Luahan hati seorang isteri...

*

Author Topic: Luahan hati seorang isteri...  (Read 16117 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

terubozuhata

  • *
  • Posts: 33
    • View Profile
14 June, 2012, 02:04:32 PM
  • Publish
  • Suami ku...

    Aku tahu sebelum ini terlalu banyak dosaku padamu. Dan pada hari february lalu, aku sedar dan aku bersedia untuk mengubah sikapku menjadi yang lebih baik untuk mu dan anak-anak kita. Tapi sayang.... di saat aku mula menjadi yang lebih baik, kau membenci diriku, kau berdendam pada ku dan terus meninggalkan aku bersama anak-anak kita yang masih kecil.... Kuasa Allah, penceraian melalui sms yang kau kirimkan pada ku 28/3/2012 adalah tidak sah. Ahli keluarga, kau dan aku terkejut. Dan kau cuba menerima diriku kembali....tapi sayang... hati mu dah dimiliki oleh orang lain.. tiada lagi cinta untuk diri ku... stiap minggu aku menanti kepulangan mu... dengan penuh kegembiraan aku menyambut kepulangan mu. tapi sayang... aku hanya mendapat jasad mu...bukan hati mu.... kau ingin mengahwini wanita itu atas alasan tidak mahu terus melakukan dosa. ya...aku tahu...hubungan kalian sudah jauh... tapi apakan daya...cintaku, cinta sejati.... tiada apa yang dapat memisahkan kita melainkan takdir Allah...selagi aku boleh bertahan, aku akan terus bersabar...Ya Allah...Kau jagalah suami ku apabila aku tidak mampu menjaganya...peliharalah agamanya...jauhkanlah dia dari maksiat....Amin...

    miszniena

    • *
    • Posts: 549
      • View Profile
    Reply #1 14 June, 2012, 02:16:26 PM

    sedihnye
    sabar banyak2 ye puan,ape yang berlaku pada kita itu ujian dan dugaan untuk  menguji tahap keimanan kita.
    Puan jadilah isteri yang terbaik,sabar lah selagi terdaya..insyaAllah.Allah bersama orang2 yang bersabar.insyaAllah...

    RS^

    • *
    • Posts: 152
    • Redha&Syukur: Rohku, ingat detik kembalimu kpdNya
      • View Profile
    Reply #2 14 June, 2012, 02:46:26 PM
  • Publish
  • Saya sebagai lelaki selalunya rasa kelu untuk menjawab permasalahan sebegini, rasa malu pun ada (kerana saya juga lelaki dan suami), terdetik di hati 'kenapalah ada suami sanggup buat sebegini'.  Maka saya sekadar sisipkan kata-kata motivasi dari yang lebih pakar yang saya rasa relevan.

    "Prof Dr Muhaya

    Berapa ramai manusia yang bermasalah kerana mempunyai sikap mereka menjadi mangsa kehidupan. Ini dapat dilihat dari bahasa yang digunakan. Bahasa mereka ialah" saya kena, memang dah nasib saya, kenapa saya. Jika mereka ubah kepada " apa saya boleh belajar dari peristiwa ini, apa saya boleh beri manafaat, Allah menguji saya melalui mungkin suami, anak dan orang yang negatif. Jika kita pasang niat untuk bertambah baik dan dapat pahala kita akan jadi sangat bahagia dan cerdik mengambil suasana untuk kebaikan dan kebahagiaan kita.

    Manusia yang banyak masalah selalunya hati mereka amat dekat dgn manusia , dunia dan jauh dari Allah. Dekatkan diri pada Allah insyaAllah masalah menjadi peluang dekat dengan Allah.
    Aku musafir yg mencari kebenaran. Seorang manusia yg mencari erti kemanusiaan di antara manusia. Seorang warganegara yg mencari negerinya kemuliaan, kebebasan, kestabilan & kehidupan yg baik dlm naungan Islam yg hanif.

    http://bro-rs.blogspot.com/

    http://lamanpuisi-rs.blogspot.com/

    permata nilam

    • *
    • Posts: 153
      • View Profile
    Reply #3 14 June, 2012, 03:20:28 PM
  • Publish
  • Suami ku...

