Pengalaman suka duka dalam mencari kerja

Author Topic: Pengalaman suka duka dalam mencari kerja  (Read 8032 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Sejadah_Usang

  • *
  • Posts: 727
    • View Profile
02 August, 2012, 10:24:25 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum

    Saya dah lama nak buka topik ni namun belum kesempatan. Baru hari ini ALLAH izinkan. Saya yakin kalian banyak kenangan suka dan duka dalam mencari pekerjaan sebelum mendapat kerja sekarang. Mungkin ada yang ditipu, mungkin ada yang mengalami bermacam macam kesukaran dalam mencari kerja. Ayuh kita kongsi di sini untuk iktibar dan panduan kepada mereka yang sedang mencari kerja, akan mencari kerja dan para bakal graduan di luar sana :-) sila kan....

    Sejadah_Usang

    • *
    • Posts: 727
      • View Profile
    Reply #1 02 August, 2012, 10:40:29 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum

    Saya mulakan dulu... Saya nak cerita pengalaman saya masa mula graduat pada tahun 2005, masa tu saya kerja sebagai kerani di salah sebuah kedai komputer. Gajinya hanya rm800, alhamdulillah walaupun kecil tapi mampu sara hidup saya dan saya mampu hulur pada keluar. Lama juga saya di sana hingga pada satu hari tu saya terfikir, sampai bila saya nak kerja macam ni sedangkan saya punya ijazah. Kawan kawan ramai yang dapat kerja tetap dan bagus. Masa tu saya tak terlintas pun nak minta KPLI atau DPLI... Saya mula cari kerja dan masa cari kerja inilah banyak pengalaman saya tertipu. Saya ditawarkan sebagai sale executive, gembira sangat dan saya terima kerja tu tapi saya kena latihan dulu slama seminggu tanpa gaji. Bayangkan siang buat latihan tersebut dan malamnya kerja kerani. Ulang alik dari serdang ke kl. Hingga satu hari saya pitam di tempat kerja gara gara keletihan, lalu saya ambil keputusan untuk berhenti kerja sale executive dan fokus hanya pada kerani sahaja. Tapi dalam masa tu saya tetap attend temuduga. Pernah pergi temuduga telefonis di kl. Gaji lumayan. Punya jauh pergi rupa rupanya kerja sebagai jual produk melalui telefon sahaja. Gaji pula ikut komisen. Kalau jual barang maka ada la gaji kalau tidak tak ada la gaji.... Kecewa sangat sampai hampir putus asa, namun ada rakan baik yang beri semangat.... Kemudian dapat kerja sebagai kerani di salah sebuah syarikat oil and gas yang famous di kl. Gaji boleh tahan tapi masalahnya tempat tu jauh, kena ada kenderaan sendiri. Tak ada kemudahan asas, naik teksi kena bayar rm25 pergi balik. Mana tahan kan. Lalu saya berhenti kerja lagi....
    Tapi itulah ALLAH maha kaya saya tak sempat mengganggur, saya dapat tawaran kerja sebagai kerani stor di sebuah syarikat islamik. Gaji masa tu hanya rm600. Bayangkan gaji sebanyak itu nak hidup di kl. Terpaksa ikat perut. Nak beli baju baru jangan harap la....

    Bersambung....

    Sejadah_Usang

    • *
    • Posts: 727
      • View Profile
    Reply #2 02 August, 2012, 10:44:51 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum

    Lupa nak cerita, sebelum dapat kerja sebagaj kerani di syarikat oil and gas tu, saya pergi temuduga di satu company agen mencari kerja ni. Masa tu saya lulus temuduga namun sebelum dapat pekerjaan saya kena bayar rm180 dahulu barulah saya dapat kerja. Saya tak bayar sebab rasa curiga, berhari hari juga orang tu call minta saya bayar. Akhirnya saya tak tahan saya marah dia balik dan dia dah tak berani nak call... Dalam setahun kemudian keluarlah cerita tentang penipuan agen agen mencari kerja ni yang dah memperdayakan ramai orang... Syukurlah saya tak termasuk dalam golongan itu.... Hati hati kepada mereka yang sedang mencari kerja dengan agen agen ini... Kalau agen yang saya yakin pun ialah agen cari kerja kellyservice je....

