Sopak

*

Author Topic: Sopak  (Read 4960 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

anisyah

  • *
  • Posts: 13
    • View Profile
23 June, 2012, 12:21:06 AM
  • Publish
  •  :)

    Saya ingin bertanya dan berkongsi bersama pihak halaqah tentang dilema seorang wanita.

    Seorang wanita menghidap sopak sejak dr kecik dan tiada kesan atau tanda sembuh setelah berusaha mencari penawarnya.

    Baru-baru ini dia telah mengikat tali pertunangan. dan dia tak pernah menceritakan tentang penyakit berkenaan kepada tunangnya.

    Ini kerana penyakit berkenan tidak dapat dilihat jelas oleh tunangnya kerana dilitupi oleh kawasan yg wajib di tutup (aurat).

    Adakah perkara berkenaan perlu di kongsi bersama tunangnya atau dikongsi selepas bergelar suami isteri yang sah.

    Bagimanakah cara dan penyelesaian yg terbaik semoga dpt mengekalkan ikatan pertunangan hingga ke jinjang pelamin. mohon pandangan dan nasihat.

    Salam.

    Yuzie

    • *
    • Posts: 1024
    • Demi Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang
      • View Profile
    Reply #1 23 June, 2012, 12:32:23 AM
  • Publish
  • Sopak penyakit ape ye...?
    Pernah dengar dah tak ingat dah...

    Pada pendapat saya berterus terang, apabila dah berterus terang maknanya sudah bersedia dengan ape-ape kemungkinan yang akan berlaku.Sekurang-kurangnya telah berlaku jujur dan tiada isu berbangkit nanti.

    Hal ini bergantung atas seseorang individu tahap penerimaannya terhadap pasangan.Jadi belum cuba belum tahu, bila dah cuba maka akan tahu.Jika tidak tahu sekarang lepas kahwin pun pasangan itu akan tahu juga akan kelemahan mahupun kebaikan

    Mungkn pendapat orang lain lebih bagus dan bernas.
    Cukuplah bila kami merasa mulia karena Engkau sebagai Pencipta bagi kami dan cukuplah bila kami bangga bahawa kami menjadi hamba bagiMu. Engkau bagi kami sebagaimana yang kami cintai, maka berilah kami taufik sebagaimana yang Engkau cintai.

    Nurul Nawar

    • *
    • Posts: 1379
    • Forgive me. May Allah bless you -)
      • View Profile
    Reply #2 23 June, 2012, 12:35:50 AM
  • Publish
  • Sudah berjumpa dengan pengamal perubatankah?Jangan putus asa,setiap penyakit ada penawarnya.Insya-Allah.

    Saya bersetuju juga dengan Kak Yuzie tu.Terima daku seadanya.Tapi kan semua rahsia diri perlu beritahu ke?Nanti jika ditolak dah jadi aib dah..aib yang tak dapat disimpan oleh suami.Rahsia apa kita boleh bagitahu,apa yang tak patut bagitahu..?

    Yuzie

    • *
    • Posts: 1024
    • Demi Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang
      • View Profile
    Reply #3 23 June, 2012, 12:51:19 AM
  • Publish
  • Aib yang tidak dapat disimpan oleh suami, itu kategori suami yang cetek dalam agama.

    Kalau mahu pecahkan rahsia yang mana patut dan tidak patut? Itu tidak pasti...
    Bagi saya rahsia untuk menjamin kebahagiaan atau keharmonian seperti penyakit kanser dan lain-lain perlu dikongsi sebagai perkongsian dalam menempuhi hidup bersama samada bahagia dan derita tersebut. Moga ada penyelesaian atau kerjasama dalam mengatasi setiap masalah.

    Memecahkan rahsia yang boleh meruntuhkan rumahtangga seperti aib-aib tertentu eloknye disimpan dalam hati jangan disimpan dalam diari nanti terbaca oleh orang lain dan ini secara tidak sengaja menunjuk aib orang lain.

