Hadith Mengenai Puasa

*

Author Topic: Hadith Mengenai Puasa  (Read 3706 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

hembusankasturi

  • *
  • Posts: 52
    • View Profile
13 July, 2012, 09:15:29 PM
  • Publish
  •  :)

    Mohon berikan penerangan kepada hadis ini?

    “Adalah Rasulullah shollallâhu ‘alaihi wa ‘alâ âlihi wa sallam berpuasa hingga kami berkata bahwa beliau tidak akan berbuka, dan beliau berbuka hingga kami berkata bahwa beliau tidak akan/pernah berpuasa, maka saya tidak pernah melihat Rasulullah shollallâhu ‘alaihi wa ‘alâ âlihi wa sallam menyempurnakan puasa sebulan selain bulan Ramadhan dan tidaklah saya melihat paling banyaknya beliau berpuasa di bulan Sya’ban.”
    (Dikeluarkan oleh Al-Bukhâry no. 1969, Muslim no. 1156, Abu Dâud no. 2434, An-Nasâ’i 4/151 dan Ibnu Majah no. 1710 dari ‘Aisyah radhiyallâhu ‘anhâ.)

     :jaz:

    hembusankasturi

    • *
    • Posts: 52
      • View Profile
    Reply #1 13 July, 2012, 09:32:58 PM
  • Publish
  • soalan kedua

    bagaimana pula dengan hadis ni:

    Rasulullah SAW bersabda dari hadis Abu Hurairah bermaksud,: “Apabila sudah berlalu separuh dari bulan Syaaban, maka janganlah kamu berpuasa”. (Riwayat Abu Daud, termizi)

    adakah hadis ini dan hadis di atas kedua2 nya sahih dan boleh diterima?

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #2 15 July, 2012, 12:24:12 AM
  • Publish
  • soalan pertama, perkhabaran akan amalan dan perbuatan nabi SAW

    kisah sirah ada sahabat berkata, kami nak berpuasa tak nak berbuka
    ( ada dua lagi sahabat kata nak amal berterusan juga - nak bujang terusan asal dapat ibadah sokmo,)

    nabi pesan, aku puasa dan aku berbuka, jadi kamu ikutlah naaa

    then sahabat tanya lanjut, tuan berpuasa berterusan, boleh

    maka nabi SAW jawab, Allah beri aku makan

    demikianlah ya, manusia yang ada Ilmu Allah, boleh saja, tak makan tak minum selama 10 hari ( aksi PRO) harapannya ( Jangan tiru aksi PRO jika masih amatur, buat sesuatu hendaklah dengan pengetahuan

    yang nabi jadikan sunnah ialah Arahannya iaitu daripada Hadis Hadis
    perkataan nabi, sunnah yang lebih utama di Taati
    kerana nabi dapat bezakan, dirinya, berbanding sahabatnya

    jadi bandingkan diri kamu, samada kamu mampu Puasa macam nabi, ada Allah beri kamu makan?

    subhanallah

    kemudian masuk soalan kedua, hadis perkataan nabi, menasihati sahabat dan sekalian yang terkemudian
    selepas 15syaaban elok jangan Puasa

    melainkan kamu
    tak hairan berpuasa 4 bulan
    tak hairan berpuasa 120hari tanpa selang seli

    inshallah ya, UKUR baju Badan sendiri
    dalam hal amal, mahukan kualiti, bukan kuantiti

    berpuasalah - semuga dapat bertaqwa

    subhanallah

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #3 15 July, 2012, 12:30:55 AM
  • Publish
  • Seringkali kedengaran pelbagai fadhilat-fadhilat tertentu apabila tibanya bulan Rejab dan Syaa'ban. Namun kali ini terdapat satu pendapat yang menyatakan larangan puasa selepas pertengahan Sya'ban atau dengan erti kata lain selepas 15 Sya'ban. Pendapat ini dipegang oleh segelintir umat Islam berdasarkan sebuah hadith yang menyebut larangan tersebut. Penulisan ini mengupas lebih lanjut mengenainya . InsyaAllah.

    Matan Hadith :

    إذا انتصف شعبان فلا تصوموا
    "Apabila tiba setengah Syaaban [15 sya'ban], maka janganlah berpuasa".