    hada_islamic

    • *
    • Posts: 1204
    • ~cintailah DIA yang mencintai kita~
      • View Profile
    Reply #3 02 August, 2012, 11:42:53 AM
  • Publish
  • -salam-

    saya takda lagi pengalaman cari kerja..tapi adalah pengalaman untuk cari praktikal..memang macam2 kerenah yang boleh kita temui..bak kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan...senyum*
    mencari redha ALLAH...jadilah insan berguna kepada orang lain

    kasba

    • *
    • Posts: 244
    • hmmm.....
      • View Profile
    Reply #4 02 August, 2012, 11:59:56 AM
  • Publish

  • Bercakap mengenai pengalaman kerja ni, saya start berkerja tahun 2007 sebagai IT Admin dengan gaji sebanyak RM1300 saje di sebuat non profit organisation milik kerajaan. Di situlah saya mengenali realiti dunia IT yang sebetul2 nye bak kata orang putih "baptism by fire". Walau pun saya berkelulusan degree, saye masih menerima kerja ni kerana time tu suma orang cakap mengenai pengangguran dan saya dengan gamble nye pun ambil la apa yang ada.

    Alhamdulillah, selepas setahun lebih saya bekerja di situ, saya ditawarkan untuk bekerja di salah sebuah syarikat MNC di Damansara. Di syarikat tersebut, saya mengenali pula dunia software development dengan lebih dekat lagi. Disitu juga saya belajar untuk redha bekerja sehingga larut malam atau kadang2 sampai keesokan pagi. Alhamdulilah selepas bekerja sambil mencari perkerjaan lain selama 2 tahun lebih di syarikat ni, saye telah berpindah atau melompat ke 2 syarikat yang lain.

    Syarikat yang tersebut adalah sebuah local company yang mengambil tender kerajaan (maaf biarlah rahsia). Walau bagamanapun, pengurusan di syarikat tersebut adalah amat kucar kacir sehingga saya terpaksa bekerja di tempat yang bukan bidang saya. Saya berkelulusan IT dan disuruh untuk bekerja di bahagiak  electronik engineering, so saya terpaksa buka buku balik dan belajar dari ABC. Selama 6 bulan lebih saya bekerja di situ akhirnya, saya ditawarkan pekerjaan dari syarikat yang saya bekerja sekarang.

    Pengajaran yang saya dapat selama bekerja di 4 syarikat yang berbeza ialah keep hardworking, avoid useless company politic and tawakkal. InsyaAllah dunia anda menjadi tenang.
    « Last Edit: 02 August, 2012, 12:09:08 PM by kasba »

    keMuNcUpp

    • *
    • Posts: 881
      • View Profile
    Reply #5 30 August, 2012, 10:59:41 AM
  • Publish
  •  :syukur: pengalaman dalam mencari kerja sangat lancar dalam diari kehidupan cupp..tapi masa interview untuk jawatan berkaitan accountancy depa tanya macam2 bab huraian hadis dan ayat2 quran...penat cupp hafal nama2 menteri bagai...adoilaaa...
    ♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫​♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫ ♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫​♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫
    CatcH Me If U CaN...LoVe Me If U WaNt...HaTe Me IF U DarE...Hidup ini indah jika Ukhwah Fillah Ila Jannah ++++++

    elsanxs

    • *
    • Posts: 895
      • View Profile
    Reply #6 30 August, 2012, 12:08:59 PM
  • Publish
  •  :) Nak share juga..

    Setakat ni pun, alhamdulillah senang dapat kerja.. Habis belajar je, cari-cari kerja dekat town Ipoh, tup2 dapat seminggu dua lepas tu.. salesgurl jual bakeri dekat Lido Cake (kak Mei tau kot, dekat dengan pasar kinta).

