Cara Membuat Laksam

Author Topic: Cara Membuat Laksam  (Read 3612 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

15 June, 2012, 06:17:11 PM


Sedikit info nak dikongsikan berkaitan laksam.

Laksam merupakan sejenis masakan yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak. Apabila mengeras, ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang, ia boleh dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam.

Kuah
300 gm isi ikan
150 ml santan pekat (tambah air jika perlu)
4 ulas bawang merah (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1 batang serai (dikisar)
Sedikit halia (dikisar)
2 kiub pati ayam
Sedikit kacang panjang, tauge, kobis, daun selasih, sengkuang, timun dan daun salam (dihiris)
Sedikit lada hitam

Laksam
Minyak masak, garam & lada sulah 1 cawan tepung beras
1 cawan tepung ubi
2-3 cawan air
sedikit garam

Cara penyediaan
Tepung beras, tepung ubi, garam dan air dibancuh sehingga sebati. Gunakan tudung periuk sebagai loyang dan guna satu senduk adunan bagi setiap loyang. Pastikan adunan tidak terlalu tebal. Kukus hingga masak. Keluarkan kepingan laksam dari loyang dan digulung. Ulang proses ini hingga adunan habis. Ketepikan. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing. Masukkan isi ikan, kiub pati ayam & santan. Apabila mendidih, masukkan garam & serbuk lada sulah. Matikan api dan ia sedia unduk dihidangkan.

Cadangan Hidangan
Potong tepung laksam anggaran 1 sm tebal. Masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan sayur-sayuran. Kemudian tuangkan kuah panas. Enak juga dimakan dengan sambal belacan.


http://naimqlate.blogspot.com/2011/02/cara-membuat-laksam.html

miftahul jannah

  • *
  • jihad fisabilalLAH...
    • View Profile
Reply #1 15 June, 2012, 09:49:48 PM
 :)

nyum..nyum..sedap..suka makan, first time makan masa dtng ke kelantan tahun lepas beraya dkt rumah sepupu..(^_^)

Reply #2 16 June, 2012, 02:44:28 PM
Assalamualaikum

Sedapnya... Dah lama tak makan. Tetiba terliur. Esok kena cari kat pasar tani ni...

Reply #3 16 June, 2012, 02:51:35 PM
 :ws:
Apa kata puan2 sekalian belajar buat dan memasak kat rumah. pasti suami suka.. tambah lagi menu masakan ni. :senyum:.. saya paling suka laksam...

Reply #4 16 June, 2012, 03:01:42 PM
:ws:
Apa kata puan2 sekalian belajar buat dan memasak kat rumah. pasti suami suka.. tambah lagi menu masakan ni. :senyum:.. saya paling suka laksam...

Reply #5 16 June, 2012, 03:12:36 PM
Assalamualaikum

Sorry haji naim post di atas keluar macam tu. Lain di taip lain yang keluar. Susah guna handphone ni. Suami saya tak suka laksam. Dia suka makan nasi je. Sebab tu saya beli.

Ana Tholibah

  • *
  • No Pain, No Gain.
    • View Profile
Reply #6 16 June, 2012, 03:52:44 PM
:ws:
Apa kata puan2 sekalian belajar buat dan memasak kat rumah. pasti suami suka.. tambah lagi menu masakan ni. :senyum:.. saya paling suka laksam...

  :) pak naim..
ya..dalam bab makan kita sama....sebab saya p0n suka makan laksam jugak..memang feveret giler2...masa ngaji kat kedah dulu....tiap2 minggu d0k beli gak laksam nie..kat pasar siang tu atau p0n 0rang panggil pekan ahad...
pernah d0k t0l0ng t0k saya buat laksam nie...caranya senang ja..yang nak remehnya sket dekat nak buat adunan tepung tu ja la...
suka kal0 makan dengan kuah cabai dengan kuah ikan yang banyak...
terbaikk...
SETIA HQ

divider3
halaqahforum4