Ibadah Korban Bersama Halaqian Siri 2 (1433 H)

*

Author Topic: Ibadah Korban Bersama Halaqian Siri 2 (1433 H)  (Read 5124 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14488
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
06 September, 2012, 11:37:33 AM
  • Publish
  • Bagi merapatkan silaturahim sesama Halaqian, Halaqahnet ingin menganjurkan pelaksanaan ibadah korban bersama halaqian.Berikut adalah maklumat program:

     
    Tarikh :  Raya Kedua  11 Zulhijjah 1433 H

    Masa :  7.30 pagi

    Tempat : Surau  Pangsapuri Semarak, Setia Alam, Shah Alam, Selangor

    Satu bahagian  lembu :  RM 490.00 (Sekira lebih bayaran, akan dimasukkan ke dalam Tabung Halaqahnet.)


    Ingin menyertai,sila maklumkan di sini. Tarikh tutup penyertaan 1 Zulhijjah 1433 H.

    Sila maklumkan di sini atau secara mesej peribadi (PM) atau sms nombor 0197799682.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 07 September, 2012, 07:38:07 AM
  • Publish
  • Sehingga hari ini 5 bahagian bagi seekor lembu telah ada pemiliknya. Masih ada 2 bahagian dari seekor lembu. Sekiranya ramai yang ingin turut serta dalam ibadah ini, kita akan menambah bilangan lembu-lembu yang dikorbankan.

    Jom kita imarahkan ibadah muakad ini sempena mengambil iktibar kisah dari Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail.

    Bunga Kantan

    • *
    • Posts: 62
    • Rencah Utama Dalam Laksa
      • View Profile
    Reply #2 07 September, 2012, 08:50:25 AM
  • Publish
  • Jom kita imarahkan ibadah muakad ini sempena mengambil iktibar kisah dari Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail.


    MENURUT Dr Yusuf Al-Qaradhawi ibadat korban ialah sunat muakkad (dituntut) menurut kebanyakan mazhab fiqh.


    Dalam mazhab Imam Abu Hanifah, ia dipandang sebagai ibadat wajib. Wajib di sini ialah sesuatu yang lebih ringan tuntutannya daripada fardu dan lebih berat daripada sunnah. (Imam Abu Hanifah membezakan antara fardu dan wajib, tidak sebagaimana imam lain).

    Hukum wajib ini bermakna sesiapa yang meninggalkannya dikira berdosa sekiranya mereka daripada golongan berkemampuan dan berkedudukan.

    Diriwayatkan satu hadis marfu' daripada Abu Hurairah, maksudnya : "Sesiapa yang mempunyai kelapangan, namun tidak mengerjakan ibadat korban, maka jangan sesekali mendekati musalla kami." (Hadis riwayat Al-Hakim)

    Juga diriwayatkan bahawa apabila beliau ditanya mengenai ibadat korban, beliau menjawab: "Itulah sunnah daripada bapamu, Ibrahim." (Hadis riwayat At-Tarmizi dan Al-Hakim)

    Oleh itu, ibadat korban dikira sama ada sunnah muakkad atau wajib. Mazhab lain, selain Imam Abu Hanifah menghukumkan makruh jika seseorang yang mempunyai kelapangan tidak mengerjakan ibadat korban.

    Menurut mazhab Imam Al-Syafie, hukumnya sunat muakkad iaitu sebagai ibadat tambahan yang selalu dikerjakan oleh Rasulullah pada masa hayatnya. Baginda dilaporkan pernah berkorban dua biri-biri besar bagi diri, keluarga dan seluruh umatnya yang tidak sempat atau tidak mampu berkorban.

    Bagaimanapun kebanyakan ulama berpendapat korban hanya sunat.

    Seseorang tidak dianggap berdosa besar sekalipun tidak pernah berkorban seumur hidupnya. Jika tidak berkorban kerana tidak berkemampuan, anggaplah bahawa Nabi berkorban bagi pihak umatnya.