    Beberapa bulan kemudian, sambil-sambil tengok kerja area situ, dapat kerja kedai buku dekat-dekat area situ juga. Tak ambil gap pun untuk rehat. Genap 8 bulan kerja situ, berhenti kerja, tawaqal berhijrah ke KL. Duk rumah opah 2 bulan setengah sambil cari kerja, alhamdulillah dapat kerja kerani. Sampai lani la dok keja ni ja.. Genap suda 6 tahun.. senyum*

    Tapi memang adventurous la nak cari kerja kat KL ni. Ada yang melalui ejen, dah dapat, kena bayar ejen pulak tu. Lepas tu, ada pulak yang kerja macam forex2 tu, nyaris la jugak nak kena tipu. Tak terang cerita betul2 kerja apa, just suruh hadir untuk practical selama 3 hari. 2 hari pegi, rasa macam takda apa pun. Akhirnya, hari ke-3 langsung tak mai.

    halaqahforum4

    Nurul Nawar

    • *
    • Posts: 1377
    • Forgive me. May Allah bless you -)
      • View Profile
    Reply #7 30 August, 2012, 01:03:56 PM
  • Publish
  • :syukur: pengalaman dalam mencari kerja sangat lancar dalam diari kehidupan cupp..tapi masa interview untuk jawatan berkaitan accountancy depa tanya macam2 bab huraian hadis dan ayat2 quran...penat cupp hafal nama2 menteri bagai...adoilaaa...

    awat tanya sampai macamtu?kak cupp belajar kewangan Islam yer..err..nama menteri?:senyum:..

    p/s:saya tak pernah merasa pengalaman bekerja..sedangkan adik perempuan saya pun pernah walaupun sekejap..takpelah..Saya bekerja di rumah untuk mak ayah je..:senyum:

    Mei

    • *
    • Posts: 1052
      • View Profile
    Reply #8 30 August, 2012, 01:39:39 PM
  • Publish
  • :) Nak share juga..

    Setakat ni pun, alhamdulillah senang dapat kerja.. Habis belajar je, cari-cari kerja dekat town Ipoh, tup2 dapat seminggu dua lepas tu.. salesgurl jual bakeri dekat Lido Cake (kak Mei tau kot, dekat dengan pasar kinta).

    Beberapa bulan kemudian, sambil-sambil tengok kerja area situ, dapat kerja kedai buku dekat-dekat area situ juga. Tak ambil gap pun untuk rehat. Genap 8 bulan kerja situ, berhenti kerja, tawaqal berhijrah ke KL. Duk rumah opah 2 bulan setengah sambil cari kerja, alhamdulillah dapat kerja kerani. Sampai lani la dok keja ni ja.. Genap suda 6 tahun.. senyum*

    Tapi memang adventurous la nak cari kerja kat KL ni. Ada yang melalui ejen, dah dapat, kena bayar ejen pulak tu. Lepas tu, ada pulak yang kerja macam forex2 tu, nyaris la jugak nak kena tipu. Tak terang cerita betul2 kerja apa, just suruh hadir untuk practical selama 3 hari. 2 hari pegi, rasa macam takda apa pun. Akhirnya, hari ke-3 langsung tak mai.

    Tau...:ketawa:...cari keje kat ipoh nih..limited....tu sebab els..terbang pi KL.

    Akak dulu pun start dari KL.Nasib baik je dapat transfer balik Ipoh.

    Bertahan je els..company bagus...management bagus....tak payah fikir nak cari keje lain.

    Cuma kalau rasa nak balik Perak tu kena survey dulu la.....jangan main redah balik kampung..nanti tanam jagung..:senyum:.

    Sejadah_Usang

    • *
    • Posts: 727
      • View Profile
    Reply #9 31 August, 2012, 03:43:04 PM

    Tu la els, bukan senang nak cari kerja kat KL, kalau dalam paper lagi la banyak menipunya..... Rasa serik bila ingat kenangan susah nak cari kerja dulu. Tapi itulah kan susah dahulu senang kemudian. Akak dulu tak pernah terfikir nak minta KPLI.