    Jadi setiap pasangan perlu menyimpan aib setiap pasangan supaya terelak dari prasangka dan murka Illahi

    Ini pendapat saya orang lain pula bagaimana?

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #4 23 June, 2012, 05:34:07 AM
  • Publish
  • Sopak penyakit ape ye...?
    Pernah dengar dah tak ingat dah...


    Penyakit sopak atau vitiligo merupakan masalah pigmentasi di mana sel-sel yang menghasilkan pigmen (yang dipanggil melanosit) di kulit, membran mukosa (tisu-tisu yang meliputi bahagian dalam mulut atau hidung atau di kawasan-kawasan genital dan rektal) dan retina (lapisan dalam mata), dimusnahkan.

    Ini menghasilkan tompok-tompok putih di beberapa tempat di badan. Rerambut yang tumbuh di kawasan terbabit turut menjadi putih.

    Punca penyakit vitiligo ini tidak diketahui tetapi para doktor serta para penyelidik mempunyai beberapa teori tersendiri. Antaranya:

    - Penghasilan antibodi yang menyerang melanosit di badan pesakit sendiri

    - Kemusnahan melanosit dengan tersendiri

    - Ada kajian yang menunjukkan, sesetengah kejadian seperti sunburn atau tekanan emosi boleh menyebabkan timbulnya penyakit vitiligo.

    Epidemiologi

    - Anggaran satu hingga dua peratus penduduk dunia (40 hingga 50 juta orang) menghidapi vitiligo

    lSebanyak 95 peratus pesakit menghidapi vitiligo sebelum mencecah usia 40 tahun

    lVitiligo menyerang individu tanpa mengira kaum atau jantina

    lIndividu yang menghidapi penyakit autoimun (penyakit di mana sistem daya ketahanan seseorang individu bertindak ke atas tisu dan organnya sendiri) lebih berkecenderungan untuk mendapat masalah ini

    Contoh penyakit autoimun adalah seperti hipertiroidism (kelenjar tiroid yang terlalu aktif) dan anemia pernicious (kekurangan sel darah merah disebabkan oleh kegagalan penyerapan vitamin B12).

    - Vitiligo juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan walaupun ia tidak dapat dibuktikan.

    Apakah tanda-tanda vitiligo?

    Orang yang menghidapi vitiligo akan mula-mula menyedari kehadiran tompoktompok putih pada kulit.

    Tompok-tompok ini selalunya berlaku di kawasan-kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari seperti pada bahagian tangan, kaki, lengan, muka dan bibir. Ia juga boleh terjadi di ketiak, sekeliling mulut, mata, lubang hidung serta organ seks.

    Tiada siapa pun boleh meramalkan sama ada vitiligo seseorang itu akan merebak atau sebaliknya.

    Penyakit ini selalunya bersifat progresif di mana tompok-tompok putih ini boleh merebak ke bahagian-bahagian badan yang lain setelah beberapa lama. Ada kalanya kadar merebak ini laju tetapi ada kalanya perlahan.

    Bagaimanakah caranya untuk merawat vitiligo?

    Matlamat utama rawatan adalah untuk mengembalikan fungsi kulit serta memperbaiki rupa seseorang individu itu. Rawatannya selalu mengambil masa yang lama, di antara enam hingga 18 bulan (sesetengah kes mungkin lebih lama) dan mungkin melibatkan rawatan perubatan, pembedahan atau terapi tambahan

    Rawatan medikal

    - Terapi sapuan steroid: Berguna jika steroid ini digunakan pada peringkat awal. Steroid ini selalunya disapu pada tompok-tompok putih selama tiga bulan sebelum dapat dilihat keberkesanannya

    - Fotokemoterapi psoralen (Psoralen serta penggunaan ultraviolet A): Terapi ini antara yang berkesan tetapi memakan masa serta mempunyai kesan sampingannya.

