Selamat Menyambut Hari Pahlawan

*

Author Topic: Selamat Menyambut Hari Pahlawan  (Read 1241 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

30 July, 2012, 10:28:00 AM
  • Publish




  • 31 Julai saban tahun, negara merakam sejarah keramat ini sebagai Hari Pahlawan selaras tamatnya darurat menentang Pengganas Komunis Malaya pada 31 Julai 1960. Semasa pemerintahan British, hari tersebut dikenali sebagai Poppy Day sempena nama bunga poppy. Konvensyen Geneva 1945 yang secara ringkasnya menggariskan larangan membunuh atau menyerang tentera yang hors de combat yakni orang yang cedera, tidak sedarkan diri dan telah meletakkan senjata dan tidak berupaya untuk berperang.

    Mengambil semangat dari pengiktirafan konvensyen ini dengan tamatnya peperangan dunia kedua yang dikenang di seluruh dunia maka tarikh ini telah ditetapkan oleh kerajaan pimpinan Yang Teramat Mulia Al-Marhum Tunku Abdul Rahman iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama untuk memperingati jasa perajurit dan polis yang terlibat secara langsung di dalam kemelut perebutan dengan beberapa pihak yang berkepentingan yang berlarutan sehingga bertahun-tahun selepas Malaysia merdeka.

    Kempen Hari Pahlawan hari ini telah menjadi tradisi dan sinonim sebagai acara penting samada di peringkat nasional maupun negeri-negeri, sebagai mengenang jasa pahlawan. Mengambil iktibar dari suasana semasa di dalam negara yang berkaitan dengan sejarah pertahanan dan kemerdekaan, adalah sangat bererti jika mulai tahun ini dan tahun-tahun mendatang, sambutan Hari Pahlawan diisi dengan menampilkan pahlawan-pahlawan yang masih hidup ini ke tengah masyarakat dengan program-program patriotik yang lebih menyeluruh.

    Kamus Dewan menterjemahkan ‘pahlawan’ adalah orang yang gagah dan berani, pejuang yang gagah, perwira yang ditakuti. Manakala Hari Pahlawan didefinasikan sebagai hari memperingati pahlawan yang terkorban.

    Jika mengambil kira ungkapan ‘orang yang gagah dan berani dan telah terkorban’ kerana mempertahankan kedaulatan negara dari dijajah oleh anasir luar atau cubaan dari anasir dalaman yang berhaluan kiri dan kumpulan-kumpulan yang ingin mengkucarkacirkan kestabilan negara. Walaupun ianya bergerak tidak dalam kumpulan anggota berunifom atau seumpamanya, maka selayaknya mereka juga digelar pahlawan.

    Pahlawan-pahlawan negara seharusnya dikenang oleh sejarah Malaysia yang telah terlebih dahulu mencipta ketamadunan negara Malaysia dan sekali gus adalah bangsa tuan kepada bumi ini yang berhak mendapat hak-hak keistimewaan. Kemasukan bangsa-bangsa asing, bermastautin dan diterima sebagai warganegara Malaysia selepas itu dan secara tidak langsung ikut sama terlibat di dalam perjuangan pembebasan dan kematian mereka juga telah diiktiraf dan tidak dinafikan jasa mereka kepada negara.

    Ini bermakna, negarawan, ahli-ahli politik malah juga orang-orang persaorangan atau pun kumpulan yang bermandi darah dan keringat, berjuang dengan cara masing-masing dengan hasrat yang sama iaitu untuk membebaskan bumi Malaysia dari cengkaman penjajah dan pertualang-pertualang yang mengkhianati bangsa dan negara sendiri demi kelangsungan ideologi dan perjuangan mereka untuk menjadikan negara ini bukan sebuah negara demokratik adalah merupakan dari kelompok pahlawan.

    Oleh kerana mereka berjuang bukan atas nama mana-mana organisasi berunifom, adalah menjadi sukar untuk mengesan jejak-jejak mereka untuk sama-sama didokumentasikan sebagai pejuang sebaris dengan pahlawan-pahlawan yang tersenarai dalam rekod sejarah negara.

    Walau apa pun tafsiran, jasa dan pengorbanan mereka yang tiada tolok banding nilainya di sisi sejarah telah menjadi titik tolak kepada kecemerlangan pembangunan negara hari ini. Mereka datang bukan hanya dari satu bangsa majoriti malah mewakili bangsa-bangsa minoriti yang lain.