    Sejadah_Usang

    • *
    • Posts: 727
      • View Profile
    Reply #10 31 August, 2012, 03:52:53 PM
  • Publish
  • Sambung cerita haritu

    Masa kerja sebagai kerani stor tu memang mujahadah, kerja kerani stor 1 sebulan saya naik pangkat jadi HR (bidang saya). Alhamdulillah gaji pun naik sikit. Masa ni tugas saya tukang interview orang, jaga gaji staf dan jaga disiplin staf. Tapi tak lama saya jadi HR, saya berhenti kerja sebab tak tahan terlampau sibuk. Tak ada life, balik malam jika ada event. Nak join majlis ilmu pun tak ada masa. Celik mata kerja, celik mata kerja. Bila berhenti kerja tu, saya dapat offer jadi pengurus sebuah tadika islamik yang agak glamer di KL. Alhamdulillah sini banyak bantu saya baiki diri, dalami islam sebaiknya. Penaungnya juga seorang yang cukup baik. Inilah permulaan saya terjebak bidang perguruan. Setahun mengajar tadika saya ditukarkan ke bahagian KAFA, jadi guru KAFA. Kata bos saya lebih sesuai ajar KAFA walaupun saya tiada kelayakan bidang agama... Masa ngajar KAFA ni la saya jumpa suami dan kami berkahwin. Dua bulan kahwin saya dapat offer ngajar matematik (subjek kegilaan saya) di sekolah menengah swasta. Memang rezeki berkahwin melimpah limpah... Seronok sangat mengajar di sini, cukup islamik. Di sini saya dapat banyak skill dalam pendidikan dan pengurusan. Ajar matematik untuk PMR memang mencabar, sampai tengah basuh pinggan masih boleh fikir cara nak tingkatkan prestasi pelajar :-)

    Bersambung...

    Sejadah_Usang

    • *
    • Posts: 727
      • View Profile
    Reply #11 31 August, 2012, 03:55:22 PM
  • Publish
  • :) Nak share juga..

    Setakat ni pun, alhamdulillah senang dapat kerja.. Habis belajar je, cari-cari kerja dekat town Ipoh, tup2 dapat seminggu dua lepas tu.. salesgurl jual bakeri dekat Lido Cake (kak Mei tau kot, dekat dengan pasar kinta).

    Beberapa bulan kemudian, sambil-sambil tengok kerja area situ, dapat kerja kedai buku dekat-dekat area situ juga. Tak ambil gap pun untuk rehat. Genap 8 bulan kerja situ, berhenti kerja, tawaqal berhijrah ke KL. Duk rumah opah 2 bulan setengah sambil cari kerja, alhamdulillah dapat kerja kerani. Sampai lani la dok keja ni ja.. Genap suda 6 tahun.. senyum*

    Tapi memang adventurous la nak cari kerja kat KL ni. Ada yang melalui ejen, dah dapat, kena bayar ejen pulak tu. Lepas tu, ada pulak yang kerja macam forex2 tu, nyaris la jugak nak kena tipu. Tak terang cerita betul2 kerja apa, just suruh hadir untuk practical selama 3 hari. 2 hari pegi, rasa macam takda apa pun. Akhirnya, hari ke-3 langsung tak mai.

    Tau...:ketawa:...cari keje kat ipoh nih..limited....tu sebab els..terbang pi KL.

    Akak dulu pun start dari KL.Nasib baik je dapat transfer balik Ipoh.

    Bertahan je els..company bagus...management bagus....tak payah fikir nak cari keje lain.

    Cuma kalau rasa nak balik Perak tu kena survey dulu la.....jangan main redah balik kampung..nanti tanam jagung..:senyum:.