    Berpandukan amalan korban yang dilakukan oleh Rasulullah yang menyembelih dua ekor biri-biri bagi pihak diri, keluarga dan umatnya, maka ulama berpendapat memadai jika seorang ketua dalam sesebuah keluarga seperti suami bagi isteri atau bapa bagi anak-anaknya.

    Bagi yang mampu digalakkan memilih ternakan yang terbaik untuk dikorbankan. Rasulullah setiap kali berkorban memilih ternakan yang baik, sihat dan gemuk.

    Muslim meriwayatkan daripada Anas mengatakan Rasulullah saw menyembelih korban dengan dua kibas yang terbaik dengan tangannya sendiri dengan membaca Bismillahi Allah dan bertakbir dan meletakkan kakinya di atas rusuk di sebelah tengkuk kedua-dua kibasnya itu.

    Ada syarat ditetapkan iaitu ternakan yang hendak dikorbankan mesti cukup umur, sihat dan sempurna sifatnya yakni tidak mengalami kecacatan.

    Haiwan ternakan betina pula perlu dipastikan tidak mengandung ketika hendak dikorbankan. Bagaimanapun, korban tetap sah jika selepas disembelih didapati haiwan ternakan itu sedang mengandung.

    Mengikut amalan sunnah dalam pembahagian daging korban ialah satu pertiga untuk diri dan keluarga, satu pertiga untuk jiran tetangga manakala satu pertiga untuk golongan fakir dan miskin.

    Namun seandainya disedekahkan semuanya kepada orang lain, itu lebih baik dan sempurna. Bagaimanapun, digalakkan kepada orang yang berkorban untuk mengambil sedikit daging korban untuk dirinya dan keluarga sebagai tabarruk.

    Allah mensyariatkan waktu untuk melakukan ibadat korban ialah selepas solat hari raya pada 10 Zulhijjah. Ia juga boleh dilakukan pada tiga hari selepasnya iaitu hari yang dinamakan sebagai hari tasyrik.

    Ada masyarakat beberapa golongan yang silap faham, lalu melakukan ibadat korban pada malam hari raya. Ini ialah satu amalan yang tidak menepati sunnah dan jika dilakukan juga, sembelihan itu tidak dikira sebagai ibadat korban.

    Begitu juga dalam permasalahan pembahagian daging korban. Masih ada amalan di mana daging korban dibahagi tujuh, manakala bahagian tertentu (biasanya kepala) diperuntukkan kepada tukang sembelih sebagai upah. Ini sama sekali tidak dibenarkan. Setiap bahagian daging korban adalah sedekah dan sedekah sama sekali tidak boleh menjadi upah.

    Untuk tujuan upah, sepatutnya pihak yang berkongsi korban boleh membayar lebih sedikit daripada harga asal haiwan itu

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #3 17 September, 2012, 05:38:10 PM
  • Publish
  • Alhamdulillah, 7 bahagian untuk seekor lembu untuk ibadah korban telah mencukupi. Sekiranya masih ada yang ingin turut serta dalam program ibadah korban bersama halaqian siri 2, masih dibuka. Kita akan sediakan lembu lagi seekor.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #4 17 September, 2012, 05:53:33 PM
  • Publish
  • Senarai peserta ibadah korban Siri 2, tahun 2012 bersamaan 1433 H

    1.Keju ( 1 bahagian)
    2. Azila  binti Mohammad ( 2 bahagian)
    3. Raja Ainuraziyah binti Raja Omar ( 2 bahagian)
    4. gochelsea ( 1 bahagian)
    5. Yuzie ( 1bahagian)

    Mohon peserta yang terlibat, sila PM nama untuk yang berkorban untuk saya serahkan kepada wakil penyempurna korban.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #5 18 September, 2012, 09:46:18 AM
  • Publish
  • Oleh kerana masih ada halaqian yang ingin turut serta dalam ibadah korban ini,  penganjur bercadang untuk mengadakan seekor lagi lembu.

    Untuk lembu kedua ini, senarai yang turut serta,

    1. Azlanshah (1 bahagian)


    Masih ada 6 bahagian lagi.


