Hadith: Mengenai Roh

Author Topic: Hadith: Mengenai Roh  (Read 17041 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

25 July, 2012, 09:17:24 AM
Hadith: Mengenai Roh Dibenarkan kembali ke bumi dlm bulan Ramadhan?

Salam ya Syeikh/Ustaz...
Ana nk tanya pasal satu yg dikatakan hadith mengenai roh yg dibenarkan pulang ke bumi dlm bulan Ramadhan....adakah sahih hadith ini atau dhoif atau hadith yg direka-reka? Wallahu'alam..kerana ana dpt satu email seperti dibwh dan mohon penjelasan/perincian...terima kasih.
emailnye seperti dibwh:

""Roh di Bulan Ramadhan

Saya menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian saya tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf saya tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.
Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di
penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk
melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka
mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah
untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan
mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh
mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang.
Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah
bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada
kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah

Reply #1 25 July, 2012, 09:56:24 AM
Roh di Bulan Ramadhan


silakan klik dan baca ya
inshallah

cheksue89

  • *
  • SABAR Yo!
    • View Profile
Reply #2 25 July, 2012, 10:38:07 AM
uuuuuuuu...masyaallah...begitukah?ku harapkan ada lah orang yang mendoakan aku kelak..
'wahai hati,bersabarlah.."

5zul

  • *
  • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
    • View Profile
Reply #3 25 July, 2012, 12:10:56 PM
uuuuuuuu...masyaallah...begitukah?ku harapkan ada lah orang yang mendoakan aku kelak..
yang mendoakan kamu adalah anak kamu sendiri -

sebab itu islam tidak mengalakkan hidup kesorangan tanpa harta iaitu ANAK -
~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

5zul

  • *
  • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
    • View Profile
Reply #4 25 July, 2012, 12:21:52 PM
Kisah Roh dari Abu Bakar R.A

AbuBakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia
Keluar dari jasad. Maka berkata Abu
Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut
kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di
udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa
berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.

"Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat
tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Reply #5 25 July, 2012, 12:53:47 PM
tengoklah pada mana pengajian mereka yang menaip di sini

pada ahli tarikat, dalam Kitab depa, ada yg kata, boleh baliklah itu ROH

banyak juga ahli qariah kampung kampung, nampak, roh yang dah mati

terutama, mereka panggil, ar rijalul ghaib

geng arqam dulu tersangat percaya ianya

jadi silakan, mengaji dan kaji, sampilah jumpa yang hakiki, inshallah
tanya Allah
inshallah Dia yang dekat akan khabar

awasi jika belum pasti siap Allah
sebab syaitan tu juara berbisik

subhanallah

Reply #6 25 July, 2012, 01:16:22 PM
tuan boleh rewang ke dalam thread thread di halaqah
type saja di carian, sebagai contoh ROH, atau RUH

bacalah threadnya, inshallah

jika saya type sini, rasanya banyak kalilah mengulangnya

inshallah ya

type di Carian

Reply #7 25 July, 2012, 01:56:29 PM
erm...nampaknye tiada ahli hadith di sini yg boleh mengesahkan hadith sahih atau hadith dhoif atau bkn hadith , atas hadith tersebut....jadi serahkan pd Allah Ta'ala shj..semua dlm ilmuNya...wallahu'alam

jazakallah.

Reply #8 26 July, 2012, 11:50:47 PM
walaupun ada hadis - sahih ke tak sahih ke, haruslah kita FIKIRkan

Barzakh ialah alam lain, sebagai dinding pemisah antara yang hidup dengan yang mati

Dunia atau Bumi ibarat, bangkai Kambing
jadi apa perlunya Roh Roh suci kembali ke bumi?

melainkan tipudaya JIN
JIN boleh copy wajah simati
Roh manusia yang semsa hidup berdampingan JIN, banyak di alam JIn, di khadamkan JIN, sebgaimana mereka mengkhadamkan JIN sewaktu hidup dulu
sebab tu JIN boleh copy wajah si mati ( bila mati tak kembali kepada Allah - atas perdaya dan mainan jin, syaitan)

jadi silakan ya, nak percaya yang mana

nasihat saya belajarlah, bertanyalah orang yang tahu, mintalah bantuan dari Allah yang amat dekat, subhanalah,
awasi bisikan syaitan, subhanallah

Reply #9 27 July, 2012, 04:37:00 PM
Quote
apa maksudnya pada ahli tarekat dan 'kitab depa'?
tak samakah 'kitab depa' dgn kitab org islam kebanyakan?
samakah 'roh org dah mati' dgn 'rijalul ghaib' tu?

maksudnya di sini jika anda seorag pengamal tarekat,maka hadith di atas tu boleh/harus dipegang atau boleh diyakini?
jika bukan pengamal tarekat/ pegang pd kitab2 tarekat,maka hadith tersebut tidak harus diyakini/maudu'/direka2/israiliyat...
begitu??

pd pandangan/dlm ilmu al-ahibbatu apakah pegangan kamu terhadap hadith tersebut?
just ingin kepastian...:-)

Jika hendak mengenali tarekat, di forum ini sudah banyak dibincangkan. Di kalangan ulamak tasawwuf sendiri ramai yang juga adalah ahli hadith.

Persoalan ruh kembali ke rumah pada bulan Ramadhan ada dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus :

<a href="http://www.youtube.com/watch?v=Dwlw0RHre5I" target="_blank" class="aeva_link bbc_link new_win">ustaz azhar idrus - (soalan) ruh balik ke rumah</a>

Reply #10 28 July, 2012, 10:22:58 AM
Assalamualaikum

Amat manfaat perkongsiaan ini sementelaah saya dan suami baru kehilangan ibu suami pada 5 ramadhan baru baru ini...

Nursyarifah Syed Putera

  • *
  • Assalamualaikum
    • View Profile
Pencinta Quranul Karim

divider3
halaqahforum4