    Takhrij :

    Hadith ini semuanya diriwayatkan dari turuq (jalan) yang sama iaitu, oleh al-A'laa dari ayahnya dari Abu Hurairah dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, diriwayatkan antaranya dari Ahmad dalam Musnadnya [hadis no.9705], at-Tirmizi dalam Jami'nya [hadis no. 738], Ibn Majah dlm Sunan [hadis no.1651], al-Baihaqi dlm Sunan al-Kubra [hadis no.7751], Abu Daud dalam Sunannya [hadis no. 2337], Ibn Hibban dalam Sahihnya [hadis no. 3589], AbdulRazzaq dalam Musannaf [hadis no.7325], Darimi dalam Sunannya [hadis no. 1740], an-Nasaie dalam Sunan Kubra [hadis no.2911] dan lain-lain dengan lafaz yg sedikit berbeza [lafaz yg disebutkan diatas adalah lafaz dalam Sunan Abu Daud]

    Status Hadith :

    Status hadis ini diperselisihkan darjatnya, sesetengah mensahihkannya dan yg lain mendhaifkannya, dan yg tepat dan rajih (kuat) ialah ia DHAIF dan kita akan bincangkannya dibawah:

    1. Penilaian Mutaakhirin :

    Antara yg mensahihkan hadith ini adalah dari ramai kalangan muhaddith al-Mutaakhirun dan Muassirn, antaranya ialah:

    1- Ibn Hibban [dalam Sahihnya]

    2- al-Hakim, Tahawi, Ibn Abdil Baar [sebagaimana yang disebut Ibn Rajab dalam Latoif al-Ma'arif, dan dinukil oleh Dr. Mahir Yasin Fahl dalam Athar Ilal Hadis fi Ikhtilaf Fuqaha']

    3- Syaikh al-Albani [dalam tahqiq sunan Abu Daud, tahqiq sunan Tirmzi, tahqiq Misykat al-Masobih dan lain-lain]

    4- Syaikh Syuaib al-Arnaouth [dalam tahqiq Musnad Ahmad].

    Penilaian Huffaz Mutaqaddimun (Terdahulu):

    Manakala dari kalangan imam-imam Huffaz al-Mutaqaddimun pula berlaku perselisihan, at-Tirmizi mensahih-kannya dan yg lain-lain mendhaifkannya. Dan sebagaimana yg telah kita tahu dalam apa jua kes samada at-Tirmizi atau yg lain-lainnya kita perlu membuat perbandingan antara sesama mereka huffaz al-mutaqaddimun, terutamanya jika berlaku perselisihan status untuk menyelesaikan masalah. Terutamanya perbandingan dengan para imam Huffaz yg lebih hebat, lebih tinggi ilmunya, lebih senior, jumlah bilangan dan faktor-faktor penting lainnya.

    Perbandingan antara Mutaqaddimun (Terdahulu) dan Mutaakhirun (Terkemudian)

    Jika berlaku perselisihan dalam penilaian status hadis antara Imam-Imam Huffaz al-Mutaqaddimun dari kalangan Muhaddith Salaf dan para Muhaddith Mutaakhirun/Muassirn, maka sikap yang diambil adalah menggunggulkan penilaian Imam-Imam Huffaz al-Mutaqaddimun keatas penilaian Muhaddith Mutaakhirun atas banyak sebab tertentu [perbezaan penilaian status hadis antara Mutaqaddimun dan Mutaakhirun berlaku adalah disebabkan perbezaan Manhaj dalam beberapa aspek kajian hadis, oleh itu pembaca diharap dapat mengikuti siri penerangan Manhaj al-Mutaqaddimun dalam web http://www.al-Ahkam.net dan kitab-kitab hadith untuk lebih penjelasan]

    Sahih Di Sisi Al-Tirmizi Namun Tidak Sahih Disisi Huffaz Lain

    Ya memang benar, Imam Abu Isa at-Tirmizi menilai hadis ini sebagai ''Hasan Sahih'' dalam jami'nya. Berkata at-Tirmizi selepas mengeluarkan hadis ini dalam Jami'nya: ''Hadis Hasan Sahih, tidak diketahui selain dari wajah ini dalam lafaz ini...", kemudian at-Tirmizi menyebutkan pandangan sebahagian ahli ilmu yg menerima hadis ini akan fiqhnya. Dan kita perlu faham akan fiqh hadis ini jika tetap ingin memegang hadis ini sebagai sahih, ia bukanlah bermaksud haram secara mutlak untuk berpuasa selepas 15 Sya'ban, at-Tirmizi menyatakan bahawa ia lebih untuk mereka yg tidak berpuasa dalam bulan Sya'ban secara kerap akan tetapi apabila tiba hari akhir-akhir bulan Sya'ban dan bulan Ramadhan akn tiba tidak lama lagi, barulah mereka ingin berpuasa DENGAN NIAT khusus untuk mendahului Ramadhan dengan berpuasa beberapa hari sebelumnya [sehari atau dua hari sebelum] , maka inilah yg tidak disukai/makruh.

    sedang, para Imam-imam huffaz al-Mutaqaddimun lainya termasuk yg utama, lebih hebat dan lebih tinggi ilmunya menolak hadis ini dan men-DHAIF-kannya.