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #6 22 September, 2012, 06:03:55 PM
  • Publish
  • Untuk lembu kedua ini, senarai yang turut serta,

    1. Azlanshah (1 bahagian)
    2. Faridah binti Wazir ( 1 bahagian)
    3. Ustaz Rahmat bin Abdullah (1 bahagian)

    Masih ada 4 bahagian bagi seekor lembu kedua ini. Penyertaan masih dibuka.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #7 03 October, 2012, 06:08:09 PM
  • Publish
  • Amat bersyukur ke hadirat Allah Ta'ala kerana memudahkan segala urusan ini. Sehingga hari ini, jumlah yang sedia ada ialah 3 ekor lembu. Bahagian-bahagian yang turut serta pun telah cukup.

    Mohon penglibatan halaqian membantu melapah, membungkus dan mengagihkan daging korban.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #8 08 October, 2012, 10:28:03 AM
  • Publish
  • Senarai nama yang turut serta dalam ibadah Korban,

    Lembu 1

    1. Ustaz Rahmat bin Abdullah
    2. Zulkifli bin Omar
    3. Raja Ainuraziah binti Raja Omar
    4. Abdul Rahman bin Ngah
    5. Fauziah binti Abdullah
    6. Faridah binti Wazir
    7. Nurfatehah binti Abdullah

    Lembu 2 dan Lembu 3  dari seorang usahawan.


    Jumlah lembu 3 ekor. Mohon penglibatan halaqian dalam program ini untuk bekerjasama dengan penduduk setempat membantu melapah, memotong, membungkus dan mengagihkan daging-daging.

    Aturcara program.

    7.30 pagi : Menyembelih lembu di Surau Pangsapuri Semarak,Taman Setia Alam, Shah Alam, Selangor.

    10.00 pagi : Menyediakan bahan masakan untuk dimasak.
                        Menu : 1. Sop tulang, 2. Gulai Kawah

    12.00 tengahari : makan

    1.10 tengahari : solat zohor berjemaah

    1.30 tengahari : mengagihkan daging


    uranicade

    • *
    • Posts: 273
      • View Profile
    Reply #9 08 October, 2012, 02:26:04 PM
  • Publish
  • sedar tak sedar dah setahun berlalu...
    inshaAllah kalau tiada aral melintang tahun ni saya join lagi....
     :ins:

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #10 08 October, 2012, 03:06:02 PM
  • Publish
  • sedar tak sedar dah setahun berlalu...
    inshaAllah kalau tiada aral melintang tahun ni saya join lagi....
     :ins:

    Baguslah, ajak kawan-kawan juga. Daeng Jati pun dah beri komitmen untuk turut serta membantu. Harap datang bawa pisau.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #11 25 October, 2012, 11:03:19 AM
  • Publish
  • Diharap sudi halaqian hadir bersama-sama di dalam program ini bagi tujuan mengeratkan silaaturahim. Penglibatan halaqian dialu-alukan bagi membantu menjayakan dan pelaksanaan ibadah korban.

    elsanxs

    • *
    • Posts: 902
      • View Profile
    Reply #12 25 October, 2012, 11:28:16 AM
  • Publish
  • Niat di hati ingin sekali turut hadir menjayakan majlis ini. Tetapi apakan daya.. tidak berkesempatan.

    Semoga majlis ini berjalan dengan lancar ..
    halaqahforum4

    leha

    • *
    • Posts: 247
    • I love Allah and Rasulullah
      • View Profile
    Reply #13 25 October, 2012, 11:54:49 AM
  • Publish
  • Niat di hati ingin sekali turut hadir menjayakan majlis ini. Tetapi apakan daya.. tidak berkesempatan.

    Semoga majlis ini berjalan dengan lancar ..

    samalah...semoga dipermudahkan urusan.....:Senyum:
    -MANUSIA MENILAI DARI PERBUATAN,TETAPI ALLAH S.W.T MENILAI  DARI HATI SEORANG HAMBANYA-

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #14 27 October, 2012, 12:08:21 AM
  • Publish
  • InsyaAllah, Program Ibadah Korban Anjuran Halaqahnet Siri 2 akan berlansung esok seperti yang dirancangkan.