    Macam kat kota bharu la. Tak ada peluang pekerjaan sangat.. Gaji pun tak seberapa

    Sejadah_Usang

    • *
    • Posts: 727
      • View Profile
    Reply #12 31 August, 2012, 04:03:56 PM
  • Publish
  • Sambung lagi

    Masa ngajar sekolah private ni saya banyak diberi pendedahan tentang dunia pendidikan. Setahun kat sini dapat panggilan MTEST KPLI tapi saya tak hadir sebab fikir kesian anak murid nak PMR. Dua tahun kat sini barulah terfikir tentang masa depan. Sampai bila nak kerja swasta, umur makin hari makin lewat. Adik beradik majoriti guru sekolah kerajaan dan pensyarah. Akhirnya saya kuatkan hati minta KPLI, alhamdulillah berjaya. Masa nak tinggalkan sekolah tu pelajar datang merayu supaya saya tak pergi. Sedih sangat masa tu tapi apakan daya demi cita cita dan kehidupan lebih baik saya keraskan hati. Saya bagitahu mereka "cikgu pun ada cita cita, cita cita cikgu nak genggam phD. Jadi hanya ini peluang yang terbuka sekarang". Alhamdulillah mereka akur.....

    Itulah sedikit pengalaman saya dalam mencari kerja. Ada orang baru grad dah dapat kerja bagus, like my brother. Hanya menganggur 3 bulan terus jadi pensyarah. Ada orang kena lalui macam macam kepayahan barulah dapat kerja tetap... Walau apapun jalan cerita hidup kita, kita kena bersyukur. Bersyukur kerana kita diberi banyak pengalaman pengalamqn bermakna...

    Kepada adik adik yang baru grad yang belum kerja, jangan pilih kerja. Kerja lah apa saja asalkan halal insyaALLAH nanti ALLAH akan beri kerja yang baik untuk kita... ALLAH sentiasa upgrade hidup kita selagi kita berusaha :-)

    Sejadah_Usang

    • *
    • Posts: 727
      • View Profile
    Reply #13 31 August, 2012, 04:07:19 PM
  • Publish
  • Teringat dua orang sahabat wanita. Kedua duanya ada ijazah. Punya susah nak dapatkan kerja, mereka sanggup kerja jadi jaga dan tanam cili. Alhamdulillah sekarang masing masing dah jadi cikgu :-)

    Sejadah_Usang

    • *
    • Posts: 727
      • View Profile
    Reply #14 31 August, 2012, 04:08:52 PM
  • Publish

  • Bercakap mengenai pengalaman kerja ni, saya start berkerja tahun 2007 sebagai IT Admin dengan gaji sebanyak RM1300 saje di sebuat non profit organisation milik kerajaan. Di situlah saya mengenali realiti dunia IT yang sebetul2 nye bak kata orang putih "baptism by fire". Walau pun saya berkelulusan degree, saye masih menerima kerja ni kerana time tu suma orang cakap mengenai pengangguran dan saya dengan gamble nye pun ambil la apa yang ada.

    Alhamdulillah, selepas setahun lebih saya bekerja di situ, saya ditawarkan untuk bekerja di salah sebuah syarikat MNC di Damansara. Di syarikat tersebut, saya mengenali pula dunia software development dengan lebih dekat lagi. Disitu juga saya belajar untuk redha bekerja sehingga larut malam atau kadang2 sampai keesokan pagi. Alhamdulilah selepas bekerja sambil mencari perkerjaan lain selama 2 tahun lebih di syarikat ni, saye telah berpindah atau melompat ke 2 syarikat yang lain.

    Syarikat yang tersebut adalah sebuah local company yang mengambil tender kerajaan (maaf biarlah rahsia). Walau bagamanapun, pengurusan di syarikat tersebut adalah amat kucar kacir sehingga saya terpaksa bekerja di tempat yang bukan bidang saya. Saya berkelulusan IT dan disuruh untuk bekerja di bahagiak  electronik engineering, so saya terpaksa buka buku balik dan belajar dari ABC. Selama 6 bulan lebih saya bekerja di situ akhirnya, saya ditawarkan pekerjaan dari syarikat yang saya bekerja sekarang.