    Antara huffaz yang mendhaifkan hadis ini ialah:

    1- Imam AbdulRahman ibn Mahdi   2- Imam Abu Zur'ah al-Razi

    3- Imam Ahmad bin Hanbal  4- Imam Muslim al-Hajjaj

    5- Imam Abu Daud   6- Imam al-Baihaqi

    7- imam Yahya Ibn Main   8- imam Abu Bakr al-Atsram (murid imam Ahmad)

    9- imam Ibn Adiy   10- Imam an-Nasaie dan lain-lain.


    Perbandingan Antara Huffaz

    Seperti yang disebutkan sebelum ini, terdapat perselisihan antara imam-imam huffaz al-Mutaqaddimun dalam penilaian status hadis ini, maka perlu dibuat perbandingan sesama mereka untuk mengetetahui yang lebih kuat. Dan sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, para imam yang lebih tinggi ilmunya, lebih hebat dan lebih ramai dari kalangan huffaz al-Mutaqaddimun menolak hadis ini dan oleh itu yang kuat ialah hadis ini adalah dhaif.

    Hal ini adalah seperti yang dijelaskan oleh Ibn Rajab al-Hanbali dalam Latoif al-Ma'arif ketika membincangkan status hadis ini, kata Ibn Rajab:


    حديث العلاء بن عبد الرحمن عن أبيه عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : إذا انتصف شعبان فلا تصوموا حتى رمضان ] و صححه الترمذي و غيره و اختلف العلماء في صحة هذا الحديث ثم في العمل به : فأما تصحيحه فصححه غير واحد منهم الترمذي و ابن حبان و الحاكم و الطحاوي و ابن عبد البر و تكلم فيه من هو أكبر من هؤلاء و أعلم و قالوا : هو حديث منكر منهم عبد الرحمن بن المهدي و الإمام أحمد و أبو زرعة الرازي

        "Hadis al-A'laa bin AbdulRahman dari Ayahnya dari Abu Hurairah dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam sabdanya: ''Apabila tiba setengah Syaaban [15 sya'ban], maka janganlah berpuasa", hadis ini disahihkan at-Tirmizi dan lain-lain, dan berlaku perselisihan dikalangan ulama' akan kesahihan hadis ini…yang mensahihkannya antaranya: at-Tirmizi, Ibn Hibban, al-Hakim, al-Tahawi, dan Ibn Abdil Baar, dan menyebutkan dari kalangan mereka yang lebih hebat dan lebih berilmu dari mereka: hadis ini Mungkar, antaranya ialah AbdulRahman ibn Mahdi, Imam Ahmad, dan Abu Zur'ah al-Razi…." [Latoif al-Ma'arif, juz 1, m/s 151]


    Imam Ahmad menyatakan hadis ini sebagai MUNGKAR dan TIDAK TERPELIHARA, Imam AbdulRahman ibn Mahdi tidak pernah menyebutkannya[meriwayatkannya] dan malah dia cuba mengelak diri dari meriwayatkan hadis ini, Imam Muslim pula meninggalkan hadis ini dan menolak untuk memasukkan dalam Sahihnya, malah ia juga tidak dimasukkan Imam al-Bukhari dalam Sahihnya. mereka menolak hadis ini kerana masalah padanya, iaitu tafarrudnya seorang rawi iaitu al-A'laa yang meriwayatkan dari Ayahnya [tafarrud al-A'laa dari Ayahnaya] dan juga sebagaimana yg dikatakan Imam Ahmad ia bertentangan dengan hadis lain yg sahih menyatakn baginda Nabi SAW biasa menyambung terus puasa Baginda SAW dari Sya'ban ke Ramadhan. Dalam Tahzib al-Tahzib [kitab Rijal Hadis], Ibn Hajar menukilkan kata-kata Abu Daud tentang al-A'laa, kata Abu Daud:

    و قال أبو داود : سهيل أعلى عندنا من العلاء ; أنكروا على العلاء صيام شعبان ـ

    يعنى : حديث " إذا انتصف شعبان فلا تصوموا "


        ''….mengingkari kami hadis puasa Sya'ban dari al-A'laa iaitu hadis ''Apabila tiba setengah Syaaban, maka janganlah berpuasa''... [Tahzib al-Tahzib, rijal: al-A'laa bin AbdulRahman bin Ya'kub al-Harqi]


    Juga disebutkan oleh al-Baihaqi dalam sunannya setelah meriwayatkan hadis ini :


    قال أبو داود وقال أحمد بن حنبل هذا حديث منكر قال وكان عبد الرحمن لا يحدث به

        "berkata Abu Daud, berkata Ahmad bin Hanbal: hadis ini Mungkar..AbdulRahman [ibn Mahdi] tidak pernah sama sekali menyebutkannya/meriwayatkannya…" [ Sunan al-Baihaqi al-Kubra, komentarnya terhadap hadis ini]

