sebagai contoh, bank akan membayar 90% daripada harga rumah tadi manakala baki 10% lagi ditanggung pelanggan. Pelanggan akan secara beransur-ansur menguasai saham yang dimiliki oleh bank ke atas rumah tadi melalui bayaran ansuran bulanan (sewa) dan pada akhir tempoh kontrak, rumah tadi akan menjadi milik penuh pelanggan.

    Bagaimana pula dengan syarat-syarat lain yang diwajibkan oleh pihak bank kepada pelanggan seperti mengambil perlindungan takaful terhadap diri dan aset tadi? Biasanya bank akan mensyaratkan pelanggan menyertai takaful gadaijanji dan takaful pemilik rumah atau takaful kebakaran yang biasanya disediakan secara automatik oleh pihak bank dan perlu dibayar oleh pelanggan.

    Pengalaman penulis ialah walaupun mengambil pembiayaan yang dibuat secara BBA, salah satu perlindungan yang diberikan adalah insuran kebakaran dan bukannya takaful kebakaran. Apabila ditanya pegawai pemasaran bank kenapa penulis diberi insurans kebakaran sedangkan urusan dibuat di Cawangan Perbankan Islam, jawapannya adalah acuh tak acuh sahaja. Kononnya polisi dijana secara automatik oleh komputer! Bukankah yang memasukkan data ke dalam komputer itu adalah manusia yang bertugas di Cawangan Perbankan Islam? Dan perkara seumpama ini tidak seharusnya berlaku kerana syarikat induk bank tadi merupakan satu-satunya syarikat di Malaysia yang mempunyai dua buah syarikat takaful di bawah naungannya.

    Begitu juga dengan alat-alat pemasaran dan maklumat-maklumat iklan yang digunakan untuk memberitahu pelanggan akan produk yang ditawarkan. Ia seharusnya betul dan tidak mengelirukan. Dalam perbankan Islam, terma pinjaman dirujuk sebagai pembiayaan, terma faedah dirujuk sebagai keuntungan manakala kadar faedah adalah kadar keuntungan. Akan tetapi bank yang penulis berurusan ini menggunakan secara terang-terangan menggunakan terma BLR (Base Lending Rate) atau Kadar Pinjaman Asas di dalam brosur untuk menyatakan kadar keuntungan yang dikenakan ke atas produk pembiayaan perumahannya. Ini adalah sesuatu yang mengelirukan kerana dalam SPI, BLR adalah BFR (Base Financing Rate).

    Pada dasarnya SPI diwujudkan bagi menyediakan satu ruang bagi masyarakat Islam bermuamalat dalam ruang lingkup yang dibenarkan syariah dan yang paling utama ialah muamalat tadi bebas daripada unsur riba.

    Akan tetapi, dalam agama Islam tahap pematuhan kepada kehendak Syariah adalah suatu perkara yang tidak dilihat dari segi konsep semata-mata. Agama Islam melihatnya secara keseluruhan.

    Begitu juga dalam kes SPI ini. Walaupun konsep-konsep yang digunapakai dalam SPI seperti al-wadiah, al-mudharabah, bai al-inah, bai bithaman ajil, al-ijarah dan sebagai adalah konsep-konsep yang terdapat dalam buku-buku fiqh, ia tidak semestinya menunjukkan dengan menggunapakai konsep-konsep ini ke atas produk-produk yang ditawarkan oleh SPI, akan menjadikan produk-produk tadi sebagai seratus peratus menepati syariah.

    Ini kerana konsep merupakan sebahagian unsur yang mewujudkan sesuatu produk sebelum ia boleh dipasarkan kepada pelanggan. Unsur-unsur lain seperti prosedur-prosedur yang perlu dilalui pelanggan semasa proses memohon produk atau perkhidmatan, tahap pengetahuan kakitangan bank tentang produk/perkhidmatan yang ditawarkan; mutu perkhidmatan; unsur-unsur perundangan yang membabitkan pihak yang berurusan (baik peguam yang mewakili bank, pelanggan mahupun pembekal/penjual); syarat-syarat yang dikenakan pihak bank ke atas pelanggan dan sebagainya perlu juga diambil kira.

