Bacaan Fatihah Dalam Sembahyang Berjemaah

*

Author Topic: Bacaan Fatihah Dalam Sembahyang Berjemaah  (Read 9720 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

mansg2

  • *
  • Posts: 8
    • View Profile
11 August, 2012, 12:40:23 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum, saya mohon tuan/puan dapat menerangkan kepada saya tentang bacaan Al-Fatihah oleh makmum dalam sembahyang berjemaah. Setahu saya, dalam Mazhab Syafie makmum diwajibkan membaca Al-Fatihah dalam semua rakaat sembahyang berjemaah. Persoalanya masa bilakah makmum harus membaca Al-Fatihah & bagaimana pula dengan bacaan surah lain selepas Al-Fatihah.


    Sent from my iPhone using Tapatalk

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #1 11 August, 2012, 11:11:57 AM
  • Publish
  • mari kita lihat apa kata imam imam mazhab


    Syafi'iy: wajib makmum membaca Fatihah baik dalam solat nyaring atau perlahan

    Hanafi: makruh tahrim bg makmum membaca fatihah baik dalam solat nyaring atau perlahan

    Maliki: makruh membaca Fatihah jika dlm solat nyaring, sunat dibaca jika dalam solat perlahan

    Hanbali: makruh dibaca jika dalam solat nyaring atau ketika Imam sedang membaca; Mustahab (disukai) jika dalam solat perlahan atau ketika Imam diam selepas selesai membaca fatihah.


    Berdasarkan kepada keempat-empat pendapat di atas, pendapat Maliki dan Hanbali mendapat sokongan ramai oleh ahli tahqeeq (penilai semula hukum2 feqh Islami), antaranya mantan Syaikhul Azhar, Sayyid Sabiq, yakni alFatihah tidak perlu dibaca dalam raka'at jahar (nyaring) dan dibaca ketika raka'at sirr (senyap) atau ketika makmum tidak mendengar bacaan Imam. Syaikhul Islam Ibn Taymiyah dan muridnya Imam Ibn Qayyim alJawzea mendokong pendapat Hanbaliah. Muhaddis Syaikh Albani dalam solat Sifatun Nabi juga mendokong pendapat makmum tidak membaca ketika Imam membaca dgn nyaring dan makmum membaca ketika Imam membaca secara senyap. Manakala pendapat Syafi'iy yg diamalkan di Malaysia hanya mengguna hadis "Tiada solat tanpa fatihah".

    Jika kita memilih pendapat yang tidak mewajibkan makmum membaca Fatihah dalam solat jahriyyah (yang imam melantangkan bacaan), maka ia meliputi solat sunat tarawih dan solat jumaat.

    Kerana pengambilan hukum ini adalah bersandarkan kepada arahan syarak supaya diam apabila dibacakan al-Quran. Dan illah ini wujud dalam semua solat jahriyyah, samada malam atau siang, samada solat fardhu atau sunat.


    Sebagaimana disebut, pengambilan hukum tidak wajib membaca Fatihah ialah arahan syarak supaya diam dan mendengar bacaan apabila ia dibacakan.


    Maka ia merangkumi makmum yang sempat bacaan Fatihah imam, dan makmum yang hanya sempat bacaan surah, tidak sempat bacaan Fatihah imam.


    Illah ini wujud dalam kedua-dua situasi tersebut. Maka hukumnya -Wallahu A'lam- adalah sama.

    ni terjemahan hadis:
    Tentang hal ini pernah suatu ketika Rasulullah SAW melarang makmum membaca surah di
    belakang imam kecuali surah Al-Fatihah:

    "Betulkah kalian tadi membaca (surah) dibelakang imam kalian?"

    Kami menjawab: "Ya, tapi dengan cepat wahai Rasulullah".

    Bersabda Rasulullah SAW: "Kalian tidak boleh melakukannya lagi kecuali membaca Al-
    Fatihah, kerana tidak ada sembahyang bagi yang tidak membacanya."
    (Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Abu Dawud, dan Ahmad)

    mansg2

    • *
    • Posts: 8
      • View Profile
    Reply #2 11 August, 2012, 03:37:08 PM
  • Publish
  • Masih belum faham. Klu mengikut mazhab syafi'iy.... Masa bila makmum harus membaca Al-Fatihah..... Selepas imam habis baca Al-Fatihah atau semasa Imam sedang membaca surah?.....


    Sent from my iPhone using Tapatalk

    napy8gen

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Reply #3 11 August, 2012, 04:05:34 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum. Soalan mudah jawab pun, tak yah pandang mana2 yg mazhab lain nanti pening.

    Ikut Mazhab As Syafiie,

    JAWAPAN: Baca fatihah lepas imam baca:
    Baca kena dengar bacaan pd telinga(rukun qauli). - syarat sah fatihah (fiqh al manhaji -pustaka salam)
    Baca Fatihah kena tertib, huruf sebut betul (makhraj) dan jaga tempat sabdu(tashdid) dan baca per ayat. Dan jangan lupa mazhab syafiie fatihah kena ada bismillah.

    tambahan imam al Ghazali, fatihah kena mendalami setiap maksud perkataan dan apa patut kita rasa.

    Selepas sudah baca fatihah tu diam je la dengar imam baca surah. tak payah baca surah.
    (Terjemahan Al Azkar Imam An-Nawawi - Al Hidayah ms 80)

    Check soal jawab azhar idrus mengenai bacaan fatihah. Ustaz ni pendokong mazhab syafie. Cari di youtube.
    Berhati2 dengan ustaz berfahaman wahabi kerana mereka tidak mendokong mazhab syafie.
    Jawapan pertama (al_ahibbatu) diatas adalah jawapan dari orang yang bukan bermazhab as syafie..

    Semoga aku dan engkau diberi taufiq.
    Allahu aklam.

    Carilah buku kat MPH ke Popular, **buku Solat Nabi menurut mazhab Shafiie oleh Ustaz Muhadir Hj Joll - lihat muka surat 172.Ustaz Muhadir, pensyarah UIA juga pendokong Mazhab Syafie.
    ** Fiqh al manhaji (lihat jilid1 muka surat 159)adalah kitab fiqah mazhab syafie, pustaka salam yg murah punya, yg JAKIM punya mahal.
    « Last Edit: 11 August, 2012, 08:15:07 PM by napy8gen »

    mansg2

    • *
    • Posts: 8
      • View Profile
    Reply #4 12 August, 2012, 11:09:48 PM
  • Publish
  • Terima kasih atas penerangan yg cukup jelas...... :)


    Sent from my iPhone using Tapatalk

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    2 Replies
    3481 Views
    Last post 26 April, 2009, 10:30:20 AM
    by assiddiq
    16 Replies
    17230 Views
    Last post 04 November, 2012, 01:45:07 PM
    by halawah
    9 Replies
    1572 Views
    Last post 04 November, 2012, 01:47:13 PM
    by halawah