    Dan berkata Imam Abu Daud dalam Sunannya setelah meriwayatkan hadis ini:

    قال أبو داود وكان عبد الرحمن لا يحدث به قلت لأحمد لم ؟ قال لأنه كان عنده أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يصل شعبان برمضان

    ''AbdulRahman ibn Mahdi tidak menyebutkannya/tidak meriwayatkannya'', aku bertanya kepada Ahmad: kenapa? Ahmad berkata (menjawab): kerana sesungguhnya Baginda SAW biasa menyambung terus puasa Sya'ban dengan puasa Ramadhan...'' [rujuk Sunan Abu Daud, komentarnya pada hadis no 1651]

    Begitu juga dalam kitab Nasbu Rayah [kitab takhrij hadis al-hidayah] menyebutkan ketika membincangkan hadis ini:


    وَقَالَ النَّسَائِيّ : لَا نَعْلَمُ أَحَدًا رَوَى هَذَا الْحَدِيثَ غَيْرَ الْعَلَاءِ ، وَرُوِيَ عَنْ الْإِمَامِ أَحْمَدَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ : هَذَا الْحَدِيثُ لَيْسَ بِمَحْفُوظٍ ، قَالَ : وَسَأَلْت عَنْهُ ابْنَ مَهْدِيٍّ فَلَمْ يُصَحِّحْهُ : وَلَمْ يُحَدِّثْنِي بِهِ ، وَكَانَ يَتَوَقَّاهُ ، قَالَ أَحْمَدُ : وَالْعَلَاءُ ثِقَةٌ ، لَا يُنْكَرُ مِنْ حَدِيثِهِ إلَّا هَذَا


        Berkata an-Nasaie: "tidak diketahui satupun yg meriwayatkan hadis ini kecuali al-A'laa seorang sahaja, dan diriwayatkan dari Imam Ahmad, sesungguhnya dia berkata [kata Ahmad]: ''hadis ini TIDAK TERPELIHARA [LAISA BI MAHFUZ], aku bertanya hadis ini kepada AbdulRahman [ibn Mahdi] dan dia tidak pernah sama sekali menyebutkannya/tidak meriwayatkannnya dan dia cuba untuk sedaya upaya tidak meriwaytkannya..., dan berkata Ahmad lagi: al-A'laa' seorang yang Tsiqah, tidak diingkari [tidak ditolak] hadis-hadisnya kecuali hadis ini…" [ Nasbu Rayah, takhrij Hadis al-Hidayah, juz 4, m/s 384]


    Diriwayatkan dari al-Baihaqi dari an-Nasaie, dari Ahmad tentang hadis ini, sebagiamana yg disebutkan dalam kitab al-Majmu' oleh Imam an-Nawawi:

    البيهقى عن ابى داود انه قال قال احمد بن حنبل هذا حديث منكر قال وكان عبد الرحمن لا يحدث به يعني عبد الرحمن بن مهدى وذكر النسائي عن أحمد بن حنبل هذا الكلام قال أحمد والعلاء بن عبد الرحمن ثقة لا ينكر من حديثه إلا هذا الحديث قال النسائي ولا نعلم أحدا روى هذا الحديث غير العلاء

        ''al-Baihaqi dari Abu Daud, sesungguhnya berkata Ahmad: hadis ini Mungkar, AbdulRahman [ibn Mahdi] tidak pernah sama sekali menyebutkannya [meriwayatkannya], dan an-Nasaie menyebutkan dari Ahmad bin Hanbal kalam ini, berkata Ahmad: "al-A'laa bin AbdulRahman Tsiqah, tidak diingkari [diterima] hadis-hadisnya kecuali satu hadis ini", dan berkata an-Nasaie: "tidak diketahui satupun yg meriwayatkan hadis ini kecuali al-A'laa..." [ al-Majmu' Syarah Muhazzab, Imam Nawawi, juz 6, m/s 399]


    Juga dalam kitab Tadrib al-Rawi al-Suyuthi [iaitu Syarh Taqrib an-Nawawi] menyebutkan bahwa:

    كحديث العلاء عن أبيه عن أبي هريرة في النهي عن الصوم إذا انتصف شعبان تركه مسلم لتفرد العلاء به


        ''..seperti hadis al-A'laa dari Ayahnya dari Abu Hurairah dalam bab larangan berpuasa ''apabila tiba pertengahan sya'ban..", Imam Muslim meniggalkan hadis ini [tidak memasukkan dalam Sahihnya] kerana tafarrudnya al-A'laa dari Ayahnya..." [ Tadrib al-Rawi, juz 1, m/s 141]


    Begitu juga disebutkan dalam kitab al-Maudhuat,bahawa Imam Muslim menolak hadis ini:


    مثل حديث العلاء بن عبدالرحمن عن أبيه عن أبى هريرة أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: " إذا انتصف شعبان فلا تصوموا حتى يجئ رمضان " وقد خرج مسلم كثيرا من حديث العلاء في الصحيح وترك هذا وأشباهه مما انفرد به العلاء عن أبيه

        "…contohnya hadis al-A'laa bin AbdulRahman dari Ayahnya dari Abu Huraitah, sesungguhnya Nabi SAW bersabda: "-matan hadis ini-", dan sesungguhnya Imam Muslim mengambil [memasukkan] banyak hadis-hadis yg diriwayatkan oleh al-A'laa dalm Sahihnya, tetapi meniggalkan hadis ini dan yg lain seumpamanya kerana tafarrudnya al-A'laa dari Ayahnya..." [ al-Maudhuat, juz 1, m/s 33]

    imam Yahya Ibn Main: menyatakan hadis ini MUNGKAR (disebutkan oleh Ibn hajar dlm Fathul Bari)

    imam Abu Bakr al-Atsram (murid imam Ahmad): juga menyatakan hadis ini MUNGKAR, juga kata al-Atsram lagi semua hadis2 [lain] yg ada adalah bertentangan dgn hadis ini (disebut oleh Ibn Rajab dlm Latoif al-Ma'rif)

    imam Ibn Adiy: menyatakn hadis ini GHARIB (dalam al-Kamil fi Dhua'fa')

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #4 15 July, 2012, 12:31:26 AM
  • Publish
  • Kesimpulan Status Hadith Larangan Puasa Selepas 15 Sya'ban


    Oleh itu yg Rajih(Kuat) adalah hadis ini TIDAK SAHIH.

    1- Imam Ahmad menyatakan hadis ini sebagi Mungkar dan Tidak Terpelihara

    2- Imam AbdulRahman ibn Mahdi tidak pernah menyebutkannya[meriwayatkannya] dan malah dia cuba mengelak diri dari meriwayatkan hadis ini,

    3- Imam Abu Zur'ah al-Razi menolak hadis ini sebagaimana yang disebutkan Ibn Rajab

    4- Imam Muslim pula meninggalkan hadis ini dan menolak untuk memasukkan dalam Sahihnya.1- imam Yahya Ibn Main: menyatakan hadis ini MUNGKAR (disebutkan oleh Ibn hajar dlm Fathul Bari)

    5- imam Abu Bakr al-Atsram (murid imam Ahmad): juga menyatakan hadis ini MUNGKAR, juga kata al-Atsram lagi semua hadis2 [lain] yg ada adalah bertentangan dgn hadis ini (disebut oleh Ibn Rajab dlm Latoif al-Ma'rif)

    6- imam Ibn Adiy: menyatakan hadis ini GHARIB (dalam al-Kamil fi Dhua'fa')

    7- malah ia juga tidak dimasukkan Imam al-Bukhari dalam Sahihnya.

    8- Hadis ini juga ditolak oleh imam-imam huffaz laiinya seperti Abu Daud, Nasaie, al-Baihaqi dan lain-lain.

    9- Disebutkan dalam hadis sahih lain [riwayat Bukhari dan Muslim] bahawa baginda pernah menyambung terus puasa dalam bulan Sya'ban dengan Ramadhan.

    Hal ini adalah seperti yang dijelaskan oleh Ibn Rajab al-Hanbali dalam Latoif al-Ma'arif ketika membincangkan status hadis ini, kata Ibn Rajab:

    حديث العلاء بن عبد الرحمن عن أبيه عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : إذا انتصف شعبان فلا تصوموا حتى رمضان ] و صححه الترمذي و غيره و اختلف العلماء في صحة هذا الحديث ثم في العمل به : فأما تصحيحه فصححه غير واحد منهم الترمذي و ابن حبان و الحاكم و الطحاوي و ابن عبد البر و تكلم فيه من هو أكبر من هؤلاء و أعلم و قالوا : هو حديث منكر منهم عبد الرحمن بن المهدي و الإمام أحمد و أبو زرعة الرازي

        "Hadis al-A'laa bin AbdulRahman dari Ayahnya dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, sabdanya: ''Apabila tiba setengah Syaaban [15 sya'ban], maka janganlah berpuasa", hadis ini disahihkan at-Tirmizi dan lain-lain, dan berlaku perselisihan dikalangan ulama' akan kesahihan hadis ini…yang mensahihkannya antaranya: at-Tirmizi, Ibn Hibban, al-Hakim, al-Tahawi, dan Ibn Abdil Baar, dan menyebutkan dari kalangan mereka yang lebih hebat dan lebih berilmu dari mereka: hadis ini Mungkar, antaranya ialah AbdulRahman ibn Mahdi, Imam Ahmad, dan Abu Zur'ah al-Razi…." [rujuk Latoif al-Ma'arif, juz 1, m/s 151]