    Aku tahu sebelum ini terlalu banyak dosaku padamu. Dan pada hari february lalu, aku sedar dan aku bersedia untuk mengubah sikapku menjadi yang lebih baik untuk mu dan anak-anak kita. Tapi sayang.... di saat aku mula menjadi yang lebih baik, kau membenci diriku, kau berdendam pada ku dan terus meninggalkan aku bersama anak-anak kita yang masih kecil.... Kuasa Allah, penceraian melalui sms yang kau kirimkan pada ku 28/3/2012 adalah tidak sah. Ahli keluarga, kau dan aku terkejut. Dan kau cuba menerima diriku kembali....tapi sayang... hati mu dah dimiliki oleh orang lain.. tiada lagi cinta untuk diri ku... stiap minggu aku menanti kepulangan mu... dengan penuh kegembiraan aku menyambut kepulangan mu. tapi sayang... aku hanya mendapat jasad mu...bukan hati mu.... kau ingin mengahwini wanita itu atas alasan tidak mahu terus melakukan dosa. ya...aku tahu...hubungan kalian sudah jauh... tapi apakan daya...cintaku, cinta sejati.... tiada apa yang dapat memisahkan kita melainkan takdir Allah...selagi aku boleh bertahan, aku akan terus bersabar...Ya Allah...Kau jagalah suami ku apabila aku tidak mampu menjaganya...peliharalah agamanya...jauhkanlah dia dari maksiat....Amin...

    LELAKI, LELAKI dan LELAKI.... aduhh kekadang rasa ingin bertanya dan menjawap sendiri.. KENAPALAH LELAKI NI DICIPTAKAN UNTUK BERPASANGAN DENGAN PEREMPUAN..?? tapi jawapannya sendiri dah tahu. Salu sangat dengar cerita pasal menganiyaan dari LELAKI terhadap PEREMPUAN...kekadang rasa lelaki baik dan bertanggjawap memang ternyata dah hampir pupus....cuma yang tinggal hanya sisa-sisa lelaki baik. Ntah apa yang sebenarnya laki mahukan dalam hidup. Dapat isteri yang baik, cantik ceraikan dan mencari-cari perempuan yang lagi baik...apa matlamatnya. Kekadang ada lelaki dengan bangga tanpa rasa malu rosakkan anak dara orang pastu tak nak kahwin konon-konon dengan pelbagai alasan bukan jodoh la apa la. Kadang-kadang terfikir mungkin ada sebab kenapa TUHAN jadikan bilangan lelaki semakin hari semakin sedikit.....sebab mungkin kalau jumlahnye lebih banyak dari pompuan maka makin banyak pompuan yang teraniaya di sebabkan laki. Ermm...ntah la...kekadang gerun sendiri dengan perangan lelaki kat ofis....mengumpat, mengutuk mengalahkan pompuan...adoii...sangat kecewa dan sedih...

    ***Maaf mungkin kata-kata agak genderlisme tapi itulah hakikatnye.... ::sedih::

    miszniena

    • *
    • Posts: 549
      • View Profile
    Reply #4 14 June, 2012, 04:55:00 PM

    betul tu permata nilam..sakit sangat bila jadi bahan gelak.bahan umpatan.
    Tapi tak semua.masih ada lelaki yang baik di dunia ni.

    RS^

    • *
    • Posts: 152
    • Redha&Syukur: Rohku, ingat detik kembalimu kpdNya
      • View Profile
    Reply #5 14 June, 2012, 05:30:22 PM
  • Publish
  • Sekadar keluhan & luahan menyalahkan suami/lelaki tidak memberikan apa-apa solusi.

    "Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya. Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik, banyakkan diam. Jika dirasakan memberi nasihat terlalu berat, cukuplah menghulurkan doa dan munajat."

    miszniena

    • *
    • Posts: 549
      • View Profile
    Reply #6 14 June, 2012, 05:31:50 PM
  • Publish
  • Sekadar keluhan & luahan menyalahkan suami/lelaki tidak memberikan apa-apa solusi.