    Psoralen merupakan bahan kimia yang akan bertindak balas dengan lampu ultraviolet untuk menyebabkan penghitaman kulit. ia didatangkan dalam bentuk sapuan atau oral.

    i) Fotokemoterapi psoralen sapuan: Digunakan untuk individu di mana depigmentasi adalah kurang dari 20 peratus tubuh badan.

    ii) Fotokemoterapi psoralen oral (makan): Digunakan untuk individu di mana depigmentasi adalah lebih dari 20 peratus anggota badan

    - Depigmentasi: Terapi ini melibatkan pemutihan bahagian badan yang normal supaya dapat menyamai kawasan tompoktompok putih.

    Selalunya digunakan untuk individu yang mempunyai vitiligo di lebih 50 peratus anggota badan. Bahan kimia seperti monobenzylether digunakan bagi tujuan ini.

    Rawatan pembedahan

    Masih di peringkat kajian tetapi mungkin melibatkan:

    - Graf kulit secara autologous: Proses ini melibatkan pemindahan kulit daripada bahagian anggota seseorang individu yang pigmentasinya normal kepada badannya sendiri yang mempunyai tompok-tompok putih

    - Graf kulit menggunakan blister: Bahagian atas blister yang dihasilkan di bahagian badan individu yang normal dipindahkan kepada bahagian depigmentasi individu yang sama

    - Pigmentasimikro: Pigmen diimplan atau ditanam ke dalam kawasan kulit menggunakan alat pembedahan khas

    - Pemindahan melanosit secara autologous: Masih di peringkat eksperimen dan melibatkan proses pertumbuhan melanosit di makmal dan memindahkan melanosit yang telah berganda ini ke bahagian badan yang tiada pigmen.

    Rawatan tambahan (adjunktif)

    - Penggunaan pelindung matahari (sunblock)

    - Kosmetik

    - Kaunseling: Membantu seseorang individu untuk menempuhi penyakit ini melalui sokongan moral serta kaunseling.

    Apakah kajian yang sedang dilakukan untuk penghidap vitiligo?

    Para doktor dan saintis sedang mengkaji vitiligo ini dengan meluas dan antaranya melibatkan kajian tentang pemindahan melanosit secara autologous serta mengenal pasti gen yang menyebabkan berlakunya penyakit ini.

    Soalan dijawab oleh Pakar Runding Perubatan, Dr. Zulkarnain A. Hamidy.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    sekasihsayang

    • *
    • Posts: 372
      • View Profile
    Reply #5 23 June, 2012, 06:46:47 AM
  • Publish
  • Apa itu penyakit sopak ?

    Penyakit sopak atau vitiligo (atau senang cakap penyakit kulit) merupakan masalah pigmentasi di mana sel-sel yang menghasilkan pigmen (yang dipanggil melanosit) di kulit, membran mukosa (tisu-tisu yang meliputi bahagian dalam mulut atau hidung atau di kawasan-kawasan genital dan rektal) dan retina (lapisan dalam mata), dimusnahkan.

    Ini menghasilkan tompok-tompok putih di beberapa tempat di badan. Rerambut yang tumbuh di kawasan terbabit turut menjadi putih.

    Berbalik kepada dilema seorang wanita yang mengalami penyakit sopak tu.Bagi saya beliau perlu memberitahu tunangnya.Penting bagi seorang suami mengetahui tahap kesihatan bakal isterinya begitu juga sebaliknya.Jadi masing-masing perlu berterus terang dari awal lebih-lebih lagi mereka sudahpun bertunang dan bakal melangsungkan pernikahan.

    Bimbang juga jika perkara ini diketahui oleh bakal suami setelah sah diijab qabul,beliau tidak dapat menerima dan mungkin akan terkejut sehinggakan boleh membawa kepada penceraian.Mohon dijauhkan.

    Di samping itu wanita itu eloklah pergi berubat dari sekarang juga.Kita pergi berubat bukanlah hanya kerana nak kahwin sahaja,bukan hanya untuk suami,tapi ianya adalah untuk diri kita sendiri.Bagi sesiapa yang solo lagi pun,yang belum mahu kahwin ke,ataupun tiada atas sebab apa-apa pun,kesihatan diri itu penting.Berusahalah berubat secepat mungkin.Badan yang sihat,otak cergas,nak buat ibadah pun dengan senang hatinya.