    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #5 15 July, 2012, 12:32:50 AM
  • Publish
  • Fiqh Al-Hadith:

    Dalam bab ini terdapat beberapa pendapat berkenaan hukum berpuasa selepas 15 Sya'ban, antaranya:

    1- HARAM: Mazhab az-Zahiri mengharamkan berpuasa selepas 15 Sya'ban dalil mereka adalah hadis yang kita bincangkan diatas iaitu " Apabila tiba setengah Syaaban [15 sya'ban], maka janganlah berpuasa", dan dinukilkan oleh Dr. Abdul Karim Zaidan dalam kitabnya al-Mufassal fi Ahkam al-Mar'ah, bahawa disebutkan Ibn Hazm dalam al-Muhalla' maksud haram itu bukanlah beerti haram berpuasa setiap hari selepas 15 Sya'ban secara keseluruhan, akan tetapi hanya pada 16 Sya'ban, kata Ibn Hazm dalam al-Muhalla': "larangan untuk berpuasa hanyalah untuk tanggal 16 sahaja. Itulah hari seseorang tidak boleh berpuasa" [rujuk al-Muhalla' Ibn Hazm, juz 7, hal 25-26, dinukil dari al-Mufassal Dr. Abdul Karim Zaidan]

    Ini kerana adanya hadis riwayat Bukhari dan Muslim, berbunyi: “Janganlah salah seorang kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari. Kecuali seseorang yang berpuasa dengan satu puasa (adat kebiasaannya) maka berpuasalah pada hari itu" [Sahih Bukhari (hadis no:1914), Sahih Muslim (hadis no:2514)] . Hal yang sama juga disebutkan oleh Syaikh al-Muhaddith Dr. Mahir Yasin al-Fahl [rujuk al-Mufassal fi Ahkam al-Mar'ah, Dr Abdul Karim Zaidan, bab larangan berpuasa selepas nisfu Sya'ban dan Athar Ilal Hadis Fi Ikhtilaf Fuqaha', Dr. Mahir Yasin al-Fahl, subtopik: hukum berpuasa selepas nisfu Sya'ban sehingga Ramadhan]

    2- MAKRUH: Sebahagian fuqaha' menyatakan bahawa Makruh berpuasa selepas 15 Syaban jika seseorang itu tiada kelaziman berpuasa secara adat [kerap] pada bulan Syaban. Antara yang mendokong pendapat ini adalah jumhur Mazhab as-Syafie. Dalil mereka adalah hadis yang kita bincangkan diatas iaitu hadis "Apabila tiba setengah Syaaban [15 Sya'ban], maka janganlah berpuasa", dan digabungkan dengan hadis riwayat Bukhari dan Muslim, berbunyi: “Janganlah salah seorang kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari. Kecuali seseorang yang berpuasa dengan satu puasa (adat kebiasaannya) maka berpuasalah pada hari itu" -Sahih Bukhari (hadis no:1914), Sahih Muslim (hadis no:2514). [rujuk kitab al-Maudhuat dan penjelasan at-Tirzmizi dalam Sunannya selepas meriwayatkan hadis yg kita dibincangkan diatas, serta Athar Ilal Hadis, Dr. Mahir Yasin al-Fahl]

    3- DIBOLEHKAN DAN TIDAK MAKRUH: Mazhab jumhur fuqaha' lainnya membolehkan berpuasa dan tidak makruh berpuasa selepas 15 Sya'ban, kerana hadis yang melarangnya adalah Dhaif [iaitu hadis yang kita bincangkan diatas].

    Kesimpulannya, pendapat yang kuat adalah pendapat yang ketiga. Iaitu boleh berpuasa selapas nisfu Sya'ban, ini sebagaimana kata Imam as-Syaukani ketika membincangkan masalah ini dalam Nailul Authar: ''jumhur ulama membolehkan dan tidak melarang puasa selepas nisfu Sya'ban [selapas 15 Sya'ban] kerana hadis yg melarangnya adalah DHAIF" [rujuk Nailul Authar,as-Syaukani]. Begitu juga kata syaikh al-Muhaddith Dr. Mahir Yasin al-Fahl dalam masalah ini: "Mazhab jumhur inilah yang paling kuat [rajih], tiadanya makruh serta dibolehkan berpuasa pada bahagian kedua Syaban [selepas 15 Sya'ban] kerana Dhaifnya hadis al-A'laa…" [rujuk Athar Ilal hadis fi ikhtilaf fuqaha;, Dr. Mahir Yasin al-Fahl]