    Sejarah perjuangan pahlawan-pahlawan negara yang berjuang samada di era sebelum merdeka maupun pasca merdeka dikenang sampai hari ini. Tugu peringatan sebagai lambang penghormatan negara kepada perwira dan perajurit yang sanggup mengorbankan nyawa mereka demi kestabilan dan keamanan tanahair.

    Reply #1 30 July, 2012, 10:32:36 AM
  • Publish


  • Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah terpilih bagi menjayakan iklan sempena sambutan Hari Pahlawan yang bakal disambut pada 31 Julai 2012. Sehubungan itu, pelbagai acara akan diadakan bagi mengenang jasa pasukan keselamatan dalam usaha mencapai kemerdekaan negara.




       
    Dalam pada itu, pihak TLDM juga tidak ketinggalan dalam memberi sokongan melalui usaha murni dengan kerjasama syarikat DMS Advertising Services Sdn Bhd yang kini dalam proses pembikinan iklan 'Warkah Terakhir'. Lokasi penggambaran telah dilaksanakan bertempat di Batu 18, Hulu Langat, Selangor. Iklan ini dilihat mampu menarik golongan generasi muda agar mengingati semangat perjuangan dan pengorbanan yang telah diberikan oleh pasukan keselamatan negara selama ini yang terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia iaitu Tentera Darat, Laut dan Udara termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM).




       
    Ini juga merupakan inisiatif kerajaan Malaysia dalam menyemai semangat patriotik di kalangan belia negara yang bakal menerajui dan menjadi pemangkin untuk bangsa, agama dan negara.


    Selamat Menyambut Hari Pahlawan dari warga the Navy People untuk seluruh

    perwira

    dan srikandi negara.

    Jasa dan bakti kalian sesungguhnya amat dihargai dalam mempertahankan

    tanah air tercinta
    !

    Reply #2 30 July, 2012, 10:37:20 AM
  • Publish


  • 31 julai hari pahlawan
    Hari kenangkan jasa
    Buat semua pejuang bangsa
    Buat insan bergelar pahlawan
    Yang pernah titiskan darah
    Yang pernah titiskan keringat

    Demi ibu pertiwi
    Demi malaysia
    Demi bumi bertuah ini

    31 julai hari pahlawan
    Terkenang kisah portugis
    Terkenang kisah belanda
    Terkenang kisah inggeris
    Terkenang kisah jepun
    Terkenang kisah perajurit
    Terkenang kisah pejuang kemerdekaan

    Banyak nyawa terkorban
    Banyak harta tergadai
    Sejak zaman hang tuah bersaudara
    Sejak zaman tok janggut
    Sejak zaman datuk bahaman
    Sejak zaman leftenan adnan
    Sejak zaman pahlawan tanpa nama
    Semua demi tanah tercinta

    Tanah keramat milik kita
    Selamat hari pahlawan
    Buat semua insan
    Yang bergelar pahlawan

    Reply #3 30 July, 2012, 10:46:46 AM
  • Publish


  • Darah pahlawan melayu sejati
    Darah pahlawan terus mengalir
    Waris kekal sejak berzaman
    Darah datuk bahaman yang gagah
    Darah datuk maharajalela yang megah
    Darah tok janggut yang tersimbah
    Pantang tunduk pantang menyerah
    Tekad dipegang bulat di hati
    Walau nyawa jadi taruhan
    Bercerai nyawa dari badan
    Takkan undur walau selangkah

    Darah pahlawan melayu sejati
    Cuba selak kembali pegangan mereka
    Ikatan sama sendiri kukuh tersimpul
    Tiada langsung erti pilih bulu
    Tiada langsung erti hidup berpuak
    Tiada langsung erti bersendirian
    Tali silaturrahim tersimpul mati
    Kukuh padu dijiwa mereka itu
    Bulat sekali pegangan mereka
    Pada keimanan teguh di hati mereka
    Itulah pahlawan melayu sejati
    Yang diwaris sejak zaman mereka
    Hingga kini masih ada sisanya
    Pada segelintir umat cuma

    Darah pahlawan melayu sejati
    Selami kata datuk hang tuah
    Takkan melayu hilang di dunia
    Hebatkah agaknya kita ini
    Jika hadir kita asyik bertelagah
    Hingga lupa yang menang jadi arang
    Hingga lupa yang kalah tetap kan jadi abu
    Yang jadi juara tetap sang api
    Yang membakar membaham setiap dari kita
    Kita kita yang sudah mula lupa
    Lupa ajaran orang-orang lama
    lupa didikan orang-orang lama
    Lupa warisan orang-orang lama
    Sia-sia perjuangan mereka