    Munzir khan

    • *
    • Posts: 613
      • View Profile
    Jawab #1 21 September, 2012, 01:02:20 AM
  • Publish Di FB
  • Salam,zaman Rasul saw takdak bank.bagi saya ini semua kerja yahudi

    pawie

    • *
    • Posts: 213
      • View Profile
    Jawab #2 21 September, 2012, 08:45:54 AM
  • Publish Di FB
  • Yakinlah bahawa perbankan islam menepati kehendak syarak walaupun didalamnya terdapat produk berunsur subahah....

    Setiap perbankan islam yang diujudkan perlu dan mesti ada panel syariah. Baru lesen dikeluarkan. Dan setiap produk yang dikeluarkan telah diluluskan oleh panel syariah yang telah dilantik dari mereka yang berwibawa dalam kewangan islam.

    Walaupun ada produk yang masih berunsur shubahah.....panel syariah masih mencari jalan untuk menghilangkannya..kerana mereka berpendapat untuk menghilangkannya riba dalam sistem ekonomi sekular agak sukar...tetapi mereka telah berusuha untuk menghapuskan secara berperingkat peringkat.

    Sent from Samsung Galaxy Note @ Celcom Mobile

    syahril_MBP

    • *
    • Posts: 8
      • View Profile
    Jawab #3 21 September, 2012, 04:44:54 PM
  • Publish Di FB
  • Yakinlah bahawa perbankan islam menepati kehendak syarak walaupun didalamnya terdapat produk berunsur subahah....

    Setiap perbankan islam yang diujudkan perlu dan mesti ada panel syariah. Baru lesen dikeluarkan. Dan setiap produk yang dikeluarkan telah diluluskan oleh panel syariah yang telah dilantik dari mereka yang berwibawa dalam kewangan islam.

    Walaupun ada produk yang masih berunsur shubahah.....panel syariah masih mencari jalan untuk menghilangkannya..kerana mereka berpendapat untuk menghilangkannya riba dalam sistem ekonomi sekular agak sukar...tetapi mereka telah berusuha untuk menghapuskan secara berperingkat peringkat.

    Sent from Samsung Galaxy Note @ Celcom Mobile

    Saya stuju sgt dan sy adalah penyokong kuat perbankan Islam. Cuma kita tidak mahu sesetengah bank yang menangguk di air keroh ketika mana masyarakat mula nk beralih kpd bank Islam. Walaupun dari segi transaksinya menepati syariah, ttp jika ianya menindas ttp akan bermasalah. Jd rasanya peranan kita jg utk 'menegur' sstengah perbankan Islam ini. Apapn, apalah salahnya jika mahal sedikit drpd bank konvensional asalkan jauh dari MURKA ALLAH

    Munzir khan

    • *
    • Posts: 613
      • View Profile
    Jawab #4 21 September, 2012, 07:13:15 PM
  • Publish Di FB
  • Salam,sistem bank ni yang tak bagusnya ialah membuat kan kita banyak hutang,Nabi saw tak suka orang meminta minta.disini kita lihat jarum yahudi telah kena pada kita.

    Allahualam

    Munzir khan

    • *
    • Posts: 613
      • View Profile
    Jawab #5 21 September, 2012, 07:39:26 PM
  • Publish Di FB

  • Salam,sistem bank ni yang tak bagusnya ialah membuat kan kita banyak hutang,Nabi saw tak suka orang meminta minta.disini kita lihat jarum yahudi telah kena pada kita.

    Allahualam

    sistem bank diantara penyebab manusia berlumba2 mengejar keselesaan di dunia hingga tiada masa untuk membuat amalan untuk akhirat,kerana takut tak boleh bayar hutang sebab nak berhutang lagi.

    Allahualam

    pawie

    • *
    • Posts: 213
      • View Profile
    Jawab #6 21 September, 2012, 08:21:29 PM
  • Publish Di FB
  • Kenapa kita kena pilih bank islam......?

    Kenapa kita tidak pilih ayam yang di sembelih oleh ah chong......dan kenapa kita pilih ayam yang di sembelih oleh org islam....sedangkan kedua dua ayam tersebut dari ayam yang sama dari ladang yang sama dan cara sembelih pun sama......ayam ah chong dijual juga lebih murah......