    "Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya. Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik, banyakkan diam. Jika dirasakan memberi nasihat terlalu berat, cukuplah menghulurkan doa dan munajat."

    tidak menyalahkan lelaki la RS
    kebanyakannya
    tapi tidak semuanya
    masih ramai di luar sana yang baik2

    permata nilam

    • *
    • Posts: 153
      • View Profile
    Reply #7 14 June, 2012, 05:41:42 PM
  • Publish
  • Sekadar keluhan & luahan menyalahkan suami/lelaki tidak memberikan apa-apa solusi."Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya. Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik, banyakkan diam. Jika dirasakan memberi nasihat terlalu berat, cukuplah menghulurkan doa dan munajat."

    Maaf...sesiapa yang tersinggung atau terasa. Tidak berniat menyalahkan sesiapa. Namun hakikat yang pahit memang susah orang akan terima lebih2 lagi bila melibatkan gender sendiri. Bukan juga mengeruhkan suasana ibarat lalat yang busuk tetapi sebusuk2 lalat ia akan menjadi makanan kepada katak. Semua atau setiap sesuatu ada sebab. Cuma kena hadapi juga yang pahit sebab yang pahit itulah biasanya ubat...

    ***Maaf pak RS...saya tak cakap semua...and tak bermaksud untuk megeruhkan keadaan atau situasi sesiapa cuma berniat untuk memberi kesedaran kepada kaum yang sewaktu dengannya akan hakikat sebenar. Mohon ampun jika terasa ^_^ peace no war..!!!

    norakira

    • *
    • Posts: 252
      • View Profile
    Reply #8 14 June, 2012, 05:51:22 PM
  • Publish
  • lebih baik diam dari berkata2 kerana kata2 boleh merosakan suasana..kalau tak dijaga kata2nya

    RS^

    • *
    • Posts: 152
    • Redha&Syukur: Rohku, ingat detik kembalimu kpdNya
      • View Profile
    Reply #9 14 June, 2012, 05:53:04 PM
  • Publish

  • Maaf...sesiapa yang tersinggung atau terasa. Tidak berniat menyalahkan sesiapa. Namun hakikat yang pahit memang susah orang akan terima lebih2 lagi bila melibatkan gender sendiri. Bukan juga mengeruhkan suasana ibarat lalat yang busuk tetapi sebusuk2 lalat ia akan menjadi makanan kepada katak. Semua atau setiap sesuatu ada sebab. Cuma kena hadapi juga yang pahit sebab yang pahit itulah biasanya ubat...

    ***Maaf pak RS...saya tak cakap semua...and tak bermaksud untuk megeruhkan keadaan atau situasi sesiapa cuma berniat untuk memberi kesedaran kepada kaum yang sewaktu dengannya akan hakikat sebenar. Mohon ampun jika terasa ^_^ peace no war..!!!

    Tiada apa-apa yang perlu saya maafkan sebab Nilam tak buat apa-apa salah pada saya pun. Buat apa saya nak terasa bukan saya suami yang demikian. senyum*

    Tapi pada Nilam apa solusi terbaik untuk mengatasi kemelut sedemikian atau nak nasihat/pesankan apa pada si isteri yang dah bersuamikan sedemikian?

    robhunhayati

    • *
    • Posts: 1068
    • anak-anakku permata hatiku... Syukran ya ALLAH..
      • View Profile
    Reply #10 14 June, 2012, 06:35:35 PM
  • Publish
  • buat isteri yang sedang diuji ini (terubozuhata),

    tenangkan hati dan jangan putus asa berdoa. ujian ini datang bukan tanda ALLAH benci hambaNYA tetapi tanda ALLAH rindu untuk mendengar rintihan dan munajat hambaNYA...

    doa senjata mukmin. teruskan berdoa dan teruskan juga melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagi isteri dan ibu.

    kekuatan untuk mempertahankan ikatan yang sah itu hendaklah terus dimarakkan.