    Darah pahlawan melayu sejati
    Adat sesama orang kita, dari kita untuk kita
    Kadang hati penuh taman, pantang tercuit terus merawan
    Kadang hati penuh batu, tiada kesan apa mendatang
    Kadang hati penuh api, pantang tersentuh terus membakar
    Maka tatkala itulah kita mula tersedar
    Siapakah sebenarnya yang benar
    Siapakah sebenarnya yang salah
    Kita sendiri tahu
    Kerna kita punya warisan

    Darah pahlawan melayu sejati …

    DARAH PAHLAWAN MELAYU SEJATI

    Berkisahkan tentang hidup kita di zaman serba moden ini. Kita semakin melupakan ajaran yang telah lama dipupuk oleh nenek moyang kita dahulu. Apa yang telah mereka terapkan dalam perjuangan mereka mendaulatkan agama, bangsa dan negara.

    Kebanyakan dari kita sudah mula lupa semangat bersatu padu dan hidup penuh harmoni saling bantu membantu sesama kita. Kita sudah mula hidup berpuak yang sama sekali tidak menguntungkan. Kisah jumud ini akan semakin menghancurkan semangat kebersamaan kita. Kita bangsa bermaruah dan usah kita gadaikan maruah kita demi sebuah kemanisan sementara.

    Reply #4 30 July, 2012, 10:52:23 AM
  • Publish
  • Insan Terbilang

    Mat kilau pahlawan pahang
    Semua musuh pasti ditentang
    Memang jaguh ditengah gelanggang
    Memang juara di medan juang
    Sampai mati jasa dikenang

    Datukku ulama terbilang
    Tinggi ilmunya bukan kepalang
    Muridnya ramai tiada terbilang
    Juga jaguh di tengah gelanggang
    Tiada seorang mampu mengekang
    Sampai mati jasa dikenang

    Ayahku imam terbilang
    Tinggi pekerti suara lantang
    Juga jaguh ditengah gelanggang
    Segala mungkar pasti dihalang
    Jadi rujukan semua orang
    Sampai mati jasa dikenang

    Aku pula segala kurang
    Cuma jaguh tepi gelanggang
    Ilmu sedikit amalpun kurang
    Nasib baik ku jadi orang…

    Reply #5 30 July, 2012, 11:05:52 AM
  • Publish
  • ‎31 Julai saban tahun, negara merakam sejarah keramat ini sebagai Hari Pahlawan selaras tamatnya darurat menentang Pengganas Komunis Malaya pada 31 Julai 1960.

    Bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan juga sebagai lambang Hari Pahlawan bagi memperingati perjuangan perwira-perwira tanah air.

    Bunga raya sebagai lambang Hari Pahlawan amat sesuai kerana ia memenuhi ciri-ciri simbolik kepahlawanan sejati.

    “Bunga raya yang berwarna merah melambangkan sifat keberanian dan keikhlasan para pahlawan yang rela berkorban nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara.

    Selamat Hari Pahlawan kepada semua warga ATM.

    Jasamu dikenang.
    « Last Edit: 30 July, 2012, 11:31:03 AM by Hj Naim »

    Reply #6 02 August, 2012, 09:48:41 PM
  • Publish




















  • KITA SEPATUTNYA BERSYUKUR !!! ALLAH PELIHARALAH PAHLAWAN PAHLAWAN NEGARA BAIK YANG MASIH BERTUGAS ATAUPUN YANG SUDAH BERSARA.

    Anda harus bersyukur...di buai lena bernaungkan keselesaan.
    Siang malam kami tidak tidur,di kelilingi hutan belantara,bertemankan pacat dan serangga.

    Anda harus bersyukur...saling bertukar ganti pakaian harum lagi bersih.
    Seragam hamis,berkeringat.... berminggu minggu melekat di badan.

    Anda harus bersyukur...pelbagai makanan tersedia,cuma selera menentukan pilihan.
    Sehari suntuk belum lagi menjamah...walaupun sesuap nasi.

    Anda harus bersyukur...masih mempunyai masa depan yang sungguh cerah.
    Kami korbankan masa depan kami... buat anugerah masa depan anda.

    Anda harus bersyukur...
    Kenangkan jasa kami... jangan sia-siakan masa depan anda....

    KAMILAH ANGKATAN TENTERA MALAYSIA...
    « Last Edit: 02 August, 2012, 09:50:19 PM by Hj Naim »

    divider3
    halaqahforum4