    Itu kuasa kita untuk memilih yang mana halal dan yang mana haram........

    Kenapa produk bank islam mahal......
    Sebab produk yang dijual adalah dalam bentuk jual beli yang telah diambil kira semua kos termasuk keadaan ekonomi sepanjang pinjaman. Ini bermakna harga yang kita terima dari bank adalah mutlak dan jelas sepanjang tempoh pinjam.

    Jumlah keseluruh produk yang ditawarkan oleh bank konvensional untuk tempoh pinjaman masih tidak jelas dan pasti kerana dia terikat pada kadar BLR semasa....kalau naik. Maka naiklah jumlah interest yang akan ditanggung oleh pengguna.

    Cth...
    Bank islam telah tetapkan kadar interest sebanyak 7% max bagi tempoh 25 tahun. so dia orang akan kira pada kadar 7% tetap utk tempoh  sepanjang tempoh 25 tahun pinjaman. Jika rate semasa 4% maka bank akan bagi rivet dan pulangan pada pengguna pada perbezaan tersebut. Jika kadar semasa naik sehingga melebihi 7% pihak bank akan tanggung perbezaan tersebut.

    Ini berbeza dengan produk konvensional kadarnya tidak tetap...jika kadar semasa 4% maka mereka akan charge pada pengguna dengan kadar tersebut.....jika kadar semasa naik lebih dari 7% pihak pengguna akan tanggung kos tersebut.

    Kesimpulannya....
    Total pinjaman utk tempoh 25 tahun sudah jelas dan kita dah boleh akad jual beli dengan harga tersebut. Tapi bank konvosinal masih tidak pasti total keseluruhan yang patut kita bayar sebab berpandukan kadar interest semasa.....

    Pilihan atas tangan kita....kalau kita pilih loan konvosional selama 25 tahun....maka selama 25 tahunlah kita terlibat dengan dosa......

    Zaman sekarang tiada lagi istilah dalurat kerana produk kewangan islam telah banyak dan mengatasi produk konvensional.....berbeza 15 tahun yang lepas.

    Sent from Samsung Galaxy Note @ Celcom Mobile

    Munzir khan

    • *
    • Posts: 613
      • View Profile
    Jawab #7 21 September, 2012, 08:56:45 PM
  • Publish Di FB
  • Kenapa kita tidak pilih ayam yang di sembelih oleh ah chong......dan kenapa kita pilih ayam yang di sembelih oleh org islam....sedangkan kedua dua ayam tersebut dari ayam yang sama dari ladang yang sama dan cara sembelih pun sama......ayam ah chong dijual juga lebih murah......

    Jawapan di atas ramai dah tahu,sebab ah chong tu bukan orang Islam Dan tak sebelih dengan cara Islam

    Galakkan berhutang tu yang tak berkenan

    syahril_MBP

    • *
    • Posts: 8
      • View Profile
    Jawab #8 23 September, 2012, 02:13:39 PM
  • Publish Di FB
  • Kenapa kita tidak pilih ayam yang di sembelih oleh ah chong......dan kenapa kita pilih ayam yang di sembelih oleh org islam....sedangkan kedua dua ayam tersebut dari ayam yang sama dari ladang yang sama dan cara sembelih pun sama......ayam ah chong dijual juga lebih murah......

    Jawapan di atas ramai dah tahu,sebab ah chong tu bukan orang Islam Dan tak sebelih dengan cara Islam

    Galakkan berhutang tu yang tak berkenan

    by sy nak berhutang atau tidak itu trserah kpd sikap individu. Mcm kita tgk tv, klu nak banding y brmaksiat dan y brpahal, sudah tentu byk maksiatnya dari pahala. Tp pilihan di tangan kita..Allah bg kita pilihan, imma syakiran, imma kafura. Persoalan ini telah banyak dibahas dalam kajian-kajian dan kitab-kitab ulama. Telah lama ulama kita membuat pembahagian (hieraki pengguna). Ulama membahagikan peringkat individu itu kpd 'hajiyyat', 'tahsiniyyat' dan 'kamaliyyat' (ssetengahnya membahagikan shgga lima peringkat). Jd disinilah perlu kita mengajak masyarakat dan individu menilai diri berada di peringkat mana. Inilah perbezaan antara theory ekonomi barat yang membicarakan tntang "unlimited want and limited resources" sdgkn Islam mgajar kita bhw resource (rizki Allah itu luas dan mencukupi) dan kemahuan manusia itu boleh dibenteng dgn Iman. Jd tepuk dada tanya Iman!