     :ins: jika putus asa tidak wujud dalam kamus hidup, bahagia jua akhirnya....

    Wallahu'alam...

    semalubandar

    • *
    • Posts: 80
      • View Profile
    Reply #11 14 June, 2012, 06:50:04 PM
  • Publish

  • Maaf...sesiapa yang tersinggung atau terasa. Tidak berniat menyalahkan sesiapa. Namun hakikat yang pahit memang susah orang akan terima lebih2 lagi bila melibatkan gender sendiri. Bukan juga mengeruhkan suasana ibarat lalat yang busuk tetapi sebusuk2 lalat ia akan menjadi makanan kepada katak. Semua atau setiap sesuatu ada sebab. Cuma kena hadapi juga yang pahit sebab yang pahit itulah biasanya ubat...

    ***Maaf pak RS...saya tak cakap semua...and tak bermaksud untuk megeruhkan keadaan atau situasi sesiapa cuma berniat untuk memberi kesedaran kepada kaum yang sewaktu dengannya akan hakikat sebenar. Mohon ampun jika terasa ^_^ peace no war..!!!

    Tiada apa-apa yang perlu saya maafkan sebab Nilam tak buat apa-apa salah pada saya pun. Buat apa saya nak terasa bukan saya suami yang demikian. senyum*

    Tapi pada Nilam apa solusi terbaik untuk mengatasi kemelut sedemikian atau nak nasihat/pesankan apa pada si isteri yang dah bersuamikan sedemikian?

    Luahan saya sebagai isteri...saya tak tahu adakah saya dizalimi. Suami dengan saya jauh....skrg suami ada menegaskan bahawa dia antara kami tidak boleh seperti dulu lagi,perkara ni terjadi dengan mendadak,2 ari sebelum tu kami baik sgt,bila saya balik ke tempat asal saya,dan suami balik ke rumah yg pertama,dia mula dingin dengan saya. tiada lagi mesej2 romantik utk saya sejak kami kahwi dulu,kalu saya x tel atau x sms,mmg dia takkan lakukan itu. Akhirnya dia mengaku,dia terpaksa memilih yg petama kerana tak sanggup kehilangan harta,dan anak2. Saya terima dengan hati terbuka,namun yang menyedihkan bila saya tanya nape tak lepaskan saya,katanya dia masih sayangkan saya. Bila saya tanya adakah kita masih boleh diselamatkan,duia cuma diam dan tidak menjanjikan apa2. Tapi dia ada beritahu yang kami takkan berjumpa lagi. Saya ada nyatakan kalu tak sanggup nak lafaz di mulut,SMS je saya. itu pun dia tak nak...dia kata kitaorg akan bercerai tapi bukan skrg. Bila saya tanya bila? Dia diam,dan bila saya tanya camner hubungan kita,dia kata saya bole hubungi dia tapi dia takkan hubungi saya lagi. Ikhlas hati saya nyatakan disini,hanya ingatan saya pada ALlah yg buat saya mampu bertahan dengan sikap suami. Kesabaran saya terlalu tinggi melayan sikap dingin dia. Saya SMS sekadar utk megucapkan semoga dirinya selamat di sana dan saya tidak malu utk menyatakan betapa saya merinduinya.SMS itu hanya dibalas dengan satu huruf iaitu "K"...suami yang terlalu baik dengans aya dulunya..kini dah berubah...360 darjah perubahan itu. Kalu x suka,knp tak lepaskan,kalu sayang kenapa menjauhkan diri?

    RS^

    • *
    • Posts: 152
    • Redha&Syukur: Rohku, ingat detik kembalimu kpdNya
      • View Profile
    Reply #12 14 June, 2012, 08:08:53 PM
  • Publish
  • Saya dah jumpa luahan Semalu di thread 'poligami'...Semalu pun dah bersoal jawab panjang lebar dengan 4 'kaunselor' (walau tanpa tauliah) di CB..saya pun dah terlupa tarikhnya tetapi masih dalam minggu ini. Semalu teruskan bersabar dan berdoa kerana keputusan suami hanya diketahui dalam tempoh sebulan, harap-harap dia berubah ke arah yang membahagiakan.