    Pengajaran yang saya dapat selama bekerja di 4 syarikat yang berbeza ialah keep hardworking, avoid useless company politic and tawakkal. InsyaAllah dunia anda menjadi tenang.

    Alhamdulillah ALLAH permudahkan jalan rezeki kasba :-)

    Sejadah_Usang

    • *
    • Posts: 727
      • View Profile
    Reply #15 31 August, 2012, 04:11:52 PM
  • Publish
  • :syukur: pengalaman dalam mencari kerja sangat lancar dalam diari kehidupan cupp..tapi masa interview untuk jawatan berkaitan accountancy depa tanya macam2 bab huraian hadis dan ayat2 quran...penat cupp hafal nama2 menteri bagai...adoilaaa...

    Alhamdulillah mudah jalan rezeki cupp

    Saya teringat masa attend temuduga KPLI dulu. Masa tu saya berpurdah. Mana boleh berpurdah pi temuduga. Jubah saya semua hitam, tudung hitam. Jenuhla meminjam baju kurung, tudung dan kasut tumit tinggi kawan kawan... :-)

    cheksue89

    • *
    • Posts: 284
    • SABAR Yo!
      • View Profile
    Reply #16 01 September, 2012, 08:24:02 AM
  • Publish
  • mmmmmmmmm............semua orang diatas nampak okay je..dari susah kepada kerja senang....saya ni pas spm terus kerja coz xdpt mneruskan pelajran walaupun banyak offer sambung study tu(ada masalah keluargala tu..) then kerja leader salesgirl kat kedai bakery..(ada jugak leader ya..:senyum:) pastu 3bulan henti..taktahan hanya hidup untuk kerja je.mm! pastu 6buln mengangur duk rumah ajar budak2 sekolah matematik pmr & matematik tambahan spm...(syukurlah semua budak tu dah masuk U..)pastu Tuhan bagi kerja ni sehinggalah hari ini masih bekerja..dari kerani storekeeper ke kerani opis dan kepada advisor claim insurans dan admin..saya ni kira macam bos kecik kat sini.best juga.sayang sangat kat bos ni!tapi....bulan 12 ni nak p KL..entahlah kerja apa kat sana...saya taknak hidup hanya kerja.bangun awal untuk kerja pulang lambat kerna kerja.waaaaaaaa~taknak!!
    'wahai hati,bersabarlah.."

    sekasihsayang

    • *
    • Posts: 372
      • View Profile
    Reply #17 01 September, 2012, 05:05:12 PM
  • Publish
  • :) Nak share juga..

    Setakat ni pun, alhamdulillah senang dapat kerja.. Habis belajar je, cari-cari kerja dekat town Ipoh, tup2 dapat seminggu dua lepas tu.. salesgurl jual bakeri dekat Lido Cake (kak Mei tau kot, dekat dengan pasar kinta).

    Beberapa bulan kemudian, sambil-sambil tengok kerja area situ, dapat kerja kedai buku dekat-dekat area situ juga. Tak ambil gap pun untuk rehat. Genap 8 bulan kerja situ, berhenti kerja, tawaqal berhijrah ke KL. Duk rumah opah 2 bulan setengah sambil cari kerja, alhamdulillah dapat kerja kerani. Sampai lani la dok keja ni ja.. Genap suda 6 tahun.. senyum*

    Tapi memang adventurous la nak cari kerja kat KL ni. Ada yang melalui ejen, dah dapat, kena bayar ejen pulak tu. Lepas tu, ada pulak yang kerja macam forex2 tu, nyaris la jugak nak kena tipu. Tak terang cerita betul2 kerja apa, just suruh hadir untuk practical selama 3 hari. 2 hari pegi, rasa macam takda apa pun. Akhirnya, hari ke-3 langsung tak mai.

    Tau...:ketawa:...cari keje kat ipoh nih..limited....tu sebab els..terbang pi KL.

    Akak dulu pun start dari KL.Nasib baik je dapat transfer balik Ipoh.