    Sopak ni boleh diubati ke?

    Umum diketahui tiada ubat yang tertentu betul-betul berkesan.Kena cuba dan cuba.Berdasarkan pada laman web ni http://intim.wordpress.com/2008/09/18/sopak-boleh-dirawat/ dalam ruangan komentar,ada berbagai-bagai saranan dan pengalaman yang tersendiri.

    Antara ubat / remedi : elomet cream, ubat meladinie,vitiligo organic, curevitiligo oil,helain gamat dan lain-lain.

    Antara laman web yang dikongsi :-

    http://www.herbamalaysia.com/luqman-herbs-centre-pakar-dalam-ayurveda-homeopathy-perubatan-spiritual-islam

    http://rifbook.com/penawarvitiligo/

    http://myfarah2.webs.com/

    http://www.curevitiligooil.com/

    Ada yang kata berkesan ada yang tak berkesan.Mungkin bergantung pada kulit masing-masing.

    Mungkin boleh rujuk juga di sini http://infomakmal.blogspot.com/2011/03/rawatan-untuk-penyakit-sopak-vitiligo.html sebagai tambahan.

    Moga wanita dalam dilema tu cepat sembuh.Moga dirinya diberikan kekuatan jiwa dan raga.Moga tunangnya dapat menerima seadanya.Moga berbahagia senantiasa.

     :ins:

     :aamiin:


    anisyah

    • *
    • Posts: 13
      • View Profile
    Reply #6 31 August, 2012, 04:16:51 PM
  • Publish
  • adakah keadaan bersopak nie boleh membawa kepada penceraian.?
    pernah ada tak kes seperti ini di negara kita

    Sejadah_Usang

    • *
    • Posts: 727
      • View Profile
    Reply #7 31 August, 2012, 04:53:42 PM
  • Publish
  • Nak tanya, adala kawan saya dulu kat muka dia macam ada tompok putih macam albino tu. Tu sopak ke? Apa beza sopak dengan balar ek?

    Nurul Nawar

    • *
    • Posts: 1379
    • Forgive me. May Allah bless you -)
      • View Profile
    Reply #8 31 August, 2012, 05:45:26 PM
  • Publish
  • Nak tanya, adala kawan saya dulu kat muka dia macam ada tompok putih macam albino tu. Tu sopak ke? Apa beza sopak dengan balar ek?
    Saya penah tengok orang albino ni real..saya rasa dia albino kot..sebab putih gile,dan macamtulah..ermm,balar tu penyakit apa?

    kawan kak SU tu,akak tak tanya kenapa?panau ker?..
    « Last Edit: 31 August, 2012, 05:54:01 PM by Nurul Nawar »

    Sejadah_Usang

    • *
    • Posts: 727
      • View Profile
    Reply #9 31 August, 2012, 06:49:17 PM
  • Publish
  • Nak tanya, adala kawan saya dulu kat muka dia macam ada tompok putih macam albino tu. Tu sopak ke? Apa beza sopak dengan balar ek?
    Saya penah tengok orang albino ni real..saya rasa dia albino kot..sebab putih gile,dan macamtulah..ermm,balar tu penyakit apa?

    kawan kak SU tu,akak tak tanya kenapa?panau ker?..

    Albino tu semua putih. Ini hanya tompok putih sikit di muka. Balar tu tompok putih la. Tu nak tahu apa beza balar dengan sopak ni... Uih tak tergamak akak nak tanya la Nurul. Mau kecik hati dia.... :-)

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2403
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #10 31 August, 2012, 08:07:00 PM
  • Publish
  • Jiran saya kena sopak sejak anak dara. Dia nikah agak lewat. Bahagia sekarang anak dah 4 kalau tak salah saya.

    Saya ada terjumpa hadis antara punca sopak ialah menggunakan air musyammas iaitu air di dalam bekas besi yang terjemur
    di bawah panas matahari/direct kena panas matahari. Itu sebab air itu dihukum makruh. Selain tu ada lagi punca lain penyakit tu.