    Sesuatu masalah pun jika asyik diucapkan akan terus mengganggu emosi, tdak datangkan apa-apa solusi terlebih lagi Semalu sedang tunggu satu keputusan muktamad dari suami.

    Cuma saya beri sedikit motivasi lagi;
    Prof Dr Muhaya
    6 hours ago
    Kita akan lapang dada bila Allah di hati kita dan minda menjadi besar dan masalah jadi kecil.

    terubozuhata

    • *
    • Posts: 33
      • View Profile
    Reply #13 17 June, 2012, 11:15:22 AM
  • Publish
  • Terlalu berat beban yang ditanggung. Dah tak mampu sy pikul kekecewaan, kesedihan, ketakutan di dalam rumahtangga sy. Syukur yang tak terhingga kerana suami masih menerima sy...wlaupun ada yang mengatakan sy ni lalat....ya benar...memang dahulu sy seekor lalat yang membuatkan hati suami bernanah. Tapi dalam masa yang sama, lalat ini telah mengorbankan segalanya sehingga menjadi makanan sang katak. Hubungan terlarang suami dan kekasihnya membuatkan hati sy setiap hari tidak senang.... hati ini sedih, merintih pada yang Esa, mohon dilindungi suami dari terus melakukan dosa dan maksiat. Apalah daya seorang isteri untuk menghalang perbuatan suami...dia dan sy berada di negeri yang berlainan. Gambar2 mesra mereka....sy hanya mampu tatap dan mengenang....kenapa tergamak suami melakukannya seedangkan ilmu agamanya lebih tinggi dari sy... Sy tidak redha dan tidak rela berpoligami... tapi sekrang tanpa rela dan tanpa redha, ingin sahaja sy meluahkan "abang.. kahwini lah dia segera. ayang tak sanggup nak redha dengan dosa yang telah abang lakukan" Wlaupun anak 2 orang yg berusia 2 dan 3 tahun masih kecil, dengan keguguran bayi ketiga semalam, itu yang mampu sy lakukan....kerana tidak mahu sama bsubahat dengan apa yg telah mereka lakukan.... Ya Allah....tolonglah aku...bantulah aku...bawalah aku jalan keluar dari permasalahan ini... Buat rakan2 di alam maya... bantulah sy memberi sokongan dan doa....doa moga sy dan suami kembali seperti dahulu....tanpa orang ketiga dalam hidup kami.....

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #14 17 June, 2012, 11:28:40 AM
  • Publish
  • A;pasal apa kamu suka ke mari?

    S; sebab aku puas pekena tea tarik mamak ni

    A: ala, kamu tak pernah pun try minum yang lain

    S: eeeh, adalaa, sekali sekala, air suam, ais kosong

    A; try lah air manis yang lain...........

    S: tak minatlah, aku dah cintakan tea tarik dia

    .......................................

    mamak itu tetap menjadi Pilihan, untuk minum tea tarik

    ............................

    cuba telitikan, kisah isteri dan suami

    sudahkah isteri mengerti kesukaan suami? dapatkah isteri menyediakan diri, agar suami tidak dapat melupakan, masih terasa, manis, sedap, nikmat, indah, syahdu, subhanallah

    bila sudah hilang rasa
    tentu suami mencari lain

    jadi, ada dalam sirah, dalam sunnah
    kisah kisah menambat hati suami

    namun, ada suami yang mati syahid, belum sempat mandi wajib, sebab panggilan jihad
    subhanallah

    masalah menimpa diri, akibat tangan sendiri
    telitikanlah diri

    silakan menambah baik diri
    bersyukurlah

    tiada guna mengikut negativiti, perasaan dan fikiran negatif hanya melemahkan diri