    Persoalan pokok sekarang ini kita kena war-warkan kpd masyarakat bhw disana sudah ada pilihan utk lari dari dosa riba y dperangi. Cuma apabila sikap sesetengah dari kita y suka mncari ruang-ruang 'kelemahan' bank Islam dan disebarkan kpd masyarakat y akhirnya muncullah stigma dalam masyarakat bahawa "bank islam mahal", "bank islam pun haram", "bank islam sama sahaja" dan sbgnya y akhirnya merencatkan usaha ramai cendikiawan islam y bersungguh-sungguh memerangi riba. Memang kita akui, di sana wujud terlalu banyak lagi kelemahan dan kecacatan dalam transaksi dan produk bank islam tetapi perlu diingat bhw usaha y bukan sedikit telah dicurahkn untuk melahirkan produk tersebut. Kerja kita sekarang adalah utk 'menguatkan' apa yang lemah, 'menyempurnakan' apa yang cacat.

    Munzir khan

    • *
    • Posts: 613
      • View Profile
    Jawab #9 24 September, 2012, 08:34:55 AM
  • Publish Di FB
  • Lalu mereka terburu-buru menurut jejak langkah datuk neneknya.
    [71]
    Dan demi sesungguhnya, telah sesat juga - sebelum kaummu (wahai Muhammad) - kebanyakan kaum-kaum yang telah lalu.
    [72]
    Pada hal, demi sesungguhnya, Kami telahpun mengutus dalam kalangan kaum-kaum itu, Rasul-rasul pemberi amaran.
    [73]
    Maka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang (yang mendustakan Rasul-rasul Kami) setelah diberi amaran, -
    [74]
    Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat dan mendapat sebaik-baik balasan).
    [75]
    Dan demi sesungguhnya, Nabi Nuh telah berdoa merayu kepada Kami (memohon pertolongan), maka Kami adalah sebaik-baik yang kabulkan doa permohonan.
    As Saaffat:70-75

    Allah tak bagi RIBA,tapi siapa yang berhak buat bank islam yang unsur RIBA

    Allah dah tau manusia terburu-buat keputuasan,nak itu nak ini hutang sana hutang sini
    Ok,Mak bapak aku pon hutang Jugak dulu,benda ni dah sebati.

    Soalan saya senang je apa jadi kalau orang tu beli rumah atau kereta kalau tak boleh bayar?
    Bank memang tak rugi apa pon betul ke tak?

    musafirhamba

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #10 10 January, 2013, 11:18:10 PM
  • Publish Di FB
  • di dalam kelas minggu lepas ada perbincangan berkaitan produk-produk perbankan Islam yang seakannya nampak masih ada  unsur-unsur riba. Namun,kita yakin bahawa penasihat-penasihat syariah telah cuba mencari mekanisme yang terbaik.setakat ini, itu kaedah yang terbaik yang dijumpai, dan penambahbaikan sentiasa ada.kita perlu berfikiran positif,ke arah mencari mekanisme sistem perbankan Islam yang betul-betul memenuhi kehendak syarak. Mengingati kata-kata Prof.,kamu yang muda-muda ini teruslah mengkaji,bagilah cadangan,insyaallah satu hari nanti kite akan jumpa jalan yang terbaik untuk pelaksanaan perbankan islam. Apa yang kita belajar secara teori tidaklah semudah untuk melaksanakannya. Disitu, ada juga kekangan undang-undang.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    10 Replies
    8051 Views
    Last post 24 September, 2012, 08:20:08 AM
    by syahril_MBP
    6 Replies
    2884 Views
    Last post 15 December, 2009, 04:43:32 AM
    by issyah
    1 Replies
    1336 Views
    Last post 26 February, 2011, 03:01:40 PM
    by sonidoter89