    Sepanjang pengetahuan dan pengalaman dari sudut khasiat amalan nak ubat sakit ni elok istiqamah solat tahajud dan baca quran. Insya Allah.

    Sent from my GT-N7000 using Tapatalk 2
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    deuteromalay

    • *
    • Posts: 282
      • View Profile
    Reply #11 31 August, 2012, 08:18:41 PM
  • Publish
  • As Salaam...small matter lagi ni...Imam Shafi'e rhmh ada pesan wasiat ni...katanya, "Manusia itu sendiri adalah satu penyakit." Maknanya bersakit2lah dahulu di sini ngan redha...agar di sana everything cured...was Salaam.

    Yuzie

    • *
    • Posts: 1024
    • Demi Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang
      • View Profile
    Reply #12 01 September, 2012, 02:31:42 PM
  • Publish
  • Penyakit sopak ni dipanggil juga penyakit kusta ke? sebab ada orang kata penyakit sopak adalah penyakit kusta. Dekat Malaysia ada penyakit kusta yang telah diasingkan di beberapa tempat. Tempat tu saya dah tak ingat di mana.

    Nurul Nawar

    • *
    • Posts: 1379
    • Forgive me. May Allah bless you -)
      • View Profile
    Reply #13 01 September, 2012, 02:39:32 PM
  • Publish
  • Penyakit sopak ni dipanggil juga penyakit kusta ke? sebab ada orang kata penyakit sopak adalah penyakit kusta. Dekat Malaysia ada penyakit kusta yang telah diasingkan di beberapa tempat. Tempat tu saya dah tak ingat di mana.

    Sopak=vitiligo
    Kusta=leprosy
    .. orang Inggeris sebut Leper..

    memang kalau ikut sejarah,orang yang berpenyakit kusta ini diasingkan..kerana stigma buruk masyarakat..

    wallahualam..

    keMuNcUpp

    • *
    • Posts: 881
      • View Profile
    Reply #14 01 September, 2012, 06:51:42 PM
  • Publish
  • Penyakit sopak ni dipanggil juga penyakit kusta ke? sebab ada orang kata penyakit sopak adalah penyakit kusta. Dekat Malaysia ada penyakit kusta yang telah diasingkan di beberapa tempat. Tempat tu saya dah tak ingat di mana.

    Sopak=vitiligo
    Kusta=leprosy
    .. orang Inggeris sebut Leper..

    memang kalau ikut sejarah,orang yang berpenyakit kusta ini diasingkan..kerana stigma buruk masyarakat..

    wallahualam..

    yer...dolu2 mereka diasingkan ke sebuah pulau...tapi sekarang ni dah banyak kemajuan dalam teknologi perubatan...so...dah ada ubat dan penawarnya..tiada lagi pengasingan seperti dolu2...
    ♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫​♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫ ♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫​♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫
    CatcH Me If U CaN...LoVe Me If U WaNt...HaTe Me IF U DarE...Hidup ini indah jika Ukhwah Fillah Ila Jannah ++++++

    Yuzie

    • *
    • Posts: 1024
    • Demi Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang
      • View Profile
    Reply #15 01 September, 2012, 09:00:40 PM
  • Publish
  • Sebenarnya masih berlaku lagi pengasingan tersebut, dalam bulan ramadhan hari tu saya sempat tengok yang disiarkan dalam siaran TV atau Astro(lupe). Pengasingan tersebut terdapat dua group antara lelaki dan perempuan. Group perempuan bersama anak-anak mereka sekali.

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2403
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #16 02 September, 2012, 08:03:54 AM
  • Publish
  • Saya ada baca kitab Wasiat Ibnu Arabi. Dalam kitab tu ada tertulis riwayat hadis madu lebah boleh menjadi ubat sakit kusta. Lalu ada di kalangan sahabat mereka menggunakan madu ubati penyakit kusta dan sembuh.

    Sent from my GT-N7000 using Tapatalk 2

    divider3
    halaqahforum4