    silakan ya, dapatkan ilmu
    agar dapat menambah baik diri

    subhanallah

    terubozuhata

    • *
    • Posts: 33
      • View Profile
    Reply #15 18 June, 2012, 02:24:22 AM
  • Publish
  • Sy cuba untuk tidak berputus asa.... tapi hari ni setelah mendengar luahan suami, sy sangat2 yakin mereka telah merancang untuk berkahwin selepas aidilfitri kerana mereka telah membeli rumah atas nama bersama di sana. sy kecewa apabila suami menyatakan dia terlalu sygkan perempuan itu dan tidak akan berpatah balik. dia boleh hidup tanpa sy, dia boleh hidup tanpa anak2 kami... saya tak mampu nak jadi sebaik Aisyah yang mampu berkongsi kasih tapi sy juga tak mampu nak ikut jejak langkah Fatimah. Sy ada anak2 yg masih kecil...tapi suami pula lebh cenderung dengan berkahwin lain dari memikirkan cara terbaik untuk membesarkan anak2 ini. ya Allah...aku hambaMu yang cukup lemah.... sy perlukan seorang suami yang dapat melindungi sy, yg dapat berkongsi suka dan duka, sy juga ingin dicintai dan disayangi...

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2160
      • View Profile
    Reply #16 18 June, 2012, 07:22:31 AM
  • Publish
  • Redhalah dengan poligami. Moga puan tabah dan sabar dalam meneruskan kehidupan..
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #17 18 June, 2012, 08:18:20 AM
  • Publish
  • ada berbagai ilmu, boleh menarik  rasa
    juga boleh mengikat  rasa
    juga boleh menghilangkan rasa

    ada dua jalan

    1. meminta kepada selain Allah dengan tanpa SEDAR, juga adakalanya SEDAR
        ilmu ilmu seperti, ilmu pukau (hipnotise), perbomohan, baca ayat dan mantera

    2. meminta dengan Allah, direct, apabila hati telah suci,  jujur dan ikhlas, berjayalah

    inshallah ya, ilmu untuk dapat Ingat Allah, dapat memohon direct padanya, dapat menyucikan hati, dapat menambah baik diri, dapat ubah citarasa, dapat melakukan kebaikan, inshallah,
    boleh di tuntut ya

    cubalah telefon, e mail, atau PM mesej, inshallah kerana masing masing diri, tertakluk kepada diri sendiri, samada mempunyai kehendak untuk berubah atau idak, subhanallah

    silakan ya

    nur^qalbi

    • *
    • Posts: 7
      • View Profile
    Reply #18 20 June, 2012, 05:46:56 PM
  • Publish
  • sedihnya puan... suami pauan lebih kurang sama dengan bekas suami saya, bezanya lepas sah diceraikan die tidak mahu lagi kembali bersama... sekarang saya hidup bersendirian... bersabarlah... banyakkan berdoa pada Allah moga dibuka pintu hati suami puan
    memyselfnmychildren

    RS^

    • *
    • Posts: 152
    • Redha&Syukur: Rohku, ingat detik kembalimu kpdNya
      • View Profile
    Reply #19 21 June, 2012, 08:07:56 AM
  • Publish
  • Eramuslim - Media Islam Rujukan

    ‎"Jangan melarikan diri dari ujian dan penderitaan,tetapi hadapilah dengan kesabaran. Ujian dan penderitaan tidak dapat dihindari,tetapi tidak ada cara lain utk mengatasinya kecuali menghadapinya dengan sabar.Bagaimana mungkin engkau mengharapkan agar seluruh dunia beserta isinya mengalami perubahan dan penyesuaian hanya demi kesenanganmu? Para Nabi a.s. Adalah makhluk yang terbaik ,namun mereka selalu mengalami penderitaan,demikian pula dengan para pengikutnya.Orang-orang yang mengikuti jejak mereka di jalan yg mulia,hendaknya meneladani mereka."

    (ABDUL QADIR JAILANI).

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    30 Replies
    12810 Views
    Last post 13 July, 2012, 10:38:44 AM
    by pinkjambu
    56 Replies
    7953 Views
    Last post 27 July, 2013, 12:02:17 AM
    by Mei
    17 Replies
    2046 Views
    Last post 03 December, 2012, 09:52:37 PM
    by imanhunter