    Akan tetapi perlu diingat bahawa jika seseorang itu mendahului sehari atau dua hari sebelum Ramadhan dengan berpuasa sedangkan ia bukanlah puasanya yang biasa dia lazimi kebiasaaannya, iaitu dia hanya berpuasa pada sehari atau dua hari sebelum Ramadhan misalnya dengan niat khusus untuk menyambut Ramadhan dan seumpamanya,perbuatan ini adalah terlarang, dalilnya adalah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, berbunyi: “Janganlah salah seorang kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari. Kecuali seseorang yang berpuasa dengan satu puasa (adat kebiasaannya) maka berpuasalah pada hari itu" [Sahih Bukhari (hadis no:1914), Sahih Muslim (hadis no:2514)]. Antara hikmah larangan ini disebut oleh Dr. Abdul Karim Zaidan iaitu adalah "agar tidak tercampur antara puasa sunnah dan puasa fardhu, iaitu puasa Ramadhan. Larangan ini sebetulnya tidak berlaku bagi mereka yang kebiasaaanya [adat] berpuasa sunnah bertepatan dengan hari tersebut. Ada juga yang mengatakan hikmah larangan untuk melakukan puasa pada sehari atau dua hari sebelum Ramadhan adalah kerana puasa Ramadhan kewajipannya bergantung pada Ru'yat Hilal, barangsiapa yang [sengaja dan bukan puasa adat] mendahului bulan Ramadhan dengan sehari atau dua hari puasa seolah-olah dia berusaha memutuskan hukum tersebut,iaitu hukum kewajipan berpuasa Ramadhan mengikut Ru'yat Hilal, demikian penakwilan [fuqaha'] mengenai hikmah larangan ini sebagaimana yang disebutkan dalam kitab Tuhfah al-Ahwadzi bi Syarah Jami' Tirmizi [rujuk al-Mufassal, Dr. Abdul Karim Zaidan, bab mendahului Ramadhan denga sehari atau dua hari puasa]


    Oleh: Dr. Muhammad Fathi Ali Al-Sakandari
    Disemak Oleh: Ustaz Anwaruddin
    Disunting Oleh: WADi.   
    http://addienblog.blogspot.com/2012/07/status-hadith-larangan-berpuasa-selepas.html


    hembusankasturi

    • *
    • Posts: 52
      • View Profile
    Reply #6 16 July, 2012, 12:32:59 AM
  • Publish
  • jazakallah khairan kathira kepada yang menjawab.. salam ramadhan semua :)

    Nurul Nawar

    • *
    • Posts: 1379
    • Forgive me. May Allah bless you -)
      • View Profile
    Reply #7 19 July, 2012, 01:23:40 PM
  • Publish
  • Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?

    Dalil-dalil yang melarang

    إِذَا انْتَصَفَ شَعْبَانُ فَلاَ تَصُومُوا
    “Jika telah sampai kepada separuh Sya’ban, maka janganlah kalian berpuasa.” (HR. at-Tirmizi no. 738 dan Abu Daud no. 2337)
    Dalam lafaz lain,
    إِذَا كَانَ النِّصْفُ مِنْ شَعْبَانَ فَلاَ صَوْمَ حَتَّى يَجِىءَ رَمَضَانُ
    “Jika telah separuh bulan Sya’ban, maka tidak ada puasa sehingga tibanya Ramadhan.” (HR. Ibnu Majah no. 1651)
    Dalam lafaz yang lain lagi,
    إِذَا كَانَ النِّصْفُ مِنْ شَعْبَانَ فَأَمْسِكُوا عَنِ الصَّوْمِ حَتَّى يَكُونَ رَمَضَانُ
    “Jika telah masuk separuh bulan Sya’ban, maka tahanlah diri daripada berpuasa hingga tibanya bulan Ramadhan.” (HR. Ahmad)

    Penilaian ulama’ hadis.
     
    Ulama’-ulama’ yang mensahihkan hadis-hadis ini ialah: At-Tirmizi, Ibnu Hibban, Al-Hakim, At-Tahawi, dan Ibnu ‘Abdil Barr. Di antara ulama terkemudian yang mensahihkannya adalah Syaikh Al-Albani rahimahullah.
    Ulama’-ulama’ yang menolak hadis di atas pula dan menganggap ia mungkar ialah: adalah ’Abdurrahman bin  Mahdi, Imam Ahmad, Abu Zur’ah Ar-Rozi, dan Al-Atsrom.

    Hadis-hadis di atas dianggap mungkar oleh mereka kerana ia bertentangan dengan hadis larangan berpuasa sehari atau dua hari sebelum Ramadhan. Larangan tersebut menunjukkan bolehnya berpuasa selepas 15 Sya’ban.