    Bertahan je els..company bagus...management bagus....tak payah fikir nak cari keje lain.

    Cuma kalau rasa nak balik Perak tu kena survey dulu la.....jangan main redah balik kampung..nanti tanam jagung..:senyum:.

    Macam kat kota bharu la. Tak ada peluang pekerjaan sangat.. Gaji pun tak seberapa

    Padanlah tu ,kos sara hidup pun tak seberapa.

    sekasihsayang

    • *
    • Posts: 372
      • View Profile
    Reply #18 01 September, 2012, 05:09:10 PM
  • Publish
  • :syukur: pengalaman dalam mencari kerja sangat lancar dalam diari kehidupan cupp..tapi masa interview untuk jawatan berkaitan accountancy depa tanya macam2 bab huraian hadis dan ayat2 quran...penat cupp hafal nama2 menteri bagai...adoilaaa...

    awat tanya sampai macamtu?kak cupp belajar kewangan Islam yer..err..nama menteri?:senyum:..

    p/s:saya tak pernah merasa pengalaman bekerja..sedangkan adik perempuan saya pun pernah walaupun sekejap..takpelah..Saya bekerja di rumah untuk mak ayah je..:senyum:

    Kita tahulah nama-nama menteri dan yang berkaitan malaysia dari segenap segi,temuduga kerajaan kan.  :syukur: dapat ye kemuncup.

    Sejadah_Usang

    • *
    • Posts: 727
      • View Profile
    Reply #19 01 September, 2012, 05:10:13 PM
  • Publish
  • :) Nak share juga..

    Setakat ni pun, alhamdulillah senang dapat kerja.. Habis belajar je, cari-cari kerja dekat town Ipoh, tup2 dapat seminggu dua lepas tu.. salesgurl jual bakeri dekat Lido Cake (kak Mei tau kot, dekat dengan pasar kinta).

    Beberapa bulan kemudian, sambil-sambil tengok kerja area situ, dapat kerja kedai buku dekat-dekat area situ juga. Tak ambil gap pun untuk rehat. Genap 8 bulan kerja situ, berhenti kerja, tawaqal berhijrah ke KL. Duk rumah opah 2 bulan setengah sambil cari kerja, alhamdulillah dapat kerja kerani. Sampai lani la dok keja ni ja.. Genap suda 6 tahun.. senyum*

    Tapi memang adventurous la nak cari kerja kat KL ni. Ada yang melalui ejen, dah dapat, kena bayar ejen pulak tu. Lepas tu, ada pulak yang kerja macam forex2 tu, nyaris la jugak nak kena tipu. Tak terang cerita betul2 kerja apa, just suruh hadir untuk practical selama 3 hari. 2 hari pegi, rasa macam takda apa pun. Akhirnya, hari ke-3 langsung tak mai.

    Tau...:ketawa:...cari keje kat ipoh nih..limited....tu sebab els..terbang pi KL.

    Akak dulu pun start dari KL.Nasib baik je dapat transfer balik Ipoh.

    Bertahan je els..company bagus...management bagus....tak payah fikir nak cari keje lain.

    Cuma kalau rasa nak balik Perak tu kena survey dulu la.....jangan main redah balik kampung..nanti tanam jagung..:senyum:.

    Macam kat kota bharu la. Tak ada peluang pekerjaan sangat.. Gaji pun tak seberapa

    Padanlah tu ,kos sara hidup pun tak seberapa.

    Dulu ya kos sara hidup tak tinggi tapi sekarang tidak lagi... Me orang kota bharu me tahu sekarang barang, makan kat kota bharu dah mahal tak macam dulu

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    Suka Duka Mualaf

    Started by izza « 1 2 » Kekeluargaan

    21 Replies
    9096 Views
    Last post 10 December, 2009, 02:02:14 PM
    by susukacang
    0 Replies
    573 Views
    Last post 30 March, 2011, 02:51:04 PM
    by permata nilam
    6 Replies
    239 Views
    Last post 11 July, 2014, 09:40:16 AM
    by Mei