Ya Allah Aku Perlukan Kasih SayangMu

*

Author Topic: Ya Allah Aku Perlukan Kasih SayangMu  (Read 1693 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

leesya

  • *
  • Posts: 158
    • View Profile
16 June, 2012, 08:40:47 PM
  • Publish
  •  :)

    Masa  bergerak semakin cepat.Siang dan Malam bertukar juga semakin cepat.Ya Allah setiap hari hambaMu ini tidak lari dari melakukan kesilapan.Namun hambaMu ini sentiasa mahukan yang terbaik pada dirinya.Ya Allah aku hanya hambaMu yang lemah lagi hina sentiasa memerlukan perhatian dan bantuan.Siapalah aku tanpa Mu Ya Allah.Bersyukur kerana nikmat dan rahmatMu.Setiap hari aku masih mampu untuk menjalan kan kewajipan ku padaMu.Segalanya lengkap sebagai hamba Mu dimuka bumi ini.Rezeki,tempat tinggal,pakai dan makan semua nya aku tidak mengalami kesusahan.Namun Ya Allah kenapa diri ini masih lagi rasa kosong.Sunyi walaupun tahu Kau sentiasa dekat padaku.Ya Allah adakah ini tandanya kurang kasih sayang Mu padaku.

    Ya Allah janganlah Kau kurangkan kasih sayangMu padaku.Aku amat memerlukan kasih sayangMu Ya Allah.Kuatkan hatiku,yakinkan aku dengan ketentuanMu Ya Allah.Bersihkan dan sucikanlah hati hambaMu ini.Ampunkan aku atas kekhilafan ku.Ya Allah Kau lah tempat kebergantungan ku sepenuhnya.Amin.....Ya Rabbilalamin

    robhunhayati

    • *
    • Posts: 1068
    • anak-anakku permata hatiku... Syukran ya ALLAH..
      • View Profile
    Reply #1 16 June, 2012, 09:24:14 PM
  • Publish
  • ALLAH Ya Rabbi...

    kita sentiasa perlukan DIA walaupun DIA boleh je tidak endahkan kita. Tetapi Rahmat dan KasihsayangNYA yang tersangat luas dan tiada tepian itu telah membuatkan kita adakala terlupa seketika... hanya kerana  DIA tidak pernah meninggalkan kita walau siapa pun kita...

    jangan bersedih atau merasakan kita "dibuang" hanya kerana kehidupan kita kerap diuji kerana DIA tidak pernah berikan ujian kepada kita untuk sia-sia... DIA tidak pernah menguji hambaNYA melebihi batas kemampuan kita...

    DIA sentiasa ada dan tidak pernah menghilang...oleh itu, muhasabah diri kita sentiasa... walau kesilapan, kesalahan tak sunyi kita lakukan,  sentiasalah berusaha mendekatiNYA... jangan malu untuk dekat denganNYA tetapi malulah bila jauh denganNYA....


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 10 December, 2012, 09:32:29 AM
  • Publish
  • Ambil beratlah pada orang tersayang dan mereka-mereka yang ada tempat di hatimu.

    Tapi mestilah elakkan diri daripada mengharapkan mereka yang diambil berat ini mengambil berat terhadap dirimu seperti mana anda mengambil berat mengenai kebajikan mereka.

    Jika tidak anda akan terjerumus dalam perasaan marah kesumat.

    Marah kesumat ini akan menyelubungi minda anda dengan perkara-perkara yang boleh digunakan untuk membuat pihak yang mu mengambil berat berasa bersalah.

    Ini termasuk berkata kata-kata yang seperti jirusan air tidak dapat ditarik balik sehingga menyesal seumur hidup tatkala kemarahan reda.

    Ada pula yang terfikir cara-cara melukakan diri sendiri demi mendapat perhatian mereka yang diambil berat oleh mereka.

    Inilah bahaya marah kesumat ini - pintu paling mudah termakan bisikan syaitan.

    Anggaplah mengambil berat kebajikan seseorang itu sebahagian tugas menyempurnakan tugas Allah dan percayalah Allah akan memberi balik ganjaran atas kebajikan yang diberi, nescaya anda akan dapat jauhi diri daripada marah kesumat itu.

    Ingat, bantu dan ambil berat dengan sepenuh hati - tapi jangan sesekali mengharapkan anda akan mendapat layanan yang sama daripada mereka yang dibantu, biarpun keluarga terdekat.

    Bila kita ambik berat dan sayang makhluk Allah, maka kita berada dalam pandangan Allah, kita sayang makhluk Allah, Allah sayang kepada kita. Itulah cara untuk meraih kasih sayang Allah.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    qalamm

    • *
    • Posts: 203
    • bersatu hati dan jiwa keranaMU..
      • View Profile
    Reply #3 10 December, 2012, 11:21:37 AM
  • Publish
  • MUKMIN itu DIAMNYA FIKIR,  CAKAPNYA ZIKIR.......
    cinta ini biar sampai syurga...

    qalamm

    • *
    • Posts: 203
    • bersatu hati dan jiwa keranaMU..
      • View Profile
    Reply #4 10 December, 2012, 05:43:58 PM
  • Publish



  • Dan hari yang dinantipun telah tiba...
    Hari2 untuk bersamaMU YA RABB...

    Fakir Billah

    • *
    • Posts: 911
      • View Profile
    Reply #5 10 December, 2012, 05:50:10 PM
  • Publish
  • :)

    Masa  bergerak semakin cepat.Siang dan Malam bertukar juga semakin cepat.Ya Allah setiap hari hambaMu ini tidak lari dari melakukan kesilapan.Namun hambaMu ini sentiasa mahukan yang terbaik pada dirinya.Ya Allah aku hanya hambaMu yang lemah lagi hina sentiasa memerlukan perhatian dan bantuan.Siapalah aku tanpa Mu Ya Allah.Bersyukur kerana nikmat dan rahmatMu.Setiap hari aku masih mampu untuk menjalan kan kewajipan ku padaMu.Segalanya lengkap sebagai hamba Mu dimuka bumi ini.Rezeki,tempat tinggal,pakai dan makan semua nya aku tidak mengalami kesusahan.Namun Ya Allah kenapa diri ini masih lagi rasa kosong.Sunyi walaupun tahu Kau sentiasa dekat padaku.Ya Allah adakah ini tandanya kurang kasih sayang Mu padaku.

    Ya Allah janganlah Kau kurangkan kasih sayangMu padaku.Aku amat memerlukan kasih sayangMu Ya Allah.Kuatkan hatiku,yakinkan aku dengan ketentuanMu Ya Allah.Bersihkan dan sucikanlah hati hambaMu ini.Ampunkan aku atas kekhilafan ku.Ya Allah Kau lah tempat kebergantungan ku sepenuhnya.Amin.....Ya Rabbilalamin

                   Bila kamu tiada di situ DIA ada.   Bila kamu ada di situ DIA tiada.  Bila kamu menyangka tiada, sebenarnya DIA ada.
    Hubungan kamu dan DIA bersalahan pada setiap keadaan, maka yang wujud adalah DIA.
    Tiada yang wujud selain DIA, maka berolehlah kamu apa yang ada samada kasih dan sayang padaNya.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1 Replies
    1653 Views
    Last post 08 November, 2009, 10:44:02 AM
    by Syazwani Adnan
    2 Replies
    1107 Views
    Last post 03 September, 2010, 06:03:40 PM
    by nik suria
    26 Replies
    1950 Views
    Last post 31 July, 2012, 12:31:51 PM
    by Sejadah_Usang