    لاَ تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلاَ يَوْمَيْنِ
    “Janganlah mendahulukan Ramadhan dengan sehari atau dua hari berpuasa.” (HR. Muslim no. 1082
    Al-Atsrom berkata:“Hadis larangan berpuasa setelah separuh bulan Sya’ban bertentangan dengan hadis lainnya. Ini kerana Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri berpuasa di bulan Sya’ban seluruhnya (kebanyakan harinya) dan baginda melanjutkan dengan berpuasa di bulan Ramadhan. Hadis di atas juga bertentangan dengan hadis yang melarang berpuasa dua hari sebelum Ramadhan. Kesimpulannya, hadis tersebut adalah hadis yang syadz, bertentangan dengan hadis yang lebih kuat.”

    At-Tahawi menyatakan bahawa hadis larangan berpuasa setelah separuh Sya’ban adalah hadis yang mansukh (sudah dihapus). Bahkan At-Tahawi menceritakan bahawa telah ada ijma’ (kesepakatan ulama) untuk tidak beramal dengan hadis tersebut. Dan kebanyakan ulama memang tidak mengamalkan hadis tersebut.
    Akan tetapi Imam Syafie dan ulama’-ulama’ mazhab Syafie serta sebahagian ulama Hanbali yang terkemudia berpendapat bahawa larangan berpuasa setelah separuh bulan Sya’ban adalah bagi orang yang tidak memiliki kebiasaan berpuasa ketika itu. Jadi bagi yang memiliki kebiasaan berpuasa (seperti puasa Isnin-Khamis), boleh berpuasa ketika itu, menurut pendapat ini. (Lihat Lathoif Al Ma’arif, 244-245)

    Pendapat yang tepat dalam masalah ini adalah tidak ada masalah puasa setelah pertengahan Sya’ban kerana hadis larangan tersebut termasuk hadis lemah, apatah lagi jika pelakunya memang biasa berpuasa.

    Larangan berpuasa Satu atau Dua Hari Sebelum Ramadhan

    Dari Abu Hurairah, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
    لاَ تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلاَ يَوْمَيْنِ إِلاَّ رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ
    “Janganlah mendahulukan Ramadhan dengan sehari atau dua hari berpuasa kecuali jika seseorang memiliki kebiasaan berpuasa, maka berpuasalah.” (HR. Muslim no. 1082)
    Imam Ibn Rajab al-Hanbali berkata, berpuasa di akhir bulan Sya’ban ada tiga bentuk:

    Pertama, jika berniat dalam rangka berhati-hati dalam perhitungan puasa Ramadhan sehingga dia berpuasa terlebih dahulu, maka seperti ini jelas terlarang.
    Kedua, jika berniat untuk berpuasa nazar atau mengqadha puasa Ramadhan yang belum dikerjakan, atau membayar kafarah (tebusan), maka kebanyakan ulama membolehkannya.
    Ketiga, jika berniat berpuasa sunnah semata, maka ulama yang mengatakan harus ada pemisah antara puasa Sya’ban dan Ramadhan melarang hal ini walaupun itu mencocoki kebiasaan dia berpuasa, di antaranya adalah Imam Hasan al-Basri.
    Namun yang tepat dilihat apakah puasa tersebut adalah puasa yang biasa dia lakukan ataukah tidak. Ini berdasarkan teks hadis di atas.  Jadi jika satu atau dua hari sebelum Ramadhan adalah kebiasaan dia berpuasa –seperti puasa Isnin-Khamis-, maka itu dibolehkan. Namun jika tidak, itulah yang terlarang. Pendapat inilah yang dipilih oleh Imam Asy-Syafi’i, Imam Ahmad dan Al-Auza’i. (Lihat Lathoif Al Ma’arif, 257-258)

    Kenapa ada larangan mendahulukan puasa satu atau dua hari sebelum Ramadhan?

    Pertama, jika berpuasa satu atau dua hari sebelum Ramadhan adalah dalam rangka hati-hati, maka hal ini terlarang agar tidak menambah hari berpuasa Ramadhan yang tidak dituntunkan.
    Kedua, agar memisahkan antara puasa wajib dan puasa sunnah. Memisahkan antara amalan yang wajib dan sunnah adalah sesuatu yang disyariatkan. Sebagaimana Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam melarang menyambungkan solat wajib dengan solat sunnah tanpa diselangi dengan salam atau zikir terlebih dahulu.(Lihat Lathoif Al Ma’arif, 258-259)

    Tulisan asal Ustaz Muhammad Abdul Tuasikal.

    sumber:http://news.ours.my/index.php/agama/31736-bolehkah-puasa-sunat-selepas-15-sya%E2%80%99ban-%C2%AB-koleksi-soal-jawab-agama

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    5 Replies
    12412 Views
    Last post 25 December, 2008, 12:02:08 AM
    by fikri
    4 Replies
    2132 Views
    Last post 22 January, 2009, 09:11:04 PM
    by najwa_hamali
    13 Replies
    6857 Views
    Last post 28 July, 2012, 10:22:58 AM
    by Sejadah_Usang