    Siang tadi, khemah telah didirikan, lubang telah digali untuk tempat menyembelih lembu dan menanam sisa-sisa lembu yang tidak digunakan.

    Lembu pun dah tiba sebentar tadi. Dari petang hingga ke malam saya bersama penduduk menanti kedatangan lembu sambil menyediakan bahan-bahan masakan seperti kupas bawang, halia, lengkuas serai dan sebagainya.

    Sempat juga melihat bagaiaman cara lembu diturunkan dari lori untuk di letakkan di kawasan berhampiran tempat sembelih.

    Ini gambar 3 ekor lembu yang akan dikorbankan selepas subuh esok. Akan disembelih oleh seorang halaqian kita juga. Berat setiap ekor lembu melebehi 250 kg dan dari baka tempataan  Kelantan -Kedah.






    Munzir khan

    • *
    • Posts: 611
      • View Profile
    Reply #15 27 October, 2012, 02:35:43 AM
  • Publish


  • Salam,awat nampak lembu ni macam tak bersemangat je?

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #16 27 October, 2012, 06:25:52 AM
  • Publish
  • Salam,awat nampak lembu ni macam tak bersemangat je?

    Nak semangat macamana, dia dah tahu hari ni leher dia kena sembelih. Meragut pun dia dah tak suka. Apa pun sebentar lagi dia akan ke syurga, Alhamdullilah.

    Ana Tholibah

    • *
    • Posts: 1369
      • View Profile
    Reply #17 27 October, 2012, 03:59:21 PM
  • Publish
  • Salam,awat nampak lembu ni macam tak bersemangat je?

    Nak semangat macamana, dia dah tahu hari ni leher dia kena sembelih. Meragut pun dia dah tak suka. Apa pun sebentar lagi dia akan ke syurga, Alhamdullilah.

    erm..cakap pasal lembu ke syurga kan....saya nak tanya....ada ka hadis yang menyebut bahawa siapa yang buat k0rban...nanti kat akhirat lembu yang dia buat k0rban tu akan tarik dia ke syurga??  minta penjelasan ya  :jaz:
    "The spirit of knowledge is action"..

    5zul

    • *
    • Posts: 3025
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #18 27 October, 2012, 05:36:32 PM
  • Publish
  • Salam,awat nampak lembu ni macam tak bersemangat je?

    Nak semangat macamana, dia dah tahu hari ni leher dia kena sembelih. Meragut pun dia dah tak suka. Apa pun sebentar lagi dia akan ke syurga, Alhamdullilah.

    erm..cakap pasal lembu ke syurga kan....saya nak tanya....ada ka hadis yang menyebut bahawa siapa yang buat k0rban...nanti kat akhirat lembu yang dia buat k0rban tu akan tarik dia ke syurga??  minta penjelasan ya  :jaz:

    korban itu tuntutab syariat......

    jika kamu lembu itu menarik kamu ke syurga ..bagaimana yang korban hanya kambing sahaja....

    persoalannya kena gunakan aqal pemikiran...

    ya ALLAH maksud itu dari segi pengorbanan.... yang mana di katakan itu jujuri keikhlasan...yang di maksudkan satu perjalanan itu apabila kamu korban dari sebahagian daripada tuntutan Ilahi...

    berbalik pada kisah nabi Ibrahim...nanti kamu temui lah jawapannya...

    PENGORBANAN ITU ADA DI DALAM DIRI .

    Insyallah ...

    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #19 27 October, 2012, 06:38:51 PM
  • Publish
  • Gambar-gambar ketika Program Korban dilaksanakan.



    Sedang menjinakkan lembu agar mahu dibaringkan secara sukarela.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    150 Replies
    14062 Views
    Last post 26 June, 2012, 11:36:17 PM
    by Serikandi_88
    82 Replies
    8571 Views
    Last post 09 November, 2011, 11:18:14 PM
    by al_ahibbatu
    100 Replies
    9024 Views
    Last post 11 December, 2012, 11:03:24 PM
    by stonez145